Friday, December 18, 2009
DrPuad Zarkashi: PENGAJARAN HIJRAH: 3 EKOR KERA TERINGIN MELIHAT SYURGA.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berhijrah kepada rakan rakan semua. Hampir seminggu facebook saya tidak aktif kerana berada di luar negara.
1. Sempena Maal Hijrah, saya ingin bercerita mengenai tiga ekor kera yang nakal. Walaupun nakal, tetapi mereka mahu juga melihat syurga. Oleh itu To Guru mereka memberitahu, kalau mahu melihat syurga, mereka perlu bertaubat. Nasihatnya lagi, mulai saat itu mereka mesti menutup mata, telinga dan mulut masing masing.
2. Kera pertama, si Pudin menutup matanya. Sitam, kera kedua memilih menutup telinga. Dan Bidin kera ketiga menutup mulutnya. Ketiga tiga kera itu meloncat kesukaan, kerana mereka fikir mereka akan segera melihat syurga.
3. Soalnya siapa yang keliru. Apakah Tok Guru kurang jelas memberi arahan? Atau kera bodoh nakal itu yang tidak faham? Bukankah Tok Guru itu mengarahkan tutup semua mulut, telinga dan mata masing masing. Ertinya ada 3 mulut, 6 telinga dan 6 mata yang mesti ditutup. Sedangkan ketiga tiga kera itu hanya menutup satu objek yang ada pada diri mereka. Ini bermakna masih ada 2 mulut, 4 mata dan 4 telinga yang masih bebas terbuka.
4. Cuba kita tanya ketiga tiga kera itu, antara telinga, mulut dan mata, mana yang paling kurang risiko berbuat jahat. Sitam, kera kedua menyatakan, menutup telinga paling kecil risikonya. Dengan menutup telinga, dia tidak lagi mudah digoda bisikan nafsu, rayuan politik, dan propoganda palsu. Dunia pun sudah terlalu bising. Termasuk bisingnya lagu rock dan dangdut.
5. Yang penting kata Sitam, mulut dan mataku bebas. Mataku masih boleh melihat perempuan seksi berahi dan gambar pornografi. Mulutku pula masih boleh mengunyah nikmat duit rasuah. Pokoknya, dengan mata dan mulutku, aku masih tidak kehilangan nikmat dunia. Dan syurga pun aku dapat juga.
6. Si Bidin kera ketiga yang memilih untuk menutup mulut bersetuju dengan Sitam. Dengan mata yang masih bebas, dia boleh membezakan mana dolar mana rupiah. Dan dengan telinga yang masih boleh mendengar dia boleh mendengar keluhan rakyat dan suara hati nurani rakyat. Katanya lagi, bagus juga mulutnya tertutup. Sekurang kurannya dia tidak mengumpat orang. Inikan zaman fitnah. Maka dia kurang dosa fitnah. Bukankah fitnah itu lebih zalim daripada membunuh?
7. Ya, ya, ya kata si Pudin kera pertama. Aku setuju, sambil dia menutup matanya. Menurutnya dengan menutup mata, dosanya lebih minima. Walaupun dunia gelap, tetapi hatiku terang kata si Pudin. Telingaku juga masih berkuasa. Telingaku adalah mataku. Yang penting mulutku adalah penyambung lidah demokrasi. Dengan mulutku, ku seru keadilan dan pembaharuan.
8. Pokoknya, kera kera itu, mereka melihat tetapi tidak mengerti. Mendengar tetapi tidak faham, berbicara tetapi tidak ada makna. Mereka patuh tetapi tidak taat sepenuhnya arahan Tok Guru. Tutup mata, mulut dan telinga semuanya. Justeru, KALAU MAHU BERHIJRAH, BERHIJRAHLAH SEPENUHNYA. TINGGALKAN DOSA SEPENUH HATI. Selamat Menyambut 'Maal Hijrah'.
(sumber;http://www.facebook.com/zm.azami#/notes/drpuad-zarkashi/pengajaran-hijrah-3-ekor-kera-teringin-melihat-syurga/208251666105)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bagus untuk kita renungkan bersama
Tahniah YB...
Post a Comment