Monday, August 3, 2009

YB Zulkifli Noordin vs YB Jeff Ooi



03 August 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 4:43 PM

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya, YB Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerimapakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang into membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

Saya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Adalah jelas kenyataan tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau.

Pertama, Sdr. Mohd. Razali Abdullah adalah seorang jurutera yang berkelayakan dan mendapat kelulusan akadamik yang cemerlang. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat dan diberi amanah dan mandat mewakili PKR didalam Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

Kedua Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya.

Buat pengetahuan YB Ooi, kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar diluarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Buat makluman YB Ooi dan yang sewaktu dengan beliau, menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau. Setiap Muslim yang beriman, samada di Malaysia atau dimana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita saperti itu. Hanya cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza. Ada yang berjuang melalui perjuangan bersenjata, ada yang melalui ruang politik, ada yang melalui proses demokrasi, ada yang melalui cara berdakwah dan banyak lagi kaedah dan cara. Pokok pangkalnya, setiap Muslim beriman mempunyai cita-cita yang sama.

Every Muslim worth his salt would definitely aspire to have full syariah law implemented in their way of life. To accuse such Muslim as extremist for believing so would mean you are accusing every single faithful Muslim gulity of being an extremist. And if aspiring to have syariah law implemented in full is considered extremist, then every faithful Muslim would be proud to be labelled as extremist!

Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis.

Saya dengan ini mendesak YB Ooi supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka khususnya kepada Sdr. Mohd. Razali Bin Abdullah dan Jemaah Islah Malaysia, dan umumnya kepada umat Islam. Kenyataan dangkal, bodoh dan sombong yang dibuat beliau itu telah mengguris perasaan umat Islam yang telah lama bersabar dengan karenah dan mehnah serta sikap sombong melampau orang saperti beliau.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
12 Sya'ban 1430 / 03 Ogos 2009

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/yb-jeff-ooi.html)

6 comments:

Anonymous said...

jeff oi ni memang tak leh pakai.. napa dok sekongkol dengan DAP weiii

Anonymous said...

tak payah la ko nak berlakun zull...

ko tu yg jadi pembela peliwat...mana prinsip ko. aku yg bukan lowyar ni pun boleh paham si anwar tu peliwat.

ini kan ko yg kununnya jadi lawyar bartauliah.....prinsip taik kucing la yg ko ada zullll....

Hj.karim

PAKMALAU said...

Salam: Tertarik aku dengan komen si YB Zulkifli Nordin satu persoalan yang aku ingin ajukan.Sudahkah YB Zul perbetulkan dirinya? kalau sudah bila? kalau belum jangan menentang sekeras-kerasnya,Pebetulkan diri tuan terlebih dahulu sebelum nak pebetul diri orang lain.

Itu amalan sebaik-baiknya.Cakap jangan tidak serupa bikin.Nak temuntak aku membacanya.

Dan aku amat setuju dengan pandangan Anon...Tak payah untuk belakun...mengapa Gajah didepan mata YB Zul buta...Tungau...mungkin YB zul masih kenal dengan makluk tu kot. Sebab orang baling mustahil tak kenai tungau...

Mengapa tungau diseberang laut pinang YB zul boleh nampak?

Jadi nasihat aku sesama Islam elok YB Zul pebetulkan dirinya terlebih dahulu,sebelum nak pebetulkan diri orang lain.

Banyak lagi urusan diKedah yang belum beres yang perlu YB zul tegor dan pebetulkan.Jangan membela tak kena pada tempatnya.

wassallam.

Anonymous said...

kalu eksetrim , dah lama mampos jeff oi ni....dgn sape2 yg sokong DAP

Atuk Banjar Masin said...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

PAS-PKR-DAPigs said...

Di P Pinang, oleh kerana DAP nya teguh macam piramit di Egypt, maka tiada siapa boleh gugatnya - walaupun PAS ada satu ADUN ianya macam anjing kurap sahaja di pandang oleh DAP.

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang PAS sudah di anjing kurapkan oleh DAP/PKR di Selangor pula.