Tuesday, August 6, 2013

SETUJU ATAU TIDAK!!! ISA DIKEMBALIKAN!!





SEJAK akhir-akhir ini kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam masyarakat kita.
Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin menjadi-jadi.




Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap dilaporkan.
Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga semakin tinggi kekerapannya.
Gambar dan video mengenainya mudah saja diperoleh dan disaksikan dalam platform media sosial seperti blog, Facebook dan sebagainya.

kes-tembak-guru-pembunuh-upahan


Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?
Ternyata ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi dan mesti dilihat kembali.
Bila bercakap tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan.
ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Kerajaan sebelum ini banyak kali menegaskan yang ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki.
Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.
Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu jenayah.
Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah.
Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan keselamatan negara pada masa akan datang.
Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 lalu.
images (2)
Apakah rakyat Malaysia juga mahukan pengeboman dan huru-hara terlebih dahulu sebelum mempercayai keberkesanan akta ini?
Perlu diingat, jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas (terrorist) dan penjenayah “underworld” atau kongsi gelap.
Kebanyakan ahli politik yang ditangkap pula bukanlah kerana mereka menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi “menyejukkan keadaan”.
Sama seperti ISA, EO ini digunakan untuk menahan seseorang tanpa sebarang bicara untuk masa yang tidak terhad.
Semuanya demi mencegah mereka-mereka yang ditahan ini daripada melakukan jenayah yang mereka rancang.
Tapi sayangnya kini kesemua ‘mereka-mereka itu’ terpaksa dibebaskan atas nama hak asasi manusia.
simpang-renggam-jail1
Untuk rekod, sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.
Kini ada lebih kurang 2,000 tahanan EO yang dibebaskan dan ‘ada’ di keliling kita.
Banting_fokus
Sebab itulah semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara KENA memahami permasalahan polis yang kini macam  ’tidak bergigi’ selepas ordinan itu dihapuskan.
Polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.
Kita berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan.
Kita tidak boleh berdiam lagi…telunjuk dah naik ke mata…dah beraja di mata, dah bersultan di hati.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit hak asasi semua itu…mereka bukan ikhlas sebenarnya, mereka lebih kepada nak bela kaum keturunan mereka yang sebelum ini ramai disumbat ke dalam penjara.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit-jerit di Parlimen…yang mereka pentingkan adalah undi dan populariti…yang lain pergi mati.
Mereka mungkin tak rasa apa yang seorang ibu rasa bila anak perempuannya dirogol, mereka mungkin tak rasa apa yang seorang isteri rasa bila suaminya dibunuh, mereka tak mungkin rasa apa yang seorang penganut Islam rasa bila agamanya dihina hingga disamakan dengan sup babi!
Kembalikan ISA, kembalikan Ordinan Darurat…sebelum kita menjadi semakin gawat!
 – Mynewshub.my

10 comments:

Anonymous said...

kami ikut Najib.. Jika Najib kata tidak Kami akan Tidak..Biar meka berbunuh sesama sendiri, Biar Sundal, judi, Arak, Seludupan, Dadah, Along, VCD Lucah, buat apa pun biar meka kaya..

Anonymous said...


Betul tu. Kita ikut Najib. Najib yang bertanggungjawab. Polis buatlah setakat yang termampu...

Malaysia apa nak jadi pun jadilah.!!

Anonymous said...

Aku tak pernah sokong pun ISA dimansuhkan. JANGAN TANYA AKU SETUJU ATAU TIDAK IA DIKEMBALIKAN!

Anonymous said...

Ikut Al Jib Gor bermakna mengikut cina DAP laknatullah.
Al Jib Gor sudah hampir sama taraf dgn DApigs.
Ikut PAS Laktullah lagi hancur.
PAS di barisi Murshitul,presiden dan ulamak2 bacul dan dayus.
Murshitul situa kutuk nak mampus nik najis.
Ikut PKR hari2 berjubur di Al juburi

Anonymous said...

Bila Demokrasi memerintah samada Negeri atau Negara, inilah jadi nya. Negara di perintah oleh pemimpin Islam, tapi pemerintahan Islam sejati tidak di praktitkan...Demokrasi yang di praktitkan...sebagai rakyat aku cuma boleh perhati ajelah.

Anonymous said...

Kami tak setuju 2 akta tund kembalikan..biar puak ninberbunuh sedama sendiri, senang keja polis, kalau polis tembak..bn tak sokong polis pun..arahkan tubuh jawatan kauas khas siasat, tubuh baan khas siasat, Polis pulak jadi kambing hitam...mana ada lagi maruah polis lah ni..dulunpaklah campak matuah polis dalam mangkok tandas..la ni najib gor pun sama..Elok Dap perintah..

SentiasaPanas said...

Setuju 1000%. Keamanan dan keharmonian negara lebih penting dari segala-galanya..

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

GAP KEMBALI said...

SALAM TUAN..
EMAIL AKU URGENT

gapkembali@yahoo.com

sertakan no hp dan nama sekali ya..

Anonymous said...

pada asalnya PEMBANGKANGLAH yang mahukan ISA DIMANSUHKAN iaitu sebelum PRU13 dulu dan disokong pula olih rakyat negara ini yang bukan melayu dan orang melayu yang TAK FAHAM POLITIK.olih kerana kerajaan UMNO/BN bimbang mereka2 ini akan melakukan perkara2 yang bolih menggugat keamanan negara jika tidak mengikut kehendak mereka maka kerajaan UMNO/BN terpaksa memansuhkannya.tetapa apabila akta ISA dimansuhkan maka PENJENAYAH2 mula berani melakukan bermacam2 angkara jenayah seperti merompak'membunuh dan sebagainya.pada asalnya PEMBANGKANGLAH yang menjadi PUNCA ANGKARA SEGALA JENAYAH2 yang berlaku sehingga sekarang ni.