Monday, November 10, 2014

Kerajaan Kedah desak polis bertindak terhadap individu menyamar Sultan


ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mendesak pihak polis segera mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa menyamar sebagai Sultan Kedah dan aktif menjalankan perniagaan menjual pingat serta darjah kebesaran negeri seperti didedahkan Persatuan Kerabat Diraja Kedah, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata tindakan terhadap individu terbabit yang menjalankan perniagaan haram menjual pingat kebesaran negeri pada harga antara RM120,000 dan RM600,000 disifatkan sebagai kesalahan besar dan harus dihentikan bagi memelihara nama baik kerabat Diraja Kedah.

"Ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna nama baik kerabat Diraja Kedah untuk kepentingan sendiri dan ini perlu dihentikan segera...polis kena ambil tindakan segera kerana laporan mengenainya sudah dibuat.

"Saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu atau 'gelap mata' dengan tawaran berkenaan kerana ia jelas tidak akan diiktiraf kerajaan negeri...pihak ini hanya ambil kesempatan dan cara mereka tidak ubah seperti skim cepat kaya atau piramid," katanya selepas merasmikan Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, di sini, sebentar tadi.

Kelmarin, bekas Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, mendedahkan kegiatan haram seorang pensyarah sebuah IPT yang mendakwa dirinya Sultan Kedah dan dipercayai turut terbabit kegiatan menjual pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk Seri Paduka negeri Kedah sejak Ogos lalu.

Tengku Zainol mendakwa lelaki itu menggelarkan dirinya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Shah Alam Tuanku Nai Mazlan Muhiyuddin Jamalul Alam Badrul Ibni Shah Tuanku Nai Abdul Majid Muadzam Shah Al-Jefri Johan, bergerak menggunakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat Tengku Zainol bersama Persatuan Sharif Shah, Tungku Long Putra dan Anjang Putra Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

terimakasih sumber:http://www.bharian.com.my/node/16723)

"Pertubuhan ini adalah satu pertubuhan haram yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual gelaran Datuk dan Datuk Seri pada harga yang sangat tinggi. Antara anugerah kebesaran dikeluarkan persatuan terbabit adalah Datuk Seri Paduka yang dijual pada harga RM600,000.00, Datuk Seri (RM500,000.00), Datuk Paduka (RM300,000.00) dan Datuk (RM120,000.00)"

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya kita kena ada "Tribal Police/AG" dan "Islamic Police/AG" - tengoklah kat US pun ada "Tribal Police" khas utk. BANGSA Bumiputera Native Americans.

Ini ialah kerana kaum Bumiputera mahupun umat Islam/Melayu tak ada perkhidmatan polis yang spesifik, yang memahami Islam serta HAK/IDENTITI umatnya serta HA/IDENTITI kaum Bumiputera - apalagi bila berkaitan PENGHINAAN/GERTAKAN ke atas Islam/umatnya serta Bumiputera - di mana aduan-aduan banyak dikendalikan Bukan Islam/Bukan Bumiputera - yg. samada tak paham (cakap Melayu pun kdg-kdg lansung tak fasih) atau TAK PEDULI!

Aku syak kalau kaum Pendatang termasuk omputih, tak tahu cakap Bahasa Melayu, atau polis yg. tak paham budaya Pendatang ni, tentu akan dpt. minta polis yg. boleh bercakap bahasa atau paham budayanya - tapi kenapa kaum Bumiputera termasuk Bumiputera Melayu mahupun umat Islam yg. MAJORITI; didiskriminasi utk. mendapat layanan serupa?! Bahkan sekrg. polis nak dipastikan semua tahu bahasa INGGERIS - sedgkan kaum pendatang, yg. bahasa Melayu/Kebangsaan pun tak fasih, tak pula kisah - heran betul aku! Jadi, anak-anak muda terutamanya BUMIPUTERA yg. tak fasih Bahasa Inggeris akan diDISKRIMINASI utk. jadi polis?! Ini TANAH MELAYU atau TANAH INGGERIS?!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].