Sunday, October 28, 2012

Ibadah qurban menurut pandangan Islam





SEJARAH ASAL USUL KORBAN

1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)

2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S

3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S

4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S

5. Korban Zaman Nabi Musa A.S

6. Korban Bangsa Yunani dan Rom

7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;

Maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;

“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi

ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.

iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.

iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.

v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati  haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;

“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau  boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.  Sabda Rasulullah SAW;

Daripada Jabir , beliau berkata :

“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya;

Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;

1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.

2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.

WAKTU MELAKUKAN QURBAN

Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)

PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN

1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.

2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.

4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:

Maksudnya;

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;

Maksudnya;

“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing.Sabda Nabi SAW;

Maksudnya;

Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim)

Ketika melakukan korban Rasululah membaca;

Maksudnya;

“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.

2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.

3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.

4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan

i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)

Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.

Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.

1.
1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk kaum kerabat, teman-teman, jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongan kaya, manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin.  Kenyataan ini berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.” (Surah Al-Haj : Ayat 28)

FirmanNya lagi;

Maksudnya;

Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)

Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).

Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.

BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”

(Surah al-Haj : ayat 37)

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

SILA RUJUK :

1. Al-Quran dan terjemahannya

2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy

3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq

4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan

5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid

6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy

7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman

Disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H

Wednesday, October 24, 2012

Mansor Othman Kutuk Joseph Lim Guan Eng 'Dia very arrogant I tell you...""




ARKIB : 26/09/2012

Dia very arrogant I tell you..."


1.0 ISU Lim Guan Eng cocky and arrogant; sombong dan angkuh belum selesai. Guan Eng tengah pening. Namun, saya benar-benar kasihan dengan Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Saya yakin dia telah dipaksa bercakap bohong di sidang media mengatakan dia tidak mencerca bosnya itu.

2.0 Dalam TV kita semua boleh tengok dengan jelas Guan Eng duduk di sebelah Mansor. Ada satu ketika Guan Eng cuba menguis tangan Mansor memintanya supaya menamatkan sidang akhbar itu. Guan Eng tersangat bimbang Mansor akan terlepas cakap lagi.

3.0 Nampak sangat Mansor kena control dengan Guan Eng. Jadi, Mansor yang dikenali sebagai seorang yang tidak kuat semangat di kalangan ahli-ahli PKR, terpaksalah akur.
Hakikatnya apa yang Mansor cakap mengenai Guan Eng adalah dari hatinya.

4.0 Mesyuarat strategik PKR yang dipengerusikan oleh Mansor itu memang dirakamkan. Dan nak jadi cerita ada pula kutu yang membocorkannya di luar. Rakaman itu disiarkan oleh TV3.
Guan Eng semakin senak perutlah. Jadi memang benarlah apa yang diluahkan oleh Mansor?

5.0 Kenyataan Guan Eng sombong dan bongkak itu dikeluarkan Mansor apabila dia ditanya dalam mesyuarat itu berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang akan ditandingi PKR di Pulau Pinang.

6.0 Dalam rakaman itu yang disiarkan oleh Buletin Utama malam kelmarin, Mansor dipetik sebagai berkata: “Tidak tentu...Belum finalised, dia very arrogant I tell you... Cocky and arrogant. It‘s not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning 19 and they want more.
“Because by two more they can form their own government and they can, any two from us to be on their side and abandon us out."

7.0 Dalam soalan lain, Mansor dalam rakaman itu turut mengulas kekuatan DAP di Pulau Pinang yang menyebabkan keangkuhan Ketua Menterinya.

“8.0 Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you all kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang," kata Mansor.

9.0 Jika dianalisis kata-kata Mansor itu, ia datang dari hatinya yang tulus. Mansor sudah tidak tertahan dengan perangai Guan Eng. Bosnya itu adalah seorang yang sombong dan angkuh.

10.0 Semasa Cuit ini ditulis kita tidak tahu apa reaksi Guan Eng. Dia sudah tentu naik bengang. Apa pula muslihat yang sedang difikirkan. Mansor mungkin akan menjadi mangsanya lagi.

11.0 Apakah Guan Eng mahu Mansor berkata yang rakaman itu palsu dan direka-reka oleh musuhnya, sebagaimana video lucah China doll yang dituduh sebagai palsu oleh Anwar Ibrahim? Difahamkan usaha-usaha ke arah itu sedang dijalankan.

12.0 Apa sekali pun, Mansor kenalah berani. Sebagai seorang terpelajar dia harus mempunyai pendirian. Jangan biarkan orang memandang kita ini terlalu murahan.

13.0 Itulah juga isi hati Dr. Hasan Ali semasa dia berada di bawah telunjuk DAP dalam Exco Selangor dulu.Gelodak hati Hasan sudah tidak tertanggung apabila mendapati maruah agama dan bangsanya dicabar. Dia mengambil langkah berani dan terhormat. Walaupun pada peringkat awal, Hasan pun berbelah bahagi, namun demi maruah dia melawan.

14.0 Mansor masih ada masa untuk berbuat demikian. Ingatlah menjadi ahli politik bukan satu permainan mudah. Ia adalah amanah yang perlu dijawab di hadapan Yang Maha Esa kelak.

15.0 Jangan biarkan parti yang terkenal dengan sikap cauvinis itu terus diberi kuasa mutlak. Jangan biarkan Guan Eng, yang anda sebut sebagai sombong dan angkuh itu terus memijak kepala anda. Mansor masih mempunyai masa untuk membetulkan keadaan.

Wahai Mansor, ingatlah kepada agama, bangsa dan negara anda ini. Anda adalah penyelamat, sebenarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120926/re_06/Dia-very-arrogant-I-tell-you#ixzz2ABNGosuU
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Mengurus sabotaj dalaman


ARKIB : 23/10/2012

1.0 SEJAK kebelakangan ini dalam kehangatan merentasi pecutan akhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), ramai yang mula menyuarakan kebimbangan sekiranya segala persediaan dan yang dilakukan sejak pasca PRU 12 pada 2008 akan tercemar dengan masalah yang dihadapi dalam hampir kesemua PRU iaitu masalah dalaman parti.

2.0 Dalam PRU 12, rata-rata perubahan calon di saat-saat akhir menyebabkan jentera parti tidak berfungsi dan kemarahan serta kekecewaan diterjemahkan dalam bentuk pengundian. Maka, 'undi protes' besar-besaran dilakukan oleh ahli dan penyokong tegar parti kerana mahu menyedarkan kepimpinan bahawa zaman untuk mengikut apa sahaja ketetapan yang dilakukan oleh badan pemilihan calon tidak boleh bertindak dengan autoriti mutlak tanpa mendapat maklum balas daripada peringkat akar umbi.

3.0 Hakikatnya, sabotaj dalam parti boleh berlaku dalam pelbagai cara. Ia boleh dilakukan secara makro dan mikro membabitkan pemimpin, ahli, calon, jentera dan lawan parti. Kesemua ini terjadi kerana masing-masing hanya mahu menjadi 'ahli parti' dan bukan 'orang parti'. Jika sekadar menjadi ahli yang penuh dengan hasad dengki, tamak, ego, tamakkan kuasa, pangkat serta kedudukan; maka golongan ini tidak teragak-agak menggunakan apa sahaja kaedah yang hanya bersifat kepentingan diri dan bukan memperkasakan parti.

4.0 Cuba selami kisah kedudukan Khalid Al-Walid sebagai Panglima Perang di zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Ia wajar dijadikan iktibar dan iltizam oleh pemimpin hari ini dan kepimpinan akan datang. Bagaimanakah wujud nilai di sebalik mengapa perlu digugur dan pada waktu yang sama tidak menjejaskan jentera serta kemampuan parti merupakan dilema yang sedang dihadapi oleh parti politik agar tidak menjejaskan pencapaian dan perubahan yang cuba diketengahkan sejak 2008.

5.0  Malahan ini merupakan antara yang akan dinilai terutama oleh pengundi bandar dan pengundi atas pagar agar keyakinan dan kepercayaan pulih berasaskan kepada 'kemuafakatan' dan keteguhan parti.

6.0 Parti UMNO jelas serius untuk menangani isu ini dengan penubuhan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang turut mengepalai Lembaga Disiplin parti.

7.0  Begitu juga dengan cadangan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong agar nama calon diumum awal untuk mengelak daripada sabotaj ketika PRU supaya pemimpin yang digugur atau gagal menjadi calon dapat dipujuk agar kesetiaan kepada parti diutamakan. Ini kerana salah laku sabotaj juga boleh menjejas barisan jentera parti apatah lagi jika menggunakan emosi untuk memujuk penyokong mereka tidak membantu seseorang calon sehingga menghasut agar menggagalkan misi parti sendiri.

8.0 Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kedah ada menyatakan bahawa Kedah adalah winnable state jika selesai masalah dalaman; dan ia juga merupakan nasihat dan peringatan kepada keseluruhan gerak kerja seluruh negara kerana Muhyiddin ada menyatakan bahawa PRU akan datang adalah misi 'hidup atau mati' demi mempertahankan kedudukan parti yang terhakis sokongan dalam PRU yang lalu.

9.0 Perebutan jawatan dan pangkat bukan baharu dalam mana-mana parti tetapi masalahnya adalah apabila ia terbawa-bawa sehingga mengganggu proses 'merapatkan barisan' sebaik-baik sahaja selesai pemilihan Pengerusi Bahagian, negeri dan Majlis Tertinggi parti. Ada yang rela mengorbankan parti kerana tidak selesa dengan calon yang menang atau terpilih menjadi calon PRU. Apakah mereka lebih rela parti kalah kerana tidak dicalonkan?

10.0 Masalah dalaman boleh dihindar jika masing-masing berpegang kepada asas mengapa menyertai parti politik dan mendalami perjuangan asal parti. Pemilihan calon yang kalah seperti mana 2008 dan beberapa pilihan raya kecil perlu dijadikan sebagai pengajaran kerana apa makna menjadi calon jika kalah dan tahu boleh memberi kesan bukan sahaja kepada calon dan parti tetapi masa depan parti yang turut bergantung kepada kewibawaan calon.

11.0 Puak yang menentang dan menyokong lumrah dalam sepak terajang politik tetapi sekiranya PRU akan dilihat sebagai maruah parti dan masa depan parti, sesiapa sahaja yang dilantik sebagai calon mesti boleh diterima asalkan calon adalah winnable untuk rakyat atau pengundi dan bukan syok sendiri dalam parti.

12.0 Masalah dalaman juga sering berlaku kerana dana pilihan raya tidak sampai kepada kumpulan sasar. Jika dahulu, sukarelawan dan pekerja parti diberikan sedikit imbuhan atas penat lelah mereka, kini ia bukan lagi bernilai RM10 atau RM15 sedangkan harga rokok sahaja sudah mencecah RM10 sekotak berbanding di bawah RM5 satu ketika dahulu. Ini tidak termasuk duit minyak motor dan kenderaan serta makan-minum mereka. Dana ada, cuma sampai atau tidak yang menjadi persoalan; jika tidak sampai, siapakah yang menyimpannya dan untuk apa?

13.0 Penghormatan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pemimpin akar umbi dan para gurkha parti kerana tanpa mereka siapa calon atau siapa pemimpin. Mereka merupakan tulang belakang yang perlu dijaga makan-minum dan kebajikannya. Maka, dana perlu disalurkan kepada mereka dan bukan disimpan untuk pemilihan dalam parti atau untuk kegunaan sendiri terutama di kawasan yang dilabel kelabu dan hitam. Jentera akan berkerja siang dan malam, bertungkus lumus demi parti jika pemimpin menampakkan nilai 'sepakat' bukan berpakat-pakat untuk menjatuhkan parti atau 'membulatkan diri' tetapi 'sepakat' mempertahankan maruah parti.

14.0 Angkuh, hasad dengki, sombong, cemburu dan bersikap sambil lewa serta berlagak tahu segalanya dalam keadaan parti memerlukan sokongan ahli perlu dijauhi. Iktiraf dan hormat pemimpin cawangan yang menjadi mata, telinga dan nadi parti dengan penstrukturan yang kemas dan rapi. Luncai, Pak Pandir, Si Kitul boleh dilepas pergi tetapi bukan Abu Nawas yang sayangkan agama, bangsa dan tanah air.

15.0 Jangan terpedaya dengan janji-janji palsu segelintir pemimpin yang 'lebih sudu dari kuah' sehingga bijak bersilat dengan gaya seorang 'penipu' yang tidak jujur dan ikhlas kepada parti dan perjuangannya. Hari ini dia berbaju biru tetapi dalam sekelip mata berubah baju hijau, merah atau apa sahaja warna kerana kerakusan kuasa sahaja tanpa mengimbas kedudukannya hari ini adalah juga atas nama parti.

16.0 Strategi dalam PRU yang merupakan 'ibu segala pilihan raya' mesti bersifat rendah diri dan memahami naluri seorang 'rakyat biasa' bukan berjiwa 'elitis' tetapi orang kebanyakan yang berpaksikan kepada nilai perkongsian bersama. Sabotaj juga boleh berlaku jika berlebih-lebihan menonjolkan nilai yang bukan menjadi norma dan amalan budaya kita, 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak'. Itu tradisi politik kita.

17.0 Amanah untuk memastikan masalah dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) akan dipikul oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN. Sejauh manakah pemimpin lain akur untuk menunjukkan nilai komitmen dan kolektif ke atas keputusan Pengerusi BN juga akan dihalusi oleh pelbagai kelompok pengundi. Ada pemimpin yang sudah terlalu lama, molek jika berundur supaya tidak membebankan keputusan yang bakal diambil oleh Najib dan barisan pemilihan.

18.0 Bagi yang telah berkhidmat untuk beberapa penggal, barangkali ini masanya untuk menjadi idola kepada bakal pengganti; bersama membantu kempen dan calon baru pula jangan dipinggirkan pemimpin lama kerana tanpa mereka; parti tiada. Asam garam dalam parti; ada yang elok dan ada yang kurang elok; kita yang menentukannya. Lihat kepada pencapaian dan segala kelemahan boleh diperbaiki jika ada jati diri dan komited ke atas perjuangan masing-masing.

19.0 Musibah dalam PRU akan datang barangkali bukan daripada lawan tetapi parti sendiri jika tidak ditangani dengan berhati-hati. Penguasaan sumber dan guna tenaga boleh digunakan dengan praktikal dan dikongsi untuk meningkatkan kedudukan parti dalam PRU akan datang.

20.0 Baik bagi pemimpin pusat, negeri, bahagian dan cawangan perlu terus diperingatkan bahawa 'yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua' jika ikhlas dalam perjuangan politik kepartian sehingga masalah dalaman tidak akan wujud jika bersedia dengan tindakan kolektif walau ada jawatan mahupun tidak.

21.0 Yang penting, bagaimana untuk mengemudi dan menterjemah sokongan dalam bentuk undian pada PRU akan datang yang menjadi tanggungjawab keseluruhan anggota parti tanpa mengira batasan pangkat, kedudukan dan fungsi dalam parti jika benar-benar mengidamkan kemenangan yang sudah tidak dapat bergolek seperti satu ketika dahulu


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121023/re_02/Mengurus-sabotaj-dalaman#ixzz2ABJTdol9
© Utusan Melayu (M) Bhd 


terimakasih utusan

Melayu muak penghinaan DAP


ARKIB : 23/10/2012


Penjaja Padang Kota Lama, Georgetown yang terdiri daripada orang Melayu meluahkan perasaan marah dan kecewa terhadap kepimpinan DAP di Pulau Pinang, September lalu. - Gambar hiasan

1.0 Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu.
"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).
"Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu.

2.0 Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.
"Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar.
"Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran.
"Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP.
"Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Abdul Aziz.

3.0 Beliau juga menjelaskan hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka dan Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

4.0 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta.

5.0 Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurang ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan permintaan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera.

6.0 Melayu memang sudah muak dengan mainan politik DAP. Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu.
Lebih membimbangkan ialah sikap DAP anti-Islam dalam banyak perkara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam masih belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan.

7.0 Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya - orang Melayu dalam Pas.

8.0 Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikkan semua perkara tetapi tidak mungkin hal-ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur. Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.
"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu," kata Tengku Abdul Aziz.

9.0 Beliau menasihatkan orang Melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan.

10.0 Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dahulu tidak menghormati asas Perlembagaan dan bersifat cauvinis serta sentiasa bermain api perkauman bagi mengekalkan sokongan orang Cina.

11.0 Orang Melayu yang masih berada dalam DAP atau menyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Abdul Aziz supaya kedudukan dan hak Melayu tidak dipermainkan.
Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam dan bertukar kepada perjuangan negara berkebajikan.

12.0 Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya kerana pada akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama Pas dengan DAP dan PKR hanyalah untuk menang kerusi sahaja.

13.0 Menurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malaysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan makna demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin melampaui batas.
"Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekan negara dan bukannya berada di era untuk mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini.
"Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap hak-hak setiap rakyat Persekutuan di samping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara langsung dan tidak langsung," kata Hashim.

14.0 Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum Ke-13 itu.
"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak dengan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," kata Hashim.

15.0 Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa Melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam yang termaktub dalam Perlembagaan pun dihina?

16.0 Tindakan itu belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu tapi sembunyi tangan.
Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.
DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis.

17.0 DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk pada penghinaan kaum minoriti?

18.0 Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti yang sering dihina tetapi perkara sebaliknya berlaku di Malaysia. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. Yang menghina pula terdiri daripada kaum minoriti.

19.0 Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau.

20.0 Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan.
Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

terima kasih utusan:

BOLEHKAH kita melakukan badal haji dan ibadah korban untuk orang yang telah meninggal dunia? Jika boleh, saya ingin lakukan untuk arwah ibu saya.




ARKIBUTUSAN : 23/10/2012

Badal haji, korban untuk arwah

BOLEHKAH kita melakukan badal haji dan ibadah korban untuk orang yang telah meninggal dunia? Jika boleh, saya ingin lakukan untuk arwah ibu saya.

Jawapan

1.0 Sebelum menjawab soalan ini, kita harus membincangkan satu perkara penting terlebih dahulu. Iaitu apakah orang yang telah meninggal dunia boleh mendapatkan pahala amalan ibadah yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup?

2.0 Mengikut kesepakatan (ijmak) ulama daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah, orang yang sudah meninggal dunia masih boleh menerima pahala ibadat yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup. Demikian dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn al-Qayyim (w. 751H) dalam kitab al-Ruh.

3.0 Dalilnya sangat banyak, salah satunya hadis Nabi SAW yang bermaksud: Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka amalannya telah terputus melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang selalu berdoa untuknya. (riwayat Muslim)

4.0 Setelah mengumpulkan pelbagai dalil dalam perkara ini, Imam al-Syafii merumuskan: "Akan sampai kepada mayat daripada amalan orang lain tiga perkara, haji yang dilakukan untuknya, harta yang disedekahkan atau dibayarkan (hutang) untuknya dan doa. Aku mengatakan ini kerana berdalil dengan sunnah dalam perkara haji. Dan umrah serupa dengannya secara qiyas."

Badal haji

5.0 Daripada ucapan Imam Al-Syafii di atas, badal haji yang dilakukan untuk arwah, insya-Allah pahalanya akan sampai kepada arwah. Namun, apa hukum membuatkan badal haji itu?

6.0 Menurut ulama mazhab Syafii, hukum membuat badal haji terbahagi dua. Wajib jika arwah memang telah wajib melaksanakan ibadah haji semasa hidupnya, namun meninggal dunia sebelum sempat melakukannya. Dalam kes seperti ini, ahli waris wajib mengeluarkan sebahagian daripada harta pusaka peninggalan si mati untuk digunakan membiayai badal haji untuknya.

7.0 Berkata Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Idah fi al-Manasik: "Wajib menggantikan (badal) haji bagi si mati jika ia (si mati) berkemampuan untuk haji ketika hidupnya namun tidak sempat melakukannya. Itu pun jika ia meninggalkan harta warisan. Jika tidak, maka bukan kewajipan waris untuk melakukan haji badal baginya."

8.0 Jika si arwah sememangnya tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah haji semasa hidupnya, maka ahli waris tidak wajib membuatkan badal haji baginya. Jika mereka ingin membuatkan untuknya juga, maka hukumnya harus. Namun dalam kes ini, waris tidak boleh menggunakan harta pusaka peninggalan arwah untuk membiayai badal haji itu kecuali dengan keizinan seluruh ahli waris.

9.0 Siapa yang berminat melakukan badal haji untuk arwah boleh melakukannya sendiri atau menyewa orang lain untuk membuatkan badal haji untuk orang yang dikehendaki. Seseorang yang melakukan badal haji mestilah orang yang pernah melakukan ibadah haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Korban untuk arwah

10.0 Bagi korban untuk arwah pula telah menimbulkan perselisihan di kalangan para ulama. Mazhab Syafii mengatakan bahawa korban adalah ibadah perseorangan. Oleh itu tidak sah dilakukan oleh orang lain tanpa keizinan daripada empunya diri. Jika orang itu telah meninggal dunia, maka ibadah korban tidak sah tanpa wasiat daripadanya.

11.0 Jika arwah pernah berwasiat agar dibuatkan ibadah korban selepas kematiannya, maka ahli waris boleh melakukan korban tersebut. Namun daging korban itu wajib disedekahkan keseluruhannya kepada fakir miskin.

12.0 Demikian kesimpulan hukum korban untuk arwah dalam mazhab Syafii. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan adanya pandangan berbeza yang berasal daripada ulama mazhab lain.

13.0 Mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali, ibadah korban boleh dilakukan untuk arwah biarpun tanpa wasiat daripada si mati. Pahalanya insya-Allah akan sampai kepadanya.

14.0 Saya sangat berharap perbezaan pendapat ini tidak menyebabkan perbalahan di antara kita. Sebaliknya, kita mesti ingat bahawa matlamat utama ibadah korban adalah untuk menaati perintah Allah SWT, menzahirkan kesyukuran dan menghidupkan syiar agama di negeri kita.

15.0 Kita juga patut sedar bahawa keikhlasan dan ketakwaan yang menentukan nilai ibadah kita. Mana-mana ibadah korban yang benar-benar mengharapkan reda Allah, maka itulah yang lebih bernilai di sisi Allah SWT.

Allah berfirman: Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamu lah yang dapat mencapainya. (al-Hajj: 37)


terimakasih utusan: 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121023/ba_04/Badal-haji-korban-untuk-arwah#ixzz2ABCErFZD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, October 21, 2012

surau di kawasan perumahan alam damai.di robohkan (zaharin mohd yasin)





Parlimen Bdr Tun Razak di wakili oleh PKR, sekutu rapat DAP. Orang melayu hendak ahli parlimen terdiri orang Melayu, mereka sokong PKR kononnya dia orang Melayu, akhirnya yg mereka dapat ialah tindakan penyokong DAP menyewa jentolak merobohkan surau di Alam Damai. Pemimpin PAS membisu. Kos kerugian tidak kurang RM20ribu. Tak insaf lagi orang melayu/islam, saya tak tahu apa nak kata lagi..tanggunglah sendiri, jgn salahkan orang lain. — with Mohd Fairus and 6 others.
Like ·  ·  · 12 hours ago near Pudu Ulu, Wilayah Persekutuan · 



Mesyuarat bersama semua ngo berhubong dgn tindakan penduduk bukan melayu bertindak sendiri merobohkan surau di kawasan perumahan alam damai.




Thursday, October 18, 2012

Mumbang Dan Kelapa


Written by Andi Jupardi   
ImagePilosopi atau falsafah nenek moyang kita orang minang umumnya belajar dari alam atau disebut juga alam takambang jadi guru, terutama ketika ajaran Islam belum masuk ke daerah kita Minang kabau. Kejadiaan alamlah yang memberikan “pelajaran dan pegangan hidup” bagi  orang tua kita dahulu kala. Sebagai contoh alam itu adalah Pohon Kelapa.

Pilosopi mereka (atau apapun istilahnya)  para orang tua kita bilang begini :
 
"Kok ka lai mumbang jadi kalapo”


Mumbang adalah bakal cikal buah kelapa kira-kira ukurannya sebesar bola tenis, dalam satu tandan buah kelapa maka terdapat banyak mumbang yang nantinya karena seleksi alam biasanya dalam satu tandan tersebut hanya beberap buah saja menjadi kelapa yang  bisa digunakan oleh manusia. Apalagi orang minang kelapa sudah menjadi bagian penting terutama dalam pusaka kulinernya. Hampir setiap masakan Minang berbahan dasar kelapa, dalam pemakaiannya berbentuk cairan yang dihasilkan dari perasan daging kelapa atau disebut santan..

Mumbang ini dalam perjalanannya menjadi buah kelapa yang bisa dimanfaatkan, dari sekian banyaknya dalam satu tandan bisa saja jatuh dari tandan ke bumi disebabkan tiupan angin kencang sehingga lepas dari tampuk tempat dia menempel, busuk karena serangan penyakit, atau serangan tupai “yang iseng” bermain-main dengan mumbang ini sehingga tadinya mumbang cukup kuat berpegang pada tampuknya, gara-gara si tupai iseng tadi mumbang tersebut jatuh.

Makna tersirat dari kalimat diatas lebih jauh artinya kira-kira begini salah satu contohnya

Ketika kita ingin berusaha mencari nafkah (tambahan penghasilan)  dimuka bumi ini, mungkin awalnya sebuah hobby yang tidak diperhitungkan nantinya bermanfaat atau memberikan nilai tambah terhadap penghasilan kita, tapi kita punya asa mudah2an usaha yang dari hobi ini akan sukses menjadi usaha yang menguntungkan. Dalam perjalananannya  seperti mumbang tadi ada beberapa kemungkinan akan terjadi.

-  Usaha hanya sebatas hobi saja yang menguras kantong kita, tanpa menghasilkan nilai tambah dalam bentuk keuntungan, tapi hanya sebuah kepuasan batin saja.. Mumbang telah jatuh dulu ke bumi sebelum matang menjadi kelapa, tapi mumbang yang jatuh tadi masih segar dan hijau masih menarik untuk dipandang atau dijadikan hiasan.

- Ketika hobi ini kita tekuni dan menampakan secercah keuntungan, walau masih meraba-raba atau masih kurang yakin, dalam hati masih ragu “apa bisa hobi saya ini dijual ya nantinya” dan  pola pikir kita sederhana saja “Bagaimana nantilah” nah ini yang dikatakan :Kok lai mumbang jadi kalapo”

- Tapi karena seleksi alam tadi, mungkin mumbang busuk atau kena penyakit secara otomatis jangan berharap jadi kelapa nantinya. Dipertahan dengan segala upaya “mumbang” itu tetap akan jatuh atau istilah sedikit yang romantis “layu sebelum berkembang”. Hobi hanya sebatas kesenangan sementara ketika bosan ditinggalkan akhirnya “busuk” sendiri dan  jatuh, kita tidak banyak berharap akan bermanfaat atau memberikan nilai tambah terhadap hobi yang angin-anginan ini malah akan menambah beban pengeluaraan. Bisa jadi seseorang masih banyak punya “mumbang” (baca: penghasilan/uang) yang sekian banyak menempel di tandan maka dia tidak terlalu menghiraukannya “mau jatuh-jatuh lah, mau busuk-busuklah” toh masih ada mumbang yang bakalan jadi kelapa misalnya penghasilan  yang pasti seperti gaji rutin sebagai karyawan swasta atau PNS)

Nah jika menekuni sebuah usaha atau apa saja, dengan kemauan yang kuat, gigih, tahan banting tentunya jangan pakai “kok” lagi, kita harus optimis dan berkata“Mumbang ini harus menjadi Kelapa”

Lalu tentang Pohon Kelapa ini orang tua kita juga belajar dari alam, apa yang terjadi, apa yang mereka amati dengan mumbang dan kelapa ini, jika seseorang meninggal dalam usia muda belia, maka mereka berkata ::

"Mumbang jatuah, kalapo jatuah”

Dialam begitu adanya,  sebatang pohon kelapa yang berbuah mulai dari putik, mumbang, masih muda dan kelapa tua ada saja yang jatuh akibat berbagai hal. Nah ketika ajaran Islam masuk ke Ranah Minang Adat yang selama ini basandi Syarak ditambahkan Syarak basandi Kitabullah (ajaran Islam yang bersumber dari Al Quran dan Hadist Rasulullah).

Tentunya dalam ajaran Islam kita memperjayai masalah ajal adalah kehendak yang Kuasa, jika Allah SWT berkehendak maka jadilah (Kun fayakun), jika ajal dijemput oleh sang Khalik  tidak ada seorang pun bisa menghalanginya. Kapan saja, dimana saja, tidak mengenal Tua Muda, bahkan ketika Roh ditiupkan pada janin yang dikandung seorang ibu maka jika Tuhan berkehendak maka Dia akan mengambilnya kembali Roh ini sebelum lahir ke muka bumi.

Kekuasaan mutlak Allah SWT dalam hal ini diibaratkan juga oleh para orang tua kita dulu dengan kiasan/metafora “Mumbang jatuh Kelapa Jatuh”, ya walau secara umum ajal tiba dijemput sang Khalik tersebut rata-rata orang telah berusia tua atau usur. Kembali lagi seperti kata orang tua kita itu , semua bisa terjadi  “Mumbang” pun bisa jatuh jika itu kehendakNya

(terimakasih sumber:http://www.cimbuak.net/content/view/1251/5/)

Wednesday, October 17, 2012

Siapa calon boleh menang PRU13?



ABD JALIL ALI
4 Oktober 2012
1.0 BIASALAH, lain orang lain pandangan mengenai Bajet 2013. Najib kata, bajet untuk rakyat. Pembangkang kata, Bajet PRU13. Ada orang kata habuan untuk semua lapisan masyarakat. Orang lain pula kata gula-gula membeli undi.

2.0 Apa pun satu soalan yang telah beribu-ribu kali ditanyakan di seluruh alam – baik alam nyata mahu pun alam maya – ialah: Bila pilihan raya? Orang yang tidak mendaftar sebagai pemilih pun tertarik pada soalan cepumas yang belum terjawab itu.

3.0 Maka lebih baik jangan pening kepala memikirkan tarikh PRU13. Tidak perlu juga mencari ahlul nujum atau tukang telek antarabangsa. Kalau dunia belum kiamat, kita akan mengundi juga sebelum habis mandat, insya-Allah.

4.0 Agaknya PM masih belum muktamad mengenai siapa yang akan dipilih sebagai calon. Almaklumlah, ini bukan kerja mudah. Baik Najib mahu pun pemimpin lain-lain parti, semua hendak mencari calon boleh menang (CBM) @ winnable candidates (WC).

5.0 Masalahnya semua orang mengaku sebagai calon boleh menang. Orang gagap dan semput pun menganggap dirinya sebagai WC. Maaf cakap, kalau ke Jakarta dan terlihat huruf WC jangan kata itu calon boleh menang, sebab di Indonesia ‘WC’ maknanya ‘tandas’. Kita memang ramai calon tandas!

6.0 Orang yang sudah kelabu mata dan tidak berupaya mengikat tali kasut pun, sekiranya ditanya pasti akan berkata dengan yakin: “Sayalah calon boleh menang!” Dan dia akan memberikan seribu satu macam sebab, blah, blah, blah.

7.0 Kalau ditanya pada puntianak sundal malam pasti dia pun kata: “Sayalah CBM!” Malah, dia akan mendabik dada sambil mendakwa kehebatannya: “Saya telah cekik banyak orang. Kalau kumpulkan orang yang mati saya cekik, boleh penuh Dataran Merdeka.

“Saya sudah hisap berjuta liter darah. Semua jenis darah saya hisap. Darah group A, group B, C, hatta darah penghidap Aids dan darah denggi pun habis saya sedut. Siapa yang boleh lawan saya dalam bab cekik-mencekik dan hisap-menghisap?”

8.0 Di dunia sarkas lebih sukar memilih, sebab semua jenis haiwan akan mendakwa dialah calon paling layak. Kalau tanya burung kakak tua, dia akan kata yang lain semua tidak layak jadi calon. “Saya paling layak, sebab saya ada kelebihan. Mana ada haiwan yang boleh bercakap manusia? Saya boleh ikut cakap orang!” Sama ada dia faham atau tidak apa yang dituturkan, itu bab lain.

9.0 Tanyakan pada gajah menta, dia akan kata: “Inilah calon paling layak, boleh menang!” Alasannya? “Semua orang takut pada saya. Kaki saya kuat macam besi kursani. Banyak orang telah saya pijak dan lanyak. Pendek kata dalam bab pijak-memijak, tidak ada siapa boleh lawan saya!” Dia mendakwa tubuh besar pun satu kelebihan, walaupun otak kecil.

10.0 Ular sawa kata, dia calon boleh menang sebab pandai membelit. Putar belitnya boleh mematikan orang, kalau mangsa lambat mati dia boleh telan hidup-hidup. 
Babi tonyok kata, dia pun hebat juga sebab pandai menyondol.

11.0 Buaya kata dia lebih hebat sebab dia kaki tibai No.1. Kaki orang, tangan orang semua dia balun tidak kira haram-halal. Anak orang, bini orang, harta orang semua dia ‘ngap’. Siapa pun tidak berani usik, sebab kulit dia tebal lagi kebal. Kalau tembak pun tidak lut peluru.

12.0 Pendek kata apa juga fauna – monyet, biawak, badak sumbu, tapir, kala jengking, semut gatal, lintah, ibu dugong, semua mendakwa ada kelebihan masing-masing dan dengan itu termasuk dalam kategori CBM @ WC.

13.0 Hatta, nyamuk yang halus seperti hujung pencungkil gigi pun tidak mahu mengalah, dan tetap menegaskan dialah calon boleh menang. Katanya sehalus-halus dia pun ada kelebihan tersendiri: “Saya boleh masuk dalam lubang telinga, bersosek-sosek dan berkepo sehingga orang boleh sasau sebab percaya apa yang saya sosekkan siang malam.”

14.0 Ada satu lagi kelebihan si kecil ini. Dia pandai mencucuk. Sekali terkena tusukan muncungnya yang tajam lagi bervirus itu, orang boleh dihinggapi kuman malaria atau denggi. Ramai yang maut tidak sempat mengucap gara-gara virus yang disebarkan nyamuk.


15.0 Maka tentu sekali di luar alam sarkas @ haiwan pun ada seribu satu macam watak yang perlu diteliti agar para pemimpin mana-mana parti tidak tersilap pilih. Seperti yang diakui semua, pilihan raya kali ini amat mencabar, kena letakkan calon yang betul-betul sesuai.

Ingat, pengundi tahu siapa calon boleh menang, dan siapa pula calon tandas.

Tuesday, October 16, 2012

Budaya sate melemahkan bangsa


MUHAMMAD ALI HASHIM
2 Julai 2012
1.0 Sate adalah antara makanan ikon Malaysia ciptaan dunia Melayu. Ia satu jenis makanan hebat hasil cetusan kreatif cita rasa Melayu yang luar biasa dan diminati ramai kerana kelazatannya yang unik. Seluruh warga Malaysia berbangga dengan sate yang kini menjadi sejenis makanan beridentiti Malaysia yang diminati semua, termasuk warga asing dan pelancong.

2.0 Selain sate sebagai makanan, pernahkah kita dengar istilah 'budaya sate' yang dikaitkan dengan budaya kerja warga Malaysia, iaitu antara amalan budaya dalam organisasi di bawah teraju Melayu khasnya?

3.0 Ia adalah satu jenis budaya yang diamalkan oleh warga kerja dalam semua konteks orang bekerja atau bertindak secara kumpulan, seumpama di pejabat atau mana-mana organisasi, sama ada formal atau tidak formal.

4.0 Tidak kira organisasi politik, universiti, sekolah, pentadbiran kerajaan, badan bisnes, organisasi agama, syarikat swasta, GLC, persatuan, NGO, atau koperasi; semuanya membentuk suatu corak budaya kerja yang mempunyai ciri dan identiti terserlah.

5.0 Tidak kira juga sama ada badan tidak formal seperti kelab pengembara motor, kelab peminat sukan, jawatankuasa menganjur kegiatan masjid, kumpulan bertindak untuk berdemonstrasi atau seumpamanya; semua kumpulan manusia atau organisasi tidak akan pernah sunyi daripada mencorakkan budaya yang mempengaruhi rentak kerja serta membawa kesan kepada penghasilan kerja dan prestasi kumpulan masing-masing.

6.0 Positif budayanya, positiflah prestasi, dan demikian juga sebaliknya. Setiap kali saya berceramah mengenai budaya kerja dan kesannya ke atas prestasi sesebuah organisasi, apabila disebut budaya sate, ramai peserta seminar atau forum akan tampil dengan respons budaya kipas-mengipas.

7.0 Setiap kali juga saya tekankan kipasmengipas atau ampu-mengampu adalah tindakan terakhir anggota kumpulan yang mengamalkan budaya sate.

8.0 Biasanya akan ada tindakan cucuk-mencucuk dan tikam-menikam mendahuluinya.

9.0 Untuk itu warga kerja akan tampil, masing-masing dengan lidi paling tajam atau pun keris paling beracun. Kerap kali juga disaksikan peristiwa tikaman dilakukan dari belakang dengan menikam sambil menyorok tangan.

10.0 Kemudian akan menyusul kumpulan yang api-mengapi. Seumpama dalam membakar sate, lebih enak kalau api sesekali disemarakkan dengan renjisan minyak supaya daging sate lebih cepat masak dan lebih sedap apabila dimakan nanti.

11.0 Keghairahan api-mengapi menyebabkan ramai pula yang akan merencahnya dengan hasutan, kadang kala dengan karya kreatif yang sengaja direka dan ditokok-tambah warna dan manisnya untuk menyedapkan kata supaya api kemarahan atau kebencian memarak menyala hingga membakar semuanya.

12.0 Budaya sate berbahaya dan merosakkan. Justeru wajib diketepikan dan dicantas dari awal lagi jika didapati berlaku dalam mana-mana kumpulan atau organisasi. Sekalipun tanggungjawab dan tugas utama terletak pada bahu pemimpin kumpulan atau organisasi mengatasinya, semua
ahli kumpulan atau organisasi mempunyai kewajipan bersama.

13.0 Paling malang sekali jika pemimpin, ketua kumpulan atau CEO pula yang sengaja meraih keuntungan peribadi daripada bisnes sate dalam organisasi dan bertindak memantapkan kedudukan dengan menyemarakkannya untuk kepentingan diri.

14.0 Ini boleh berlaku terutama dalam kalangan pemimpin dan ketua yang sarat dengan ijazah “PhD” (perangai hasad dengki), yang rendah akhlak dan tidak berjiwa besar.

15.0 Bahaya sebenar budaya sate jauh lebih mendalam dan tidak terhad cuma kepada kesan fenomena kipas-mengipas, cucuk mencucuk atau api-mengapi.

16.0 Ia boleh memecah-belah dan merosak suasana kerja dan menjejas perhubungan serta kepercayaan dan keyakinan antara sesama warga kerja.

17.0 Pada akhirnya, ia juga boleh menjangkiti dan mempengaruhi pencorakan budaya dalam masyarakat besar.

18.0 Jika dibiarkan melarat dalam organisasi, ia mematah motivasi kerja, menggugat semangat berpasukan dan memusnahkan perhubungan dan ikatan silaturahim antara warga. Jika meluas, ia membawa imej negatif kepada organisasi, sama ada dari kaca mata orang dalam mahupun pada pandangan orang luar terhadapnya.

19.0 Budaya sate, jika melimpah ke dalam masyarakat besar, juga merosak dan berpotensi memusnahkan. Paling berbahaya, budaya ini merosak jiwa dan memutuskan pegangan semua kepada tali ALLAH SWT seperti yang diperingatkan oleh Islam.
20.0 Ia menjadi punca perpecahan yang sangat payah dicantum dan dipadukan semula. Kerana dalam organisasi atau masyarakat berbudaya sate, langkah pertama, iaitu jauh sebelum berlakunya kipasmengipas, cucuk-mencucuk atau api-mengapi, akan membabitkan semua dalam kegiatan memotong dan merempahi daging untuk dijadikan bahan utama sate.

21.0 Malangnya dalam amalan budaya sate, daging yang dipotong, dirempahi dengan hasutan dan tohmahan liar yang akhirnya dihidangkan untuk santapan ramai kerap merupakan “daging-daging saudara kita sendiri,” iaitu yang sebangsa dan seumat! Inilah kerosakan paling besar budaya sate yang sangat berbahaya kepada masyarakat.

22.0 Dengan membiarkan fitnah dan hasutan serta kepalsuan dan tohmahan berleluasa semua terbabit akan akhirnya kehilangan kemuliaan akhlak, kesucian roh dan kebesaran jiwa.

23.0 Kesimpulannya, bahaya terbesar budaya sate ialah apabila semua terbabit, sama ada secara sedar atau tidak, terlibat dalam kegiatan seumpama memakan daging saudara sendiri, seperti yang dibayangkan oleh maksud salah satu hadis Rasulullah SAW terhadap orang yang gemar memfitnah dan mengumpat sesama umat.
24.0 Jika dibiarkan berleluasa, akhirnya masyarakat Melayu dan umat Islam yang akan menerima padahnya dan menanggung kerugian.

25.0 Dalam dunia persaingan global hari ini tiada tempat bagi organisasi yang mengamalkan budaya sate. Masyarakat yang organisasinya dipengaruhi budaya sate tidak akan dapat membina keupayaan bersaing.

26.0 Paling memudaratkan, organisasi dan masyarakat seperti ini tidak dapat membina kekuatan kerana tidak akan berlaku penyerahan amanah kepimpinan dan tugas pengurusan kepada orang paling berkebolehan dan ahli dalam kalangan mereka.

27.0 Sebaliknya, yang terpilih pasti mereka yang ahli dalam mengipas, mencucuk, mengapi-api, merempahi dan mencencang. Bukan sahaja organisasi dan masyarakat lemah bersaing, malah ia menjanjikan keruntuhan dan kemusnahan.
28.0 Kerana apabila amanah tidak diserahkan kepada golongan yang ahli, Islam juga memperingatkan kita supaya menantikan kehancuran sesuatu usaha. Kemungkinan kelemahan prestasi beberapa organisasi di Malaysia, khasnya di bawah teraju Melayu, berpunca daripada impak amalan budaya sate dalam organisasi masing-masing.

29.0 Adalah mustahil bangsa Melayu dan umat Islam menjadi bangsa besar, termaju dan umat terbaik (khaira ummah) seperti dijanjikan oleh agama mereka, selagi budaya sate membabitkan budaya fitnah-memfitnah, umpat-mengumpat, dendammendendam dan berhasad dengki merajai suasana.

30.0 Paling membimbangkan, yang rosak dan musnah akhirnya bukan sahaja diri pemimpin atau orang yang terlibat, atau sekadar menjejas prestasi dan reputasi organisasi. Pada akhirnya bangsa akan lemah, perpaduan ummah akan musnah dan maruah dan martabat bangsa dan agama langsung dikompromikan semuanya, semata-mata kerana nafsu dan keghairahan segelintir yang ingin melonjak ke atas dengan mengikut kaedah budaya sate!

*Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)