Kenal pasti beberapa cara untuk tingkatkan mutu perkhidmatan
17 Januari 2015 2:31 AM
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan segala protokolnya selaku Perdana Menteri apabila membuat tinjauan mengejut terhadap sistem pengangkutan awam negara bagi merasai sendiri mutu perkhidmatannya.
Beliau yang tidak ditemani mana-mana tetamu kenamaan menghabiskan masa 45 minit menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) ketika waktu puncak dan membayar sendiri tiket menggunakan kad pembayaran elektronik Touch ‘n Go.
Malah, tinjauan tersebut hanya diketahui pihak media selepas Perdana Menteri memuat naik gambar beliau di Twitter serta Facebook.
Apa yang menarik, setiap gambar dimuat naik itu memaparkan bagaimana Perdana Menteri dilihat begitu santai dengan berdiri dan duduk bersama-sama penumpang lain bagi bertanyakan maklum balas mereka.
Berdasarkan maklum balas yang diterima dan juga pengalaman beliau, kata Najib, kerajaan mengenal pasti beberapa cara untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi memberi lebih keselesaan kepada rakyat.
“Selepas menunaikan solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari Stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) bersama-sama dengan warga ibu kota yang lain.
“Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita,” kata Perdana Menteri dalam entri terbaharu di laman Facebook miliknya.
Sejak mengambil alih kepemimpinan negara pada 2009, Najib telah berulang kali melakukan tinjauan mesra bagi melihat, mendengar dan merasai sendiri denyut nadi rakyat selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat.
Langkah berkenaan antara salah satu transformasi yang diperkenalkan beliau dan kesediaannya untuk mengetepikan segala protokol selaku pemimpin nombor satu negara itu mendapat pujian daripada majoriti rakyat Malaysia.
(zmsegamat kata: Terima kasih YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat berharap; alangkah indahnya kalau lain-lain Pemimpin samada Ahli Politik atau Penjawat Awam atau Pegerusi GLC yang memiliki KUASA EKSEKUTIF lakukan juga TINJAUAN MENGEJUT)
17 Januari 2015 2:31 AM
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan segala protokolnya selaku Perdana Menteri apabila membuat tinjauan mengejut terhadap sistem pengangkutan awam negara bagi merasai sendiri mutu perkhidmatannya.
Beliau yang tidak ditemani mana-mana tetamu kenamaan menghabiskan masa 45 minit menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) ketika waktu puncak dan membayar sendiri tiket menggunakan kad pembayaran elektronik Touch ‘n Go.
Malah, tinjauan tersebut hanya diketahui pihak media selepas Perdana Menteri memuat naik gambar beliau di Twitter serta Facebook.
Apa yang menarik, setiap gambar dimuat naik itu memaparkan bagaimana Perdana Menteri dilihat begitu santai dengan berdiri dan duduk bersama-sama penumpang lain bagi bertanyakan maklum balas mereka.
No comments:
Post a Comment