Monday, April 28, 2008

Politik: Tun Dr. Mahathir Kian Hampir Melakukan Hattrick

Dalam sejarah politik Malaysia Dr Mahathir adalah antara politikus yang paling licik. Beliau selalu berjaya menguasai massa sama ada semasa beliau berkuasa atau tidak. Kelicikan politik Dr Mahathir diperakui oleh kawan dan lawan sehingga Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut: "Sseandainya Dr Mahathir menjadikan Islam sebagai teras perjuangan, nescaya umat Islam akan beroleh manfaat besar mempunyai tokoh seperti beliau". Dr Mahathir pernah jatuh dan bangun dalam politik Malaysia, tetapi setiap kali dia jatuh dia akan bangun dengan lonjakan yang lebih tinggi. Sejarah politik jatuh bangun inilah yang telah menjadikan Dr Mahathir benar-benar berpengalaman dengan sepak terajang politik Malaysia.

Sudah terpahat dalam sejarah Malaysia dan Umno khususnya, Dr Mahathir inilah yang pernah disingkirkan daripada parti, kemudiannya bukunya 'Malay Dilemma' pula diharamkan. Sebelumnya beliau telah kalah dalam pilihanraya di Kota Setar kerana menjadi seorang yang ultra-malay dalam kempen-kempennya. Beliau pernah merempat di pentas-pentas pembangkang khususnya PAS untuk bersuara. Pada ketika itu juga, beliau memohon simpati mahasiswa untuk membelanya sehingga bermulalah hubungan politiknya dengan Anwar Ibrahim. Kemudian beliau naik semula dalam pentas politik antaranya dengan sokongan kuat Dato' Harun Idris. Kesemua ini memperlihatkan betapa liciknya politik beliau sejak zaman mudanya lagi.

Kejatuhan Tunku Abdul Rahman dalam politik Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan kelicikan politik Dr Mahathir. Kekalahan Perikatan di beberapa buah negeri dalam PRU 1969 telah menyediakan ruang yang besar kepada Dr Mahathir untuk mengkritik Tunku habis-habisan berlarutan sehingga selepas Peristiwa 13 Mei. Asakan Dr Mahathir inilah yang telah menyebabkan Tunku akhirnya tertiarap dalam politik, walaupun beliau seorang negarawan yang besar ketika itu. Tunku sendiri terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk menjawab kritikan-krtikan Dr Mahathir terutama berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei. Selepas itu nama Dr Mahathir semakin mengharum dalam senario politik negara.

Kelicikan politik beliau terus terserlah apabila dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, walaupun beliau bukanlah Naib Presiden Umno yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan parti 1975. Malah selang enam tahun kemudian Tun Hussien Onn yang memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir ini pula yang melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepadanya. Peristiwa perletakan jawatan Tun Hussien ini sehingga kini masih misteri, iaitu apakah masalah kesihatan yang dihidapinya? Beliau dilihat masih sihat malah menyertai Tunku Abdul Rahman bersama-sama menyerang Dr Mahathir selepas peritiwa pengharaman Umno 1987. Semua pemerhati politik maklum dengan rahsia umum tersebut, Dr Mahathirlah yang menyebabkan Tun Hussien bersara awal.

Semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau sebenarnya telah melakukan 'hattrick kecil' dengan menyingkirkan tiga Timbalan Perdana Menteri. Kecuali Tun Ghaffar Baba, kedua-dua yang lain disingkirkan secara berlawan. Manakala Tun Ghaffar Baba disingkirkan melalui proksi 'anak didik' politiknya Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan ini bukan calang-calang politikus, tetapi kelicikan politik Dr Mahathir dapat mengatasinya. Musa Hitam yang disingkirkannya terus senyap daripada berpolitik, manakalah Tun Ghaffar pula sebelum meninggal dunia tiada lagi peranannya dalam politik selain daripada vateran Umno. Hanya tinggal Anwar Ibrahim yang masih terus berpolitik.

Kini Dr Mahathir sedang mengira detik untuk melakukan satu lagi hattrick iaitu menumbangkan seorang Perdana Menteri. Beliau telah melakukannya terhadap Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien. Sekarang beliau sedang melakukannya terhadap Pak Lah. Dari segi daya kepimpinan Pak Lah hampir menyerupai Tun Hussien, maka apakah lagi halangan untuk Dr Mahathir melakukan perkara yang sama. Cuma semasa zaman Tun Hussien beliau mempunyai kedudukan dalam Umno iaitu sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun kedudukan tidak penting bagi Dr Mahathir kerana beliau telahpun melakukannya semasa mengasak Tunku Abdul Rahman. Situasi yang dihadapi Pak Lah pada hari ini pula menyerupai situasi ketika politik Perikatan dalam PRU 1969.

Kini Pak Lah semakin hampir menjadi mangsa ketiga kelicikan politik Dr Mahathir. Dengan tidak semena-mena Pak Lah telah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang merupakan riak-riak awal berulangnya semula peristiwa yang pernah berlaku kepada Tun Hussien. Pelan peralihan kuasa ini secara jelas menggambarkan Pak Lah sudah tidak lagi tertahan dengan asakan bertubi-tubi Dr Mahathir. Namun demikian adakah Dr Mahathir akan berjaya melakukannya pada kali ini? Ada satu faktor yang para pemerhati politik perlu memberikan perhatian iaitu penjuru yang ketiga Anwar Ibrahim. Perlawanan Dr Mahathir kali ini bukan dua penjuru tetapi tiga penjuru. Selamat kembali berpolitik diucapkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Dan alangkah eloknya kalau Dr. Mahathir turut serta….,

PETIKAN DARI: telaahpolitik.

Lawak: USUP JENDOL

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul
posted by MUZRI

Sunday, April 27, 2008

Politik: DAP Pemenang Sebenar di 3 negeri

Keputusan pilihan raya umum 2008 sungguh menarik dan penuh tanda tanya. Menarik kerana dari lima negeri yang diperolehi oleh DAP-PKR-Pas, hanya tiga negeri yang kukuh.

Yang kukuh ialah Kelantan dan Kedah di bawah Pas dan Pulau Pinang di bawah DAP. Manakala di Perak dan Selangor ia bukan sahaja tidak kukuh malah akan menyaksikan konflik pemerintahan yang berterusan.

Di Perak, Pas sebagai parti paling sedikit menang kerusi dilantik menjadi Menteri Besar. Pas hanya menang 6 kerusi berbanding DAP (18) dan PKR (7). Jika mereka merupakan gabungan yang mantap seperti BN tentu ini bukan persoalan besar. Namun ikatan rapuh berasaskan kepentingan semasa sahaja pasti akan memberi banyak implikasi masa hadapan.

Mahu tidak mahu, Pas akan menjadi Menteri Besar yang akur kepada DAP sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam ikatan longgar ini. Mampukah penyokong tradisonal Pas dan orang Melayu yang menyokong Pas menerima pendirian baru Pas nanti?


Di Selangor lebih menarik, PKR mendapat 15 kerusi, DAP 13 kerusi, Pas 8 dan BN 21 kerusi. Jika salah satu parti sahaja menerik diri dari gabungan DAP-PKR-PAS, maka kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil.

PKR-DAP masih kekal jika Pas menarik diri. Namun jika DAp menarik diri maka ikatan ini akan runtuh terus. Justeru mahu tidak mahu Menteri Besar dari PKR perlu memenuhi segala tuntutan DAP.


Lebih menarik kita akan melihat permainan kuasa ini bukan sahaja membabitkan negeri Perak dan selangor tetapi juga negeri-negeri lain yang dikuasai Pas. Sebarang dasar dan polisi yang tidak dipersetujui oleh DAP mustahil akan dilaksanakan kerana ia akan mengakibat kesan domino di Perak dan Selangor.

Justeru selain menguasai Pulau Pinang secara mutlak, DAP juga menguasai Perak dan Selangor melalui belakang tabir. Malah DAP juga boleh mengawal kerajaan Pas Kedah dan Kelantan.

Kestabilan kerajaan ini akan berada di dalam tandatanya sehinggalah tiba pilihan raya umum akan datang.

Posted by AMLG

Friday, April 25, 2008

Pedoman: Keindahan Jari Jemari



KEINDAHAN JARI-JEMARI




Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Sumber : Foward E-mail

Thursday, April 24, 2008

Cerita Lawak: Lambat Sebulan

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................

YB Datuk Ibrahim Ali


Ibrahim Ali janji tidak akan ‘ mengganas’ di parlimen...dan akan tetap berdiri teguh dengan Ketuanan Melayu

Oleh: LUKMAN ABDULLAH


Ahli Parlimen Pasir Mas,Kelantan Datuk Ibrahim Ali yang terkenal sebagai 'kaki bising' menolak tanggapan bahawa beliau akan 'mengganas' dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.

Sebaliknya bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu mendakwa beliau akan bertindak sebagai anggota parlimen bebas yang akan menegur ahli parlimen kerajaan dan pembangkang yang dilihatnya buat tidak betul.

Kini sudah lebih lapan tahun suara garangnya tidak kedengaran bergema di Parlimen.
Dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily di Kuala Lumpur petang Rabu Ibrahim berkata beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang ahli parlimen yang profesional dalam usaha menjadi apa yang disifatkannya sebagai 'World Class Parliamentarian'.

Menurutnya, beliau akan memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang baru beraksi seluas-luasnya dan beliau hanya akan menyertai perbahasan dalam isu-isu tertentu sahaja.

Ibrahim juga menawarkan khidmatnya kepada semua rakyat serta pihak-pihak tertentu yang ingin menyuarakan apa juga permasalahan mereka dalam Dewan Rakyat dengan menyalurkan maklumat dan aduan terus ke pejabatnya di Kuala Lumpur.


Berikut adalah transkrip perbualan Ibrahim dengan Agendadaily:

Agendadaily : Bagaimana persiapan Datuk bagi menghadapi sesi Parlimen ini yang akan bermula 30 April ini ?


Ibrahim : Persiapan saya biasa saja, tugas sebagai Ahli Parlimen ialah mengambil bahagian membahas apa saja yang dibawa ke Dewan Rakyat seperti bil berkaitan undang-undang, belanjawan atau apa saja yang di bawa oleh kerajaan ke Parlimen, kita perlu membahaskannya.Saya anggap, saya ini orang lama, tidak merumitkan sangat tetapi banyak pihak memandang jumlah pembangkang yang ramai kali ini akan menyebabkan sidang Parlimen dijangka hangat.Hangat atau tidak hangat tidak timbul sekiranya seseorang Ahli Parlimen itu buat 'homework' supaya percakapan dalam dewan itu berasaskan pada fakta dan maklumat yang betul.


Agendadaily : Harapan Datuk pada Parlimen kali ini?


Ibrahim : Saya berharap Parlimen kali ini tidak dijadikan 'rubber stamp'. Setiap cadangan yang baik dibawa oleh Ahli Parlimen pemerintah ataupun pembangkang perlulah diambilkira.Kita tidak mahu ada sentimen perkara yang di bawa oleh pembangkang seringkali disangkal walaupun ianya merupakan perkara yang betul. Begitu juga pihak pembangkang perlu bersikap realistik sekiranya perkara yang dibawa oleh pemerintah itu baik tidak seharusnya dibangkang.Kita seharusnya mengambil pendekatan profesional yang meletakkan kepentingan negara dan rakyat perlu diperbahaskan berdasarkan fakta, kebenaran dan membawa cadangan yang baik manakala pihak kerajaan pula tidak terlalu sensitif. Saya kena 'updated' pengetahuan saya dengan banyak membaca kerana Parlimen sekarang perlu berbincang dan bercakap perkara yang berfaedah untuk negara serta rakyat.


Agendadaily : Bagaimana dengan persepsi Datuk akan 'mengganas' terhadap kerajaan semasa sesi perbahasan?


Ibrahim : Itu persepsi orang, saya tetap seperti saya dulu, orang boleh buat berbagai persepsi pada saya, orang kata saya sudah tamat riwayat politik tapi saya masih menang dan masuk semula Parlimen, Orang anggap saya 'gedebe' rakyat tidak terima, akhirnya rakyat terima juga.Pentingnya ialah rakyat akan lihat saya 'perform ' nanti sebagai Ahli Parlimen, tidak perlu ganas.


Agendadaily : Berdasarkan pengalaman berada dalam UMNO dan kerajaan telah timbul tanggapan bahawa sesetengah anggota Parlimen kerajaan sekarang akan jadi bahan 'makanan' Datuk dalam Dewan Rakyat nanti?


Ibrahim : Tidak, saya tidak akan cuba untuk 'dominant', melihat keadaan ramai anggota pembangkang, saya akan cuba memberi peluang kepada anggota Parlimen baru bercakap lebih dan saya anggap saya ini sebagai pemain simpanan.Ramai muka baru ini perlu diberi peluang untuk bercakap tetapi saya akan turut serta berbahas dalam perkara penting namun masa yang terhad dengan pelbagai rang undang-undang akan susah sikit.
Saya akan memilih isu-isu tertentu saja untuk mengambil bahagian dalam sidang nanti.


Agendadaily : Macamana dengan adanya sebilangan Ahli Parlimen baru pembangkang yang tidak berpengalaman?


Ibrahim : Ramai juga anggota pembangkang dari PAS, DAP yang ada pengalaman samada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya anggota Parlimen dari PKR saja yang dilihat kurang berpengalaman tetapi mereka sudah tentu ghairah untuk bercakap dalam Parlimen... kita kena beri peluang.


Agendadaily : Ada tanggapan kononnya anggota Parlimen kerajaan akan lebih berhati-hati dan sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan pembangkang terutama Datuk.?


Ibrahim : Tak usah takutlah, tidak ada apa yang hendak dibimbangkan, saya tahu pihak kerajaan juga sudah bersedia.


Agendadaily : Apakah Datuk berdendam dengan pihak kerajaan?


Ibrahim : Ianya tidak betul dan tidak timbul soal berdendam kerana saya adalah ahli Parlimen Bebas yang tidak akan memihak kepada mana-mana.Maknanya, apa juga perkara yang di bawa oleh kerajaan itu baik dan bagus, saya akan beri sokongan. Begitu juga apa yang baik yang dibawa oleh pembangkang, saya akan beri sokongan.
Tetapi, ada perkara yang pada pandangan saya perlu ditegur, tanpa kira ianya dari kerajaan atau pembangkang, saya akan tegur kerana saya tidak terikat dengan mana-mana parti.


Agendadaily : Datuk akan jadi ahli Parlimen Bebas yang macamana?


Ibrahim : Sayalah satu-satunya Ahli Parlimen Bebas, tidak semestinya saya senada dengan pembangkang ataupun kerajaan, 'I will be truly professional Parliamentarian and I want to be a good Parliamentarian members, without fear a favour. Saya tidak terikat dengan mana-mana parti, mereka semua terikat dengan parti masing-masing dan apa yang parti mereka buat, mereka kena sokong. Saya adalah anggota Parlimen Bebas, mereka tidak perlu takut pada saya.


Agendadaily : Macamana Datuk kata Datuk MP Bebas sedangkan Datuk tanding atas tiket PAS?


Ibrahim : Saya bukan ahli PAS... ahli PAS telah diberitahu lebih awal bahawa saya hanya diberi laluan oleh PAS untuk bertanding di kawasan Parlimen Pasir Mas dan pihak PAS telah memberi pilihan pada saya samada untuk meminjam simbol PAS atau memilih simbol sendiri yang terdapat dalam senarai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),,, ianya telah dipersetujui.Sebagai contoh Sivarasa bertanding atas simbol PKR tetapi bukan ahli PKR dan beliau pilih untuk kekal sebagai wakil PKR, saya memilih untuk duduk sebagai anggota Bebas.Saya sudah jelaskan pada ahli PAS di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bahawa saya bekerjasama dengan PAS dalam pertandingan PRU 12 lepas sebagaimana PKR bekerjasama dengan DAP.


Agendadaily : Datuk akan berpendirian bagaimana dalam Dewan Rakyat nanti?


Ibrahim : Saya akan berperanan sebagai anggota Parlimen yang tidak akan memihak kepada mana-mana parti di Dewan Rakyat tetapi berasaskan pada kebenaran kerana dalam Parlimen tidak akan meletakkan diri seseorang itu sebagai mewakili parti tetapi mewakili rakyat. Saya ingin tegaskan bahawa saya akan bersikap bebas, saya tidak terikat dengan mana-mana parti dan mana-mana pihak.Contohnya, mengenai isu Ketuanan Melayu atau Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sentiasa dibangkang oleh pembangkang, saya akan bertegas dan terus mempertahankan hak Ketuanan Melayu dan DEB, saya akan beri sokongan. Dalam hal mengundi sesuatu keputusan dalam Dewan Rakyat, saya bebas mengundi mana-mana pihak yang pada saya anggap ianya betul dan baik untuk rakyat, saya tidak tertakluk pada kehendak mana-mana ketua whip.


Agendadaily : Harapan Datuk pada semua ahli-ahli Parlimen?


Ibrahim : Saya ingin menyeru ahli-ahli Parlimen agar bersikap terbuka sekiranya sayangkan negara dan ingin membela rakyat.'Be a true Parliamentarian'...untuk menuju sebagai negara maju, kita perlu mencontohi parlimen di Britain di mana penyokong parti tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh partinya, mereka tidak akan dipecat sebagai anggota parti, kita perlu bebas dalam membuat keputusan berdasarkan pada keikhlasan hati.


Agendadaily : Adakah Datuk anggap itulah ciri-ciri 'World Class Parliamentarian'?


Ibrahim : Kita mesti berfikir dan membuat keputusan berdasarkan keikhlasan hati, 'be free to talk' sekiranya pendekatan ini diambil maka ianya akan menuju ke arah 'World Class Parliament'.Kita dianggap tidak ikhlas dalam membuat keputusan, kita selalu kata bercakap untuk negara, untuk rakyat tapi akhirnya kita buat keputusan ikut parti, inilah yang menjadi masalah kerana kita tidak ikhlas dalam membuat keputusan sendiri.Orang macam saya suka bercakap ikut keikhlasan, tapi ada ketikanya kita akan bertentangan dengan pucuk pimpinan, kita amalkan demokrasi dan bebas bercakap, bila kita bebas bercakap pemimpin akan ambil hati dan berdendam, inilah yang berlaku.
Maka yang berlaku sekarang setiap ahli parti akan cium tangan ketua parti masing-masing, Ahli PAS cium tangan ketuanya, ahli UMNO cium tangan ketuanya, ahli DAP cium tangan ketuanya, bila dah mula cium tangan ketua-ketua, ianya akan jadi tidak bebas, akan timbullah tidak boleh bercakap lebih sikit takut tidak dapat jadi calon atau tak dapat jadi exco, tak dapat jadi menteri, susah untuk berniaga dan macam-macam lagi.


Agendadaily : Datuk rasa Datuk boleh jadi model 'World Class Parliamentarian'?


Ibrahim : Saya tidak boleh dijadikan model kerana orang kata saya macam-macam, saya tidak layak tapi saya akan cuba jadi 'a good Parliamentarian'


Agendadaily : Apa yang Datuk boleh buat lagi sebagai ahli Parlimen Bebas.?


Ibrahim : Saya minta kepada sesiapa saja yang ingin menyalurkan apa juga maklumat atau perkara yang ingin disuarakan dalam Parlimen agar menghubungi atau memberi maklumat pada saya.Saya bersedia untuk bercakap bagi pihak mereka, saya akan bawa permasalahan mereka tanpa mengambilkira dari mana masalah atau pihak mana yang menyuarakannya.Silalah salurkan masalah, cadangan, maklumat dan apa juga yang boleh saya suarakan dalam Parlimen, tak kira mereka dari mana atau pihak mana, tanpa mengira batasan dalam negara ini boleh menyalurkan maklumat terus ke pejabat saya seperti berikut:


Datuk Ibrahim Ali
Ahli Dewan Rakyat Malaysia
No. 10.6.6 Level 10
Grand Season Avenue
72 Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2694 4102 atau 03-2694 5102
Fax : 03-2694 9102
Email : rosezie2003@yahoo.com -- 24/4/2008

Petikan dari: http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7c8bd161-3132372e-1e2e8cc0-f1142190

Bekerja Secara Berpasukan

PUTRAJAYA 23 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu setiausaha politik menteri-menteri bertugas sebagai satu pasukan dan mesra rakyat terutama dengan ketiadaan setiausaha Parlimen sekarang.

Perdana Menteri berkata, setiausaha politik memikul tanggungjawab yang berat dan penting.

"Memandangkan tiada lagi setiausaha Parlimen dan saudara sebagai setiausaha politik, tentulah akan menghadapi banyak tugas yang perlu dilaksanakan," katanya pada majlis Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Setiausaha Politik, hari ini.

Seramai 27 orang setiausaha politik menteri-menteri mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri di sini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau menasihati setiausaha politik agar mengelak daripada apa-apa kegiatan yang boleh membawa perpecahan ataupun persengketaan anggota parti.

"Yang penting saudara mesti menolong menteri-menteri yang padanya saudara berkhidmat. Saudara mesti bekerja dengan satu sikap iaitu mesra, bukan sahaja mesra dengan ahli parti tetapi mesra dengan rakyat," katanya.

Ini kerana, kata Abdullah, sebagai setiausaha politik, mereka akan menerima kedatangan banyak anggota masyarakat, oleh itu mereka mesti tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan baik dengan orang ramai dan menolong mereka apabila mereka memerlukan pertolongan.

"Sekiranya saudara sendiri tidak dapat menyelesaikannya, saudara boleh buat hubungan dengan kawan-kawan yang juga setiausaha politik di kementerian yang lain, yang saudara fikir dapat memberi bantuan kepada pihak yang datang untuk mendapat pertolongan daripada saudara.

"Yang penting ialah saudara bekerja sebagai satu pasukan setiausaha politik Barisan Nasional yang bekerja di peringkat persekutuan," katanya.


Antara mereka yang mengangkat sumpah, adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (ADUN Kok Lanas) dan Datuk Vincent Lim Kian Tick,Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh; Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafei Abdullah dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Bernard Dompok), Benedic Lasimbang.

Turut mengangkat sumpah ialah Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Shahruddin Md. Salleh (ADUN Jorak); Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz), Datuk Mohamed Ismail Othman; Setiausaha Politik Menteri Luar, Zainuddin Ismail; Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua, Hsbie Satar; Setiausaha Politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Sebastian Ting Chiew Yew; dan Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohammad Khairi A. Malik.

Selainnya ialah Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr. Azmi Setapa; Julita Mojungki (Menteri Sains dan Teknologi); Dr. Richard Rapu @Aman ak Begri (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Wong Jee Yai (Menteri Pengangkutan); Wong Ban Seng (Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga); Mohammad Safie Asnawi (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Dr. Zainul Fithri Datuk Osman Abdullah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi); Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Menteri Kerja Raya); Yoo Wei How (Menteri Kesihatan); Dr. Junaidy Abd Wahab (Menteri Penerangan); Datuk Yahaya Bujan (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah); Ong Boon See (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Mohd. Emil Azril Bahari Md. Noor (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim); dan Mohd Azizan Che Omar (Menteri Belia dan Sukan).

Utusan malaysia khamis 24.04.08

Karpal Singh: Pas Jangan mimpi wujudkan negara Islam



HADI DAN AMANATNYA

April 23rd, 2008 oleh iqbal • Tiada Ulasan

Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.

Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU?
Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa “Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah”. (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa “Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama”.

Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu.

Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENGMengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut “Kita menentang UMNO…/…BN bukan kerana nama UMNO…/…BN”.Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut “Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini”. Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?Bagaimanakah boleh timbul hukum “Mati Syahid” sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir?

Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADISelepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999.

Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah “… Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada’, sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan… dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid”.

Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi “Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah” telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan “Mati Syahid Menentang Kerajaan” oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma’unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)

Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITIHukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS.

Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan “Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram”. (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).

Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah “Walaula daf’ullahin nasa ba’dhahum biba’dhil lafasadatil ardh” yang diberikan makna “Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi.

Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak”. Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai “Tuhan mahu kita bergaduh” telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.

Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: “Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara”. Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa “Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin” ataupun pakai hukum “Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua”. Rela berpura-pura dengan hukum Allah.

Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32).

Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam.

Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak “Menegakkan Negara Islam” seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.

Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:”Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata”.

Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATASelain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000)

Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: “Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS”.

Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri?

Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana “Mempertahankan perlembagaan kafir” dan tidak ditemui juga hukum “Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku” sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?

PENUTUP
Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

ShareThis http://pembelamelayu.com/

Sunday, April 20, 2008

LALAT DENGAN LEMBU

PADA SUATU MASA DAHULU, ADA SEEKOR LALAT YANG MEMIKIR AKAN DIRINYA SANGAT PENTING. PADA SUATU HARI YANG CERAH, DIA TERBANG KESANA KE MARI DAN MENCARI SESIAPA UNTUK BERCAKAP-CAKAP.

TIBA-TIBA DIA TERNAMPAK SEEKOR LEMBU JANTAN SEDANG MEMAKAN RUMPUT DI PADANG. DIA HENDAK PERGI BERBUAL DENGAN LEMBU ITU.

LALAT TERBANG KE ARAH LEMBU LALU BERLEGAR-LEGAR DI SEKELILING KEPALA LEMBU. LEMBU TIDAK MEMPEDULIKANNYA DAN TERUS MEMAKAN RUMPUT.

LALAT BERLEGAR-LEGAR PULA DI DALAM TELINGA LEMBU. LEMBU TERUS MRAGUT RUMPUT.

SEKARANG LALAT MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK HINGGAP DI ATAS TANDUK LEMBU SUPAYA LEMBU SEDAR AKAN KEHADIRANNYA. DIA MENGHARAPKAN LEMBU AKAN MEMARAHINYA, TETAPI LEMBU MENDIAMKAN DIRI SAMBIL MERAGUT RUMPUT.

LALAT MENJERIT DENGAN MARAH, “HAI , LEMBU! JIKA KAMU BERASA AKU TERLALU BERAT BAGI KAMU, BERITAHULAH AKU SUPAYA AKU TERBANG PERGI DARI SINI..!”

LEMBU KETAWA LALU BERKATA, “LALAT YANG KECIL, AKU TIDAK PEDULI BAHAWA KAMU INGIN DUDUK DI SINI ATAU TERBANG PERGI. KAMU TERLALU KECIL DAN AKU TIDAK BERASA APA-APA PUN. JADI, TOLONG JANGAN BISING LAGI”

MORAL:

KITA HARUS MENGENALI HAD DIRI SENDIRI DAN JANGAN BERLAGAK

Dari 11.11.05
Nukilan Cerita penglipurlara

Saturday, April 19, 2008

SETELAH MENJADI LEMBING

setelah ,menjadi lembing

sia-sia jika tidak pernah menikam,


lebih lagi sia-sia jika sekadar

cantek hulu hanya untuk hiasan

sedang mata berkarat tumpul

menjadikan senjata melayu itu

tidak menggerunkan sesiapa


sebarang lembing tidak digeruni

melainkan pada kilau matanya


lebih lagi mengerunkan

apabila matanya sentiasa tajam


mahal lembing tidak cukup hebat

jika dibiarkan tanpa hulu

apa lagi jika sumbing dan berkarat,


dalam kehidupan bermasyarakat

hebat pemimpin demikian ibarat


jika jujur bijaksana berwibawa

ibarat lembing sentiasa dijaga


jika sudah kehilangan kuasa

ibarat lembing kehilangan mata


jika hidup bergelumang maksiat

pemimpin demikian hanya ibarat

lembing sumbing penuh karat


nawawee mohammad

agro resort setiu, terengganu

mm 16092007

Puisi : MELAYU

Kumpulan puisi dan sajak USMAN AWANG

MELAYU...
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang