Wednesday, November 30, 2011

UMNO Johor pemenang Anugerah Juara Rakyat


(utusanonline)

KUALA LUMPUR 29 Nov. – UMNO Johor diumumkan pemenang Anugerah Juara Rakyat anjuran Urus Setia Penerangan UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu di sini, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan UMNO Johor membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penghargaan.


Sementara itu, tempat kedua dimenangi UMNO Kelantan dan ketiga UMNO Melaka yang masing-masing menerima wang tunai RM3,500 dan RM2,500 berserta piala iringan dan sijil penghargaan.

Dalam pada itu, turut disampaikan ialah Anugerah Juara Rakyat bagi peringkat bahagian yang dimenangi UMNO Bahagian Titiwangsa untuk Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian Kapar, Selangor.

Lain-lain pemenang ialah UMNO Bahagian Hulu Terengganu (Terengganu), UMNO Bahagian Arau (Perlis), UMNO Bahagian Keningau (Sabah), UMNO Bahagian Pasir Salak (Perak), UMNO Bahagian Bagan (Pulau Pinang), UMNO Bahagian Merbok (Kedah), UMNO Bahagian Cameron Highlands (Pahang), UMNO Bahagian Rasah (Negeri Sembilan), UMNO Bahagian Jasin (Melaka), UMNO Bahagian Rantau Panjang (Kelantan) dan UMNO Bahagian Sekijang (Johor).

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Pemenang ditentukan berdasarkan beberapa kriteria antaranya kejayaan menganjurkan program Juara Rakyat bulanan yang bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyampaikan amanat pada Majlis Taklimat Presiden menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan parti.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan kad baru keahlian UMNO yang mempunyai pelbagai kegunaan termasuk memudahkan proses pemilihan parti, sebagai kad tunai di pusat beli-belah terpilih dan nilai tambah Touch ‘n Go.

(sumber;http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2011&y=2011&dt=1130&pub=UMNO2011&sec=Berita&pg=bu_11.htm)

Thursday, November 24, 2011

3 korban banjir di Kelantan (utusan malaysia)

Oleh TOREK SULONG dan RAHANA MOHD. DAHARI

ROSLAN Abdul Ghani (dua dari kiri) sedih melihat mayat dua anaknya yang lemas dalam sebatang parit di Kampung Tualang Salak, Tawang, Bachok, semalam.

KOTA BHARU 23 Nov. - Dua beradik dan seorang budak berusia dua tahun 11 bulan menjadi mangsa korban pertama banjir di negeri ini, selepas hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Dalam tiga kejadian berasingan di Bachok, Rantau Panjang dan Pasir Mas itu, seorang lagi masih hilang.

Di BACHOK, cubaan seorang abang menyelamatkan adiknya yang lemas semasa mereka mandi di sebatang parit di Kampung Tualang Salak, Tawang, dekat sini hari ini, berakhir dengan kedua-dua beradik itu mati lemas.

Kejadian berlaku semasa dua beradik malang itu mandi bersama sepupu mereka di parit tersebut, pukul 1.30 petang.

Mangsa ialah Ahmad Fathi Roslan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dan adiknya, Mohd. Arif Hakimi, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat.

Menurut sepupu mangsa, Azhar Fakri Mohamad, 13, semasa mereka mandi, Mohd. Arif Hakimi dipercayai terjatuh ke kawasan air dalam menyebabkannya terkapai-kapai meminta pertolongan.

"Ahmad Fathi yang melihat insiden itu cuba berenang untuk menyelamatkan adiknya, tetapi dia pula turut lemas. Saya pula takut membantu kerana tidak pandai berenang.

"Saya kemudian berlari ke sebuah kedai makan berdekatan untuk meminta pertolongan penduduk yang kemudian menghubungi pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 2.35 petang dan tiba di lokasi kejadian pukul 2.52 petang.

"Gerakan mencari dan menyelamat melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, tujuh anggota Unit Skuba, 10 anggota sukarela Pangkalan Chepa, Kota Bharu dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)," katanya di sini, hari ini.

Kata Nordin, mayat Ahmad Fathi ditemui pukul 4.32 petang manakala adiknya, Mohd Arif Hakimi pukul 4.37 petang tidak jauh dari tempat mereka mandi.

"Kami percaya kedua-duanya lemas kerana dibawa arus deras berikutan air yang naik sekarang kerana hujan lebat," katanya.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

Di RANTAU PANJANG, Shahrul Aiman Mohd. Ridzuan, dua tahun 11 bulan, dari Kampung Cabang Tiga, pula tersembam ke dalam lopak yang dinaiki air semasa bermain seorang diri di hadapan rumahnya, pukul 6.55 petang.

Shahrul Aiman disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Rantau Panjang, pukul 7.30 petang.

Di PASIR MAS, seorang remaja yang merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Rahmaniah Attiniah, Lubuk Tapah, hilang ketika mandi bersama dua rakannya di sebatang tali air di Lemal, pukul 6 petang.

Sehingga kini, mangsa, Raihan Haslan, 15, berasal dari Banting, Selangor, masih belum ditemui dan operasi menyelamat dihentikan lewat petang ini.

TERIMA KASIH(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm)

Wednesday, November 23, 2011

Orang UMNO kembalilah kepada fitrah Oleh Zaini Hassan


SEORANG pekerja sedang melakukan persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra minggu hadapan.
(utusan malaysia 23.11.2011)


1.0 MINGGU depan UMNO akan bersidang. Sekitar 5,500 perwakilan akan membanjiri ibu pejabat parti Melayu terbesar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mendengar amanat, nasihat, teguran, celoteh daripada pucuk kepemimpinan sehinggalah ke peringkat bawahan.

2.0 Perhimpunan ini juga menjadi satu pertemuan yang sangat penting, kerana selepas itu mungkin pilihan raya umum akan diadakan.

3.0 Sukar dinafikan, sesungguhnya UMNO masih lagi menjadi tulang belakang orang Melayu. Ia masih lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu.

4.0 Ini kerana perjuangan parti-parti Melayu lain pun semakin tidak boleh diharap sangat untuk membela bangsa itu.

5.0 PKR, ialah parti yang tidak mempunyai perjuangan yang jelas. Ia hanya berjuang untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Dulu Semangat 46 pun sama, berjuang untuk seorang individu, Tengku Razaleigh Hamzah. Parti itu hanya bertahan beberapa tahun sebelum para pemimpinnya ramai-ramai berpatah balik kepada UMNO.

6.0 Pas, sebuah parti Melayu yang konservatif juga tidak boleh diharapkan. Ia menjadi parti yang tidak tetap pendirian. Sekejap terlalu fundamental Islam, sekejap terlalu liberal Islam dan kini Pas dikatakan telah menjadi sebuah parti yang ultra-liberal.

7.0 Pas sudah menyimpang sama sekali daripada perjuangan asalnya – gara-gara terlalu terikut kepada pendirian liberal Anwar Ibrahim dan aliran ultra kiasu DAP.

8.0 Memang benar aliran ultra-liberalisme semakin berkembang di negara ini. Jika dulu ia bergerak secara senyap, kini kumpulan ini sudah berani ke hadapan. Difahamkan aliran itu ditanam oleh orientalis Barat dan disokong serta didana oleh kuasa-kuasa besar.

9.0 Menurut seorang pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, Dr. Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya ‘Liberal’ tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.

10.0 Beliau yang menghabiskan hidupnya meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia dan menghasilkan tesis Ph.Dnya berkaitan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di republik itu menambah: “Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral al-Quran melalui metodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan ijtihad (penafsiran) terbuka.” (Baca: http://www.anwaraidc.com/?p=4702)

11.0 Tujuannya ialah untuk mencairkan aliran fundamental Islam. Pas secara sedar atau tidak sudah terjebak. Oleh itu Pas juga tidak boleh diharapkan.

12.0 Setakat ini hanya UMNO yang tinggal. UMNO masih beruntung kerana ia masih mendokong kerajaan negara ini dan menerajui sebuah parti perikatan yang terdiri daripada banyak parti komponen.

13.0 Ikut atas kertas, UMNO masih mendapat sokongan ramai orang Melayu.

14.0 Namun, adakah UMNO sendiri bergerak di atas landasan yang lurus?

15.0 Wawancara Mingguan Malaysia bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad Ahad lepas menceritakan mengenai UMNO dan orangnya.

16.0 Dr. Mahathir berkata UMNO perlu ditegur dari semasa ke semasa. Sebagai parti yang besar, benar ia memang patut ditegur. Landasan yang bengkuk harus diluruskan.

17.0 Apakah ahli-ahlinya, khusus para pemimpin parti itu masih berpegang kepada falsafah asal penubuhannya? Siapa sebenarnya orang UMNO sekarang? Ikhlaskah perjuangan ahli-ahli dan para pemimpin UMNO ini?

18.0 Mengapa masih kedengaran pergeseran di sana dan sini mahu merebut menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP)?

19.0 Apa hebat sangat mahu menjadi calon? Besarkah gaji seorang ADUN dan MP? Mengapa ada yang sudah berjawatan CEO dengan gaji berganda-ganda besar daripada elaun MP atau ADUN, pun sanggup juga melobi untuk menjadi calon?

20.0 Dalam usaha kerajaan mahu mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi, tinggi sangatkah gaji seorang ADUN dan MP yang mahu direbut itu?

21.0 Saya kurang faham mengapa masih berlaku perebutan. Orang itu tikam belakang orang ini dan orang itu. Cantas sana, cantas sini. Malah yang sudah menjadi calon sejak muda sehingga kini umur mencecah 70 tahun pun masih berangan-angan mahu menjadi calon?

22.0 Hebat sangatkah mahu menjadi calon?


23.0 Ingatlah UMNO ialah parti keramat orang Melayu. Perjuangannya ikhlas. Pejuang-pejuangnya dulu juga ikhlas. Ramai pejuangnya yang berada di merata cerok kampung dan desa akhirnya mati dalam kemiskinan.

24.0 Namun mereka puas. Puas kerana dapat melihat anak cucu mereka sekarang masih boleh hidup dengan aman dan makmur, walaupun tidak sekaya bangsa lain.

25.0 Kita masih mempunyai kuasa politik. Kuasa itulah yang satu-satunya yang kita ada. Pertahankanlah. Tanpa kuasa itu, orang Melayu akan hancur. Dengan penguasaan ekonomi pun lemah, ke mana kita hendak pergi?

26.0 Tapi sedarkah orang UMNO sekarang? Berpijak di bumikah orang UMNO? Merendah dirikah orang UMNO?

27.0 Ada yang berkata ramai orang UMNO kini terlalu extravagant. Bahasa Melayu bermaksud terlalu mewah. Mewah yang kadang-kala lain macam. Benarkah, kata-kata popular mengatakan orang UMNO ini kaya-raya belaka?

28.0 Kalau nak kaya masuk UMNO? Bagi saya itu subjektif. Dalam PKR, Pas dan DAP di negeri-negeri kuasaan mereka juga sedang merebut-rebut projek. Malah, lahapnya lebih dahsyat lagi.

29.0 Tapi jika mewah sekali pun perlukah ditunjuk-tunjuk? Jika ada kereta yang mahal-mahal tidak perlu tunjuk-tunjuk. Janganlah masing-masing berlumba membeli kereta mengikut trend.

30.0 Ada sahabat bergurau, pakaian perwakilan kaya yang datang ke persidangan, jika dikira dari kepala sehingga ke kaki boleh mencecah nilai puluhan ribu ringgit. Kain samping songket sutera tenunan benang emas boleh mencecah ribuan ringgit. Itu tidak kira cincin batu zamrud, jam tangan hinggalah ke kasutnya.

31.0 Orang dulu hanya memakai kain samping UMNO. Kain samping UMNO pada masa itu sudah menjadi jenama yang dikenali.

32.0 Kini, mungkin kerana peredaran zaman, kain samping pun sudah berubah. Ia sudah menjadi barangan mewah. Ahli yang miskin pakai yang murah, yang kaya pakai yang mahal.

33.0 Jika DAP mengekalkan baju dan seluar putihnya, begitu juga Gerakan - yang masing-masing mengikut pakaian PAP Singapura, mengapa UMNO tidak boleh mengekalkan identitinya semula?

34.0 UMNO perlu kekal pada sifat asalnya. Kembalilah kepada fitrah semangat perjuangannya. Biar merendah diri dan kerja keraslah demi rakyat. Tunjukkan keikhlasan yang ikhlas, bukan yang dibuat-buat.

Selamat bersidang.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive)

Tuesday, November 22, 2011

UMNO Perlu Menyerang, Bukan Hanya Bertahan

(gambar hiasan)

22 November, 2011 12:22 PM
Oleh Ahmad Shukran Shaharudin

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, pelbagai isu negatif timbul yang dibangkitkan oleh pembangkang terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Isu-isu yang dibangkitkan itu bukan sahaja membabitkan negeri yang pernah ditadbir BN seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor malah turut menyentuh isu peribadi yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaru, kerajaan juga diserang dalam isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) daripada segi pengurusannya dan perbelanjaannya oleh pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun tuduhan itu sudah dijawab dengan terperinci oleh pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Melihat rancaknya serangan media pembangkang terhadap kerajaan pimpinan BN, ramai tertanya-tanya sampai bilakah Umno dan BN hanya mahu bertahan dan tidak menyerang balas?

Serangan pembangkang banyak ketikanya tidak berdasarkan fakta, jauh sekali untuk menyemaknya dengan pihak yang dituduh. Bahkan tidak kurang yang sengaja diada-adakan, seolah-olah kerana mereka menyokong pembangkang, mereka berhak menyerang sehingga ke tahap memfitnah.

Banyak juga yang bertanya kepada penulis, salahkah jika BN turut menyerang tetapi dengan berdasarkan fakta yang jelas, supaya pembangkang kenal langit tinggi rendah?

Pepatah ada menyatakan bahawa pertahanan yang paling baik ialah dengan menyerang, dan strategi ini banyak digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sukan.

Ini sepatutnya dijadikan sebagai satu kaedah menghadapi peperangan terbuka daripada sudut politik, bukan sahaja di media cetak dan elektronik malah di media baru seperti portal berita, laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan Ahad lepas, berkata Umno perlu menyerang dan jangan menjadi pasif.

"Sekiranya tak berani menyerang pembangkang, 'by default' (kegagalan ini menyebabkan) kita akan kalah dan jangan ambil mudah media sosial berkenaan. Ini tanggungjawab saudara untuk melawan dan membetulkan kepalsuan ini," katanya.

Isyarat yang diberikan Perdana Menteri ini jika diamati, bukan hanya ditujukan kepada pengamal media baru dan media sosial, bahkan juga kepada semua anggota Umno bagi menentukan hala tuju parti untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berkata amanat khas Presiden parti kepada sayap Pemuda dan Puteri Umno turut menyentuh mengenai strategi untuk menawan negeri-negeri di mana BN kalah, serta usaha mengekalkan kemenangan di negeri-negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas.

Mengenai isu ini, Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman berkata Umno dan BN negeri akan terus menyerang kerajaan negeri yang didakwa banyak melakukan pembohongan dan janji-janji pilihan raya yang tidak ditunaikan.

Beliau berkata serangan terhadap kerajaan parti pakatan di Selangor bukan sekadar retorik politik semata-mata tetapi berlandaskan isu-isu yang disusun satu persatu.

"Kita tak akan berhenti. Kita akui memang banyak lagi isu akan kita bangkitkan. Selagi belum pilihan raya selagi itulah kita akan terus menyerang," katanya.

Satim berkata pengamal media yang ada termasuk media sosial baru juga perlu berperanan menyiarkan apa yang benar dan memaparkan satu per satu kelemahan pihak-pihak yang menyerang Umno dan BN.

Katanya Umno dan BN yang kini mempunyai banyak anggota dan penyokong di kalangan muda mahir dalam pelbagai selok belok IT termasuk media sosial dan media baru, serta mampu berhujah dengan berdasarkan fakta seharusnya dapat menguasai senjata baru ini untuk menewaskan lawan.

Kini, satu aspek menarik yang ingin dilihat ialah sama ada Umno selepas perhimpunan agung pada 29 Nov hingga 3 Dis ini mahu terus dilihat hanya mampu bertahan atau melangkah berani menyahut seruan Najib dengan menyerang balas dan mendedahkan sudut pandangan rakyat kepada kebenaran.

Kesepaduan pendapat dan pendirian Umno serta semua anggota BN dalam hal ini akan memberikan taring baru kepada harimau bernama BN yang sedang tidur, atau sedar daripada lena yang panjang sehingga lalat dan langau pembangkang sesuka hati menghurung kepala!

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=628817)

Wednesday, November 16, 2011

DAP & LGE Khianat Kedai Menu Rakyat IMalaysia

oleh matkilaupenang.blogspot



Jika sebelum ini Mek Izzah/Tony Puah dok meroyan pasal Kedai 1Malaysia kata barang yang terdapat dikedai tersebut tak berkualiti dan macam-macam tomahan.Nie yang terbaru dan panas meletop DAP dan LGE mengarahkan Banner Menu Rakyat 1Malaysia diturunkan dan dihapuskan.Kenapa hendak diturunkan dan takutkan kedai Rakyat yang dilancarkan oleh PM sebelum ini.ternyata LGE takutkan tranfomasi yang dilakukan oleh PM dan takut sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap tranfomasi tersebut.

Kedai Menu Rakyat yang MKP maksudkan ialah Khalil Nasi Kandar yang terletak di Persiaran Gurney yang terkenal Di Pulau Pinang.Jika sesiapa yang berkunjung di Pulau Mutiara ini pasti tahu dimana lokasinya.Tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.Guan Eng nak tanya sikit sebelum ini BN tak pernah terdesak nak buat macam tue dekat pakatan rakyat kenapa ini dilakukan terhadap program yang menguntungkan rakyat.moto DAP adalah CAT sekarang dah hilang gigi tinggal gusi dah.

Apakah alasan banner tersebut diturunkan jika dilihat pada gambar diatas ianya terletak didalam kedai.mengikut undang-undang ianya tidak memerlukan lesen.Adakah ini mempunyaii motif politik atau takutkan kebenaran.

Hasil nukilan matkilaupenang di 11/16/2011 09:30:00 AM

(sumber;http://matkilaupenang.blogspot.com/2011/11/dap-lge-khianat-kedai-menu-rakyat.html)

Banjir besar dijangka melanda di negeri pantai timur - kosmo

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


FENOMENA air pasang besar di pantai timur Semenanjung Malaysia diramal berlaku pada 25 Disember ini dan 23 Januari tahun depan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi.

(sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm)

Sunday, November 13, 2011

Pengemis Kanak-kanak


Di bawah seksyen 32 Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak tidak boleh
digunakan untuk mengemis ataupun untuk terima sedekah sama ada secara membuat
persembahan jalanan ataupun menjaja, menjual loteri, judi ataupun lain-lain aktiviti yang akan memudaratkan kesihatan dan kebajikan mereka. Sebarang ataupun mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan ini bolehlah dikenakan iaitu denda tidak lebih daripada RM5,000 ataupun penjara tidak lebih daripada dua tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Friday, November 11, 2011

Tiada had umur asalkan calon boleh menang - Perdana Menteri


Najib Tun Razak memenuhi permintaan ahli-ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia untuk menandatangani autograf pada buku yang bertajuk Pewaris Kepimpinan Pemacu Perubahan di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 10 Nov. - Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Menurut Najib, beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.

Beliau menambah, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.

"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.

Najib berkata, perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.

Katanya, ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan sekarang adalah yang terbaik untuk rakyat.

Selain itu, Najib seterusnya memberitahu, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara," katanya. - BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Tuesday, November 8, 2011

Persoal Ibadah Korban Boleh Sentuh Sensitiviti Umat Islam: Muhyiddin


08 November, 2011 18:30 PM

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Tindakan sebuah NGO bukan Islam yang mahu ibadah korban tidak dilaksanakan di kawasan sekolah dan tempat awam tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini sedangkan rakyat pelbagai agama sudah lama hidup secara toleransi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tidak fikir harus pandangan itu dikemukakan, mungkin ada salah faham. Ia mungkin (boleh) menyentuh sensitiviti amalan beragama. Di Malaysia ini, sejak zaman-berzaman kita telah lakukan, korban itu adalah tuntutan mengikut agama Islam.

"Ibadah korban dilakukan dengan cara dan peraturan dengan pekeliling oleh Jabatan Veterinar yang memerlukan kebersihan kawasan pelaksanaan korban dijaga untuk membolehkan daging-daging korban diagihkan kepada fakir miskin supaya selamat dimakan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas berdialog secara terbuka dengan 50 orang graduan yang terpilih menyertai program "Teach for Malaysia" di sini Selasa.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) pada Jumaat lepas yang mahu amalan menyembelih lembu tidak diteruskan di kawasan sebegitu kerana mungkin menyentuh sensitiviti mereka yang beragama Hindu yang menganggap lembu sebagai satu binatang yang suci.

"Saya berharap janganlah menyentuh hal-hal sebegini, apalagi pihak itu yang bukan beragama Islam kerana mungkin mereka tidak memahami atau sengaja dibuat begitu supaya timbul masalah baru. Di Malaysia ini janganlah menambah tokok lagi masalah-masalah sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata ibadah yang dilakukan perlu mendapat kebenaran pihak yang menguruskan kawasan itu sebelum boleh dilaksanakan.

"Pihak yang melaksanakan korban itu pula mesti mendapatkan izin dahulu, pihak pengurusan masjid benarkan ia boleh dilakukan itu sudah perkara biasa sejak dulu lagi.

"Orang Hindu di Malaysia ini sudah faham, dalam surat khabar dan televisyen sudah dipaparkan mereka sudah faham amalan itu. Kita di Malaysia sudah mengamalkan amalan saling menghormati, kenapa hal sebegini dibangkitkan saya tidak fikir ia perlu," kata Muhyiddin.



-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=625312)

Monday, November 7, 2011

Pelobi lazimnya membencanakan



Oleh : TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Tarikh : November 5, 2011 (sinar harian)

1.0 Selamat Hari Raya Aidiladha/Korban. Kita harus bersusah payah dan berpenat lelah berhabis kudrat dan mental untuk mara ke depan, mengekalkan kebahagiaan dan keselamatan. Kolum hari ini membicarakan pelobi, perihal manusia pintar memujuk mereka yang berkuasa bagi kepentingan diri sendiri, diupah oleh orang lain. Gerakan/aktiviti cergas sudah bermula apabila ramai menjangka PRU13 akan berlangsung musim bunga atau musim panas tahun hadapan.

2.0 Lobi sebagai verb/kata kerja adalah usaha oleh individu, kumpulan untuk mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan; kompeni, organisasi atau individu yang berkuasa dan berpengaruh. Sebagai noun/kata nama pelobi atau lobbyists adalah mereka yang pekerjaannya melobi. Terma lobi jadi sebahagian bahasa kita dan popular selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 – memujuk pemimpin, menteri, politikus dan pegawai kerajaan, beruniform atau sebaliknya, menurut kehendak mereka (lobbyists) atau kepentingan tertentu diupah oleh bisnes, korporat, politikus dan pegawai kerajaan yang bercita-cita tinggi untuk mendapat kontrak, promosi, jadi calon pilihan raya, menteri, ketua setiausaha (KSU), Ketua Setiausaha Negara (KSN); Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hakim; dikurniakan bintang, pingat dan gelaran. Selepas peristiwa berdarah 13 Mei supaya MAGERAN (Majlis Tindakan Negara) dimansuhkan dan demokrasi berparlimen dipulihkan.

3.0 Di Amerika Syarikat (AS), Eropah, Jepun melobi satu profesion mewah, bajetnya amat besar. ‘Lobi Israel’ di AS dan Eropah adalah pelobi terbesar, terkaya dan amat berpengaruh serta berkesan. Di Malaysia, melobi satu kerja yang juga mewah, ramai bekas politikus, menteri, pegawai tinggi kerajaan, beruniform atau sebaliknya, dan keluarga diraja di semua peringkat menjadi lobbyists, bagi segala bentuk vested interests (kepentingan tertentu) - tempatan dan antarabangsa – dan juga agensi hatta kerajaan asing. Satu masa dahulu ‘lobi China’ terbesar di AS mewakili kepentingan pemerintahan Chiang Kai Shek yang akhirnya ditewaskan oleh parti Komunis China di bawah kepimpinan Mao Tse Tung tahun 1949 dan lari ke Taiwan.

4.0 Di Malaysia lobi yang paling berpengaruh ialah ‘lobi Cina’, ‘lobi bisnes’, ‘lobi India’ dan ‘lobi Bumiputra’ di bawah sekali. Saya telah memerhati gerakan pelobi semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, kini lebih hebat. Generasi pelobi sekarang lebih berorganisasi, tersusun, savvy atau lebih canggih maka impaknya amat menguntungkan ‘big business’ dan ‘vested interests’.

5.0 Kehadiran mereka (pelobi) di merata majlis, pesta perkahwinan, rumah terbuka Hari Raya, hari jadi; perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali dan waktu keberangkatan dan kepulangan perdana menteri dan menteri-menteri kanan di lapangan terbang hatta di masjid pun. Pelobi yang benar-benar berpengaruh tidak kelihatan di majlis-majlis terbuka seperti itu. Mereka terus ke pejabat atau ke rumah menteri. Mereka ada ‘paspot besar’.

6.0 Kata orang Kelantan pelobi-pelobi kelas ini ada ‘cable sakti – dapat masuk hingga ke dapur, masa menteri rehat hatta ke bilik tidur pun’. Mereka akan menghadiri hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau birthdays anak-anak, cucu menteri yang berlangsung secara private.

7.0 Apabila perdana menteri, menteri, pegawai tinggi dan politikus yang dilihat berpotensi dan keluarga mereka bercuti lazimnya di luar negara pelobi tertentu akan berada di samping mereka, shopping, main golf, belayar, memburu, ke night clubs, kasino dan restoran mewah. Selalunya pelobi dan ‘kawan-kawan ini’ ke destinasi holidays terlebih dahulu atau berasingan. Ada yang berani naik pesawat sama dan kelas serupa. Saya telah lihat semenjak kita merdeka beginilah. Hilang kuasa ‘kawan-kawan’ dan pelobi ini hilang. Habis air tebu diminum hampasnya dibuang.

8.0 Di AS dan banyak negara-negara maju, pelobi mesti didaftarkan seperti syarikat dan kompeni tetapi di Malaysia profesion ‘memujuk’, profesion ‘orang tengah’, profesion ‘intermediaries’ tidak payah didaftarkan. Saya rasa sudah sampai masanya profesion ‘menggeletek’ ini didaftar seperti peguam, doktor, akauntan dan sebagainya. Waktu saya di United Kingdom (UK) bulan lepas dan awal bulan Parti Konservatif dan Liberal Demokrat (kedua-dua berkongsi memerintah) dan Parti Buruh (pembangkang) telah mengadakan persidangan agung tahunan masing-masing.

9.0 Mengikut media dan kolumnis British, pelobi yang beroperasi secara terang apa lagi rahsia amat membahayakan demokrasi, meritokrasi dan ‘fairness’; (keadilan) komen Andy McSmith, ‘those (lobbyists) who operate in secret are a danger to democracy’ (Independent October 17, 2011). Tambahnya, ‘literally thousands of lobbyists took the trip north (Manchester tempat konferensi Parti Konservatif) for a week’s social networking and deal clinching at the Conservative Party Conference.

There were more of them than Tory representatives (delegates). Their presence went a long way to covering the cost of an expensive week that would otherwise have had to come from Conservative Party funds.’ Maksudnya lebih ramai pelobi daripada perwakilan! Pelobi ke sana kerana networking dan mendapat bisnes, membaharui dan memperkukuhkan political contacts. Kehadiran pelobi ini meringankan kos Parti Konservatif. Kehadiran pelobi di persidangan parti Buruh tidak seramai seperti di Manchester.



10.0 Parti Buruh telah melangsungkan mesyuarat agungnya di Liverpool terlebih dahulu. Apa pun pelobi membahayakan demokrasi kerana pengaruh mereka – tanpa dipilih rakyat, tanpa jawatan - mereka berpengaruh membuat secara tidak langsung keputusan! Seperti di sini pelobi hadir di majlis kerana ‘lobbying industry’ adalah satu perusahaan besar, penting dan bajetnya tiada had, tiada limit. Poket mereka dalam asalkan kehendak mereka berjaya. Sebelum parti Buruh kalah ramai pelobi berkerumun dekat dan sekeliling Tony Blair dan Gordon Brown, kedua-dua bekas perdana menteri.

11.0 Sekarang giliran David Cameron pula - penjawat PM British. Berpusu-pusu orang mahu berjumpa dengannya. Ada gula ada semut! Di Malaysia, pelobi berduyun ke Putrajaya, ke Kuching, ke Kota Kinabalu, ke Shah Alam, ke Pulau Pinang dan ibu negeri lain. Ada baiknya mereka ini didaftar dan diletak di bawah undang-undang, koda dan peraturan tertentu. Saya tidak setuju mereka dihapuskan apa lagi diharamkan.

12.0 Bisnes dan industri bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh parti berkuasa dan pegawai mereka maka bisnes dan industri perlu ada pelobi menjaga kepentingan, keuntungan lumayan; dapat peluang kontrak sebanyak mungkin dan kontrak raksasa tanpa tender, melalui ‘direct nego’ (direct negotiations) kata orang Kelantan. Di UK, industri melobi dianggar membelanjakan Sterling Pound 2 bilion – lebih kurang RM10 bilion setiap tahun.

13.0 Saya tidak tahu berapa perbelanjaan industri melobi di negara tercinta dan terpilih ini! Saya teka tidak kurang RM500 juta setahun, besar berkemungkinan RM1 bilion. Kerajaan hilang hasil dan kerugian lain, tiris melalui rasuah berlipat-lipat ganda lagi.

14.0 Jumlahnya besar. Amat memalapetaka keselamatan dan maruah negara sebab ada setengah pelobi yang juga ejen rahsia kerajaan tertentu. Paling kurang McSmith mengulangi, ‘a target of suspicion, and a potential source of corruption, is when it’s practitioners operate in secret, either by pretending that they are motivated by (political) beliefs when in fact there is money involved, or trying to disguise that they are lobbyists.’ Baris pemisah antara pelobi dan perasuah agak tipis! Apa yang dilakukan oleh pelobi sebenarnya salah tetapi tidak pula melanggar undang-undang. Maka wajarlah undang-undang diadakan segera bagi mengawal kegiatan ini.

15.0 Pelobi, ejen, orang tengah, pemujuk harus dikawal – mereka kini terlalu merdeka dan bebas ‘bending the rules’ yang merugikan kerajaan, rakyat dan bisnes kecil yang tidak ada pelobi profesional. Rakyat harus tahu siapa towkay, kerajaan di belakang pelobi yang hidup mewah. Sebelum skandal pelobi terbongkar menjadi isu besar dalam PRU13 eloklah peraturan dan koda tentang profesion memujuk ini digubal. Pelobi bijak menanam tebu di bibir – mengeluarkan kata-kata manis, memujuk, memuji tetapi maksudnya bermotifkan duit, pangkat; dapat tebu rebah tanpa bersusah payah!

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

(sumber:http://www.sinarharian.com.my/komentar/pelobi-lazimnya-membencanakan-1.4179)

Saturday, November 5, 2011

Fadhilat dan Hikmah Korban


Riwayat: Riwayat at- Tirmidzi
Kategori: Ibadah

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu

Huraian Hadith:

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

(sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/fadhilat-dan-hikmah-korban)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IBADAH KORBAN
Oleh anipzz

"1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.


2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?

J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”. Wallahuaklam

3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam

4: Apakah hikmah korban?

J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;

1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam

5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?

J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam

6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?

J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahualam

7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?

J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Wallahualam

8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?

J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan.. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahualam "

Diposkan oleh ABU NIDAL di 7:27 PTG

(sumber;http://al-futhuhat.blogspot.com/2008/12/ibadah-korban.html)

CIA pantau aktiviti Twitter, Facebook


2011/11/04

McLEAN (Virginia): Di sebuah kawasan perindustrian yang tidak dikenali di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengikuti lebih daripada lima juta perbualan di dalam laman rangkaian media sosial, Twitter, sehari.

Tujuan pemantauan twitter bagi memastikan CIA mendapat maklumat awal yang disiarkan pemberontak, militan, aktivis atau diplomat.

Di Pusat Open Source agensi berkenaan, penganalisis dilengkapi dengan sistem perpustakaan dengan kemampuan menyokong semua media sosial dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. - AP

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CIApantauaktivitiTwitter_Facebook/Article)

The West Australian akui silap siar artikel anak PM


The West Australian akui silap siar artikel anak PM

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Akhbar The West Australian semalam mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak $60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli belah di Perth semasa Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan, akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas.

Kenyataan akhbar itu boleh dilayari menerusi portal akhbar The Borneo Post yang menerima salinan halaman tersebut yang diemelkan oleh wartawan ekonominya, Neale Prior.

The West Australian juga menyebut adalah menjadi polisi akhbar itu untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka seboleh yang mungkin.

Semalam, Najib dalam Twitter terbaharunya menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri CHOGM di Perth, baru-baru ini.

Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli belah di Perth, lokasi CHOGM.

Laporan itu juga menyebut: "Seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 (RM485,476)." Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The West Australian clarifies that PM’s daughter was not in Perth
Posted on November 5, 2011, Saturday


Image from The West Australian
Aussie newspaper admits it was wrong



Australian newspaper clarifies PM’s daughter not in PerthKUCHING: Perth newspaper The West Australian has published a clarification admitting it wrongly reported that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s daughter had gone on a shopping spree during the recent Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) there.
On Monday, The West Australian had claimed that Najib’s daughter spent A$60,000 (RM180,000) in high-end department store David Jones.

The paper printed a retraction in its Letters page on Thursday under the heading ‘Corrections and Clarifications’ that: “The West Australian acknowledges that this was not the case and that Najib’s daughter was not in Perth at the time.”

A Portable Document Format (PDF) copy of the page was emailed to The Borneo Post by The West Australian business journalist Neale Prior. This was in reply to an email from The Borneo Post seeking a clarification on the report.
The West Australian also said its policy is “to correct significant errors as quickly as possible”.

Readers are directed to contact the readers’ editor by mail at The Readers’ Editor, The West Australian, 50 Hasler Road, Osborne Park WA 6017, or sending a fax to +61-8-94823177, or emailing reader@wanews.com.au.

Complainants are requested to include the headline, page number and date of publication of the report in their correspondence, as well as telephone number.
On Wednesday, Najib tweeted a denial over the news report that his wife and daughter had shopped excessively during his Perth visit to attend CHOGM.

The Prime Minister, who is in Mecca to perform the haj, had replied to a question in a tweet on Wednesday saying, “Don’t believe and spread lies. My daughter was not even in Australia and my wife did not buy any jewellery.”

The Malaysian Consul-general in Perth Hamidah Ashari had written to The West Australian’s editor on Tuesday, saying her office was appalled upon reading the article ‘Delegates go shopping, sightseeing’ published in the Oct 31 issue.
She said Najib’s daughter was not part of the Prime Minister’s delegation attending CHOGM, nor was she in Perth at that time.

The false report had been circulating online, particularly on opposition sites.


Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/05/the-west-australian-clarifies-that-pms-daughter-was-not-in-perth/#ixzz1cna3c5mE
(sumber;http://www.theborneopost.com/2011/11/05/the-west-australian-clarifies-that-pms-daughter-was-not-in-perth/)

Wednesday, November 2, 2011

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jijik dan keji. Itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, program tersebut langsung tidak membawa faedah malah hanya menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

"Kita minta mereka senaraikan apa faedah yang ada dalam program ini dan mengapa tidak pernah bercadang untuk melaksanakan program yang mampu mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program yang kononnya mahu membela hak rakyat Malaysia agar tidak didiskriminasi atau diganggu hanya kerana orientasi seksual mereka itu, antara lain diisi dengan bengkel, pemutaran filem dan hal-hal yang berkaitan seksualiti.

Tambah Jurit, program itu secara tidak langsung adalah bukti pihak-pihak tertentu yang mahu meragut kesucian agama Islam dengan terancang.

"Kami mahu mengingatkan penganjur agar jangan mencabar orang Islam di Malaysia dan hormat Perlembagaan jika mereka tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Norsaleha Mohd. Salleh menyeru masyarakat yang berbilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang tidak bertamadun itu.

"Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula menyifatkan penganjuran program berkenaan bersifat kurang ajar.

"Mereka tidak hormat dengan langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak. Biarpun mereka buat atas dasar hak asasi tetapi hak berkenaan ada batasnya," katanya.

Tambahnya, penganjur nyata tidak sensitif dengan masyarakat negara ini yang majoritinya merupakan umat Islam.

"Islam mengharamkan kegiatan homoseksual dan itu merupakan perbuatan yang jijik," ujarnya.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula menyeru semua pihak agar menentang sekeras-kerasnya agenda yang dibawa Seksualiti Merdeka.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan tabie manusia dan menjatuhkan moral masyarakat.

"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya," katanya.

Menurutnya, semua badan agama perlu memainkan peranan agar perkara itu dapat dibendung.

"Islam sendiri mengharamkan perbuatan berkenaan dan saya percaya agama lain juga sama. Jadi generasi muda terutamanya, perlu melengkapkan jati diri dan berpegang teguh pada landasan agama," jelasnya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

20 NGO anjur Seksualiti Merdeka


Oleh AZHARI ZAINOODDIN dan
MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.

Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar.

Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Thursday, October 27, 2011

Perlantikan Zulkifli Nordin mantapkan Perkasa


Perlantikan Zulkifli Nordin mantapkan Perkasa
RABU, 26 OKTOBER 2011 22:01

PERKASA mendapat suntikan baru dalam kepimpinannya menerusi perlantikan Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu sebagai Naib Presiden.

Gandingan Zulkifli dan Presiden sekarang, Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa vokal dalam sidang Dewan Rakyat dikatakan akan menjadikan pertubuhan berkenaan lebih mantap.

Perlantikan Zulkifli untuk mengisi jawatan berkenaan dibuat menerusi usul tergempar oleh seorang ahli Dewan Tertinggi Perkasa Zahid Md Arip pada Perhimpunan Agung Perkasa di Kuala Lumpur Rabu.

Usul itu telah diluluskan sebulat suara.

Zulkifli yang kebelakangan ini kelihatan menyertai beberapa acara Perkasa turut hadir pada perhimpunan itu.

Perlantikan Zulkifli adalah bagi mengisi kekosongan salah satu daripada lima jawatan Naib Presiden ekoran perletakan jawatan Datuk Mokthar Samad tidak lama dulu kerana terikat dengan komitmen tugas lain.-26/10/2011

(sumber;http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/lantikan-zulkifli-nordin-mantapkan-perkasa.html)

Tuesday, October 25, 2011

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan



KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Adab menggunakan Facebook dan rangkaian sosial


ARKIB UTUSAN : 13/10/2011

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

1.0 PENINGKATAN penggunaan Facebook atau 'buku muka' di kalangan rakyat Malaysia begitu mendadak.

2.0 Ia begitu ketara di kalangan remaja dan orang muda yang menganggap laman sosial itu suatu wacana baharu bagi meningkatkan jaringan komunikasi dan interaksi bersama rakan-rakan mereka merentasi sempadan antarabangsa.

3.0 Ketiadaan akaun laman Facebook dianggap ketinggalan dalam arus perdana teknologi maklumat serta dianggap ketinggalan zaman.

4.0 Kajian mendapati golongan remaja di negara ini menggunakan masa selama 19 jam seminggu bagi melayari Internet.

5.0 Setiap hari akaun Facebook dikemas kini dan kegiatan mereka dimasukkan seperti makan lempeng di kedai mamak atau bertugas menjadi juruacara di hotel terkemuka dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang tolong jemputkan emaknya di lapangan terbang.

6.0 Melalui maklumat tersebut segala pergerakan dapat didedahkan kepada orang ramai.

7.0 Sejak akhir-akhir ini terdapat individu yang cuba menodai laman tersebut apabila memuat naik status yang tidak sepatutnya dipaparkan kepada masyarakat umum serta rakan-rakan Facebook yang ramai.

Sebagai suatu contoh terdapat dalam kalangan suami isteri yang menggunakan laman tersebut untuk menyatakan kesetiaan kasih sayang hingga pengguna lain meluat membaca statusnya.

8.0 Keadaan akan menjadi lebih kritikal lagi apabila mereka turut menyatakan status masing-masing semasa mengalami krisis rumah tangga. Kisah pergaduhan caci-maki dimuatkan dalam Facebook masing-masing dan menjadi tatapan umum pula.

Justeru apabila keaiban sesama sendiri turut didedahkan dalam laman tersebut.

9.0 Penggiat Facebook, Norhasimah Mohd Noor dalam laman sosialnya turut menasihatkan pengguna Facebook terutama kaum wanita muslim mendapat izin suami sebelum menarima rakan-rakan lelaki. Ia bagi mengelak kecelaruan hubungan rumah tangga.

10.0 Pada pandangan saya bahawa teknologi maklumat dan Internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia jika ia dikendalikan dengan betul.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm)

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi


ARKIB UTUSAN: 13/10/2011

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)
," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm)

Sunday, October 23, 2011

Amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan oleh DATO' SALLEH MAJID


1.0 HAIRAN juga tiada reaksi terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed tentang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi. Tiada menteri, timbalan menteri, individu atau NGO yang bersetuju atau menyangkal kenyataan bekas perdana menteri tersebut.

2.0 Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020, tahun yang kita patut mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

3.0 Apakah ini maknanya bila kita mencapai taraf negara pendapatan tinggi, orang Melayu sudah terpinggir dan angka tersebut tercapai melalui bukan Melayu?

4.0 Apakah Dr. Mahathir menggunakan psikologi untuk melontarkan sesuatu yang boleh menyedarkan orang Melayu tentang perlunya melakukan sesuatu sebelum terlambat?

5.0 Apakah yang boleh menyedarkan orang Melayu hari ini? Bersatu antara UMNO, Pas dan PKR tidak mungkin.

6.0 Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.

7.0 Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvas supaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.

8.0 Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyen Bersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.

9.0 Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.

10.0 Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.

11.0 Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.

12.0 Kehilangan kuasa orang Melayu dalam negara ini bermakna negara ini akan terjual.

13.0 Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.

14.0 Golongan orang Melayu yang diberikan perhatian ialah golongan tertentu sahaja, mereka yang sudah ada entiti mereka dan hanya perlu diperbaiki berlipat ganda lagi. Yang lain tidak akan merasai usaha lipat ganda entiti ini.

15.0 Seperkara yang perlu pihak memerintah sedar ialah terdapat 3.9 juta pemilih yang belum mendaftar untuk mengundi.

16.0 Kalau kita andaikan 60 peratus daripada jumlah ini terdiri daripada belia dan remaja dan mereka ini lebih terikut dengan dunia siber, gosip dan fitnah yang tersebar merata dalam dunia blog, mereka tidak menerima perhatian media arus perdana.

17.0 Mesej yang ingin disampaikan kepada mereka tidak sampai dan mereka bakal membuat keputusan yang mungkin akan merugikan pihak yang sedang memerintah.

18.0 Hakikatnya orang Melayu sudah lemah dalam bidang ekonomi dan yang sedikit kuasa ekonomi yang ada ini kalau hilang juga dan kuasa memerintah pula hilang, orang Melayu akan jadi ibarat Red Indian di Amerika Syarikat tinggal di penempatan tertentu sahaja.

19.0 Kita sedar juga ada usaha gigih sedang dilakukan oleh parti pembangkang untuk menarik orang Melayu dalam usaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap parti mereka. Mereka berpendirian inilah 1Malaysia yang sebenarnya.

20.0 Tidak ada keharmonian dalam mana-mana masyarakat yang majoritinya sesuatu bangsa jika kedudukannya lemah dalam ekonomi dan politik.

21.0 Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.

22.0 Walau apa pun amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan begitu saja. Pihak yang sayangkan negara ini dan tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain - walaupun mereka mungkin rakyat negara ini juga - perlu mengorak langkah mengatur strategi, jangan heboh-heboh, bangunkan langkah yang konkrit dan suntikan semangat kepada orang Melayu keseluruhannya.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

terimakasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

Berikan ikan aku makan sehari... oleh DATO' SALLEH MAJID


1.0 BELANJAWAN 2012 kali ini memberikan habuan kepada pelbagai golongan. Tiada siapa yang boleh merungut mengatakan mereka tertinggal dalam menerima habuan.

2.0 Daripada murid sekolah kepada pemandu teksi semuanya menerima bantuan dan habuan.

3.0 Pegawai kerajaan menerima bonus dan yang berpendapatan bawah RM3,000 seisi rumah dapat bayaran sekali gus RM500.

4.0 Persoalan yang banyak dibangkitkan oleh ahli ekonomi tempatan dan asing ialah apakah kita mampu mencapai sasaran pertumbuhan 5.5 - 6 peratus (%) dan mengurangkan defisit daripada 5.4% kepada 4.7%.

5.0 Pandangan mungkin berbeza antara satu sama lain. Secara amnya kita semua tahu yang ekonomi dunia tengah tenat.

6.0 Presiden Bank Dunia sendiri mengatakan kita telah menempuh zon berbahaya ekonomi dunia. Rakan dagangan kita negara Eropah dan Amerika Syarikat masih lagi bergelut dengan masalah ekonomi masing-masing, cahaya di hujung terowong belum nampak lagi.

7.0 Jadi bagi kita yang bergantung kepada eksport terpaksa menerima yang eksport kita akan berkurangan dan terpaksa bergantung kepada permintaan domestik untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kita bertahan.

8.0 Walau bagaimana pun hutang isi rumah kita telah mencapai 74% dan hutang negara adalah 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

9.0 Pertumbuhan disebut-sebut oleh MIER ialah 4.7% dan RHB Research ramal sampai lebih rendah lagi iaitu 3.7%.

10.0 CIMB Investment juga meramalkan 3.8%, Maybank Investment 3.5-4% dan Bank of America Global Research setakat 4.2%.

Jadi siapa punya ramalan hendak kita gunakan?

11.0 Apa yang jelas ialah kita akan melalui suatu suasana yang tidak menentu yang walaupun kita berharap kepada sektor swasta untuk menyumbang ke arah program transformasi ekonomi, komitmen sektor swasta mungkin berkurangan kerana tidak berani meminjam berlebihan.

12.0 Ada juga pihak yang mengatakan belanjawan ini adalah belanjawan sebelum pilihan raya. Rasanya kalau Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan pada tahun ini, ia boleh mendatangkan mudarat, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

12.0 Kalau harga minyak tidak menentu pendapatan Petronas akan terjejas dan sumbangan kepada kerajaan akan terjejas juga.

13.0 Berita baik yang menggembirakan tentulah peneroka Felda yang bakal mendapat durian runtuh selepas Felda Global Ventures dan Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia pertengahan tahun hadapan.

Kita berharap pihak lain akan menerima layanan peluang sama adil.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm)

Video Ucapan Tan Sri Harussani @Himpun2011 Semalam



Mufti Perak beri peringatan



SEBAHAGIAN daripada ribuan peserta menghadiri perhimpunan mempertahan dan menyelamatkan akidah umat dan agama Islam di Stadium Shah Alam, semalam. – Mingguan/Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 22 Okt. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.

Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.

Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.

“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

by Panglima Perang Cyber at 4:39 pm
Labels: harussani himpun

(sumber:http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/10/video-ucapan-tan-sri-harussani.html)

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat


ARKIB utusan : 22/10/2011

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

1.0 KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

2.0 Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

3.0 Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

4.0 "Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

5.0 Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

6.0 Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

7.0 Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

8.0 "Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

9.0 "Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

10.0 Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

11.0 Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

12.0 "Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

13.0 "Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK ( 03-26163999 ) selepas waktu pejabat," katanya.

terimakasih(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)