ADA sesuatu yang menarik tatkala melayari internet mulai petang kelmarin dan juga pada pagi semalam. Menarik kerana dalam kemeriahan rakyat memberi reaksiterhadap kenaikan harga minyak, semakin banyak komen yang diberi dalam laman Facebook, Twitter dan blog disampaikan secara sinis, perli dan juga melawak.
Bukan sahaja dengan cara marah-marah dan maki hamun. Agaknya ramai yang dah habis marah hingga tak termarah lagi dengan kenaikan itu.
Siapa yang tak terkilan apabila harga minyak yang dianggap tidak akan naik dalam tempoh terdekat tiba-tiba lebih mahal 20 sen seliter dua hari selepas kita menyambut Hari Kemerdekaan? Barangkali juga, oleh kerana ramai yang mengagak lambat laun, harga minyak akan naik, maka ramai yang sudah bersedia menerima planned surprise itu. Justeru itu, marah yang dilepaskan menjadi lebih terkawal, lebih tertib, meskipun tahap kegeraman masing-masing tetap sama.
Ramai yang pulang paku buah keras kepada penyokong BN. Seolah-olah mereka memilih BN semata-mata kerana percaya parti itu tidak akan menaikkan harga minyak.
Dalam pada itu ramai juga penyokong tegar BN masih mempertahankan keputusan kerajaan dengan komen-komen politik, sedangkan kenaikan harga minyak itu bukannya keputusan politik, sebaliknya keputusan ekonomi.
Ya, kita boleh sarankan pak menteri jangan membazir wang rakyat dengan berbelanja besar untuk program berbentuk majlis, sambutan-sambutan, perayaan-perayaan, projek-projek atau apa sahaja yang tidak punyai kepentingan kesejahteraan rakyat. Tetapi, walau apa pun yang kita usulkan di laman-laman sesawang, akhirnya kita sendiri juga yang perlu menangani kenaikan itu ~ berdepan dengan realiti secara sendirian.
Meskipun bagi orang biasa yang menggunakan kenderaan sederhana seperti Proton Saga terpaksa menambah lebih kurang RM10 untuk setangki penuh minyak, dia sebenarnya menambah RM40 perbelanjaan minyak dalam sebulan jika dia mengisi minyak seminggu sekali. RM40 itu mungkin sekali bajet wang saku sekolah anaknya.
Ataupun bil api. Ataupun RM40 adalah bajet melanggan akhbar Sinar Harian untuk sebulan. Kesan kenaikan itu kecil bagi orang besar, tetapi besar buat orang kecil. Bagi orang kecil yang pandai mencari wang pendapatan tambahan, dia boleh cari tampung kekurangan belanjawan keluarganya berikutan dengan kenaikan ini. Tetapi bagi orang kecil yang tidak tahu arah atau jalan, kenaikan ini adalah sesuatu yang membebankan.
Dan ramai sekali orang kecil, malah orang sederhana yang di atas sebab-sebab kekangan masa, komitmen, pengetahuan dan peluang tidak dapat melakukan apa-apa.
Tetapi, walau marah macam mana pun, tindakan untuk meneruskan gaya hidup yang sama tanpa berbelanja secara berhemah merupakan satu bentuk denial. Orang tua kata, ‘ada buat cara ada, tak ada buat cara tak ada.’ Kalau kenaikan harga minyak itu membuatkan bajet lari, terimalah hakikat bahawa kita semakin sengkek.
Justeru itu, kita mesti hadapi kenyataan yang kehidupan kita semakin sempit. Ketepikan gaya hidup buat sementara kerana gaya hidup itu bukannya taraf hidup. Gaya hidup adalah khayalan untuk mempamer satu standard kehidupan seperti orang senang. Taraf hidup itu adalah realiti yang mesti ditangani secara realistik.
Mulakan dengan mengurangkan kepelbagaian menu makanan harian. Sarapan nasi lemak dengan dua jenis lauk boleh dikurangkan dengan sejenis lauk sahaja. Makan di luar seminggu sekali boleh dijarakkan selang seminggu. Jalan-jalan dan membeli-belah perlu diketepikan buat sementara waktu.
Seperti yang pernah saya beri sebagai contoh, kalau kita selongkar apa yang ada di dalam peti sejuk, kita tidak perlu ke pasar untuk seminggu. Yang penting, kenaikan harga minyak ini menjadikan kita peka dengan perbelanjaan. Bila kita mengawal nafsu berbelanja, ia adalah langkah kita untuk menyerap ketidakseimbangan bajet peribadi. Ia juga adalah latihan agar kita mengawal semula tabiat berbelanja tanpa berfikir panjang. Berpuasa dari berbelanja.
Semua ini adalah langkah berjimat cermat. Berjimat cermat? Ramai yang tidak selesa dengan istilah berjimat cermat kerana ia kedengaran retorik. Tetapi, bukankah berjimat cermat itu adalah tindakan yang terpuji sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, mewah mahupun miskin? Yang penting, kita kena bersedia menangani kenaikan minyak kerana ada banyak lagi kenaikan lain yang bakal kita hadapi dalam waktu terdekat ini.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/norden-mohamed/di-antara-taraf-hidup-dan-gaya-hidup-1.198400)

No comments:
Post a Comment