Thursday, July 29, 2010

Antara RM0.05 sen, RM15 juta dan 7% diskaun


Tuesday, July 27, 2010
Antara RM0.05 sen, RM15 juta dan 7% diskaun

Berkokoklah seantero tanah Malaysia bila kerajaan persekutuan menaikkan harga petrol sebanyak RM0.05 sen seliter. Ada yang bersedia untuk turun berdemo bagi meluahkan perasaan di jalanan.


Dan apabila kerajaan negeri Selangor bakal ‘menyedut’ dan ‘menabur’ duit rakyat sebanyak RM15 juta atas alasan ‘mempertahankan diri’ daripada serangan media kerajaan persekutuan, maka mereka kelihatan seperti disumpah menjadi bisu dan lidah mereka menjadi kelu. Mulut mereka seperti diisi dengan pasir dan di jahit tanpa mampu mengeluarkan setitis air liur untuk berkokok menentang keputusan tersebut.


Dan hari ini, keistimewaan seorang rakyat yang bergelar bumiputera di Selangor diusik dek kerana potongan harga dalam pembelian hartanah. Diskaun 7% dipertikai.


Woi..bahlol ! Jangan ingat orang bumiputera sekarang semuanya bodoh. Lu fikir, semua orang bumiputera boleh dicucuk hidungnya macam lembu yang bakal dikorbankan. Orang bumiputera sekarang bukan macam dulu. Sekarang dah ramai yang bijak pandai. Dah ramai yang pandai berniaga. Dah pandai untuk atur itu dan ini. Aku tahu itu la itu cuma cadangan kerajaan negeri dan belum dikuatkuasakan. Tapi aku dan rakyat bumiputera Selangor berhak untuk rasa risau dan runsing memikirkan hal ini.


Sejarah lalu telah membuktikan bahawa akan ada bumiputera yang bersekongkol dengan cadangan yang diutarakan itu. Bahasa mudahnya adalah, dari kalangan mereka yang bergelar tali barut. Ada paham ka? Bukak mata besar-besar dan tengok sapa yang bagi cadangan tu? Ceh…berlagak macam primadona. Macam cakap dia saja yang betul. Mana pergi penasihat ekonomi RM1.00? Masih bisu untuk berkokok?


Sekarang ni boleh lah korang cakap, cadangan itu untuk hartanah bernilai RM500,000 ke atas saja. Tapi bro-bro semua, harga tanah bukan macam harga kereta. Harga tanah mencanak naiknya. Ada beberapa tempat ‘panas’, harga tanahnya naik RM1,000 setiap minggu. Jadi, jika harga tanah tahun ini adalah RM400,000, tak mustahil ianya akan naik hingga RM500,000 pada tahun hadapan.


Kalau diskaun 7% dihapuskan pada hartanah yang harganya RM500,000, maka diskaun yang bakal ‘melepas’ adalah sebanyak Rm35,000. Pergh…tak ke banyak tu.


Hari ini mungkin cadangan itu untuk hartanah yang berharga minimum RM500,000. Esok lusa, tulat, minggu depan, bulan depan siapa yang tahu. Ingat…harga hartanah makin lama makin naik. Mungkin bukan kita yang mengigit jari, tapi bagaimana dengan generasi akan datang. Bakal ‘melepaskah’ mereka mendapat keistimewaan diskaun 7% sebagai bumiputera?


Posted by Nasionalis1982 at 9:33 PM

(sumber;http://nasionalis1982.blogspot.com/2010/07/antara-rm005-sen-rm15-juta-dan-7.html)

No comments: