Wednesday, July 28, 2010
CINA KENA TOLONG BN
Jika 11 diambilkira sebagai angka keramat untuk PM maka PRU 13 akan diadakan pada 2011. Jika diambilkira daripada hari ini, maka PRU akan diadakan dalam tempoh 17 bulan lagi.
Persoalannya adakah BN sudah bersedia menangkis serangan pembangkang? Ada serangan terlalu terdesak termasuk memainkan isu perkauman. Adakah pemimpin BN terutama MCA dan Gerakan sudah mantap dan bersedia 'menghunus pedang politik' mereka untuk menghadapi lawan? Jika tidak segeralah asah pedang politik mereka.
Tidak sukar untuk melihat sokongan rakyat kepada PM menerusi pendekatan mengutamakan rakyat termasuk kekuatan Gagasan 1Malaysia. Tidak ada tanda besar memaparkan rakyat menolak 1Malaysia melainkan golongan kecil yang dimomok-momokkan bahawa hak mereka akan diambil. Golongan ini buaakan tidak menyokong tetapi 'kebingungan' dan 'kecelaruan'.
Hakikatnya majoriti rakyat menyenangi gagasan 1Malaysia yang menekankan perpaduan negara, malah suka pada DS Najib. Tetapi adakah ini mencukupi untuk memenangkan BN dengan majoriti yang besar? Persoalan ini perlu dijawab segera terutama pemimpin besar komponen BN yang masih dilihat memperjuangkan nasib kaum mereka dengan kenyataan panas dan pedas yang adakalanya dilihat menyongsang arus 1M.
Mungkin tidak sukar difahami kerana mereka perlu dilihat sebagai pejuang kaum tetapi jangan keterlaluan sehingga kenyataan dan tindakan mereka dianggap pelik dan mengelirukan. Pemimpin Cina dalam MCA dan Gerakan perlu bekerja keras untuk memastikan pengundi Cina terus memberi sokongan kepada BN. Kerja kuat bukan hanya tahu berpolitik untuk kepentingan diri sendiri. Fikir mengenai kepentingan politik BN.
Jangan biarkan pengundi Cina kebingungan dan celaru.
(sumber;http://duniatiger.blogspot.com/2010/07/cina-kena-tolong-bn.html)
2 comments:
cina akan sokong dap, percayalah !
saya berharap pm kita akan berfikir umpama seorang panglima bukan lagi PM,ingatlah kesilapan PM akan disalahkan sehingga ke anak cucu,jangan terlalu percaya dengan bangsa tersebut....tengok apa dah jadi dengan singapura,dan pernah terjadi di perak(pemberian hak tanah 999) sekarang terjadi di Pulau pinang dan adakah kita mahu berlaku di Malaysia......
tok awe
Post a Comment