Monday, December 31, 2012

Taktik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan, Hati-hati !!




[WAJIB BACA & SEBARKAN] 

Taktik Terkini Penipuan Mekanik Jalanan, Hati-hati !!

Kisah benar yang berlaku kepada seorang sahabat apabila hampir ditipu oleh samseng jalanan yang menyamar sebagai mekanik untuk mengaut keuntungan lebih.
Sumber: HOTLIPS CORNER 

Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.

Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00

Lelaki ni kata, dia call kwn dia di Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama, letak dlm boot blkg.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci.

Lps pulang buku, sy call salesman kt Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok je.

Sy pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat report kat balai.

Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg. Ada org sebut kata2 Sydna Ali: Aku bukan penipu, tp penipu x bole tipu aku.

p/s: gambar merupakan muka dua suspek penipuan 
 
Nota : Artikel ini disebarkan bagi tujuan amaran dan kesedaran kepada orang ramai supaya mereka boleh berhati2. Dan jika ada yang telah mengalami kejadian yang sama, anda boleh sharekan pengalaman anda disini untuk disiarkan bagi tujuan pengajaran. Cerita di atas diperolehi dari sini. 

kredit: sozcyili
(terima kasih sumber:http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2012/12/taktik-terkini-penipuan-mekanik-jalanan.html)

Sunday, December 30, 2012

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah dalam laman sosial Twitternya

Koo Ham hina umat Islam dan al-Quran

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Tindakan terbaru Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah dalam laman sosial Twitternya kelmarin, bukan setakat menghina umat Islam malah menghina kitab suci al-Quran.

Sehubungan itu, aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mahu pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada kerana Koo Ham ternyata telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyifatkan perbuatan Koo Ham itu sebagai satu bukti jelas bahawa DAP sememangnya mempunyai agenda selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memperkatakan perkara sama.

“Ini bukan kali pertama Koo Ham membuat kenyataan yang menghiris hati umat Islam. Telah beberapa kali beliau lakukan. Oleh itu kita mahu pihak berkuasa bertindak atas kelancangannya itu.

“Kita juga menuntut Koo Ham menarik balik kenyataan tersebut,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam laman sosial Twitter semalam, Koo Ham yang juga Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)
.
Koo Ham dalam tweetnya juga meminta pakatan pembangkang ‘bersatu’ apabila berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, desakan berterusan DAP untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi Melayu mesti dihentikan segera.

“Ini soal akidah yang wajib kita pertahankan. Saya serta rakan-rakan di sini akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi menentang permintaan yang melampau ini.

“Paling saya kesal tindakan Koo Ham menyamakan kitab suci al-Quran dengan Bible. Ini merupakan satu bentuk penghinaan daripada Koo Ham. Sekali lagi saya amat berharap pihak berkuasa jangan berdiam diri," katanya.
(terima kasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121230/dn_04/Koo-Ham-hina-umat-Islam-dan-al-Quran)

Wednesday, December 26, 2012

Antara kucing dan anjing


(gambar hiasan)
Kolumnis:  RIDHUAN TEE ABDULLAH  
(K) RIDHUAN TEE ABDULLAH
$entry.content.caption.value












Sebagai seorang Muslim, saya amat bersetuju dengan tindakan Pas Kelantan berhubung polisi mengasingkan lelaki dan perempuan dalam isu salon rambut. Molek benar, lelaki menggunting atau mencuci rambut lelaki, begitulah sebaliknya, atas alasan mereka sejenis. Saya fikir ajaran agama lain pun mahukan sebegitu.

Tanyalah kaum wanita, dalam hati mereka sudah tentu ada sedikit perasaan cemburu jika yang memegang atau mencuci rambut atau badan suami mereka adalah wanita. Begitu juga lelaki, sanggupkah melihat isteri kita dipegang oleh lelaki?

Di sinilah Pas perlu melakukan penegasan dalam setiap polisi ingin dilaksanakan. Jangan gentar atau goyah apabila diserang oleh ultra kiasu. Jangan jadi seperti kucing dan anjing apabila berhadapan dengan ultra kiasu. Lumrahnya, anjing sentiasa menang, yang kucing sentiasa kalah dan mengalah.
Rakan laman muka buku saya, bernama Haji Mansuh mengatakan ungkapan persahabatan Pas dan ultra kiasu ibarat anjing dengan kucing. Hari ini, 'anjing' garang itu berjaya menjinakkan 'kucing'. Jika dahulu, 'kucing' begitu berani mencakar apabila 'anjing' melakukan kesilapan, walaupun saiz badannya kecil. Kini, tidak lagi.

'Kucing' ini tidak lagi mempunyai kuku, walaupun penampilannya masih bermisai, berjanggut dan bermata garang, seperti dahulu kala, sewaktu kucing itu belum berkawan dengan anjing. Haji Mansuh turut menimbulkan persoalan, antara anjing dengan kucing, siapa lebih bijak?
Analoginya sebegini. Sebagai pemandu kenderaan berenjin, kita tentu biasa terserempak dengan keadaan dilema anjing dan kucing ketika hendak melintas jalan. Amat nyata perbezaan tahap IQ di antara dua haiwan ini.

Anjing, bila dia tersedar ada kenderaan mendatang, dia akan berpatah balik ke bahu jalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mengawasi keadaan selamat, barulah anjing itu melintas. Berbeza dengan senario kucing, bila tersedar ada kenderaan mendatang, ia akan memecut semahu-mahunya untuk melintas jalan, dengan ‘doa’ moga terselamat.

Atau, oleh kerana terkejut beruk, kucing akan merendahkan diri, dalam keadaan seolah-olah bersedia untuk menerkam musuh yang sedang meluru ke arahnya. Bayangkan… apakah akan terjadi kepada nasib kucing. Jawapannya: Kadang-kadang kucing itu terselamat. Namun, kebiasaannya kucing menggelupur menemui ajal di jalan raya.

Saya tidak nafikan kadangkala anjing ada yang mati juga di jalan raya, tetapi, rata-ratanya adalah kucing. Sebenarnya, kedua-dua binatang ini ada kekuatan masing-masing. Kucing adalah kesayangan Nabi dan kita semua. Manakala, anjing amat berguna untuk menjaga keselamatan, walaupun bernajis.

Kata Haji Mansuh lagi, pelik tapi benar: Saya tak rasa nak marah bila orang panggil saya 'anjing', tetapi saya rasa lekeh sangat bila orang panggil saya 'kucing'. Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin pengikut-pengikut 'kucing' boleh membantu saya.

Dahulu Pas dan ultra kiasu ibarat kucing dengan anjing, tidak boleh bersama dalam satu sangkar. Namun, kini segalanya berubah. Pas dan ultra kiasu boleh duduk, tidur, makan dan minum dalam satu sangkar, mereka boleh berpeluk-peluk lebih erat daripada saudara sebangsa dan seagamanya.

Cuma saya nak ingatkan, anjing tetap anjing sampai bila-bila pun. Anjing tidak akan pernah cuba menjadi kucing, tapi kucing tidak pernah serik walaupun kerap kali anjing menggigit dan mencakarnya, tetap mencuba sehabis daya untuk bermanja dengan anjing.

Kita tidak perlu menjadi 'anjing' untuk menjadi kuat. Lagipun anjing termasuk dalam najis berat. Biarlah kekal menjadi 'kucing' asalkan berpendirian. Lagipun kucing banyak kelebihan, ia manja, cantik, menarik dan tidak seganas anjing.
Sebab itu dakwah kucing mudah berjalan atas sifat-sifatnya itu. Maka tidak hairan Nabi amat sayangkan kucing. Itu bukan bermakna kita perlu memusuhi atau membunuh anjing. Kerana pernah berlaku dalam satu kisah, seorang pelacur masuk syurga, hanya kerana pertolongannya kepada anjing yang begitu kehausan.

Tidak mengapalah mahu menjadi anjing atau kucing kerana kedua-duanya adalah makhluk ALLAH. Apa yang penting kita mesti tahu siapa diri kita sebenar. Tetapkan pendirian, jangan mudah goyang atau goyah apabila diserang. Kecilnya saiz kucing bukan bermakna kita lemah.

Pendirian kita, kita tidak akan menyerang jika tidak serang, tetapi kita tidak akan menyerang tanpa tentangan.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/antara-kucing-dan-anjing-1.114959)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Umno: Apa pula lepas kalimah ALLAH



WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Disember 2012
Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi














SHAH ALAM – Umno mengingatkan DAP agar tidak lagi mendesak kalimah ALLAH dibenar dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana dibimbangi menimbulkan ketegangan dalam negara.

Ahli Majlis Tertingginya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tuntutan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Krismas semalam boleh diragui, tidak ikhlas dan bersifat provokatif.

Menurutnya, demi kepentingan undi sesuatu kaum atau agama, tuntutan seperti itu tidak perlu kerana isu ini sensitif malah turut melibatkan mahkamah.

“Mengenali sifat Guan Eng sebagai street fighter, beliau sebenarnya gagal memahami kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Tuntutan ini juga menunjukkan Guan Eng tidak faham perasaan orang Islam.

“Selamanya Guan Eng tidak ada perasaan untuk memahami hati nurani orang Melayu Islam,” katanya.

Katanya, Guan Eng tidak sepatutnya merosakkan suasana Krismas dengan tuntutan yang boleh renggangkan hubungan antara agama seperti itu.

Katanya, Guan Eng perlu selesai dahulu masalah dan janji masih belum ditunai di Pulau Pinang kerana itu lebih diperlukan berbanding bangkitkan isu sensitif sebegini.

“Beliau jangan alih perhatian rakyat daripada isu seperti pemilikan tanah pembalakan dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, isu kalimah ALLAH berani dibangkitkan semula DAP kerana sikap sekutu mereka, Pas yang berdiam diri.

“DAP tidak hormati orang Islam, sebab itu tiada seorang Melayu dipilih dalam pemilihan parti mereka baru-baru ini. Sekarang mereka mahu guna nama ALLAH, lepas ini apa pula diminta?

“Rakyat perlu nilai dan buat keputusan sewajarnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan, DAP jangan berani timbulkan isu kalimah ALLAH kerana ia adalah isu lama dan sensitif.

* Dapatkan laporan lanjut dalam Sinar Harian edisi hari ini
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/umno-apa-pula-lepas-kalimah-allah-1.115440)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tuesday, December 25, 2012

Guan Eng bangkit isu kalimah ALLAH alih isu tanah balak




25 Disember 2012
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng














NIBONG TEBAL - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut kerajaan pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian ramai daripada isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam keadaan sekarang rakyat mahukan penjelasan daripada DAP berhubung dakwaan itu dan tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu membangkitkan semula isu berkenaan adalah cubaan menutup kesalahan pemimpin parti mereka.

"Pada pendapat saya beliau (Lim) cuba bangkitkan semula isu kalimah ALLAH itu kerana cuba alihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan pemimpin parti DAP yang menerima tanah balak. Bila timbul salah di pihak mereka, Lim cuba timbulkan isu lain dengan harapan rakyat akan mengalihkan perhatian (ke isu lain).
"Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di sini hari ini.

Turut hadir Presidennya Jamaludin Yusof.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya menggesa kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Mohd Ali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata masyarakat Kristian di Melaka tidak pernah membangkitkan isu menuntut membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Melayu.

"Ramai orang Kristian di Melaka dan saya sentiasa bertemu mereka dari semasa ke semasa, tetapi sehingga hari ini tiada yang pernah menuntut seperti Lim itu dan mereka juga boleh menerima keputusan yang telah dibuat.

"Jadi mengapa Lim cuba bangkitkan semula isu itu dan saya tidak nampak perkara lain kecuali politik parti DAP. Mereka (orang Kristian) meraikan Krismas hari ini dan ia disambut penuh meriah," katanya.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH dan memutuskan ia adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mohd Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk, sebagai hipokrit.

Beliau berkata DAP sepatutnya memecat kedua-dua pemimpin yang terlibat kerana sebelum ini ia menetapkan anggota parti itu yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilarang memiliki atau menerima sebarang tanah.

"Sekarang mengapa Karpal tidak pecat mereka kerana mendapat tanah dan dua Adun berkenaan juga sepatutnya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana telah menerima rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalankan siasatan kes itu segera," katanya
. - Bernama (terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/guan-eng-bangkit-isu-kalimah-allah-alih-isu-tanah-balak-1.115424)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Saturday, December 22, 2012

Nama Calon Boleh Berubah Pada Saat Terakhir, Kata PM


21 Disember, 2012 20:34 PM

NEW DELHI, 21 Dis (Bernama) -- Senarai calon Barisan Nasional (BN) dan apa jua perubahan yang perlu dilakukan bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan.

"(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.

Perdana Menteri juga berkata senarai calon BN akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan.

" ...di mana kita merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya.

Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, "Soalan lain... satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus."

-- BERNAMA

(terimakasih sumber:http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=917054)

Wednesday, December 19, 2012

Polis: Jangan dengar khabar angin, tiada rusuhan kaum



SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
19 Disember 2012
Abdul Ghafar ketika mengadakan sidang media di IPD Kuala Muda malam tadi.
Abdul Ghafar ketika mengadakan sidang media di IPD Kuala Muda malam tadi.














SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,”
katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.
“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.
Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.
“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.
“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.
Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.
(zmsegamat kata terima kasih pada sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-jangan-dengar-khabar-angin-tiada-rusuhan-kaum-1.113681)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA



INDIA TETAK MELAYU DENGAN PEDANG SAMURAI DI SUNGAI PETANI!!!



Malam tadi, berita tentang pergaduhan antara dua kumpulan yang membabitkan remaja Melayu dan India telah sampai ke pengetahuan ramai orang. Boleh dikatakan, berita berkenaan menyemarakkan sentimen perkauman sehingga penjelasan daripada Ketua Polis Kuala Muda diperlukan untuk menenangkan keadaan.

Kali pertama penulis menerima berita berkenaan adalah pada jam 10:16 malam.

"Info Paling Terkini: Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan dicampak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg. Lalang, Sg. Petani Kedah... mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi Geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. 

"Sekarang, di Sg Petani, Kedah, sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock... ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid & Surau serta mangsa dari orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ... perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU...

"Harap semua pejuang-pejuang -- 30 dalam mood 'Standby' kerana apa2 sahaja boleh berlaku... buat masa sekarang, biarkan pihak polis & FRU jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang... kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & membahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain... yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan bertindak terlalu membabi buta... tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku... umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi... ///--

(Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg)

Jam 11:24 pm, satu lagi 'nota' diterima. Kali ini nadanya lain pula:

"Kes betul memang ada berlaku beberapa hari cuma tak seperti yang saudara2 terima...  Jangan mudah termakan hasutan musuh sebab itu yang mereka harap... ketidakstabilan politik akan memudahkan agenda mereka... waspada... 

"Saya dah hubungi rakan di Kedah dan beberapa pihak tertentu. Kita bertindak bijak bukan bermakna rela dipijak."

Jam 11:39 malam, satu lagi 'nota' diterima.

"Ayuh, berfikir secara bijak... Najib tidak bodoh nak bagi jalan mudah kepada musuh untuk buat hal..."

Kemudian, jam 12:30 pagi, mungkin kerana 'nota-nota' yang sebelum ini, berjaya meyakinkan banyak pihak bahawa insiden pergaduhan di Sungai Petani itu, merupakan insiden biasa pergaduhan 'budak-budak', penulis menerima 'nota' seperti berikut, kononnya daripada remaja yang terlibat secara langsung dalam pergaduhan berkenaan;

"Semalam kami praktis utk show harini dekat kawasan flat payanahu ada studio baru bukak invite kami gig harini tetiba ada pergaduhan dekat bawah studio jaming antara kaum india dengan melayu pastu tokey kedai nak tutup sbb kereta dia kena pecah akibat pergaduhan katanya. Polis nak mai juga. Kami ingat da settle sebb dah reda tapi malangnya masa kami nak balik ada geng2 India lebih kurang 10 biji moto datang melulu ngan 2 biji keta mai serang kami pakai samurai, parang kayu, besbol time tu hanya kami shj tgah nak pack, barang music kat kereta remy xda sapa2. Aku kena kejar 4 orang india dengan samurai kit ngan remy pun lari hekal xselamat sebab terjatuh. So geng2 india 3 orang takek dia masa tu kami dah bertempiaran lari xsempat nak selamat2 sapa massa pergaduhan tu aku sempat kol remy. Dia angkat kit ada ngan remy tapi remy tya aku mana hekal? Aku pun xtau semua cari dia pastu time kami cari dia... ada budak bwk dia p hospital disebbkan dia cedera parah di tangan benda jadi sekelip mata kami xtau apa punca dan kami mangsa keadaan aku harap angpa doa bgi dia selamat sbb dia harini operation haihhh."

Setelah diselidiki, ternyata kes berkenaan hanyalah kes membabitkan kecurian motosikal, bukannya pergaduhan kaum sepertimana yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang mahu melihat wujudnya pergaduhan antara masyarakat India dengan masyarakat Melayu.

Ternyata ada pihak yang sangat berharap, sentimen kemarahan antara orang India dan Melayu meluap-luap menjelang PRU13. Apatah lagi, masyarakat India di Sungai Petani sebelum ini telah menyatakan penolakan mereka terhadap PKR setelah Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din menyatakan UNDI INDIA TIDAK PENTING UNTUK PKR pada PRU13.

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA dari PDRM:





PERHATIAN :


PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB . KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .


PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA 



YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT INDIA BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM


YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT MELAYU BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM



ANTARA MASYARAKAT INDIA DAN MELAYU YANG HADIR


KETUA KETUA MASYARAKAT DAN NGO YANG HADIR TAKLIMAT PADA 16/12/2012


PESANAN OLEH YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB SELAKU TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH

Sumber Gambar & Kenyataan: http://www.facebook.com/HeaIpdKualaMuda

(zmsegamat kata: terimakasih sumber :http://theflyingkick.blogspot.com/2012/12/india-tetak-melayu-dengan-pedang.html)

Tuesday, December 18, 2012

Fahaman berbeza, hubungan tetap baik



Kolumnis: RAHMAN SHAARI 
1.0 Antara masalah komunikasi dalam kalangan anggota masyarakat moden ialah perbezaan parti politik. Si Mahmud ialah penyokong kuat parti X, dan Si Morad pula penyokong kuat parti Y. Jika mereka tidak bertemu, tidak mengapa. Apabila bertemu, masing-masing berhujah, bahawa parti masing-masing  baik dan betul.
2.0 Dalam keadaan begini, Brian Tracy bertanya, adakah anda mahu yang betul atau yang membahagiakan? Pertanyaan itu dimuatkan dalam bukunya No Excuses. Brian Tracy menyatakan pengalamannya yang elok benar dicontohi. Katanya, ketika dia bersua dengan kawan-kawan baiknya yang berbeza fahaman politik, hal yang berkaitan parti tidak dicakapkan. Banyak sekali perkara lain yang dapat dipilih untuk diperbualkan.

3.0 Brian Tracy menyatakan satu perkara yang amat mudah. Dia berpesan agar janganlah hanya kerana parti politik anggota masyarakat bercakaran. Dia  bukannya orang Malaysia, jadi dia tidak tahu bahawa di Malaysia ada masalah hubungan antara sejumlah orang Umno, Pas dan PKR yang tidak dapat duduk elok-elok dan berbual-bual molek-molek.

4.0 Sebahagian orang  MIC, DAP dan MCA pun tidak selesa untuk minum kopi bersama-sama. Mereka terlupa bahawa politik sebenarnya mainan orang atasan yang mahu terus di atas, dan sejumlah yang ‘kurang atas’ mahu naik lebih atas. Orang kuat pembangkang mahu jadi kerajaan. Rakyat biasa akan kekal di tahap lama.

5.0 Sesiapa yang mengambil masa sejam dua merenungi politik, akan disedarinya bahawa politik memang berkaitan dengan orang atasan. Jika seseorang yang aktif itu orang bawahan, cita-citanya ialah untuk jadi orang atasan juga, atau bergantung kepada orang atasan.

6.0 Orang-orang yang sedang memulakan aktiviti politik akan mencari jalan agar dikenali orang atasan. Jika dia merasakan dirinya lemah dia akan menolong calon wakil rakyat, selaku  calon orang atasan.

7.0 Renungilah. Jika ada program Umno, peserta yang datang akan bersalaman dengan pemimpin Umno yang mengetuai program itu. Akan dicakapkan apa-apa, misalnya dirinya ketua cawangan. Demikian juga jika PKR melaksanakan program.
8.0 Akan ada sejumlah penyokong yang berdiri tercegat di tempat akan dilalui pemimpin atasan PKR, yang dijangka menjadi pemimpin negara. Diperkenalkan diri, misalnya dia ialah pemimpin cabang. Pemimpin besar tersengih, dalam hati muncul fikiran, “Kamu tolong aku ni ikhlas ke hipokrit? Jika hipokrit pun tak apa, belum tentu aku akan tolong kamu.”

9.0 Dalam hal seperti di atas, kegiatan politik boleh berjalan terus. Masalah yang hendak ditekankan dalam konteks ini ialah ahli-ahli yang berlainan parti menyangka masing-masing di pihak benar. Siapakah benar antara parti-parti yang akan berlawan? Ini ialah soalan retorika Gerald Jampolsky: “Do you want to be right, or do you want to be happy?”

10.0 Jika kita memilih untuk bahagia, janganlah kita terlalu merasakan kita di pihak yang benar. Ini berkaitan politik jenis biasa, seperti DAP, MCA, MIC, Umno, Pas dan PKR. Mungkin pada satu masa akan muncul parti politik yang hanya menyokong kebenaran, tidak memikirkan jawatan. Pada masa itu, bolehlah kita berkata, “I want to be right.”

11.0 Sebelum muncul parti politik yang pemimpinnya ikhlas (iaitu  betul-betul mahu menjadi nelayan atau khadam), kita kenalah menghargai  persahabatan tanpa menyinggung pegangan politik kepartian. Dunia moden tidak begitu mengizinkan kemunculan pemimpin yang mengetepikan kebendaan.

12.0 Dalam dunia moden, ilmu selalu digunakan untuk menaikkan keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu, pemahaman terhadap hakikat persekelilingan hendaklah dipertajam. Persahabatan dan persaudaraan perlu kekal, biarpun parti berlainan. Setiap orang yang menyertai atau menyokong satu-satu parti politik sewajibnya sedar, di sekitar kegiatan politik ialah hasutan-hasutan.

13.0 Para penyokong politik rata-ratanya ialah mangsa hasutan. Saya menyedari hal ini kerana membaca tulisan Hishamuddin Rais. Ketika kita memarahi pihak yang menghasut, kita juga sedang menghasut. Jika kita menolak satu hasutan, kita sebenarnya menerima hasutan lain. Itu berterusan.

14.0 Dalam menghadapi suasana seperti di atas, fikiran dan perasaan hendaklah berada di dalam kotak-kotak yang wajar. Perasaan teman-teman tidak usah disinggung.

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/fahaman-berbeza-hubungan-tetap-baik-1.113458)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Rendahnya Martabat Melayu Dalam DAP: Kesemua calon Melayu DAP gagal






16 Disember 2012
GEORGETOWN - Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung semalam.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.

Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (216 undi),  Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor,Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya.
Sementara itu, Lim Kit Siang melahirkan kekecewaan kerana tidak ada wakil kaum Melayu yang dipilih meskipun lapon calon bertanding bagi merebut tempat dalam CEC.
"Saya kecewa dengan keputusan ini, Zairil Khir Johari dan Ariffin S.M. Omar tidak dipilih. Ini bukan kerana DAP anti-Melayu tetapi 20 kerusi dalam CEC
amat kecil," katanya kepada pemberita selepas keputusan diumumkan.
Kit Siang turut berterima kasih kepada perwakilan atas keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap anggota CEC yang baharu dilantik yang akan menjadi pendorong kepada perjuangan parti itu untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Karpal Singh pula berkata, keputusan itu menunjukkan generasi baru DAP masih mahukan pemimpin veteran seperti beliau dan Lim untuk bersama mereka yang lebih muda meneruskan perjuangan parti.
"Perwakilan sudah bersuara dan keputusannya adalah gabungan kebolehan yang bagus dalam CEC," katanya.
Karpal turut terkejut apabila Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Profesor P. Ramasamy gagal meraih sokongan daripada perwakilan.
Guan Eng berkata, keputusan mengetepikan calon Melayu untuk menganggotai CEC akan dibincang dalam mesyuarat CEC hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan perwakilan itu perlu dihormati dan berharap calon yang gagal terus berjuang bersama parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/pemilihan-kesemua-calon-melayu-dap-gagal-1.112883)

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.