KUALA LUMPUR 1 Jan. – Orang ramai yang masih tidak berpuas hati dengan harga barangan yang mahal walaupun harga runcit bahan bakar
sudah diturunkan bermula hari ini digesa membuat aduan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, setiap aduan yang diterima itu akan disiasat bagi memastikan tidak timbul sebarang permasalahan kepada mana-mana pihak.
“Kami menyediakan bilik gerakan yang akan beroperasi 24 jam sehari untuk menerima setiap aduan (berkaitan harga barang) daripada rakyat khususnya mereka yang sedang menghadapi bencana banjir.
“Jika ia benar-benar berlaku, kementerian tidak akan berlembut sebaliknya akan mengenakan tindakan setimpal kepada pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas mengenai harga barang berikutan penurunan harga bahan api sebanyak 35 sen bagi RON95 dan RON97 manakala 30 sen bagi harga runcit diesel.
Dalam pada itu, Hasan berkata, pengguna juga perlu bijak dan berani untuk bersuara dalam menangani permasalahan itu dan tidak hanya bergantung kepada tindakan kerajaan semata-mata.
“Pengguna sebenarnya boleh menggunakan kuasa dan hak sebagai seorang pengguna untuk mencari alternatif lain untuk mendapatkan barangan tersebut kerana mereka ada banyak pilihan.
“Dalam kata lain, mereka boleh memboikot mana-mana peniaga yang tidak menurunkan harga barangan,” katanya.
(sumber: terimakasih utusan online)
zmsegamat kata:
sama2kita buat 'price watch"
1 comment:
kayu la lu mat....staff lu yang patut turun padang check
Post a Comment