Wednesday, November 27, 2013

BAGAIMANA SURAT-SURAT RAKYAT DITENDANG MENENDANG OLEH PEJABAT NAJIB RAZAK

Wednesday, November 27, 2013


Sudah lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan kekeciwaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung tidak ada respon atau jawapan. 
Mereka merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri ketika itu menjawab surat beliau. 
Berbeza dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini. Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.
Mungkin proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana proses satu-satu surat itu dilayan. 
Apabila surat-surat dihantar ke pejabat PM kelazimannya penerima pertama ialah kerani pejabat PM. Mereka akan membuka dan dibawa ke meja Ketua Setiausaha Sulit Kanan (KSSK). KSSK akan salur untuk tindakan samada kepada Pegawai Khas 1, Pegawai Khas 2, Pegawai Khas 3, Pegawai Khas 4, Pegawai Khas 5 dan entah berapa banyak Pegawai Khas yang ada. Atau ditujukan kepada mana-mana agensi yang terlibat jika bersangkut dengan agensi itu.
Kelazimannya surat-surat rakyat sekadar Pegawai Khas yang handle. Pegawai-Pegawai Khas ini melihat dari perspektif mereka sendiri kalau surat itu dirasakan menguris hati Najib baik mereka simpan dan bakar sahaja untuk menjaga boss supaya sentiasa riang dan gemnbira. 
Jika surat itu menepati selera dan kehendak-kehendak mereka seperti ada kepentingan sendiri atau kroni mereka baru tindakan akan dibuat.
Amalan biasa surat-surat akan melalui satu tapisan yang ketat dan sendat. Kalau boss anmgin nya bagus baru surat-ssurat ini dibawa ke meja boss. Kalau tidak bagus disimpan dulu kekadang lupa terus dan akhirnya menjadi pekasam. Proses ini adalah proses tipikal mereka-mereka yang disekeliling boss. 
Menurut maklumat dalaman (spy yang mudah bolos) PM tidak mungkin dapat melayan surat-surat ini kerana setiap hari hampir satu lori yang sampai dari dalam negara dan luar negara. Bukan setakat surat kepada PM tetapi surat kepada isteri PM pun hampir sama banyak. Malah yang belum buka pun banyak lagi katanya.
Konklusinya usahlah dibuang masa menghantar surat-surat kepada PM kalau ada hamba rakyat yang tidak puas hati salurkan kepada media-media social atau kepada blogger-blogger lantang seperti kadirjasin.blogspot.comyang lebih ikhlas memperjuangkan suara rakyat dari setiausaha-setiausaha di sekeliling pinggang PM.

No comments: