Thursday, December 5, 2013

IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+ oleh Mazidul Akmal Sidik

Khamis, Disember 05, 2013



Ibdilillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru, BMB, UMNO. Kenyataannya ternyata 
mengguris hati ramai pengendali blog pro-kerajaan. 

Sekaligus saya juga berasa amat hairan berhubung rational individu bercakap dalam 
bahasa rojak sewaktu ditemu bual, diamanahkan tanggungjawab begitu gah.
 Sila tonton rakaman klip video di bawah.


Pertama, izinkan saya mencatatkan komen dari aspek komunikasi, bidang saya 
ceburi selama lebih 20 tahun.   

Hemat saya, sebelum Ibdilillah melaksanakan tugasnya, UMNO wajib memberikan 
peluang kepada dia untuk mendalami ilmu berhubung kaedah komunikasi berkesan.
 Saya berasa amat simpati menonton rakaman klip video di atas.

Ibdilillah kelihatan amat tidak menyakinkan tatkala mengeluarkan kenyataannya. 
Jika UMNO masih menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, 
Ibdilillah harus diarahkan dengan kadar segera supaya menghormati
 penggunaan bahasa ibunda.

Dia secara jelas mencemarkan bahasa Melayu. Andai sewaktu 
ditemu bual oleh media, bahasanya berterabur, bagaimanakah pula penggunaan
 bahasa sehariannya?

Bagaimanakah pula kaedah komunikasinya sewaktu menggunakan Twitter? 

"Saya sendiri akan melantik ke 13 semua negeri"

Choy!

Sejak bila Ibdilillah melantik 13 semua negeri? Apakah dimaksudkannya? 

Kenyataan itu sukar difahami dan amat mengelirukan. 

Bagaimanapun saya bermurah hati memberikan gred A+ terhadap penggunaan 
bahasa rojak pengerusi BMB itu. 

Untuk pengetahuan Ibdilillah, tiada perkataan 'mengoffer' di dalam bahasa Melayu, 
sila rujuk di sini. Jika ingin berbahasa Inggeris, tiada masalah. 
Tidak perlu mencampuradukkan 2 bahasa sehingga mencemarkan bahasa ibunda.

Kedua, Ibdilillah, harus berfikir sebelum bercakap, bukan bercakap dan kemudian berfikir.
 Dia berhak untuk berkongsi pandangan sebagai pengerusi BMB namun kaedah 
perkongsian maklumat itu harus LEBIH bijak. 

Baca kenyataan dikeluarkan oleh Ibdilillah, merujuk kepada pengendali blog 
pro-kerajaan sebelum ini.

"Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no directionDirection dia orang
 hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas
 pembangkang. Dah tak ada kerja lain ke? Bagi saya kitapun kena fokus bagaimana 
hendak membantu rakyat," katanya.

Hemat saya, teguran itu harus dikongsikan tatkala dia mengendalikan 
perjumpaaan bersama semua pengendali blog pro-kerajaan, bukan disiarkan secara terbuka.

Tindakan amat tidak cerdik.

Tidakkah dia terfikir, kenyataannya, "Dah tak ada kerja lain ke?", itu kedengaran 
menghina usaha semua pengendali blog pro-UMNO selama ini tidak mengenal
 erti lelah, membantu menyebarkan maklumat lebih tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional.

Ketiga, Ibdilillah sebagai pengerusi BMB harus menampilkan kredibilitinya 
melalui kaedah ketua contoh dalam media sosial. 

Analoginya mudah. 

Jika pensyarah institusi pengajian tinggi diberikan tanggungjawab untuk mengajar 
ilmu matematik kepada penuntut di peringkat sarjana muda, lazimnya dia memiliki
 kelulusan sarjana dalam bidang sama.

Mungkin pembaca dan pengendali blog pro-kerajaan berpeluang
 mendedahkan 'kehebatan' Ibdilillah sebagai pengendali laman sosial.

Barangkali blog Ibdilillah hebat kerana dikunjungi terlalu ramai pelawat berbanding 
blog picisan saya, hanya mencecah hits lebih 20 juta setakat ini. 

Andai, media sosial dikendalikannya berupaya menarik perhatian jutaan
 rakyat Malaysia, ternyata saya tidak langsung layak menjadi seorang daripada
 pengendali blog pro-kerajaan dipengerusikan oleh Ibdilillah. 


Klik di sini untuk meninjau blog Ibdilillah, kali terakhir dikemaskini pada 21 Jun 2012
lebih setahun lalu. Bila bercakap mengenai media sosial, berdegar-degar tetapi dia
 sendiri tiada komitmen menggunakan media sosial pada tahap optimum. 
Hakikatnya, penulisan blog menuntut dedikasi juga disiplin, tidak semudah 
penggunaan Instagram kegemaran Ibdilillah.

Keempat, baca kenyataan di bawah.


Ibdilillah, saya pengendali blog TIDAK dibayar sejak hampir 5 tahun lalu.

2 hari lalu, saya dijemput melalui emel oleh pegawai perhubungan awam
 Jabatan Penjara Malaysia untuk membincangkan isu berhubung penjara bersama
 pihak pengurusan. Jabatan terbabit berhasrat untuk mendengar maklum
 balas serta komen ramai pengendali blog lain turut dijemput.

Namun saya terpaksa menolak undangan terbabit.

Setelah saya periksa, kenderaan saya didapati tidak boleh dipacu ke lokasi 
pertemuan menggunakan air paip. Pada masa sama, kakitangan plaza tol 
tidak mahu menerima kertas kosong bersaiz nota RM10 sebagai ganti wang
 untuk melepasi plaza. Fakta ketiga, andai kehausan,  juruwang restoran mamak 
enggan menerima kenyataan 'saya blogger pro-kerajaan' untuk menjelaskan bil minuman.

Dalam erti kata lain, harus wujud suasana menang menang di antara 
pengendali blog dan pihak kerajaan dalam menjalinkan kerjasama.

Faham? 

YB Khairy harus mendengar keluhan majoriti pengendali blog. 
Usah tersilap percaturan dari awal.


Bekas wartawan berpengalaman, Bujai, mencoretkan komennya di sini.

Sila baca, ketidakpuasan hati diluahkan oleh ramai lagi pengendali blog pro-kerajaan,
 klik di sini.

(terimakasih sumber:

Wednesday, December 4, 2013

Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata?

WEDNESDAY, DECEMBER 04, 2013



A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

TAJUK berita akhbar The Star pada 3 Disember berbunyi “Najib: We must be the people’s party”. Dalam bahasa Melayu “Najib: Kita wajib menjadi parti rakyat”. “Kita” dalam ayat di atas merujuk kepada Umno.

Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti “warlords” dan parti laki-bini.

Ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?

Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN).

Tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah orang Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung.

Umno Dahulukan Rakyat?

Berita Harian pula, pada hari yang sama, memetik beliau sebagai berkata kepemimpinan parti “perlu beri isyarat jelas bahawa Umno sentiasa dahulukan rakyat.”

Dalam Mohd Najib berikrar, berjanji mendahulukan rakyat, muka depan The Star memuatkan berita bertajuk “Painful but necessary” (sakit tapi diperlukan) yang merujuk kepada kenaikan 14.89 peratus tarif elektrik bagi Semenanjung dan 16.9 peratus bagi Sabah mulai 1 Januari ini.

Tarif tidak naik di Sarawak kerana negara itu memilih untuk melaksanakan autonominya dengan tidak menurut jejak kerajaan pusat. Sarawak menjana dan mengedarkan sendiri keperluan elektriknya.

BN Sarawak pun tidak serupa dengan BN pusat. Ia terdiri sepenuhnya daripada parti-parti politik negeri. Baru-baru ini, Johor pun menggunakan juga autonominya yang terhad untuk mengembalikan cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.

Apakah perhimpunan Umno akan menutup mata kepada keingkaran sivil yang sedang dipamerkan oleh negeri-negeri, termasuk yang diperintah oleh BN, terhadap kuasa kerajaan pusat?

Negeri-negeri jelas tambah berani mengambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan pusat berikutan PRU 5 Mei lalu untuk melakukan hal-hal yang mereka tidak berani lakukan sebelum ini.

Berubah atau business as usual?

 Soalnya, adakah para pembesar Umno dan perwakilan yang berhimpun di PWTC untuk persidangan tahunan parti itu sekarang sedar akan perubahan yang sedang melanda mereka atau bagi mereka, “it’s business as usual”?

Apakah slogan rakyat didahulukan akan terus menjadi pemanis kata dan perwakilan akan memberi ‘standing ovation” kepada setiap patah perkataan yang Presiden ucapkan?

Kalau benar seperti kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa persidangan Pemuda Umno perlu memberi fokus kepada isu rakyat dan kepada peranan kerajaan, melalui agensinya untuk menangani masalah rakyat serta kepentingan Melayu, adakah beliau tahu apakah isu-isu yang mengacau fikiran rakyat?

Adakah Pemuda sedang menyusuri laluan yang sama dengan Wanita?

Adakah beliau, seorang yang pandai dan memimpin pergerakan yang ramai orang cerdik, berani bercakap dan bertindak isu-isu rakyat seperti beliau ikrarkan?

Adakah beliau berani bertindak membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta kefoya-foyaan pembesar Umno, anak bini dan konco-konco mereka?

Adakah beliau berani menghurai mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara menghantar RM7 bilion ke syurga cukai (tax haven) Cayman Islands sedangkan kita mempunyai tax haven sendiri di Labuan?

Atau adakah Khairy juga sudah disedut ke dalam lubang hitam (black hole) politik yang tidak ada jalan keluar melainkan kemusnahan dan Pemuda Umno sedang menyusuri laluan yang sama yang menjadikan Pergerakan Wanita bahan senda kawan dan lawan?

Dan adakah Pergerakan Puteri sekadar penyeri majlis sahaja atau menjadi suara lantang generasi baru wanita Malaysia?

Adakah isu mendesak seperti inflasi, pengangguran graduan, rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPPA) yang diilhamkan oleh Amerika, ekonomi Bumiputera yang makin terumbang-ambing dan diskriminasi sektor swasta terhadap pekerja Bumiputera akan mendapat tempat dalam perbahasan?

Cintakan Bangsa, Agama dan Negara atau Cintakan PM?

Atau ia akan terus menjadi pentas memuji memuja ala “I love PM” atau menunjukkan kehebatan berlawak jenaka ala Raja Lawak?

Wallahuaklam.

Sunday, December 1, 2013

PENIAGA BANGLADESH DI PLAZA LOW YAT TERPERANGKAP MENIPU PELANGGAN:: Mazidul Akmal Sidik



Kira-kira jam 7 malam semalam, saya bersama kru Penyingkap Fakta,

 Shahrul Ashraf Salehuddin berada di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, 
Kuala Lumpur untuk mencari beberapa barangan keperluan komputer.

Kami menaiki tangga bergerak ke tingkat satu.

"Tengok itu, lelaki Melayu sedang bertengkar dengan lelaki Bangladesh,
" bisik saya kepada Shahrul.

Shahrul sempat menoleh, melihat mereka bertengkar di tengah laluan 
orang ramai. Beberapa saat kemudian 2 lelaki itu berjalan pantas 
memintas kami berdua. Sejurus kemudian, lelaki Melayu itu berhenti dan 
kemudian berbisik kepada saya.

"Lelaki Bangladesh itu menipu saya, tolong," ujarnya ringkas.

Lalu saya pantas mengekori mereka ke satu daripada kedai 
di bahagian hujung. Saya kemudiaan difahamkan, lelaki Bangladesh itu
 penyewa 4 lot kedai di tingkat 1, kompleks perniagaan terkemuka terbabit.

Lihat saiz rantai emas dan gelang dipakainya.


Pada awalnya, suara warga asing itu terlalu lantang bercakap dengan lelaki Melayu, 
saya namakan 'Mohd', 25 tahun. 

"Awak punya rantai besar, gelang besar tetapi kepala jangan besar," 
saya mengingkatkan lelaki Bangladesh terbabit, 'Bai'.

Dia berstatus penduduk tetap Malaysia dan mungkin mengahwini 
wanita tempatan untuk menetap dan mencari rezeki di negara ini. 

Begitulah kelazimannya. 

"Sekarang saya bagi sama awak telefon baru, free," katanya kepada Mohd.

Saya berasa sedikit keliru dan menuntut penjelasan agar masalah 
didepani pelanggan itu mampu diselesaikan.

"Cuba terangkan kepada saya masalah sebenarnya berlaku?," soal saya kepada Mohd.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

"Saya menghantar telefon I-Phone 3GS ke kedai dia, lebih sebulan lalu untuk 
digantikan LCD dan penutup bahagian belakang. Hampir setiap hari saya
 menghubungi pekerja dia tetapi dikatakan telefon belum siap, sedang dibaik pulih. 
Selepas menunggu sekian lama, saya datang ke sini, mengambli telefon itu dan balik," 
jelas pekerja syarikat Ranhill itu.

Mohd membayar RM260 kepada Bai.


"Beberapa hari selepas itu, saya menyedari, terdapat kelainan pada telefon saya. 
Penutup belakang dikatakan baru tetapi banyak kesan calar. Lalu saya memeriksa
 imei telefon itu dan dibandingkan dengan imei tercatat di kotak asal. 
Ternyata kedua nombor siri itu berbeza. Saya datang kembali
 bertemu dengan dia. Rupanya motherboard telefon ini telah diganti. Asalnya 16 Gb, 
ditukar kepada 8 Gb," jelas pelanggan berasal dari Selayang, Selangor itu.


Berikut 2 resit ditunjukkan kepada saya.


Bai memasang  telinga, mendengar perbualan kami.

"I-Phone dia (Mohd) 16  Gb dan awak menukar motherboard kepada 8 Gb,
jadi awak menipu pelanggan ini, betul?," soal saya secara jelas.

"Ya," dia menjawab, terkedu.

Jawabannya itu didengari oleh puluhan individu berada di sekitar kami. 


Saya mendekati Bai dan merenung tepat ke wajahnya. 

Jika pada awal pertemuan, penampilan dan suaranya kelihatan dan kedengaran 
bak singa mengaum kelaparan, tatkala itu perlakuan taukeh terbabit tidak 
ubah seperti kucing Siam disergah dek tuannya. 

"Awak mahu berbincang dengan dia (Mohd), bercakap dengan perlahan. 
Hormatlah sikit. Kalau mahu lawan kuat suara, suara saya lebih kuat," 
saya memperingatkannya.

Dia akur.

Saya kemudian mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang dan mula 
merakamkan gambar di lokasi kejadian. Ketika itu lebih ramai pengunjung 
dan pekerja di plaza itu berkumpul di sekeliling kami.


Tiba-tiba saya dihampiri oleh lelaki India bisu, memakai baju berwarna merah hitam
 dalam gambar di atas. Dia menghulurkan kepada saya sekeping kertas. Kertas itu
 tidak saya capai tetapi sempat meluangkan beberapa saat membaca kandungan 
nota ditulis tangan itu. 

'Dia selalu repair, tipu customers'.

Ramai lelaki Cina bertugas di sekitar gerai Bai hanya melihat sambil membisu sahaja.

"Sekarang saya sudah tukar balik motherboard kepada 16 Gb, kos repair tidak 
perlu dibayar, free," ujar Bai sambil menghulurkan telefon I-Phone kepada Mohd.


"Ini bukan fasal awak tidak mengambil upah membaik pulih telefon. Masa tinggal 
di Bangladesh, awak mungkin hidup susah, apabila diberikan kebebasan 
serta peluang berniaga di Malaysia, awak menipu pelanggan," kata saya kepadanya.

"Pekerja dia berbadan besar itu langsi gila sebelum ini," Mohd mengadu.

Saya memandang lelaki dimaksudkan. Bertubuh besar tetapi wajahnya kelihatan
 tidak ubah seperti wajah bayi baru dilahirkan ke dunia.

"Saya warganegara Malaysia, ini negara saya. Kalau awak rasa, orang Malaysia
 boleh dipermainkan, sila. Saya mahu tengok," saya memberitahu pekerja terbabit.

Dia tunduk.

Saya kemudian merakamkan gambar satu daripada 3 lot kedai disewakan 
kepada Bai. Ramai pekerja warga Bangladesh dan Pakistan kelihatan berdiri 
tercegat di sekitar kami tetapi tiada pula antara mereka berani campur tangan.
 Walhal ketika itu, saya hanya bersama Shahrul, cuba membantu individu tidak
 pernah kami kenali sebelum itu.


"Saya pun tidak pasti berapa ramai bilangan pelanggan awak tipu sebelum ini," 
kata saya kepada Bai.

Dia hanya mendiamkan diri.

Kira-kira setengah jam kemudian, setelah mengucapkan terima kasih, 
Mohd beredar dari premis itu sambil mengenggam telefon bimbitnya, separuh gembira.

"Di sini ramai orang Bangladesh, Pakistan berniaga dan bekerja terutama di tingkat tiga.
 Kami pun kurang pasti status mereka samada pemilik dokumen perjalanan sah
 dan permit kerja atau sebaliknya," bisik peniaga Cina petah berbahasa Melayu. 

3 lagi lot kedai disewa oleh Bai terletak di aras sama.


Melihat riak wajahnya, saya dapat menjangkakan, lelaki Cina itu serta peniaga 
warga tempatan lain sudah terlalu jelak dengan lambakan warga asing 
di plaza terbabit. Justeru molek sekiranya, penguat kuasa Jabatan Imigeresen
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu plaza sama sekaligus 
memeriksa status dokumen perjalanan puluhan pekerja kini berlagak bak  taiko, 'abang besar'.

Untuk tidak ditipu, berhati-hati apabila membeli barangan di Plaza Low Yat. 
Tidak perlu berkunjung ke kedai disewa oleh warga asing, tambahan pula ke kedai Bai.


Saya pasti 100%, hanya Bai sahaja memakai gelang tangan, rantai dan
 loket sebesar itu.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]