Tuesday, July 8, 2008

Artis ROCK cetus kecoh di perhimpunan protes




LUCAH: Aksi menimbulkan kemarahan hadirin.




Artis rock cetus kecoh himpunan Protes
PETALING JAYA:
Perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, semalam bertukar kecoh apabila seorang penyanyi sebuah kumpulan bertindak melakukan aksi lucah di hadapan kira-kira 2,000 peserta perhimpunan selepas membuat persembahan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam apabila penyanyi berkenaan yang berusia lingkungan 20-an dan beraksi di atas pentas bertindak melondehkan seluar jeansnya sehingga menampakkan seluar dalamnya.

Tindakan penyanyi itu membawa padah apabila peserta perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang berang bertindak membaling berpuluh-puluh botol air minuman ke pentas kerana tidak menduga perlakuan tidak bermoral itu.

Keadaan tidak selesai di situ apabila sebilangan peserta perhimpunan turut bertindak merusuh dan memanjat pentas untuk memukul penyanyi dari kumpulan dikenali sebagai Karburator Dung itu. Penyanyi terbabit bagaimanapun sempat diselamatkan pihak penganjur.

Perhimpunan menjadi tenang selepas setengah jam apabila penganjur persembahan, Hisyamuddin Rais berjaya mengawal keadaan.

Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian beliau berada di hadapan pentas.
sedang saya menyaksikan persembahan mereka, tiba-tiba penyanyi itu bertindak menunjukkan punggungnya kepada kami sebelum dibaling dengan botol. Tindakan itu patut dikeji kerana majlis itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya juga kesal dengan tindakan penganjur memilih kumpulkan seperti itu." katanya.



Lirik Lagu Mari Jilat Menjilat (Carburetor Dung)
MARI NYANYI MENJILAT

Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati

Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada di tangan anda
Hidup yang senang penuh jaminan
Jangan bertanya, serahkan pada saya

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

“Macamana? Ada berani ka? Ini tawaran hanya sekali braders and sistas! Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya, Ini real, ori punya! Gerenti kaya-raya! Mari, mari!”

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

Wahai pemuzik, underground rockers,
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar,
Marilah mari, sain kontrak kami,

Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengoklah saja, Carburetor Dung
Cakapnya besar, tak kaya-kaya

Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat, mari semua jilat
Jilat, jilat, jilat
jangan tak jilat
Jilat, jilat,
jubur korporat sedap!

© 2004 Carburetor Dung

Friday, July 4, 2008

UMNO; TataEtika; PINDAAN



PERKARA 12

12. PINDAAN

12.1 Majlis Tertinggi berkuasa meminda Tataetika ini dari semasa ke semasa.




UMNO; TataEtika; HUKUMAN



PERKARA 11

11. HUKUMAN

11.1 Mana-mana Ahli yang didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO ini bolehlah dikenakan mana-mana hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

UMNO; TataEtika; ANGGAPAN KEBERSALAHAN PIHAK KETIGA



PERKARA 10

10. ANGGAPAN KEBERSALAHAN PIHAK KETIGA

10.1 Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah melanggar mana-mana peruntukan Tataetika Ahli UMNO ini, maka Lembaga Disipiin UMNO boiehlah menganggap, setelah ia berpuashati daripada keterangan-keterangan dan / atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali rnelakukan kesalahan-kesalahan dibawah Tataetika Ahli ini dan / atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

10,2 Bilamana seseorang pengadu yang telah membuat aduan dan/atau saksi yang telah memberikan keterangannya di dalam perbicaraan presiding Lembaga Disipiin menarik balik aduannya atau keterangan asalnya, maka Lembaga Disipiin UMNO boleh, setelah ia berpuashati bahawa aduan atau pengakuan itu ditarik balik tanpa alasan-alasan yang munasabah, sedangkan aduan atau keterangan itu adalah benar, menganggap pengadu itu atau saksi itu telah menarik balik aduan atau keterangan tersebut dengan adanya imbuhan, ganjaran atau janji berbentuk material oleh tertuduh dan melakukan kesalahan menerima imbuhan, ganjaran atau janji berbentuk material daripada tertuduh dan kedua-dua pengadu / saksi atau tertuduh itu bolehlah dihukum mengikut peruntukan Tataetika Ahli ini.

UMNO; TataEtika; BAHAN BUKTI



PERKARA 9

9. BAHAN BUKTI

Mana-mana Ahli yang merasakan bahawa hak mereka telah dinafikan didalam apa juga keadaan bolehlah mengadu kepada Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Negeri atau Lembaga Disiplin supaya hak mereka dapat didengar dan diadili dengan mengemukakan bahan-bahan bukti yang munasabah seperti saksi-saksi, bahan-bahan bercetak atau elektronik atau apa juga bahan yang lain yang menyokong aduan mereka tersebut.

UMNO; TataEtika; TINGKAHLAKU SEWAKTU MENJAWAT JAWATAN DALAM PARTI



PERKARA 8

8. TINGKAHLAKU SEWAKTU MENJAWAT JAWATAN DALAM PARTI

8.1 Tinqkahlaku Sewaktu Menjalankan Pentadbiran Parti

8.1.1 Ahli-ahli parti yang memegang sebarang jawatan dalam parti adalah dilarang sama sekali daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa-apa yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka bagi tujuan persendirian didalam menjalankan pentadbiran parti dan hendaklah sentiasa menjalankan dasar-dasar parti

CONTOH:-

(a) Tidak mahu menerima permohonan Ahli baru di peringkat Cawangan / Bahagian;

(b) Tidak mahu menerima yuran Ahli;

(c) Memberi projek atau sumbangan kewangan secara terpilih dan pilih kasih dan tidak meliputi semua Cawangan;

(d) Tidak jujur dan telus dalam menjalankan hal ehwal kewangan (seperti menggunakan wang parti dan wang peribadi dianggap serupa);

(e) Memindahkan Ahli ke Bahagian lain tanpa Ahli sendiri itu sendiri yang memohon atau bersetuju;

(f) Tidak menerima Ahli berpindah ke Bahagian atau Cawangan lain;

(g) Tidak memberitahu Majlis Tertinggi jika telah jatuh muflis atau gugur jawatan.

(h) Tidak mahu memanggil mesyuarat walaupun korum telah mencukupi kerana kepentingan dirinya sendiri atau pihak lain.

8.2 Tingkahlaku Sewaktu Menjalankan Mesyuarat Parti

8.2.1 Ahli-ahli parti yang diberikan kuasa menjalankan mesyuarat di perhimpunan tahunan Cawangan, Bahagian atau Majlis Tertinggi adalah dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa-apa yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka dengan tujuan bagi manfaat pihak sendiri atau bagi pihak lain dan hendaklah sentiasa menjalankan dasar-dasar parti dan mengikut perintah-perintah parti.

CONTOH:-

(a) menjalankan mesyuarat tanpa notis yang munasabah;

(b) tidak menjalankan mesyuarat mengikut peraturan mesyuarat;

(c) menjalankan mesyuarat tidak cukup korum,

(d) menjalankan mesyuarat di tempat yang tidak ditetapkan (contohnya di dalam bas dan di luar kawasan);

(e) menjalankan mesyuarat dengan cukup korum dengan hanya Ahli terpilih sahaja;

(f) menjalankan pengundian dengan sistem rakit;

(g) berkempen sewaktu membuka majlis atau perasmian bagi calon-calon tertentu;

(h) menghalang hak mana-mana Ahli menghadiri mesyuarat (contoh Ahli ada resit
membayar yuran tetapi tidak ada nama dalam senarai Cawangan);

(i) menukar agenda mesyuarat tanpa mendapat persetujuan Ahli mesyuarat; (contoh; pengundian dilakukan apabila ramai Ahli meninggalkan majlis);

(j) membuat minit mesyuarat palsu sedangkan mesyuarat tidak pun dijalankan (wujudnya cawangan hantu).

UMNO; TataEtika; PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM



PERKARA 7

7. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM

7.1 Ahli-ahli parti dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan / atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

7.2 Mana-mana Ahli parti yang melanggar Perkara 7.1 Tataetika Ahli ini boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO kerana menghina parti.

CONTOH:-

(a) Ahli A mempertikaikan keputusan-keputusan Majlis Tertinggi parti, Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti

(b) Ahli A mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang presiding disiplin parti dengan menuduh keputusan tak adil. Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.

UMNO: TataEtika; DERMA/BANTUAN KEPADA PARTI



PERKARA 6

6. DERMA / BANTUAN KEPADA PARTI

6.1 Ahli-ahli parti adalah dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi Ahli di dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.

6.2 Mana-mana Ahli yang ingin memberi derma atau sebarang bentuk pemberian lain hendaklah disalurkan menerusi Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Negeri yang berkenaan.

6.3 Mana-mana pemberian yang tidak melalui saluran yang tersebut dalam Perkara 6.2 adalah dianggap sebagai melanggar Perkara 6.1

CONTOH:-

(a) Mana-mana Ahli menerima wang yang dikatakan duit minyak atau sedekah setelah menghadiri suatu majiis kempen anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri tanpa menyebutkan penderma berkenaan dan Ahli itu akan mengambil bahagian dalam Perwakilan, Ahli itu dianggap telah melanggar Perkara 6.1.

UMNO; TataEtika; SALAHLAKU



PERKARA 5

5. SALAHLAKU

Ahli parti dilarang daripada melakukan perkara-perkara berikut:-

5.1 Rasuah / Sogokan Politik

5.1.1 menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

(a) Menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah dengan membuat janji-janji memberi pangkat, anugerah / gelaran, peluang perniagaan, bagi mendapatkan undi.

5.1.2 memberi, meminjam, meminta, atau bersetuju untuk memberi atau meminjam atau meminta, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai untuk seseorang Ahli atau untuk seseorang yang lain, dengan tujuan mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri
atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

(a) Member! wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lawan atau pihak lain;

(b) Mengguna wang untuk mendapatkan undi.

5.1.3 memberi atau menerima atau membenarkan Ahli keluarganya atau mana-mana orang untuk memberi atau menerima bagi pihaknya, secara langsung atau secara tidak langsung, kepada atau daripada mana-mana Ahli UMNO yang lain apa-apa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

Menerima sebarang bentuk hadiah atau benda sebagai imbuhan misalnya:-
• tambang percuma,
• kemudahan perjalanan,
• perkhidmatan,
• saham-saham,
• konsesi,
• kontrak,
• hiburan,
• gelaran atau anugerah.

5.2 Menqquna Kekerasan dan Ugutan

mengguna atau mengancam untuk mengguna apa-apa jua bentuk kekerasan samada secara fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, dengan tujuan untuk membawa atau mengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana Ahli UMNO atau keluarga agar mengundi atau tidak mengundi mana-mana Ahli UMNO lain dalam mana-mana Pemilihan parti.

CONTOH:-

(a) Mengancam dan terlibat dengan pergaduhan, bertumbuk, membaling objek atau seumpamanya;

(b) Mengguna ugutan untuk tidak memberi peruntukan dan projek kepada suatu pihak;

(c) Mengancam untuk menarikbalik perlantikan ke sesuatu jawatan.

5.3 Penerbitan dan Pengqunaan Media Massa. Elektronik atau Internet

menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengeiirukan seseorang berkenaan Ahli UMNO yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana Pemilihan parti,

CONTOH:-

(a) menulis dalam apa juga media cetak atau elektronik terhadap mana-mana calon yang akan bertanding;

(b) membuat sebarang poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji dan sebagainya;

(c) mencela atau memfitnah mana- mana Ahli dengan tujuan untuk memburukkan namanya supaya Ahli tidak mengundi Ahli yang difitnah tersebut;

(d) membuat aduan bertulis, tuduhan, tohmahan, kenyataan atau apajua bentuk penulisan atau lisan dengan pengetahuan bahawa ianya adalah palsu atau tidak berasas.

5.4 Fitnah

Mana-mana Ahli yang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang seseorang Ahli yang lain yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat menghindarinya atau mengelaknya maka telah melakukan perbuatan fitnah di bawah Perkara 5.7 tataetika ini yang boleh mengakibatkan Ahli tersebut diambil tindakan disiplin.

5.5 Ejen, Pelobi, Penqurus Kempen atau Peravu Undi

5.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, kecuali untuk majlis penerangan dan / atau kempen yang dianjurkan dibawah seliaan Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Ahli-ahii parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan / atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat Pemilihan parti.

5.5.2 Bagi peringkat Bahagian, kecuali untuk majlis penerangan dan / atau kempen yang dianjurkan dibawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-rnasing, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan / atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat Pemilihan parti.

CONTOH:-

(a) Mengguna ejen, pelobi, syarikat pengurus kempen, untuk berkempen bagi mana-mana calon; walaupun begitu, calon-calon dibenar kempen diperhimpunan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi tujuan berkempen.

5.6 Majlis dan Pertemuan

5.6.1 Kecuali untuk perhimpunan, pertemuan atau majlis yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan / atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahli-ahli parti dilarang di dalam Tempoh Pemilihan menganjurkan, samada secara langsung atau tidak langsung, sebarang perhimpunan, pertemuan jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri
atau bagi pihak lain bagi mana-mana peringkat Pemilihan parti.

CONTOH:-

(a) Calon menghadiri atau menganjurkan kenduri majlis kahwin, majlis tahlil atau majlis kesyukurari yang dianjurkan oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan berucap bagi tujuan meraih undi dan berkempen bagi pihaknya sendiri.

(b) Ahli UMNO menghadiri atau menganjurkan kenduri majlis kahwin, majlis tahlil atau majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan berucap bagi tujuan meraih undi dan berkempen bagi pihak lain bagi mana-mana peringkat pemilihan parti.

5.7 Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan dari masa ke semasa bentuk dan jenis penyalahgunaan kuasa, wang, sogokan dan sebagainya yang dimaksudkan di dalam sub-perkara 5.1 hingga 5.6 di atas.

UMNO: TataEtika; PENGARUH TIDAK WAJAR



PERKARA 4

4. PENGARUH TIDAK WAJAR

Ahli parti adalah dilarang pada setiap masa secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pihak lain bagi dirinya, melakukan, menggunakan manipulasi atau tipuhelah bagi menghalang, memaksa, mengancam, mendorong, mengganggu atau mendesak seseorang Ahli UMNO yang lain melakukan sesuatu atau tidak menjaiankan tugasnya atau menghalang perlaksanaan haknya di dalam parti dengan bebas atau menafikan hak seseorang Ahli.

CONTOH:-

(a) Jika seseorang Ahli tidak mengundi mana-mana pihak tertentu, tiada bantuan akan diberikan kepada beliau;

(b) Jika seseorang Ahli enggan mengundi mana-mana pihak tertentu, beliau tidak akan dilantik kepada mana-mana jawatan.

UMNO: TataEtika KESETIAAN



PERKARA 3

3. KESETIAAN

3.1 Sebagai tambahan dan bukan menghadkan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO, semua Ahli-ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:-

3.1.1 Patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli;

3.1.2 Mengikut perintah-perintah parti;

3.1.3 Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti (termasuk keputusan disiplin parti);

3.1.4 Menjalankan dasar-dasar parti;

3.1.5 Menjaga rahsia-rahsia parti;

3.1.6 Memelihara nama baik dan maruah parti;

3.1.7 Menunjukkan tatalaku yang sopan iagi tertib bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai Ahii UMNO.

CONTOH:-

(a) Ahli mempertikaikan atau mengkritik keputusan Lembaga Disiplin secara terbuka tanpa mengikut saluran parti yang sedia ada;

(b) Ahli enggan memohon maaf dan tidak hadir apabila dipanggil atau diminta menjelaskan mengapa tindakan disiplin tidak patut diambil terhadap Ahli tersebut oleh Lembaga Disiplin;

(c) Tidak menjaga nama baik dan maruah parti dengan bergaduh atau tumbuk-menumbuk antara Ahli di sesuatu mesyuarat bahagian / cawangan atau apa jua mesyuarat yang lain;

(d) Menjadi calon pembangkang, pencadang atau penyokong borang pencalonan atau melakukan perbuatan yang boleh ditafsir telah menyokong calon parti lawan;

(e) Membawa hal-ehwal parti ke Mahkamah;

(f) Mengkritik pemimpin-pemimpin parti tanpa melalui saluran yang betul/ sedia ada; atau

(g) Mengeluar kenyataan dan mengkritik keputusan-keputusan parti di dalam media cetak dan elektronik yang mengakibatkan parti dilihat rendah.

UMNO: TataEtika TAFSIRAN


PERKARA 2

2. TAFSIRAN

2.1 Dalam Tataetika Ahli ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

2.1.1 "Ejen" ertinya Ahli-Ahli parti atau mana-mana orang perseorangan atau kumpulan yang digunakan sebagai perantara bagi melakukan apa-apa salahlaku di bawah Tataetika Ahii UMNO ini untuk kepentingan Ahli itu;

2.1.2 "Tempoh Pemilihan" ertinya waktu yang bermula enam (6) bulan sebeium tempoh proses pemilihan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi di semua peringkat parti yang berkenaan sehinggalah enam (6) bulan selepas tamat pemilihan tersebut. Tanpa menjejaskan apa-apa maksud di atas, perbuatan-perbuatan yang dilakukan sebeium atau selepas Tempoh Pemilihan itu akan diarnbilkira untuk menentukan niat perlakuan itu;

2.1.3 "Balasan" termasuklah apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah,pakej percutian, makanan / jamuan, tambang, gelaran / anugerah dan perkara-perkara lain yang dinyatakan di dalam Tataetika ini.

2.2 Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Tataetika Ahli UMNO ini yang dibuat di bawah kuatkuasa Majlis Tertinggi UMNO, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi UMNO adalah muktamad.

2.3 Senarai contoh-contoh yang terkandung di dalam Tataetika Ahli UMNO ini adalah hanya sebagai penerangan lanjut dan tidaklah boleh dianggap sebagai menghadkan jenis-jenis salahlaku.

UMNO: TataEtika Ahli UMNO


TATAETIKA
PERKARA 1
1. MUKADIMAH
1.1 Bahawasanya bagi memelihara kekuatan dan maruah UMNO daripada sebarang anasir salahlaku dan kemungkaran;
1.2 Bahawasanya bagi menguatkan keazaman memperjuangkan martabat dan maruah bangsa melalui wadah UMNO dengan terus memperkukuhkan dan memberikan semangat perjuangan menentang Rasuah / Sogokan Politik;
1.3 Bahawasanya bagi menghendaki Ahli UMNO mentaati Perlembagaan dan Peraturan UMNO sepenuhnya, bagi membanteras segala bentuk penyelewengan, salahlaku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh meluntur dan melemahkan UMNO;
1.4 Maka dengan itu, menurut kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO, Majlis Tertinggi membuat Tataetika Ahli UMNO ini, seperti tersebut dibawah.

Sunday, June 29, 2008

PANAS…PANAS…pembantu peribadi Anwar dakwa diliwat...

petikan dari: agendadaily.com 29.06.08



Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pembantu peribadinya.

Difahamkan pembantu peribadi yang berusia 23 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).Desas desus mengenai hal ini mula tersebar sekitar jam 10 malam Sabtu.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah mengesahkan satu laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lanjut.

Laporan polis itu dikatakan dibuat jam 5 petang Sabtu di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Ikut ceritanya ini bukan pertama kali dia diliwat.



Sementara itu wartawan Agendadaily yang pergi untuk melihat keadaan di rumah Anwar di Bukit Segambut,Kuala Lumpur jam 1 pagi Ahad mendapati ia lengang.

Cuma ada beberapa orang wartawan dan jurugambar sedang standby di situ.

Ramai wartawan dan jurugambar berkejar ke Hotel Quality Inn di Shah Alam.Anwar dikatakan berada di situ kerana menghadiri acara 'retreat' bersama para wakil rakyat PKR.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ,Datuk Wan Farid Wan Salleh ketika dihubungi Agendadaily awal pagi Ahad untuk ulas kes dakwaan liwat terhadap Anwar kata siasatan akan dijalankan ikut prosedur biasa tanpa memihak dan berlandaskan undang-undang.

Beliau beri jaminan ia bebas dari unsur politik." Saya yakin dengan profesionalisme pihak polis,"katanya.




Sementara itu waktu wartawan Agendadaily tiba di lobi Hotel Quality Inn,Shah Alam pada jam 2.10 pagi ada sekitar 300 orang berkumpul di situ.Kebanyakan mereka terdiri dari ahli PKR dan PAS.

Mereka dengar ucapan Ketua Penerangan PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR kawasan Machang, Saifuddin Nasution.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen kawasan Batu minta semua bertenang.
Saifuddin dalam ucapannya pula antara lain mendakwa skrip 1988 semacam berulang kembali.

Beliau turut mengesa semua penyokong PKR bertenang dan terus mengikuti dari sumber-sumber partiang sah.

“Kita telah maklumkan pada Datuk Nik Aziz yang berada di Perak dan Haji Hadi yang berada di luar negara. Lim kit siang telah berhubung dengan Datuk Seri Anwar, Karpal Singh dan semua pemimpin parti telah pun dimaklumkan tentang perkembangan ini agar mengetahui dengan tepat dari sumber kita,”katanya.



Anwar pula ketika itu difahamkan berada di bilik di tingkat atas hotel itu sedang berbincang dengan para peguamnya.

Tidak kelihatan sebarang kehadiran anggota polis sekitar hotel itu waktu itu.
Biro Penerangan PKR dalam kenyataan media mendakwa polis telah menahan Pembantu Khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, SAIFUL BAHARI petang tadi (Sabtu).

Kenyataan itu juga mendakwa Saiful dipaksa buat kenyataan diliwat.
katanya pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu sidang media yang dijadualkan Ahad (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Anwar akan tetap diadakan.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yang tiba di hotel itu pada jam 4.10 pagi kemudiannya beritahu para wartawan sidang akhbar akan dipercepatkan kepada jam 12.30 tengahari.

Katanya Anwar akan hadir bersama para peguamnya.

Menurutnya retreat para wakil rakyat PKR akan diteruskan mengikut jadual.

Pada waktu Azmin tiba jumlah orangramai yang masih menunggu di lobi tinggal sekitar 50 orang. - 29/6/2008

Saturday, June 28, 2008

Lawak: Bulan Madu

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

(forward e-mail)

Politik: Mengembalikan hak, warisan bangsa Melayu

Oleh Mohd Ayop Abd Razid
Berita Harian Khamis 26.06.2008

SELEPAS 50 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat masih lagi membicarakan mengenai masa depan bangsa Melayu. Ketika era penjajahan, rakyat dihina dan diperbodohkan dengan dasar kolonial yang berjaya mengasingkan bangsa Melayu daripada arus sosioekonomi moden.

Melayu ketika itu hidup dalam lingkaran kemiskinan dan kemunduran. Keadaan ini diburukkan lagi dengan masalah taklid dan faham khurafat yang bukan berasal daripada ajaran Islam. Minda dan psikologi bangsa Melayu ketika itu tidak berkembang secara sihat dan ke hadapan.

Kesedaran mengenai nasib bangsa Melayu mula berputik apabila lahirnya tokoh Islah dan tajdid pada awal abad ke-20 seperti Syed Syeikh Tahir Jalaludin Al-Azhari, Syeikh Ahmad`Al-Hadi, Abbas Mohd Taha dan Syeikh Mohd Kalim al-Kalali.

Golongan yang dikenali sebagai ‘Kaum Muda’ ini lebih responsif terhadap perubahan yang berlaku. Mereka menyedari kemunduran orang Melayu bukan saja dalam soal sosioekonomi, malah dalam kebekuan ilmu agama yang sudah banyak diresapi ajaran khufarat dan menyeleweng.

Pada 1930-an hingga 1940-an pula lahir banyak persatuan dan pertubuhan Melayu yang cuba menyedarkan orang Melayu supaya membuat perubahan. Pertubuhan ini bergerak dalam pelbagai pendekatan daripada bercorak kebudayaan, sosial hingga kepada yang berbaur perjuangan politik.

Masyarakat Cina yang ketika itu masih bertaraf imigran terus terserap dalam perkembangan ekonomi moden. Masyarakat Cina mendominasi bandar utama di Tanah Melayu. Mereka turut aktif dalam sistem ekonomi kapitalis yang bersumberkan modal dan mementingkan keuntungan.
Sehingga Jepun menakluki Tanah Melayu, kehidupan orang Melayu tidak banyak berubah, kekal dalam kedaifan dan kemiskinan.

Umno yang lahir pada 1946, berjaya menyatukan orang Melayu sehingga menggagalkan Malayan Union yang dilihat akan menjahanamkan masa depan bangsa Melayu di tanah air mereka. Menerusi perpaduan Melayu di bawah payung Umno yang dipimpin tokoh yang ketika itu sanggup berkorban serta menggunakan sepenuh tenaga serta fikiran memajukan bangsa Melayu, maka bangsa Melayu mula menampakkan semangat untuk berubah.

Ketika pada ambang kemerdekaan, orang Melayu yang mulia hatinya sanggup menerima dan memberi kerakyatan kepada kaum Cina dan India. Inilah kemuliaan hati orang Melayu yang tidak ternilai harganya. Memberikan kerakyatan bermakna memberikan tanah (negara) untuk kehidupan mereka. Ini bukan berniat untuk mengungkit, tetapi sekadar mengimbau kembali pemurahnya hati orang Melayu.

Bukan itu saja, bahkan orang Melayu juga sanggup berkongsi kuasa dengan mereka. Orang bukan Melayu pula bersetuju menerima ‘kontrak sosial’ yang memberikan sedikit keistimewaan kepada orang Melayu yang pada hakikatnya tidak pun dapat menebus pengorbanan orang Melayu yang ratusan tahun dijajah, juga sebagai tuan punya negara ini.
Allah SWT mengurniakan setiap bangsa ini kawasan untuk mereka diami. Bangsa Eropah ada wilayah tempat kehidupan mereka, bangsa Arab ada kawasan mereka, kaum Negro Afrika juga ada wilayah mereka, bangsa China, Jepun dan India ada wilayah mereka.

Begitu juga dengan bangsa lain, semuanya ada wilayah yang dikurniakan Allah SWT untuk mereka hidup. Begitu juga bangsa Melayu diberikan bumi yang asalnya bernama Tanah Melayu lalu ditukar kepada Malaysia (1963), tetapi bangsa Melayu ini sedia menerima orang lain hidup bersama mereka.

Orang Melayu tidak tamak dan tidak pernah merampas harta orang lain, tetapi hari ini ketuanan Melayu dan hak keistimewaan mereka sudah berani dipertikai dan diperlekeh.

Kontrak sosial sudah mula menjadi sasaran kritikan. Kemajuan Melayu yang mula dikecapi sudah mula dicemburui dan dipersoalkan sedangkan mereka sudah jauh lebih maju dan menguasai hampir segenap kehidupan di bumi Malaysia ini.

Mereka mendakwa hidup di bumi Malaysia sebagai warga kelas kedua, sedangkan sebahagian besar ‘kek ekonomi’ negara dikuasai orang lain. Rumah kedai, taman perumahan dan pelbagai bentuk perniagaan dikuasai mereka.

Yang menjadi kelas kedua pada hakikatnya ialah orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan memberikan sedikit keistimewaan kepada bangsa Melayu juga dikritik sedangkan menerusi dasar ini mereka turut membina kekayaan dan kemewahan.

Tidak dapat dinafikan banyak kelemahan orang Melayu yang menyebabkan mereka gagal dalam mencapai sasaran DEB, tetapi apa masalahnya dengan mereka yang mempersoalkan orang Melayu yang kononnya mendiskriminasikan mereka menerusi DEB. Sekali lagi, mereka berpura-pura membuat heboh dan kalut dalam hal ini.

Pengorbanan, toleransi dan kemuliaan hati orang Melayu kurang dihargai. Kita ingin bertanya kepada golongan ini apakah toleransi dan kemuliaan hati mereka yang diberikan kepada bangsa Melayu?

Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang menyakitkan hati orang Melayu mula dibangkitkan mereka. Begitu juga, dalam soal sejarah negara sudah mula kedengaran suara mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu seolah-olah mahu menghilangkan ketulenan sejarah bangsa Melayu daripada lipatan sejarah tanah air.

Orang Melayu harus sedar perjuangan Umno untuk mengangkat ‘karamah’ (kemuliaan) dan martabat bangsa Melayu adalah fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Umno sudah berusaha memenuhi tanggungjawab menegakkan ‘ketuanan Melayu’ melalui kedudukannya sebagai parti tonggak dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memastikan segala dasar pembangunan negara mengambil kira kepentingan dan kemajuan bangsa Melayu.

Sebagai parti ‘keramat’ untuk bangsa Melayu, Umno memiliki nilai dan kehebatan yang dapat dibanggakan, Justeru, wajar sekali Umno dilihat sebagai warisan bangsa Melayu. Namun, pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini, Umno dihukum oleh bangsanya sendiri. Kita yakin hukuman ini bersifat sementara untuk membawa Umno balik ke landasan perjuangannya yang sebenar.

Di bawah kibaran bendera ‘Sang Saka Bangsa’, Umno masih diyakini untuk terus memantapkan ‘ketuanan Melayu’. Sejak kelahirannya, penghayatan terhadap konsep dan falsafah ‘ketuanan Melayu’ benar-benar mendorong Umno menyusun gerak kerjanya untuk mengisi agenda perjuangan bangsa.

Parti komponen dapat menerima konsep dan falsafah ketuanan Melayu itu. Fakta sejarah jelas meletakkan Melayu adalah ‘the definitive race’ dalam konteks bangsa induk (bangsa peribumi). Ingatlah, atas faktor warisan dan hak inilah, maka Malayan Union (1946) yang cuba merungkai hak dan warisan orang Melayu, ditentang habis-habisan oleh orang Melayu.

Perpaduan bangsa sebagai satu keutamaan perlu dimantapkan bukan saja di kalangan ahli Umno, bahkan seluruh bangsa Melayu di negara ini. Umno dan Pas sebagai dua parti politik terbesar orang Melayu perlu kembali bermuzakarah dan masing-masing perlu ada sikap berlapang dada (tasamuh) dalam mencari titik persamaan.

Umno perlu menerima realiti ia kini mula ditolak oleh orang Melayu dan tidak boleh terus berlagak sombong. Orang Melayu sewajarnya melihat penghakisan kuasa politik Melayu adalah malapetaka yang mampu menghancurkan bangsa Melayu.

Perpecahan akan menyebabkan bangsa Melayu terus dilemahkan oleh golongan tertentu yang menunggu peluang untuk berkuasa. Mereka sangat sabar menanti saat yang membolehkan mereka membina sejarah baru yang terpisah daripada akar umbi warisan dan budaya Melayu.

Inilah yang berlaku ke atas Singapura, dengan sejarahnya sudah diolah mengikut kehendak parti PAP yang masih dibayangi Lee Kuan Yew.

Umno mesti segera menyelesaikan isu kepemimpinan yang berbangkit di dalam parti yang sudah banyak berbakti kepada bangsanya. Pelbagai penyakit yang melanda Umno seperti perebutan kuasa, politik adu domba, fitnah memfitnah dan politik wang perlu ditangani dengan berkesan.

Umno juga harus membetulkan arah perjuangan golongan mudanya yang dilihat semakin lari daripada landasan perjuangan Umno yang sebenar, iaitu untuk agama, bangsa dan tanah air.

Umno mesti kembali memberikan perhatian kepada nasib bangsanya yang kini dihimpit pelbagai tekanan hidup disebabkan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini penting diberi perhatian oleh Umno supaya orang Melayu kembali menyokongnya.

Umno tidak boleh asyik berbangga dengan angka pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sedangkan orang Melayu tidak menikmatinya dalam erti kata sebenar.

Kesimpulannya, orang Melayu mesti kekal mewarisi negeri dan hak serta warisan asal mereka. Melayu mesti kembali menjadi bangsa dominan dalam politik dan pemerintahan negara. Seluruh orang Melayu harus kembali menilai kedudukan mereka, khususnya masa depan politik orang Melayu.

Penulis ialah Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Syor papan tanda turut guna bahasa Mandarin, Tamil



Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

Utusan Malaysia sabtu 28.06.2008

BUKIT MERTAJAM 27 Jun - Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi hari ini mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu.

Ketika mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini, beliau berkata, perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini.

"Papan-papan tanda menggunakan bahasa Mandarin ini juga penting untuk memudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam," katanya.

Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Artikel 152 Perlembagaan dengan jelas menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, saya fikir dalam konteks (papan tanda) ini adalah selaras dengan peruntukan itu," jelasnya.

Seang Hooi yang juga bekas guru Bahasa Melayu kemudiannya mencelah dengan menegaskan, perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa penggunaan bahasa-bahasa lain juga digalakkan sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, cadangan itu bukan sesuatu yang ganjil untuk dilaksanakan memandangkan ia sudah dilakukan di sebuah bandar di Sarawak.

Mendengar kenyataan Seang Hooi itu, Farizan berkata, pihaknya akan mengajukan cadangan itu kepada kerajaan negeri terlebih dahulu untuk perbincangan lanjut.

Ketika ini, seorang lagi Ahli Majlis MPSP, Oon Neow Soon yang menyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut, bangkit dan meminta Farizan menjelaskan secara terperinci bila perkara itu akan diajukan kepada kerajaan negeri.

Farizan kemudiannya memberi jaminan bahawa cadangan itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bulan depan.

Thursday, June 26, 2008

Gambar: Lambang Syaitan




RAMAI SEDIA MAKLUM LAMBANG YANG DIBULATKAN DI ATAS ADALAH LAMBANG BAGI SYAITAN DAN SERING DIKAITKAN DENGAN BLACK METAL DAN SEBAGAINYA.

YANG MENJADI HAIRAN LAGI AJAIB, LAMBANG ITU DIGUNA OLEH MASYARAKAT ISLAM TEMPATAN TANPA SEBARANG RASA MALU DAN RAGU..KENAPA SENARIO INI TERJADI...

Cerita kelakar; BURUNG LELAKI OTAI

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain.......

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi di cuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

cerita lawak khas ditujukan kepada otai

posted by Wan Mohd Muzri

Nukilan : PERANGKAP TIKUS


PERANGKAP TIKUS


Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya, saat membuka sebuah bungkusan. Ada makanan pikirnya? Tapi, dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!"

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengais-ngais tanah,mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tidak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku sakit kepalalah mendengarkan pekekkan mu itu."

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing. Katanya, "Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di rumah!"

"Wah, aku menyesal dengar perkhabaran ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "Tetapi tak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa-doaku!" kata si kambing dengan nada yang sinis.

Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. "Oh? sebuah perangkap tikus? Jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa, berleleran air liur.

Jadi tikus itu kembalilah ke rumah, dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri.

Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsa. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit.

Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh menggigil, demam. Dan, sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itu pun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, mencari ayam untuk bahan supnya.

Tapi, bisa itu sungguh jahat, si isteri masih belum sembuh. Banyak jiran dan tetangganya yang datang mengunjunginya, dan tamu pun tidak putus-putus ke rumahnya.Ia pun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa, kambing di kandang dia dijadikan gulai.

Tapi, itu tak cukup untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Si isteri mati, dan beratus-ratus orang datang untuk mengurus pemakaman, juga selamatan. Tak ada cara lain, lembu di kandang pun dijadikan habuan, untuk ratusan pelawat.

Kawan, apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahwa apabila ada "perangkap tikus" di dalam rumah, seluruh "ladang pertanian" ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya.
Copy/Paste Dari: FOWARD E-MAIL

RAJA Dr. NAZRIN SHAH - Melayu Perlu Kuat



MELAYU PERLU KUAT - Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri – RAJA Dr.NAZRIN SHAH

Oleh ABDUL RAZAK DIN (http://www.utusan.com.my/)

KUALA KANGSAR 21 Jun – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas.

Titah baginda, adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2008 di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Titah baginda, bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah, malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu.

Baginda bertitah, MCKK menjadi kampung cerdik pandai Melayu yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik.
‘‘Di sinilah asuhan, di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun.

“Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap, dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya dan negara.

‘‘Bisikkan kepada mereka akan petua orang- orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

‘‘Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah.

‘‘Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja,’’ titahnya.

Raja Nazrin bertitah, untuk itu, negara perlu melihat kedudukan MCKK daripada kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan mana-mana institusi pendidikan lain.

Titah baginda, berasaskan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK daripada segi bentuk, tenaga pengajar, kurikulum dan kokurikulum harus mempunyai keunikan.

‘‘MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini.

‘‘Beta insaf betapa pentingnya kualiti, betapa mustahaknya taraf pendidikan di kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan.

‘‘Dan keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan,’’ titah baginda.


KEMBALIKAN ASAS PERJUANGAN
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN


KUALA LUMPUR 22 Jun - Orang Melayu diingatkan supaya kembali kepada asas perjuangan yang berlandaskan agama, bangsa dan tanah air.

Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, jika pegangan itu dilupakan, orang Melayu akan mudah jatuh dan lemah di negara sendiri.

''Kelemahan yang ditunjukkan ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada sesiapa sahaja dari dalam atau luar negara untuk mempersenda dan mempergunakan kita,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam, yang tidak mahu melihat bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Zainal Abidin berkata, kebanyakan perjuangan orang Melayu sekarang lebih bersifat peribadi dan mementingkan diri sendiri didorong oleh kepercayaan politik yang berbeza.

Katanya, ramai orang Melayu belum mempunyai kematangan berfikir dalam politik dan perjuangan menyebabkan mereka lebih mementingkan ketaksuban kepada pemimpin dan bukannya untuk membela nasib bangsa.

''Saya tidak menafikan memang perlu mempunyai perbezaan ideologi politik tapi itu hanyalah untuk tempoh dua minggu ketika kempen pilihan raya sahaja dan selepas tempoh itu, kita perlulah rapatkan semula barisan,'' jelasnya.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin mengalu-alukan titah Raja Nazrin itu dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya.

Katanya, orang Melayu sekarang tidak mempunyai kesedaran untuk bersatu kerana tidak pernah menempuh detik-detik perpecahan suatu masa dahulu.

Menurut beliau, pemimpin-pemimpin Melayu juga perlu berfikir dan bertindak sebagai ketua yang baik agar dapat menjadi contoh kepada generasi muda.


JANGAN JADI SI TANGGANG - Surat 1

SAYA amat tertarik dan terharu membaca titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerusi muka depan akhbar Mingguan Malaysia siaran 22 Jun 2008.

Saya baca berulang-ulang kali, pada fikiran saya titah baginda sarat dengan nasihat yang paling berguna kepada bangsa Melayu.

Titah tersebut mencakupi pelbagai hal yang wajar diikuti orang-orang Melayu jika mereka mahu menjadi kuat. Sejak akhir-akhir ini ramai orang Melayu yang lupa diri di dalam banyak hal.

Tidak payahlah saya mengulangi kata-kata Raja Nazrin. Tetapi yang penting Melayu jangan jadi Si Tanggang, baru jadi nakhoda sudah lupa ibunya yang terperuk di hulu kampung.

Contohnya mereka melupakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi ruang dan peluang kepada mereka bangun daripada kancah lingkaran ganas kemiskinan.

Dulu hidup mereka ‘haprak’ (meminjam bahasa Dr. Mahathir Mohamad) tetapi setelah berjaya menongkat menara ganding dan memegang jawatan tinggi, DEB dikatakan tidak berguna dan mesti dihapuskan.

Malah mereka bersatu dengan orang yang menganut falsafah ‘Malaysian Malaysia’ untuk menguburkan DEB. Inilah yang pernah Dr. Mahathir sebut, orang Melayu yang mudah lupa.

Ada yang bongkak walaupun kejayaan belum setinggi mana, hidung lebih tinggi daripada pucuk kelapa.

Mereka berkata, kejayaan mereka atas usaha sendiri bukan pertolongan daripada kerajaan. Sedangkan kerajaan telah menyediakan ruang, peluang dan suasana yang baik untuk mereka meningkat maju.

Fenomena kesombongan ini dapat kita lihat kepada golongan usia pertengahan Melayu yang menidakkan jasa-jasa kerajaan malah sanggup bersekongkol menjatuhkan kerajaan yang paling berjasa kepada rakyat.

Titah baginda juga menyebut, jangan mudah bermusuh dengan kawan dan jangan mudah berbaik dengan lawan.

Ini dapat kita lihat apabila Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang sanggup berdakap dengan DAP walaupun pemimpin DAP sampai bila pun tidak akan menerima konsep negara Islam.

Tetapi kerana seronok mendapat jawatan-jawatan penting, prinsip Pas sudah menjadi debu yang berterbangan ditiup angin.

Titah Raja Muda Perak amat berkesan di hati. Semoga ia dapat memberi peringatan kepada kita semua agar jangan lekas lupa diri, sombong dan bongkak terutama kepada anak bangsa sendiri.

Kalau diberi amanah memerintah, maka berhati-hatilah. Jangan membuang bangsa sendiri.

DR. GUNAWAN MAHMOOD
Kuala Lumpur

Thursday, June 12, 2008

Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal



Monday, June 09, 2008

“Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal”

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.

posted by A KADIR JASIN | 6:01 AM | 120 comments

Elaun Keraian PM, TPM, Jemaah Menteri dipotong




Rebat dibayar mulai Sabtu
Petikan dari berita harian selasa 10.06.2008
Oleh Abdul Razak Raaff


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Elaun keraian PM, TPM, jemaah menteri dipotong 10 peratus ringan beban rakyat

PUTRAJAYA: Pembayaran rebat kepada pemilik kenderaan persendirian yang dijadual bermula 1 Julai, akan mula dibayar Sabtu ini bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak.

Mesyuarat Majlis Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam, turut memutuskan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri, dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini.

Selain itu, cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini boleh dinikmati untuk ke sebarang destinasi, kini dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan rantau Asean saja dengan tempoh tidak melebihi seminggu.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggar memperoleh penjimatan tambahan RM2 bilion menerusi pengurangan perbelanjaan awam, termasuk pemotongan elaun keraian jemaah menteri.

Beliau berkata, penjimatan itu akan digunakan bagi menyalurkan semula kepada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.



Abdullah berkata, Perbendaharaan akan menyelaraskan butiran mengenai jumlah pengurangan elaun berkenaan dan tindakan bagi melaksanakannya dengan Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, Perbendaharaan juga mengeluarkan pekeliling mengenai cara pengurangan perbelanjaan, terutama berkaitan perjalanan luar negara, penggunaan hotel untuk sebarang majlis serta menangguhkan perbelanjaan yang masih dalam perancangan.

Mengenai bayaran rebat kepada pemilik kenderaan persendirian, Perdana Menteri berkata, pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini boleh mendapatkan bayaran berkenaan di pejabat pos mulai Sabtu ini.

Beliau berkata, maklumat terperinci mengenai prosedur berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Minggu lalu, Abdullah mengumumkan pemilik kenderaan berkuasa 2,000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2,500 cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun, manakala pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah akan dibayar RM150 setahun.

Abdullah berkata, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menambah kuota diesel yang boleh dibeli dengan kemudahan kad fleet untuk pengusaha pengangkutan awam.

Di samping itu, katanya, senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi itu akan diperluaskan meliputi bas pekerja dan teksi menggunakan petrol.

"Namun, kita belum memutuskan jumlah kuota diesel yang akan ditambah supaya tambang bagi pengangkutan awam dapat dikekalkan," katanya.

Abdullah berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menaikkan elaun bagi menambah baik liputan jaringan jaminan sosial.

Katanya, treshold pendapatan akan ditingkatkan supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada elaun berkenaan dan maklumat terperinci mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa seminggu.

Pada sidang media itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, Tahun 2008 yang ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan diedarkan semalam, yang menyenaraikan beberapa langkah penjimatan, iaitu:
• Membekukan pewujudan jawatan baru kecuali jawatan tertentu dan kritikal termasuk yang terbabit secara langsung di bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan.
• Melarang penyusunan semula organisasi kementerian, jabatan, badan berkanun kecuali bagi memperkemaskan struktur organisasi tanpa membabitkan jawatan baru atau mengurangkan bilangan tenaga kerja.
• Mengehadkan tugas rasmi ke luar negara kepada persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting dan bilangan pegawai pula tidak lebih tiga orang dengan seorang menteri boleh membawa tiga pegawai kementerian ketika tugas rasmi di luar negara, manakala timbalan menteri cuma boleh membawa dua pegawai.
• Ketua Setiausaha tidak dibenarkan menyertai bersama dalam rombongan menteri untuk tugas rasmi di luar negara, kecuali mesyuarat berjadual.
• Penggunaan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi mesyuarat persidangan, seminar dan bengkel antarabangsa manakala semua kursus, latihan dan bengkel yang dianjurkan dihadkan dan diadakan dengan menggunakan kemudahan sedia ada.
• Sewa ruang pejabat baru, tambahan, perpindahan pejabat ke bangunan lain dan membuat pengubahsuaian pejabat sedia ada tidak dibenarkan.
• Sebarang perbelanjaan bagi pembelian aset termasuk kereta, perabot, komputer dan pelbagai kelengkapan pejabat lain yang belum komited hendaklah ditangguhkan manakala pembelian bahan percetakan dan alat tulis dikurangkan.
• Bagi aset sedia ada, kerja penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan secara optimum supaya dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan dalam tempoh jangka masa akan datang.
• Majlis dan upacara keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan, mesyuarat, penyampaian hadiah, perasmian bengkel, kursus hendaklah dihadkan dan jika perlu dibuat pada tahap sederhana dan tidak membabitkan perbelanjaan besar, dan
• Bekalan pakaian bagi majlis dan upacara pelancaran tidak dibenarkan dan pemberian cenderamata tidak digalakkan tetapi jika perlu dihadkan kepada buku, kraftangan dan produk makanan tempatan.

Perdana Menteri berkata, langkah penjimatan perbelanjaan awam itu dibuat berikutan peningkatan kos akibat kenaikan harga bahan api.

"Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini," katanya.

Harga petrol mencecah AS$138 setong di pasaran dunia dan memaksa kerajaan mengstruktur semula subsidi minyak, menjadikan harga runcit petrol kini RM2.70 seliter, naik 78 sen berkuat kuasa, Khamis lalu.
Cetak artikel | Hantar pada kawan

Tuesday, June 10, 2008

Segamat: Buloh Kasap bagai 'pekan mati'


KEKAL: Papan tanda lama masih digunakan di jalan masuk ke pekan Buloh Kasap.



TERBIAR: Jambatan lama Buloh Kasap yang rosak ketika Perang Dunia Kedua jadi tinggalan sejarah.


LENGANG: Pekan Buloh Kasap kini seperti pekan mati.



Johor: Buloh Kasap bagai 'pekan mati' petikan dari berita harian isnin 09.06.2008
Oleh Paiman Selamat



Kebanyakan penduduk berhijrah cari peluang pekerjaan sesuai, beberapa premis perniagaan terpaksa gulung tikar

SEGAMAT: Pekan Buloh Kasap, di sini seperti sebuah 'pekan mati' apabila kebanyakan penduduknya terpaksa berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan sesuai dan mencari kehidupan yang lebih baik.

Bahkan, pelbagai kemudahan seperti perbankan turut tidak mencukupi selain banyak premis perniagaan terutama kedai makan terpaksa sekadar bertahan manakalanya sebahagiannya mengambil keputusan 'gulung tikar' kerana mencatat kerugian.

Setakat ini, dua kilang iaitu kilang papan lapis dan sebuah kilang elektronik, Mitsumi, kedua-duanya di kawasan Buloh Kasap sudah menghentikan operasinya menyebabkan beratus-ratus penduduk Buloh Kasap dan sekitarnya terpaksa berhenti kerja.

Kilang papan lapis di tepi sungai Buloh Kasap sudah tidak beroperasi sejak dua tahun lalu manakala kilang Mitsumi di Taman Yayasan juga di Buloh Kasap, kini dalam proses penutupan menyebabkan orang ramai terpaksa berhenti kerja dan sesetengahnya mencari pekerjaan di merata tempat.

Malah, daripada kira-kira 3,000 penduduk Buloh Kasap, ada yang terpaksa berpindah ke daerah lain bersama keluarga untuk mencari kehidupan lebih baik.


Difahamkan, selain masalah pengurusan, antara punca utama kilang papan lapis terbabit terpaksa menghentikan operasi di kawasan itu kerana lokasi kilang yang tidak lagi sesuai dan sering ditenggelami banjir.

Seorang penduduk, Marmin Abdullah, 63, berkata keseluruhan penduduk mencadangkan peranan kedua-dua kilang itu diganti oleh beberapa kilang lain yang mengeluarkan produk berbeza untuk menarik orang ramai kembali ke kawasan berkenaan.

"Selain untuk merancakkan ekonomi di pekan ini kembali, ia boleh memberi peluang kepada penduduk mendapat pekerjaan dan menarik pelabur luar melabur ke daerah ini," katanya.

Marmin berkata, beliau juga mencadangkan supaya pejabat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) membuka cawangannya di Taman Yayasan dalam kawasan Buloh Kasap bagi memudahkan penduduk setempat berurusan.


Katanya, ketika ini, hanya sebuah wakil pos menjalankan perkhidmatan di kawasan berkenaan dan ia tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan Buloh Kasap dan Taman Yayasan yang ramai.

"Selain itu, ketiadaan cawangan BSN di pekan ini menyukarkan kebanyakan pekerja kilang yang biasanya menerima gaji melalui akaun bank berkenaan sehingga terpaksa ke Segamat untuk membuat pengeluaran wang," katanya.

Sementara itu, Mohd Sanid Mohd Zain, 50, berkata selama ini penduduk Buloh Kasap dan Taman Yayasan membayar cukai pintu di Majlis Daerah Segamat (MDS) yang terletak di bandar Segamat, tetapi sejak lima tahun lalu MDS menyediakan kemudahan kaunter sementara di Dewan Raya Buloh Kasap.

"Hanya urusan membayar denda kerana kesalahan meletak kenderaan atau tidak meletak kupon meletak kenderaan perlu membayarnya di MDS," katanya.

Ketua Whip MDS yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Segamat, Zakaria Auda, berkata cadangan membuka kilang di kawasan Buloh Kasap itu disokong kerana memberi faedah penduduk setempat selain menarik orang ramai ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata, contohnya jika kilang Mitsumi menjalankan operasinya semula, ia bukan saja menyediakan pekerjaan kepada penduduk malah menarik pelabur ke daerah ini dan membantu peniaga terutama mereka yang berniaga di gerai makan MDS berhampiran kilang berkenaan.

"Saya juga menyokong desakan penduduk supaya Pejabat Pos dan BSN diwujudkan di Taman Yayasan kerana wakil pos di Buloh Kasap hanyalah cawangan yang kecil sehingga menimbulkan banyak kesulitan kepada pelanggan," katanya.

Bagaimanapun, kemudahan lain di Buloh Kasap tidak banyak ketinggalan dengan kawasan lain seperti mempunyai balai polis, masjid, sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah agama, pasar awam dan wakil pos.

Seorang lagi penduduk Mohd Yazid Mohd Noor, 43, pula berharap kerajaan negeri dapat menyediakan kemudahan padang bola sepak di kawasan itu untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas melalui kegiatan sukan berkenaan.

Katanya, akibatnya, peminat bola sepak di sekitar Buloh Kasap tidak berpeluang bermain bola kerana ketiadaan kemudahan itu berbanding sukan lain seperti bola keranjang yang mempunyai gelanggang untuk sukan berkenaan.

"Penduduk berharap pihak tertentu termasuk wakil rakyat di peringkat Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap supaya memikirkan masalah ini bersungguh-sungguh disamping berusaha mencari lokasi sesuai untuk membina padang bola sepak," katanya.

Melayu Di Persimpangan


Saturday, May 31, 2008
Melayu Di Persimpangan dari http://www.drkhir.com/

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Rentetan perbahasan awal saya mengenai Ketuanan Melayu dan Ketuanan rakyat dalam tulisan yang lalu, kini timbul satu lagi persoalan di kalangan orang Melayu.

Melayu kini berada di persimpangan antara kelompok yang ingin terus kekal sebagai satu bangsa Melayu yang moderate (sederhana) seperti UMNO hari ini, dengan kelompok liberal yang mahu menukar segala kepentingan Melayu atas prinsip kesamarataan. Malah terdapat satu kumpulan Melayu lagi yang mahu kembali ke sifat ultranya yang tidak mahu bertolak ansur terhadap sebarang keadaan yang membabitkan kepentingan orang Melayu.

Elok difahami apakah makna ultra, moderate dan liberal ini.

Ultra ini merujuk kepada kumpulan eksterim yang melihat kepentingan bangsa atau puaknya semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan bangsa atau kaum lain. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja tindakan demi menjaga kepentingan kaumnya tanpa mempedulikan kesan dan akibat tindakan tersebut.

Manakala moderate merujuk kepada kumpulan yang bersederhana dalam setiap tindakan. Melihat keadilan sebagai matlamat utama tanpa menjejaskan kepentingan bangsanya. Sentiasa melihat kepentingan pelbagai bangsa atau kaum tanpa menjejaskan kepentingan puaknya.

Puak Liberal pula pihak yang sentiasa terbuka kepada pelbagai pendapat dan tidak meletakkan bangsanya sebagai agenda. Sebaliknya hanya memperjuangkan kesamarataan dan logik akal semata.

Dilema ini bukan sahaja di kalangan orang Melayu dalam UMNO malah juga Pas. Hari ini kita melihat Pas telah berubah dari sebuah parti ultra Islam kepada sebuah parti liberal Islam.

Dari sebuah parti yang mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjsama dengan bukan Islam, yang menolak IFC, menolak murtad kepada parti yang bersengkongkol dengan DAP dan sanggup menurut telunjuk DAP. Pas yang dulunya ingin menutup pusat arak, judi dan maksiat kepada sebuah parti yang membenarkan pusat-pusat tersebut beroperasi. Malah Dr. Hasan Ali sudah mendakwa dalam DUN Selangor, bahawa Pas hari ini memperjuangkan kesamarataan antara agama.

Boleh dikatakan Pas hari ini sudah menjadi sebuah parti Islam liberal yang telah menguburkan segala prinsip perjuangan negara Islamnya.

PKR pula ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas asas untuk menarik mereka yang tidak setuju dengan Pas dan UMNO. Bolehlah dikatakan bahawa parti ini parti oportunis liberal. Mereka hanya menarik sesiapa sahaja orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan Pas tanpa apa-apa agenda khusus untuk orang Melayu.

Parti ini juga bolehlah dikatakan menggunakan pendekatan popular untuk menarik sokongan hingga menyebabkan ia tidak mempunyai prinsip perjuangan yang jelas. Parti seperti ini tidak akan dapat bertahan lama dalam negara kita. Datuk Onn Jaafar telah mencuba pendekatan Anwar melalui IMP dan akhirnya gagal bertahan lama.

Persimpangan terbesar orang Melayu pastinya di dalam UMNO.

Kelompok pertama ingin UMNO terus kekal sebagai sebuah parti yang moderate memperjuangkan hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan Sultan Melayu dikekalkan dalam status quo sedia ada. Bagi kumpulan ini keadilan mengakari perjuangannya, iaitu meletakkan yang hak ditempatnya terutama yang membabitkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Manakala kumpulan kedua melihat UMNO perlu berubah dengan lebih terbuka melepaskan beberapa kepentingan Melayu demi mendapat sokongan yang lebih banyak dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun teori menjadi liberal ini akan membantu menarik kembali sokongan belum ada bukti sahih, namun sudah terdapat pemimpin UMNO yang mempercayainya. Suara-suara mendesak liberalisasi dalam UMNO sudah kedengaran.

Seperti biasa bila wujud suara liberal akan muncul kumpulan ektremis atau ultra. Kumpulan ini sudah menuntut lebih banyak hak orang Melayu dikembalikan semula. Sudah ada suara mahu bahasa Malaysia kembali ditukar kepada bahasa Melayu, sistem kuota di universiti di kembalikan. Malahan ada juga yang sudah mendesak kerajaan turut mengkaji mewujudkan sistem kuota pekerja mengikut peratusan kaum di syarikat swasta,

Pada hemat saya, orang Melayu perlu mengekalkan suara moderate atau sederhana seperti UMNO hari ini. Melayu yang ultra bukan sahaja tidak membantu perkembangan kemajuan negara, malah akan terus melemahkan kuasa Melayu. Ini kerana ramai golongan terpelajar Melayu sendiri tampaknya tidak lagi menerima idea-idea eksterim ini.

Manakala idea Melayu liberal yang terbuka ini sungguhpun tampak idealis tetapi tidak akan mendatangkan keadilan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita.

Ketika Melayu menjadi liberal, saya percaya akan muncul kumpulan-kumpulan ultra bangsa lain seperti Hindraf dan Dong Jia Zhong. Mereka mahukan orang Melayu menjadi liberal tetapi mereka sendiri bergerak ke arah ultra.

Hindraf misalnya memperjuangkan kedudukan kaum India sehingga memfitnah orang melayu melakukan penghapusan etnik. Manakala Dong Jia Zhong pula menolak usaha kerajaan mewujudkan Sekolah Wawasan. Apakah tindakan dua kumpulan ini bukan bercorak ultra? Apakah kemenangan DAP bukan merupakan kemenangan berunsur perjuangan ultra Cina?

Jika Melayu menjadi liberal saya percaya banyak lagi kepentingan Melayu akan dikorbankan. Apakah hanya kerana mahu menang dalam pilihan raya maka kita mahu memperjudikan nasib anak bangsa kita akan datang?

Liberal memperjuangkan kesamarataan. Kesamarataan bukan keadilan. Kesamarataan hanyalah agenda kapitalis yang tidak berhati perut yang mahu melihat yang lemah terus tertinggal dan yang kuat terus menguasai yang lemah. Mereka juga menyokong idea tiada perbezaan antara agama yang bertentangan dengan akidah orang Islam; yang jelas memperkatakan bahawa Islam adalah agama tauhid yang mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah s.w.t.

Islam sebenarnya menolak kesamarataan tetapi menegakkan keadilan, yang mana meletakkan agama Islam di tempat yang tinggi dengan membenarkan agama lain dianuti oleh umat lain.

Inilah asas perjuangan orang Melayu yang moderate. Kami hanya mahu memastikan keadilan dilaksana dan terlaksana. Keadilan di sini ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi sesuatu kepada yang berhak.

Misalnya keadilan dalam konteks Malaysia ialah mengekalkan hak-hak orang Melayu, agama Islam, Sultan Melayu dan Bahasa Melayu seperti yang dipersetujui semasa kemerdekaan.

Dalam masa yang sama, Melayu moderate akan memastikan hak-hak orang bukan Melayu yang janji akan terus kekal. Ini termasuk memperakui kewarganegaraan mereka, hak mereka untuk mengundi, berniaga, mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing.

Bagi saya UMNO mesti kekal di landasan moderate yang berjuang menegakkan keadilan, menolak kesamarataan kerana jika UMNO berubah kepada lebih liberal, saya bimbang kaum lain tidak akan berbuat perkara yang sama dan akhirnya UMNO akan dilihat lebih banyak memberi apa yang orang Melayu miliki kepada bangsa lain.

Bagi saya, bangsa lain juga perlu mengorbankan kepentingan kaumnya bukan sahaja UMNO. Jika perpaduan nasional dan juga kesamarataan menjadi pilihan, bangsa lain perlu sanggup mengorbankan sistem pendidikan mereka seperti yang berlaku di negara Singapura. Jika tidak tiada sebab mengapa UMNO harus bergerak daripada moderate kepada perjuangan yang lebih liberal.

Kesilapan memilih jalan di tiga persimpangan ini akan menyebabkan UMNO tidak akan relevan kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Politik perkauman tidak akan dapat dileraikan dalam negara berbilang kaum yang mengamalkan perbezaan agama, budaya dan bahasa. Yang pentingnya bagaimana kita mencari persamaan di celah-celah perbezaan. Kerana persamaan itu akan membuahkan hasil ke arah pembentukan negara bangsa maju.

Jangan sampai UMNO berkorban dan terkorban kerana hanya memenuhi tuntutan bangsa lain. Takut nanti jadi seperti habis madu sepah dibuang; yang dikejar hilang entah di mana, yang dikendong bertaburan dipungut orang.
Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Saturday, May 31, 2008 204 comments