Thursday, December 31, 2009

PENGHUNI GUA: PERKATAAN ALLAH : TAHNIAH KEPADA PAS DAN PEMIMPIN MELAYU PKR


Thursday, 31 December 2009
PERKATAAN ALLAH : TAHNIAH KEPADA PAS DAN PEMIMPIN MELAYU PKR !

Malaysiakini

Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah
Hazlan ZakariaDis 31, 096:17pm


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mungkin banyak pihak yang puashati sekarang. TGNA Aziz dan PAS puas sekarang. DSAI dan pemimpin Melayu dalam PKR juga puas hati sekarang. Inilah pejuang islam liberal . Inilah yang mereka mahukan dan sekarang telah mereka semua perolehi. tahniah kepada semua yang disebutksan di atas. Khalid Samad dan YB Rodziah pun mungkin lebih puashati.

2. Selepas ini PG cadangkan kita umat islam guna perkataan lain bagi menggantikan perkataan ALLAH. Kita lihat adakah mereka ini akan mengubahnya pula dan memohon mahkamah untuk menggunakan perkataan yang sama. Kita cuba dulu. Kita lihat kepala mereka ini bertambah besar atau tidak.

3. Biarlah. tahniah untuk mereka ( khasnya orang Melayu ) yang gemar melacurkan agama demi politik. Mereka telah perolehi apa yang mereka sokong dan pertahankan. Biarlah. Merekakan pejuang islam leberal. Demi politik semua boleh. MB pun boleh tukar dan sebagainya. Tanah pun boleh diberi macam gula-gula sehingga 999 tahun. Tak ada lagi dalam dunia ini mana-mana kerajaan buat sebegitu. Liberal katakan. Biarlah. Tahniah.

4. Apapun kita semua yang tidak islam dan sentiasa dikafirkan ini memohon pihak KDN yang juga dikafirkan setiap hari , memohon rayuan di mahkamah Rayuan terhadap keputusan ini. Biarlah kita semua dan KDN yang dikafirkan dan tidak islam seperti mereka yang lebih islam perjuangkan perkataan ALLAH ini. Biarlah kita dan KDN semua yang tidak islam / kafir terus perjuangkan hal ini kerana ia adalah milik kita. Tak ada lagi mana-mana gereja kristian di dunia ini menggunakan perkataan ALLAH kecuali Malaysia.

5. Biarlah . Kita akan terus perjuang ikut saluran sah mengikut undang-undang iaitu melalui mahkamah dan tulisan yang sah.

6. Tahniah kepada pemimpin dan pendokong islam liberal. Kepada Kelantan juga , tahniah kerana nak meminda undang-undang tubuh negeri bagi membolehkan mereka yang bukan Melayu / islam boleh menjadi MB. Tahniah untuk semua. Perjuangan anda telah membuahkan hasil. Tahniah, tahniah, tahniah.

7. Kepada belia dan pengundi Melayu yang bakal mengundi di PRU13 nanti, fikirkanlah perkara ini secara serius. Adakah pemimpin sebegini wajar dan patut diberi peluang untuk mentadbir negara? Fikirkanlah.

Posted by Arif Omar at 20:10

(sumber;http://arifomar.blogspot.com/2009/12/perkataan-allah-tahniah-kepada-pas-dan.html)

GERAKANANTI PKR: TOLONG 'HANTAR' AKU MASUK PARLIMEN PADA PRU KE 13 NANTI !


Thursday, December 31, 2009
TOLONG 'HANTAR' AKU MASUK PARLIMEN PADA PRU KE 13 NANTI !
hari ini aku tutup kedai. jam 2 petang aku bersama bloger RBF dan seorang rakan bertolak ke mahkamah jalan duta. tujuannya mahu mendengar penghakiman akan kebenaran gereja dan majalah herald menggunakan perkataan ALLAH..

seperti yang kita ketahui , keputusan berpihak kepada kafirin. malam nanti kalid ibrahim bersama akan meraikan majlis tahun baru masihi secara besar-besaran. keputusan mahkamah tinggi sebentar tadi juga akan melonjakkan lagi semangat kafirin mengkucar kacirkan pemikiran umat.

hakim tadi seorang cina, seorang wanita. keadaan di mahkamah tadi penuh sesak. tetapi sayang penuh dengan sister,pejuang herald,charles santiago ahli parlimen dap,father-father.

manakala di pihak islam, yang terdapat di kamar mahkamah adalah pengerusi ACCSIN (maaf kalau aku silap, seorang chinese muslim yang terkenal perjuangkan isu murtad,nama dia aku lupa)..melayu melayu yang tak aku kenal jugak hadir dan 2 orang bloger..aku dan rbf.

orang umno ? pemimpin umno ? tak nampak ! orang pas dan melayu pkr tak kelihatan pasal mereka ini lah pelacur jalang sundalan agama..kalau kalid samad datang tadi.....

hakim masuk kamar jam 3:45 petang. permulaan membaca keputusan nampak gaya dia seakan memberikan kemenangan kepada muslim... aku mula tersenyum namun bila masuk sahaja 15 minit terakhir sebelum judgement...hakim mula bertukar topik..

kenyataan pembelaan yang banyak menyebut tentang hak sultan tentang agama islam,perundangan enakmen agama islam negeri mula dipatahkan hujahnya dengan satu pukulan maut ! ARTIKEL 11 !

hakim telah menggunakan secara mutlak dan total ARTIKEL 11 untuk over ruled kesemua enakmen agama negeri.

dulu aku pernah keluarkan artikel agar artikel 11 ini diselesaikan once n for all..murtad berleluasa kerana mereka menggunakan artikel 11 ! lina joy menang kerana artikel 11 ! aishah bukhari murtad kerana mereka menggunaka artikel 11 !

artikel 11 ini aku tulis pada 20 hb julai.klik sini
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/07/najib-dari-ijtimak-tabligh-ke-makah.html

hari ini artikel 11 memakan diri lagi. kau boleh baca usul aku pada najib akan betapa pentingnya artikel 11 ini dalam hal menyelamatkan maruah islam dan mematikan sama sekali kesepakatan ahli parlimen melayu dari pakatan..

seharusnya kemenangan kafirin ini kita ucapkan jutaan tahniah kepada kalid gereja samad dan bapak penggadai agama dan bangsa iaitu sdr anwar attaturk !

AKU DAH TAK BOLEH TAHAN MELIHAT GELAGAT PEMIMPIN MELAYU ! TAK BOLEH TAHAN ! TOLONG HANTARKAN AKU KE PARLIMEN PADA PRU KE 13 NANTI ! AKU RAYU ! AKU NAK BERTANDING PADA PRU KE 13 NANTI ! TOLONG AKU...AKU TAK BOLEH TAHAN ! AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DAN RASUL... AKU AKAN PERTAHANKAN MARUAH ISLAM DAN BANGSA HINGGA KE TAHAP YANG KORANG TAK MAMPU FIKIRKAN !

Posted by GAP KEMBALI at 8:03 PM

(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/12/tolong-hantar-aku-masuk-parlimen-pada.html)

PANEH MIANG: Raja-Raja Melayu Perlu Bertindak



Thursday, December 31, 2009
Raja-Raja Melayu Perlu Bertindak

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 11 (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 38 (2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan tugas-tugasnya bagi - (b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.

1. Kami pernah mempertikaikan kredibiliti Lau Bee Lan sebelum ini dalam artikel LAU BEE LAN: Antara Herald dan MB Perak, tapi nampaknya tiada siapa yang mengendahkannya.

2. Hari ini Lau Bee Lan menegaskan Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald dan telah membuat keputusan untuk memihak kepada tuntutan gereja.

3. Sudah sampai masanya Raja-Raja Melayu campur tangan dalam hal ini.

4. Sudah tiba ketikanya Perkara 11 (4) dikuatkuasakan habis-habisan.

5. Sudah tiba saatnya kuasa yang terkandung dalam Perkara 38 (2) (b) dititahkan oleh Raja-Raja Melayu.

6. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

7. Jangan kita terikut jejak Indonesia yang caca marba anutan agamanya.

(sumber;http://paneh.blogspot.com/2009/12/raja-raja-melayu-perlu-bertindak.html)

Sial menerima pendatang – part 3

December 31, 2009 • 6:18 pm
Sial menerima pendatang – part 3

“..Al-Quran and the Sunnah of His Prophet (peace be upon him) is the Constitution of the Federation and any law which is INCONSISTENT with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, BE VOID..”

Cuba bayangkan jika kita pinda artikel 4 Perlembagaan Persekutuan kepada seperti di atas.

Pindaan akan beransur-ansur membatalkan undang-undang bercanggah Al-Quran dan Sunnah. Sistem Mahkamah beransur-ansur merujuk undang-undang negara Islam lain yang mengamalkan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi negara.

Hanya ada satu cara untuk menyatupadukan orang Melayu iaitu dengan perlaksanaan hukum Allah. Hukum Allah tidak wajar dilihat daripada hanya satu sudut iaitu perlaksanaan hukuman semata-mata. Namun jika dilihat secara luas, perlaksanaan Hukum Allah akan menyatukan umat Islam tidak kira latar belakang bangsa mereka dan keturunan mereka.

Namun segala-galanya terletak di bahu pemerintah, jika DS Najib mahu lihat 1Malaysia berjaya, beliau mesti berani melakukan revolusi kebangsaan. Jangan sampai terlewat, bila DAP memerintah nanti, revolusi yang bakal kita lihat adalah revolusi Republik Malaysia. Pada masa itu orang Melayu Islam akan tepuk dahi dan menyesal tidak gubal undang-undang sementara ada kuasa.

Dalam politik ada masa kita perlu ambil langkah berisiko. Jika takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai.

“...(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya… Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan…”

- Al-A’raaf:3-4

UMNO mempunyai 78 kerusi, manakala PAS mempunyai 23 kerusi, campur 1 dari PKR – YB Zulkifli Nordin yang menyokong gagasan Syariah Islam kesemuanya ada 102 kerusi. Total orang Melayu Islam yang terdapat dalam Dewan Rakyat berjumlah 131 daripada 222 ahli Dewan.

131 merupakan jumlah yang besar. Namun mengapa orang Melayu masih lemah dalam politik? Kerana perpecahan parti orang Melayu telah melemahkan keutuhan kita sesama Muslim. Dan kalau kita lihat 15 kerusi yang MCA pegang pada hari ini – kesemuanya di kawasan majoriti Melayu. Beri saya satu kawasan majoriti Cina yang memberi undi kepada MCA? Tiada. Mereka semua mengundi DAP.

Ini sekali lagi membuktikan sikap toleransi orang Melayu. Walhal orang cina tidak akan biarkan parti selain DAP menang di kawasan mereka. Orang Melayu harus sedar. Sudah tiba masanya orang Melayu berhenti bertoleransi dan mengamalkan sikap kiasu.

Kita sering dimomokkan oleh masalah orang Melayu yang masih ketinggalan walaupun UMNO sudah 53 tahun memerintah. Apakah mereka tidak buat kajian dahulu sebelum bercakap? Kadar kemiskinan negara semakin berkurangan sejak tahun demi tahun. Kadar kemiskinan di Malaysia berkurang kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 daripada 5.7 peratus pada tahun 2004. Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar turun kepada 7.1 peratus berbanding 11.9 peratus pada tahun 2004. Pada tahun 1960, kadar kemiskinan negara berada pada tahap 48.3 peratus.

Usaha kerajaan dibawah DEB berkesan membangunkan orang Melayu. Namun malangnya hasad dengki DAP dan Melayu-Melayu bullshit yang kecewa tidak dapat jawatan dalam UMNO mahu DEB dihapuskan.

Sekurang-kurangnya Melayu susah sekarang, kerajaan masih Melayu. Jika kerajaan dikawal oleh Cina DAP, apakah anda fikir nasib golongan Melayu ini akan bertambah bagus?

Bercakap soal rasuah, kalau sudah namanya manusia, pasti rasuah itu akan berlaku di mana-mana. Melainkan lembu-lembu atau kambing yang jadi pegawai kerajaan, pastilah masalah rasuah tidak berlaku. Jangankan UMNO, tapi MCA, DAP, PKR dan PAS juga terlibat dalam gejala rasuah. Malah lebih teruk lagi, rasuah seks pula sekarang.

Bukan, sedekah seks…

Bangkitlah orang Melayu. Sedarlah sebelum terlambat.

(sumber;http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/12/31/sial-menerima-pendatang-part-3/)

Sial menerima pendatang – part 2

December 31, 2009 • 9:37 am
Sial menerima pendatang – part 2

Kepada orang Melayu yang menyokong kepada pengguguran hak-hak istimewa orang Melayu, hanya ada satu perkataan sahaja saya mampu ucapkan pada mereka – bullshit.

Jika kita lihat latar belakang puak-puak yang mahu menuntut menggugurkan hak istimewa Melayu ini semuanya terdiri daripada golongan orang kenamaan dan senang hidupnya. Contoh paling mudah ialah Raja Petra – yang merupakan kerabat Raja dan anak Mat Salleh celup. Apa anak bangsawan ini tahu tentang kesusahan orang Melayu?

Anak bangsawan…





Selain Raja Petra, masih banyak lagi anak-anak orang kaya yang tidak pernah rasa susah hidup di kawasan bendang dan sawah padi, hutan pendalaman dan sebagainya yang mahu hak istimewa ini digugurkan. Hanya kerana mereka berkawan dengan orang bukan Melayu dua tiga kerat, timbul rasa simpati dalam diri mereka justeru berpendapat hak istimewa orang Melayu wajar digugurkan.

Alasan mereka sungguh mudah – sudah lebih 50 tahun kita merdeka namun orang Melayu masih ketinggalan. Siapa kata orang Melayu ketinggalan? Adakah perbandingan ekuiti 19% itu dijadikan ukuran oleh puak-puak ini menghukum pencapaian orang Melayu?

Tidak tahukah mereka bahawa orang Melayu banyak bekerja di sektor awam, berkhidmat sebagai polis dan tentera. Kurang minat terhadap perniagaan hanyalah tuduhan yang dangkal. Masih banyak orang Melayu yang berniaga di pasar-pasar dan membuka kedai runcit.

Apabila pegangan ekuiti dijadikan sandaran, memanglah jauh besar jurangnya. Masakan tidak, Tan Sri Lim Goh Tong, Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Khrisnan sahaja sudah pegang berapa percent?

Kita buat perbandingan dari segi kuantiti, bukan kualiti. Kalau kita pecahkan 19% itu, maka kita akan lihat betapa banyaknya perniagaan-perniagaan yang dimiliki oleh Melayu tetapi dalam pecahan yang kecil.

Melayu masih lagi susah di luar bandar, mereka masih mengharapkan bantuan kerajaan. Melayu-Melayu bullshit yang saya katakan tadi yang tidak pernah rasa hidup di perkampungan nelayan, sawah bendang dan ladang getah tak merasa pun pahit getir hidup, lantas mahu hak istimewa digugurkan. Sungguh mudah!

UMNO korup. Saya tak nafikan. Tapi sekurang-kurangnya UMNO tak bangsatkan bangsanya sendiri. Dalam setandang pisang… pasti ada yang busuk. Saya ingin bawakan satu komen daripada Kalian Sawi;

“Ayah saya pernah berkata, peraturan pertama – ORANG MELAYU JANGAN SESEKALI MENJUAL TANAH. Peraturan kedua – apabila tidak ada duit – buat cara tidak ada duit. Peraturan ketiga – apabila mendapat duit, kita janakan lebih banyak duit daripada duit itu. Apa yang saya nak cakap kat sini, jangan salahkan UMNO kalau kita miskin. Nilailah diri sendiri. Rezeki allah itu ada dimana mana. Ianya bukan milik umno. Diri kita silap bila kita tak dapat rezeki, kita kata kroni umno ambil. Sejak bila pula umno penentu rezeki kita?”

2 tahun yang lalu, saya wujudkan blog bernama Combined Forces of Malaysian Bloggers. Saya mempunyai impian yang besar terhadap blog ini. Saya mahu jadikan blog ini sebagai blog yang mempromosikan semangat satu padu antara rakyat Malaysia tanpa kita mempersoalkan hak masing-masing. Pada mulanya blog ini telah mendapat sambutan yang hebat, apabila ia disertai oleh hampir 40 bloggers. Namun apabila masalah perkauman kian memuncak, blog ini sudah tidak lagi relevan dan telah ditinggalkan asas perjuangannya yang pada dasarnya diwujudkan oleh saya untuk menyatupadukan bloggers Melayu, Cina dan India. Usaha saya gagal.

Kekecewaan saya, saya zahirkan dalam satu artikel sebagai respon kepada Blogger Haris Ibrahim bertajuk Bangsa Malaysia: A Total Fake

Jika ada yang mahu kata saya rasis, silakan. Memang saya rasis. Saya menjadi rasis selepas melihat bangsa saya dihina dan dihenyak-henyak sedangkan mereka merupakan kaum pribumi di negara ini. Saya berketurunan Melayu-Cina. Namun disebabkan pergaulan saya sejak kecil dalam kelompok campuran, saya dapat membuat penilaian yang cukup jelas dan luas. Apa yang saya lihat orang Melayu sangat lembut dan mudah lupa, alpa. Masalah ini yang membuatkan kaum lain mula mengambil kesempatan terhadap kealpaan mereka.

Jika Dr. Ridhuan Tee yang merupakan Cina tulen sudah menegur sikap kelemahan orang Melayu yang perlu diubah, apatah lagi orang Melayu berdarah campuran atau pun Melayu Tulen pasti lah lebih besar peranan yang harus diambil, lebih berganda lagi berbanding dengan apa yang diucap oleh Ridhuan Tee.

Orang Cina sudah pun menjadi tuan dalam ekonomi, adakah kita akan terus biarkan mereka jadi tuan dalam politik juga?

(sumber;http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/12/31/sial-menerima-pendatang-part-2/)

Sial menerima pendatang – Part 1

December 30, 2009 • 8:03 pm
Sial menerima pendatang – Part 1

Satu masa dulu saya pernah memperjuangkan hak kesamarataan antara semua kaum. Pernah dalam satu forum yang diadakan di UiTM, saya mempersoalkan percanggahan antara artikel 8 dan artikel 153 dalam perlembagaan persekutuan. Saya mempersoalkan terus perkara ini dihadapan seribu audience, Raja Muda Perlis, Dato VC UiTM, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ezam Mohd Noor yang merupakan speaker pada forum tersebut.

Saya mempersoalkan mengapa kita terus bersengketa sesama kaum, kenapa kita perlu bergaduh dan sebagainya.Riak wajah Dato VC kesayangan kami nampak berubah kerana saya berani berkata sedemikian di hadapan Raja Muda Perlis dan Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Namun saya terkejut kerana keberanian saya menyuarakan pendapat sedemikian disambut oleh tepukan gemuruh oleh semua penonton yang hadir. Ini membuktikan UiTM bukan rasis, kerana kebanyakan dari mereka berkongsi pendapat yang sama dengan saya.

Saya juga antara yang tidak menyokong perhimpunan pelajar UiTM untuk menyerahkan memorandum kepada TS Khalid Ibrahim kerana saya berpendapat kita sudah terlalu rasis. Apabila papan-papan tanda di UiTM banyak dinaikkan tentang hak istimewa orang Melayu, artikel 153, saya mengkritik papan-papan tanda tersebut dinaikkan kerana kita mempunyai pensyarah dari kaum India dan Cina, kerana saya berpendapat itu adalah rasis.

Namun nampaknya saya sudah tersilap langkah. Sikap toleransi saya telah dipijak-pijak oleh orang bukan Melayu. Makin lama saya biarkan, makin naik lemak. Saya rasa segala perjuangan untuk kaum asing yang saya hamburkan sia-sia apabila bangsa saya terus dihina dan dicaci.

Adakah mereka lupa bahawa mereka merupakan kaum pendatang? Jangan tidakkan sejarah. Sejarah adalah sejarah yang akan berkekalan hingga hari kiamat sekalipun. Saya siang malam membela bangsa asing sedangkan bangsa saya terus dikotak-katikkan oleh puak-puak pelampau ini.

Betullah kata Dr. Ridhuan Tee, orang Melayu sangat bertoleransi dan baik, tanpa disedari, mereka dihenyak-henyak macam batang pisang lembik tidak bernyawa. Saya bersyukur kerana saya sudah sedar dan bangkit dari tidur. Memang dasar tak kenal dek untung, sudah diberi betis mahu peha.

Apakah orang-orang Melayu dalam DAP dan PKR masih belum sedar?

Hanya ada satu amaran buat orang bukan Melayu – jangan persoalkan hak istimewa orang Melayu. Berhenti. Kerana apabila orang Melayu sudah mula mempersoalkan hak mereka, maka susah nanti. Begitu sombong komentar-komentar bukan Melayu di blog saya ini, ada yang meminta supaya gugurkan hak orang Melayu dan bersaing secara sihat dengan mereka.

Cermin lah diri dahulu. Adakah patut seseorang datang ke rumah anda dan berkata – mari kita bergaduh, siapa menang dia boleh ambil rumah ini.

Inilah yang dikatakan puak tak sedar diri. Janganlah begitu sombong dan bongkak, sudah namanya negeri ini Tanah Melayu, maka Tanah Melayu lah jadinya. Puak-puak tak sedar diri ini lupa, mereka harus ingat jika bukan kerana British yang membawa masuk orang Cina ke Tanah Melayu dan beri mereka modal, tanah, dan lombong untuk berniaga, jangan mimpi boleh kuasai ekonomi Malaysia pada hari ini.

Sedarlah diri wahai kaum pendatang, jangan bongkak.

Kalau bukan kerana British yang membawa masuk orang-orang cina dan india, mungkin Malaysia hari ini aman tanpa sebarang sengketa. Hidup bangun Malaysia terletak di tangan orang Melayu. Sejahat-jahat Melayu, sebaik-baik cina. Apapun negeri ini dijayakan atau digulingkan oleh orang Melayu sendiri.

Apakah kita dapat melihat suasana di Malaysia ini seperti di negara-negara di Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya? Di Amerika Syarikat pun orang Cina yang telah tinggal selama 80 tahun masih tidak layak memohon tanah. Untungnya Orang Cina dan Orang India di Malaysia, nasib mereka jauh lebih baik daripada orang-orang di negara India dan China. Mereka patut bersyukur. Namun malangnya, mereka tidak.

Kita lawan fakta dengan fakta. Kalau orang bukan Melayu mahu persoalkan satu hak Melayu, orang Melayu boleh persoalkan 10 hak bukan Melayu. Sesungguhnya Tun Sambanthan pernah berkata bahawa orang India patut bersyukur kerana bertuankan orang Melayu. Di negara sendiri pun mereka dihambat keluar dan tidak dilayan seperti saudara sekulit, namun orang Melayu sangat bertolerasi dan menerima mereka dengan hati terbuka.

Kerana itu saya harus menyalahkan orang-orang Melayu pada zaman dahulu akibat daripada apa yang mereka telah lakukan, kita generasi hari ini yang menanggung bebanan perkauman yang dahsyat. Jika kita boleh korek kubur-kubur orang-orang Melayu yang memberikan kerakyatan pada bangsa asing hari ini, kita hidupkan mereka, mungkin mereka akan menangis menyesal dengan apa yang telah mereka lakukan.

(sumber;http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/12/30/sial-menerima-pendatang-part-1/#more-2361)

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly


Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231171725/Article/index_html)



High Court lifted home minister’s ban of publishing the word “Allah" BUT what would be the outcome of Court of Appeal

Court says ‘yes’ to Allah for Christians

KUALA LUMPUR, Dec 31 — It will be a glorious new year for some 850,000 Catholics in Malaysia.

In a landmark ruling today, the High Court here lifted the home minister’s ban against the Catholic church publishing the word “Allah” to refer to the Christian God in its weekly paper, Herald.

Counsel for the Herald, Porres Royan, told reporters outside the crowded court, “The court has granted the declaration that the applicant has the Constitutional right to use the word Allah. I believe the ministry is bound by the court’s decision.”

Senior Federal counsel Datuk Kamaludin Md Said said, “I was made to understand the ministry has already issued the permit for 2010.” The publishing permit for the Herald expires today.

He added that he will consult the ministry for new instruction, when asked about his next course of action.

The government had said that the ban was necessary to avoid confusing the majority Muslims in the country. Islam is the official religion in Malaysia.

But the church claimed the ban violates its constititutional rights to practice its religion freely.

According to Father Lawrence Andrew who edits Herald, the term “Allah” has been used by Christians in the region to refer to their God since four hundred years ago. He added that it is still actively used today.

Lawrence explained that “Allah” in the Christian context is used to refer to the trinitarian concept of “God the Father” which is different from the Muslim use of the verse to refer to the “one and only God”.

Herald’s editor claims the use of the word has not died out and is still being used in church worship among indigenous East Malaysians, who form a substantial number of the Christian faithful in the country.

The church first took the government to court last year after the home ministry threatened to revoke its annual publishing permit for Herald, Malaysia’s only Catholic paper.

It was forced to refresh its suit again this year after its 2008 permit expired without any decision from the court.

MI
31/12/09

(sumber:http://malaysianindian1.blogspot.com/2009/12/high-court-lifted-home-ministers-ban-of.html)

Wednesday, December 23, 2009

Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir


December 23, 2009
Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir

Menjawab
Buku Fitnah Terhadap Mahathir


Apabila buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times diterbitkan baru-baru ini, maka - riuh-rendahlah semua orang - khususnya parti pembangkang kononnya mahu mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan.

Malah, tuduhan kononnya Tun Mahathir bertanggungjawab atas "kehangusan" RM100 billion wang negara kerana membina pelbagai projek mega selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menjadi agak janggal kerana tidak pula dikaitkan secara adil dengan pencapaian unggul beliau selama 22 tahun yang terbukti berjaya menarik pelaburan dan keuntungan kepada negara sebanyak hampir RM300 billion.

Bahkan, di sisi lain pula - jika kita merupakan manusia yang ada "otak" pelaburan Tun Mahathir - jika sekali pun benar bahawa beliau telah membelanjakan RM100 billion untuk membina projek mega selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia - maka pulangannya pula adalah sebanyak RM300 billion kepada negara selama 22 tahun beliau memerintah - bukankah itu, untung namanya? Inilah agaknya apa yang dikatakan oleh orang tua-tua, bodoh sombong tidak boleh diajar.


Saya bukan mahu membela Tun Mahathir membuta-tuli - tetapi, sebagai manusia yang ada hati dan fikiran - kita harus menilai Tun Mahathir secara objektif - dan bukan melalui perkiraan matematik.

Cubalah fikirkan RM100 billion yang dibelanjakan oleh Tun Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahnya bukanlah dilulusakan oleh beliau seorang semata-mata, sebaliknya ia melibatkan ramai pihak - termasuk pemimpin agung pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim.

Perbelanjaan sebanyak RM 100 billion itu telah diluluskan secara kolektif oleh jemaah menteri dan bukan Tun Mahathir seorang.

Apakah semua masalah yang sedang melanda negara pada hari ini hendak diletakkan di atas bahu Tun Mahathir semata-mata? Kejahilan yang semacam mana lagi hendak kita ikut?

Selama 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau telah melabur sebanyak RM100 billion - manakala pulangannya pula adalah sebanyak hampir RM300 billion kepada negara - bagi tempoh yang sama - malah, kerana "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia menjadi begitu makmur sehingga menyebabkan beribu-ribu pekerja dari Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Thailand, Myammar dan Kemboja mencari rezeki di negara ini.

Bahkan, kerana "RM 100 billion" itu jugalah anak-anak tempatan mendapat pekerjaan dan pendapatan yang baik semasa pemerintahannya. Dan kerana "RM 100 billion" itu jugalah negara tercinta kita ini terkenal di seluruh dunia dan menjadi contoh kepada negara Islam lain.

Tetapi, malangnya, kita terus diperbodohkan-bodohkan dengan angka dan matematik - sehingga kebaikan ditukar menjadi perjudian dan pelacuran.

Apakah kita masih tidak mahu sedar-sedar bahawa dengan "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia meningkat dari negatif 1 peratus pada tahun 1980-an menuju ke angka 7 dan 8 peratus setahun selepas itu.

Apakah kita masih terus mahu diperbodohkankan, sedangkan kita sendiri menyedari bahawa dengan "RM 100" billion itulah anak-anak kita mudah masuk ke universiti walaupun keputusan SPM dan STPM mereka kurang memuaskan? Lantaran begitu banyak penubuhan universiti yang diluluskan oleh Tun Mahathir pada zamannya - dan kini hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai universitinya sendiri.

Apakah kita ingin nafikan bahawa dengan "RM 100" billion itulah kerajaan membangunkan negara dan memperoleh cukai untuk membayar gaji kita dan anak-anak kita?

Nah! sekarang ini - kita lebih mempercayai si tukang fitnah bernama Barry Wain yang menulis buku tersebut - lalu kita pun bersorak, "Horey..Horey..Horey..Mahathir Kena Tembak" - maka kitalah sebenarnya Si Kitul yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Wallahualam.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 2:42 PM
Label: Corat-Coret

(sumber;http://azlishukri.blogspot.com/2009/12/menjawab-buku-fitnah-terhadap-mahathir.html)

Toyota Fortuner YB Khalid Samad di curi



Wednesday, December 23, 2009

Dari Enjin Jet ke Kereta: Semua (Malaysia) Boleh Hilang!
Kereta saya telah dicuri di hadapan pejabat pada siang hari tadi di Shah Alam. Walaubagaimanapun, di bumi di mana enjin jet pun boleh hilang, apalah sangat sebuah Toyota 4x4?



My car was stolen today in broad daylight in front of the office in Shah Alam. However, in a land where jet engines goes missing, what is a mere Toyota 4x4?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Toyata Fortuner warna kelabu BKL 6427, tapi jgn ada yg pergi tikam ekor pulak! :)

(sumber;http://www.khalidsamad.com/2009/12/dari-enjin-jet-ke-kereta-semua-malaysia.html)

Tuesday, December 22, 2009

FORM ROYAL PROBE ON DR M'S SQUANDERING



FORM ROYAL PROBE ON DR M'S SQUANDERING

By:Dr. Mahathir Mohamad
on December 22, 2009 3:30 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share

1. I welcome Lim Kit Siang's proposal for Najib to set up a royal commission on whether I burned RM100 billion on grandiose projects and corruption during my 22-year reign.

2. Such a commission should not be made up of Government nominees but should have as members impeccable people including foreigners and members of Transparency International.

3. The commission should not confine to one Prime Minister only but to Tun Abdullah Badawi's regime.

4. It should include how RM270 billion of Petronas money paid during Abdullah's five-year term was spent; what projects were financed by this huge fund and the cost of all these projects.

5. It should include how much money was lost due to the cancellation of the crooked bridge and the Johore Baru to Padang Besar railway.

6. What is the cost over-run in the construction of the Bakun Hydroelectric project.

7. The financing of the second Penang Bridge and the procedure followed when giving out this contract.

8. I also agree with Lim Kit Siang that the investigation would reflect Najib's commitment to "combating corruption".

9. In order that the enquiry by the commission would be successful, Government must give the undertaking to give full access to the commission of all the documents and accounts of the Government over the period 1981-2009. There should be no cover-up of any kind.

10. Barry Wain must provide documentary proof of any sum that he alleged I had burned.

11. I will co-operate fully with the commission.

12. Depending upon the result of the commission, I reserve the right to sue Barry Wain, Lim Kit Siang and Malaysiakini.com for libel for a sum to be disclosed later.

13. If the Government is witholding the book: "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", I would request that the book be released forthwith. I am not in need of Government protection.

(sumber;http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/12/form-royal-probe-on-dr-ms-squa.html#more)

Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion
Dis 22, 09 7:43pm

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan.

Mengulas tindakan menahan buku tersebut di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang "perlindungan" daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.

Selain itu, Dr Mahathir juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Wain dan Malaysiakini jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak benar oleh suruhanjaya diraja tersebut.

Bersetuju dengan gesaan Lim, mantan perdana menteri berkata penubuhan suruhanjaya itu lambang kesungguhan Datuk Seri Najib Razak "membanteras rasuah" di negara ini.

Dr Mahathir bagaimanapun meletakkan beberapa syarat, antaranya suruhanjaya itu nanti harus turut menyiasat penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduhnya menyebabkan kerugian akibat pembatalan beberapa projek yang dimulakannya.

Beliau juga mencadangkan anggota-anggota suruhanjaya itu disertai oleh tokoh-tokoh berwibawa dari luar negara, termasuk pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai lantikan kerajaan.

Baca berita penuh

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/120431)

Ketua Penerangan PAS: Anak MB 'buka pekung' ulas isu suami


Anak MB 'buka pekung' ulas isu suami: Idris Ahmad

oleh:Salhan K Ahmad
Dis 21, 09 11:33am

Nik Amalina Nik Abdul Aziz tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi anak menteri besar itu, kata ketua penerangan PAS.

"Banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang sebab akan jadi seperti membuka pekung di dada," kata Idris Ahmad

Tambahnya, tindakan anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang didesak melepaskan jawatan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), melalui blog "tidak sepatutnya dilakukan" kerana ia berkait dengan soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Perkara yang melibatkan masalah pentadbiran dan dasar parti ini tidak sepatutnya didedahkan dalam blog," kata Idris ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Jelasnya, isu melibatkan Abdul Ariffahmi, seperti yang diulas secara meluas di Internet, tidak sepatutnya disentuh oleh Nik Amalina dalam blognya Seri Suri (serisuri.wordpress.com), yang dimulakan pada 11 Disember itu.

Dalam coretannya, Nik Amalina antara lainnya mencabar seorang anggota exco Kelantan – yang tidak dinamakan – meletakkan jawatan, rentetan daripada kontroversi melibatkan suaminya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) PMBK.

"Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?" tulis Nik Amalina, 13 Disember lalu.

Exco yang dimaksudkan Nik Amalina itu dipercayai Datuk Husam Musa, pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, yang diketahui rapat dengan penulis blog Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Gesaan supaya Husam meletakkan jawatan itu dipercayai timbul berikutan serangan terbuka yang dilancarkan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan awam PMBK yang dipecat oleh Abdul Ariffahmi.
Penulis blog itu turut mempertikaikan Nik Abdul Aziz – yang disifatkannya “sandiwara” – atas kelengahan peletakan jawatan CEO itu.

Mengulas tindakan serang-menyerang di ruang siber antara Syed Azidi dan Nik Amalina, Idris berkata ketegangan antara kedua-duanya itu sepatutnya dapat diselesaikan secara rundingan.

"Perkara seperti ini lebih baik diselesaikan dengan cara perjumpaan, bukannya ditulis dalam blog sebab kita ada mekanisme untuk bermesyuarat, ikut saluran parti," kata Idris lagi.

"Sesiapapun boleh tulis blog. Saya sendiri pun ada blog, tetapi perkara ini tidak sepatutnya diulas lebih lanjut (oleh Nik Amalina).

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Abdul Ariffahmi dilaporkan enggan mengikut telunjuk Dewan Pemuda PAS Kelantan yang mendesaknya segera berundur – tidak seperti jadualnya untuk berundur 23 Mac tahun depan.

Gesaan dewan tersebut, yang turut dianggotai beliau sebagai sebagai exco, dibuat hujung minggu lalu susulan tekanan yang disuarakan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/120271)

Ahli Parlimen BN kesal laporan blog

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk Menteri dan Timbalan Menteri semalam kesal dengan laporan sinis sebuah blog yang menyifatkan ketidakhadiran ramai wakil rakyat parti itu sebagai 'terponteng' ketika undian belah bahagian sehingga menyaksikan hanya kelebihan tiga undi bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Mereka menyifatkan dakwaan 'terponteng' itu sebagai tidak adil kerana ada menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN terikat dengan tanggungjawab tugas masing-masing atau mempunyai masalah kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menjelaskan beliau tidak hadir pada hari itu kerana dinasihatkan doktor supaya berehat berikutan komplikasi terhadap kandungannya yang sudah berusia lapan bulan.

Malah, Ketua Puteri Umno itu berkata, surat sijil sakit juga diberikan kepada Ketua Whip, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menerusi pegawainya.

"Saya kesal dengan pendekatan yang cuba dibawakan individu (di sebalik blog) ini. Bagaimanapun, kita ambil iktibar atas apa yang berlaku baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebuah laman blog semalam melaporkan senarai nama dan wajah menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen yang didakwa 'terponteng' dan hampir mengakibatkan 'takhta' Najib diserahkan kepada pembangkang.

Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan. Kehadiran Ahli Parlimen BN hanya 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ketidakhadirannya ketika itu adalah kerana mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan.

"Tetapi kejadian itu sudah berlalu dan terdapat cadangan menyusun kembali pengurusan di Parlimen, (malah) saya tidak tahu ada pengundian pada hari itu. Perlu ada penambahbaikan di masa depan," katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata beliau tidak menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat, Isnin minggu lalu kerana berada di India atas urusan rasmi kerajaan.

"Saya berada di India selama dua hari bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Jalan dan Lebuh Raya India.

"Ini adalah lawatan rasmi atas urusan rasmi kerajaan dan turut mendapat pelepasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya selepas majlis perjumpaan menteri bersama peserta program perintis bekerja dari rumah di kementeriannya di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai laman blog berkenaan yang turut memaparkan wajah mereka sebagai sebahagian wakil rakyat tidak menyertai ujian belah bahagian.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091222014655/Article/index_html)

Tuesday, December 22, 2009
Yb TERponteng : Ahmad Maslan Nak Salahkan Orang Lain…?


Panas…! Panaaasss….!!!

Blog Medan Info Kita menjadi santapan berita sejak semalam apabila menyiarkan secara Exclusive laporan penuh “Wajah Wajah Ahli Parlimen BN Yang TERponteng”.

Ada sahabat sahabat Bloggers yang menyiarkan secara penuh [full published] penjelasan melalui sms oleh seorang Timbalan Menteri yang berada didalam kelompok Yb Yb BN TERponteng. Blog Parpukari - klik sini dan juga blog Pisau.net, klik sini.

Ahmad Maslan sebenarnya berada di Ampang Puteri tetapi memberikan alasan beliau tidak menerima sms supaya hadir segera ke Parlimen untuk menyokong meluluskan Bajet 2010. Satu alasan yang bodoh bertaraf bangang..!!

Boleh baca komen Medan Info Kita di blog Parpukari, klik sini

Sebagai manusia biasa, kita cukup memahami akan masalah beliau apabila perlu menguruskan keadaan bondanya yang uzur setelah dikesan menghidapi sakit batu karang didalam pundi hempedu oleh doktor di Ampang Puteri ketika itu. Marilah kita bersama sama mendoakan agar bondanya cepat sembuh.

Tetapi pada penghujung sms Ahmad Maslan dilihat seakan akan mahu menyalahkan orang lain kerana dikatakan beliau tidak terima sebarang sms ataupun maklumat serta arahan untuk menyokong meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat……

Cerita beliau ini terlalu jauh kontra pula dengan laporan oleh Agendadaily.

Menurut kandungan jalan cerita Agendadaily, pada malam tersebut, Penyelaras Ahli Parlimen BN, Datuk Zainal Abidin Rahim telah cuba menalipon kesemua Yb Yb BN dan juga telah menghantar sms kepada mereka, sila klik sini.

Manakala sewaktu siaran Buletin Utama TV3 hari Ahad yang lepas menyebut ada ramai juga Ahli Parlimen BN telah gagal dihubungi ketika itu.

Pada malam bersejarah tersebut, YAB PM kita sendiri terpaksa bergegas meninggalkan suatu majlis. Begitu juga dengan TPM kita yang turut sama muncul di Dewan Rakyat.

Antara cerita yang menarik dalam laporan Agendadaily ialah kehadiran Datuk Johari Baharom yang ketika itu berada di Kuala Klawang sedang menuju ke Bandar Muadzam, namun setelah menerima sms, beliau segera berpatah balik ke Parlimen.

Seorang lagi Ahli Parlimen, Datuk Ir Zin yang baru tiba di Arrival Hall KLIA, sebaik sahaja menghidupkan handphone beliau turut sama terima sms dan memecut laju ke Parlimen tidak sempat pulang kerumahnya….

Adakah Ahmad Maslan berada diluar kawasan sehinggakan tidak dapat dihubungi..??? Ataupun waktu itu beliau off handphone kerana tidak mahu diganggu tetapi apabila menghidupkannya semula barulah terima sms dari Datuk Zainal, namun ketika itu sudah sedia maklum bahawa undi BN tetap menang….. Sepertimana biasa, sesiapa pun akan menyatakan tidak terima sms sebagai jalan mudah untuk menyelamatkan diri sendiri…!

Apakah seorang wakil rakyat bertaraf Timbalan Menteri perlu mendapat sms ataupun arahan barulah beliau akan berada di Parlimen menjalankan tugasnya.?


Sehubungan dengan kisah Ahmad Maslan ini, sekalung TAHNIAH diucapkan kepada seorang Timbalan Menteri iaitu Senator Datuk Maznah Mazlan kerana beliau tetap menghadirkan diri untuk membuat pengulungan perbahasan Bajet 2010 di Dewan Negara semalam walaupun menerima berita kematian ayahandanya pada jam 9.50 pagi.


“saya terpaksa hadir pada sidang hari ini bagi menjawab soalan sesi soal jawab dan menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 bagi Kementerian Sumber Manusia”

“saya hadir sebab saya tahu jika bapa masih hidup, dia memang mahu saya sempurnakan tugas hari ini” katanya kepada wartawan dilobi Parlimen semalam.

Sebaik sahaja selesai menjawab soalan dan menyampaikan ucapan penggulungan kira kira jam 12.15 tengahari, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Glenagles Ampang yang tidak jauh dari Ampang Puteri bagi mengiringi jenazah ayahandanya dibawa ke Cameron Highland untuk disemadikan.
Berita dipetik dari Utusan Online tajuk “ Maznah Tetap Hadir Sidang Walaupun Bapa Meninggal”, klik sini

Ucapan takziah kepada Datuk Maznah daripada Blog Medan Info Kita.


ADA MENTERI & TIMBALAN MENTERI RESPON
Bukan sahaja posting ini telah dicedok oleh blog pro Pakatan tetapi ianya telah menjadi rujukan beberapa media tanahair. Beberapa akhbar hari ini turut menyiarkan pula respon daripada beberapa pimpinan kanan kerajaan keatas pendedahan identiti mereka yang tidak hadir ke Dewan Rakyat pada malam pengundian meluluskan Bajet 2010.

Timbalan Menteri dari Papar Sabah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO memberikan alasan beliau sedang sarat mengandung maka tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal pula mahu diadakan penyusunan semula pengurusan di Parlimen kerana beliau sendiri tidak tahu akan diadakan pengundian pada malam tersebut.

Seorang lagi wakil rakyat BN dari Tampin, Datuk Shaziman Mansor memaklumkan beliau ketika itu sedang berada di India kerana urusan rasmi kementeriannya sebagai Menteri Kerja Raya.

Kesemua respon yang dinyatakan diatas boleh dibaca menerusi Berita Harian Online, klik sini

(sumber:http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/yb-terponteng-ahmad-maslan-nak-salahkan.html)

Monday, December 21, 2009

EXCLUSIVE..!! Ini Dia Wajah Wajah Ahli Parlimen "TER"Ponteng
Sepertimana yang Blog ini janjikan pada posting bertajuk “Eloklah Kalau PM Buat Kenduri Kesyukuran”, boleh KLIK sini untuk membaca lagi.

Maka untuk kesekian kalinya di sajikan disini wajah wajah wakil rakyat BN yang TERponteng pada hari pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember 2009.

Kemenangan hanya dengan perbezaan 3 undi mengekalkan kerajaan Najib-BN tetapi yang menjadi persoalan pokok disini ialah kehadiran Ahli Parlimen BN sangat sangat MENGECEWAKAN rakyat jelata…!

Sungguhpun kita sudah menarik nafas lega apabila usaha usaha dari wakil rakyat DAP, PKR & PAS gagal untuk mengambil alih kerajaan secara teknikal, tetapi kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!!
Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA.

Ramai juga pemerhati politik yang menyedari peristiwa ini telah memanjatkan rasa syukur kehadrat Alllah swt kerana negara kita TERSELAMAT daripada menerima bala menyaksikan Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa Perdana Menteri dan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan beliau…..

Berikut adalah wajah wajah Ahli Parlimen yang TERponteng dan hampir hampir menyebabkan tahta YAB PM Najib Tun Razak diserahkan kepada Anwar Ibrahim!
Senarai berikut terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang tiada jawatan dalam kabinet kerajaan.

MENTERI


Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi


Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim



Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor


Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany


Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin


Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon


AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI


Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri


Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan


K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin


Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong


Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Rahman


Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan


Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang


Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing


Dimaklumkan juga bahawa seramai lima [5] Senator yang dilantik menjadi Menteri dan tujuh [7] lagi Senator yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak layak untuk menyertai pengundian didalam Dewan Rakyat.



(sumber:http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/exclusive-ini-dia-wajah-wajah-ahli.html)

zmsegamat kata; MOHON agar Yang Berhormat Ahli Parlimen BN yang tidak hadir pada masa pengundian 14.12.2009 itu, dapat beri TUNJUK SEBAB kerana zmsegamat bimbang peristiwa ini akan di putarbelitkan oleh pembangkang dan juga musuh-musuh politik Yang Berhormat Ahli Parlimen BN tersebut.

Lepas jawatan untuk jaga nama baik parti- Dr Rosli

Lepas jawatan untuk jaga nama baik parti- Dr Rosli
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Dis: Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.

Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.

Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.

“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.

“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.

Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu melalui wali hakim.

Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.

“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.

Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.

“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.

Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.

Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.

Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

“Jika gagal berbuat demikian, saya akan memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka dengan segera kerana telah memfitnah saya,”ujarnya.

Tambah Rosli lagi, biarpun beliau melepaskan kesemua jawatannya, beliau masih kekal sebagai ahli parti PAS.

Bagaimanapun berhubung masa depan nya dalam bidang politik, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan dan ahli parti untuk menentukannya kelak.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan semua ahli parti jika masaalah peribadinya telah sedikit mencalarkan imej atau mendatangkan masaalah kepada PAS.

(sumber;http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23818:lepas-jawatan-untuk-jaga-nama-baik-parti-dr-rosli&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125)

Dr. Rosli, Ilyani diperintah tidak tinggal bersama


Dr. Rosli, Ilyani diperintah tidak tinggal bersama

KOTA BHARU 21 Dis. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader (gambar) tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Perintah 'mufarakah' (memisahkan) sementara menegah Dr. Rosli Allani, 35, bekas pegawai khas kepada seorang anggota Exco daripada tinggal bersama pasangannya, Ilyani Mohd. Noor, 30, itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yusof Awang.

Plaintif, Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan di sini memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Mohd. Noor diwakili peguam syarie, Mohd. Zaki Zainal Abidin manakala Dr. Rosli Allani dan Ilyani diwakili peguam syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan. Bagaimanapun Ilyani tidak hadir di mahkamah.

Mohd. Zaki memaklumkan, plaintif tidak bersetuju dengan permohonan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 26 April tahun depan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif meragui perkahwinan tersebut memandangkan tatacara pernikahan tidak memenuhi rukun dan syarat.

Selain itu, plaintif merujuk surat penjelasan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bahawa dokumen perakuan nikah pasangan itu tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan jabatan berkenaan.

''Plaintif yakin semasa perkahwinan, anak perempuannya mustahil dalam keadaan sedar kerana bertindak sedemikian tanpa kebenaran pihaknya.

"Oleh yang demikian plaintif yakin defendan pertama bukan lelaki atau suami yang baik, sekufu (sama taraf dari segi keturunan, pangkat dan tahap pembelajaran) dan mempunyai niat yang tidak baik dengan menipu untuk tujuan perkahwinan tersebut," ujar plaintif dalam penyata tuntutannya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm)

Monday, December 21, 2009

Info Corner: Eloklah Kalau PM Buat Kenduri Kesyukuran


Friday, December 18, 2009

Eloklah Kalau PM Buat Kenduri Kesyukuran

Peristiwa yang berlaku pada malam 14 Disember 2009 dalam sidang Dewan Rakyat haruslah dilihat sebagai suatu “rahmat” bagi pucuk kepimpinan YAB Perdana Menteri kita.

Setinggi tinggi lafaz kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah swt kerana TIDAK menjadi kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang bertahta puluhan tahun hampir hampir ditukarkan atas dasar masalah teknikal dan rakyat sudah pasti akan terpinga pinga sekiranya Anwar Ibrahim duduk dikerusi Ketua Kerajaan manakala Datuk Seri Najib pula memanaskan kerusi Ketua Pembangkang…….

Berita ini tidaklah menjadi kecoh oleh media utama negara ini kerana mungkin tidak mahu rakyat menjadi panik dan diwaktu yang sama golongan atas pagar boleh melihat dengan jelas bahawa TIDAK mustahil untuk Anwar Ibrahim melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri seandainya wakil rakyat BN tewas melalui proses kiraan undi kepada wakil rakyat Pakatan dalam meluluskan Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Najib Tun Razak.

Menurut laporan yang disediakan oleh portal Agendadaily, keadaan boleh dikatakan cemas juga sehinggakan sms terpaksa dihantar kepada kesemua wakil rakyat masing masing tidak kira samada dari BN mahupun Pembangkang agar segera datang ke Parlimen untuk proses pengundian..!

Walaupun kerajaan Najib-BN kekal setelah menang tipis iaitu beza 3 undi, namun pada hakikatnya untung nasiblah yang sebenarnya menyelamatkan Najib untuk terus kekal sebagai PM kita. Dalam erti kata lain belum ada REZEKI buat Anwar Ibrahim menjadi Ketua Kerajaan yang sah….

Ini jelas daripada peratusan kehadiran wakil rakyat kedua dua belah pihak. Marilah kita buka mata kita seluas luasnya dan lihat sendiri bahawa peratusan kehadiran wakil BN hanyalah 48% sahaja dikira 66 daripada 137 yang hadir. Peratusan wakil Pakatan pula jauh lebih tinggi iaitu 78% dikira 63 daripada 82 ahli Parlimen mereka.

Disini timbul persoalan kemana perginya begitu ramai ahli Parlimen BN setelah mereka diberikan mandat oleh rakyat..? Coffee House..? Bermain golf..? Bercuti keluar negara..? Berehat di SPA..?

Blog Medan Info Kita mohon jasa baik YAB PM Datuk Seri Najib untuk segera siasat kenyataan Ketua WHIP Pakatan, Azmin Ali yang mendakwa beliau ada maklumat bahawa terdapat ramai wakil rakyat BN sebenarnya memboikot dan sengaja tidak mahu bajet 2010 yang dibentangkan oleh YAB PM itu mendapat kelulusan sidang Dewan Rakyat.
Kenyataan Azmin dipetik daripada laporan Sinar Harian, KLIK sini.

Seterusnya dimaklumkan bahawa Blog Medan Info Kita sudah ada senarai wakil rakyat BN yang tidak hadir pada malam tersebut setelah meneliti senarai penuh Ahli Parlimen. Cuma sekarang ini sedang dikemaskinikan gambar gambar mereka yang akan disiarkan pada posting akan datang untuk tatapan pengundi mereka dikawasan masing masing….

Terserahlah apa pun tafsirannya serta alasannya. Daripada senarai itu nanti akan terpampanglah wajah wajah seramai 18 Menteri, 12 Timbalan Menteri dan selebihnya adalah wakil rakyat tidak berjawatan dalam kabinet.

Sudah pasti ada dikalangan mereka terlibat dengan tugas tugas rasmi kementerian masing masing. Namun begitu persoalannya apakah pada hari tersebut kesemuanya terlalu sibuk sehinggakan kehadiran mereka sebagai wakil rakyat tidak penting..??

Pakatan Pembangkang dibawah telunjuk Anwar sudah pun bertindak dan mana mana wakil rakyat mereka yang tidak hadir ke Parlimen pada malam tersebut telah diarahkan memberi surat TUNJUK SEBAB, boleh baca artikel daripada portal pro Pakatan, KLIK sini.

Apakah YAB Datuk Seri Najib tidak teringin mendapatkan penjelasan berupa surat TUNJUK SEBAB daripada 52% wakil rakyat BN yang "HILANG" pada malam tersebut..??

Barangkali Najib boleh berpesan kepada mereka untuk memilih destinasi Coffee House atau Golf Club yang berhampiran dengan Parlimen agar dapatlah segera datang sekiranya ada lagi Emergency Call selepas ini...

Tungguu…!!
Posting seterusnya diblog ini akan menyiarkan kesemua wajah wajah wakil rakyat BN yang TERponteng dan hampir hampir menobatkan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim yang sudah tentunya akan mengisi kerusi nombor satu kerajaan 1 MALAYSIA sekiranya BN tewas dalam proses undian meluluskan Bajet 2010 ….

Posted by Medan Info Kita at 3:40 PM

(sumber;http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/eloklah-kalau-pm-buat-kenduri.html)

zmsegamat kata: harap Ahli Parlimen BN yang tidak hadir dapat beri TUNJUK SEBAB kerana zmsegamat bimbang peristiwa ini akan di putarbelitkan oleh pembangkang dan juga musuh-musuh politik Ahli Parlimen BN tersebut.

Afzainizam Abdullah: SIAPA SAYANGKAN UMNO - PERTAHANKAN AGAR TIDAK TUMBANG!

1. Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada DS Najib dan Isteri, namun tidak ada penafian yang jelas bagi menghilangkan keraguan umum. Terbaru laporan terbaru mengenai wang RM600 ribu yang dikirimkan kepada DS Rosmah sewaktu di Dubai. Rakyat semakin percaya dan menganggap fitnah sebagai kebenaran jika ianya diulang-ulang dan tidak ada jawapan bagi mempertahankan.

2. Ahli Perlimen BN tidak hadir pada saat yang penting ketika ’undian belah bahagi’ dilakukan membuatkan usul Bajet 2010 hanya dimenangi dengan undian sangat tipis yakni hanya 3 undi sahaja. Andainya BN kalah dalam undian itu, implikasinya sangat besar dan mampu menguggat kerajaan. Apakah ada sesuatu yang tesembunyi yang rakyat tidak ketahui disini? Apakah ada penyebab khusus yang membuatkan 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir? Adakah ini satu tindakan terancang bagi menjatuhkannya? DS Najib mesti tegas dan berani dalam menangani ini, jika tidak lawan dan kawan tidak lagi akan menghormati beliau. Hakikatnya, DS Najib sudah dimalukan dan hampir tidak lagi menjadi PM Malaysia kerana kecuaian dan kelemahan Ahli Parlimen BN sendiri. Saya percaya pihak Pakatan Rakyat akan terus mencari ruang untuk melakukan perkara semacam ini sekali dan berkali-kali lagi.

3. Kita nampak bahawa pihak lawan memang mensasarkan DS Najib habis-habisan, dan tidak pernah ada serangan seperti ini sebelum ini. Mungkin pihak lawan beranggapan bahawa inilah saatnya dimana kerajaan berada dalam keadaan yang paling lemah dengan masalah disekeliling. Mungkin juga pihak lawan merasakan bahawa jika bukan sekarang maka mereka tidak akan mendapatnya selama-lamanya. Bagaimanapun, banyak pihak percaya bahawa ada konspirasi politik terbesar sedang berlaku dan disembunyikan oleh pihak tertentu, sama-sama kita tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti.

4. Satu kertas putih, senarai Ahli Parlimen BN yang tidak hadir harus diedarkan kepada rakyat supaya rakyat tahu siapa wakil rakyat mereka yang gagal menjalankan tugasnya untuk penilaian rakyat sendiri yang rakyat berhak untuk tahu. Saya masih menyokong DS Najib dan BN biarpun dalam kelam dan meragukan kerana saya tidak percaya pihak pembangkang akan dapat melakukan lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ini. DS Najib hanya perlu bersihkan persekitaran dan sekelilingnya bagi menyakinkan semua dan memulihkan kepercayaan rakyat dan tampil sebagai seorang wira yang tegas dan berani.............

(sumber;http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/note.php?note_id=210404844162&id=1611283666&ref=nf)

BN pucat, PR gigit jari

BN pucat, PR gigit jari
Oleh - Profesor Dr Abdul Aziz Bari


Apa yang berlaku di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam insiden mencemaskan itu rang undang-undang perbekalan 2010 atau bajet (belanjawan) tahunan untuk tahun hadapan lulus dengan majoriti tipis tiga undi.

Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletakjawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen.

Dalam undian yang dibuat BN mendapat 66 undi sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan 63 undi menentang rang undang-undang berkenaan. Buat masa ini BN mempunyai 140 kerusi manakala PR mempunyai 82 kerusi.

Kalau diumpamakan sebuah perlawanan bola sepak, pintu gol BN telah digegarkan sebuah sepakan kencang daripada PR. Bagaimanapun sepakan itu terkena palang dan bola muntah ke tengah padang. PR yang dalam perbahasan mengawal permainan, nyaris menjaringkan gol kemenangan. Bagaimanapun kerana BN adalah juara bertahan ia masih mampu menjaringkan gol meskipun tidak cantik. Tetapi cukup untuk menyambung nyawanya dalam liga. Ini cukup baik untuk meneruskan permainan mempertahankan kejuaraan sehingga permainan tamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.



Runcing

Walau apa pun yang berlaku dalam PRU itu kedudukan BN sekarang memang runcing. Pada petang Isnin itu ahli Parlimennya hilang entah ke mana, dan sebenarnya ketika perbahasan pun mereka jelas kelihatan tenggelam punca. Ahli-ahli Parlimen BN, berbanding kebanyakan Ahli Parlimen PR, jelas terlalu biasa dengan keadaan selesa yang mereka nikmati sejak merdeka. Buat pertama kali Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan bajet mereka, yang dihentam kiri dan kanan sejak dibentangkan dua bulan lalu, selamat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia nyawa kerajaan terletak di tangan parlimen, khususnya Dewan Rakyat. Jika mereka gagal mengekalkan sokongan majoriti di situ, kerajaan itu wajib meletakkan jawatan. Salah satu keadaan di mana sokongan itu perlu ditunjukkan ialah dalam pembentangan belanjawan atau bajet tahunan. Sebab itu di kebanyakan negara kesemua anggota kerajaan dan penyokongnya datang ke Parlimen.

Fenomena yang berlaku di Malaysia memang pelik. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut betapa berbanding dengan negara-negara 'Westminster' yang lain, kita dilihat ganjil kerana selepas belanjawan dibentangkan Perdana Menteri, Kabinetnya tak kisah. Mereka malah membuat lawatan – baik rasmi mahupun kerja ke luar negara. Dalam kata lain tidak pernah timbul kebimbangan yang bajet itu akan ditolak oleh Parlimen.

Tetapi dalam insiden di Dewan Rakyat Isnin lalu, apa yang bagi saya lucu ialah betapa pembangkang sendiri semacam tidak sedar tentang pentingnya peluang itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Jadi sepakan yang terkena palang tadi sebenarnya bukanlah perancangan rapi, sekadar satu cubaan.

Sehingga kini saya belum dengar apa-apa komen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai insiden bersejarah itu. Khabarnya Ahli Parlimen PKR yang paling ramai tidak hadir. Ada yang memberitahu Ahli Parlimen Pas kebanyakannya hadir. Tetapi, saya berasa aneh juga kerana ada dalam kalangan mereka yang membuat lawatan ke luar negara, sakit dan sebagainya.

Saya fikir sebagai parti yang melaung-laungkan negara Islam dan jihad perkara-perkara seperti ini tak sepatutnya menjadi alasan. Mati dalam Dewan pun tak mengapa. Tetapi BN lebih teruk lagi sebab dalam keadaan mereka bergelut dengan hidup dan mati itu ada pula Ahli Parlimen mereka yang sedang bermain cinta dan dilanda gosip!

- Dapatkan artikel penuh di Sinar Harian hari ini.

(sumber;http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6232967.asp)

photo "malay pig all"



(sumber:http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/12/woii-sham-kau-tido-ke.html)

zmsegamat kata: "malay pig all" siapa yang makan babi ni...

Gedik bersebab – Abby Fana



Gedik bersebab – Abby Fana

Noor Joha Ahmad
(Pengarang Kanan Unit Majalah Hiburan Utusan Karya Sdn. Bhd.)


Abby Fana

CELOTEHNYA mendapat perhatian pendengar terutamanya di kalangan suri rumah. Celoteh bersahaja dan jenakanya membuatkan sesetengah pendengar Sinar FM tersenyum setiap kali Abby Fana ke udara terutamanya untuk empat jam siaran bermula pukul 10 setiap Isnin hingga Jumaat.

Keletah Abby Fana dikatakan lain daripada yang lain. Celotehnya bagaikan percakapan seharian yang bersahaja. Apatah lagi dengan selingan teka-teki merapunya itu. Namun dalam keriuhan keletah dia itu, tidak dinafikan ada juga segelintir yang kurang menyenangi caranya.

Itulah keajaiban suara ibu tunggal kepada dua anak, Mohad. Afiq Nazrin,19, dan Mohd. Adli Nazrin,18, yang berkhidmat dengan Sinar FM sejak empat tahun lalu. Selain menjadi penyampai radio, Abby Fana juga mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dengan TV3 sejak tujuh tahun lalu.

Abby Fana atau nama sebenarnya, Habsah Omar yang berusia 43 tahun ini juga pernah disenaraikan sebagai penyampai radio popular dan terbaik dalam beberapa anugerah. Antaranya ialah Anugerah Juruhebah Radio Terbaik 2004, Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Bintang Popular 2007.

Pun begitu, dia hanya layak tersenarai dalam lima finalis terbaik dan tidak pernah memenangi apa-apa kategori pun sebelum ini. Bagi Abby kemenangan tidak begitu penting baginya dan apa yang penting ialah penerimaan pendengar dan peminatnya sudah memadai.

“Alah apa ada hal fasal menang atau tidak. Dah tersenarai lima terbaik cukup dah bagi saya, kira popular juga tu,” ujarnya sambil ketawa.

Abby Fana yang popular dengan kelasnya tersendiri tidak lepas daripada kritikan. Dia mengakui pernah mendapat teguran melalui beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pendengar Sinar FM. Cemuhan, kritikan, dan teguran bukan lagi asing baginya.

Menurutnya bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua pendengar. Setiap tutur kata, sebutan dan tawanya diperhatikan. Ada kalanya dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan bagi memikat hati pendengar.

“Mula-mula tu kita takut juga dan memilih sikap berhati-hati bila bercakap. Pendengar memang sensitif. Kalau salah sebut pun kita kena tegur, kalau salah cakap pun kena tegur. Tapi bukanlah setiap kali kita ni buat salah.

“Tujuan saya berceloteh hanyalah untuk menghiburkan pendengar. Tak ada niat lain. Tapi bila difikir-fikirkan dah tak kuasa rasanya. Saya jadi diri saya sendiri lebih baik. Kalau tidak payah saya nak buat kerja, betul tak.

“Biasanya orang yang banyak sangat songel dan kata tak suka ataupun tak kuasa, dia orang tu la juga yang selalu dengar radio. Tapi rasa lega jugalah sebab banyak juga pujian yang saya terima selain kritikan,” terangnya.

Abby dah banyak kali tersenarai sebagai penyampai radio popular, tapi tak pernah menang pun. Komen sikit.

Itu semua ketentuan-Nya. Sama juga macam rezeki, setiap orang ada bahagian masing-masing. Tersenarai ke peringkat lima terbaik itu sudah memadai. Maknanya saya dalam golongan popular juga. Kelas gitu!

Apa komen Abby jika faktor usia menyebabkan itu berlaku?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Pertama kali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang penat-penat pangkah nama saya. Jasa mereka tetap saya kenang. Bagi saya mungkin faktor usia menjadi penghalang. Saya rasa dan andaikan saja, tapi tak tahulah sejauhmana kebenarannya. Peminat saya kebanyakan sebaya dengan saya. Tahu sajalah orang yang sebaya banyak kerja. Mana nak urus anak, nak urus suami, nak mengemas, nak memasak, nak hantar anak ke sekolah, nak ke kedai, nak itu dan ini. Jadi mereka tidak ada waktu untuk memangkah. Agak saya sajalah!

Kalau nak ikut faktor usia, bagi saya ia tidak penting sangat. Halim Othman pun pernah menang semasa usia lebih 40 tahun. Orang sekarang apa ada kisah tentang usia. Seperti yang saya kata tadilah, menang atau kalah bukan menentukan sama ada saya boleh bersiaran ataupun tidak?

Abby rasa popular?

Emm… itu terlalu subjektif. Biarlah saya katakan yang saya popular kalangan orang yang menghargai kerjaya saya.

Abby dikatakan penyampai radio yang gedik. Bagaimana penerimaan Abby dengan tuduhan itu?

Pada mulanya sukar untuk diterima, sebab tuduhan gedik tu semacam saja bunyinya. Gedik ke kita ni? Tapi lama-kelamaan ia dah jadi biasa, tapi kena faham jadi biasa tidak bermakna saya rasa ia serasi ataupun sebati dengan gaya hidup saya yang sebenar. Apabila orang labelkan saya gedik, mungkin ia di dalam konti sahaja. Di luar saya jadi Abby yang lain. Saya adalah ibu kepada dua anak bujang lelaki. Saya hidup menjanda sejak 16 tahun lalu. Orang boleh labelkan saya apa saja, saya manusia biasa. Bagi saya senang saja, ada seorang kawan baik saya pernah beri kata semangat. Katanya, Rasullullah yang tinggi darjatnya pun ada yang sanggup mengeji baginda, inikan Abby Fana.

Apabila bersiaran Abby suka menggunakan gaya bahasa seperti maknyah, kenapa?

Memang ya, tapi bukan sepanjang masa waktu saya bersiaran. Terpengaruh pun ya juga. Dalam hal lain saya rasa bahasa itu agak mesra dan tidak salah kalau saya gunakan. Setiap penyampai ada cara tersendiri untuk bermesra dengan pendengarnya. Itu saja. Ada ke orang komen tentang gaya bahasa saya tu?

Selain gaya bahasa itu, kenapa Abby sesuka hati cipta istilah-istilah yang pelik?

Saya akui memang ada. Contohnya istilah “falsampah” dan “cepu gangsa”. Malah saya pernah terima teguran daripada pendengar mengenainya. Bukan saya ingin perkotak-katikkan bahasa yang sedia ada, malah saya sanjung istilah yang mempunyai makna yang tersendiri itu. Saya gunakan hanya untuk segmen siaran saya sekadar gurauan dan cara interaktif bagi menjana minda. Kita tidak boleh berfikiran sempit. Contohnya macam bawang, kalau kita kupas selapis, jadi fikiran kita jangan setakat selapis kulit bawang yang nipis itu sahaja. Bawang itu kalau kita siat selapis demi selapis lagi ada berapa kelopak lapisannya hingga ke lapisan akhir. Kalau kita tak aktifkan otak kita dan cara kita berfikir, persepsi kita akan jadi setakat horizon dan terbatas sajalah nampaknya. Beginilah, cuba kupas secara halus falsafah ini, “jodoh dan maut di tangan Tuhan”. Adakah Tuhan bertangan? Jadi kita kenalah berfikiran secara luas, dan bukan secara statik saja. Kadang-kadang yang melontarkan komen itu belum tentu betul tau! Janganlah stereotaip sangat. Saya bukannya penyampai radio yang kurang membaca.

Menjanda dah 16 tahun, tak terfikir nak cari pengganti?

Dua minggu lagi 17 tahun saya menjanda. Tahun 2010 berapa minggu lagipun. Entahlah apa badi yang saya kena, sampai sekarang tak ada yang sangkut lagi.

Tak rasa sunyi?

Kalau awal-awal dulu tak rasa sunyi, sebab kita sibuk dengan anak. Anak-anak pun kecil lagi. Hujung minggu kita asyik habis bersama mereka saja. Sampai kita rasa letih dan tak cukup rehat. Tapi bila anak-anak dah membesar dan bergelar bujang, kita mula rasa sunyi. Saya percaya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak sebaya saya dapat rasakan hal yang sama. Sekarang bila mereka dan masuk asrama dan dah boleh bawa haluan masing-masing, saya rasa sunyi. Mereka tidak lagi bergantung seratus peratus hidup dengan kita. Di rumah kita tinggal seorang saja. Kalau mereka dah berumahtangga nanti lagi sunyi kot.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm)