Saturday, September 10, 2011

Ini caranya nak jumpa MB Perak tanpa appointment



JUMAAT, 09 SEPTEMBER 2011 05:32 ADMINISTRATOR agendadaily

Kerana beban tugas dan segala macam urusan harian kita harus menerima hakikat bukanlah sesuatu yang mudah semudah membuat apoinment bagi menemui Menteri Besar apatah lagi Perdana Menteri.

Tanyalah sesiapa saja yang arif, jawapannya tidak jauh dari perkataan payah.

Menteri Besar boleh ditemui jika ia hadir didalam majlis tertentu seperti majlis berbuka puasa, majlis hari raya serta majlis turun padang (atau walkabout) yang menjadi salah satu aktiviti kegemarannya.

Namun menemui Menteri Besar sekadar untuk bersalaman dan bertanyakan khabar ataupun sekadar mahu bergambar denganya tentu jauh dari matlamat orang ramai yang memerlukan khidmatnya.

Cerita seorang kawan boleh dijadikan iktibar. Dia tinggal di Kuala Lumpur dan sudah mengenali Menteri Besar Perak hampir 20 tahun iaitu sejak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir belum bergelar YB lagi. Berbagai usaha dibuat untuk membolehkan appoinment diatur namun dipendekkan cerita, semuanya mengeciwakan.

Kepada kawan ini, seorang kawannya yang tinggal di Ipoh mencadangkan dia datang ke bandaraya ini pada hari Selasa pertama setiap bulan.

Mengikut kata kawan berkenaan, program Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar yang diadakan membolehkan sesiapa saja menemui Menteri Besar mengenai apa saja.

Namun pesan kawan itu lagi “kau boleh bertemu MB tapi sama ada hajat tercapai itu soal lain.”

Dipendekkan cerita, kawan tadi berpeluang menemui Dr.Zambry dan telahpun memanjangkan permohonan untuk tindakan Menteri Besar. Permohonannya kini berada di atas meja pegawai yang bertanggungjawab. Kawan itu pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan yang tidak mungkin dilupakan buat selama-lamanya.

Bagi mereka yang menemui Menteri Besar pada hari itu, mereka tidak dihalang oleh proses birokrasi cuma yang diperlukan disini ialah terlebih dahulu mengambil nombor serta mengisi borang yang disediakan.



Program Hari Bertemu Pelanggan diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Kerajaan Negeri yang juga menempatkan pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bergantung kepada keadaan, kadangkala seseorang itu boleh menemui MB mengikut nombor giliran yang dibekalkan disebelah pagi, ada ketika disebelah petang. Pendek kata kebanyakan dari pelanggan yang datang dari segenap ceruk berpeluang membawa masalah untuk pengetahuan langsung Dr.Zambry.

Bagi wartawan yang assignmentnya menemui pelanggan yang berpeluang menemui Menteri Besar, banyak cerita dapat dikorek. Lucu dan menyakit hati serta banyak perkara berhubung ketidakpuasan hati mereka disampaikan untuk tindakan Menteri Besar.

Program Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar Perak bukan program menjelang pilihanraya umum ke13 malah ia telah lama dan menjadi salah satu “event” yang sangat dekat dengan hatinya.

Kadangkala program itu dibanjiri begitu ramai pelanggan manakala ada juga ketika nya pelanggan dilihat agak kurang. Bagi program Selasa lalu, lebih 100 hadir dengan pelbagai aduan.

Sudah menjadi lumrah buat Menteri Besar melayan semua pelanggan tanpa mengira bangsa atau status hidup kerana beliau percaya mereka yang datang mempunyai hajat besar yang memerlukan tindakannya.

Seperkara yang ketara Dr.Zambry menyambut pelanggan dengan tidak dibayangi “tension” sebaliknya diwajahnya berputik sekuntum senyuman sesuai dengan jolokan yang diberi wartawan, “the smilling MB.”

Sebaik bertanyakan khabar, Menteri Besar mula memasang telinga mendengar masalah mereka dan bagi masalah yang memerlukan perhatian pegawai tertentu, masalah itu diserahkan kepada pegawai berkenaan memantau dan bertindak.

Berikutan dengan “cuti panjang” kerana bulan Ramadhan, program ini kembali menemukan Menteri Besar dengan pelanggan malah bagi Dr.Zambry mendapati dihujani dengan masalah harian penduduk seperti pemilikkan tanah, bantuan kebajikan, dana pendidikan, memohon surat sokongan dan penukaran status kediaman.

“Boleh dikatakan bilangan yang hadir hari ini tinggi berkemungkinan besar kerana kita tidak mengadakan program ini selama tiga minggu berikutan jadual di bulan Ramadhan yang padat. Oleh itu, walaupun tidak sampai seminggu menyamput Syawal, mereka tetap mahu datang dengan satu harapan iaitu masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

“Saya dan jentera pentadbiran akan berusaha untuk menjadi perantara dan cuba menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan sebaik mungkin. Apa yang pasti sesetengah masalah dapat diselesaikan dengan sepantas kilat dan sesetengahnya akan mengambil masa yang agak lama,” katanya.

Turut hadir di program tersebut mewakili jabatan masing-masing ialah Pengarah JKR Negeri, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan), Datuk Haji Md. Damiri Md. Sairi, Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Haji Zainal Omar dan lain-lain lagi.

Sementara itu wartawan portal berita Perak News menemui beberapa orang pelanggan bagi mendapatkan reaksi. Berikut adalah beberapa reaksi dari pelanggan yang berjaya diwawancara.

Pasangan suami isteri, Tun Yoke Wah, 57 dan Lee Weai Foong, 57 memberitahu tujuan mereka datang adalah untuk memohon pertukaran status kediamannya yang terletak di Pasir Pinji kepada status perniagaan.

“Kami ingin menjalankan perniagaan besi logam untuk kegunaan rumah. Permohonan telah dibuat dua kali iaitu pada tahun 1994 dan 2009 tetapi kedua-duanya juga telah ditolak atas alasan yang tersendiri. Jiran tetangga tidak ada masalah untuk kami menjalankan perniagaan tersebut. Jadi, hari ini kami ingin memohon agar Menteri Besar dapat membantu kami mendapatkan kelulusan tersebut. Beliau berjanji untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya.

Asmah Mohd Moklas, Seri Manjung, 48 berkata beliau berasa begitu sebak ketika menceritakan permasalah yang dialaminya kepada Dr. Zambry.

“Saya tidak tidur semalaman kerana ingin berjumpa Dr. Zambry hari ini. Rasa nak menangis tetapi saya tahan sebak dada ini. Tak sangka beliau terus meminta Setiausaha Politiknya menghubungi pihak RHB Bank untuk mempercepatkan proses pengeluaran cek pinjaman saya yang telah diluluskan uintuk membeli rumah.

Hati saya berasa lega kerana dapat mengeluarkan beban yang saya tanggung ini. Saya hampir buntu dan berfikir-fikir untuk meminjam daripada Ah Long. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum saya dihalau keluar daripada rumah sewa saya pada 15 September ini,” terangnya.

Berlainan pula dengan masalah yang dialami oleh Meor Bahanudin Sulaiman Sah Osman, Ipoh, 65, yang pertama kali hadir ke Program Bertemu Pelanggan dan ternyata usahanya tidak sia-sia.

“MB berjanji akan melihat dan mendapatkan maklumat tanah ibu saya yang berada di Pulau Cheri 2, Mukim Temelong ini daripada pihak Felcra. Ini kerana tanah tersebut telah dimajukan oleh pihak Felcra dan saya pula ingin menuntut balik pampasan yang telah disimpan di Amanah Raya oleh Felcra’katanya.-9/9/2011- OLEH YUSOF HARUN

terima kasih(sumber;http://www.agendadaily.com/Dalam-Negeri/ini-caranya-nak-jumpa-mb-perak-tanpa-appointment.html)

2 comments:

whiteorange said...

Sdr Zam

Tahniah kerana menyediakan posting ini

Saya rasa TS Sanusi Joned lebih hebat sewaktu beliau menjadi MB Kedah

Kebetulan saya berada di Bangunan Kerajaan di Mana pejabat MB ditempatkan. Saya bersama dengan ketua pemuda bahagian saya dari johor, atas urusan Parti, bukan mahu berjumpa beliau.

Sambil menunggu teman, saya telah sembang sembang dengan beberapa orang yang mundar mandir di bangunan tersebut dan ingin berkenalan je.

Kebanyakan daripada mereka sama ada mahu bertemu atau sudah bertemu MB. Ada pakcik tu berkain gombang dan berselipar Jepun masuk pejabat MB. Langsung tak perlu protokol. Tak ada appoinment pun.. yang penting MB available .. Saya terfikir, kalau inilah sikap semua MB, pasti rakyat berasa amat senang dengan pemerintah. Lantas saya teringat pengalaman saya kalau mahu bertemu MB saya iaitu MB Johor !! emmmm,,, faham faham jelah

Itulah TS Sanusi , MB kedah , yang pernah saya tahu ..

zm.azami said...

whiteorange..

teringat lagi saya di bulan pose sekitar tahun 90an.. masa tu saya berbuka puasa di hotel hilton kl.. semasa nak solat maghrib di surau hotel tu saya terserempak dengan TS Sanusi.. Beliau amat mesra dan tiada protokol langsung..

sekarang ni kalau ada pun yang mesra rakyat dengar-dengar YAB DAR Ketua Menteri Melaka sahaja.

yang lain dengar-dengar nak jumpa pegawai khas pun bukannya senang...