Saturday, November 29, 2008

'Konsep Ketuanan Melayu tak lagi relevan'



'Konsep Ketuanan Melayu tak lagi relevan'

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20081128010738/Article/)


SUBANG JAYA: Konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum, khususnya generasi muda, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara, tetapi tidak lagi pada masa ini berikutan rakyat sudah memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.



Katanya, konsep itu seharusnya diubah kepada perkongsian kuasa seimbang antara komponen parti Barisan Nasional (BN).

"Rakyat kini tidak lagi dapat menerima konsep bertunjangkan hubungan antara tuan dan hamba. Kita tidak menolak kepemimpinan Melayu, tetapi tidak akan dapat menerima konsep Ketuanan Melayu.

"Negara ini perlu berubah dan maju ke depan, bukannya terus hidup dibayangi masa lampau. Apabila kita menolak Ketuanan Melayu, ia bukan bermakna kaum lain mencabar hak keistimewaan orang Melayu kerana ia termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diganggu-gugat pada masa ini," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Perubahan Politik di 'Kancil Speaker Series', di sini, semalam.

Dr Chua berkata, rakyat Malaysia juga perlu mengubah mentaliti mereka supaya tidak lagi terperangkap dalam mentaliti perkauman menebal.

"Contohnya isu bahasa selain bahasa Melayu diletakkan pada papan tanda jalan baru-baru ini. Tindakan menggunakan bahasa lain, termasuk Cina dan Tamil bukan tindakan mencabar status Bahasa Kebangsaan," katanya.

(zmsegamat;

Friday, November 28, 2008

Teladan: Kisah 5 Perkara Aneh

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

(http://www.tranungkite.net/teladan/teladan02.htm)

Thursday, November 27, 2008

Chedet: Rasuah dan Keazaman Politik

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 25, 2008 12:56 PM | Permalink | Comments (465) | TrackBacks (0) | Previous Blog

1. Saya bersetuju dengan pendapat Dato Seri Najib Tun Razak bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.

2. Soalnya - keazaman politik siapa?

3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?

4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor?

5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?

6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang.

7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.

8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.

9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.

10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri.

11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.

12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.

13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.

14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.

15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.

16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.

17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO.

18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.

19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.

20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?

21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.

22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Hari ini bukan Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan UMNO tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka. Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah?

23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.

24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi.

25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.

26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.

27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka?

28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.

29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.

30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum.

31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.

32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang.


0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/143

465 Comments


By zm.azami
Author Profile Page on November 25, 2008 11:38 PM

Asalam Ybhg Tun Dr.M..

28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.

saya tertanya-tanya adakah? imbuhan-imbuhan seperti di atas ni, yang membuatkan ujudnya 'rasuah politik @ politik wang" dan adakah hanya parti UMNO sahaja yang mengamalkan "rasuah politik @ politik wang" tidak pada parti-parti lain.

camana pula dengan kes-kes tuduhan 'rasuah'kepada exco kerajaan pakatan rakyat di Perak baru-baru ini..

dan camana pula semasa pilihanraya umum or pilihanraya kecil, ada tak unsur-unsur rasuah... untuk dapat undi dari rakyat..

begitu juga semasa pemilihan parti-parti lain.., tak ujud 'politik wang' ke? atau mereka tak heboh-hebohkan.. sebab bila kita baca kat akhbar nampak macam hebat juga kempen dia orang.

bagi saya, untuk mengatasi masalah politik wang ni, senang aje. ubah perlembagaan, hapuskan sistem kouta ciptaan Ybhg Tun, dan di berikan hak pada semua ahli yang layak untuk mengundi...,

sekian, wasallam

Tuesday, November 25, 2008

PERWAKILAN JUGA TAHU CALON MANA YANG SEDIA SOGOK WANG UNTUK MENANG

PERWAKILAN JUGA TAHU CALON MANA YANG SEDIA SOGOK WANG UNTUK MENANG

November 24, 2008 by admin
(http://www.kpmu.net/2008/11/perwakilan-juga-tahu-calon-mana-yang-sedia-sogok-wang-untuk-menang/)

Begitu ramai perwakilan yang akan membuang undi semasa pemilihan di Perhimpunan Agung Tahunan UMNO bulan Mac nanti telah meluahkan rasa terhina dengan ungkapan Tun Mahathir yang menyebut ada perwakilan tanpa berselindung menghantar SMS kepada calon untuk menuntut wang dan memberi nombor akaun bank sekiranya mereka ingin mendapat undi daripada mereka.

Ada diantaranya berkata, janganlah Tun anggap perwakilan begitu bangsat sekali untuk membuat tuntutan sedemikian kerana dengan membuat tuntutan cara itu dengan sendirinya akan dengan mudah mendedahkan identiti mereka dan boleh diambil tindakan disiplin parti.

Kata seorang perwakilan dengan nada marah itu: “Kalau benar ada perwakilan yang sehingga bertindak ke tahap itu, atau calon yang di’ugut’ sedemikian, mengapa tidak dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin atau kepada BPR sahaja daripada dibiarkan perkara ini berleluasa? Kalau beliau benar-benar mengambil berat terhadap politik wang, Mahathir sendiri patut membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin?”

Perwakilan yang tidak mahu namanya disebut itu menambah: “Apa yang kami bimbang adalah ada orang yang sengaja mereka SMS kononnya dia dihubungi untuk tujuan membuat tuntutan. Adalah mustahil perwakilan itu sendiri menghantar akaun banknya kepada calon sedangkan cara itu boleh dengan mudah dicekup.”

Katanya lagi, mungkin Mahathir mendapat tahu perkara ini dari orang-orang yang rapat dengannya yang tidak hairan kalau ianya datang daripada Mukhriz sendiri. Hanya perwakilan sahaja tahu siapa mampu, siapa sedia dan siapa yang memulakan tawar menawar semasa pencalonan berlansung lagi. Kerana itulah mereka berani melanjutkan usaha mendapatkan wang dari mereka yang sudah dikenali sanggup ‘membeli’ pencalonan.

Apa pun bicara Tun yang membuat tuduhan itu kepada pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena di sini dua hari lalu, sebenarnya beliau tidak hanya boleh bercakap, tetapi patut bertindak. Kalau setakat cakap sahaja, siapa pun boleh cakap.

Boleh dikatakan begitu ramai perwakilan termasuk dari kalangan pemuda juga terasa terhina dengan ungkapan Mahathir yang mungkin dari desas desus, tetapi tidak berbukti dan tindakan dari pihaknya sendiri. Antara kata mereka, Mahathir pun mungkin pakai dengar cakap orang sahaja kerana di musim ini, ramai ahli UMNO terutama yang menyokong beliau sentiasa membawa cerita negatif terhadap orang UMNO sebagai hiburan kepada Mahathir.

Malah tidak kurang ada yang mengatakan, apakah Tun sendiri tidak pernah sedar bahawa perkara politik wang ini juga berlaku di zaman beliau menjadi presiden UMNO? Apakah Tun tidak tahu langsung bahawa janji-janji politik dan projek itu tidak berlaku di zaman beliau? Adalah mustahil Tun tidak sedar di kelilingnya dulu semasa berkuasa tidak ada langsung unsur politik wang.

Ketulian Tun dalam hal ini sebenarnya sudah lamat hingga ia sudah menjadi budaya politik yang sukar dibendung kerana politik wang gagal dibendung sejak dari zaman Tun lagi. Ia melarat dan kini semua orang sudah celik mata dan akan mencuba nasib mereka melalui wang untuk mendapat kuasa.

Ia samalah dengan keadaan kuota pencalonan yang Tun sendiri perkenalkan dulu. Sebaik sahaja beliau turun takhta, beliau sendiri mencadangkan supaya sistem kuota itu dihapuskan. Apa yang baik untuk beliau semua boleh. Untuk orang lain semuanya tak boleh.

Yang menyelar kata-kata Tun yang menghina perwakilan itu bergema di mana-mana sudut politik di merata tempat hingga ada yang mengatakan perkara-perkara yang tak sedap telinga mendengarnya. Bagi perwakilan yang meluahkan perasaan melalui e-mail dan SMS, kata-kata Tun mengenai politik wang itu hanya satu nyanyian yang mempunyai muslihat yang bermaksud sesuatu untuk kepentingan seseorang.

Yang pasti, ramai perwakilan menyatakan supaya kata-kata mereka disebarkan bahawa bukan semua perwakilan itu bangsat dan tidak mempunyai harga diri. Mereka juga tahu siapa calon yang sedia menyogok tanpa diminta semata-mata untuk mendapatkan undi di hari mengundi nanti.

Oleh Sabrani Muin

Saturday, November 22, 2008

Chedet: Pencalonan UMNO


PENCALONAN UMNO
(http://test.chedet.com/che_det/2008/11/pencalonan-umno.html#more)

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at November 19, 2008 3:31 PM | Permalink | Comments (484) | TrackBacks (0) | Previous Blog

1. Selesailah sudah mesyuarat bahagian-bahagian UMNO untuk memilih kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian serta pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti.

2. Sistem kuota masih berkuat-kuasa dan pemerhati mengikuti jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon-calon tertentu dalam media samada mereka memenuhi kuota atau tidak.

3. Tetapi berita utama bukanlah berkenaan dengan layak atau tidak layak calon-calon. Berita utama ialah berkenaan dengan kegunaan wang sogokan oleh calon-calon tertentu. Di zaman keterbukaan yang dijunjung oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sogokan wang juga dibuat secara semakin terbuka.


4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa.

5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.

6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.

7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.

8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.

9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.

10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.

11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?

12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.

13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.

14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.

15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.

16. Parti lawan juga turut lihat pendedahan keburukan UMNO dan mereka berdiam diri. Lebih buruk kelakuan orang UMNO lebih baik bagi parti lawan. Kemungkinan mereka menang menjadi lebih cerah apabila UMNO menjadi lebih kotor dan dipandang jijik oleh pengundi.

17. Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia UMNO telah tolak UMNO hanya kerana pucuk pimpinan UMNO yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bemacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati, undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi UMNO dan BN yang menjadi mangsa.

18. Kali ini penolakan UMNO dan Barisan Nasional oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka, Melayu, Cina dan India, memandang jijik keseluruhan UMNO itu sendiri. Dengan mengetahui UMNO terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah decalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon UMNO? Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN.

19. Dahulu ramai berpendapat jika dapat tempat dalam UMNO banyak peluang dan keuntungan akan diperolehi. Ada yang akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan gelaran-gelaran Tan Sri, Dato dan sebagainya. Yang lain akan dapat kontrak, atau jadi pengarah dan mendapat pendapatan lumayan.

20. Kenapa tidak? UMNO tetap menang dan jadi Kerajaan.

21. Tetapi kerana kelakuan buruk ahli dan pemimpin UMNO kali ini besar kemungkinan BN dan UMNO akan kalah. Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini. Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam UMNO tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

22. Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah.

23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.

24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.

25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.

26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?

27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.

28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.

29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.

0 TrackBacks
Listed below are links to blogs that reference this entry: PENCALONAN UMNO.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/142

484 Comments

By zm.azami on November 19, 2008 10:00 PM

Asalam Ybhg Tun yang di kasihi,

Tahniah di ucapkan dengan komentar Tun,

Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan komen Tun, dan saya juga pernah di pilih sebagai perwakilan G2 pemuda di tahun 1996, perwakilan G7 di tahun 2004, perwakilan G7 di tahun 2004 dan perwakilan G7 di tahun 2008.

Cuma yang bermain di fikiran saya, bila kah bermulanya era "politik wang" ini.

adakah pada tahun pemilihan 1975, tahun pemilihan 1978, tahun pemilihan 1981 (pertandingan timbalan presiden antara Tun Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh), tahun pemilihan 1984 (pertandingan timbalan presiden antara Tun Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh) tahun pemilihan 1987 (pertandingan presiden antara Tun Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh) atau tahun pemilihan 1990 atau ditahun pemilihan 1993 (team wawasan), atau tahun pemilihan 1996, atau tahun pemilihan 2000 atau tahun pemilihan 2004 atau pun sekarang tahun pemilihan 2008.

Harapan saya dapatlah Tun berikan panduan kepada semua pemimpin dan ahli UMNO, bagaimana caranya untuk mengekang masalah politik wang ini, dan apakah pada era lebih 2 dekat Tun memimpin UMNO, tidak pernah berlaku politik wang? dan bagaimana pula dengan perebutan jawatan Presiden UMNO 1987? (21 tahun yang lalu)

Sudah pasti ada calon menggunakan pelbagai cara sama ada kekuatan pengaruh, media dan dana untuk memenangi jawatan itu.

Saya optimis ahli UMNO cukup matang dan adalah lebih baik kita bermuhasabah diri, dan jangan terjerat atau terpengaruh dengan kemelut pihak lawan.

Kepulangan Tun ke pangkuan UMNO amat dinanti-nantikan, semoga PRU ke 13 nanti ahli-ahli UMNO akan bersatu demi masa depan survival agama, bangsa dan negara.

Wasallam

azami

Wednesday, November 19, 2008


Rabu, November 12, 2008

MUSA ADALAH OBAMA MALAYSIA



Obama berdarah campuran. Dia bukan berdarah negro tulen. Oleh itu tidak hairanlah dia dapat sokongan dari orang kulit putih untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana emaknya orang kulit putih. Oleh itu saudara mara emaknya yang berkulit putih sudah tentu mahu melihat Obama berada di puncak kuasa.



Oleh itu bila Ong Tee Keat menunggu rakyat Malaysia matang macam rakyat Amerika Syarikat yang boleh menerima Obama sebagai Presiden, saya rasa ia adalah satu tanggapan yang salah. Di Malaysia sudah ramai bukan Melayu tulen yang jadi Perdana Menteri.



Tunku Abdul Rahman yang jadi perdana menteri dari tahun 1957-1990 adalah darah campuran Melayu dan Siam. Orang Siam boleh claim bahawa keturunannya sudah jadi PM Malaysia. Dr. Mahathir Mohamad juga bukan Melayu tulen. Dia ada darah campuran India. Orang India boleh claim orang India sudah jadi PM Malaysia.Pak Lah juga darah campuran Arab. Orang Arab boleh dakwa bahawa orang Arab jadi PM Malaysia.



Malah jika Ong Tee Keat mahu lihat orang Cina pernah jadi orang penting di negara ini,orang Cina pernah dapatnya dulu. Musa Hitam berdarah Cina. Ayah Melayu, emak Cina. Musa adalah Obama jika itu yang dimaksudkan dengan Obama Ong Tee Keat. Tapi dia tak sabar. Jika tidak hari ini dia jadi PM Malaysia jika dia sabar menunggu giliran selama 23 tahun di bawah Dr. Mahathir Mohamad.Oleh itu isu Obama ini tidak perlu digembar-gemburkan oleh Ong Tee Keat.

Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi - @ 8:43 PM
Label: musa, obama

1 ulasan:
yin & yan berkata...
good one.

husin onn pun orang turki boleh claim
pernah jadi PM.

orang yg lihat obama sebagai pejuang orang kulit hitam memang racist.Darah bercampur pun masih nampak yang hitam juga.

kalau putih bercampur mereka kata tak putih lagi. mau putih sepenuhnya!

begitu juga kalau sepet bercampur
pun mereka kata tak sepet lagi.
jadi mahu yg sepet sepenuhnya.

yy

Rabu, November 12, 2008

Politik: VIP KENA DEMAM DENGGI



VIP KENA DEMAM DENGGI

petikan dari(http://memobelakang.blogspot.com)

Lucu juga bila Timbalan Menteri Penerangan, Tan Lian Hoe masuk Hospital Kuala Lumpur kerana sakit demam denggi. Dalam suasana kerajaan menjalankan kempen kepada rakyat supaya memerangi demam denggi, lucu juga bila pemimpin kerajaan sendiri kena demam denggi.

Bila sakit begini, Tan Lian Hoe perlulah insaf kerana dia terlalu celupar menyinggung perasaan orang Melayu baru-baru ini. Sedangkan kerusi timbalan menteri menjadi miliknya kerana dia menang di kawasan Melayu. Pada pilihan raya umum lalu, Menteri Besar Perak, Tajol Rosli menangis bersama ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian Gerik apabila mengorbankan kerusi parlimen Gerik kepada Gerakan.

Tetapi Tan Lian Hoe manusia yang tidak bersyukur dan tidak mengenang budi jasa ketua UMNO bahagian Gerik, Tajol Rosli. Oleh itu bila sakit begini, bolehlah beliau letak jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Amat memalukan pemimpin kerajaan sakit kerana demam denggi. Jadi sudah sampai masanya dia berundur dari politik. Para pengundi Gerik tidak mahu pemimpin yang hipokrit seperti Lian Hoe yang berpura-pura pakai baju kurung untuk ambil hati pengundi Melayu.

Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi - @ 1:44 AM 1 ulasan
Label: lian hoe, undur

Politik: Jangan ambil mudah kuasa politik generasi muda

Di Luar Lingkaran: Pengundi baru tentukan kemenangan
Oleh Johan Jaafar

(http://www.bharian.com.my)16.11.2008

Jangan ambil mudah kuasa politik generasi muda

DALAM Pilihan Raya Umum tahun 2013 kelak, dua juta pengundi baru akan mengundi. Bilangan ini bertambah dari jumlah pengundi baru seramai sejuta orang pada tahun 2004. Mereka merupakan sebahagian daripada lebih empat juta pengundi baru, termasuk mereka yang layak mengundi pada tahun 2004 tetapi tidak mendaftar. Sekiranya kesemuanya mendaftar maka jumlah keseluruhan mereka yang layak mengundi bagi pilihan raya akan datang ialah seramai 16.9 juta orang, termasuk 10.9 juta yang tersenarai sebagai pengundi pada tahun 2004.

Kita harus menerima hakikat bahawa pengundi muda pada dasarnya menentang establishment dan mereka tidak mempunyai bagej emosi dan sentimen. Sejarah dan kisah lampau tidak penting bagi mereka. Mereka hidup dunia yang berbeza dari ibu bapa mereka. Mereka juga celik komputer dan terdedah pada pelbagai teknologi. Mereka mendapat banyak maklumat dan berfikiran kritikal. Ini merupakan Generasi Y dan Z atau Generasi Starbucks yang harus diberikan perhatian oleh mana-mana parti politik yang ingin berkuasa atau mengekalkan kuasa.



Barisan Nasional (BN) seharusnya belajar dari pengajaran tahun 1999 dan 2008. Pada tahun 1999, Internet digunakan sepenuhnya untuk memerangi kempen BN yang menggunakan media arus perdana dan saluran formal yang lain. Internet masih baru bertapak ketika itu dan bilangan rakyat yang melayari dunia siber masih kecil jumlahnya. Pada masa itu Internet hanya digunakan oleh kurang dari 15 peratus rakyat. Bagaimanapun itu tidak menghalang bahan-bahan yang dimuat turun dari Internet beredar secara meluas. Budaya maklumat alam siber menjadi ciri baru dalam politik negara.

Pada tahun 2008, Internet mengambil bentuk yang lebih menakutkan bagi BN. Kali ini 60 peratus rakyat menggunakan Internet. Pada tahun 2000, 3.7 juta pengguna Internet dilaporkan. Pada tahun 2005 jumlahnya ialah 10 juta orang. Pada tahun 2007, jumlah pengguna Internet di negara ini melebihi 13.5 juta orang atau separuh penduduk Malaysia.

Satu elemen lain yang mencorakkan landskap politik menjelang pilihan raya 2008 ialah peranan yang dimainkan oleh web blogs atau blogs. Wahana yang pada mulanya tempat berinteraksi sosial menjadi senjata baru dalam perang menawan hati dan perasaan. Pada masa ini dianggarkan lebih 500,000 pemilik blog atau bloggers di negara ini, sebahagian kecilnya terlibat dalam politik. Tetapi pengaruh mereka tidak boleh diambil mudah.

Di dalam buku Blogging and Democratisation in Malaysia: A New Covil Society in the Making, Jun-E Tan dan Zawawi Ibrahim melihat fenomena blogging secara ilmiah sambil mengingatkan pembaca tentang pengaruh bloggers sebagai "thought leaders" (secara mudah pemimpin minda) bagi generasi baru. Kelompok yang dipanggil "socio-political bloggers" ini mulai mencorakkan agenda pemikiran politik. Sebahagian besar dari dua juta bakal pengundi baru pada tahun 2013 merupakan mereka yang biasa dengan alam blogging.

Bagi generasi baru ini maklumat tidak datang dari media arus perdana sahaja. Malah penolakan langsung terhadap media arus perdana yang dikatakan pro-pemerintah menyebabkan mereka mencari pilihan lain. Apapun yang tersiar dalam media arus perdana dianggap tidak benar atau propaganda. Maka itu mereka mencari media alternatif sebagai sumber maklumat walaupun kredibiliti sumber itu boleh dipertikaikan.

Bagi banyak pihak kemunculan suara alternatif melalui kegiatan blogging ini mencerminkan kematangan proses demokrasi negara. Maklumat bukan lagi monopoli mana-mana pihak. Kebebasan bersuara menjadi kenyataan akibat kegiatan blogging. Ini proses yang dimahukan dalam usaha melahirkan masyarakat cerdik, celik dan terbuka. Malah inilah sebenarnya prasyarat sebuah masyarakat sivil.

Bagi yang lain Internet menjadi alam bebas di mana anarki bermaharajalela. Siapapun boleh menyatakan pandangan atau mengecam. Malaysia telah berjanji pada dunia bahawa kita tidak akan menyekat atau menapis Internet. Ini termaktub dalam Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia tahun 1998. Maka itu bagi mereka yang tidak bertanggungjawab, Internet akan menjadi medan menghina, mengecam dan memfitnah.

Kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS) juga ada kaitannya dengan pengaruh media alternatif ini. Tidak ada calon presiden AS yang secara bijak dan berkesan menggunakan Internet. Internet bukan sahaja digunakan untuk meraih undi tetapi wahana baru untuk mendapatkan bantuan kewangan. Pada tahun 2000, calon presiden dari parti Republikan, John McCain memperoleh RM21 juta sebagai sumbangan melalui Internet. Seorang lagi calon presiden, Howard Dean mengumpulkan RM94.5 juta sementara John Kerry mendapatkan RM294 juta pada tahun 2004. Dalam sebulan sahaja, Obama mengumpulkan lebih banyak sumbangan dari semua perolehan mereka. Demikianlah kuasa Internet dan kehebatan Obama.

Satu perkara lain yang membabitkan pengundi muda ini ialah penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS). Seorang pemimpin PKR memberitahu sebuah forum bahawa partinya mempunyai pangkalan data 5.4 juta pengguna telefon bimbit dalam pilihan raya 2008. Mereka menghantar SMS kepada mereka secara berperingkat-peringkat selama beberapa waktu sehingga menjelang pilihan raya. Bagi mereka ini cara yang paling berkesan mendekati pengundi, terutama golongan muda. Kesannya sama-sama kita ketahui.

SMS merupakan fenomena moden yang tidak boleh diperkecilkan. Pada tahun 2007, sebanyak 2.3 trilion mesej teks dihantar oleh manusia di dunia ini, meningkat 20 peratus dari tahun sebelumnya. Pendapatan dari SMS sahaja ialah RM210 bilion bagi pengusaha syarikat telefon. Malaysia mempunyai 21 juta pemilik telefon bimbit. Kita menghantar secara purata 84 juta mesej teks sehari atau 32 bilion SMS setahun pada tahun 2006. Tetapi di antara Januari dan September 2007 sahaja, rakyat Malaysia menghantar 39.8 bilion SMS atau secara purata 144 SMS juta sehari.

Internet dan telefon bimbit akan membawa perubahan besar pada cara pengundi menentukan pilihan. Teknologi canggih akan menjadi senjata baru parti-parti politik. Memang benar generasi muda tidak berminat pada politik. Tetapi itu bukan bermakna mereka tidak mempunyai kesedaran politik atau hak mereka sebagai pengundi. Obama memenangi pilihan raya Presiden AS kerana sokongan yang melampaui ras dan tidak kurang pentingnya sokongan generasi muda. Dalam pilihan raya presiden kali ini 11 peratus pengundi merupakan pengundi kali pertama. Berdasarkan tinjauan 68 peratus dari mereka menyokong Obama.

Secara mudahnya, berdasarkan pengajaran tahun 2008, dan apa yang berlaku di AS dalam pilihan raya presiden kali ini, undi generasi muda amat penting bagi menentukan siapa kelak yang berkuasa pada tahun 2013 di negara ini.

Monday, November 17, 2008

Rais Yatim Menjawab Penghinaan Terhadap Pribumi di Majlis PERKASA

Kepentingan Melayu dan Pribumi dalam Sejarah dan Perundangan

Ucaptama oleh;

YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia
di Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Anjuran PERKASA
Kuala Lumpur, 16 November 2008

Mukaddimah

KEBELAKANGAN ini terlalu banyak cemekan yang menghina orang Melayu. Seolah-olah Melayu sudah hilang marwah dan hilang punca. UMNO diberi katadua bila seorang pemimpinnya mengatakan bahawa dalam lipatan sejarah ada penumpang di negeri Melayu; bangsa diberi malu di tanah air sendiri. Kerja perli dan mengaibkan ini dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap kedudukan utuh Bangsa Melayu khususnya dan kaum pribumi di Malaysia ‘amnya.

Pada masa-masa tertentu didapati seolah-olah fakta dan sejarah menjadi alat mainan politik masing-masing lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina. Seorang Timbalan Menteri dari parti Gerakan lantas mendakwa pada 10 Oktober lalu di majlis rasmi parti nya, bahawa orang Melayu kononnya sama saja dengan kaum-kaum lain sebagai pendatang ke Negara ini. Pemimpin celupar itu yang secara kebetulan memenangi kerusi Dewan Rakyatnya di Perak Mac lalu atas sokongan pengundi Melayu akhirnya merumuskan jika tak faham sejarah jangan memandai-mandai. Sementara itu ada pula pihak lain yang meluahkan pendapat bahawa kononnya Melayu tak ada mempunyai taraf ketuanan.

Terbaru ialah pandangan bahawa lantaran Barack Obama baru saja menang pilihanraya di Amerika Syarikat justeru di Malaysia juga perlu ada situasi di mana sesiapa saja harus boleh jadi Perdana Menteri. Ini bukan perkara baru kerana Per. 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan memang tiada menekankan bangsa mana yang harus dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Cuma, sebagaimana Lee Hsien Loong PM Singapura berkata di pulau republik itu baru-baru ini – tidak praktikal bagi orang bukan-Cina jadi PM. Begitu jugalah di Malaysia, PM masa depan harus terdiri dari kalangan yang bangsanya majoriti di Malaysia. Lantaran Melayu dan pribumi memegang kedudukan majoriti, seharusnya siapa jadi PM tentulah sesuatu yang di putuskan oleh mereka dan bukan oleh bukan Melayu.

Mereka yang lebih jauh igauannya melontarkan pendapat bahawa di Malaysia kononnya diskriminasi begitu hebat hingga segala prasarana politik dan sosial yang selama ini menjadi sifat semulajadi kenegaraan dan negarabangsa perlu dipinda atau diubah supaya wujud suasana sama rata dan sama rasa. Ini hanya boleh dilakukan melalui suara majoriti dalam sistem demokrasi. Apa yang ada pada Perlembagaan Persekutuan itulah yang harus kita hormati kerana dokumen Negara itu adalah hasil perjuangan bersama yang sebahagian besar daripadanya merupakan kontrak sosial yang pokok. Soal hendak meminda perlembagaan adalah soal lain, sesuatu yahg harus bergantung pada kekuatan politik sesuatu kumpulan.

Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Ramai pula yang tak puashati lantaran tiada tindakan setimpal yang diambil oleh pihak-pihak tertentu bila Melayu dipersenda sedemikian rupa. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tak kisah dan lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing.

Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran supaya jangan lagi melibatkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita siapa yang mengatakan Melayu itupun pendatang dan semua juga pendatang ke negara ini? Masih ingatkah kita bila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah tentang situasi ‘menumpang’ dan ‘pendatang? Sekarang Ahmad Ismail telah digari oleh partinya sendiri. Tetapi mereka yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi masih berdiri di busut tinggi sambil ketawa menghilai dan bertepuk tangan. Ketua pemuda kita pernah di beri amaran jangan cium keris lagi. Kini pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi condong akibat dasar sosialis kerajaan baru P.Pinang. Kemudian berlaku pula amalan tangkap lepas, tangkap lepas di sisi undang-undang keselamatan negara yang selama ini menjamin ketenteraman awam. Seolah-olah kuasa politik dan undang-undang yang ada sudah luntur. Memang boleh dibandingkan dengan pepatah bila pohon tumbang kura-kura pun naik.

Dalam persekitaran inilah kita berpolemik hari ini. Mari kita susur sejarah. Kemudian kita kaji undang-undang Negara kita. Akhirnya kita rumuskan apa harus dibuat bagipihak orang Melayu dan kaum pribumi agar masa depan anak cucu kita tidak kacau. Agar kita dan mereka tidak tercari-cari atau teragak-agak tentang haluan dan kedudukan bangsa. Agar kita jangan seperti pantun bidalan:

Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah

Dengan latarbelakang dan suasana begini kita harus meneliti semula kedudukan orang Melayu dan pribumi dari dua aspek, pertama dari sudut sejarah dan kedua dari sudut perundangan. Kedua-dua aspek ini sebenarnya berkait rapat. Sementara undang-undang adalah peraturan dan syarat yang dicipta manusia melalui penguatkuasaan legislatif atau lunasan di Raja (royal prerogative) fakta sejarah adalah laluan hidup dan tamadun sesuatu bangsa. Tentunya sejarah bersandar kepada fakta tarikh dan zaman. Walaupun sebab-musabab atau huraian sejarah mungkin boleh dihujjah dan dipertikaikan menerusi sentimen politik, agama dan budaya masing-masing, ianya tetap menimbulkan kenyataan yang mengikut sarjana dinamakan fakta sejarah atau historical fact.

(a) Fakta Sejarah boleh dianggap sebaga faktor utama yang meneguhkan hujjah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of the Malays).

Ini adalah sepertimana India adalah negeri orang keturunan bangsa India yang stok asalnya berunsurDravidian; sepertimana orang Arab di Timur Tengah khususnya di Arab Saudi; sepertimana negeri Cina dinamakan Cina lantaran bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun itu mendiami dan mewarisi negara itu turun-temurun; atau sepertimana England didiami Anglo-Saxon. Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini.

Sepertimana Christopher Columbus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15 sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing, seorang sarjana Cina yang menetap lama di Palembang sekitar 671 masihi, menggunakan istilah Moloyu1 untuk merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Pengembara-peniaga Arab pada abad ke-7 juga menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dan lain-lain dalam catatan mereka. Temasek, Jawa, Inderagiri dan kepulauan lain di kawasan lautan Tenggara lazim kemudiannya dinamakan Nusantara2 oleh para sarjana tempatan. Saudagar Arab yang menjelajah Perlak di Acheh pada 1242, Melaka 1420, Sulawesi 1470, dan lain-lain kawasan kepulauan rantau ini juga mengIslamkan Raja-raja Melayu yang pada masa itu rata-rata beragama Hindu dan menamakan mereka sebagai Sultan walaupin nama dan terma-terma Sanskrit serta beberapa amalan budaya Hinduisme masih berpengaruh, terutama berkaitan kepercayaan animisme dan semangat.

Walaupun pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka negeri Melaka pada tahun 1403, pedagang Cina hanya mula pesat di Melaka selepas pelayaran Cheng Ho. Masyarakat Nyonya-Baba dipercayai mula bertempat selepas tahun 1413. Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan atau fakta sejarah ialah bahawa Melayu adalah penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah. Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup sebagai bukti, Sejarah Melayu penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawa orang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.

Kisah antiquiti berkaitan personaliti pra-sejarah seperti Raja Suran, Wan Empok Wan Malini di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba, Sang Nila Utama, Cati Si-Bilang Pandai, Raja Seri Maharaja, Datuk Perpateh Nan Sebatang dan Datuk Temenggung – semua ini adalah ikon keturunan kita yang menerokai dunia sebelah sini sekurang-kurangnya semenjak 2,500 tahun lalu. Dr. Heine Geldern dan Dr. Van Stein Callenfels dua orang sarjana autoritatif tentang asal-usul Melayu menyatakan perihal ini dengan jelas. Sarjana berdua ini juga memperakui bahawa orang Melayu proto pernah menjelajah jauh hingga ke Pulau Easter dan Madagascar. Dan menurut Richard Winstedt, stok keturunan Melayu menjangkau jauh hingga menakluki Polenesia 3.

Di zaman Inggeris bertapak di Semenanjung yang secara kasarnya antara 1874 hingga 1957 tenaga buruh India dan Cina dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka 4. Pada suatu tempoh masa dalam tahun-tahun 1920han bukan Melayu lebih ramai daripada Melayu di Semenanjung. Buruh India untuk kerjaraya, perladangan getah dan perkeranian; kaum Cina untuk sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur.

(b) Pencorakan Kuasa politik yang diterjemahkan melalui kuasa pememerintahan

Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris, satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak-hak keitimewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu. Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psychekeMelayuan. Secara tradisi pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lain pentadbir Inggeris sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu. Ini adalah kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah berkata “the Malays have their own outright position as native inheritors of their land.” 5

Dalam The Federation of Malaya Agreement 1948 atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, semasa Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal. Perkara-perkara pokok seperti hak hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya. Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak disia-siakan. Perjanjian inilah yang menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid 9 tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam laporan Suruhanjaya Reid terkandung ayat ini:

The Alliance in their memorandum said – The Constitution should therefore provide that the Yang di-Pertuan Besar (Agong) should have the special responsibility of safeguarding the special position of the Malays.6

Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan seperti yang dipeturunkan di atas adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudkan khas orang Melayu disisi kaum-kaum di Malaya ketika itu. Hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 45 kali, peruntukan ini kekal sehingga kini di bawah Perkara yang sama. Bahasa perundangan yang digunakan di bawah Per. 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan:

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi Bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi “It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities…” Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tak dapat tiada wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputra dan kepentingan2 sah kaum-kaum lain di Negara ini.

Dari sini kita harus melihat kandungan peruntukan 153 selebihnya. Klausa (2) mentakrifkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dalam tugas baginda memelihara kedudukan istimewa orang Melayu adalah tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan yang mewajibkan nasihat Kabinet atau salah seorang daripada Menteri yang bertindak menasihati baginda. Dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong berkuasa merezabkan sebahagian jawatan dalam perkhidmatan awam. Klausa 153 (2) juga menyebut tentang permit atau lessen, biasiswa atau bantuan. Per 153 amat luas kerana adanya perkataan “atau lain-lain kemudahan khas”. Klausa (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan berkaitan pemberian keistimewaan-keistimewaan tersebut. Penting disebutkan di sini bahawa sekali bantuan atau keistimewaan itu diberikan, ianya tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TRADISI YANG ASASI DI BAWAH PERUNDANGAN NEGERI PERSEKUTUAN

Setiap Perlembagaan sesebuah Negara sedia mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan “entrenched” atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 dari anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan-peruntukan itu seperti yang disenaraikan di bawah hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja 7:



Per. 10 (4) [perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang cegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan-keistimewaan dan kewarganegaraan],
Bahagian 3 (Kewarganegaraan),
Perkara 38 (Majlis Raja-Raja),
Per. 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen),
Per. 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja),
Per. 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri],
Per. 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan),
Per. 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra),
Per. 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu)

RUMUSAN pertama yang boleh dibuat ialah bahawa Kuasa pengimbang tetap ada pada Raja-Raja Melayu samada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, para Sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Per. 38. Di semua negeri di Semenanjung, misalnya, hanya orang Melayu yang boleh di lantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tak wujud di Persaekutuan, di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Per. 43 (2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat YDA seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat. Dalam keadaan ini tentunya suatu hari nanti seorang warganegara Malaysia bukan Melayu boleh menjadi PM. 8

Walaupun ini merupakan sesuatu yang kurang menggembirakan para nasionalis Melayu, namun realitinya adalah sedemikian. Inilah yang menyebabkan seseorang ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan sentiasa cuba mendapatkan sokongan majoriti daripada keanggotaan Dewan itu. Dalam konteks yang sama YDA mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh di persoalkan:

(a) pertama melantik seseorang Perdana Menteri 9;
(b) kedua tidak memperkenankan membubar Parlimen (apabila didesak oleh sesuatu pihak); dan
(c) meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan mengambil tindakan darihalnya.

Kuasa ini juga wujud di bawah Perlembagaan semua negeri beRaja. Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 jelas menukilkan fakta ini. Walau apapun yang dipertikaikan faktanya ialah Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak walaupun ada pihak-pihak yang menyatakan bahawa Raja mesti ikut nasihat dalam menentukan sesuatu di bawah Per. 40 Perlembagaan. Pada suatu hakikat ini memang benar tetapi harus difahami bahawa bahasa perundangan yang sedia ada di bawah Per. 43(2) cukup jelas untuk membenarkan Raja bertindak melantik Perdana menteri mengikut pandangan subjektifnya. 10

Ini bermakna keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra bukanlah tanpa sempadan dari segi realitinya. Justeru, keistimewaan itu harus dilampini dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan. Ekonomi Bumiputra seharusnya kini melebihi paras 30% dari segi perolehan asset. Malangnya Bumiputra masih dikatakan berada ditahap kurang dari 20%. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap? Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib yang lain. Sebagai warga Malaysia yang majoriti tiada salahnya jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50% atau 60% sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi. Dari sudut ini jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini telah kurang berjaya memperjuangkan kaedah atau mekanisme penyampaian dasar DEB itu walaupun dari segi pembangunan banyak kemajuan tercapai.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di Negara ini memerlukan kaedah penggunaan yang baru. Ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan hanya setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan. Keadaan sekerat belut sekerat ular dalam pembahasaan harus ditinggalkan. Usaha dan tugas memantau melalui kuatkuasa undang-undang Dewan Bahasa & Pustaka berkaitan penggunaan bahasa Kebangsaan harus diketengahkan segera. Lantaran Kabinet telahpun meluluskan pindaan undang-undang yang diperlukan setahun lalu usaha memperkukuh kedudukan bahasa Kebangsaan mesti diutamakan. Bangsa yang kurang menekankan bahasa nasionalnya akan ketinggalan dalam hal-hal pemupukan budaya nasionalnya juga.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal di Malaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara. Demikianpun, rakyat Malaysia harus diberi lunas menghormati dan menghayati kedaulatan Raja. Cara terbaik ialah dengan melunaskan Rukunegara sepenuhnya melalui latihan dan pembelajaran.

Yang perlu diingati ialah, setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Per. 153, atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu (Per. 38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per. 152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara (Per. 3) ¬ ini semua belum menjamin kekuatan semulajadi, jauh sekali mendaftarkan ketuanan Melayu itu sendiri. Kita mesti kuat dari segi politik. Bila kuasa di tangan harus pandai menggunakannya dengan bijak. Ketuanan akan datang dan kekal jika kuasa politik kukuh dan terus membela bangsa sendiri. Malangnya kekukuhan dan ketuanan bukan komoditi yang mudah diperolehi dengan hanya laungan. Ia akan hanya datang dan berada di sisi apabila perjuangan itu luhur dan tidak kotor.

Ketuanan sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat tidak boleh dipergantungkan sangat lantaran sifat itu lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara. Laungan ketuanan Melayu itu seharusnya dilihat dari sudut ilmu, kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, disiplin politik dan sebagainya. Kalau kita beli undi untuk jadi ketua Bahagian atau hendak jadi pemimpin dalam UMNO bagaimana kita boleh kata kita Tuan?

Sebagai warga asal, orang Melayu dan pribumi memang boleh berbangga dan mendabik dada jika sifat-sifat tinggi peradaban tersebut terlengkap pada diri pemimpin dan yang dipimpin. Bila ini terbukti, dengan sendirinya orang Melayu dan kaum pribumi akan di lonjakkan oleh masyarakat Malaysia. Tetapi sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.

Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang.11 Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain. Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasa dan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan ‘Ketuanan Melayu’.

Sebagai perbandingan, Red Indian di Amerika dan orang Maori di New Zealand, misalnya masih belum berani menonjolkan diri mereka sebagai pihak yang dipertuankan oleh warga majmuk di Negara mereka. Ini disebabkan bilangan mereka yang kecil dan keupayaan politik mereka terhad. Melayu dan pribumi memang mempunyai kelebihan dari segi bilangan penduduk 12 dan hak-hak tertentu di negara ini tetapi kekuatan politik orang Melayu sendiri sudah banyak terhakis akibat politik UMNO, PAS dan PKR. Jika kekuatan politik orang Melayu dapat disatukan atau sekurang-kurangnya UMNO itu sendiri diperkasakan perjuangannya barang sudah tentu kuasa bangsa akan menjana kuasa yang lebih besar. Bila itu berlaku bolehlah ditepuk dada ditanya selera. Nanti orang lain yang akan mengatakan bahawa Melayu adalah tuan di negara mereka.

Takrif Melayu itu sendiri mempunyai tiga syarat asas: pertama seseorang itu hendaklah menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. 13 Definasi Melayu ini tentunya menimbulkan masalah oleh kerana jika kurang tersempurnanya salah satu daripada syarat yang tiga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tidak lagi layak dianggap sebagai Melayu. Walaubagaimana pun kesukaran seperti ini belum pernah disuai di hadapan mahkamah di Negara ini. Ini tidak bermakna ia tidak akan muncul nanti sebagai suatu kemungkinan yang membawa kepayahan. Misalnya dari segi bahasa dan adat istiadat mungkin akan muncul persoalan: adakah kita kini berbahasa Melayu dengan lazimnya? Adakah kita mengamalkan budaya kita sehingga secara jelas mengandungi adat istiadat Melayu; apakah dia adat istiadat Melayu itu?

Bila ini semua dipersoalkan sebanyak sedikit natijah tidak sempurna mungkin muncul. Orang Melayu dan pribumi akan terasa bahawa sesungguhnya terdapat banyak ketinggalan dan kekurangan yang ada pada diri mereka sendiri. Justeru sebelum dlaungkan ketuanan, keagungan dan sebagainya muhasabah diri perlu dilaksanakan. Kekuatan dalaman perjuangan mesti dicapai kembali supaya para pemimpin Melayu insaf bahawa politik mencapai dan mengekalkan kuasa harus terumpu kepada bangsa sendiri terlebih dahulu. Agenda Melayu sedia ada pada UMNO, parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan serta ummah Melayu itu sendiri. 14

SYOR

Melayu-Bumiputra perlu memperkasakan politik melalui bilangan mereka yang besar. Untuk itu mesti bersatu tenaga dan perjuangan.

Mengenal sejarah bangsa untuk panduan perjuangan.

Mengenal kelemahan politik dan ekonomi dan mengatasi dengan muhasabah diri.

Politik Melayu melalui UMNO mesti dirobah – Fasal 3 Perlembagaan UMNO perlu dihayati lantaran di dalamnya sedia terkandung agenda Melayu yang sebenar.

Mewujudkan lapisan muda yang berilmu dan berbudaya Melayu

Menolak nisbah sekurang-kurangnya 30% dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan Negara dimiliki Bumiputra.

Semua dasar berkaitan Melayu-pribumi dan Islam diputuskan terlebih dahulu oleh tapisan politik sebelum diputuskan kerajaan.

Hindari perjuangan lemah imej. Bertindak bila Melayu atau UMNO dicerca oleh politik luaran. Jangan mudah minta maaf bila tidak bersalah. Simbol-simbol kekuatan perjuangan wajib dipertahankan. Bahasa jiwa bangsa perlu jadi amalan. Penjiwaan perjuangan dipasakkan ke dalam hati sanubari golongan puteri putera.

Sistem penguatkuasaan undang-undang dan dasar dijamin pantas dan saksama.
——————————-

1 Untuk mengkaji sejarah kekuasaan etnik dan penemuan-penemuan awal di Tenggara Asia, lihat G. Coedes,Indianized States of South East Asia, 1968.

2 Perkataan nusantara mencantumkan dua pengertian – ‘nusa’ dan ‘tara’. Nusa bererti tanah air dan ‘tara’ ‘kedudukan’ atau ‘keadaan’. Nusantara secara sosio-geografis bererti kawasan kenegerian dalam satu kelompok.Nusantara juga sering disebut sebagai negeri-negeri kepulauan Melayu.

3 Richard Winstedt, The Malays – A Cultural History, Singapore, 1947, m.11

4 Campurtangan rasmi Inggeris bermula 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor yang melibatkan Inggeris dan Sultan Perak, Raja Abdullah. Melalui Perjanjian Pangkor pentadbiran negeri Perak secara keseluruhan dilaksanakan oleh Inggeris melalui sistem Residen. Kepada Raja dikhaskan bidang-bidang Islam dan adat istiadat Melayu. Nasihat Inggeris dalam semua hal hendaklah dipatuhi di bawah kuatkuasa Perjanjian itu. Antara 1874 dan 1895 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah pentadbiran Federated Malay States (FMS). Antara 1896 hingga 1914 (bermulanya Perang Dunia Pertama) negeri lain di Semenanjung dimasukkan ke dalam pentadbiran Unfederated Malay States (UMS).

5 Frank Swettenham, British Malaya, Oldam Printer, 1905 m.78.

6 Malayan Constitutional Report 1957 [Laporan Suruhanjaya Reid 1957] m.73 para 168. Perkataan The Alliance di atas merujuk kepada Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC. Parti Perikatan ditukar menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974 di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-dua.

7 Lihat Per. 159(5). Peruntukan inilah yang memperkasa kedudukan Raja-Raja, Bahasa Kebangsaan, kewarganegaraan,

8 Jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada diberi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

9 Kuasa ini tertakluk kepada Per. 43(2)(a) yang menetapkan YDA hendaklah melantik seorang Perdana Menteridari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu; akan didapati bahawa kuasa subjektif YDA di bawah peruntukan ini tidak boleh canggahi lantaran perkataan-perkataan “yang pada pendapatnya”. Kuasa di-Raja di sini kelihatan bersifat mutlak walaupun di bawah Per.40 YDA hendaklah mengikut nasihat berkaitan mana-mana tugas baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

10 Kerajaan Negeri Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 telah menerima nama-nama pemimpin dari Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar masing-masing negeri. Lazimnya siapa yang dinasihati PM untuk jadi MB atau Ketua Menteri sesebuah negeri nasihat atau cadangan MB itu dipersetujui sahaja oleh Raja. Tetapi dalam hal Perlis dan Terengganu, Raja dan Sultan berkenaan enggan melantik calon-calon yang dicadangkan oleh PM i.e.Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu). Sebaliknya Raja dan Sultan kedua-dua negeri itu melantik Datuk Mohd Isa bagi Perlis dan Datuk Seri Ahmad Said bagi Terengganu. Perlakuan ini sekali gus memudarkan imej kepimpinan PM dan menimbulkan kesan negatif kepimpinan. Peristiwa ini tidak pernah berlaku sebelumnya.

11 Per. 8 berbunyi: Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Klausa (2) pula memperuntukkan hendaklah tiada apa-apa pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama,kaum, keturunan, atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang…

12 Pecahan penduduk 2008 – sekitar 27 juta: Melayu 62%; Cina 29%; India 11%; Lain-lain 8% Lihat Buku Fakta Malaysia 2008, JPM, Putrajaya.

13 Lihat Per.160. Anihnya, definasi Cina atau lain-lain bangsa tiada diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

14 Lihat Fasal 3 Perlembagaan UMNO. Enam pecahan matlamat di bawah fasal ini mengandungi semua tujuan dan perjuangan parti itu yang menonjolkan agenda Melayu secara keseluruhan.

(petikan dari:http://pribumiperkasa.org/)

zmsegamat; semoga kita semua membacanya dan faham apa yang tersirat dan tersurat

Sunday, November 16, 2008

UMNO: Keputusan Pemilihan UMNO Bahagian Segamat Bagi Tempoh 2008-2011


KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SEGAMAT
BAGI TEMPOH 2008 - 2011

PENGERUSI TETAP
Haji Wan Mat Bin Mahmood (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Haji Jaafar Bin Abdul Rasip (Menang Tanpa Bertanding)

KETUA BAHAGIAN
YB. Datuk Haji Othman Bin Jais (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN
Zahari Bin Sarip (146 Undi)
Datuk Abdul Rahman Bin Abu Bakar (143 Undi)

NAIB KETUA BAHAGIAN
Kamal Bin A. Rahman (108 Undi)
Abd. Tahir Bin Ma'olud (83 Undi)
Haji Muhamat Bin Hashim (80 Undi)
Haji Omar Bin Beche (24 Undi)

20 ORANG AHLI JAWATANKUASA

1 Ramlee Bin Ramlan (217 Undi)
2 Mustapa Bin Mat Sati (207 Undi)
3 Abdul Rahman Bin Kechik (192 Undi)
4 Mohd Azami Bin Othman (185 Undi)
5 Hjh Khalijah Bte Hj Md Salleh (176 Undi)
6 Bahrum Bin Ahmad (166 Undi)
7 Mohamed Bin Sohol (160 Undi)
8 Abd Latip Bin Talib (158 Undi)
9 Nasir Bin Mohamed Yunos (156 Undi)
10 Hj Abdul Majid Bin Md Yusof (156 Undi)
11 Jailani Bin Ahmad (155 Undi)
12 Mustaffa Bin Moosa (148 Undi)
13 Abdul Halim Bin Othman (145 Undi)
14 Wan Ibrahim Bin Wan Ab. Rahman (143 Undi)
15 Ali Affendi Bin Zainal (141 Undi)
16 Md Saifuddin Bin Md. Ali Hanafiah (136 Undi)
17 Rosli Bin Othman (134 Undi)
18 Abu Bakar Bin Yacob (129 Undi)
19 Rahmat Bin Ahmad (126 Undi)
20 Hakimuddin Bin Md. Yunos (123 Undi)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1 Hj. Roslan Bin Hj. Daud (Menang Tanpa Bertanding)
2 Kamaludin Bin A. Rahman (Menang Tanpa Bertanding)

TUJUH (7) ORANG WAKIL BAHAGIAN SEGAMAT
KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA 2008.

1 Ramlee Bin Ramlan (147 Undi)
2 Mohd Azami Bin Othman (110 Undi)
3 Md Saifuddin Bin Md. Ali Hanafiah (106 Undi)
4 Abdul Rahman Bin Kechik (103 Undi)
5 Zakaria Bin Auda (96 Undi)
6 Mustaffa Bin Moosa (92 Undi)
7 Abdul Halim Bin Othman (88 Undi)

Thursday, November 13, 2008

Pencalonan dari UMNO Bahagian Segamat


Sunday, November 2, 2008
BAHAGIAN SEGAMAT - KEPUTUSAN PENCALONAN MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI TETAP
Datuk Badruddin Amiruldin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Datuk Mohd Ali Hassan

PRESIDEN
Datuk Sri Mohd. Najib Tun Abd Razak

TIMBALAN PRESIDEN
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

NAIB PRESIDEN
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim


AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. Datuk Abd Ghani Othman
2. Datuk Shahrir Abdul Samad
3. Datuk Seri Azalina Othman Said
4. Datuk Dr. Latiff Ahmad
5. Datuk Noraini Ahmad
6. Datuk Dr. Fuad Zarkashi
7. Datuk Halimah Mohamed Sadique
8. Datuk Noh Omar
9. Datuk Mustapha Mohamed
10. Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
11. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
12. Datuk Ahmad Shabery Cheek
13. Datuk Shaziman Abu Mansor
14. Datuk Sri Adnan Yaakob
15. Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
16. Datuk Seri Mahdzir Khalid
17. Datuk Johari Baharom
18. Datuk Dr. Hilmi Haji Yahya
19. Datuk Zainal Abidin Osman
20. Datuk Seri Shahidan Kassim
21. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
22. Datuk Hamzah Zainuddin
23. Datuk Azian Osman
24. Datuk Anifah Aman
25. Datuk Ahmad Said

Read more
Posted by spongegoat at 4:33 PM

PERATURAN PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

PERATURAN PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG

KANDUNGAN
MUKA

1. HURAIAN 1

2. KUASA PERATURAN 5

3. PEMILIHAN PENGERUSI 5

4. PERSIDANGAN 7

5. TEMPAT DAN MASA PERSIDANGAN 7

6. NOTIS PERSIDANGAN 8

7. PERSIDANGAN SEMULA 9

8. HAK MENGHADIRI PERSIDANGAN 10

9. ATURAN URUSAN PERSIDANGAN 12

10. PEMBERITAHU USUL 13

11. CUKUP BILANG 13

12. SURAT TAULIAH AHLI 14

13. PEMERHATI KE MESYURAT PERWAKILAN BAHAGIAN DAN PERSIDANGAN CAWANGAN 15

14. AGENDA PERSIDANGAN 16

15. PERINGATAN PERSIDANGAN 17

16. TANGGUHAN PERSIDANGAN 17

17. MENANGGUHKAN PERSIDANGAN KERANA MEMBAHAS PERKARA MUSTAHAK 17

18. USUL-USUL 18

19. USUL TERGEMPAR 18

20. PINDAAN USUL 20

21. MENYOKONG USUL DAN PINDAAN 21

22. PINDAAN USUL DENGAN BERTULIS 21

23. MENARIK BALIK USUL 21

24. PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH 21

25. KUASA PENGERUSI 23

26. MEMBERHENTIKAN PERSIDANGAN 24

27. MEMUTUSKAN MASALAH PENGUNDIAN 24

28. KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN 25

A.pencalonan 25

B.Pengundian 27

29. BERSIDANG SECARA JAWATANKUASA 28

30. MENGANGKAT JAWATANKUASA PILIHAN 29

31. MEMBERHENTIKAN SEMENTARA KUATKUASA PERATURAN 29

32. PAKAIAN 30

33. AHLI/PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A 30

34. MEMINDA PERATURAN 30









1. HURAIAN

Bagi penggunaan dan kehendak Peraturan Persidangan adalah :-



1.1 “UMNO” bermakna PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU

1.2 “PERATURAN” “ Peraturan Persidangan.

1.3 “PENCADANG” “ Ahli yang menyokong sebarang cadangan.

1.4 “PENYOKONG” “ Ahli yang menyokong sebarang cadangan.

1.5 “PENGERUSI” “ Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO.

1.6 “TIMBALAN PENGERUSI” “ Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO.

1.7 “PRESIDEN” “ Presiden UMNO.

1.8 “AHLI MAJLIS TERTINGGI” “ Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

1.9 “SETIAUSAHA” “ Setiausaha Agung UMNO.

1.10 “WAKIL” “ Seorang Ahli Perhimpunan Agung UMNO.

1.11 “AHLI” “ Seorang Ahli Perhimpunan Agung UMNO.

1.12 “PERSIDANGAN” “ Perhimpunan Agung UMNO.

1.13 “PERINGATAN” “ Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung.



Apabila Peraturan ini dipakai di peringkat UMNO Bahagian maka perkataan-perkataan yang tertentu mulai 1.5 sehingga 1.13 di atas didalam Peraturan ini hendaklah sebagaimana di bawah ini :-



“PENGERUSI” dimaksudkan Pengerusi Tetap Perwakilan Bahagian.

“TIMBALAN PENGERUSI” “ Pengerusi Tetap Perwakilan Bahagian.

“PRESIDEN” “ Ketua Bahagian

“AHLI MAJLIS TERTINGGI” “ Ahli Jawatankuasa Bahagian.

“SETIAUSAHA” “ Setiausaha Bahagian.

“WAKIL” “ Seorang yang dipilih menjadi Ahli Perwakilan Bahagian.

“AHLI” “ Seorang ahli dalam Perwakilan Bahagian.

“PERSIDANGAN” “ Perwakilan Bahagian.

“PERINGATAN” “ Peringatan Persidangan Perwakilan Bahagian.



Apabila peraturan ini dipakai di peringkat UMNO Cawangan maka perkataan-perkataan yang tertentu mulai 1.5 sehingga 1.13 di atas yang di dalam Peraturan ini hendaklah dimaksudkan sebgaimana di bawah ini:-



“PENGERUSI” “ Pengerusi Tetap Persidangan Cawangan.

“TIMBALAN PENGERUSI” “ Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan Cawangan.

“PRESIDEN” “ Ketua Cawangan.

“AHLI MAJLIS TERTINGGI” “ Ahli Jawatankuasa Cawangan.

“SETIAUSAHA” “ Setiausaha Cawangan.

“WAKIL” “ Ahli-Ahli Cawangan.

“AHLI” “ Ahli Persidangan Cawangan.

“PERSIDANGAN” “ Persidangan Cawangan.

“PERINGATAN” “ Peringatan Persidangan Cawangan.



2. KUASA PERATURAN.

2.1 Pekerjaan dan tertib menjalankan Persidangan hendaklah menurut Peraturan ini. Jika berbangkit sebarang masalah, maka Pengerusi berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu muktamad.

2.2 Jika Persidangan atau mana-mana mesyuarat jawatankuasanya didapati gagal mematuhi Peraturan Persidangan maka ini hendaklah dikira sebagai suatu perkara luar aturan dan ianya tidaklah boleh membatalkan perjalanan Persidangan atau keputusan yang telah dibuatnya.



3. PEMILIHAN PENGERUSI

3.1 Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dipilih tiap-tiap (3) tahun sekali dalam Persidangan Tahunan untuk Perhimpunan Agung, tiap-tiap tiga (3) tahun sekali untuk Perwakilan Bahagian dan tiap-tiap (3) tahun sekali untuk Persidangan Cawangan. Bagi peringkat Bahagian dan Cawangan, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi itu hendaklah terdiri daripada ahli-ahli UMNO dalam Bahgaian dan Cawangan itu sendiri.

Pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dijalankan dengan undi sulit tetapi di peringkat Cawangan boleh di buat dengan cara undi sulit atau mengangkat tangan mengikut kehendak Persidangan.

3.2 Perhimpunan Agung di dalam persidangannya berkuasa memberhentikan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada bilangan ahli yang hadir dan berkuasa memilih gantinya.

3.3 Pengerusi yang dipilih di bawah Peraturan 3.1 di atas ini hendaklah menjadi Pengerusi dalam persidangan melainkan jika Pengerusi itu tidak hadir maka Timbalan Pengerusi hendaklah mengambil tempatnya atau pun bolehlah mereka bergilir-gilir mempengerusikan mesyuarat yang sama dan sekiranya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir maka Setiausaha berkuasa menjalankan persidangan bagi memilih seorang daripada ahli persidangan menjadi Pengerusi bagi persidangan itu sahaja dan pengerusi itu tidaklah hilang hak asalnya untuk mengundi sebagai seorang wakil Persidangan.

3.4 Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berhenti serentak maka Setiausaha hendaklah menjalankan persidangan itu bagi memilih Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baru. Kedua-duanya akan memegang jawatan itu selama tempoh yang ditetapkan dalam Peraturan 3.1 di atas. Jika salah seorang daripadanya brhenti maka Persidangan hendaklah memilih gantinya.



4. PERSIDANGAN

4.1 Persidangan Perhimpunan Agung, mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Persidangan Tahunan Cawangan hendaklah diadakan menurut Perlembagaan UMNO.

4.2 Bahasa yang digunakan dalam Persidangan ialah Bahasa Malaysia .



5. TEMPAT DAN MASA PERSIDANGAN

5.1 Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dimulakan pada hari dan waktu di tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertingggi.

5.2 Mesyuarat Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan pada satu tempat dalam Bahagian yang berkenaan, tetapi jika tidak ada kemudahan di situ maka kebenaran boleh diberi oleh Majlis Tertinggi untuk mengadakan perwakilan di luar Bahagian.

5.3 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan di satu tempat yang berkecuali dalam Cawangan berkenaan, melainkan jika tidak ada kemudahan di situ maka Persidangan bolehlah diadakan di mana-mana tempat yang munasabah termasuk di luar Cawangan setelah berunding dengan Bahagian.

5.4 Tarikh Perhimpunan Agung dan Perwakilan Bahagian adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi mengikut Fasal 8.2 dan 14.3 Perlembagaan UMNO.

5.5 Tarikh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Bahagian setelah berunding dengan Cawangan mengikut Fasal 15.13.3 dan 17.3 Perlembagaan UMNO. Tarikh hanya boleh diubahkan oleh pihak Cawangan setelah memaklumkannya kepada Bahagian dan mendapat persetujuan.



6. NOTIS PERSIDANGAN

6.1 Setiausaha Agung hendaklah memberitahu Bahagian dengan bertulis sekurang-kurangnya 30 hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Perhimpunan Agung Tahunan tetapi jika ada sesuatu yang mustahak Presiden berkuasa memanggil Perhimpunan Agung Tahunan dengan mengeluarkan pemberitahuan di dalam tempoh tidak kurang daripada 14 hari.

6.2 Setiausaha Bahagian hendaklah memberitahu Cawangan dengan bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Perwakilan Bahagian.

6.3 Jika dengan sebab sesuatu kesukaran tidak dapat diadakan Persidangan Perhimpunan Agung atau Perwakilan Bahagian pada hari yang ditentukan itu, maka bolehlah persidangan itu ditangguhkan pada hari dan waktu yang ditetapkan oleh Presiden atau Ketua Bahagian. Setiausaha Agung atau Setiausaha Bahagian hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada wakil-wakil dalam masa tidak lewat daripada tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari yang telah ditentukan itu bagi mengadkan Persidangan semula.

6.4 Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu Ahli-ahli dengan bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan Cawangan.

6.5 Cawangan-cawangan yang ditangguhkan Persidangan Tahunannya atas sebab-sebab tertentu notis (7) hari bagi mengadakan Persidangan semula.







7. PERSIDANGAN SEMULA

7.1 Bahagian-bahagian atau Cawangan-cawangan yang gagal mengadakan mesyuarat Perwakilan Persidangan Tahunan pada tahun yang lalu bolehlah mengadakannya semula sekiranya ia telah menjelaskan yuran bagi tahun yang baru berlalu dan berhak menghantar wakil-wakilnya ke Perhimpunan Agung atau Perwakilan Bahagian.

7.2 Bahagian-bahagian atau Cawangan-cawangan yang gagal mengadakan mesyuarat Perwakilan/ Persidangan Tahunan pada tahun pemilihan, Jawatankuasanya adalah bubar. Maka Majlis Tertinggi atau Jawatankuasanya adalah bubar. Maka Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Bahagian atau Persidangan Khas Cawangan bagi memilih jawatankuasa baru yang akan memegang jawatan sehingga pemilihan Bahagian atau Cawangan akan datang.

7.3 Perwakilan Pemuda /Wanita Bahagian atau Persidangan Pemuda/Wanita Cawangan yang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, boleh mengadakan Perwakilan atau Persidangan semula walaupun terkemudian daripada tarikh mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Persidangan Cawangan asalkan tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.



8. HAK MENGHADIRI PERSIDANGAN

8.1 Hanya ahli biasa dan ahli seumur hidup yang telah menjelaskan yuran pada tahun lalu berhak hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang Persidangan.

8.2 Ketua Cawangan yang enggan terima yuran tahunan daripada ahli boleh dikenakan tindakan tatatertib.

8.3 Merujuk fasal 25.1, yuran keahlian seumur hidup boleh dibayar terus ke ibu pejabat dan ibu pejabat mengagihkannya seperti berikut :-

(a) Ibu Pejabat - 25%

(b) Bahagian - 25%

(c) Cawangan - 50%

Peraturan ini juga diguna pakai untuk yuran ahli biasa.

8.4 Cawangan-cawangan yang baru ditubuhkan dan telah menerima Sijil Pendaftaran pada/atau 31 Disember, dalam satu-satu tahun berhak mengadakan Persidangan pada tahun berikutnya dan menghantar wakil penuh ke Perwakilan Bahagian. Demikian juga Cawangan Pemuda dan Wanita yang baru ditubuhkan dan telah mengadakan persidangan berhak menghantar wakil ke Perwakilan Bahagian Pergerakan masing-masing.

8.5 Ahli-ahli yang Cawangannya telah dibubarkan oleh Pendaftaran Pertubuhan, bolehlah membayar yurannya terus kepada Bahagian atau berpindah ke sebarang Cawangan lain untuk membolehkannya membayar yuran dan menghadiri persidangan serta bertanding untuk menjadi wakil atau memegang jawatan di sebarang peringkat.

8.6 Seseorang yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh menghadiri Persidangan sekiranya ia telah membayar denda ke atasnya. Bagi ahli yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan , ia hilang hak untuk hadir dan mengambil bahagian dalam Persidangan sebelum cukup lima (5) tahun keluar dari penjara atau tarikh ia dikenakan denda.

8.7 Bahagian-bahagian atau Cawangan-cawangan yang menghantar yuran lewat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi boleh mengadakan mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Persidangan Tahunan Cawangan tetapi wakil-wakilnya ke Perhimpunan Agung atau Mesyuarat Perwakilan Bahagian itu bertaraf pemerhati sahaja.

8.8 Jika Cawangan gagal mengadakan Persidangan Tahunannya, tidak menyebabkan Persidangan Pergerakan Pemuda atau Wanita yang diadakan tidak sah dan adalahberhak menghantar wakil-wakilnya ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda atau Wanita Bahagian.



9. ATURAN URUSAN PERSIDANGAN

9.1 Setiausaha hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada Persidangan susunan agenda perkara Persidangan berserta dengan cadangan-cadangan, akan tetapi jika ada sebab-sebab yang mustahak pada fikiran Presiden susunan agenda perkara Persidangan ini bolehlah dihantarkan tidak lewat daripada tiga (3) hari.

9.2 Urusan Majlis Tertinggi hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain dan urusan Majlis Tertinggi hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan Pengerusi tetapi dengan tidak mengendahkan sebarang syarat lain dalam peraturan Persidangan boleh menentukan sesuatu kerja itu didahulukan dengan tidak mengikut susunan yang telah ditetapkan.







10. PEMBERITAHU USUL

10.1 Kecuali sebagaimana yang diisyaratkan dalam Peraturan Persidangan apa-apa usul hendaklah disampaikan pemberitahu itu tidak kurang daripada empat belas (14) hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu atas nama Majlis Tertinggi maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh (7) hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Pengerusi puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Ahli Majlis Tertinggi iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu dipinda atau ditolak.

10.2 Jika pada fikiran pengerusi, sesuatu pemberitahu yang diterima oleh Setiausaha itu melanggar apa-apa syarat Peraturan Persidangan ini Pengerusi bolehlah memerintah memerintah pemberitahu itu dipindah atau ditolak.

10.3 Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam usul atau pindaan-pindaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha dengan bertulis.



11. CUKUP BILANG

11.1 Cukup bilang bagi Persidangan Perhimpunan Agung, Perwakilan Bahagian dan Persidangan Cawangan ialah satu perempat (1/4) daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir.

11.2 Sekiranya tidak cukup bilang selepas setengah jam lamanya waktu yang ditetapkan, maka Pengerusi hendaklah menangguhkan Persidangan itu kepada satu masa yang lain, tetapi sekiranya ada sebab-sebab yang mustahak bolehlah Pengerusi menjalankan Persidangan itu setelah berunding dengan Presiden/Ketua Bahagian/Ketua Cawangan dan keputusan Pengerusi adalah muktamad.

11.3 Cukup bilang bagi Persidangan Cawangan Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita ialah sembilan (9) orang ahli pergerakan ini yang berhak hadir.

11.4 Perbahasan di dalam Persidangan tidak boleh dijalankan melainkan ada sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah ahli yang menjadikan cukup bilang berada di tempat Persidangan itu diadakan.



12. SURAT TAULIAH AHLI

Majlis Tertinggi boleh membuat peraturan mengenai surat tauliah kepada ahli Persidangan dan pemerhati.





13. PEMERHATI KE MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN DAN PERSIDANGAN CAWANGAN

13.1 Badan Perhubungan hendaklah melantik wakil-wakil yang akan memerhati mesyuarat Perwakilan Bahagian dan membuat laporan berhubung dengannya.

13.2 Bahagian hendaklah melantik wakil-wakil ke Persidangan Cawangan dan membuat laporan berhubung dengannya. Wakil-wakil ini adalah terdiri daripada Ahli jawatankuasa Bahagian atau jika tidak mencukupi bolehlah melantik Ahli Jawatankuasa Bahagian atau jika tidak mencukupi bolehlah melantik Ahli Jawatankuasa Pemuda/Wanita Bahagian atau sebarang orang lain yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Bahagian.

13.3 Perlantikan pemerhati-pemerhati ke mesyuarat Perwakilan Pemuda/Wanita Bahagian dan Persidangan Pemuda/Wanita Cawangan hendaklah mengikut kaedah yang sama seperti Bahagian dan Cawangan dalam Peraturan 13.1 dan 13.2 di atas.

13.4 Wakil-wakil yang dilantik tidak berhak mengendalikan Persidngan atau mencampuri urusannya tetapi boleh memberi pandangan atau nasihat jika diminta oleh Pengerusi Persidangan.

13.5 Jika atas sebab-sebab tertentu pemerhati-pemerhati yang dilantik oleh Badan Perhubungan atau Bahagian tidak dapat hadir,mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Persidangan Cawangan boleh dijadikan dengan mengikut Peraturan Persidangan dan adalah sah.





14. AGENDA PERSIDANGAN



Agenda Persidangan ialah seperti seperti berikut :-

14.1 Doa

14.2 Lagu UMNO

14.3 Membentangkan Peringatan Persidangan termasuk penyata-penyata Jawatankuasa

14.4 Ucapan Presiden

14.5 Pesanan Pengerusi (jika ada)

14.6 Membentangkan Peringatan Persidangan termasuk penyata-penyata Jawatankuasa

14.7 Memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi (jika berkenaan)

14.8 Penerangan daripada Majlis Tertinggi (jika ada)

14.9 Memberitahu darihal cadangan-cadangan dibahaskan (jika ada)

14.10 Sebarang cadangan atau kerja yang difikirkan oleh Pengerusi patut didahulukan (jika ada)

14.11 Cadangan-cadangan atau kerja yang difikirkan oleh Pengerusi patut didahulukan (jika ada)

14.12 Tangguhan persidangan

14.13 Ucapan penangguhan (jika ada)



15. PERINGATAN PERSIDANGAN

15.1 Peringatan hendaklah dibentangkan dalam Persidangan.

15.2 Setiausaha hendaklah menghantar senaskhah Peringatan Persidangan yang lalu kepada tiap-tiap ahli persidangan pada bila-bila masa sebelum diadakan Persidangan.

Peringatan Persidangan hendaklah mengandungi nama tiap-tiap seorang ahli yang hadir dan segala keputusan Persidangan.

15.3 Cawangan-cawangan hendaklah menghantar Borang 9 bersama Minit Mesyuarat, Senarai Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Penyata Kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan (28) hari selepas persidangan.



16. TANGGUHAN PERSIDANGAN

Persidangan boleh ditangguhkan pada sebarang masa oleh Pengerusi atau dengan cadangan oleh seorang ahli yang disokong dan dipersetujukan oleh Persidangan.



17. MENANGGUHKAN PERSIDANGAN KERANA MEMBAHAS PERKARA MUSTAHAK

17.1 Seorang ahli dengan kebenaran Pengerusi boleh mencadangkan supaya Persidangan itu ditangguhkan kerana hendak membahaskan sesuatu perkara yang mustahak.

17.2 Ahli itu hendaklah menyatakan perkara itu dan menyerahkan satu kenyataan bertulis kepada Pengerusi atas perkara yang hendak dibahaskan dan jika Pengerusi mendapati perkara yang dikemukakan oleh ahli itu mustahak hendaklah Pengerusi meminta ahli-ahli yang menyokong bangun ditempat masing-masing dan jika tidak kurang daripada satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang hadir bangun menyokong maka Pengerusi bolehlah membenarkan perkara itu dibahaskan waktu yang ditetapkan olehnya.



18. USUL-USUL

Majlis Tertinggi berkuasa menolak usul-usul yang dibawa oleh Bahagian-bahagian daripada dibahaskan tetapi hendaklah diberi jawapan bertulis. Kuasa-kuasa itu tidak boleh digunakan terhadap usul tidak percaya dan lain-lain usul yang dibawa ke Perhimpunan Agung Khas, Perwakilan Khas Bahagian dan Persidangan Khas Cawangan.



19. USUL TERGEMPAR

Kecuali jika ada syarat-syarat lain dalam Peraturan Persidangan ini, usul-usul hendak di bawa ke dalam Persidangan hendaklah didahulukan dengan pemberitahuan kecuali usul-usul yang tersebut di bawah ini:-

19.1 Usul hendak meminda cadangan yang telah dikemukakan kepada Persidangan oleh Pengerusi.

19.2 Usul yang di bawa ke dalam Jawatankuasa

19.3 Usul hendak menangguhkan Persidangan apa-apa perbahasan.

19.4 Usul hendak mendahulukan sesuatu perkara lain dengan tidak mengikut susunan biasa.

19.5 Usul daripada Majlis Tertinggi yang ada pada pendapat Pengerusi sebagai mustahak.

19.6 Usul mencadangkan supaya perjalanan mesyuarat berkenaan dengan apa-apa urusan yang tertentu dibebaskan daripada syarat-syarat Peraturan Persidangan.

19.7 Sesuatu usul hendak menangguhkan Persidangan kepada alain hari.

19.8 Usul hendak melantik Jawatankuasa Pilihan.

19.9 Usul hendak menggantungkan keahlian seseorang ahli.

19.10 Usul hendak membatalkan undi seseorang ahli.

19.11 Usul hendak menggantugkan kuatkuasa sesuatu Peraturan Persidangan.

19.12 Usul hendak mengeluarkan orang-orang luar.

19.13 Usul hendak menutup perbahasan.

19.14 Usul supaya rayuan itu dibaca, dicap atau diedarkan kepada Jawatankuasa Pilihan.

19.15 Usul supaya Jawatankuasa Pilihan diedarkan kepada jawatankuasa sesebuah Persidangan.

19.16 Sesuatu usul yang didatangkan tatkala bersidang secara jawatankuasa.

19.17 Usul meminda peringatan.

19.18 Usul meminda cadangan.

19.19 Usul supaya bersidang dalam jawatankuasa.



20. PINDAAN USUL

20.1 Pada masa sesuatu usul itu dalam pertimbangan Persidangan atau jawatankuasa bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan jika itu berkaitan dengan usul itu.

20.2 Pindaan itu pula dipinda jika berkaitan dengan pindaan asal.

20.3 Sesuatu masalah, apabila dikemukakan oleh Pengerusi, bolehlah dipinda menurut semua atau mana-mana jua cara yang tersebut di bawah ini:-

20.3.1 Dengan dipotong apa-apa perkataan supaya dapat dimasukkan perkataan-perkataan lain.

20.3.2 Dengan dipotong apa-apa perkataan.

20.3.3 Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan-perkataan lain.



21. MENYOKONG USUL DAN PINDAAN.

21.1 Dalam Persidangan sesuatu usul atau pindaan itu tidak akan dikemukakan oleh Pengerusi kecuali jika usul atau pindaan itu telah disokong.

21.2 Dalam persidangan Jawatankuasa, tidak dikehendaki penyokong usul.



22. PINDAAN USUL DENGAN BERTULIS

Sesuatu pindaan usul yang telah dikemukakan dalam Persidangan atau dalam jawatankuasa, hendaklah diserahkan kepada Setiausaha kecuali jika Pengerusi membenarkan sebaliknya.



23. MENARIK BALIK USUL

23.1 Sesuatu usul atau pindaan jika diminta oleh pencadangnya dan diizinkan oleh Persidangan atau jawatankuasa boleh ditarik balik.

23.2 Apabila pindaan ke atas sesuatu usul atau pindaan telah dikemukakan kepada Persidangan maka usul atau pindaan yang hendak dipinda itu tidak boleh ditarik balik sehingga pindaan kepada usul atau pindaan ke atas pindaan itu telah diputuskan.



24. PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH

Seseorang ahli tidak boleh menyentuh dalam ucapannya perkara-perkara yang tersebut di bawah ini :-

24.1 Perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan usul.

24.2 Perkara-perkara yang sedang dalam perbicaraan mahkamah.

24.3 Membangkitkan semula apa-apa perkara yang telah diputuskan oleh Persidangan kecuali dengan mengemukakan usul bersendirian bagi membatalkan keputusan Persidangan berkenaan dengan perkara itu.

24.4 Menggunakan bahasa yang kasar, tidak beradap mengikut pertimbangan Pengerusi.

24.5 Mengeluarkan sangkaan jahat ke atas lain-lain Ahli.

24.6 Mempengaruhi Persidangan dengan menggunakan nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Raja-Raja atau Yang Dipertua Negeri-negeri.

24.7 Menyentuh keperibadian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja-raja, Yang di-Pertuan Agong,Ynag Dipertua Negeri-negeri, Hakim-hakim atau Ahli Majlis Pasukan Bersenjata kecuali dengan mengemukakan usul bersendirian bagi maksud-maksud itu.

24.8 Menyebut kelakuan atau sifat lain-lain ahli selain daripada kerja–kerjanya mengenai urusan parti.

24.9 Menggunakan perkataan-perkataan yang bersifat menderhaka kepada negara dan yang bersifat menderhaka kepada negara dan yang boleh menimbulkan perasaan bermusuh-musuhan di antara kaum di Malaysia .





25. KUASA PENGERUSI

25.1 Pengerusi Tetap hendaklah menjalankan tugas secara adil dan berkecuali, jika tidak tindakan disiplin akan diambil.

25.2 Pengerusi dalam persidangan jawatankuasa adalah bertanggungjawab menjaga Peraturan Persidangan atau persidangan jawatankuasa dipatuhi dan keputusan berkenaan dengan apa jua perkara tidak boleh dipertimbangkan semula dan tidak boleh diulangkaji oleh Persidangan kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih dahulu.

25.3 Dalam masa persidangan Pengerusi berkuasa memerintah mana-mana wakil yang degil atau tidak patuh kepada arahannya atau yang membuat kacau-bilau keluar persidangan untuk tempoh baki hari itu dan jika wakil itu enggan keluar, maka Pengerusi berkuasa memerintah pegawai-pegawai atau kakitangan Parti yang berada di dalm Persidangan itu membawa wakil itu keluar.



26. MEMBERHENTIKAN PERSIDANGAN

Jika sekiranya berlaku huru-hara yang besar dalam Persidangan dan menentukan tarikh menyambung semula Persidangan itu.



27. MEMUTUSKAN MASALAH PENGUNDIAN

27.1 Tertakluk kepada Peraturan 27.2 dan 27.3 keputusan atas satu perkara atau usul yang dikemukakan adalah mengikut pihak mana yang mendapat suara lebih dan jika sama banyak undi maka Pengerusi atau sesiapa yang mempengerusikan Persidangan bolehlah menggunakan undi pemutus tetapi jika undi kedua pihak tidak sama banyak.

27.2 Jika didapati ada undi yang sama banyak bagi pemilihan jawatan di sebarang peringkat (tidak termasuk pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden) pengundian kali kedua hendaklah diadakan bagi mereka yang berkenaan dan sekiranya pengundian kali kedua juga sama banyak maka cabutan undi hendaklah dijalankan oleh Pengerusi dalam menentukan keputusan.

27.3 Seorang ahli yang tidak hadir dalam tempat Persidangan tidak dibenarkan mengundi dan tiap-tiap ahli adalah mempunyai satu undi.

27.4 Sesuatu perkara itu adalah selesau dikemukakan bagi diputuskan apabila Pengerusi telah mengambil undi-undi yang bersetuju dan yang tidak bersetuju.

27.5 Apabila perkara itu telah dikemukakan oleh Pengerusi kepada Persidangan bagi diputuskan setelah tamat perbahasan maka keputusan hendaklah diambil menurut undi suara “setuju” atau “tidak” dengan mengangkat tangan dan keputusan itu hendaklah diumumkan oleh Pengerusi.

27.6 Undi sulit di atas sebarang usul yang dikemukakan boleh diadakan dengan kehendak Pengerusi atau dengan kehendak Persidangan.



28. KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN

A. Pencalonan

28.1 Sebuah Jawatankuasa Pemilihan yang bebas hendaklah ditubuhkan selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, untuk mengendalikan pemilihan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

28.2 Tertakluk di bawah Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO dan Peraturan 28.13, hak seseorang untuk dicalonkan tidak boleh dinafikan. Jika seseorang itu tidak bersetuju dirinya dicalonkan bagi sesuatu jawatan, ia tidak boleh dipaksa menerima pencalonan.

28.3 Mana-mana ahli yang tidak dapat menghadiri Persidangan semasa pemilihan berlangsung kerana sebab-sebab tertentu, adalah layak bertanding setelah memberi surat menyatakan persetujuannya.

28.4 Ahli-ahli yang dicalonkan untuk bertanding hendaklah ada cadangan dan sokongan secara bertulis kepada Pengerusi Persidangan. Pencalonan hanya boleh ditutup apabila nama-nama calon dibaca dan Pengerusi Persidangan berpuas hati setelah semua ahli-ahli yang ingin bertanding sudah dicalonkan.

28.5 Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dibuat dalam mesyuarat Perwakilan Bahagian manakala pencalonan Ahli Jawatankuasa Bahagian dan wakil-wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung hendaklah dibuat dalam Persidangan Cawangan.

28.6 Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi oleh Perwakilan Bahagian dan Pencalonan Jawatankuasa Bahagian oleh Persidangan Cawangan hendaklah mengikut jumlah yang dikehendaki bagi sesuatu jawatan.

28.7 Dalam Penyenaraian calon-calon di peringkat Bahagian, hendaklah mengikut kaedah yang dipakai oleh Majlis Tertinggi berdasarkan cabutan undi yang dibuat terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pemilihan.

28.8 Cadangan nama calon-calon hendaklah tidak berdasarkan kumpulan dengan satu-satu kumpulan itu mempunyai senarai calon-calon masing-masing. Cadangan-cadangan hendaklah dibuat satu demi satu, demikian juga cara pengundian.



B. Pengundian

28.9 Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian hendaklah dijalankan dengan cara sulit manakala pemilihan bagi Jawatankuasa Cawangan bolehlah secara sulit atau mengangkat tangan.

28.10 Tiap-tiap ahli yang mengundi diwajibkan mengikut jumlah bilangan jawatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan UMNO. Undi-undi yang tidak cukup atau lebih daripada bilangan jawatan yang dikehendaki itu dikira tidak sah.

28.11 Wakil-wakil Majlis Tertinggi ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda/Wanita, wakil-wakil Bahagian ke Perwakilan Pergerakan Pemuda/Wanita Bahagian dan wakil-wakil Cawangan ke Persidangan Pergerakan Pemuda/Wanita Cawangan adalah berhak mengundi.

28.12 Seseorang ahli yang tidak hadir di tempat Persidangan tidak boleh mewakilkan undinya kepada ahli lain.

28.13 Seseorang yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan atau diidytiharkan muflis oleh mahkamah atau dikenakan hukuman disiplin oleh Parti tidak dibenarkan bertanding untuk sebarang jawatan.

28.14 Seseorang ahli yang jawatannya lucut kerana diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak boleh memegang jawatannya kembali sehingga pemilihan akan dating, walaupun kesnya selesai.

28.15 Pengiraan undi hendaklah dibuat di satu tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan tiada sebarang pihak yang lain berhak mencampuri urusan ini selain disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding.

Bagi pemilihan Jawatankuasa Cawangan, pengiraan undi bolehlah dilakukan dalam dewan Persidangan.

28.16 Kertas-kertas yang sudah dipakai hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Pemilihan selama satu bulan untuk tujuan semakan jika timbul kemusykilan dan boleh dimusnahkan setelah tamat tempoh tersebut.



29. BERSIDANG SECARA JAWATANKUASA

29.1 Persidangan boleh bersidang secara jawatankuasa apabila dipersetujukan oleh Persidangan berbuat demikian.

29.2 Peraturan ini hendaklah dijalankan pada kadar yang boleh dalam masa bersidang secara jawatankuasa.

29.3 Setiausaha atau seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi Persidangan bahawa perkara Persidangan secara jawatankuasa telah sempurna dibahaskan sama ada berpinda atau tidaklah mengumumkan Persidangan penuh disambung semula.



30. MENGANGKAT JAWATANKUASA PILIHAN

30.1 Sesebuah jawatankuasa bolehlah dibentuk dengan dicadangkan bilangan dan nama-nama oleh Persidangan untuk merundingkan sesuatu perkara khas.

30.2 Jawatankuasa itu boleh dibentuk pada sebarang masa sama ada dalam bersidang secara biasa atau secara jawatankuasa.

30.3 Penyata sesebuah jawatankuasa itu hendaklah dibentangkan oleh Pengerusinya atau wakilnya dan bolehlah didatangkan cadangan supaya dibahaskan untuk mendapat keputusan Persidangan.



31. MEMBERHENTIKAN SEMENTARA KUATKUASA PERATURAN

31.1 Peraturan ini boleh digantung kuatkuasanya dan diberhentikan sementara dengan sesuatu cadangan yang dipersetujui oleh Pengerusi dengan tidak payah diberitahu terlebih dahulu dengan syarat cadangan itu hendaklah dipersetujui oleh Persidangan.

31.2 Sekiranya cadangan itu dipersetujui oleh Persidangan maka Peraturan ini hendaklah diberhentikan kuasanya selama tempoh yang perlu bagi menyempurnakan tujuan cadangan itu.

31.3 Cadangan bagi menggantungkan kuatkuasa Peraturan ini tidak boleh dibahaskan.

32. PAKAIAN

Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan mengenai pakaian ahli-ahli Persidangan.









33. AHLI/PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A

Merujuk Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO, adalah dengan ini Ahli/Pegawai Kerajaan Kumpulan A dibolehkan/dibenarkan bertanding sebarang jawatan dalam parti. Walau bagaimanapun ahli/pegawai tersebut hendaklah menanggung risiko dari jabatan/kementerian hasil dari pertandingan tersebut.



34. MEMINDA PERATURAN

Peraturan Persidangan yang baru bolehlah diperbuat bila-bila dikehendaki ataupun Peraturan Persidangan yang ada sekarang boleh dipinda atau dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut cara-cara yang ditentukan oleh Perlembagaan UMNO.