Tuesday, August 10, 2010

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini.


Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modAl kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral

Laporan The Star:

Tuesday August 10, 2010
Don’t use my name for politics, says Johor Ruler


KOTA TINGGI: Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has warned politicians not to use his name for their own personal gain.

“Do not drag me into politics” he said, adding that such action was rude and offensive.

Sultan Ibrahim pointed out that he had been following the news, especially in the state.

“In Batu Pahat, a politician had tried to create problems among the people by using my face in a banner,” he said during the closing ceremony of Kembara Mahkota Johor at Padang Majlis Perbandaran Kota Tinggi here yesterday.

He added that politicians should not use the influence of Rulers for their personal agenda and the police should investigate the issue.

Sultan Ibrahim also urged the people not to be swayed by the actions of such politicians.

On another matter Sultan Ibrahim reminded government officials to serve the people diligently.

“I would like to remind government officials to serve the people with integrity.

“Do not do things solely for your own benefit,” he said.

He also reminded enforcement officials to uphold justice as it was their responsibility to do so.

“Do not adopt a double standard when carrying out your enforcement duties as anyone who breaks the law must face the consequences,” he said.

******************************

Kebiadapan Chua menggunakan peluang platform politik sebagai pentas untuk ‘menghasut’ rakyat agar ‘bangkit’ dengan ‘memperkudakan emosi’ kunun kununya Tuanku Sultan Johor terpengaruh dengan pemimpin UMNO untuk ‘menghukum’ beliau dan menarik balik darjah kebesaran dan merayu untuk memberikan kuasa kepada PKR juga wajar disiasat bawah Akta Hasutan.

Dikhabarkan darjah kebesaran anugerah Tuanku Sultan Johor keatas Chua semasa beliau menjawat Menteri Kabinet, MP BN untuk Bakri dan Naib Presiden MCA adalah akibat tindakan beliau yang cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor, dalam proses perebutan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti 2008. Beliau dikatakan mengunakan pengaruh beliau sebagai pemimpin kanan MCA Johor untuk ‘mempengaruhi’ Istana dengan menafikan darjah anugerah kepada masyarakat Cina, kerana dikatakan mereka yang tersenarai ini tidak memihak kepada beliau dalam perebutan jawatan Presiden MCA itu.

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Chua menyertai PKR kerana kecewa dalam MCA adalah amat tepat kerana PKR merupakan ‘himpunan politikus kecewa dan terdesak’, yang diketuai Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Beliau juga kini menurut rasmi Anwar dan Anwarista dengan memanipulasikan fakta dan keadaaan, berbohong dan tergamak memperkudakan nama baik Tuanku Sultan sebagai gimik kempen semata mata untuk meraih perhatian rakyat, disamping dengan menyelitkan mesej berbaur hasutan dan politik kebencian.

Titah Tuanku Sultan Johor agar rakyat “Tidak terpedaya dengan hasutan golongan ini (PKR)” merupakan ingatan tepat untuk amaran agar golongan yang memperkudakan emosi rakyat dengan politik kebencian dan mesej berbaur hasutan sebagai modal untuk meraih kuasa, dalam kekeliruan dan ‘menangguk di air keruh’.

Tuanku Sultan Johor melibatkan diri dengan sukan air antara remaja semasa program Mahkota Kembara Johor

Baginda merupakan seorang Raja Melayu yang amat perihatin dengan rakyat dan rakyat Johor amat kagum dan sayang kepada baginda. Ini amat jelas dengan penglibatan baginda dengan program tahunan Kembara Mahkota Johor sebagao acara tahunan baginda mendekati rakyat Johor diseluruh pelusuk negeri, tanpa pengecualian mana mana daerah dan keturunan etnik, termasuk masyarakat orang asli.

Sudah tiba masa undang undang dilaksana sebagaimana diperuntukan, demi menjaga kepentingan negara dari usaha untuk membawa rakyat kepada kancah yang mengancam keselamatan negara, demi meraih sedikit populariti dengan perjuangan politik sempit dan mencabar kepentingan majoriti.
KEBIADAPAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJAR DITIMBANG-TARA! AMARAN KERAS: JANGAN BERMAIN DENGAN API!

*Perkembangan dikemas kini 845am

(sumber;http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/10/sultan-ibrahim-jangan-jadi-bodoh-dan-terpedaya-dengan-pkr/)

Monday, August 9, 2010

SIAPA YANG MENGUASAI INDUSTRI HALAL MALAYSIA..?

SIAPA YANG MENGUASAI INDUSTRI HALAL MALAYSIA..?

Salam dan marhaban,

Pengguna produk Halal di Malaysia adalah sebanyak 60% dari penduduk Malaysia.Pendapatan daripada produk Halal sahaja adalah sekitar RM 1 billion setahun!...Sumber:Buletin Utama TV3 6.5.2008.

PAU AHMAD DAN MEE SEGERA BISMI



Ramai yang dah tahu..pau ahmad bukan buatan muslim.Dulu masa pau ahmad mula-mula keluar di pasaran, kita berkhayal seseorang bernama Pakcik Ahmad yang telah berjaya dalam bidang perniagaan sehinggakan pau dia terpasar di seluruh Malaysia.Kita pun banggalah ada usahawan Muslim yang berjaya dengan produk makanan yang diyakini halal.Lepas itu dengar desas-desus, pau Ahmad bukan Pakcik Ahmad yang buat..tapi seorang Uncle yang tidak ada bin di namanya. Kita kata "Ek eleh..itulah Melayu...asal ada melayu Islam berjaya, mulalah buat fitnah"

Sekali NTV7 mewawancara tauke Pau Ahmad dalam satu rancangan Mandarin tentang usahawan berjaya di Malaysia, kita terkejut tapir bila melihatkan kilang besar yang menghasilkan pau Ahmad tidak sama sekali dimiliki oleh seorang Muslim.Pekerja yang buat pau pun bercampur-campur.Rupanya produk mee segera BISMI pun di hasilkan oleh kilang yang sama.

kisah satu

Pandangan peribadi saya- saya sebagai pengguna rasa tertipu.Otak dan hati saya, bila nak beli produk makanan- saya usaha juga cari buatan orang Muslim.Nak bagi anak makan.Cakaplah apa pun pada saya-JAKIM dah yakini halal atau hujah orang lebih bijak agama :situasi darurat dibolehkan/diharuskan beli makanan dari non-muslims...Hak saya sebagai pengguna adalah untuk membeli produk berjenama muslim dari pengeluar muslim.Dan si pengeluar bukan Islam TIDAK BERHAK untuk menipu saya dengan penyamaran jenama.Tetapi siapa yang dapat lindungi hak saya?

Kisah Dua

Chipsmunk menulis "A'kum Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah
gerai,

semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua
gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis
Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar
Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi
rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi
membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan
semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-
produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami
kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD.

Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk
berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang
menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh,
alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous
juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau
AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan
kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak
hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula
bertali leher.

Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah
keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba
keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia
adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina
dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz
Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut
dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina.

Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad
pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa
en.Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa
pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama?
Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan.
Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia.


Aduh terkena lagi sebiji...

TABUNG HAJI DAN SILVER BIRD GROUP

Jadinya Tabung Haji yang menyimpan duit-duit tabungan bakal-bakal Pak Haji dan Mak Hajjah telah menandatangani satu memorandum dengan sebuah syarikat bukan Muslim Silver Bird Group Sdn BHd (SBG) untuk melabur dalam pengeluaran makanan halal.


Salah satu produk makanan SBG ialah roti High Five.Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengklasifikasikan roti jenama ini sebelumnya sebagai tidak bersih dan tidak boleh dikategorikan di dalam makanan halal.Boleh lihat website PPIM sebelumnya.

Kalau sebuah perbadanan kewangan Islam itu sendiri lebih galak membantu yang bukan Islam untuk keluarkan makanan halal---siapa yang akan membantu pengeluar-pengeluar makanan Muslim yang berlambak di luar sana yang memerlukan sokongan dana?

MIHAS

Kalau tidak silap saya MATRADE akan anjurkan Pameran Halal Antarabangsa-MIHAS pada 10-11 Mei ini.

Petang semalam di dalam rancangan temubual radio IKIM.FM dengan Dr.Zainal (ayam organik)- DJ Radio sendiri mengeluh kerana tapak-tapak expo MIHAS tidak dikuasai oleh Muslim.

Salah siapa kalau pengeluar-pengeluar kecilan Muslims tidak berupaya menguasai tapak expo MIHAS?

HALAL DEVELOPMENT CENTRE (HDC) dan LOGO HALAL

So, sumber-sumber dari MATRDADE menyatakan HDC yang dipengerusikan oleh anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin akan mengambil hak pemberian logo halal kepada pengeluar daripada JAKIM.Maknanya JAKIM selepas ini tidak lagi bertanggungjawab untuk menentukan dan meluluskan tanda halal pada mana-mana produk makanan.

Adakah logo halal itu akan menjadi produk komersil semata selepas ini?Atau adakah tapisan halal itu semakin baik?

Jadi jangan hairanlah kenapa TV3 beria-ria mengkupas isu halal di dalam BUletin Utamanya..


Dr.Zainal dan produk azzin

Saya tidak kenal Dr.Zainal.Saya hanya dengar melalui IKIM.FM tentang pandangan, visi dan misi beliau dalam menunaikan kewajipan membantu pengguna Islam.Saya tiba-tiba menjadi peminat beliau yang setia.Anda boleh dengar di IKIM.FM setiap hari selasa antara jam 5- 5.30 petang

Kata-kata dia menyentuh hati saya.Bukan berbunga-bunga dan meleret-leret.Tetapi bunyi cukup ikhlas, bersemangat dan tabah.

Produk Azzin (harap maaf kalau saya silap eja ) yang merangkumi seluruh produk dari daging burger, roti burger hingga barangan pengguna yang lain- 100% di jamin dibuat serta dikeluarkan oleh orang Islam dan menurut syariat.

Menariknya- Azzin tidak akan membeli dan menjual produk mereka dari atau ke hypermarket2 diseluruh malaysia walaupun mempunyai permintaan kerana prinsip Dr.Zainal tegas.Hypermarket tidak dikuasai oleh orang Muslim.Kalau dia pasarkan barangan Azzin ke hypermarket ini akan membunuh pengedar-pengedar Azzin di seluruh Malaysia.

Produk Azzin seperti ayam organik mungkin sedikit mahal tetapi apalah sangat kalau dibandingkan dengan kualiti makanan tersebut yang kita suapkan pada anak-anak kita.Saya beli ayam organik ini dari Section 17 Shah Alam.Memang tahan lama dan tidak berbau.Tidak seperti ayam cucuk.

Saya doakan mudahan cita-cita Dr.Zainal ini untuk membuka Supermarket khas menjual produk keluaran orang Islam tercapai.

Dalam masa itu, kita selaku pengguna perlu buat transformasi dengan membeli barangan keluaran produk Muslims seperti Azzin.

Note: saya bukan pengedar azzin dan tiada kepentingan dalam Azzin.@sombongtau.

Later days...

diposkan oleh Admin pada 19:05

(sumber;http://stanceofmuslimah.blogspot.com/2008/05/halal-oh-halal-pau-ahmad-pun-bukan.html)

Sunday, August 8, 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK? - SUATU RENUNGAN


1.0 Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

2.0 Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

3.0 Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

4.0 Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

5.0 Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

6.0 Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

7.0 Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

8.0 Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadika cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

9.0 Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

10.0 Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

11.0 Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

12.0 Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

13.0 Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

14.0 Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

15.0 Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

16.0 Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

17.0 Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'

18.0 Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon


Di alih bahasa oleh :
Adibah Mohd Noor
Matriculation Lecturer, Department of Sciences
UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.



(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Isu hak Melayu bagai jolok sarang tebuan


Isu hak Melayu bagai jolok sarang tebuan
Oleh Mohd Zaini Abd Karim

2010/08/08
Dasar hartanah komersial, kediaman mewah perlu dilihat dari sudut sosioekonomi

1.0 AHLI Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dari DAP mencadangkan supaya diskaun Bumiputera untuk hartanah komersial dan kediaman mewah di Selangor dihapuskan. Alasannya, ia mampu memberi persaingan dan menarik pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

2.0 Cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Artikel ringkas ini cuba untuk mengulas isu cadangan ini dari sudut implikasi ekonomi dan sosial. Pandangan di sini merujuk kesannya ke atas ekonomi dan sosial kerana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

3.0 Dalam menilai sesuatu dasar seperti cadangan menghapuskan diskaun Bumiputera, kita harus melihat dari segi kos dan faedah pelbagai pilihan yang ada supaya warga dalam masyarakat demokrasi dapat membuat pilihan lebih baik sebelum sesuatu polisi itu dilaksana atau digantikan.

4.0 Seperti diketahui, Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermatlamat secara umumnya menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelak pengenalan sesuatu kaum berasaskan fungsi ekonomi.

5.0 Dalam mencapai matlamat menyusun semula masyarakat ini, antara strateginya ialah menambah pemilikan Bumiputera dalam bentuk hartanah melalui potongan harga khas atau diskaun yang diberikan kepada mereka.

6.0 Memang tidak dinafikan, berdasarkan teori ekonomi, sebarang herotan (distortion) pasaran menyebabkan ketidakcekapan dalam pasaran kerana menyebabkan agihan sumber tidak cekap.

7.0 Dalam konteks ini, wujudnya dualisme dalam harga pasaran hartanah yang menyebabkan wujud ketidakcekapan dan halangan kepada daya saing ekonomi negara. Ia dikatakan sebegitu disebabkan herotan ini, pasaran perumahan kurang penawaran daripada tahap optimumnya. Inilah dimaksudkan Pua agaknya apabila dia mengatakan dapat menarik pelabur memanfaatkan sektor hartanah di Selangor jika diskaun untuk Bumiputera dihapuskan.

8.0 Bagaimanapun, untuk menyatakan tanpa diskaun Bumiputera ini, pasaran secara automatik menjadi kompetitif dan berdaya saing adalah satu kenyataan yang simplistik. Ekonomi bukan semudah itu.

9.0 Banyak faktor bertindak balas dalam pasaran. Antaranya, kestabilan politik dan sosial mempengaruhi prestasi sesebuah ekonomi (dalam konteks negara kita, faktor keharmonian kaum sangat penting).

10.0 Kalau kita lihat pencapaian Bumiputera dalam pemilikan harta jauh daripada apa yang disasarkan dan ia amat jauh ketinggalan berbanding pemilikan kaum Cina.

11.0 Berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), 2006-2010, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, pada 2007, pemilikan oleh Bumiputera hanya 15.7 peratus bagi bangunan dan 29.2 peratus bagi kategori kompleks perniagaan berbanding masing-masing 72.6 dan 69.4 peratus dimiliki kaum Cina.

12.0 Jika dilihat dari segi pemilikan premis perindustrian ia lebih mendukacitakan. Pemilikan Bumiputera hanyalah 3.5 peratus berbanding 87.2 peratus oleh kaum Cina.

13.0 Oleh itu, jika diskaun Bumiputera hartanah komersial dihapuskan, matlamat memperbetulkan ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah pasti tidak tercapai malah akan melebarkan lagi jurang ekonomi antara kaum.

14.0 Keadaan ini pasti merapuhkan keharmonian kaum dan sosial seterusnya kestabilan negara. Apabila ini berlaku, bagaimana kita boleh menumpukan kepada kesejahteraan ekonomi? Perlu diingatkan satu daripada objektif Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat adil dengan keseimbangan ekonomi antara kaum.

15.0 Ahli ekonomi Britain, Dudley Seers, pernah berkata pembangunan bukan hanya pertumbuhan ekonomi semata-mata. Ia membabitkan kedua-dua aspek ekonomi dan sosial.

16.0 Beliau menilai pembangunan sebagai mengambil kira isu kemiskinan, pengangguran dan ketidaksamaan. Pandangan ini menunjukkan pembangunan perlu menguta-makan peningkatan dalam kesejahteraan sosial, bukannya sebagai hasil sampingan pertumbuhan ekonomi.

17.0 Bekas Canselor Jerman, Willy Brandt, atas kapasiti Pengerusi Isu Pembangunan Antarabangsa, pernah menulis bahawa pembangunan membawa bersamanya bukan saja idea peningkatan ekonomi malah peningkatan dalam maruah manusia, keselamatan, keadilan dan ekuiti.

18.0 Dalam hal ini, mesej yang ingin disampaikan ialah apa maknanya andai wujud pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa keseimbangan ekuiti. Lebih relevan lagi soalannya, apakah boleh wujud pertumbuhan ekonomi tanpa keseimbangan ekuiti?

19.0 Oleh itu, apa yang lebih penting akhirnya ialah bagaimana kita dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi negara tanpa menjejaskan kestabilan politik dan sosial.

20.0 Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk menidakkan matlamat menjadikan ekonomi negara cekap dan kompetitif seperti yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE).

21.0 Dalam konteks dasar penggalakkan pemilikan harta Bumiputera, mungkin dasar ini boleh disemak untuk kategori hartanah yang bernilai tinggi yang mana sudah dipastikan kategori ini hanya mampu dimiliki oleh golongan yang benar-benar tidak memerlukan diskaun.

22.0 Mungkin juga, kadar diskaun untuk Bumiputera ini diberikan secara lebih regresif untuk nilai hartanah yang melebihi sesuatu tahap. Mungkin juga, insentif lain perlu dicari yang mana insentif ini tidak akan memberi kesan herotan kepada pasaran.

23.0 Mungkin juga, kita boleh memberi tempoh bertenang sebelum apa-apa perubahan dasar ini dilaksanakan. Apa yang harus kita fahami ialah sukar untuk mempertahankan dasar seperti ini selama-lamanya jika kita ingin menjadi negara yang cekap dan kompetitif seperti digariskan MBE.

24.0 Tidak dapat tidak, tiba masanya nanti, dasar seperti ini dihapuskan. Oleh itu, pada masa depan, Bumiputera perlu bersedia dengan keadaan tiada lagi campur tangan oleh kerajaan sebagai jaringan keselamatan.

Penulis ialah pensyarah ekonomi Universiti Utara Malaysia

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsuhakMelayubagaijoloksarangtebuan/Article)

Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'

Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'


2010/08/08

KHATIJAH Ibrahim di hadapan restorannya, Khadijah’s Kitchen, di Petaling Jaya.
JAKIM patut utama pemilik restoran Muslim

SUDAH dua tahun penghibur tersohor negara, Datuk Khadijah Ibrahim yang mengusahakan restoran, Khadijah’s Kitchen, menunggu logo halal untuk dipamerkan di premisnya. Namun, hingga hari ini beliau masih belum menerima maklum balas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai permohonan itu.

Wartawan Edisi Mingguan, ZUBIR MOHD YUNUS menemubual Khadijah mengenai pengalamannya dalam perniagaan makanan serta masalah yang dihadapi untuk mendapatkan sijil halal JAKIM.

Apa pandangan Datuk mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha restoran yang tidak menitikberatkan kepentingan logo halal di premis mereka.

Bagi saya, pengusaha restoran atau kedai makan milik orang Islam yang tidak mempamerkan logo halal di premis mereka bukanlah satu kes yang boleh dianggap berat.

Pasti pengusaha yang juga orang Islam akan menyajikan makanan halal kepada pelanggan mereka. Kita sebagai pengusaha sentiasa menanti pihak berwajib seperti JAKIM mengeluarkan sijil atau logo halal untuk dipamerkan di premis masing-masing, namun ia bukan satu proses yang mudah kerana ia mengambil banyak masa.

Sudah semestinya orang Islam harus mengambil berat aspek halal dan haram dalam soal pemakanan. Sebagai contoh, pada setiap kotak makanan yang kita import atau eksport diharuskan mempunyai logo halal.
Ketika saya masih berada di New Zealand suatu ketika dulu, makanan halal mudah diperoleh. Sebagai pelanggan, kita harus selalu bertanya, adakah makanan yang kita ambil itu halal atau sebaliknya. Sekiranya masih was-was, kita tidak boleh menjamah makanan itu.

Pada pandangan Datuk, apakah punca ramai pengusaha makanan tidak mengambil inisiatif mendapatkan sijil dan logo halal.

Seperti yang saya jelaskan tadi, proses untuk memperoleh sijil atau logo halal, sukar diperoleh kerana ia memakan masa yang panjang. Tidak dinafikan, sekiranya premis makanan milik orang Islam yang masih belum mempamerkan logo halal, mereka berdepan kesukaran untuk meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

Ada kes, jika di premis berkenaan turut menjual minuman keras untuk disajikan kepada pelanggan bukan Islam, pengusaha itu tidak akan diberikan sijil atau logo halal untuk dipamerkan di restoran mereka.

Seperkara lagi, takkan setiap kali kita ke pasar basah untuk membeli ayam yang disembelih oleh orang Islam, kita hendak bertanya pengusaha berkenaan, adakah mereka sudah memperoleh sijil halal yang lazimnya dimohon pemilik restoran?

Begitu juga halnya apabila kita membeli daging lembu dari Dubai, takkan pihak JAKIM hendak ke sana mengeluarkan logo halal kepada pengusaha di negara itu? Apabila pelanggan mengunjungi restoran milik orang Islam, mereka harus ada kepercayaan antara satu sama lain, adakah kita sanggup bertanya atau tercari-cari sama ada restoran berkenaan memiliki logo halal, padahal ia sahih milik orang Islam?

Namun, sekiranya kita mengunjungi restoran mamak atau hailam, perlu ada perhatian lebih serius mengenai kesahihan logo halal yang dipamerkan.

Mungkinkah masalah itu disebabkan sikap sambil lewa ramai muslim yang mudah percayakan logo yang dipamerkan.

Siapa yang mengeluarkan sijil atau logo halal berkenaan? Sekiranya logo halal mudah diberikan kepada pengusaha restoran bukan beragama Islam, kita tidak boleh menyalahkan peniaga berkenaan.

Bukankah agama Islam itu sendiri menuntut umatnya menghormati antara satu sama lain? Sekiranya ada pelanggan yang beragama Hindu datang ke restoran saya, saya akan bertanya, bolehkah dia mengambil daging lembu kerana kita menghormati agama yang dianutinya.

Justeru, kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal, mereka sewajarnya perlu melakukan penyelidikan, bukan sewenang-wenangnya logo berkenaan dikeluarkan.

Pernahkah Datuk sendiri berdepan masalah restoran yang memaparkan logo halal yang meragukan.

Tak pernah pula. Saya hanya mengunjungi restoran yang saya yakin makanannya halal. Kalau tak yakin, saya tak makan. Sekiranya masih ragu-ragu, makan saja di rumah sendiri, masak nasi, goreng telur dadar tambah kicap dan buat sambal belacan!

Sambil makan boleh menonton TV. Itu sah-sah kita tahu di mana sumbernya dan siapa yang masak. Namun, saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia lebih menghormati agama masing-masing. Sekiranya kita mahu orang lain menghormati Islam, kita juga harus menghormati agama lain.

Berdasarkan pengalaman sebagai pengusaha restoran, apakah Datuk berdepan kesukaran mendapatkan logo halal ini.

Saya tidak nafikan, Khadijah’s Kitchen memang sukar nak memperoleh logo halal. Siapa yang sembelih ayam, daripada mana sumbernya, semua itu diambil kira. Bukan restoran di Kuala Lumpur saja yang menghadapi kesukaran memperoleh logo halal, sebaliknya premis di luar bandar juga berdepan masalah sama.

Semua permohonan perlu dibuat menerusi online.

Saya sendiri masih menunggu mendapatkan logo halal untuk dipamerkan di Khadijah’s Kitchen. Terus-terang saya katakan, selama dua tahun saya menunggu, namun logo berkenaan masih belum diperoleh untuk dipamerkan di premis saya.

Bagi saya, apalah salahnya kita ketepikan permohonan menerusi online itu, sebaliknya pihak berwajib datang ke restoran melakukan pemeriksaan. Contohnya, restoran yang saya usahakan di New Zealand beroperasi selama 12 tahun, tapi tak pernah pun ada sijil halal kerana undang-undang negara berkenaan tidak memerlukannya.

Namun, setiap dua minggu sekali, ada pihak berwajib datang ke restoran membuat pemeriksaan. Mereka percaya kepada kebersihan dan mutu makanan yang saya sajikan kepada pelanggan. Bagi saya, maksud halal itu sendiri perlu kita fahami sedalam-dalamnya.

Pada pandangan Datuk, apakah punca kesukaran itu.

Seperti yang saya nyatakan tadi, setiap permohonan untuk mendapatkan sijil atau logo halal perlu dibuat secara online. Bayangkan, jika di premis berkenaan ada 30 menu makanan, kita perlu memasukkan setiap data dalam komputer satu persatu.

Tidak semestinya ada logo halal, barulah mereka dibenarkan beroperasi. Bagi saya, yang penting kebersihan dan daripada mana sumber makanan itu kita peroleh. Sekiranya sumber makanan berkenaan kita yakin halal, bersih, orang yang menyembelih daging ayam dan lembu pun orang Islam, tapi yang memasak makanan itu bukan orang Islam, bagi saya ia tetap halal dan boleh dimakan oleh orang Islam.

Mungkin Datuk ada cadangan bagi mengatasi masalah ini.

Bagi saya, pengusaha atau pemilik premis makanan orang Islam, perlu diberi pengecualian daripada memiliki sijil atau logo halal. Kepada pihak yang bertanggungjawab, berilah sedikit kelonggaran.

Sekiranya pemilik restoran terdiri daripada orang bukan Islam, namun menyediakan makanan untuk umat Islam, JAKIM perlu mengunjungi premis berkenaan untuk memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat.

Saya mengusulkan perkara ini bukan untuk kepentingan diri semata-mata, sebaliknya mewakili peniaga makanan yang lain. Bagaimanapun, setiap apa yang kita makan, kita harus peka dengan kesahihan maksud halal itu.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BersamaSelebriti__Tidakperlubanyakbirokrasilogohalal_/Article)

Saturday, August 7, 2010

Kisah Rahimah (bergambar), Badrul Amin dan MB Inc

Wednesday, June 9, 2010
Kisah Rahimah (bergambar), Badrul Amin dan MB Inc




Kita ambil 'commercial break' dari kisah-kisah menyayat hati bangsa dan ummah mengenai PAS kepada sesuatu yang menceriakan. Siapa lagi yang menceriakan orang lelaki dan turut juga orang perempuan kalau tidak wanita yang cantik?

Commercial break kami menggambarkan seorang wanita boleh tahan cantik dan sedikit umur bernama Rahimah. Kelihatan dia sedang pulang dari pejabat atau boleh jadi, nak pergi ke pejabat. Kesian dia ke sana sini sorang-sorang. Siapa wanita ini, ye?

Bagi mereka yang baru mengikuti The Unspinners, nama Rahimah tidak biasa didengar. Yang dah lama tahu Rahimah adalah seorang eksekutif penting dalam pejabat Menteri Besar Selangor. Bukan setakat itu, Rahimah ini penting juga dalam hidup Menteri Besar.

Dalam posting The Unspinners bertarikh September 4hb, 2009, latarbelakang wanita ini diceritakan sebagai mangsa Menteri Besar yang ada penyakit jiwa yang dipanggil orang Melayu sebagai "haruan makan anak".

Sebelum mangsa sekarang yang jadi buah mulut orang, Elizabeth Wong, mangsa sebelum ini adalah Rahimah binte Kamaruddin. Dari kawan2 PKR, terakhir didengar Rahimah sudah berkahwin pada 2005 menjadi isteri kedua Abang Gagap.

Bab itu, syukurlah.

Tapi kalau sudah berkahwin, mana boleh bekerja di dalam pejabat Menteri Besar? Itu sudah tidak amalan yang tidak sesuai. Mana ada isteri bekerja dalam pejabat mana-mana suami Menteri?

Memang ada Mak Datin yang remote control pejabat suami tanpa teknologi Multimedia tapi tak ada sampai berkerja.

Macam mana Khalid tutup salahlaku amalan nepotisma ini? Rupanya dengan menggunakan MB Inc.

MB Incorporated atau Perbadanan Menteri Besar Selangor diperbadankan untuk tujuan menggabungkan aset-aset negeri untuk memudahkan pemantauan operasi, konsolidasi akaun dan sebab-sebab khusus yang tak perlu didedahkan.

Datang si Khalid, yang berfikir lagi laju dari bercakap menjadikan dia selalu merapu, digunakan MB Inc. untuk membiayai perkara-perkara yang tidak boleh dibiayai melalui peraturan kerajaan negeri yang ada.

Ini termasuk membayar gaji untuk isteri kedua Rahimah gaji sebanyak RM6,000 dan entah-entah campur elaun ada sampai RM7,000.

Tabung MB Inc tak hanya disalur ke situ. Berkuatkuasa Jun 15, 2010, Ustaz Badrul Amin Bahrum akan dilantik sebagai Pengarah Penerangan Negeri. Surat tawaran akan di hantar seminggu lagi.

Walaupun title kerja sebagai Pengarah Penerangan Negeri tapi dia tidak dibayar oleh kerajaan negeri tapi oleh swasta yang bukan swasta iaitu MB Inc. Gaji Ustaz Badrol adalah gaji pemulaan RM7,000 dan campur elaun boleh cecah RM10,000.

Maaf gambar Ustaz Badrul Amin tak perlu disiarkan. Sejak aktif PKR, muka dah macam teroris JIM.

Nama jawatan Pengarah Penerangan Negeri tetapi tumpuannya bukan saja penerangan di Selangor tetapi masuk sekali Sabah, negeri asal Badrul Amin. Ini apa lagi kalau bukan kerja politik. Siapa lagi punya kepala yang boleh atur benda macam gini kalau bukan Brader Anwar Bin Ibrahim.

Ini bermakna Khalid membiarkan penyelewengan yang berlaku atas campurtangan Anwar. Nasib baik, gaji RM1 Anwar dibayar kerajaan negeri. Tapi PA Anwar Rafizi Ramli dapat RM15,000. Untuk siapa banyak2 tu?

Hehehe ... tst. Tahu sama tahu.
Posted by The Unspinners at 2:26 PM

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/06/kisah-rahimah-bergambar-badrul-amin-dan.html)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, August 2, 2010

Khalid Lantik Isteri Muda Sebagai Pegawai Sendiri ?
Sebaik sahaja nama Khalid Ibrahim disebut-sebut sebagai MB Selangor pada malam 8.mac.2008 sudah kedengaran suara-suara yang mengatakan beliau akan mentadbir Selangor sebagaimana dia mentadbir sebuah syarikat.

Telahan itu menjadi kenyataan, satu demi satu yang diperlakukan oleh Khalid yang lagaknya seolah-olah beliau mentadbir sebuah syarikat. Banyak keputusan yang dilakukan oleh Khalid tidak disenangi oleh orang-orang PAS dan PKR.

Antaranya ialah:

Melantik rakan-rakan korporat dia dalam jawatan-jawatan penting di Selangor termasuk dalam GLC milik Kerajaan Selangor.

Meminta PKNS membayar dan menghantar lembu korban ke kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak.

Menggunakan wang kerajaan negeri untuk penyelenggaraan kenderaan peribadinya (lexus).

Itu antaranya, saya difahamkan banyak lagi yang ada.

Ini pula kisah yang baru sampai ke pengetahuan saya.

Difahamkan wanita dalam gambar di bawah ini adalah isteri muda Khalid Ibrahim yang dilantik oleh Khalid untuk bekerja dengannya.

Nama : Rahimah Bt Kamarudin

K/P : 5x12x0 - 04 - 5x60

Jawatan : Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor

Gaji : RM 5000.00 Elaun : RM 2000.00
Gaji dibayar oleh MBI

Alamat : Shah Alam dan Taman Cahaya Ampang
(alamat penuh saya tidak boleh siarkan)

Untuk pengetahuan pembaca semua, jawatan Pegawai Koordinasi Kepada MB Selangor tidak wujud semasa zaman pemerintahan BN dahulu.

Difahamkan jawatan tersebut diwujudkan oleh Khalid semata-mata untuk meletak Rahimah di situ. Dan beliau mengarahkan MBI supaya membayar gaji Rahimah. Inilah tandanya kerajaan pimpinan Khalid Mengkronikan Ekonomi Selangor. Slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor hanya pembohongan semata-mata. Buktinya ada di sini.

Jika benar seperti yang didakwa bahawa Rahimah adalah isteri muda Khalid, maknanya Khalid telah melakukan kesalahan moral yang serius. Ini kerana belum pernah lagi dalam pentadbiran negara atau negeri kita mendengar seseorang pemimpin melantik isteri mudanya bekerja satu pejabatnya dengannya. Jika dalam sesebuah syarikat sendirian berhad ianya perkara biasa.

Berita yang sampai kepada saya juga mengatakan kakitangan-kakitangan di pejabat MB Selangor dan pejabat-pejabat exco amat tidak senang dengan Rahimah. Dia cuba mengawal segalanya dan mereka-mereka semua perlu merujuk kepada Rahimah terlebih dahulu. Pendek kata, Rahimah berkuasa dalam segala hal.

Rakan blogger unspinners juga pernah menulis kisah Rahimah di sini

(sumber;http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/08/khalid-lantik-isteri-muda-sebagai.html)

PANAS ! Aiyaaa....... Chua Soi Lek MCA.


Saturday, August 07, 2010
PANAS ! Aiyaaa....... Chua Soi Lek MCA.
M.I.M tidak faham dengan modus operandi parti MCA dan juga Presidennya. Mereka gagal dengan teruknya pada PRU-12 dan sehingga kini parti tersebut masih gagal untuk berbuat apa-apa pun untuk memperbaiki kredibiliti dan imej mereka yang tercemar teruk.


Malah, ramai kaum Cina tidak melihat parti MCA sebagai parti yang mewakili mereka dan perubahan ini sangat memalukan. Tanyalah sesiapa sahaja rakan anda yang berbangsa Cina, mereka akan menggeleng kepala tanda tidak menyokong parti MCA. Mereka melihat parti MCA sebagai satu parti 'hidup segan mati tak mahu'.

Baru-baru ini Chua Soi Lek telah mengeluarkan satu kenyataan yang dengkel dan tidak masuk akal langsung. M.I.M tidak faham di mana akal IQ Chua Soi Lek apabila mengatakan bahawa pertembungan parti UMNO dan PAS yang 'menggunakan' agama untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing telah menyebabkan beberapa polisi yang kurang berkesan dibuat oleh kerajaan. Dan kerana itu, negara terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana selama 10 tahun.

Amboi Chua Soi Lek! Sedap mulut sahaja menyalahkan matlamat menegakkan agama Islam sebagai penyebab kepada 'negara terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana'.

Apakah Chua Soi Lek benar-benar faham kepada asal-usul perjuangan parti UMNO dan parti PAS yang berlandaskan kepada menegakkan syariat Islam di negara ini ?

Agama tidak dapat diketepikan berasingan daripada politik dan kerana itu, intonasi dan kerangka politik parti-parti UMNO dan PAS tidak dapat lari daripada turut membincangkan kepentingan agama Islam.

Mungkin Anwar Ibrahim sahaja yang boleh mengasingkan politik dengan Islam apabila beliau enggan bersumpah muhabalah kerana mendakwa bersumpah itu tidak boleh dipolitikkan.

Dan adalah kurang sopan apabila Chua Soi Lek mengaitkan agama Islam sebagai salah satu daripada penyebab negara Malaysia tidak progresif. Lebih baik jika Chua Soi Lek buat homework dahulu dan pelajari sejarah kegemilangan dan kebenaran di dalam pengajaran agama Islam.

Satu persoalan besar, apakah motif sebenar MCA dan Chua Soi Lek memburuk-burukkan UMNO, rakan politik mereka?

M.I.M faham jika parti MCA benar-benar bekerja kuat untuk memastikan sokongan kaum Cina kembali kepada mereka.

Akan tetapi sehingga ke saat ini, mereka masih gagal untuk menyediakan recovery plan yang mengkagumkan dan mampu untuk membantu parti Barisan Nasional. Malah, parti MCA di anggap seperti duri dalam daging dan tidak lagi menyumbang ke arah kekuatan parti BN.

Mereka gagal bersaing dengan parti DAP dari segenap sudut terutamanya dari segi penambahan undi baru. M.I.M tidak mahu menyatakan jumlah pengundi baru yang telah diusahakan oleh parti MCA jika dibandingkan dengan parti DAP kerana ianya sungguh menyakitkan hati ini.

Malah, parti MCA cuba mengikut rentak tari parti DAP tetapi sangat sumbang dan lebih menimbulkan keraguan tentang keikhlasan parti tersebut!

M.I.M menyarankan kepada Chua Soi Lek supaya cermin diri dulu dan juga lebih banyak membuktikan keupayaan beliau menerajui parti MCA. Beliau lebih patut menceritakan gerak kerja dan statitistik penambahan sokongan kaum Cina kepada parti MCA daripada mencari kesalahan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri.

Dan jika kita perhatikan, parti DAP yang sangat suka mencari kesalahan pihak lain untuk menutup kelemahan parti tersebut.

Dua parti Cina yang menggunakan satu kaedah yang sama. Ada apa-apa ke?

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2010/08/panas-aiyaaa-chua-soi-lek-mca.html)

Adakah ADUN Simpang Pulai berniat baik usung anak dara Melayu sana sini?

Saturday, August 7, 2010
Adakah ADUN Simpang Pulai berniat baik usung anak dara Melayu sana sini?

Menurut satu blog baru iaitu PENGUNDI SETIA SUNGAI RAPAT! Tidak lama lagi akan meletop kisah cinta anatara Chah ming kai dan PA dia yang berbangsa melayu!

Sebenarnya ianya tidak la menghairankan sebab sebelum ni mamat KKK ni pernah ikut rombongan takbir raya pada malam raya dulu!Kira dia traini mau 'potong' la ni kan? Mesti sedara mara dia dari keturunan DAP marah kan sebab dia nak' masuk' Melayu? Tapi betul ke dia nak kahwin atau.....


Kalau betul depa nak kahwin takpa la. bagus la, tapi nampaknya lain macam je ni, kita tunggu je perkembangan seterusnya dari blog baru ini ok!

Lepas ni mesti Nicky Ajis akan guling-guling atas jalanraya kat Simpang Pulai demi pertahankan Cinta mereka ni kan? He he he

Tapi kalau betul la dia ikhlas nak kahwin, takkan la dah dua tahun dia masih tak buat apa pun? Aku sendiri pernah terserampak kat Sidang DUN dulu, mamat ni tarik tangan perempuan ni, lain macam beb mesra mereka ni..

Tungguuuu....

Sumber: Parpukari

Chan dah banyak keluar masuk surau, masjid dan majlis ugama orang Islam. Orang Islam benci orang pura-pura demi politik, tapi kalau nak mengenali Islam kerana niat tertentu, tak apa.



Nak kahwin orang Melayu, kamu kena masuk Islam. Fahamkan ...

Tanya diri baik-baik, bolehkah keluarga menerima kamu masuk Islam? Orang Cina buang anak kalau anak masuk Islam. Ugama lain mereka tak mengapa.

Bertambah lagi, bolehkah pengundi kamu dari kalangan orang CIna terim akamu. Adakah itu yang menjadi penghalang?

Jangan pula timbul lagi kes macam Nor Aishah Bokhari atau Azlina Jailani.
Posted by The Unspinners at 11:30 AM 4 comments

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/08/adakah-adun-simpang-pulai-berniat-baik.html)

Kekalkan hak istimewa bumiputera


Kekalkan hak istimewa bumiputera

Oleh radhuan hussain
terengganu@utusan.com.my

MARANG 6 Ogos - Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di Rusila di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengenainya.

Ahli Parlimen DAP itu dikatakan menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.

"Realiti yang ada dalam negara kita, majoriti rakyat terutama yang miskin adalah bumiputera, jadi sebab itu kita kena lihat majoriti rakyat yang alami masalah kemiskinan.

"Dalam masa yang sama, kita wajib bela kaum lain yang miskin. Bukan bermakna kita jaga majoriti tapi kita abaikan kaum lain, kita tak boleh menzalimi kaum lain ketika kita membela kaum sendiri," katanya.

Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi.

"Kita kena bincang di peringkat pakatan pembangkang, pandangan itu mungkin lebih bersifat peribadi," ujarnya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Dilarang guna istilah Bufet Ramadan

Dilarang guna istilah Bufet Ramadan

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


ZAINAL (kiri) menyempurnakan perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal sambil disaksikan Saimah (tengah) dan wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Kamaruddin Abdullah di Teluk Danga, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil perakuan halal dilarang menggunakan istilah ‘Bufet Ramadan’ kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.

Pengarah Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hotel yang memiliki sijil perakuan halal daripada Jakim atau jabatan agama negeri sahaja boleh menggunakan istilah tersebut.

“Memang tidak boleh guna istilah Bufet Ramadan kerana ia mengelirukan umat Islam kecuali ada sijil perakuan halal,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal di Teluk Danga di sini semalam.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Saimah berkata, pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan produk halal serta mendapatkan maklumat berkaitannya sebelum membeli atau menggunakannya.

Mengulas tentang jumlah hotel yang mempunyai dapur dengan sijil perakuan halal, beliau berkata, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan pengusaha hotel untuk memohon sijil berkenaan.

Beliau berkata, daripada lebih 600 hotel yang memiliki restoran di negara ini, hanya 33 hotel mempunyai sijil halal daripada Jakim dan jumlah tersebut tidak termasuk sijil perakuan halal yang dikeluarkan di negeri-negeri.

Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

(sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm)

Friday, August 6, 2010

KHASIAT BUAH KURMA


KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :



Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

(sumber;http://permai1.tripod.com/kurma2.html)

Thursday, August 5, 2010

Fahami hak berpolitik

Fahami hak berpolitik

Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK

1.0 SUASANA politik hari ini di Malaysia nampaknya sedang 'subur' dan semakin bertambah baik. Kerajaan dilihat semakin telus. Kebebasan berpolitik dan hak untuk bersuara semakin diperluaskan. Sistem pilihan raya juga semakin 'bebas' yang memungkinkan mana-mana parti bertanding termasuk parti pembangkang boleh menang dengan majoriti besar, malah mampu menguasai beberapa negeri.

2.0 Ketika ini di Malaysia juga heboh mengenai perlunya kebebasan berpolitik dan hak untuk bersuara diperluaskan meliputi semua peringkat golongan dan lapisan masyarakat. Setakat ini, hanya guru tertentu sahaja dibenarkan berpolitik.

3.0 Pada masa yang sama juga, golongan pensyarah dan mahasiswa di universiti juga sedang melobi untuk dibenarkan berpolitik. Secara ringkasnya, semua orang di Malaysia, tidak kira latar belakang ataupun status, inginkan hak untuk berpolitik dan bersuara lebih daripada apa yang mereka peroleh sebelum ini.

4.0 Sememangnya, ini merupakan hak rakyat sebagaimana yang termaktub dalam kamus demokrasi yang kita semua sedia maklum. Secara umumnya, berpolitik tidak salah selagi mana ia dilakukan mengikut peraturan dan saluran yang betul.

5.0 Beberapa persoalan yang ingin dikemukakan di sini adalah bagaimana kalau keadaan ini menjadi politik yang keterlaluan (too much politicking)?

6.0 Apa yang akan berlaku kepada negara kalau semua orang sibuk hendak berpolitik? Apakah kita semua benar-benar faham makna politik itu sendiri sehingga tidak sabar dan 'terkinja-kinja' menuntut hak berpolitik?

7.0 Istilah politik secara umumnya merujuk kepada cara-cara untuk mengurus dan mentadbir negara serta hal ehwal berkaitan negara, termasuk mengurus masyarakat yang menjadi warga di negara tersebut.

8.0 Dalam sistem demokrasi, politik digunakan sebagai 'alat' oleh kerajaan dan rakyat untuk mendapat hak masing-masing. Kerajaan menggunakan politik sebagai 'alat' untuk mentadbir negara, manakala rakyat pula menggunakan politik sebagai 'alat' untuk mendapatkan hak mereka daripada kerajaan.

9.0 Jelasnya, penggunaan politik sebagai 'alat' oleh kerajaan dan rakyat boleh mewujudkan suasana keseimbangan dalam sesebuah negara.

10.0 Penggunaan politik sebagai 'alat' oleh kerajaan dan rakyat kadangkala boleh menjadi sesuatu yang bersifat ekstrem sekiranya ia dilakukan tanpa kawalan, peraturan dan prosedur yang betul.

11.0 Dalam konteks kerajaan misalnya, politik digunakan sebagai 'alat' yang bersifat 'memaksa' untuk tujuan kebaikan umum seperti menjaga kepentingan negara.

12.0 Penggunaan politik sebagai 'alat' oleh rakyat tanpa sebarang kawalan tertentu seringkali menjerumuskan negara ke dalam kancah konflik dan kacau bilau, meskipun ia dilakukan atas label unggul, seperti demokrasi dan kebebasan.

13.0 Sejarah telah membuktikan bagaimana penggunaan politik sebagai 'alat' oleh rakyat jelata atas nama demokrasi dan kebebasan ini sebenarnya tidak membawa kepada suasana aman untuk jangka masa panjang.

14.0 Di negara-negara di mana pemerintahan kerajaan dibentuk dengan cara ini akan sentiasa menghadapi keadaan ketidakstabilan politik, walaupun dari segi ekonominya ia kelihatan seolah-olah sebuah negara maju hanya kerana mengamalkan kebebasan politik sepenuhnya.

15.0 Hakikatnya, di kebanyakan negara maju di Barat, politik dan ekonomi tidak dikuasai oleh kerajaan yang memerintah sepenuhnya, sebaliknya, dikuasai oleh segelintir golongan 'kaya' yang menguasai ekonomi dan sistem kewangan di negara tersebut.

16.0 Mereka inilah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat percaturan politik di negara yang mereka sendiri diami.

17.0 Antara contoh negara-negara seperti ini ialah Itali, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, dan Amerika Syarikat. Jika kita meneliti di sebalik kejayaan negara-negara ini, kita akan dapat mengenal pasti siapa sebenarnya yang mendapat 'faedah' daripada segala amalan dan praktik liberalisasi politik dan ekonomi di negara-negara tersebut sejak sekian lama.

18.0 Dalam hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Konvensyen UMNO sempena ulang tahun ke-50 (11 Mei 1996) berkata:

19.0 "Ramai yang kononnya menerima demokrasi sebagai sistem politik tetapi kerana tidak faham apa ia demokrasi, mereka telah menjadi mangsa demokrasi tanpa sedikit pun memperoleh manfaat."

20.0 Harus diingat juga bahawa demokrasi bukan agama Tuhan. Demokrasi adalah ciptaan manusia dan sudah tentu ia jauh daripada sempurna.

21.0 Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menganggapnya sebagai satu sistem yang tidak siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya.

22.0 Mereka mencipta slogan Vox populi, vox Dei iaitu suara ramai adalah suara Tuhan. Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna, bahkan ia penuh dengan kecacatan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman sistem demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau pun sistem diktator."

23.0 Jelas sekali, hak dan kebebasan berpolitik dalam kerangka demokrasi ini boleh memberi kesan negatif sekiranya ia dilaksanakan tanpa sebarang kawalan, peraturan dan prosedur yang betul.

24.0 Sungguhpun begitu, walaupun hak dan kebebasan berpolitik dilakukan mengikut peraturan, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh 'pengamalnya' bahawa ia tidak akan sekali-kali menjadi ekstrem dan merosakkan negara?

25.0 Kita tidak payah meneropong jauh untuk mencari jawapan bagi persoalan ini kerana jawapan sebenarnya sudah tersedia dalam sejarah negara kita.

26.0 Kita tidak harus lupa bagaimana hak dan kebebasan berpolitik yang pernah wujud di negara kita sejurus selepas merdeka telah menjerumuskan negara kita dalam pelbagai konflik serius seperti peristiwa 13 Mei 1969, 'pemberontakan' mahasiswa di universiti-universiti tempatan di sekitar tahun 1970-an, rusuhan di Memali pada 1984, dan insiden 'reformasi' rakyat pada 1998.

27.0 Sehubungan itu, cadangan untuk membenarkan semua orang berpolitik, termasuk guru, pensyarah dan mahasiswa, dan mungkin juga selepas ini semua kakitangan awam daripada yang bergred rendah hingga ke gred JUSA perlu diteliti semula akan kewajarannya untuk jangkamasa panjang.

28.0 Perlu diingatkan, sebarang keputusan kerajaan berkaitan dengan isu ini adalah sesuatu yang bersifat 'dasar', dan apabila ia diputuskan, ia sudah pun menjadi sebahagian daripada sejarah, dan sukar untuk 'ditarik balik'.

29.0 Rakyat akan berterusan membuat pelbagai tuntutan yang mungkin tidak munasabah langsung selepas ini hanya kerana keputusan serupa pernah dilakukan oleh kerajaan seperti termaktub di dalam sejarah negara.

30.0 Biarlah hal ehwal politik itu dijalankan oleh orang politik, manakala yang bukan betul-betul orang politik ataupun separa orang politik, eloklah fokus kepada kerjaya masing-masing.

31.0 Dalam suasana dunia era globalisasi yang sangat mencabar ini, agak sukar untuk berjaya dalam kerjaya yang bersifat 'dua alam', iaitu sebagai kakitangan awam, guru, pensyarah, mahasiswa dan berpolitik.

32.0 Dunia politik tidak sama dengan dunia guru di sekolah, dunia pensyarah serta dunia mahasiswa di universiti.

33.0 Politik mempunyai 'dunianya' yang tersendiri dan sesungguhnya sangat mencabar minda dan kudrat pengamalnya pada setiap masa.

Penulis ialah Pensyarah Program Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

Wednesday, August 4, 2010

Jangan cetuskan semula isu kalimah Allah - TPM


Jangan cetuskan semula isu kalimah Allah - TPM

PUTRAJAYA 3 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak mencetuskan semula isu berkaitan kalimah Allah yang masih dibicarakan di mahkamah.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, tindakan mana-mana parti politik membincangkan isu tersebut secara terbuka boleh mencetuskan suasana yang boleh menghangatkan semula keadaan yang sudah sejuk.

Kata beliau, isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara baik seperti mana pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan agar keharmonian antara kaum di negara ini terus terpelihara.

"Kita sudah tahu apakah pendirian kerajaan, jadi sepatutnya parti-parti komponen pun akur supaya tidak menjadi punca yang akan menghangatkan semula isu ini. Hal-hal sebegini perlu diambil perhatian.

"Saya kurang pasti kenapa DAP dan MCA pendiriannya hampir sama dalam hal sebegini kerana kita tahu perkara itu sudah jadi satu perbincangan hangat dan mencetuskan keadaan yang tidak begitu sihat, jadi perkara ini perlu diselesaikan secara baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia kali pertama di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas gesaan MCA dan DAP yang dilihat sepakat bersetuju supaya pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan katolik, Herald ditarik balik.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok dilaporkan berkata, MCA sependapat dengan DAP supaya kalimah Allah turut boleh digunakan oleh agama lain.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah pernah menggemparkan negara apabila berlaku insiden menyerang gereja dan masjid.

Isu tersebut kembali reda apabila kerajaan memfailkan tuntutan di mahkamah supaya penggunaan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Sehubungan itu, tegas Muhyiddin, komen-komen yang hendak dibuat perlu mengambil kira kepentingan umum daripada memikirkan soal kepentingan politik atau pentadbiran sesebuah pihak.

"Komen-komen yang dibuat secara terbuka ketika proses rayuan dan perbicaraan masih berjalan di mahkamah boleh dianggap sebagai subjudis," kata beliau.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm)

Tuesday, August 3, 2010

Insiden memalukan di Selangor


Tuesday, August 3, 2010
Insiden memalukan di Selangor

SHAH ALAM 2 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut. Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut. Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu. - Utusan Malaysia

Nak uruskan majlis pun dah gagal, inikan nak urus pasir. Opsss..
Posted by Nasionalis1982 at 8:10 AM

(sumber;http://nasionalis1982.blogspot.com/2010/08/insiden-memalukan-di-selangor.html)

Jeffrey: Bahagikan Sabah, Sarawak jadi 16 negeri


Jeffrey: Bahagikan Sabah, Sarawak jadi 16 negeri
Joe Fernandez
Ogos 2, 10

Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.

Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.

Forum itu diadakan sebagai pembuka tirai bagi sambutan rasmi Hari malaysia yang pertama yang dijadualkan pada 16 September ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Borneo dengan kerjasama Heritage Common Interest Group Malaysia (CigMA), dan beberapa pertubuhan lain.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/138930)

Grand design DAP untuk Penang keluar dari M'sia



Tuesday, August 3, 2010
Grand design DAP untuk Penang keluar dari Msia

Grand design untuk memisahkan Pulau Pinang seperti mana berlakunya kepada Singapura sedang dalam proses pembikinan. DAP sanggup untuk melakukan apa saja demi mencapai hasrat agar dapat kembali bersatu bersama PAP.

Sudah ada ura ura untuk memisahkan Pulau Pinang daripada kerajaan pusat semata mata kerana isu perbalahan Ketua Menteri dan SDO Nik Ali. Dalam perbincangan sulit mereka ada yang membincangkan tentang pemisahan negeri dari kerajaan Pusat dan mengkaji dalam bentuk apakah Singapura boleh membantu Pulau Pinang jika mereka berjaya mendapat autonomi.

Usaha mereka kearah itu sudah di rancang sejak begitu lama, mereka tidak berani membuat kenyataan secara terbuka, tindakan dan segala perancangan terlalu banyak yang tersirat hinggakan rakyat gagal melihat perancangan mereka.

Salah satu bukti sepertimana yang disiarkan oleh malaysiakini sememangnya ada sentimen yang disemai kearah perpisahan Pulau Pinang

The recent spat between the Penang chief minister and the State Development officer brought to light an issue that most people think about but dare not suggest: autonomy for Penang.


Tanda tanda kearah itu cukup banyak,yang cukup jelas apabila Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau, apa rasionalnya sebuah Universiti ultra kiasu yang hanya terletak di Selatan Semenanjung mahu dibina cawangannya di Pulau Pinang? Sudah tidak cukupkah kampus Universiti tempatan?

Pecah dan perintah adalah salah satu taktik yang sedang dijalankan seperti mana saranan Menteri Mentor Lim Kwan Yew kepada Guan Eng. Hal ini benar benar berlaku, apabila DAP melakukan rezoning pengundi.

Mana mana kawasan yang punyai pengundi Melayu yang ramai akan dipisahkan, malah pengundi cina akan dimasukkan kekawasan pengundi Melayu bagi mengurangkan peratusan, ini memudahkan mereka dijadikan sebagai pengundi penentu kepada kawasan melayu.

Contoh yang paling hampir adalah di kawasan Batu Maung, majoritinya pengundi kawasan ini adalah orang Melayu, namun sekarang ini perpindahan pengundi Cina amat drastik dan meningkat tinggi. Ini semata mata untuk dijadikan bargaining chip supaya pemimpim Melayu yang bertanding dikawasan itu untuk tunduk dan mengikut arahan mereka.


Guan Eng cukup gemar ke Singapura, setiap bulan 4-6 kali pasti akan terbang ke sana untuk bertemu dan berbincang dengan pemimpin PAP. Nampaknya semua yang dilakukan ada perakra sama yang dibuat Lee Kuan Yewe di Singapura pada tahun2 1960an dahulu.

Adakah anda mahu membiarkan perkara ini berlaku?

Petikan dari Pisau
Posted by The Unspinners at 8:02 AM

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/08/grand-design-dap-untuk-penang-keluar.html)

Isu surat sokongan DAP: Siapa yang bohong ?


(gambar hiasan)
Isu surat sokongan DAP: Siapa yang bohong ?



Ini sudah jelas kes ada yang tidak kena.Sehari selepas Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK)dari DAP, Tee Boon Hock dilaporkan mendakwa Ronnie Liu yang arah beliau tandatangan surat-surat sokongan permohonan kontrak, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu pula membuat laporan polis mendakwa kepala surat dan cop rasminya telah disalahguna.

Sedangkan ketika awal timbul isu ini Selasa lalu,Ronnie Liu dipetik sebagai menafikan berlaku salahguna keatas kepala surat dan cop rasminya.

Ronnie Liu membuat laporan polis di ibupejabat polis Shah Alam Isnin dengan membawa tiga pucuk surat menggunakan kepala surat dan cop rasmi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang beliau dakwa disalahguna .Katanya beliau membuat laporan polis itu atas nasihat Jawatankuasa Disiplin DAP.

Dakwa Ronnie Liu tandatangan pada surat-surat berkenaan bukan miliknya dan tidak tahu siapa punya.

Katanya setakat ini beliau baru temui tiga surat dan tidak hau jumlah sebenar berapa yang telah disalahguna.

Isunya di sini ialah setelah Tee mengaku beliau tandatangan surat-surat sokongan atas arahan Ronnie Liu , sekarang Exco Kerajaan Negeri itu pula mendakwa kepala surat dan cop rasminya disalahguna.

Sebanyak 15 buah syarikat telah mendapat kontrak bernilai lebih RM1 juta hasil dari surat sokongan yang ditandatangani oleh Tee itu.

Soalnya sekarang siapa yang berbohong mengenai isu surat sokongan ini ? Apakah Tee berbohong bila dakwa Ronnie Liu yang arahkannya tandatangan surat-surat itu?

Kenapa Ronnie Liu diperingkat awal dipetik menafikan kepala surat dan cop rasminya disalahguna dan sekarang ayatnya sudah berubah?- 2/8/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_31e7cdea-7f000010-1d956ad0-3dfac708)