Baru-baru ini apabila Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia semakin naik , maka menjerit-jeritlah pemimpin DAP menghentam PM. Anda boleh lihat di sini.
Dibawah ini adalah CPI Malaysia sejak 10 tahun lepas yang disiarkan oleh malaysiakini.
Saya nak ajak anda semua lihat jadual di bawah secara terperinci.
Harus diingat, kajian yang dilakukan oleh TI adalah untuk seluruh negara (Malaysia) . Bukannya hanya di negeri-negeri tertentu sahaja.
Anda lihat kedudukan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Bermula dari tangga ke 36 hingga ke tangga 39. Naik turunnya tak banyak, hanya 4 tangga sahaja.
Kemudian lihat pula dari tahun 2004 hingga 2007. Bermula dari tangga ke 39 hingga ke tangga 44. Naik turunnya juga tak banyak, hanya 5 tangga sahaja.
Lihat pula dari tahun 2008 hingga 2011. Bermula dari tangga ke 47 hingga ke tangga 60. Kenaikan yang mendadak, sebanyak 13 tangga. Teruk !!!
Sedangkan sebelum itu tidak pernah terjadi keadaan seteruk itu. Ini semua kerana selepas negeri-negeri yang diperintah oleh BN dulu diambil alih oleh pembangkang pada awal 2008. Merekalah yang penjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu. Pelbagai jenis rasuah dan salah guna kuasa , tidak kira kecil atau besar yang dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Mereka tak pernah memerintah, apabila dapat peluang memerintah semua benda mereka nak sapu.
Saya bukan cakap melawak atau bergurau. Angka-angka dalam jadual diatas itu semua adalah fakta. Anda semua pun boleh berfikir dan menilainya. Itu mereka baru perintah 5 negeri, kemudian jadi 4 negeri , gejala rasuah di Malaysia sudah sampai ke tahap itu. Cuba anda bayangkan apabila mereka memerintah negara kelak, maka sudah tentulah keadaannya akan berkali-kali lebih teruk dari apa yang ada pada hari ini.
Lim Kit Siang kata
Ranking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.
Dia sedar atau tak sedar yang DAP menjadi penyumbang kepada ranking terburuk itu ?
Matinya Teoh Beng Hock kerana kegiatan rasuah DAP.
Semua benda DAP nak sapu, dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya.
Itu belum dikira lagi kegiatan-kegiatan underground di Selangor.
Itu semua menjadi penyumbang kepada kenaikan CPI Malaysia.
Contoh terbaru adalah apa yang terjadi di Perak sehari dua ini.
Sebelum masuk bab apa yang terjadi di Perak sehari dua ini , saya nak ajak anda lihat ranking dalam jadual diatas sekali lagi.
Lihat pada tahun 2008 dan 2009. Kedudukan rasuah di Malaysia naik mendadak pada tahun berkenaan. Dari tangga 47 naik ke tangga 56. Sembilan tangga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kita sampai begitu teruk sekali.
Puncanya senang, kerana DAP yang mengusai pemerintahan negeri Perak pada masa itu. Dan merekalah yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu.
Dibawah ini adalah salah satu contoh dari puluhan kes lain yang berlaku di Perak pada masa itu. Puluhan kes lain akan didedahkan secara berperingkat-peringkat. Kuari , balak, lombong, tanah, pembekalan alat pejabat dan yang lain-lain lagi. Dimulakan dengan yang kecil dulu dan diikuti dengan yang besar dan besarrr dan besarrrrr....
Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan sebulan selepas DAP mengusai pentadbiran Perak , yang mana syarikat tersebut milik isteri pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming telah diberi kontrak untuk membekal pakaian kepada Majlis Bandaraya Ipoh.
Tarikh ditubuhkan: 23.04.2008
Sebelum itu jawatankuasa tender MBI telah bermesyuarat untuk memilih syarikat Goodman Tailor bagi membekal pakaian kepada ahli majlis MBI kerana syarikat itu telah menawarkan harga yang paling rendah (RM 450.00/pasang) daripada 5 syarikat yang mengemukakan sebut harga. Manakala syarikat milik isteri Nga Kor Ming menawarkan harga yang paling tinggi iaitu RM 650.00 sepasang.
Selepas itu dua saudara sepupu dari parti DAP, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah meminta agar kontrak tersebut di berikan kepada syarikat isteri Nga Kor Ming. Semua kejadian itu dicatatkan dalam minit mesyuarat MBI.
Kalau DAP benar-benar jujur dan anti rasuah, sepatutnya Nga Kor Ming pada masa itu sebagai exco yang menjaga kerajaan tempatan tidak membenarkan sama sekali syarikat milik isterinya menghantar sebutharga.
Bukannya dia nak halang, dia pula yang suruh MBI pilih syarikat isterinya. Niat untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa mereka telah pasang sebaik sahaja mereka perintah Perak. Sebab itulah mereka cepat-cepat pergi tubuh syarikat. Balun selagi boleh, tidak kira kecil atau besar.Sebab itu indeks rasuah naik mendadak antara 2008-2009. DAP Perak yang menjadi penyumbang utama.
Mana dia Khalifah Lim Guan Eng punya CAT (Competency, Accountability and Transparency) ?
Tak usahlah DAP nak bercakap pasal rasuah dan ketelusan jika diri sendiri penuh dengan tahi rasuah.
Kemudian dia kata isterinya hanya 'sleeping partner'.
Porahhhhhhhhh, kalau tiada apa-apa keuntungan kau ingat orang nak ambil ke isteri kau untuk tidur dalam syarikat ? Nak tipu dungu-dungu DAP, PKR dan PAS bolehlah oiiiii...... Sleeping partner dilantik sebulan selepas DAP perintah Perak . Kalau dilantik sebulan sebelum PRU 2008 logiklah alasan kau tu oiiiii.....
Tarikh dilantik sebagai 'sleeping partner' sama dengan tarikh penubuhan syarikat
Modus operandi kegiatan rasuah DAP adalah kaut yang kecil-kecil, tetapi kuantitinya banyak. Mereka rasuah tak banyak, hanya sekitar ribu hingga puluhan ribu sahaja, tapi banyak tempat. Bila dihimpun jumlahnya akan jadi banyak. Lihat contoh dalam kes Teoh Beng Hock.
Mereka guna cara sedemikian supaya orang tak nampak. Dan jika kantoi mereka kata itu hanya projek kecil-kecil berbanding dengan rasuah yang dilakukan oleh BN. Maka orang ramai pun percayalah kata-kata mereka.
Kecil besar, 10 sen, 1 ribu, 10 ribu, 10 juta, rasuah tetap rasuah dan ianya akan tercatat dalam rekod Transparency International.
Posted by ruang bicara faisal at 12:01 PM
(sumber;tqhttp://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/12/dap-penyumbang-kepada-kenaikan-indeks.html)
Monday, December 26, 2011
10 sekolah latih penipu : myMetro
oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
BELAJAR JADI PENIPU...sekolah melatih warga Nigeria jadi penjenayah.
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.
“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.
Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.
“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.
“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.
“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.
Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.
(sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/10sekolahlatihpenipu/Article/)
am@hmetro.com.my
BELAJAR JADI PENIPU...sekolah melatih warga Nigeria jadi penjenayah.
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.
“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.
Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.
“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.
“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.
“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.
Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.
(sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/10sekolahlatihpenipu/Article/)
Saturday, December 24, 2011
Perangai samseng dan tabiat ketam bukan budaya UMNO - Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
PERANGAI samseng dan ugutan bukan budaya UMNO dan gejala ini harus disingkirkan jika parti ingin dilihat beretika dan senangi rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Budaya itu jelas beliau, akan menjadi lumrah apabila ada sesetengah pemimpin UMNO yang enggan menerima teguran walaupun tingkah lakunya dilihat menjadi liabiliti kepada parti.
"Pemimpin UMNO sepatutnya menjadi teladan baik kepada generasi muda, bukannya angkuh dan mendabik dada kononnya apa yang mereka lakukan semuanya betul," tegasnya.
Beliau memberitahu, ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi tidak pernah bermasalah dan sentiasa ikhlas kepada parti.
"Yang menjadi masalah dan penyakit adalah pemimpin UMNO itu sendiri, inilah hakikat yang kita harus akui," ujarnya.
" Jangan kita asyik beretorik mahu ahli UMNO bersatu sedangkan ada sesetengah pemimpin parti seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Katanya lagi, keadaan akan bertambah parah dan menjadi barah kepada parti apabila ada pula segelintir individu yang berkepentingan menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan peribadi.
Katanya, individu yang berkepentingan lazimnya daripada golongan yang mudah kecewa sanggup lakukan apa sahaja asalkan mendapat habuan.
"Hanya mereka yang tidak ada harga diri dan tidak pernah berasa malu pada diri sendiri yang sanggup mencemarkan nama baik UMNO dan spesis seperti ini sewajarnya dibuang daripada parti," tegasnya.
Kadangkala katanya, mereka yang boleh disifatkan sebagai 'makan upah' ini pada kebiasaannya juga cetek pemikirannya disamping terbelenggu dengan masalah peribadi.
"UMNO akan mula dikeji apabila ada pula pemimpin parti yang sanggup menggunakan indvidu berkepentingan itu untuk melakukan kekacauan atau ketegangan jika tercetus sesuatu isu demi melindungi kepentingan mereka," tegasnya.
Bertambah menjekelkan kata beliau, golongan ini hanya sanggup memaki-hamun sesama ahli UMNO tetapi takut untuk menyerang pembangkang terutama DAP.
"Sesama ahli parti bukan main garangnya sehingga sanggup singsing baju dan selak kain, tetapi dengan PKR dan DAP, jadi tikus montel," katanya sinis.
Beliau berkata, budaya dan perangai buruk inilah yang menjadi buah mulut rakyat dan akhirnya timbul persepsi negatif di fikiran mereka.
Sesama ahli UMNO sangup singsing baju dan selak kain, tetapi dengan DAP dan PKR jadi tikus montel
Akhirnya tegas beliau, rakyat mula marahkan kepada pemimpin UMNO secara keseluruhannya dan tidak mustahil hukumannya akan dijatuhkan pada PRU akan datang.
Sindorom itu tegas Syed Ali lagi, tidak sepatutnya berlaku sewaktu UMNO sedang mengalami proses transformasi politik sepertimana yang sedang diusahakan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku presiden parti.
Menurut beliau, pemimpin UMNO harus insaf bahawa suara rakyat yang akan menentukan jatuh bangun kerjaya mereka dalam politik.
"Hari ini kita lihat ada yang angkuh mendabik dada kononnya ada jawatan penting dalam kerajaan dan parti, tetapi kita jangan lupa rakyat boleh menjatuhkan kita bila-bila masa," jelasnya.
Sehubungan itu beliau mahu seluruh pemimpin UMNO merealisasikan hasrat Najib supaya sentiasa merendah diri dan mengutamaklan kepentingan rakyat.
"Misalnya kita selalu salahkan rakyat apabila mereka tuduh ada pemimpin UMNO dikaitkan dengan penyelewengan atau ada kepentingan dalam sesuatu projek, walhal kita sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana nafsu untuk cepat kaya," katanya.
Beliau menjelaskan, walaupun perangai buruk itu hanya dilakukan oleh seorang dua tetapi tempiasnya terkena kepada seluruh pemimpin parti dan UMNO mendapat kecaman.
"Seperti susu sebelanga, kerana nila setitik, semuanya jadi rosak binasa, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal sebegini,?, soal beliau.
"Bertambah malangnya pula apabila yang rosakkan susu itu tidak mahu mengaku dan berdalih dengan pelbagai alasan yang kadangkalanya tidak masuk akal.
Oleh itu katanya, menjadi tangungjawab semua pemimpin untuk membersihkan UMNO daripada diresapi oleh kuman atau anai-anai yang boleh meruntuhkan kekuatan parti.
Menurut Syed Ali lagi, ingatan dan teguran yang sudah beberapa kali dibuat oleh Najib termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dijadikan iktibar.
"Najib, sejak dua setengah tahun menjadi Perdana Menteri, sudah berulang kali mengingatkan pemimpin UMNO supaya berjiwa rakyat, ikhlas dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi dan keluarga," tegasnya.
Katanya, jika Najib menunjukkan sikap mesra rakyat, ikhlas dan sentiasa merendah diri, mengapa masih ada lagi pemimpin UMNO yang tidak mahu mencontohi teladan baik tersebut.
Begitu juga Dr. Mahathir kata beliau, sentiasa berpesan supaya pemimpin UMNO terutama yang pegang jawatan supaya elok pekerti dan berbudi bahasa supaya menjadi sanjungan rakyat.
"Rakyat tidak hairan kalau kita ada harta setinggi gunung, tetepi kita akan lebih dihormati dan disayangi jika selalu merendah diri dan bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah swt," tegasnya.
Posted by syed ali alhabshee at 10:56 PG
(sumber;http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2011/12/perangai-samseng-dan-tabiat-ketam-bukan.html)
Tuesday, December 20, 2011
Agendadaily: Shahrizat kena jelaskan kehadiran dua pegawai pada insiden di pejabat UMNO Bahagian Cheras
SELASA, 20 DISEMBER 2011 09:40 oleh:LUKMAN ABDULLAH
Sikap biadab Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom bertindak kasar dengan mencekak baju Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan menimbul kekecohan di pejabat UMNO Bahagian pada petang Khamis (15 Disember) membangkitkan kemarahan seluruh jawatankuasa empat peringkat UMNO Bahagian itu.
Kemudian ditambah pula kecurigaan serta tanda tanya terhadap dua orang pegawai (Encik Azam dan Encik Hariran) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh berada di situ semasa kejadian.
Ianya telah menimbulkan kesangsian seolah-olah menteri berkenaan mendalangi kumpulan tersebut yang dikatakan hanya datang untuk menghantar satu memorandum berhubung tulisan Syed Ali bertajuk 'Memikul Biawak Hidup' mengenai isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan NFC dalam blog umnobahagiancheras.
Pada petang Isnin, satu mesyuarat khas empat peringkat UMNO Bahagian Cheras yang dihadiri 161 orang diadakan dengan membuat beberapa ketetapan.
Pada sidang media yang diketuai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi Abdul Shukor menuntut Shahrizat memberi penjelasan berhubung kehadiran dua orang pegawainya dalam insiden itu.
Beliau juga menuntut menteri berkenaan memohon maaf terhadap Syed Ali atas tindak tanduk ala samseng kumpulan yang dikatakan pro Shahrizat itu di pejabat UMNO Bahagian.
Menjelas lebih lanjut tentang kehadiran dua pegawai Shahrizat itu, Mahadi berkata, “kalau seseorang pegawai menteri hadir ke sesuatu UMNO Bahagian, sudah tentu akan rujuk dulu pada bosnya...kalau tidak apa yang berlaku siapa yang hendak bertanggungjawab...siapa yang hendak bertanggungjawab terhadap insiden kekcohan di pejabat UMNO Cheras pada 15 Disember lalu”.
“Samada kehadiran secara peribadi, persoalannya kenapa dia hadir dan kehadirannya mesti ada 'blessing'...kami lihat ada 'blessing'...kita adalah parti yang besar, banyak cara kita boleh selesaikan isu ini, di meja rundingan atau bersemuka dengan Datuk Syed Ali pun boleh, tak ada
masalah,” tambhanya.
Ditanya samada kehadiran pegawai berkenaan atas arahan Shahrizat, Mahadi berkata, “saya tak tahulah, tapi mereka dari pejabat Shahrizat...dia datang pun bertanya isu biawak hidup yang ada kaitan dengan Shahrizat...takkan dia datang dengan perkara yang tiada kaitan, tentu datang dengan hasrat dan motifnya...saya rasa Shahrizat maklum perkara ini”.
Kata Mahadi, “kita menuntut supaya isu ini dihentikan dan nama UMNO Bahagian Cheras dibersihkan kerana banyak pihak dan blog membuat persepsi buruk pada Syed Ali seolah-olah kita buat suatu kenyataan yang bukan-bukan.”
Lima ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat tergempar UMNO Bahagian Cheras bersama sayapnya hari ini ialah:
Pertama : Menyokong dan berdiri teguh di belakang kepimpinan dan ketegasan Datuk Wira Syed Ali AlHabshee berhubung isu NFC yang kini menjadiperhatian rakyat.
Kedua : Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival UMNO menjelang pilihan raya ke-13.
Ketiga : UMNO Bahagian Cheras yang diketuai Datuk Wira Syed Ali tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO dan dalam masa yang sama tetap
memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.
Keempat : Melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO.
Kelima : Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.
Turut sama di sidang media itu Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Pergerakan Puteri Sarina Shariff dan kesemua perwakilan mesyuarat khas tersebut.
Dalam blog umnobahagiancheras pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.
Katanya, “mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian.”
Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar 'seperti memikul biawak hidup' ditujukan kepada isu NFC dan bukannya ckepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau.-19/12/2011- OLEH LUKMAN ABDULLAH
(sumber;http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/shahrizat-kena-jelaskan-kehadiran-dua-pegawai-pada-insiden-di-pejabat-umno-bahagian-cheras.html#jacommentid:4723)
Saturday, December 17, 2011
ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM: Perkahwinan GAY melayu dengan mat salleh kat Dublin!
FRIDAY, DECEMBER 16, 2011
Perkahwinan GAY melayu dengan mat salleh kat Dublin!
Salam Jumaat! Entry kali ni agak tak sesuai untuk hari Jumaat pasal kan maybe boleh menggegar otak-otak orang. tapi takpe layan je. huhu.
Nak cerita pasal bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang kat Dublin, Ireland oleh keluarganya dua hari lepas dan semalam Utusan melaporkan Ariff yang merupakan bekas pelajar tajaan Petronas tu berada dalam keadaan selamat. Alhamdullillah lah kan.
Tetapikan hasil dari maklumat yang didengar, Ariff Alfian yang dikatakan hilang tu sebenarnya taklah hilang tapi dah berkahwin kat sana, tapi... bukan dengan perempuan.. dengan LELAKI mat saleh nama Jonathan. diulang lelaki! yup, Ariff Alfian tu lelaki MELAYU ISLAM, bukan perempuan atau muka nyah.
Gambar kat bawah sangat tak sesuai untuk mereka-mereka yang di bawah umur tauu. Sila kelip mata banyak-banyak dulu. hahaha.
Kalau ini bukan Ariff yang dikatakan saye mohon ampun sangat-sangat, tak berniat nak aibkan orang, cuma nak berkongsi dengan semua. Kalau saye nak aibkan orang, tentu saye dah tulis je dlm berita harini, lagi haruuuu.
Yang pasti dari muka, pakaian yang siap bertengkolok & berbaju melayu lagi masa kahwin tu jelas yang lelaki itu memang Melayu Islam. Astagfirullahalazim.
Untuk lebih gambar, klik kat sumber gambar ni--> http://biggayweddingproject.com/jonathan-and-ariff/
Boleh wiki pasal Ariff ni kat sini jugak --> http://ms.wikipedia.org/wiki/Ariff_Alfian_Rosli
(sumber;http://duabelasharibulantiga.blogspot.com/2011/12/perkahwinan-gay-melayu-dengan-mat.html)
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita: Dua solat Jumaat satu kariah
Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my
Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani plag simbolik merasmikan Masjid Raja Cendering yang ditukar nama kepada Masjid Sultan Ismail di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan), Tengku Muhammad Mua'az (dua dari kiri) dan Ahmad Said.
KUALA TERENGANU 16 Dis. – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini tanpa kebenaran pemerintah.
Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.
Titah baginda, masalah tersebut berlaku disebabkan tiada persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi sesama umat Islam itu sendiri.
Justeru, Sultan Mizan menyeru seluruh umat Islam di negeri ini agar mencari jalan penyelesaian demi kedamaian serta kemurnian hubungan antara pihak-pihak yang bertelagah.
“Masalah ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda dan umat Islam dihina dan dipermainkan.
“Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini.
“Oleh itu, beta menyeru rakyat sekelian supaya sama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak bertelagah agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Raja Chendering yang kini dikenali sebagai Masjid Sultan Ismail di sini.
Keberangkatan Sultan Mizan diiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Turut hadir, putera baginda, Tengku Muhammad Mua‘az; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta para pembesar dan kenamaan negeri.
Baginda turut mengajak umat Islam agar mengambil iktibar daripada tema sambutan Awal Muharam tempoh hari iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah yang menuntut umat Islam sentiasa bersatu padu dalam jemaah berdasarkan tuntutan al-Quran.
Malah, baginda juga menyeru umat Islam supaya menjadikan peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah sebagai pengajaran apabila berjaya menyatukan dua golongan yang bertelagah iaitu Aus dan Khazraj.
Dalam pada itu, Sultan Mizan yang baru menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 serta dua putera baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di masjid berkenaan.
Masjid Sultan Ismail yang mula dibina baru sejak 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta siap sepenuhnya pada Mei lalu dan ia merupakan antara 491 buah masjid yang terdapat di Terengganu.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)
utusanterengganu@utusan.com.my
Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani plag simbolik merasmikan Masjid Raja Cendering yang ditukar nama kepada Masjid Sultan Ismail di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan), Tengku Muhammad Mua'az (dua dari kiri) dan Ahmad Said.
KUALA TERENGANU 16 Dis. – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini tanpa kebenaran pemerintah.
Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.
Titah baginda, masalah tersebut berlaku disebabkan tiada persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi sesama umat Islam itu sendiri.
Justeru, Sultan Mizan menyeru seluruh umat Islam di negeri ini agar mencari jalan penyelesaian demi kedamaian serta kemurnian hubungan antara pihak-pihak yang bertelagah.
“Masalah ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda dan umat Islam dihina dan dipermainkan.
“Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini.
“Oleh itu, beta menyeru rakyat sekelian supaya sama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak bertelagah agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Raja Chendering yang kini dikenali sebagai Masjid Sultan Ismail di sini.
Keberangkatan Sultan Mizan diiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Turut hadir, putera baginda, Tengku Muhammad Mua‘az; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta para pembesar dan kenamaan negeri.
Baginda turut mengajak umat Islam agar mengambil iktibar daripada tema sambutan Awal Muharam tempoh hari iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah yang menuntut umat Islam sentiasa bersatu padu dalam jemaah berdasarkan tuntutan al-Quran.
Malah, baginda juga menyeru umat Islam supaya menjadikan peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah sebagai pengajaran apabila berjaya menyatukan dua golongan yang bertelagah iaitu Aus dan Khazraj.
Dalam pada itu, Sultan Mizan yang baru menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 serta dua putera baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di masjid berkenaan.
Masjid Sultan Ismail yang mula dibina baru sejak 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta siap sepenuhnya pada Mei lalu dan ia merupakan antara 491 buah masjid yang terdapat di Terengganu.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)
Friday, December 16, 2011
Al-i-’Imran [149] dan Al-i-’Imran [150]
Al-i-’Imran [149]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi
Al-i-’Imran [150]
(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.
Monday, December 12, 2011
Hasan Ali Bersedia Tidak Dicalonkan Semula Bertanding PRU-13
12 Disember, 2011 17:47 PM
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau bersedia tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.
"Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.
"Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.
Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.
"Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor)," katanya.
Kata Hassan sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.
"Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?" tanyanya.
Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.
Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.
Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.
"Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.
"Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DUN Hulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas," katanya.
Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.
"Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.
"Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti," katanya.
Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulasi darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.
Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.
Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: "Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama".
Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam.
-- BERNAMA
(sumber:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=633602)
Friday, December 2, 2011
Jambatan emas sudah diberi, orang Cina mahu apa lagi...? :Datuk Alwi Che Ahmad
Khamis, 01 Disember 2011 14:50
HELME HANAFI (agendadaily)
Perwakilan pertama yang membuka gelanggang perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Alwi Che Ahmad membawa kisah Sultan Mahmud Shah meminang Puteri Gunung Ledang untuk menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh mengalah berdasarkan tuntutan.
Menurut jurucakap usul ucapan dasar Presiden itu, Sultan Mahmud sanggup bina jambatan emas, sanggup bina jambatan perak, sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk, tetapi tidak sanggup nak ambil semangkuk darah anak sendiri.
"Semuanya Sultan Mahmud sanggup memenuhi kecuali mengorbankan darah anaknya, Tengku Ahmad.”
“Ini menunjukkan bahawa Raja Melaka tidak sanggup mengorbankan darah bangsanya demi memuaskan kehendak nafsunya,” kata beliau yang meminta orang UMNO terus mengutamakan kepentingan bangsa berbanding kepentingan diri.
ADUN Kok Lanas itu kemudiannya bertanya apa lagi orang Cina hendak sedangkan BN sudah beri “jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk, hati kuman”.
“Orang Cina hendak jambatan emas, kita beri tapi orang Cina hendak darah, tak bolehlah,” katanya.
Dalam ucapan yang diselang-seli dengan sorakkan Hidup UMNO dan Gelombang Merah oleh para perwakilan itu.
Che Alwi yang mendapat sokangan perwakilan itu turut bertanya siapa yang rasis, adakah, Umno atau DAP.
“Siapa yang hina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan kulitnya hitam metalik? Oleh itu siapa yang rasis, orang Umno atau orang DAP?” katanya lagi.
Beliau mengajak semua orang Umno mempertahankan Putrajaya.
“Dahulu orang PAS kata bila mereka menang mereka nak jual Putrajaya, kini mereka mahu menawan Putrajaya. Muka tak malu,” kata beliau dalam ucapan lebih 30 minit.
Beliau turut bercerita mengenai seorang presiden China pernah berkata ketika negara itu dipulau oleh dunia Barat, pemimpin Melayu iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang membuka mata mereka dengan menjalin hubungan Malaysia-China pada 1974.
“Kalau pemimpin besar China boleh menghargai peranan orang Melayu (Tun Razak) kenapa orang Cina di Malaysia tidak menghargai peranan Umno?” katanya.
Menyentuh perbezaan antara slogan 'reformasi' dan tranformasi'.
Katanya, tranformasi bermaksud perubahan tanpa meninggalkan asas yang sudah lama diperjuangankan.
"Sebaliknya reformasi adalah , buang yang lama, dengan tiang-tiang seri hilang. Tak boleh balik pada asal,"katanya.
"Kalau orang tanya tranformasi itu apa, (ia) macam Tranformer, macam Megatron. Bila diserang dia berubah jadi kapal terbang," katanya membuatkan perwakilan ketawa.
Mengambil contoh dari sejarah Islam pula, Md Alwi berkata usaha tranformasi kerjaan yang dijalankan mengambil iktibar dari kisah penukaran kiblat Islam dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.
"Ini tranformasi. Masjid al-Aqsa tetap tidak berubah sebagai kota suci umat Islam. Ia tidak ditinggalkan," katanya.-1/12/2011
terimakasih(sumber;http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/jambatan-emas-sudah-diberi-orang-cina-mahu-apa-lagi.html)
HELME HANAFI (agendadaily)
Perwakilan pertama yang membuka gelanggang perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Alwi Che Ahmad membawa kisah Sultan Mahmud Shah meminang Puteri Gunung Ledang untuk menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh mengalah berdasarkan tuntutan.
Menurut jurucakap usul ucapan dasar Presiden itu, Sultan Mahmud sanggup bina jambatan emas, sanggup bina jambatan perak, sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk, tetapi tidak sanggup nak ambil semangkuk darah anak sendiri.
"Semuanya Sultan Mahmud sanggup memenuhi kecuali mengorbankan darah anaknya, Tengku Ahmad.”
“Ini menunjukkan bahawa Raja Melaka tidak sanggup mengorbankan darah bangsanya demi memuaskan kehendak nafsunya,” kata beliau yang meminta orang UMNO terus mengutamakan kepentingan bangsa berbanding kepentingan diri.
ADUN Kok Lanas itu kemudiannya bertanya apa lagi orang Cina hendak sedangkan BN sudah beri “jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk, hati kuman”.
“Orang Cina hendak jambatan emas, kita beri tapi orang Cina hendak darah, tak bolehlah,” katanya.
Dalam ucapan yang diselang-seli dengan sorakkan Hidup UMNO dan Gelombang Merah oleh para perwakilan itu.
Che Alwi yang mendapat sokangan perwakilan itu turut bertanya siapa yang rasis, adakah, Umno atau DAP.
“Siapa yang hina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan kulitnya hitam metalik? Oleh itu siapa yang rasis, orang Umno atau orang DAP?” katanya lagi.
Beliau mengajak semua orang Umno mempertahankan Putrajaya.
“Dahulu orang PAS kata bila mereka menang mereka nak jual Putrajaya, kini mereka mahu menawan Putrajaya. Muka tak malu,” kata beliau dalam ucapan lebih 30 minit.
Beliau turut bercerita mengenai seorang presiden China pernah berkata ketika negara itu dipulau oleh dunia Barat, pemimpin Melayu iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang membuka mata mereka dengan menjalin hubungan Malaysia-China pada 1974.
“Kalau pemimpin besar China boleh menghargai peranan orang Melayu (Tun Razak) kenapa orang Cina di Malaysia tidak menghargai peranan Umno?” katanya.
Menyentuh perbezaan antara slogan 'reformasi' dan tranformasi'.
Katanya, tranformasi bermaksud perubahan tanpa meninggalkan asas yang sudah lama diperjuangankan.
"Sebaliknya reformasi adalah , buang yang lama, dengan tiang-tiang seri hilang. Tak boleh balik pada asal,"katanya.
"Kalau orang tanya tranformasi itu apa, (ia) macam Tranformer, macam Megatron. Bila diserang dia berubah jadi kapal terbang," katanya membuatkan perwakilan ketawa.
Mengambil contoh dari sejarah Islam pula, Md Alwi berkata usaha tranformasi kerjaan yang dijalankan mengambil iktibar dari kisah penukaran kiblat Islam dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.
"Ini tranformasi. Masjid al-Aqsa tetap tidak berubah sebagai kota suci umat Islam. Ia tidak ditinggalkan," katanya.-1/12/2011
terimakasih(sumber;http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/jambatan-emas-sudah-diberi-orang-cina-mahu-apa-lagi.html)
Thursday, December 1, 2011
CALON memang senjata utama untuk menang PRU -(asampedas)
Thursday, December 1, 2011
Setelah “pencen sementara” cerita politik, hari ini saya teruja menulis balik. Yelah memandangkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sedang rancak berlangsung.
Saya amat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Timbalan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan sidang perwakilan Wanita dan Pemuda kelmarin.
Dalam ucapannya yang berkobar-kobar itu Muhyiddin mengingatkan UMNO bahawa Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan tentukan jatuh bangunnya orang Melayu dan calon adalah senjata untuk menang.
Tidak ada yang tersirat atau tersurat daripada kenyataan itu. Ia adalah satu kenyataan yang JELAS. Tetapi soalnya apakah kenyataan Muhyiddin itu akan dipandang serius atau masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? Adakah masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham selepas ini?
Kenyataan Muhyiddin itu mengukuhkan lagi pendirian yang sebelum ini sering dilaungkan oleh Perdana Menteri dan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, iaitu untuk menang PRU, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kena letakkan “winnable candidate”.
Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya ada mengatakan dia menyerahkan nasibnya kepada Presiden bila tiba masanya. Malah Shahrizat berkata dia pasrah kepada qada’ dan qadar. Adakah ini bermakna dia sudah sedar dia bukan winnable candidate? Wallahualam.
Apakah maksud Shahrizat apabila dia ungkapkan kata "bayangkan apa akan jadi pada parti jika 1.3 juta ahli wanita mogok? Tidak kah ia berbunyi seperti satu ugutan kepada pemimpin supaya mengekalkannya atau menunjukkan sikap angkuh dan yakinnya dia mendapat "backing" penuh dari Wanita?
Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula dalam ucapannya berkata, dia berharap menerusi konsep winnable candidate tiada lagi calon dipilih atas dasar simpati dan pakai kabel, sebaliknya perlu merit dan keupayaan.
Adakah Khairy bercakap setelah “mengukur baju di badan sendiri”, yelah, mungkin berdasarkan pengalaman dirinya sendiri ketika Pak Lah menjadi PM? Hmmmmm. Wallahualam.
Ikhlas ke Shahrizat dan Khairy ketika membuat kenyataan-kenyataan itu? Atau mereka ada maksud yang tersirat dan tersurat?
Bagi saya, jika Muhyiddin betul-betul bermaksud CALON adalah SENJATA untuk menang PRU akan datang, janganlah pilih CALON yang KALAH dalam PRU yang lalu sebagai calon dalam PRU ke-13.
Pemimpin mesti cuba letakkan diri mereka di tempat pengundi buat seketika. Cuba bayangkan perasaaan anda sebagai rakyat biasa yang mengundi, jika orang yang anda sudah tolak (tidak pangkah) dan kalah pilihanraya, dilantik sebagai Menteri atau Senator? Selepas itu, bila dah dapat jawatan, semakin menyombong dan malas nak turun padang serta tak ada masa nak dengar denyutan nadi rakyat?
Di mana dia janji “Rakyat Didahulukan?” Jadi, Datuk Najib dan Muhyiddin kenalah walk the talk!
Kepada pemimpin UMNO pula, kenapa tak contohi langkah gentleman Tan Sri Koh Tsu Koon yang membuat keputusan tidak mahu bertanding dalam PRU akan datang kerana mahu menyelamatkan parti Gerakan?
Kenapa pemimpin UMNO tak contohi tindakan gentleman Datuk Seri Chua Soi Lek menolak sebarang jawatan kabinet walaupun memenangi semula kerusi presiden MCA kerana mahu menumpu perhatian mengukuhkan parti MCA?
Jika pemimpin UMNO sayangkan parti, mereka patut sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri.
Anda mungkin boleh mendabik dada, melaung-laungkan anda mendapat sokongan ahli parti, tetapi dalam PRU nanti, apakah ahli-ahli parti yang melaung menyokong anda itu akan mengundi di kawasan anda? Ingatlah, diterima atau disokong oleh ahli parti tidak bermakna kita juga akan diterima atau disokong oleh rakyat.
Rakyat sekarang sudah bijak. Kalau zaman dulu, UMNO begitu kuat, letak siapa sahaja, asalkan rakyat tengok lambang dacing sahaja mereka pangkah.
Tetapi sekarang, rakyat sudah bijak. Mereka tahu dalam mana-mana parti ada wakil yang bagus dan tak bagus. Rakyat sekarang tak pangkah ikut parti, tapi ikut personaliti. Maka, calon mesti mempunyai personaliti yang disenangi rakyat. Calon mestilah mendengar denyutan nadi rakyat. Mesti rajin turun padang, tak sombong dan tak berlagak.
Inilah masanya pemimpin UMNO/BN buktikan bahawa rakyat benar-benar di dahulukan!
By Noor Hasilah Ismail at 4:01 AM
Labels: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin, Koh Tsu Koon, Perhimpunan Agung UMNO, PRU 13, PWTC, Shahrizat Jalil, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Umno
terimakasih(sumber;http://noorhasilahismail.blogspot.com/2011/12/calon-memang-senjata-utama-untuk-menang.html)
Setelah “pencen sementara” cerita politik, hari ini saya teruja menulis balik. Yelah memandangkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sedang rancak berlangsung.
Saya amat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Timbalan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan sidang perwakilan Wanita dan Pemuda kelmarin.
Dalam ucapannya yang berkobar-kobar itu Muhyiddin mengingatkan UMNO bahawa Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan tentukan jatuh bangunnya orang Melayu dan calon adalah senjata untuk menang.
Tidak ada yang tersirat atau tersurat daripada kenyataan itu. Ia adalah satu kenyataan yang JELAS. Tetapi soalnya apakah kenyataan Muhyiddin itu akan dipandang serius atau masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? Adakah masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham selepas ini?
Kenyataan Muhyiddin itu mengukuhkan lagi pendirian yang sebelum ini sering dilaungkan oleh Perdana Menteri dan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, iaitu untuk menang PRU, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kena letakkan “winnable candidate”.
Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya ada mengatakan dia menyerahkan nasibnya kepada Presiden bila tiba masanya. Malah Shahrizat berkata dia pasrah kepada qada’ dan qadar. Adakah ini bermakna dia sudah sedar dia bukan winnable candidate? Wallahualam.
Apakah maksud Shahrizat apabila dia ungkapkan kata "bayangkan apa akan jadi pada parti jika 1.3 juta ahli wanita mogok? Tidak kah ia berbunyi seperti satu ugutan kepada pemimpin supaya mengekalkannya atau menunjukkan sikap angkuh dan yakinnya dia mendapat "backing" penuh dari Wanita?
Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula dalam ucapannya berkata, dia berharap menerusi konsep winnable candidate tiada lagi calon dipilih atas dasar simpati dan pakai kabel, sebaliknya perlu merit dan keupayaan.
Adakah Khairy bercakap setelah “mengukur baju di badan sendiri”, yelah, mungkin berdasarkan pengalaman dirinya sendiri ketika Pak Lah menjadi PM? Hmmmmm. Wallahualam.
Ikhlas ke Shahrizat dan Khairy ketika membuat kenyataan-kenyataan itu? Atau mereka ada maksud yang tersirat dan tersurat?
Bagi saya, jika Muhyiddin betul-betul bermaksud CALON adalah SENJATA untuk menang PRU akan datang, janganlah pilih CALON yang KALAH dalam PRU yang lalu sebagai calon dalam PRU ke-13.
Pemimpin mesti cuba letakkan diri mereka di tempat pengundi buat seketika. Cuba bayangkan perasaaan anda sebagai rakyat biasa yang mengundi, jika orang yang anda sudah tolak (tidak pangkah) dan kalah pilihanraya, dilantik sebagai Menteri atau Senator? Selepas itu, bila dah dapat jawatan, semakin menyombong dan malas nak turun padang serta tak ada masa nak dengar denyutan nadi rakyat?
Di mana dia janji “Rakyat Didahulukan?” Jadi, Datuk Najib dan Muhyiddin kenalah walk the talk!
Kepada pemimpin UMNO pula, kenapa tak contohi langkah gentleman Tan Sri Koh Tsu Koon yang membuat keputusan tidak mahu bertanding dalam PRU akan datang kerana mahu menyelamatkan parti Gerakan?
Kenapa pemimpin UMNO tak contohi tindakan gentleman Datuk Seri Chua Soi Lek menolak sebarang jawatan kabinet walaupun memenangi semula kerusi presiden MCA kerana mahu menumpu perhatian mengukuhkan parti MCA?
Jika pemimpin UMNO sayangkan parti, mereka patut sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri.
Anda mungkin boleh mendabik dada, melaung-laungkan anda mendapat sokongan ahli parti, tetapi dalam PRU nanti, apakah ahli-ahli parti yang melaung menyokong anda itu akan mengundi di kawasan anda? Ingatlah, diterima atau disokong oleh ahli parti tidak bermakna kita juga akan diterima atau disokong oleh rakyat.
Rakyat sekarang sudah bijak. Kalau zaman dulu, UMNO begitu kuat, letak siapa sahaja, asalkan rakyat tengok lambang dacing sahaja mereka pangkah.
Tetapi sekarang, rakyat sudah bijak. Mereka tahu dalam mana-mana parti ada wakil yang bagus dan tak bagus. Rakyat sekarang tak pangkah ikut parti, tapi ikut personaliti. Maka, calon mesti mempunyai personaliti yang disenangi rakyat. Calon mestilah mendengar denyutan nadi rakyat. Mesti rajin turun padang, tak sombong dan tak berlagak.
Inilah masanya pemimpin UMNO/BN buktikan bahawa rakyat benar-benar di dahulukan!
By Noor Hasilah Ismail at 4:01 AM
Labels: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin, Koh Tsu Koon, Perhimpunan Agung UMNO, PRU 13, PWTC, Shahrizat Jalil, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Umno
terimakasih(sumber;http://noorhasilahismail.blogspot.com/2011/12/calon-memang-senjata-utama-untuk-menang.html)
UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 DEWAN MERDEKA, PWTC
“UMNO MENJUARAI TRANSFORMASI”
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,
Dif-dif Kehormat,
Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
MUKADDIMAH
Saudara dan Saudari sekalian,
• Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.
• Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.
• Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.
• Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
• Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Saudara dan Saudari,
• Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.
• Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
• Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.
• Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.
Saudara dan Saudari,
• Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.
• Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.
Saudara dan Saudari,
• Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.
Saudara dan Saudari,
• Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.
• Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.
• Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.
• Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.
Saudara dan Saudari sekalian,
• Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.
Saudara dan Saudari,
Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…
• Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.
• Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.
Saudara dan Saudari,
TAAT DAN SETIA
Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.
Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.
Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.
Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.
Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.
Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.
Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.
Saudara dan Saudari,
CINTA DAN KASIH
Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.
Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.
Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.
Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.
Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.
Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.
Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga’ bisa Pak…
Saudara dan Saudari,
BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN
Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.
Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.
Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.
Disudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?
Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.
Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.
Saudara dan Saudari,
i) 1946
• Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.
• Jangan dilupa juga, termusta’id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.
Saudara dan Saudari
ii) 1951
• Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato’ Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.
• Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.
• Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan “Hidup Melayu” telah diubah kepada “Merdeka”.
• Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato’ Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Saudara dan Saudari,
iii) 1955
• Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.
• Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.
• Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.
• Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.
• Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.
Saudara dan Saudari sekalian,
iv) 1957
• UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.
• Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.
• Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.
Saudara dan Saudari,
• Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.
• Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.
• Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.
• Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.
• Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.
• Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.
Saudara dan Saudari,
v) 1969
• Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.
Saudara dan Saudari sekalian,
vi) 1970
• Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.
• Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.
• Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.
• Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.
Saudara dan Saudari,
vii) 1988
• UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.
• Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.
Saudara dan Saudari,
viii) 1990
• Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.
• Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.
• Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.
• Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.
• Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.
Saudara dan Saudari,
• Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.
• Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.
• Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.
Saudara dan Saudari,
ix) 1999
• Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.
• Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau, lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.
• Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.
Saudara dan Saudari,
x) 2011
• Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.
• Umpamanya, ucapan perayaan Aidil Adha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.
Saudara dan Saudari,
• Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.
• Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.
• Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.
Saudara dan Saudari,
• Begitu juga bermula tahun 90an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.
• Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.
Saudara dan Saudari sekalian,
• Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.
• Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.
• Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.
• Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.
Saudara dan Saudari,
• UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.
• Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.
PENUTUP
Saudara dan Saudari,
• Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.
• Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi “game changer” kepada UMNO menyusuri sejarah parti.
• Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.
• Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.
• Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau “supremacy of ideas” dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.
• Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat.
• Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.
Saudara dan Saudari,
• Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.
• Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “the proof of the pudding is in the eating”.
• Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.
• Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak.....hrmm...tak payah lah kita cerita.
Saudara dan Saudari,
• Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “game changer” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula “game plan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.
• Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan “the playing field” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.
• Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.
• Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.
Saudara dan Saudari,
• Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.
• Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.
• Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.
Saudara dan Saudari,
• Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.
• Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.
Saudara dan Saudari,
• Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.
• Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.
• Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.
Saudara dan Saudari,
• Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?
• Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.
• Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?
Saudara dan Saudari,
• Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.
Saudara dan Saudari,
• 500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.
• Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.
Saudara dan Saudari,
• Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.
• Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.
Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
terimakasih(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UCAPANDASARPRESIDENUMNO_DATUKSERINAJIBRAZAKSEMPENAPERHIMPUNANAGUNGUMNO2011DEWANMERDEKA_PWTC/umno/2011/article_html)
Wednesday, November 30, 2011
UMNO Johor pemenang Anugerah Juara Rakyat
(utusanonline)
KUALA LUMPUR 29 Nov. – UMNO Johor diumumkan pemenang Anugerah Juara Rakyat anjuran Urus Setia Penerangan UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu di sini, hari ini.
Kemenangan itu membolehkan UMNO Johor membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi UMNO Kelantan dan ketiga UMNO Melaka yang masing-masing menerima wang tunai RM3,500 dan RM2,500 berserta piala iringan dan sijil penghargaan.
Dalam pada itu, turut disampaikan ialah Anugerah Juara Rakyat bagi peringkat bahagian yang dimenangi UMNO Bahagian Titiwangsa untuk Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian Kapar, Selangor.
Lain-lain pemenang ialah UMNO Bahagian Hulu Terengganu (Terengganu), UMNO Bahagian Arau (Perlis), UMNO Bahagian Keningau (Sabah), UMNO Bahagian Pasir Salak (Perak), UMNO Bahagian Bagan (Pulau Pinang), UMNO Bahagian Merbok (Kedah), UMNO Bahagian Cameron Highlands (Pahang), UMNO Bahagian Rasah (Negeri Sembilan), UMNO Bahagian Jasin (Melaka), UMNO Bahagian Rantau Panjang (Kelantan) dan UMNO Bahagian Sekijang (Johor).
Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
Pemenang ditentukan berdasarkan beberapa kriteria antaranya kejayaan menganjurkan program Juara Rakyat bulanan yang bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyampaikan amanat pada Majlis Taklimat Presiden menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan parti.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan kad baru keahlian UMNO yang mempunyai pelbagai kegunaan termasuk memudahkan proses pemilihan parti, sebagai kad tunai di pusat beli-belah terpilih dan nilai tambah Touch ‘n Go.
(sumber;http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2011&y=2011&dt=1130&pub=UMNO2011&sec=Berita&pg=bu_11.htm)
Subscribe to:
Posts (Atom)