Thursday, June 30, 2011
Agendadaily: Gobala angin satu badan..dakwa macam-macam pasal Anwar dan PKR di Dewan Rakyat
Khamis, 30 Jun 2011 00:16
ROSLI ISMAIL
Gobala angin satu badan..dakwa macam-macam pasal Anwar dan PKR di Dewan Rakyat
Selepas keluar PKR, ahli parlimen Bebas Padang Serai,Kedah N. Gobalakrishnan cuma selak atau dedah sikit sebanyak saja pekung dalam bekas parti dimana beliau pernah jadi kaki bising dan tukang buat kecoh.
Berbanding Datuk Seri Zahrain Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin, beliau masih ‘cool’ dan hanya sekali sekala hentam Anwar atau pemimpin PKR lain termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Namun, entah angin apa petang Rabu,Gobala tala Anwar habis-habisan dan dakwa macam-macam skandal babitkan bekas Menteri Kewangan itu dengan duit haram bagi aktiviti PKR.
Malah, beliau mendakwa Anwar adalah “King of Money Laundering”.
Lagi panas Gobala yang membahaskan Rang Undang-Undang berkaitan Akta Penggubahan Wang Haram di Dewan Rakyat jua meminta kerajaan menyiasat dakwaan kononnya Anwar terbabit membekal senjata kepada kumpulan Tamil tertentu menggunakan aliran wang haram.
Bagaimanapun, ketika dakwaan tersebut, ahli parlimen Permatang Pauh itu tiada dalam Dewan.
Sungguhpun begitu, Gobala mencabar Anwar menjawab semua dakwaannya pagi Khamis dan beliau akan berada di dalam Dewan untuk mendengarnya.
Gobala turut mendakwa kerajaan Selangor dan Anwar terpaksa atur strategi memberi RM50 juta kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di negeri itu supaya dapat disalurkan kepada ahli politik.
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang bangun untuk mencelah diminta oleh Gobala supaya wakil rakyat PAS itu bertanya atau ‘tweet’ kepada Anwar mengenai isu tersebut.
Beliau juga mendakwa pembabitan Anwar dengan wang haram sudah berlaku sejak jadi Menteri Kewangan dulu.
Katanya, sistem kronisme dan nepotisme juga dipraktikkan Permatang Pauh ketika itu.
“Satu dunia juga tahu duit haram diguna Anwar untuk jatuhkan Timbalan Perdana menteri dulu,” katanya merujuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO antara Anwar dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Beberapa ahli Parlimen BN turut bangun mencelah meminta Gobala menjelaskan mengenai Pelan 16 September sama ada wang haram ini turut digunakan untuk membeli ahli parlimen BN selain untuk demo Bersih yang akan diadakan 9 Julai ini.
Mereka adalah Datuk Ismail Said (Kuala Krau), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Dr Marcus Majigoh.
Gobala mengakui bahawa beliau turut terlibat dalam pelan menawan Putrajaya itu.
Malah katanya, Anwar meminta beliau bertanya apa dan berapa ahli parlimen yang ingin lompat (keluar BN) mahu.
Beliau juga mendakwa wang itu turut digunakan untuk perhimpunan haram Bersih.
Penjelasan Gobala di dalam turut diganggu ahli parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail.
Barangkali tiada idea untuk menafikan apa didedahkan Gobala, Azan bertanya sama ada ahli parlimen Padang Serai itu sudah makan tengahari atau belum.
Lalu dijawab, Gobala, “ Baru nak makan PKR,” disambut gelak penyokong-penyokong kerajaan.
Malah dilihat terdesak bagi menghalang Gobala terus melondehkan Anwar, Azan sekali lagi bangun dan sengaja mengemukakan pertanyaan setuju atau tidak diadakan peraturan ahli parlimen dikenakan ujian air kencing sebelum berucap.
“Kita nak tengok ada dadah atau mabuk atau macam mana,” katanya seolah-olah mahu mengambarkan Gobala mungkin mabuk ketika berhujah.
Cabaran itu disambut Gobala dengan meminta Bentara Dewan mendapatkan doktor dan berkata, “Sebab saya memang mau kencing,”.
Gobala terus berhujah mendakwa bagaimana Anwar mungkin menggunakan wang haram untuk pesongkan rakan-rakannya dengan mengatakan Putrajaya boleh diambil alih.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu sebanyak mana Permatang Pauh ada wang haram tetapi mendakwa mungkin Azmin dan ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul tahu.
Senang cakap memang panas telinga kalau Anwar dan ahli parlimen pembangkang lain dengan Gobala yang angin satu badan di Dewan Rakyat.-29/6/2011- OLEH ROSLAN BIAN
(sumber;http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/gobala-angin-satu-badandakwa-macam-macam-pasal-anwar-dan-pkr-di-dewan-rakyat.html)
Wednesday, June 29, 2011
Panasss..!!! Warkah "cinta" untuk Wardina Safiyyah..!!! Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap Wardina balasss..!!!
DukeOfUMNO: Panasss..!!! Warkah "cinta" untuk Wardina Safiyyah..!!! Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap Wardina balasss..!!!
Saya tertarik untuk menyentuh tentang penjelasan Wardina Safiyyah yang bertajuk "Satu Jawapan..." di sini. Wardina dah jawab panjang lebar. Sekarang, ini jawapan saya untuk Wardina dan ada penjelasan yang perlu ditagih dari ibu manis jelita ini..!!!
Antara yang di"jawab" oleh Wardina ialah...
"Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)
Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.
Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?"
Saya siarkan gambar Wardina dan Datin Seri Rosmah..nanti Wardina kata "unfair" pulak!
Nampaknya, Wardina sudah diperdaya oleh Nik Nazmi. Wardina tidak sedar bahawa dia akan dipermainkan oleh ahli politik PKR itu. Tiada sesiapa memberitahunya mengenai agenda malam itu dan kehadiran "istimewa" Azmin Ali.
Tapi, mengapa Wardina sanggup menurut perintah Nik Nazmi? Mengapa Wardina menurut apa yang "disuruh" oleh ahli politik PKR itu? Dia boss Wardina, kah? Dia bayar gaji Wardina? Jika Nik Nazmi sekadar kawan Wardina, tidak salah rasanya menolak jemputan itu. Lagi pun Wardina "letih" dan "tak suka dikaitkan dengan mana-mana kepentingan politik", bukan?
Sehingga fakta penjelasan Wardina ini, saya belum lagi menuduh Wardina memihak kepada PKR. Tidak salah bersembang sebentar dan makan malam dengan Azmin. Mengenai gambar bersama Datin Seri Rosmah, kita tidak highlight kerana majlis itu tiada kena mengena dengan politik dan Datin Seri Rosmah bukan politician..!
Selain itu, Wardina juga berkata...
"Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.
Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.
Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik...."
Wardina sedar implikasi kehadiran dan tindakannya malam itu. Jadi mengapa hadir? Sebab "disuruh"? Kalau Nik Nazmi suruh Wardina makan taik, maka perlu diikut juga sebagaimana yang "disuruh"? Sudah sedar implikasinya negatif, tapi Wardina harung juga. Jadi, sendiri tanggunglah...
Hanya diberi tempoh 10 minit untuk Wardina berucap? Berbaloi ke? Nampaknya Wardina dipermainkan Nik Nazmi lagi. Orang macam tu ke yang Wardina kawan? Kawan yang mempergunakannya untuk tarik crowd? Wardina tak sedar ke dia jadi alat politik Nik Nazmi??? Atau sengaja membiarkan diri diperalatkan?
Rasanya, Nik Nazmi mungkin cuba mengatur pertemuan antara Azmin dan Wardina. Ucapan yang hanya mengambil masa 10 minit mungkin hanya "alasan". Azmin ada "crush" pada Wardina ke? Mungkin Azmin sudah lama makan hati berulam jantung akibat "dimadukan" isterinya Shamsidar!
Dan Wardina tambah perasanya lagi...
"Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir...."
Opsss..!!! Tidak semua blogger berfikiran sebagaimana Wardina. Yang berfikiran seperti yang Wardina katakan itu majoritinya adalah blogger-blogger Pakatan Haram yang hilang rasional berfikir. Blogger pro-UMNO/BN jarang begitu. Jika berlaku pun, kami akan mohon maaf. Tak caya tanya rakan-rakan saya yang lain...
Biasanya, yang mencaci cerca, mencarut dan sebagainya ialah blogger Pakatan Haram. Ini memandangkan mereka telah diberi lampu hijau dan di"halal"kan untuk berbuat demikian oleh Mursyidul Am agama PAS, Nik Aziz Nik Mat. Lagi pun, mereka sudah "dijamin syurga" oleh Nik Aziz. Tak caya? Tanya rakan-rakan saya lagi...
Saya ingin sarankan agar Wardina menggunakan akal dan fikirannya yang matang untuk perjelaskan perkara di bawah ini...
Apa maksud Wardina dengan apa yang dikatakan pada twitternya kepada Shahrizat Jalil itu? Wardina nak "sitting in there doing what you're doing"?
Wardina nak buat ucapan penggulungan di Parlimen juga? Jika begitu, Wardina kena jadi politician dan kemudian perlu menjadi seorang Menteri seperti Shahrizat! Wardina juga perlu buat apa yang Shahrizat buat...kan?
Wardina nak jadi ahli politik dari parti mana? Wardina nak bertanding di Parlimen mana? Siapa yang nak lantik Wardina jadi Menteri? Katanya tadi tak mahu dikaitkan dengan parti politik, nak libatkan diri dengan politik pun tak hingin, katanya.
Ni apa cerita ni? Ni cakap pakai akal dan secara ilmiah ke tidak ni? Menjengkelkan ke tidak ni? Tu laaa...kawan lagi dengan Nik Nazmi tu..kan dah jadi lebih kurang macam dia jugakkk...!!!
Rasanya perkara ini Wardina belum jawab dan kita perlukan penjelasan dari ibu cantik jelita ini...!!!
p/s: Asyik lawan Mak Lampir jer...nak jugak usik Wardina sesekaliii..! Heh!
Posted by DukeOfUMNO at 8:30 PM
(sumber;http://dukeofumno.blogspot.com/2011/06/panasss-warkah-cinta-untuk-wardina.html)
YB Dr.Halimah (Adun PAS Selat Kelang) Dan Wardina Di BANGI...
zmsegamat kata: JANGANLAH la malu2 nak mengaku. tak kesah pun, dan tak jadi kudis pon kalau wardina nak sokong PKR,PAS,DAP dan pembangkang. tu hak wardina. CUMA harap jangan jadi HIPOKRIT sudah la, dan jangan MENGIGIT jari yang sedang menyuap makanan ke mulut kita..
Monday, June 27, 2011
Panasss.! Apa Sudah Jadi..? Kenapa MHI TV3 Sokong BERSIH 2.0..? Media Prima Tolong Kasi Bersih....!
Sunday, June 26, 2011
Sudah pasti ramai yang cukup mengenali wajah salah seorang pengacara siaran pagi di TV3, Malaysia Hari Ini [MHI]. Wajah wanita bertudung diatas itu adalah Wardina Safiyyah....
Wardina Safiyyah 39 tahun, mula melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.
Ketika itu Wardina belum lagi bertudung..., membawa imej gadis seksi dan memiliki wajah kacukan....
Mutakhir ini, kemunculan Wardina hanya boleh kita tatapi setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3 yang dikuasai pengurusannya oleh Media Prima.
Baru baru ini Wardina pernah menggemparkan pentas politik media maya menerusi perang Facebook, Tweeter dan Blog apabila tercetusnya cerita Wardina secara sinis mahu aktif politik tetapi bukan bersama komponen kerajaan BN....
Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program PKR yang “berselindung” disebalik nama program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat, tetapi... hakikat sebenarnya program untuk mempromosikan BERSIH...
Gambar hadirin yang datang dengan mengenakan warna kuning, lihat dengan teliti beberapa krew penganjur pentas yang memakai T Shirt BERSIH....
Gambar dibawah ini pula..., Wardina sedang berucap dalam majlis tersebut...!!
Manakala gambar dibawah ini pula, Wardina bersantai untuk duduk minum minum dengan pimpinan PKR, Azmin Ali dan Nik Nazmi. Malah yang duduk bertentangan dengan Wardina dengan jelas mengenakan pakaian T Shirt BERSIH...
Seronoknya hidup yang sedang dinikmati oleh Wardina! Beliau dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3 tetapi secara terbuka sudah berani menunjukkan sokongannya terhadap Pakatan Pembangkang.
Apakah Wardina akan menjejaki tapak tapak kaki Ustaz Bob Lokman tak lama lagi..? Dengan segala bukti ini, adakah pihak Media Prima dan TV3 hanya akan berdiam diri...??
Semoga apa yang berlaku sewaktu siaran Maharajalawak tidak berulang... Masih ingat lagi bagaimana ketika itu Bob Lokman hadir dengan memakai jubah membuat pengumuman secara live yang tidak ada langsung dalam skrip penerbit....
Mana tahu nanti tiba tiba Wardina Safiyyah akan lakukan perkara yang serupa..?
Posted by Medan Info Kita at 10:45 PM 0 comments
(sumber;http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/06/panasss-apa-sudah-jadi-kenapa-mhi-tv3.html)
Sunday, June 26, 2011
MPP: Wardina Pengacara TV3 SOKONG BERSIH..?
MPP: Wardina Pengacara TV3 SOKONG BERSIH..?
Macam mana pulak si Wardina ni boleh ikut serta di majlis anjuran PKR, Karnival Mesra Rakyat di Kelana Jaya? Hari tu dia kata dalam FB yang dia tak memihak ke mana-mana parti.., tapi ni apa cerita beb?
Lepas tu.., dia boleh pulak baik punya lepak dengan Azmin Pandikutty dan Nik "Gayboy" Nazmi.. Takkan saja-saja lepak kot tanpa ada apa-apa agenda penbincangan politik?
Yang paling best.., kejadian ni berlaku masa satu negara havoc dengan isu tunjuk perasaan HARAM BERSIH.. Satu persoalan.., Wardina ni sokong BERSIH ke?
Kalau Wardina sokong BERSIH.., dia mesti sokong Ambiga si Aktivis penggerak MURTAD di Malaysia tu kannn..
Gua sebenarnya malas nak main cerita pasal pompuan yang hipokrit ni beb.. Kalau betul-betul dia berminat dan nak join politik.., just declare je lah kepada umum macam Bob Lokman dan Akil Hayy tu.. Kan senang gua nak bantai cukup-cukup..
Dalam Fesbuk dan Twitter punyalah berlakon kononnya tak memihak kepada mana-mana parti politik.., tapi realitinya dia lebih cenderung kepada puak-puak Pakatan..
So.., kalau dia berani kata dia ada hak untuk memilih parti politik mana sekalipun yang dia suka.., peminat dia juga ada hak untuk tau kecenderungan politik dia..
Sebabnya.., peminat dia bukan terdiri dari penyokong PAS atau DAP saja beb.. Dan dia pun bukannya kerja dengan Harakah or TV Selangor...
Jadi.., nasihat gua.., declare je parti mana yang dia suka dan pemimpin mana yang dia puja... Kita bukannya kisah pun kalau dia kata sokong DAP atau jadikan AL JUBURI kannn...
Kita tak marahh... Kita cuma nak balun kaw-kaw jee... Hahahahaha....
(sumber;http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/06/wardina-pengacara-tv3-sokong-bersih.html)

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'
ARKIB utusan: 15/06/2011
Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'
Oleh Zaini Hassan
1.0 ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.
2.0 Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.
3.0 Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).
4.0 Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.
5.0 Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.
6.0 Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.
7.0 Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.
8.0 Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.
9.0 Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.
10.0 Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?
11.0 Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.
12.0 Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.
13.0 Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.
14.0 Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.
15.0 Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.
16.0 Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.
17.0 Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.
18.0 Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.
19.0 Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.
20.0 Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.
21.0 Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.
22.0 Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.
23.0 Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.
24.0 Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.
25.0 Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.
26.0 Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.
27.0 Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.
28.0 Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.
29.0 Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.
30.0 Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.
31.0 Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.
32.0 Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.
33.0 Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.
34.0 Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#)

Motif sebenar himpunan Bersih boleh dijangka
ARKIB utusan : 16/06/2011
Motif sebenar himpunan Bersih boleh dijangka
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
1.0 CUBA fikir dan kaji fakta ini; Pada Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen malahan turut terlepas genggaman kuasa di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta gagal menawan kembali Kelantan.
2.0 Sejak pilihan raya umum berkenaan, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan daripada jumlah itu BN menang lapan kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (tiga kerusi), DAP (satu kerusi) dan Pas (empat kerusi).
3.0 Berdasarkan rekod itu, ia jelas membuktikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan secara bersih, telus dan adil.
4.0 Oleh itu, adalah sesuatu yang aneh apabila pembangkang secara tiba-tiba mahu mengadakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.
5.0 Sebenarnya, perhimpunan itu bukanlah untuk memberi manfaat kepada rakyat sebaliknya mempunyai agenda politik yang tersembunyi.
6.0 Pembangkang amat memahami bahawa kedudukan mereka bukanlah lagi selesa seperti mana tahun 2007.
7.0 Pada tahun berkenaan, mereka begitu mendabik dada kerana amat memahami sentimen rakyat kepada kerajaan BN ketika itu.
8.0 Dengan pelbagai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran BN, pembangkang mengambil kesempatan untuk membakar semangat rakyat supaya bangkit menumbangkan kerajaan BN.
9.0 Dan ketika itu juga mereka bernasib baik kerana rakyat masih belum mampu melihat sejauh mana keupayaan pembangkang apabila diberi kuasa, maka dalam keadaan perasaan tidak puas hati memuncak, pembangkang turun ke jalanan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil.
10.0 Kesudahannya wujudlah undi protes yang hampir menumbangkan kerajaan BN.
11.0 Kali ini, pembangkang berharap membakar lagi semangat rakyat yang kononnya dicanangkan semakin menyebelahi mereka.
12.0 Gendang pilihan raya umum yang 'sayup-sayup' mula kedengaran dijadikan alasan untuk pembangkang turun ke jalanan pada 9 Julai ini.
13.0 Sebenarnya, tujuan pembangkang berbuat demikian adalah bagi menutup segala kemelut yang melanda pakatan mereka dan kerisauan berhubung prestasi kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
14.0 Pembangkang kini berhadapan bukan sahaja dengan masalah moral pemimpinnya tetapi paling ketara ialah melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.
15.0 Mereka bukan sahaja gagal menunaikan berpuluh-puluh janji di dalam manifesto pilihan raya umum 2008, malahan berlaku banyak masalah yang menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang dikuasai.
16.0 Selain itu turut menghantui pembangkang ialah kegagalan ahli Parlimen mereka memainkan peranan yang berkesan di Dewan Rakyat.
17.0 Mereka hadir ke Parlimen bukannya untuk memperjuangkan agenda rakyat tetapi lebih banyak mahu berpolitik, akibatnya suatu ketika Dewan Rakyat menjadi 'hiruk-pikuk'.
18.0 Apa yang lebih membimbangkan pembangkang ialah gaya kepimpinan Najib yang dilihat semakin diterima oleh rakyat dan meningkatkan semula imej BN.
19.0 Satu demi satu langkah yang dilakukan oleh Najib bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan membawa kemakmuran kepada negara bagaikan mimpi ngeri yang menghantui pembangkang.
20.0 Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang ialah kejayaan gagasan 1Malaysia yang kini cukup popular sehingga pembangkang 'mengharamkan' penggantungan logo itu di Selangor.
21.0 Gagasan itu seolah-olah membantutkan usaha pembangkang untuk terus meniupkan politik perkauman seperti mana diamalkan oleh DAP dan mendorong kejayaan PKR dalam pilihan raya umum lalu.
22.0 Selain itu, mereka juga seolah-olah 'ngeri' dengan konsep walkabout yang dipopularkan oleh Najib dan dilaksanakan dengan berjaya oleh pemimpin-pemimpin BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
23.0 Ia kerana ketika pemimpin-pemimpin pembangkang sedang bergelut dengan kelemahan mentadbir kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka dan turun naik mahkamah kerana kes moral, pemimpin-pemimpin BN semakin popular di kalangan rakyat.
24.0 Pembangkang bimbang perolehan undi popular sebanyak 3,796,464 atau 49.4 peratus yang diraikan pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi.
25.0 Faktor-faktor inilah yang mendorong pembangkang kini mengatur strategi untuk turun ke jalanan pada 9 Julai ini bagi menutupi segala kelemahan dan kepincangan yang sedang melumuri parti-parti mereka.
26.0 Walaupun pembangkang mengetahui bahawa perhimpunan pasti akan mendapat tentangan daripada pihak berkuasa, mereka tidak akan peduli itu semua.
27.0 Sebaliknya mereka akan 'bergembira' apabila imej Malaysia akan tercalar akibat huru-hara yang mungkin berlaku akibat demonstrasi jalanan berkenaan.
28.0 Selain itu, apa yang penting bagi mereka ialah mesej kepada rakyat bahawa jika mereka kalah dalam pilihan raya nanti, ia kononnya berpunca daripada kurangnya ketelusan dan keadilan dalam pelaksanaannya.
29.0 Manakala huru-hara yang akan tercetus berikutan demonstrasi itu bukan salah mereka, sebaliknya akan dituding jari kepada pihak polis.
30.0 Inilah mainan dan helah politik pembangkang yang jelas dari semasa ke semasa semakin berani melakukan tindakan-tindakan yang bertujuan bagi mencapai cita-cita mereka menguasai Putrajaya.
31.0 Pembangkang sememangnya terlalu teruja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana menganggap ia seolah-olah peluang keemasan untuk menumbangkan kerajaan BN.
32.0 Semua itu berlaku kerana ramai pemimpin pembangkang sekarang sudah lanjut usia dan mengharapkan pilihan raya umum akan datang tercapai cita-cita mereka memimpin Kerajaan Pusat.
33.0 Malahan mereka masih lagi dibuai mimpi bahawa majoriti rakyat masih lagi mempunyai sentimen pilihan raya umum 2008.
34.0 Justeru mereka akan berusaha menggerakkan apa juga usaha bagi meraih sokongan rakyat dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan imej kerajaan BN.
35.0 Atas sebab itulah perhimpunan Bersih yang dirancangkan tidak mempunyai niat murni apatah lagi bersih, sebaliknya terpalit dengan seribu mainan politik yang menjijikkan semata-mata kerana terlalu mahu berkuasa.
36.0 Adalah diharapkan rakyat akan menilai sikap pembangkang dengan sebaik-baiknya. Mereka boleh menilai sikap pembangkang melalui corak pemerintahan di negeri-negeri ini yang dikuasai oleh pakatan tersebut.
37.0 Kajilah bagaimana apabila mereka menang dalam sesuatu pilihan raya itu ia dianggap tidak ada masalah, tetapi apabila mereka kalah atau berada di ambang kekalahan mulalah hendak mengatur strategi bagi menutupi kelemahan sendiri.
38.0 Begitulah juga himpunan Bersih yang bakal diadakan, ia dilakukan kerana pakatan pembangkang memahami bahawa populariti mereka semakin merudum.
39.0 Segala-galanya bukan kerana orang lain tetapi disebabkan sikap mereka sendiri yang begitu ghairah hendak berkuasa tetapi apabila diberi kuasa bagaikan 'kera dapat bunga' atau ibarat 'tikus baiki labu'.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)
Monday, June 20, 2011
Demonstrasi jalanan: Haram bertentang nilai sebenar Islam
Haram bertentang nilai sebenar Islam
SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO boleh menjurus kepada hukum haram kerana jelas bertentangan etika Islam.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam.
“Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.
“Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.:
Menurutnya, jika berlaku pertembungan antara tiga kumpulan pada perhimpunan terbabit tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti pergaduhan, tuduh menuduh, kerosakan harta benda dan paling dikhuatiri pertumpahan darah.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik.
“Usaha itu adalah percubaan pemimpin untuk uji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.
Beliau sifatkan penganjuran yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sebagai satu bentuk ‘anarkisme’ yang berlaku kali kedua dalam negara selepas Bersih pertama pada 2007.
Jawatan Kosong
(sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9207410.asp)
AL-BAQARAH: [255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Mengingati diri sendiri dalam Surah Al-Baqarah :[255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Sunday, June 19, 2011
mStarOnline: Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung
Ahad Jun 19, 2011
Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung
Oleh NIEZAM ABDULLAH
PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.
(sumber:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/6/19/mstar_hiburan/20110619114751&sec=mstar_hiburan)
Thursday, June 16, 2011
Ujian UKM sahkan Barbican bebas alkohol
UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.
Ujian UKM sahkan Barbican bebas alkohol
Oleh SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my
UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.
Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.
“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.
“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.
(sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm)

Sunday, June 12, 2011
Peringatan Untuk Pengguna Telefon Prabayar
Peringatan Untuk Pengguna Telefon Prabayar
Posted by anak malaysia
Sunday, June 12, 2011
DENGAR-DENGAR: bahawa kerajaan akan menaikkan cukai perkhidmatan bagi pengguna telefon prabayar dari 5 % pada masa sekarang kepada 6 % bermula bulan Julai ini.
Mungkin sesetengah orang belum mengetahui lagi mengenai perlaksanaan cukai ini. Ianya kan berlaku bermula Julai 2011. Kenaikan ini adalah meliputi semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Jika sebelum ini cukai 5 % yang dikenakan oleh kerajaan diserap oleh pihak syarikat telekomunikasi, tetapi kenaikan kepada 6% ini semuanya akan ditanggung oleh pengguna.
Ini bermakna kita sebagai pengguna akan menanggung semua kos sebanyak 6 % itu. Jika kita beli kad prabayar berharga RM 10 kita kan dikenakan caj 6% bermakna baki yang ada dalam kad hanya RM 9.40 sahaja.
Jadi kita sebagai pengguna haruslah menggunakan telefon prabayar ini dengan sebijaknya. Mungkin kita tidak akan terasa dengan kenaikan ini atau mungkin juga sebaliknya.
Bagi pengguna telefon prabayar yang masih lagi semua keperluannya ditanggung oleh ibu bapa mereka, haruslah mengggunakan telefon prabayar dengan secara lebih berhemah. Ingatlah bahawa semua itu dibayar oleh ibu bapa. Janganlah membebankan lagi ibubapa kita. Kita bolehlah mencari kaedah lain untuk berhubung dengan rakan –rakan.
(sumber;http://www.melayukuhebat.com/2011/06/peringatan-untuk-pengguna-telefon.html)
SEJARAH dari AgendaDaily: Tiada agenda tersembunyi ramai keluarga saya dalam Umno - Kadir
Tiada agenda tersembunyi ramai keluarga saya dalam Umno - Kadir
Oleh HELME HANAFI
“Saya sendiri pun tidak tahu rupa-rupanya ramai ahli keluarga saya yang masuk politik.”itulah reaksi Menteri Penerangan Datuk Kadir Sheikh Fadzir sambil tersenyum ketika menatap berita Agendadaily mengenai keluarga besarnya dalam Umno.
Beliau lantas menjelaskan kebanyakkan ahli keluarganya masuk bukan atas dorongannya.
“Mereka sendiri menunjukkan ciri-ciri kepimpinan semasa di universiti lagi, mereka aktif berpersatuan dan menjadi pemimpin pelajar. Saya sendiri tidak mengalakkan mereka masuk politik tetapi kerana minat mereka sendiri memilih untuk menjadi ahli politik.
“Alhamdulilah mereka masuk Umno untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka bukan hendak sangat jawatan tetapi bila mereka dipilih atau dilantik mereka berkerja bersungguh-sungguh untuk Umno,”katanya ketika ditemui di Kondominium Pantai Panorama,Kuala Lumpur selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kumpulan Telekom Malaysia Selasa malam.
Menurutnya jika mereka memilih untuk kaya lebih baik mereka menumpukan perhatian untuk menjadi ahli perniagaan.
“Kebanyakkan mereka sanggup ‘miskin’ demi bertugas untuk rakyat,”katanya.
Kerana kesibukkan tugasnya sebagai menteri, Kadir memberitahu beliau jarang bertemu adik-beradiknya yang lain.
Beliau sendiri agak terkejut membaca salah seorang saudaranya yang hanya dikenali sebagai Majid menjadi orang kuat Umno Nibong Tebal. “Saya tahu dia Umno, tapi tak tahu pulak dah jadi orang kuat,”katanya sambil tertawa.
Beliau ketawa lebih besar melihat gambar keluarganya di muka depan Agendadaily dan berkata, “bukanlah senjata tersembunyi , berapa sangat undi boleh dapat jika hendak dibandingkan dengan lebih 2000 pewakilan Umno .”
Beliau berharap siapapun tidak salah sangka anggap ada agenda tersembunyi keluarganya ramai menyertai Umno.
---------------------------------------------------
‘ Senjata tersembunyi’ Kadir… keluarga besarnya dalam Umno….
Oleh ROSLI ISMAIL
Dari kiri Musa Sheikh Fadzir,Nadzir Sheikh Fadzir,Harun Faudzar,Omar Faudzar,Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir…
Antara yang kelihatan relax untuk berdepan dengan pemilihan Umno September ini ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir.
Sebagai Menteri Penerangan publisiti untuk dirinya memang tak tidak jadi masalah.
Bukan sahaja kerana pegang kementerian cerita Kadir kerap keluar tv dan suratkhabar.
Sejak di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dulu ahli Majlis Tertinggi Umno ini memang terkenal konsisten dengan kerjanya.
Sebagai Ketua Umno bahagian Kulim Bandar Bharu siapa pun tak boleh goncang kedudukannya.
Satu lagi kekuatan Kadir yang mungkin ramai tidak sedar ialah rangkaian keluarga besarnya yang jadi orang kuat di beberapa bahagian Umno.
Adiknya Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang nak tamat tempoh jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling di Kedah.
Seorang lagi adiknya Haidar yang dulu Ketua Pemuda Kepong dan bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kepong.
Saudaranya Omar Faudzar ialah Ketua Umno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang.Satu lagi bahagian di Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam juga diketuai oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Di bahagian Jelutong pula Nadzir Sheikh Fadzir ialah salah seorang ahli jawatankuasa bahagian.
Dalam bahagian Nibong Tebal juga ada saudaranya,Majid yang jadi orang kuat di bahagian itu.
Di bahagian Cheras di Kuala Lumpur Harun Faudzar ialah bekas Naib Ketua Umno bahagian.
Difahamkan setakat ini dari segi jumlah dan pegangan jawatan, tiada siapa yang boleh mengatasi rekod keluarga besar Kadir dalam Umno.
(sumber;http://202.71.99.84/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8cadce47-ca9db1d0-c0c18f00-1b6b24ec)
AL-BAQARAH [214]
mengingati diri sendiri dari: AL-BAQARAH [214]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh a...ncaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Friday, June 10, 2011
Amanat Hadi: 1980-an Negara Islam: 2011 Bersama DAP
ARKIB UTUSAN : 09/06/2011
Amanat Hadi: 1980-an Negara Islam: 2011 Bersama DAP
SAYA terpanggil untuk mengulas pasca Muktamar Pas Ke-57 kerana ia sangat memberi kejutan dan merupakan satu turnover dalam intipati perjuangan sebuah parti politik yang selama ini gah mendabik dada bahawa merekalah yang menjadi jaguh agama Islam di Malaysia.
Senario yang dijelmakan selepas pemilihan adalah sangat menarik dan penuh dengan elemen yang mustahil pada era 1980-an yang ditandai dengan peristiwa berdarah Memali. Bagi saya, kemustahilan yang sudah menjadi suatu realiti hari ini adalah satu warna terang yang mampu membawa kepada kesatuan orang Melayu.
Kita semua sudah sedia maklum bahawa sekian lama Pas menuding jari kepada UMNO yang dikatakan tidak memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam tulen dengan enggan menjalankan hukum hudud sebagai sebahagian sistem perundangan kerajaan yang diterajunya.
UMNO dilihat dari sisi yang hitam apabila dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap operasi besar-besaran kilang arak di Selangor yang mercu tandanya dapat kita lihat dari Lebuh Raya Persekutusan dengan jelas.
Bahana daripada tuduhan dan sisi hitam ini, maka UMNO dengan mudah dan singkat dicop sebagai kurang Islamik atau lebih dangkal lagi sebagai golongan kafirun kerana menolak nilai-nilai tersebut.
Pada asasnya, tuntutan yang dianggap Islamik daripada Pas selama ini tidak pernah disertakan dengan proposal yang teguh dan utuh.
Ia hanya tuntutan kosong dan berlohong. Mengambil contoh satu cadangan daripada Pas suatu ketika dahulu bahawa hukum hudud wajib dijalankan ke atas umat Islam di Malaysia. Ini sebenarnya hanyalah sebagai halwa telinga dan mencukupkan syarat bagi penyokong Pas bahawa hanya Pas sahajalah yang berupaya mendukung syariat Islam.
Sedangkan hukum yang menjadi tuntutan agama Islam ini mesti dijalankan ke atas seluruh warga Malaysia tidak kira agama dan warna kulitnya jika benar dan bersungguh kita mahu melaksanakannya.
Apabila kerajaan BN menolak cadangan yang penuh dengan lubang-lubang persoalan yang bakal berserabut ini, berkokoklah sekelian hamba rakyat keturunan Pas bahwa UMNO menolak Islam dan kafir.
Begitu juga dengan tuntuan Pas supaya kilang arak ditutup. Ia adalah satu lagi perjuangan plastik semata-mata. Buktinya, dapat kita saksikan hari ini tatkala mereka berkuasa di Selangor.
Rampasan arak di sebuah kedai 24 jam di Shah Alam yang diarahkan untuk dipulangkan semula oleh Exco kerajaan negeri adalah sesuatu yang benar-benar memberi aib terhadap perjuangan yang dilaung-laungkan Pas selama ini.
Saya tidak terkejut, malah menghela nafas lega apabila pada Muktamar Pas kali ini, telah dinyatakan dengan jelas oleh Haji Hadi, dengan disaksikan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahawa perjuangan penubuhan sebuah negara Islam tidak termaktub dalam kitab suci al-Quran.
Maka apabila dia jugalah yang melaungkan amanat Haji Hadi pada 1980-an sehingga membawa kepada peristiwa berdarah Memali, tidakkah beliau berasa berdosa terhadap sekian banyak darah tumpah demi perjuangan plastik tersebut? Saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana menentukan beliaulah juga menafikan apa dilaungkannya dahulu.
Amanat Haji Hadi telah mengheret kepada peristiwa Memali yang merubah hidup seorang anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami, ibu kematian anak yang tujuan akhirnya menyuburkan kebencian orang Pas terhadap kepimpinan kerajaan UMNO.
Bukan Islam dan musuh Islam harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana berjaya mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam dengan amanat bahaya tuan haji. Sesama Islam kafir mengkafir, satu mukim mempunyai dua jemaah dan pemulauan kenduri orang kampung yang berlainan ideologi politik. Ini realiti dan senario pasca amanat Haji Hadi.
HANIZA AHMAD
Muar, Johor
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm)
Isu Akhbar Cina: JANGAN ANGGAP RAKYAT BODOH
arkib utusan
JANGAN ANGGAP RAKYAT BODOH
AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 2 Jun 2011 memaparkan artikel berbentuk satira yang bertujuan menyindir kerajaan. Artikel bertajuk ‘Bodoh’ disiarkan di ruangan Pendapat Yuanlun halaman A16.
Sebuah buku berjudul Shuo Fan yang mengisahkan cerita-cerita zaman dahulu, mempunyai satu kisah mengenai seorang maharaja bernama Ji Xian Gong yang keluar memburu.
Maharaja mengejar seekor rusa sehingga ke sebuah lembah di dalam hutan lalu terserempak dengan seorang tua. Maharaja bertanya apakah nama lembah ini? Orang tua itu menjawab: ‘‘Tempat ini dinamakan lembah bodoh dan saya yang menyebabkan lembah ini dinamakan sedemikian.”
‘‘Dahulu saya pernah membela seekor anak lembu. Selepas anak lembu itu besar, saya jual anak lembu ini dan membeli seekor kuda. Pada satu hari, ada seseorang datang berjumpa saya dan berkata macam mana seekor lembu boleh melahirkan seekor kuda? Orang itu mengambil kuda saya.”
Maharaja berkata, memang awak bodoh, kenapa kuda itu yang awak sendiri miliki dibiarkan orang lain mengambilnya?
Setelah kembali ke istana, kisah itu diceritakan kepada Perdana Menteri, Guan Zong yang lantas menjawab: ‘‘Ini adalah kesalahan patik. Orang tua itu tahu pihak kerajaan tidak mampu membela nasibnya, lantas dia tidak berbuat apa-apa apabila kudanya dirampas di depan mata sendiri.’’
Iktibar kisah ini ialah orang tua itu sebenarnya tidak bodoh. Dia tahu kerajaan ketika itu bukanlah kerajaan yang baik yang akan membela nasibnya jika dia mempertahankan harta bendanya.
Orang tua itu terpaksa biarkan sahaja orang lain mengambil kudanya secara paksaan supaya nyawanya tidak terancam.
Dia menggunakan isu ‘kebodohan’ diri sendiri bagi menyindir kerajaan yang lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa bagi membela rakyat. Maharaja langsung tidak menyedari sindiran itu malah hanya ketawakan gelagat orang tua itu yang diejeknya sebagai ‘si bodoh’.
Bagaimanapun, maharaja bernasib baik kerana sekurang-kurangnya mempunyai perdana menteri yang dapat menasihati dan memperbetulkan kesilapannya.
Ini berbeza dengan kerajaan sekarang apabila pegawai-pegawai kerajaan dan menteri-menteri tidak bertindak memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat.
Sebaliknya mereka turut sama dengan lantang menuduh rakyat yang membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang sebagai bodoh. Hakikat ini cukup menggerunkan kita.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)
Isu Akhbar Cina: DWIKUASA KAUM DALAM POLITIK
arkib utusan:
DWIKUASA KAUM DALAM POLITIK
AKHBAR China Press terbitan 3 Jun 2011 pula memaparkan pandangan penulis, Goh Chi Zhong berhubung dakwaan bahawa Malaysia akan beralih kepada sistem dwikuasa kaum dalam politik yang melibatkan UMNO mewakili orang Melayu dan DAP kaum Cina.
Artikel bertajuk ‘Mirip dwikuasa politik antara kaum’ disiarkan di ruangan perbincangan umum rakyat pada halaman C15.
Menurut penulis, jika dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek benar-benar berlaku apabila orang Melayu dan Cina menjadi dua kaum yang bertentangan dalam politik, ia adalah satu malapetaka kepada perpaduan kaum di negara ini.
Segala apa yang didakwa Soi Lek nampaknya sudah pun mula berlaku apabila pengaruh kedua-dua parti itu terus membesar dan kuat dengan DAP menjadi parti pembangkang kedua terbesar di negara ini. Pada masa sama, pengaruh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat masing-masing telah mengecil.
Ada penganalisis politik berpendapat, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan menang besar adalah UMNO dan DAP, sebaliknya rakan kongsi atau komponen masing-masing termasuk MCA, Gerakan dan MIC yang berada dalam BN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang berada dalam Pakatan Rakyat, akan menghadapi rintangan dan kekalahan besar. Roket akan hapuskan kerusi-kerusi MCA, Gerakan dan MIC.
Dalam pada itu, dijangka tidak ramai pula orang Melayu yang akan beralih secara drastik memihak kepada PKR dan Pas.
Apa yang mahu dikatakan di sini, walaupun kerajaan yang bakal dibentuk akan berasaskan kepada parti dominan yang mewakili etnik tertentu, ia tidak harus mengabaikan tanggungjawab kepada semua kaum.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)
ISU AKHBAR CINA: KESAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK
ARKIB UTUSAN: 09/06/2011
ISU AKHBAR CINA
KESAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK
TIMBALAN Pengarang Sin Chew Daily, Lim Swee Guan dalam akhbar terbitan 1 Jun 2011 menulis mengenai kesan kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa mulai tarikh berkenaan.
Seramai 75 peratus pengguna domestik atau 4.4 juta orang yang menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam sebulan atau RM77 tidak akan terjejas.
Artikel bertajuk ‘Kesan daripada kenaikan tarif harga elektrik’ disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 32.
Menurutnya, persoalannya adakah sektor industri dan perdagangan yang terlibat dengan kenaikan sebanyak 7.12 peratus akan menyerap peningkatan kos berkenaan supaya harga barangan keluaran mereka tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.
Kerjasama daripada sektor itu amat diperlukan kerana kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan mengakibatkan peningkatan inflasi 0.27 peratus. Kadar inflasi yang dihadapi rakyat pada April lalu telah menjangkau 3.2 peratus.
Dalam pada itu, sektor industri dan perdagangan harus menyesuaikan diri dengan peningkatan tarif elektrik dan pengurangan subsidi kerajaan dengan mengambil langkah berjimat cermat.
Sektor itu juga boleh mengurangkan kos tenaga buruh yang semakin meningkat dengan beralih menggunakan mesin-mesin automatik.
Jika keberkesanan pengeluaran di sektor berkenaan ditingkatkan, ia dapat menghindar negara ini daripada ‘perangkap negara berpendapatan sederhana’ selama-lamanya dan membolehkannya bersaing dengan negara-negara lain yang telah melakukan banyak perubahan untuk terus maju.
Contohnya, ekonomi Korea Selatan semakin mantap dan maju kerana negara itu memperkenalkan sistem luar biasa yang dinamakan projek ‘Han Jiang’, melibatkan pembangunan berasaskan kerjasama antara tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat.
Negara kita sudah berpuluh tahun menjadi negara yang berpendapatan sederhana, kini sudah tiba masanya untuk kita berubah.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)
Pakaian seksi untuk pasti suami puas
Oleh Hazwan Faisal Mohamad (beritaharian online)
Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah
RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.
Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.
Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.
“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?
“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.
Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.
“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.
Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.
Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pakaianseksiuntukpastisuamipuas/Article/)

Wednesday, June 8, 2011
mStar online: Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim
Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.
“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.
“Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu.
Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut.
“Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya,” katanya.
Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum ‘bir halal’ tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.
Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.
(sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/8/mstar_berita/20110608152846&sec=mstar_berita)
Saturday, June 4, 2011
Al-Baqarah[200],,Al-Baqarah[201],Al-Baqarah[202]
Al-Baqarah[200]
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
Al-Baqarah[201]
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Al-Baqarah[202]
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Friday, June 3, 2011
PERKASA: Kera di hutan disusukan
Kera di hutan disusukan
KUALA LUMPUR 02Jun2011: PERKASA ucap tahniah pada MCA dan MIC atas kejayaan mendapat biasiswa untuk 7I baki pelajar Cina dan II pelajar Lndia yang tercicir sebelum ini.Tahniah juga pada kerajaan dan saya percaya biasiswa JPA kini sudah di tahap 5O-5O.
Semuga kaum cina dan india akan menghargai kemurahan hati kerajaan dan MCA dan MIC kata mereka gembira.Bila gembira tentu kaum Cina dan India balas budi.Kata Ibrahim Ali Presiden PERKASA melalui kenyataan media nya hari ini.
Ia merujuk kepada kenyatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang berkata bahawa jemaah menteri meluluskan seramai 86 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebelum ini gagal mendapatkan tempat di universiti luar negara kini akan ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran mengikut program berkembar di universiti tempatan swasta dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),yang juga bakal menyaksikan pelajar cemerlang berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, akhirnya.
“Buat masa ini, jika kita hantar mereka ke universiti tempatan bagi mengikuti kursus yang tidak dipilih mereka serta tidak berpuas hati, kita terpaksa membelanjakan RM14.8 juta. Jika kita hantar mereka ke luar negara, kos akan naik kepada RM52.1 million.
Nazri Aziz juga berkata pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 Cina, 11 India dan seorang Bumiputera Sarawak, akan ditempatkan di bebebapa IPTS antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa, Monash University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia Malaysia.
Dimaklumkan seramai 86 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebelum ini gagal mendapatkan tempat di universiti luar negara akan kini ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran mengikut program berkembar di universiti tempatan swasta dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sementara itu PERKASA mengesa kerajaan turut menyelesaikan ramai pelajar bumiputra yang memohon dengan MARA,tetapi belum dapat walaupun kelulusan cemerlang.
Ini termasuk pelajar pelajar yang menuntut di Mesir terutama bidang perubatan.
Dimaklumkan “usahkan biasiswa, pinjaman pun tak dapat, Ada yang hanya di biayai pinjaman kos bayaran universiti tetapi kos sara hidup ditangong sendiri oleh pelajar”.
Dato Ibrahim Ali seterusnya berkata “Ada yang terpaksa berhenti kerana masaalah kewangan.Kepada kerajaan,ingatan PERKASA mudah saja,jangan yang di kejar tidak dapat,yang di kendong keciciran”.
“Jangan biar Melayu menangis dalam kegembiraan kaum lain.Prihatin lah sebagaimana layanan yang di beri oleh JPA saperti yang di perjuangkan oleh MCA dan MIC”. mengakhiri kenyataan media beliau.
Sediakan Payong Sebelum Hujan.
(sumber;http://www.pribumiperkasa.com/?p=5692)
PERKASA: Biasiswa Pelajar Melayu
http://www.pribumiperkasa.com/?p=5698
KUALA LUMPUR 03Jun2011: PERKASA memohon kerjasama Ibu Bapa dan Pelajar Melayu/Pribumi yang mendapat 7A+ didalam peperiksaan SPM tahun 2010 yang tidak mendapat Biasiswa JPA,MARA,KPM atau KPTM agar dapat menghubungi Pejabat PERKASA dengan memberi salinan keputusan dan latarbelakang keluarga.
Kes 7I pelajar Cina,II pelajar India dan 4 bumi dapat 21.6juta @ RM251k (seorang) tapi 500 pelajar kritikal Medic Melayu di Mesir cuma perlukan pinjaman RM160K seorang sahaja, jumlah 80juta sudah 1 tahun tidak dapat diselesaikan dan sepatutnya dapat danasiswa Yang DiPertuan Agong bawah kuasa fasal I53.
“Biasiswa untuk bukan Melayu bukan sebagai hak. Sebagai Presiden Perkasa, Saya amat kesal”. menurut satu kenyataan dari Pejabat Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali sebentar tadi.
“Sebagai contoh,I8 pelajar melayu dalam kursus perubatan CUCM tidak di beri biasiswa,manakala lain lain kaum dapat dan ini jelas tindakkan double standard”. Kata Ibrahim Ali menerusi kenyataan tersebut.
PERKASA dengan ini memohon ibubapa menyerahkan maklumat yang di sebutkan tadi untuk tindakan segera.
Satu perhimpunan raksasa akan diadakan jika perlu (perkasa akan di bincang semasak masaknya), melibatkan pelajar,ibubapa yang terinaya.
Semua NGO NGO melayu yang prihatin akan turut hadir bagi menuntut hak umat Melayu dan Pribumi.
Semua maklumat boleh di kirimkan atau disalurkan melalui alamat saperti dibawah
1. Pejabat (Vitual) Urusetia Perkasa : Urusetia Perkasa
2. Pej. Urusan PERKASA :
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
808 Tingkat 8, GRAND SEASON AVENUE. 72, JALAN PAHANG, 53000 KUALA LUMPUR
3. Pejabat Media Perkasa:
No. 27-2, Jln 3/23A, Taman Danau Kota, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 KL.
Kerjasa sama kepada semua Ibu Bapa Pelajar adalah diharapkan untuk membolehkan Perkasa bertindak mengikut saluran yang benar dan sah disini undang undang tubuh Tanah Melayu.
(sumber;http://www.pribumiperkasa.com/?p=5698)
mesin taip buruk; Salih Yaakob jugak yang naik....
Salih Yaakob jugak yang naik.... (Updated!)
Salih Yaacob bawa keempat-empat isteri dan 11 anak bercuti ke China. Wow! Tertanya-tanya juga macam mana Salih atur jadual "tidur" masa kat sana yek? Heheee...
Ramai yang cemburu dengan Salih Yaakob!
Orang duk kecoh-kecoh tarif elektrik naik, Salih Yaakob tetap tersenyum lebar sampai ke telinga. Apa tidaknya, baru dapat isteri baru... Anak dara pulak tu! Tahniah buat Salih Yaakob sebab buatkan ramai jantan-jantan kat luar sana cemburu habis.
Apa tidaknya. Selepas dah ada tiga isteri yang hidup aman damai, Salih tambah lagi satu isteri menggenapkan kuotanya. Tambah manis, isteri keempatnya itu seorang gadis berusia 25 tahun - Samihah Syeikh Ali a.k.a Emi. Kira masih muda trang tang tanglah!. Bertuah Salih!
Bak kata seorang rakan sepejabat, apa ilmu yang dipakai Salih sehingga mampu menundukkan tiga isterinya sampai mereka hidup bermadu dalam keadaan aman, dan kemudian menundukkan pula seorang gadis lagi untuk menggenapkan kuotanya. Dah muda, cantik pulak tu!
Tapi dalam duk bercakap tentang Salih, seorang sahabat begitu prihatin apabila melontar soalan yang aku tak dapat jawab.
Soalannya... "Berapa jumlah bil lektrik yang patut Salih Yaakob bayar setiap bulan? Maklum sebelum ini tiga rumah, sekarang empat rumah!"
Tapi mujur seorang lagi sahabat aku cepat menjawab: "Alaaa rumah keempat tu tak banyak pakai letrik bro sebab mereka jarang pasang lampu!"
Haha...
MTB: Bak kata RBF, minta maaf lebih mudah daripada mintak izin!
(sumber;http://mesintaipburuk.blogspot.com/2011/05/salih-yaakob-jugak-yang-naik.html)
Isu biasiswa JPA
Thursday, June 2, 2011
KO INGAT BOLEH DAPAT UNDI CINA KE ?!
Isu biasiswa JPA yang menghangatkan suhu politik negara sejak beberapa minggu yg lalu akhirnya selesai selepas kerajaan akhirnya bersetuju menaja 86 orang pelajar melanjutkan pengajian di IPTS dalam negara.
Pembahagian biasiswa mengikut kaum adalah seperti berikut:
- Melayu - 3 orang
- Bumiputera Sarawak - 1 orang
- Cina - 71 orang
- India - 11 orang
Berdasarkan pembahagian biasiswa tersebut, didapati pelajar Cina paling ramai menerimanya, manakala kaum Melayu / Bumiputera hanya mempunyai 4 orang wakil.
Posted by GAP KEMBALI at 9:46 PM
(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/06/ingat-ko-boleh-dapat-undi-cina-ke.html)
zmsegamat kata: teringat kat Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan sama-sama kita mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA
Malaysiakini: Husam bergelut dengan dakwaan upah bloger
Calon naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin perwakilan tidak terkesan dengan dakwaan beliau mengupah ratusan ribu ringgit kepada penulis blog terkenal Syed Azidi Abdul Aziz untuk berkempen baginya dalam pemilihan parti.
Husam juga mempertikaikan laporan Utusan Malaysia berhubung perkara itu dengan memetik tulisan di beberapa blog - yang digelarnya sebagai "picisan" dan "pencacai Umno".
husam musa pas interview 170507"Ahli-ahli Umno sendiri pun tidak pernah memberikan kepercayaan mereka kepada blog-blog picisan ini," katanya yang yakin dengan didikan Islam yang dilalui anggota dan perwakilan PAS.
Utusan kelmarin melaporkan keengganan penulis blog Kickdefella mengulas dakwaan di blog bahawa beliau menerima bayaran RM300,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.
Bagaimanapun, akhbar sama semalam melaporkan Syed Aziz mengakui menerima wang RM350,000 dari Husam, tetapi bukan bagi tujuan itu.
Beliau juga dilaporkan berkata tidak bertemu lagi dengan Husam sejak tahun 2009 dan hanya berbual di telefon dan bertukar SMS sahaja.
Syed Azidi sedia ke mahkamah
Dalam kenyataan hari ini, Husam berkata beliau hairan kenapa laporan itu dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS di mana beliau bertanding.
syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 04"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini?" soalnya.
Beliau menafikan mempunyai wang sebanyak itu atau ada berbual melalui telefon dengan Syed Azidi kebelakangan ini.
Sementara itu, Syed Azizi pula memberitahu Malaysiakini, beliau dengan rendah diri dan insaf meminta Husam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya kenyataan yang dikeluarkannya tidak benar.
"Saya juga bersedia memohon maaf secara terbuka sekiranya apa yang saya katakan tidak benar," katanya.
Pada pemilihan PAS kali ini, Husam bertanding merebut jawatan naib presiden bersama-sama lima calon lain iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/165888)
Subscribe to:
Posts (Atom)