Friday, August 24, 2012

Stressed men like heavier women: study


 

 

Scientist says this debunks theory that physical attraction is hardwired and doesn't change

 
 
 
Many men might say they're most attracted to women who are svelte, icons of that so-called feminine ideal portrayed in magazines and other media.

But never fear, you ladies of more Rubenesque proportions: it seems a man's body size preference can be somewhat fluid - and one of the factors that appears to affect it is stress.

British researchers have found that men faced with a stressful situation tend to change their assessment of what constitutes an attractive female, moving away from slender to a range of plumper women.

"Evolutionary psychology tells us that what you find attractive about someone tells you about their health and their fertility," said neuroscientist Martin Tovee of Newcastle University, co-author of a study published in the journal PLoS One.

"But what's healthy and fertile - body-size shape - is going to vary depending on your environment," Tovee said Wednesday from Newcastle-upon-Tyne.

In the U.K., Canada and other western countries with abundantly available food, having a higher body mass suggests a person is not only less healthy, but also may belong to a lower socioeconomic group, because cheaper food tends to have a higher fat content, he said.

But in parts of rural South Africa where food is generally less plentiful and there are periods of severe food shortages, a heftier body type is a sign of physical well-being.

"Also it means that you're higher status because you can afford to be heavier. So you choose somebody heavier because that's best in that environment.

"But in this [U.K.] environment, the reverse is true."

To test the effects of stress on men's notions of the most attractive form of female body, Tovee and co-author Viren Swami of the University of Westminster in London recruited 81 heterosexual men for their study. 

The men were all Caucasian, aged 18 to 42, with a body mass index ranging between about 17 and 31.

Forty-one of the subjects were subjected to a number of back-to-back stress-inducing tasks, including a mock job interview in front of a four-person panel that was being recorded and videotaped. The other 40 participants - the control group - were taken to a room where they sat quietly.

Both groups were then shown photographs of a variety of female body types, ranging from emaciated through obese, with the faces removed.

The stressed group gave significantly higher attractiveness ratings to normal weight and overweight figures than did the non-stressed group, said Tovee. 

Men in the stressed group also indicated attraction to a broader range of sizes among the figures, compared with those in the non-stressed group.

"Although you read a lot in evolutionary psychology that our preferences for attractiveness are hardwired and we can't do anything about it, that's probably not true," he said.

Tovee said the preference of many men in western society for slender women is out of sync with reality, as the average BMI is drifting upwards.


Read more:http://www.vancouversun.com/health/Stressed+like+heavier+women+study/7062800/story.html#ixzz24RB3Eba1

Thursday, August 23, 2012

Amalan syirik pada kereta


Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Perbuatan menggantung anak patung di bampar kereta jika dilakukan umat Islam adalah amalan sesat yang menjurus kepada syirik kerana ia meniru perbuatan orang kafir kononnya mampu mengelak roh mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan,” kata penceramah dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan segelintir pemandu beragama Islam yang sesuka hati menggantung anak patung di bawah kenderaan mereka tanpa mengetahui ia sebenarnya amalan pemandu di Thailand untuk menghalau roh jahat.

Tinjauan Harian Metro mendapati segelintir pemandu menggantung pelbagai anak patung lembut berwarna-warni termasuk daripada karakter popular di bampar kereta dan perbuatan itu kini dianggap sebagai gaya menarik untuk mencantikkan kenderaan masing-masing.
Menurut maklumat dalam laman web thailandguru.com, perbuatan meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand kerana mereka percaya roh orang yang maut akibat kemalangan akan berkeliaran di kawasan mereka mati. Oleh itu, bagi mengelakkan roh terbabit terutama roh kanak-kanak mengganggu pemandu dan mengakibatkan kemalangan mendorong mereka menggantung anak patung pada bampar kereta. Ini kononnya dapat memperdaya roh itu yang akan leka bermain dengan anak patung berkenaan.

Trend ini kemudian dibawa oleh pemandu teksi Thai supaya roh mangsa kemalangan tidak mengganggu penumpang mereka. Kepercayaan terbabit dipercayai berasal dari Korea sebelum dimulakan di Thailand pada pertengahan 2007.

Menurut Mohd Zawawi, meniru budaya asing tanpa mengetahui latar belakang perbuatan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran dan perkara itu bukan sahaja menjejaskan akhlak, malah keimanan mereka juga.

“Jika pemandu melakukannya juga dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat.

“Ini kerana, patung itu dipercayai mampu membantu untuk menghalau roh dan mengelak nahas jalan raya. Tindakan ini hukumnya berdosa besar berikutan meminta pertolongan selain Allah,” katanya.
Katanya lagi, pemandu beragama Islam tidak sewajarnya meniru perbuatan terbabit kerana ia sebahagian kepercayaan orang kafir yang boleh merosakkan akidah masyarakat Islam di negara ini walaupun ia dianggap aksesori terbaru kenderaan.

“Belum ada kajian membuktikan bahawa kemalangan berpunca daripada gangguan makhluk halus, sebaliknya ia berlaku disebabkan tindakan makhluk kasar iaitu pemandu yang hilang pertimbangan dan tidak menghormati undang-undang jalan raya.

“Dalam Islam, ada cara untuk kita mengelak gangguan dan supaya perjalanan selamat dengan berdoa sebelum dan selepas memandu, berikhtiar serta berserah kepada Allah,” katanya.

Beliau berkata, pemandu yang terlanjur menggantung anak patung dinasihatkan segera meninggalkan perbuatan berkenaan dan wajib bertaubat serta memohon ampun kepada Allah atas kejahilan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012
(terima kasih: sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amalansyirikpadakereta/Article/index_html)

Sunday, August 12, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (Engl...




Nak share mengenai iklan Hari Raya Aidilfitri daripada Bernas 2012. Ianya mengenai dua adik beradik yang berada di rumah anak-anak yatim.

Di malam hari raya, waktu berbuka puasa, budak-budak lain bercakap-cakap bahawa mereka akan pulang berhari raya bersama-sama keluarga (walaupun mak bapa dah tiada tapi keluarga lain masih ada). Tetapi tidak pula bagi dua beradik, Ahmad dan Fizi.

Apabila budak-budak lain dah balik mereka hendak tidak tetapi teringatkan kampung halaman di Segamat, Johor. So mereka bertekad untuk balik dengan bas tetapi malangnya tiket dah habis. So nak balik dengan keretapi tetapi malangnya tiket cuma tinggal satu aja. So mereka bertindak menyorok dalam lori yang mana lori tersebut hendak ke Segamat. Jom kita saksikan iklan daripada Bernas sempena hari raya yang disiarkan di youtube untuk tahun 2012.

Iklan Bernas @Hari Raya Aidilfitri 2012. Anyway iklan raya Bernas ni adalah selama 7 minit lebih.

Hargailah kedua ibubapa semasa mereka masih ada, jika telah tiada sedekahkanlah yassin dan alfatihah buat arwah. 

Kalau tak percaya..boleh tenguk..rasanya inilah iklan raya 2012 yang paling best setakat ini.

Banyak pengajaran dalam iklan yang lebih bersifat sebuah filem pendek itu.
I
Secara tidak langsung mengajar kita untuk bersyukur dan memperingatkan kita akan nikmat yang diberikan Allah SWT.

Friday, August 10, 2012

EKSKLUSIF !!! SENARAI LOKASI 'SPEED TRAP' TERSEBAR !!! ANDA NAK TAHU DI MANA ??? WAJIB BACA !!!




Menjelang akhir tahun ini kita sebagai pengguna jalan raya akan ‘diperhatikan’ oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik,terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.Selain kamera,pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.


Prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa,iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.


Gambar yang dirakam ini lebih tepat,tidak kabur,walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus.Mengenai kos pemasangan,kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap had laju baru itu,tapi ini yang tak rasmi,mungkin betul,mungkin salah atau mungkin ‘di sekitarnya' kalau silap jangan marah.Yang penting,ikut peraturan,bukan kerana saman tapi demi keselamatan diri sendiri dan nyawa orang yang tersayang.Selamat memandu - MyNewsHub

PLUS Arah Utara

Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
At 296.5km and 297km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
Below railway bridge at 11.2km
Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

East bound, downhill run after Raub junction.
Maran, 60km/h zone.
Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

Tangkak junction.
Under the bridge after Yong Peng
North junction at 97.3km.
Ayer Hitam junction.
Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
Before Perwaja Steel.
Sg Petani junction.
Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, August 7, 2012

Ahli UMNO VS Orang UMNO


Perbezaan Ahli UMNO dengan Orang UMNO terlalu banyak. Sesuai dengan petikan 100 perkara yang Mesti Di Laksana oleh Ketua UMNO Cawangan oleh Almarhum Dato' Ihkwan Nasir, Setiausaha kepada Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, semasa Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat beramanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Gerakan 100 perkara ini sedang diselia baik semula oleh Ahmad Maslan, Pontian kerana dia seorang Orang UMNO bukan Ahli UMNO.

1) Ahli UMNO ialah orang yang tidak taat setia dan boleh lompat parti, Orang UMNO ialah orang taat setia dan tidak akan berpaling tadah kepada mana-mana parti politik, walaupun di beri subsidi, opsyen, nafkah sebanyak RM1 billion sekali pun.

2) Ahli UMNO ialah orang yang tidak faham pengertian Perjuangan Memerdeka Tanahair secara Alif, Ba, Ta kerana tidak mahu mengerti Objektif dan Matlamat Undang-undang Tubuh UMNO, manakala, Orang UMNO ialah orang yang arif perihal Agama, Bangsa dan Tanahair dan faham bebenar makna tersirat dan tersurat UMNO daripada akar ke buahnya.

3) Ahli UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh partai siasah manipulasi Freemasonary bermula daripada DAP yang lahir daripada falsafah Sosialisme bertarikh 30 April 1930, mahu pun Syiah yang diterbalik oleh kelompok luar akar akustika Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada 1974 dan kelompok 1998 iaitu simpati Anwar Ibrahim, akhirnya bercita-cita untuk menelanjangkan segala rahsia-rahsia besar Negara kepada masyarakat Antarabangsa, khasnya Amerika Syarikat. 

Manakala Orang UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh mana-mana partai siasah, mahu pun pertubuhan bukan kerajaan, atau perseorangan mereka tidak akan mungkir perjanjian antara Rakyat dengan Raja Melayunya.

4) Ahli UMNO ialah orang yang hanya tahu perut, tekak, seleranya terpelihara dan dipelihara, manakala, Orang UMNO ialah orang yang sanggup berjuang atas nama Jihad Fisabillillah dan berteraskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

5) Ahli UMNO begitu ramai dalam UMNO semasa, manakala Orang UMNO begitu minoriti dan ramai yang tidak mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

6) Ahli UMNO begitu ramai dalam gelaran dan pangkat bergelar dari Istana Raja-raja Melayu, manakala Orang UMNO tidak jelap/hadap untuk menerima sebarang kurnia gelaran dan pangkat gelaran dari Istana.

7) Ahli UMNO begitu ramai yang sanggup membunuh kesantunan dan kesusilaan rakyat tanpa integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia, manakala Orang UMNO akan sentiasa memperteguh, memperkaya, memperkemas dan menaik taraf ilmu dan amalan kesufian bertamadun dengan fahaman Integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia.

Pesanan Pak Sedaro kepada Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, nafiri yang sedang ditiup ialah pencarian calon berteraskan Orang UMNO bukan Ahli UMNO. Andai Orang UMNO, maka akan kembalilah roh perjuangan seperti yang dibawa oleh Almarhum Za'aba, Dato' Wahab Panglima Bukit Gantang, Tun Dr. Ismail, Bekas IG Tun Salleh, Bekas PAT Tun Ibrahim, Tun Sardon Jubir, Tun Jaffar Albar, Tun Razak, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman, Undang-Undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol (yang dipedaya Inggeris pada 1946 termasuk Almarhum Dato' Kamat Haji Sulaiman), Sheikh Abdullah Fahim, Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Muhammad Ali Al-Attas, Dato' Onn Jaafar, Almarhum Tuanku Muhammad, Sir Raja Chulan dan ramai lagi kalangan bangsawan, istanawan, ilmuan dan agamawan.

Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu CLEAR soal Program Transformasi Politik UMNO khasnya. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu SETTLE soal siapa "kacang lupa akan kulit", "baung dalam sangkar", "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musuh dalam selimut" dan "musang berjanggut". 

Ingatlah pesanan Orang UMNO 11 Mei 1946 yang bersidang di Istana Bukit Serene, seorang yang bernama Haji Ahmad Fuad (Pulau Pinang) dan seorang bernama Salleh (Batu Pahat). Mereka berpesan pada kalam yang sama "bahawa Pelanduk sering lupa akan Jerat, namun yakin dan pastilah bahawa Jerat tidak pernah lupa pada Pelanduk".



Wednesday, August 1, 2012

TAK TAU BACA QURAN TAPI KUBURNYA BERCAHAYA HINGGA KE LANGIT


"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.


Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.


Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

AnEhnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini.

sumber: Insan Network