Friday, December 17, 2010

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia


ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 59 tahun dirawat di Hospital Ampang Puteri, Selangor kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Petang semalam, Bernama melaporkan Allahyarham berada di dalam keadaan stabil. Menurut agensi berita itu, Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat BN itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan kerana perlu menjalani rawatan lanjut.

Abdul Razak dilaporkan sebagai berkata, Allahyarham menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia (1987-1993). Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga adalah Leftenan Kehormat Angkatan Relawan (Rela) sejak 2006. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=27368)

2 comments:

Wanredone said...

Alfatihah... Takziah kepada keluarga.
Bersabarlah. Kematian adalah satu perjanjian kepada semua hambanya.
Hanya 3 perkara sahaja yang tidak ditahui tentang kematian oleh manusia:
1. BILA
2. BAGAIMANA
3. DIMANA

Wanredone said...

Blogger Wanredone said...

Al-Fatihah. Takziah buat keluarga Datuk Sulaiman Taha!

ARAS TANDA PRU13......
sekiranya berlaku prk di dun N.5 Tenang, bererti PRU13, akan diadakan dalam tahun 2012.

Sekiranya TIDAK berlaku prk di dun N.5 Tenang, besar kemunginan PRU13 diadakan serentak dengan p/raya negeri Sarawak, iaitu sebelum July, 2011!
Watch-out!