Monday, September 29, 2008

Johan Jaaffar: Berfikiran Waras Mengenai Masa Depan

Di Luar Lingkaran: Berfikir waras mengenai masa depan
Bersama Johan Jaaffar
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20080927224036/Article/)
Elakkan orang Melayu dan Islam terus terpinggir di negara sendiri

1.0 AHLI politik boleh terus bertelagah untuk mengekalkan kuasa atau mengambilalih kuasa. Drama politik akan berterusan dengan pemain yang didukung oleh ketamakan, keangkuhan dan kedegilan. Politik akan terus menguasai kehidupan rakyat. Mahu tidak mahu kita semua menjadi sebahagian daripada percaturan politik yang lebih besar.

2.0 Harus diingat kita tidak boleh bernafaskan politik semata-mata. Apa lagi untuk menjamin makanan terhidang di atas meja dengan hanya berdebat isu politik. Realitinya ialah kita harus meneruskan hidup. Ahli politik, selain bertelagah dan bercakaran, harus juga mengingatkan amanah yang dipertanggungjawabkan pada mereka – untuk menjadikan negara ini lebih baik dan memastikan kemakmuran pada semua.

3.0 Di tengah suasana politik tidak menentu kita berdepan dengan situasi ekonomi yang sama tidak menentunya. Kejatuhan pasaran saham, tumbangnya beberapa syarikat pinjaman raksasa di Amerika Syarikat (AS) dan kenaikan harga minyak mentah yang mendadak, mempunyai kesannya pada ekonomi global. Kita tidak terkecuali. Kesan kenaikan harga barang tidak boleh dipandang ringan. Kadar inflasi mencecah lebih 8 peratus, tertinggi dalam lebih tiga dekad di negara ini.

4.0 Sempena hari baik dan bulan baik ini, dan dengan mengingatkan bahawa Aidilfitri tinggal dua hari saja, elok sangat jika kita merenung nasib dan kedudukan orang Melayu dan umat Islam amnya. Kita bukan berada pada kedudukan yang kuat. Kita lemah dan ketinggalan. Dalam bidang ekonomi, kekuatan ekonomi orang Melayu bukan sekadar diukur daripada pemilikan ekuiti semata-mata tetapi keupayaan mereka terbabit dalam pelbagai kegiatan perniagaan. Usaha melahirkan Masyarakat Perniagaan dan Perusahaan Bumiputera (MPPB) masih jauh dan berliku. Dalam dunia niaga orang Melayu masih memerlukan perlindungan dan bantuan.

5.0 Ada orang yang mudah mengatakan orang Melayu akan gagal kerana mereka tidak punya minda berniaga. Ini satu penghinaan pada orang Melayu. Orang Melayu hanya perlukan bimbingan dan peluang. Menganggap mereka malas dan mudah berserah juga satu andaian yang tidak berasas. Kita boleh melihat usaha niaga Melayu di pasar tani, pasar malam, pasar lambak, pasar Ramadan dan sebagainya, yang jelas membuktikan usaha yang keras dan tekun. Itu hanya cerminan daripada lapisan yang paling bawah dalam hierarki usaha niaga orang Melayu. Orang Melayu yang menjadi pemilik syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia merupakan cerita yang lain.

6.0 Pada waktu sama, orang Melayu menafikan hakikat kuasa beli di tangan mereka. Bulan puasa ini mendedahkan kuasa itu. Mana-mana kedai makan, restoran makanan segera dan kafé canggih berdepan dengan pengurangan dari 70 hingga 80 peratus jumlah pelanggan. Seramai 13.5 juta orang Melayu boleh menentukan pola dan corak pembelian, juga memastikan jatuh bangun sesuatu perkhidmatan dan syarikat pengeluar barangan. (Lihat rencana saya, 'Memanfaatkan kuasa beli orang Melayu', Berita Minggu, 23 September 2007).

7.0 Begitu juga orang Melayu boleh mewujudkan rangkaian niaga yang utuh sekiranya mahu. Sayangnya orang Melayu hanya boleh sepakat dalam mengendalikan khairat kematian dan pakatan pinggan mangkuk, dalam hal yang membabitkan konsortium dan rangkaian, mereka jarang sepakat. Koperasi kilang padi di kampung pun selalunya hidup segan mati tak mahu. Kedai runcit milik orang Melayu di tengah masyarakat Melayu pun tidak boleh bertahan. Demikianlah semangat rangkaian di kalangan kita.

8.0 Hari ini tidak banyak orang yang mahu bercakap perpaduan Melayu. Bagi mereka itu alasan untuk menghalalkan sokongan pada satu-satu parti. Perpaduan Melayu menjadi ungkapan yang mulai dipersenda. Tidak mengapalah bersekongkol dengan mana-mana pihak yang berlainan kepentingan asalkan matlamat akhirnya memperoleh atau mengekalkan kuasa. Orang Melayu sudah menjadi apologetik hinggakan konsep ketuanan Melayu menjadi momok bagi mereka. Realiti sejarah tidak lagi penting kerana hari ini kita harus berkompromi dengan siapa saja. Biarlah kita yang sakit hati asalkan jangan orang lain.

9.0 Demikianlah sindrom Melayu baru yang melanda kita. Semua ini kerana kita lemah. Lemah kita kerana kita tidak bersatu. Sekiranya bersatu menjadi kesalahan dalam konteks hari ini, maka orang Melayu harus menerima hakikat bahawa mereka lambat laun akan hilang di dunia. Hari ini untuk mengajak pada perpaduan sudah menjadi semacam kesalahan.

10.0 Kita juga nampaknya melupakan hakikat bahawa orang Islam semakin tertekan. Di mana-mana di dunia, kedudukan umat Islam penuh dengan pancaroba dan kekecewaan. Memang benar kuasa dinar baru boleh membeli hartanah termahal di AS, kelab bola sepak di England atau bank yang besar. Tetapi berapa ramaikah daripada 1.3 bilion umat Islam yang mampu melonjakkan kedudukan mereka akibat kekuatan kuasa dinar dari Asia Barat itu?

11.0 Rata-rata negara-negara Islam yang dijajah masih tidak menentu. Afghanistan tidak banyak berubah. Atas alasan memburu Osama bin Laden, nyawa rakyat yang tidak berdosa menjadi korban. Iraq masih bergolak. Saddam Hussein tidak ada tetapi kemakmuran dan keamanan tidak wujud di Iraq. Rakyat Palestin masih ditindas dengan teruknya. Tembok besar memisahkan Tebing Barat menyesakkan kehidupan rakyat. Itu belum lagi kekangan ke atas kebebasan rakyat Israel beragama Islam di Baitulmaqdis. Orang Islam takut untuk pergi ke masjid, kerana sesiapa yang berbuat demikian tiga kali berturut-turut boleh dilabelkan fundamentalis dan tempatnya ialah di penjara Israel.

12.0 Masihkah kita mahu bercakaran sesama sendiri dalam keadaan sedemikian? Orang Melayu masih menganggap diri mereka selamat? Orang Islam masih angkuh mempertahankan kekecilan mereka? Lihatlah di sekeliling kita. Kemiskinan di kalangan rakyat masih perlu ditangani. Dispariti pendapatan di antara orang Melayu dengan kaum lain masih ketara. Dispariti pendapatan di antara desa dan kota masih menonjol. Pendedahan teknologi masih terbatas di bandar. Anak kita tidak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain.

13.0 Orang Melayu tidak mengutamakan pusat komputer dan perpustakaan mini di penempatan baru. Keutamaan mereka ialah untuk mencari kesalahan sesama sendiri bukan membantu anak yang memerlukan tuisyen yang baik, pusat sumber yang berkualiti serta perpustakaan mini di kawasan perumahan.

14.0 Penghuni rumah berpendapatan rendah tidak pernah mahu bersatu hati mengadakan tempat untuk anak sekolah belajar secara selesa dan dengan bantuan pembimbing yang betul. Ada persatuan ibu bapa dan guru yang lebih asyik bertelagah mengenai yuran tambahan RM5 daripada melihat secara lebih jauh kebajikan anak di sekolah. Mereka patut belajar daripada keberkesanan persatuan sedemikian di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

15.0 Semuanya menuntut kita berfikir secara waras dan serius, apakah yang terbaik untuk kita, anak kita, bangsa kita dan agama kita. Buat sementara ini pedulikanlah keributan yang lain. Pada Aidilfitri yang mulia ini, elok sangat kita memikirkan nasib kita dalam konteks realiti hari ini... Apakah yang mahu kita sediakan untuk generasi hari ini dan masa depan? Perpecahan, riuh rendah, ketidakstabilan?

Selamat Aidilfitri!

Saturday, September 27, 2008

Agama: Amalan Sunnah Sempena AidilFitri

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.


Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.


• Bertakbir.


Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:


"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.


Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:


"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32


Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.


• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:


“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.




• Meneruskan qiamullail.


Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.


• Mandi pada pagi hari raya.


Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:


"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


• Makan sebelum solat Aidilfitri.


Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:


"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.


Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:


“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.


Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.


• Memakai pakaian yang indah.


Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:


"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.


Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:


"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.


Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:


"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.


Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.


Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:


"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.


Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.


. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.


Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:


"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.


Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:


"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.


• Tempat perlaksanaan solat hari raya.


Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:


"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.


Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:


"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.


• Mengerjakan Solat Aidilfitri


Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:


"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.


Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:


"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.


Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:


"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri


Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:


"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.


Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:


"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal


Sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.


Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.


PENUTUP


Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Dicatat oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus di 08:56

photo: kerana LAPAR





tukya_azizi: BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN



Friday, September 19, 2008

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

(Sumber:http://aziziabdullah.blogspot.com/)

-AziziHjAbdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?
Posted by tukya_azizi at 8:17 PM 93 comments
Labels: Artikel

jentayuabaka: SEKS DENGAN GADIS CHINA : KENAPA YB TERESA TAK LAPOR KE NEGARA CHINA


SEKS DENGAN GADIS CHINA : KENAPA YB TERESA TAK LAPOR KE NEGARA CHINA

(Sumber: http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/09/seks-dengan-gadis-china-kenapa-yb.html)

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 1:13 PM . Thursday, September 25

1. IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

2. KOMEN MUFTI :

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.

"Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.

"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.

"Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.

"Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya," katanya.

REFLELSKI=

1. Dahulu YB Teresa Kok busy body bawa lap top ke Parlimen konon Gadis Cina China kena bogel dalam lokap, sehingga hubungan diploMatik negara dengan China terjejas. Alkisahnya ia bukan pun gadis Cina China! Tak nak minta maaf ke YB Teresa kepada kerajaan, negara, orang Melayu dan umat Islam ? Semalam dah Mengaku BUat Silap pasal makanan anjing, yang ini tak mengaku juga ke?

2. Sekarang ini, Gadis Cina China jadi habuan SEKS untuk orang-orang PKR? Tak nak bawa lap top ke YB Teresa ke Parlimen? Tunjukkan kepada rakyat Cina di China bahawa orang mereka jadi habuan Seks untuk orang Melayu di Malaysia?

3. Apa pula komen YB In Waiting PM DS Anwar Ibrahim kepada anak buahnya ne? Nak buang ke nak simpan pelaku seks ne dalam PKR dan kerajaan PR? Nak bawa ke Lembaga Disiplin PKR ke macam YB Zulkiifli? YB Zulkiifli perjuangkan Islam kena menghadap Lembaga Disiplin yang dapat Habuan Seks tak nak bawa ker? Doble Standard?

4. Kita tunggu Komen Ketua Pemuda PAS yang suka Glamour tu, kalau pasal minyak, protes Bersih, bukan main lagi jadi Hero kat TV, kalau Bab YB Zulifli kena hentam kat Parlimen oleh YB DAP dan YB Non Muslim PKR, dia diam je kat belakang YB Zulkifli. Diam tak berkata-kata. Bab Habuan Seks ne tak kan diam je Ketua Pemuda PAS kita ne?

Wednesday, September 24, 2008

malaysiakini:Johor: Ada bahagian mahu gandingan Najib-Muhyiddin

Johor: Ada bahagian mahu gandingan Najib-Muhyiddin

(http://www.malaysiakini.com/news/90275)
Muda Mohd Noor | Sep 24, 08 11:19am

Sebahagian besar Umno bahagian di Johor menyerahkan kepada para perwakilan untuk memutuskan dalam mesyuarat perwakilan masing-masing bulan depan, calon presiden dan timbalan presiden Umno.

Tinjauan Malaysiakini di Johor mendapati ada bahagian yang akan mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bahagian-bahagian berpendapat suara perwakilan perlu didengar, khususnya, dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti, kerana ia boleh menyelamatkan parti dan orang Melayu.

Ketua Pemuda Umno Sekijang, Ayub Rahmad berkata, parti perlu melihat keadaan persekitaran, iaitu apakah kehendak ahli teramai.

"Jika mereka mahukan perubahan kepimpinan utama, parti mesti melakukan perubahan tanpa terikat dengan tempoh tertentu.

"Walaupun kita menyokong pelan peralihan kuasa tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh menafikan hak ahli parti," katanya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Tanjong Piai, Suhaimi Salleh pula berkata, bahagiannya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan calon presiden.
Peralihan kuasa

"Biar perwakilan bahagian menentukan sama ada hendak mematuhi peralihan kuasa yang telah ditetapkan pada 2010 atau membuat cadangan lain," katanya.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima ramai ahli Umno di Tanjong Piai, mereka mahu Najib bertanding jawatan presiden manakala Muhyiddin bertanding timbalan presiden.

Manakala naib ketua bahagian Muar, Halim Hashim berkata, cara terbaik ialah menyerahkan kepada ahli jawatankuasa bahagian untuk menentukan siapakah calon presiden.

"Bahagian Muar sehingga ini belum berbuat demikian tetapi akan membincangkannya dalam mesyuarat bahagian nanti.

"Di bahagian ini ada yang mahukan Abdullah, Najib, Muhyiddin dan tokoh veteran, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi presiden parti," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, AJK bahagian Segamat, Mohd Azami Othman berkata, ahli bahagian ini berbelah bagi mengenai siapa yang perlu menjadi presiden parti.

Katanya, ramai pemimpin utama bahagian mahu Abdullah kekal sebagai presiden, manakala golongan berusia 50 tahun ke bawah mahukan perubahan dalam kepimpinan tinggi.

"Oleh kerana itu lebih baik ia diserahkan kepada suara majoriti (perwakilan) untuk menentukan siapa yang mereka mahu menjadi ketua parti mereka.

Rumusan mesyuarat cawangan

"Saya ingin menasihatkan Abdullah supaya tidak tertipu dengan maklumat terutama dari yang suka membodek," katanya .

Menurutnya, ramai ahli Umno Segamat berpendapat Muhyiddin seorang pemimpin yang ada pendirian.

Seorang AJK bahagian Johor Baru, Ahmad Kemim pula berkata, kebanyakan golongan akar umbi di bahagian itu mahukan gandingan Najib dan Muhyiddin menerajui parti itu.

Katanya, rumusan dari mesyuarat cawangan bahagian ini mendapati mereka mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan.

Oleh kerana itu, katanya, pemimpin parti termasuk Abdullah perlu menilai kehendak ahli sebelum membuat sebarang keputusan.

Manakala AJK bahagian Kota Tinggi, Basri Kutai @ Lamsah pula berkata, ramai ahli cawangan masih menyokong Abdullah sebagai presiden parti.

Bagaimanapun, katanya, ada juga yang mencadangkan supaya ia ditentukan dalam mesyuarat bahagian yang akan diadakan bulan depan.

"Oleh itu kita kena mengikut kehendak ramai kerana kekuatan parti terletak kepada ahli," katanya.

Beliau berkata, tiada faedahnya bergaduh untuk memilih pemimpin kerana ia akan menyebabkan parti menjadi semakin lemah.

Sunday, September 21, 2008

Kadirjasin: Najib Kena Berani Tapi Jangan Sombong


SATURDAY, SEPTEMBER 20, 2008
Najib Kena Berani Tapi Jangan Sombong

A Kadir Jasin
http://www.kadirjasin.blogspot.com/

ANTARA reaksi pelantikan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan yang saya anggap penting adalah oleh Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.

Utusan Malaysia melaporkan beliau sebagai berkata, pelantikan Mohd Najib diterima baik oleh komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa.

Saya berkata begitu kerana umum tahu bahawa Nor Mohamed secara praktiknya adalah Menteri Kewangan walaupun Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, memegang jawatan itu sejak 2004.

Tidak perlulah kita berpura-pura dan cuba menjaga hati. Seperti Abdullah sendiri pernah mengisytiharkan “beritahu saya apa yang perlu saya dengar bukan apa yang saya suka dengar” jadi kita kena berterus terang.

Hakikatnya Abdullah tidak terlatih dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan.

Begitu jugalah kita tidak boleh berpura-pura dan menjaga hati pembesar politik dengan mengorbankan hak kita sebagai pengundi dan pembayar cukai dengan memberi muka kepada isteri, anak, menantu dan suku sakat menteri.

Ingatlah, kita mengundi pembesar kita sebagai wakil rakyat. Kita tidak mengundi isteri, anak dan menantu mereka melainkan isteri, anak dan menantu mereka juga wakil rakyat.

Kadang-kadang yang salah pun kita. Yang kita dok pi layan anak bini menteri macam depa tu Yang Berhormat buat apa?

Cukuplah dengan budi bahasa. Buat apa kita berikan mereka kuasa, layanan protokol dan macam-macam rupa gelaran.

Tak hairanlah kalau ada bini, anak dan menantu menteri yang naik tocang – yang mahu layanan permaidani merah dan kerusi tinggi.

Bila kita beri muka, maka adalah yang ambil kesempatan masuk pintu dapur untuk guna isteri, anak dan menantu pembesar itu dengan pelbagai tujuan peribadi.

Berbalik kepada pelantikan Mohd Najib, betullah macam kata Nor Mohamed. Mohd Najid memang ada pengalaman mengenai kewangan dan pelaburan sejak menyertai politik pada tahun 1976.

Itu saya tahu. Saya kenal Mohd Najib masa dia bekerja dengan Petronas lagi. Lepas itu (1976) menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan.

Lepas itu jadi pengerusi Majuternak (dah dibubarkan). Waktu itulah (1977) saya temu ramah beliau buat kali pertama di rumah keluarganya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur. Dia baru berusia 23 tahun dan masih bujang.

Tahun 1978 dia dilantik timbalan menteri dan berkhidmat di Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, Pelajaran dan Kewangan.

Pada tahun 1982, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantarnya balik ke Pahang untuk bertanding DUN dan dilantik menjadi Menteri Besar. Maka jadilah dia Menteri Besar termuda – usia tidak sampai 30 tahun.

Kalau nak kira pengalaman, memang Mohd Najib mempunyai cukup atau lebih daripada cukup pengalaman dan pengetahuan untuk menguruskan ekonomi dan kewangan negara.

Sekiranya Mohd Najib tidak mampu atau gagal menguruskan ekonomi dan kewangan negara pada saat-saat yang mencemaskan sekarang, saya pun tidak berani hendak kata apa akan terjadi kepada kita semua.

Krisis sekarang adalah lebih serius daripada 1997/98 kerana membabitkan Amerika dan sudah pun merebak ke seluruh dunia.

Di Amerika sahaja, kerajaan dan agensinya dianggarkan telah membelanjakan AS$600 bilion (kira-kira MR2,100 bilion) untuk menyelamatkan pelbagai institusi kewangan dan tabung pinjaman daripada menjadi muflis.

Berpuluh-puluh bank di Amerika sama ada sudah muflis atau hidup semata-mata kerana “bailout”. Tetapi apabila kita menyelamatkan bank dan perniagaan kita pada tahun 1997/98 kita diherdik oleh Barat dan IMF.

Malah Menteri Kewangan kita ketika itu, Anwar Ibrahim, termakan propaganda IMF dan Wall Street. Tetapi Dr Mahathir dia gung-ho, dia buat apa yang dia fikir baik untuk negara dan rakyat jelata.

Adakah mampu Mohd Najib mengulangi rekod menyelamatkan ekonomi negara yang dicatatkan oleh Dr Mahathir itu?

Bagi saya, bukan mampu atau tidak mampu tetapi wajib kerana krisis sekarang lebih luas dan dalam daripada krisis 1997/98.

Tetapi Mohd Najib dan Nor Mohamed berdua sahaja mungkin tidak mampu menangani masalah yang bertimbun dan bertindih ini.

Indeks komposit Bursa Malaysia telah jatuh di bawah paras 1,000 mata. Semua penggiat pasaran dan pengurus saham amanah (unit trust) tahu bahawa kerugian akan mula dirasai sebaik sahaja angka tunjuk bursa jatuh di bawah paras 1,000 mata.

Ini belum diambil kira masalah yang sedia ada seperti naik-turun harga komoditi, kenaikan harga petrol, inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Kini dikhuatiri pula bahawa ekonomi dunia mungkin mengalami “stagflasi” iaitu pertumbuhan ekonomi merosot tetapi inflasi meningkat.

Saya yakin Mohd Najib masih ingat bahawa ketika krisis 1997/98 melanda, Dr Mahathir memanggil balik Tun Daim Zainuddin, melantik Nor Mohamed dan Ali Abul Hassan sebagai penasihat, membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC), meningkatkan pelaburan awam, memperkenalkan kawalan terhad tukaran mata wang dan banyak lagi.

Seperti saya tulis berulang kali, kita tidak kekurangan kepakaran, tak kira Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan untuk membantu memperkasa ekonomi dan pentadbiran.

Tetapi sejak tahun 2004, nampak seolah-olah dasar Umno dan kerajaan Barisan Nasional adalah menolak sesiapa sahaja yang tidak bersumpah setia kepada mereka atau ada kaitan dengan era sebelumnya.

Kita semua maklum pelbagai dakwaan dan andaian dibuat terhadap Mohd Najib. Itu perkara biasa dalam politik. Sesiapa pun yang akan naik akan diteliti budi pekertinya. Anwar pun kini mengalami tapisan yang serupa.

Jadi jika dia berhasrat menjadi pemimpin, dia haruslah lebih berani, terbuka dan menghormati kehendak akar umbi. Jangan terlalu mengharapkan segala-galanya dipersembahkan di dalam tepak emas.

Nasihat yang baik tidak semestinya datang daripada orang yang memuji dan memuja beliau sahaja. Malah orang berterus terang itu mungkin lebih ikhlas dan bernas nasihatnya.

Ramai pembahas blog ini merujuk kepada petingnya Mohd Najib mengumpul dan mengembleng kepakaran yang ada dalam negara untuk sama-sama mencari jalan mengatasi cabaran kelemut ekonomi ini.

Sepanjang mengenai pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan yang penting dan utama bukanlah mengenai ujian kecekapan, proses peralihan kuasa atau kenaikan pangkat, tetapi mengenai perjuangan menyelamatkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat jelata.

Kalau dia terkorban, itu adalah takdir yang perlu diterimanya kerana perjuangan memerlukan pengorbanan.

Akhir kalam, saya memohon izin bertanya adakah Datuk Seri Mohd Najib masih ingat perbualan saya dengannya pada tahun 1977 mengenai perlunya dia berjalan keluar daripada bayang raksasa ayahandanya?
posted by A KADIR JASIN | 5:43 AM | 49 comments

Saturday, September 20, 2008

Agama: Masjid akur bantahan bukan Islam

Masjid akur bantahan bukan Islam

(petikan dari: www.utusan.com.my)

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kuliah Subuh yang hanya berlangsung seminggu sekali di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong tidak lagi menggunakan pembesar suara selepas 189 penduduk bukan Islam menghantar petisyen bantahan.

Bilal masjid berkenaan, Bahrudin Maskor, 47, berkata, petisyen bantahan dibuat pihak terbabit dengan alasan kuliah Subuh pada setiap hari Ahad itu menganggu tidur mereka.
"Selepas menerima petisyen pada Februari lalu, nazir masjid, Abdul Rahman Nasir mengarahkan saya supaya tidak memasang pembesar suara di menara sebaliknya hanya mengunakan pembesar suara di bahagian dalam sahaja.

"Bantahan itu hanya untuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am sahaja, untuk hari lain mereka tidak ada masalah malah mengakui bunyi pembesar suara itu boleh mengejutkan mereka dari tidur," katanya.

Bahrudin yang ditemani Imam Masjid Batu 12, Puchong, Mohd. Zainal Khamis berkata demikian selepas memberi keterangan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang berhubung isu kontroversi petisyen itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu yang dipercayai didalangi salah sebuah parti politik membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Mengulas lanjut, Bahrudin berkata, penggunaan pembesar suara di menara masjid sewaktu kuliah Subuh telah lama dilaksanakan pihaknya.

Katanya, ia berikutan permintaan golongan wanita Islam di kawasan berdekatan yang mahu mengikuti kuliah itu dari rumah.

"Bagaimanapun kerana petisyen itu, penggunaan pembesar suara di menara masjid dihentikan serta-merta," katanya.

Ditanya, adakah petisyen itu turut membantah laungan azan, beliau berkata perkara itu tidak dinyatakan.

"Ada cakap-cakap di kalangan pihak yang membuat petisyen itu supaya laungan azan turut diperlahankan," katanya.

(zmsegamat; selalunyer bila dah diberi betis nak peha, sama-sama lah kita tunggu dan lihat, yang peliknyer nape sekarang baru petisyen ni di buat??? )

Friday, September 12, 2008

Novandri: Teks Penuh Ucapan Dato' Ahmad Ismail

10 September 2008
Teks Penuh Ucapan Dato' Ahmad Ismail

petikan dari: http://novandri.blogspot.com/

Berikut adalah teks penuh ucapan Dato' Ahmad Ismail semasa mengadakan sidang akhbar pada 8hb September 2008.

Penulis harap kita berfikiran rasional mengenai isu ini dan semoga teks ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada kita.

Tetapi di dalam masa yang sama, manipulasi oleh sesetengah media tempatan nampak begitu jelas. Dan kita yang tidak tahu hujung pangkalnya mengenai isu ini akan keliru, ter'bakar' atau marah tak tentu pasal hanya membaca sedikit daripada penjelasan yang diberikan di dalam berita tersebut.

Malah penulis dapati para media hanya mengambil beberapa keratan daripada teks penuh ucapan Ahmad Ismail sehinggakan kenyataan akhbar tersebut amat mengelirukan dan mengembar-gemburkan Ahmad Ismail sebagai 'racist' nombor satu padahal ianya tidak benar jika kita ikuti ucapan beliau itu.

Malah, terdapat ulasan akhbar yang mengatakan beberapa kenyataan Ahmad Ismail sangat keras dan ditujukan kepada seluruh orang Cina padahal kenyataan beliau itu sebenarnya hanya ditujukan kepada Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin di dalam Gerakan.

Satu lagi point yang 'ghaib' dan tidak disiarkan oleh media-media ialah apabila Ahmad Ismail menyarankan agar Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada MCA, satu parti bangsa Cina yang terbesar di Malaysia.Kenapa ?Adakah media-media tersebut(terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina) takut orang-orang Cina akan bersetuju dengan Ahmad Ismail dan menyokong penuh perlantikan MCA menggantikan Gerakan?

Ikutilah:-

Assalamualaikum...... dan salam bahagia kepada semua yang hadir.
Ybhg Dato' Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. YB Dato' Azhar Ibrahim, Setiausaha BPUN, Ybhg Dato' Zainal Abidin Osman, bendahari BPUN, sahabat-sahabat seperjuangan Ketua-ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil Ketua UMNO Bahagian.Ketua-ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang,

Yang berhormat Adun-Adun yang dihormati.

Sahabat-sahabat daripada semua media yang hadir,Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang turut bersama-sama dengan saya di dala mengharungi isu yang semakin panas ini.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana saya tidak keseorangan dalam mengharungi isu ini, malah selain daripada sahabat-sahabat yang hadir pada sidang akhbar ini, saya menganggap PC ini adalah juga mewakili orang-orang Melayu dan umat Islam yang bukan sahaja dari Pulau Pinang akan tetapi diseluruh pelusuk tanah air.

Saya berdoa kehadhirat Allah swt semoga diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran didalam menghadapi musibah ini. Saya juga berdoa kehadhirat Allah yang Esa agar dijauhi sifat riak dan takabbur di dalam meniti ujian Allah swt di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barokah ini, Amin.

Pertamanya, walau pun masih terus ada desakan yang memainta saya untuk meminta maaf kepada orang-orang Cina - saya tetap dengan keputusan saya bahawa saya tidak akan meminta maaf lantaran saya tidak bersalah. Walaupun memang bukannya susah untuk minta maaf - namun demi maruah mertabat Melayu saya tetap tidak akan minta maaf biar apa pun orang nak kata. Saya sanggup menanggung risiko.

Saya bersyukur kehadhirat Allah swt kerana didalam mesyuarat BadanPerhubngan UMNO Negeri Pulau Pinang pada 6hb September 2008 yang lalu, saya bersama-sama dengan para-para sahabat saya didalam Perhubungan UMNO Negeri telah menerangkan keadaan sebenar tentang isu ini dengan terperinci kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, YAB Dato'eri Abdullah Ahmad Badawi yang juga adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Kami bersyukur YAB Pak Lah faham tentang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbaryang dibuat olehbeliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Tak payahlah nak saya huraikan.Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang akhbar - maka inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini.

Saya berterima kasih kepada Perhubungan UMNO Negeri yang telah membuat keputusan melantik peguam bagi mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan menyaman 'reporter' yang telah sengaja menjadikan isu ini begitu sensasi dan kontroversi dan juga akhbar Sin Chew Daily yang telah sengaja menerbitkan laporan yang berbau perkauman dengan tujuan menghasut orang-orang Cina.

Saya telah difahamkan juga bahawa ada akhbar yang telah melaporkan bahawa saya di dalam sidangakhbar saya pada 5hb September yang lalu kononnya saya telah menafikan yang saya ada menyatakan bahawa "orang-orang Cina adalah menumpang di negara ini."Ini adalah satu permainan jahat yang mahu merosakkan kredibiliti saya.

Tuan-tuan dan puan-puan pun ada mendengar yang saya tidak menafikan bahawa saya ada berkata yang "orang-orang Cina adalah menumpang di dalam negara kta.", cuma tidak di dalam konteks yang disebut oleh "reporter" berkenaan.Apa yang saya katakan adalah di dalam konteks sejarah Pra-Merdeka.

Malah teks penuh saya ada disiarkan oleh MalaysiaKini. Semua orang boleh melihatnya.

Saya ingin mengulangi sekali lagi bahawa saya di dalam ceramah saya pada 23hb Ogos 2008 di Kampung Pelet memang ada menyebut bahawa "orang-orang Cina adalah menumpang di negara kita" di dalam konteks yang saya terangkan tadi, saya suka juga menegaskan di sini bahawa apa yang saya katakan itu sememangnya dari segi fakta sejarah Pra-Merdeka,

orang-orang Cina adalah pendatang dan sekadar menumpang di negara kita. "Nobody can change histroy. Histroy cannot be change just to satisfy and make certain quarters happy.We have to accept history.

Saya merasa amat kesal dan amat dukacita kerana ucapan saya telah dimanipulasikan sedemikian rupa dengan tujuan menghasut orang-orang Cina bukan sahaja untuk membenci saya tetapi juga dengan tujuan menghasut agar orang-orang Cina bangun dan membenci orang-orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.

Ini adalah suatu perbuatan yang keji dengan tujuan yang amat jahat.Saya hanya seorang pemimpin kecil. Kenapa heboh-heboh situasi tersebut sehinggan menjadi tegang?

Beberapa pemimpin Cina Gerakan yang juga sengaja mengambil kesempatan dan sesunggunhnya merekalah yang mengembar-gemburkan fakta menjadikan isu ini lebih nampak perkauman dengan tujuan untuk menyembunyikan kelemahan sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai "scape goat" dan telah lari dari hakikat bahawa orang-orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka.

Daripada kawan-kawan saya yang berbangsa Cina - memang mereka menyatakan bahawa merekatidak suka kepada Koh Tsu Koon.Dan saya berani berkata bahawa kegagalan BN di Pulau Pinang di dalam PRU-12 adalah kerana Koh Tsu Koon yangbukan saja tidak mmendapat sokngan dari orang=orang Cina tetapi dibenci oleh orang-orang Cina sendiri.

Orang Melayu tak usah cakaplah betapa bencinya kami terhadap Tsu Koon yang terlalu banyak bermain sandiwara. "As I have said the other day - I have worked with him for the past 18 years. I knew him very well. He is a very good actor" dan saya tak pernah jumpa dalam usia saya yang dah tua ini seorang pemimpin yang cukup pandai "Tai Chi" tapi saya ingatkan agar jangan lupa bahawa kami orang-orang Melayu pun tahu bersilat.

Keadaan menjadi gawat lagi bila KohTsu Koon dan beberapa orang pemimpin Gerakan dan pemimpin-pemimpin Cina yang sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.

Dan bilamana mereka mendesak meminta maaf - sesungguhnya mereka telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dan umat Islam diseluruh negara sehinggakan saya sendiri bimbang tentang keamanan negara kita.

Saya terkejut dengan kebangkitan orang-orang Melayu dan umat islam diseluruh negara tentang isu ini. Saya banyak sekali menerima SMS dan panggilan-panggilan telefon menyokong tindakan saya dan mendesak saya untuk tidak minta maaf dengan mengungkitkan banyak perkara-perkara di mana orang-orang Cina telah menyakiti hati orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ini bukan soal parti lagi. Tetapi ini soal maruah dan mertabat Melayu serta agama Islam yang cuba diperlekehkan. Justeru, hari ini orang-orang Melayu dan umat Islam tak kira dari parti mana sekalipun dan yang tidak masuk mana-mana parti juga telah bangun dengan begitu hebat sekali.Gara-gara siapa?

Seorang "reporter" yang punyai agendanya sendiri dan lebih-lebih lagi gara-gara Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan yang mula-mula sekali nak jadi hero dengan membakar semangat orang-orang Cina bila menjadikan isu ini isu perkauman dan telah membakar pula smangat orang-orang Melayu dan umat Islam dengan mendesak seorang pemimpin Melayu beragama islam untuk memintamaaf dan tunduk pada orang-orang Cina.

Saya mahu mereka tahu, malah anggap ini sebagai amaran Melayu. Orang Melayu dan umat Islam telah diusik banyak kali. Kami bersabar kerana menjaga kestabilan negara.Namun ingatlah!! Kesabaran orang Melayu dan umat Islam ada hadnya.Jangan tolak kami sampai ke dinding di mana kami terpaksa berpusing balik dan nescaya kami terpaksa tolak orang-orang Cina pula demi survival kami.

(Dr Novandri : Kenyataan di atas ditujukan kepada Koh Tsu Koon dan pemimpin Gerakan dan bukannya kepada kaum Cina seperti yang disalah tafsirkan oleh sesetengah media cetak dan alternatif. Tetapi salah tafsir itu amat berbahaya kerana berbau hasutan)

Sekiranya apa yang telah saya katakan agak berat kepada BN. Anggaplah ini sebagai amaran orang Melayu dan umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan UMNO. Jadi tak usahlah mendesak pemimpin UMNO kami sehingga mereka terjebak dalam dilema.

Saya mahu Koh Tsu Koon dan Gerakan bertanggungjawab sekiranya apa-apa hal yang tidak baik terjadi di dalam negara kita.

Saya mendesak disini agar Pengerusi BN Pulau Pinang diberi kepada MCA kerana jelas terbukti bahawa Koh Tsu Koon telah gagal dengan teruk sekali didalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya juga ingin mendesak pemimpin-pemimpin di dalam BN dari semua komponen parti untuk memecat Gerakan keluar dari BN kerana adanya mereka - kucar kacir hubungan kita di dalam BN.

Sekiranya tidak Koh Tsu Koon harus minta maaf pada orang-orang Cina dan juga orang-orang Melayu serta umat Islam kerana menyebabkan keadaan menjadi tegang sampai ke tahap ini. "He should be responsible. But knowing him as usual he will 'Tai Chi' again in his own ways".

Dengan knyataan ini saya berharap tidak ada yang akan menuduh saya "racist" lagi.

Sebagai pemimpin kecil Melayu, saya ada tanggungjawab pada bangsa, agama dan tanah iar saya.

Kalaulah saya 'racist', sudah tentu selama ini saya tidak bekerjasama dengan Gerakan dan MCA.

Saya sudah menjadi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera selama 20tahun sebelum ini di dalam Pergerakan Pemuda UMO bahagian 11 tahun dan saya berkecimpung secara aktif di dalam UMNO sudah lebih 34 tahun sejak 1974 lagi.

Semasa saya mengambil alih teraju kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera kira-kira 20 tahun yang lalu, BN sebelum ini hanya mempunyai satu kerusi DUN sahaja didalam Parlimen Bukit Bendera.

Dari segi sejarah, kerusiParlimen Bukit Bendera hanya sekali sahaja pernah dimenangi oleh BN iaitu apabila mendiang Albert Miah, bekas Ketua Polis Pulau Pinang bertanding.Sebelum dan sesudah itu BN tidak pernah menag kerusi Parlimen.

Malah dari segi DUN pula hanya satu saja kerusi yang BN menang manakala dua lagi kerusi DUN BN selalu kecundang kepada DAP.

Pada pilihanraya 1990, adalah pilihanraya yang pertama bagi saya sebagai ketua bahagian membantu calon-calon BN telah berjaya menambahkan satu lagi kerusi menjadikan dua kerusi DUN dimenangi BN.

Manakala PRU 1994 pula, buat pertama kalinya BN menang kesemua tiga kerusi DUN dikawasan kami.

Dalam keadaan gawat, pada PRU 1999 buat pertama kalinya BN telah berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan iaitu 3 kerusi DUN dan uga kerusi Parlimen.

Pada tahun 2004, hanya di Bukit Bendera sahaja yang kerusi DUN ditambah dari 3 menjadi 4 kerusi. Itu pun kami berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan iaitu 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Pada Pru 2008, berlakuTsunami lingkup semua. Tapi bukan kami saja di Bukit Bendera, habis di merata temapat.

Izinkan saya menjelaskan bahawa semua kersui BN yang telah menang di Bukit Bendera pada 1990, 1994, 1999 dan 2004, calon-calon yang bertanding adalah kesemuanya calon-calon Cina.

Kalaulah saya 'racist' - masakan kami orang-orang Melayu akan bekerja keras memenangkan calon-calon Cina dan telah mencipta sejarah kerana Bukit Bendera adalah kubu kuat DAP sebelum itu.

Malah calon-calon yang telah kami bantu dan menangkan telah menjadi pemimpin-pemimpin besar dalam Gerakan iaitu Koh Tsu Koon, Chia Kwang Chai dan Dr Teng Hock Nan.

Malah pada PRU-12 2008,walau pun berlaku Tsunami - kita bolehlihat keputusan di peti undi Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong yang kalau tidak silap saya merupakan satu-satunya peti undi dimana orang-orang melayu merupakan pengundi yang paling ramai iaitu di tanjung Tokong.

Cukuplah - jangan tuduh saya 'racist' lagi kerana saya bukan 'racist'.

Akhir sekali saya mohon kepada orang-orang Cina agar jangan cuba seperti "the Jewish in America" tak cukup ekonomi yang mereka kawal - politik pun nak mereka kuasai.

Yang penting eratkan perpaduan kita agar negara tetap aman dan kesemua rakyat boleh hidup dalam keadaan harmoni.

Kalau berlaku kegawatan - negara tidak stabil - orang-orang Cina nak berniaga pun payah.

Dengarlah nasihat Perdana Menteri kita - kalau keselamatan tak terjamin lagi - tiada siapa yang untung - rakyatMalaysia yang rugi.

Kita semua yang rugi. "ENOUGH ISENOGH".

Tsu Koon dakwa hubungan dia renggang dengan saya kerana tidak melantik saya sebagai Ahli Majlis 2006. "Bull shit and this another tactic of him to character assassinate me." - Saya adalah Ahli Majlis pada 2006.

Sesungguh kuasa melantik Ahli-ahli majlis bukanlahpada Koh Tsu Koon.

Mengikut persefahaman dan amalan BN, Ahli-ahli yang mewakili komponen-komponen parti BN, Ahli-ahli yang mewakili komponen-komponen parti BN adalah hak parti masing-masing. UMNO negeri akan menentukan Ahli-ahli Majlis yang lazimnya dicalonkan oleh UMNO bahagian-bahagian.

MCA, MIC dan juga PPP akan ditentukan oleh parti masing-masing.

Koh Tsu Koon hanya ada kuasa perlantikan Ahli-ahli Majli Gerakan sahaja.

Nama-nama yang diputuskan oleh parti-parti tersebut akan dibentangkan di dalam Mesyuarat EXCO "for endorsement". Bukan kuasa Ketua Menteri seorang.

Kemudian surat perlantikan Ahli-ahli Majlis akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sesungguhnya Koh Tsu Koon tidak mahu saya menjadi Ahli Majlis sejak 2003...........huraian.Hubungan kami menjadi renggang ..............huraian

Akhir kalam, memandangkan sementara bahang semangat orang melayu dan umat islam diperingkat akar umbi sedang panas membara, janganlan kita sia-siakan.

Marilah kita garapkan semangat tersebut, kita gembeling seluruh keringat dan kita pungah seluruh kekuatan orang-orang melayu dan umat Islam diseluruh tanah air serta kita jadikan kebangkita suara Melayu ini sebagai suatu keramat yang akan menyatupadukan seluruh Melayu dan umat Islam sebagai titik permulaan penggerak semngat Melayu bersatu.

Saya syorkan agar setiap negeri akan memulakan suatu "Forum?Konvensyen Himpunan Ummah" di mana penyertaannya harus dibuka seluas mungkin hinga ke akar umbi.

Insyaallah saya berharap agar Pulau Pinang akan memulakan "Forum/Konvensyen Himpunan Ummah" di dalam waktu yang terdekat mungkin

Sekian,Terima Kasih.Dato' Ahmad Ismail

(Dr Novandri : Kita tunggu dan lihat sama ada "Forum/ Konvensyen Himpunan Ummah" ini benar-benar di adakan atau pun apakah ianya akan tinggal sebagai cadangan atau pun gimik sahaja seperti yang sudah-sudah.)

Chedet; Pohon Maaf

Snippets
http://test.chedet.com/che_det/2008/09/snippets-6.html#more
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at September 4, 2008 5:50 PM Permalink Comments (1130) TrackBacks (0) Previous Blog

"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya.

Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

Cuit; Azan, jawi. JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya





Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya


JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.


Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.


Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.


Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.


''Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.


Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.


Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.


''Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)...'' katanya kepada imam yang ada di situ.


Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah?


Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.


Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?


Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar''.


Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.


Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.


Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.


''Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.
Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.


Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain.


Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.

Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin.

Politica-net: UMNO Dah Jadi Macam MIC

Wednesday, September 3, 2008

Petikan dari:http://politica-net.blogspot.com/

UMNO DAH JADI MACAM MIC?

Dulu kita kutuk MIC. Bila mesyuarat ada je pergaduhan sampai baling-baling kerusi. Di zaman Abdullah Badawi UMNO dah dijangkiti penyakit MIC.

Sebab itulah persidangan UMNO Cawangan Felda Palong Timur 5 dalam Bahagian Segamat, Johor, baru-baru ni sampai baling-baling kerusi.

Apa nak jadi ni? Datuk Othman Jais dah lama sangat jadi Ketua UMNO Bahagian Segamat. Kata orang, dah basi! Orang dah menyampah. Tapi dia ikut tabiat Abdullah. Orang dah menyampah pun masih nak jadi ketua!Ini semua petanda UMNO memang dah nak hancur.

Presidennya main politik, ketua bahagian pun ikut main politik. Kalau ini berterusan, jahanam UMNO. Orang benci, meluat dan menyampah. Bila datang pilihan raya umum taulah apa akan terjadi kelak.

Warga UMNO bawahan menggelupur minta perubahan pemimpin besarnya. Tapi orang besar-besar UMNO, melainkan segelintir yang insaf, semuanya jaga tembolok masing-masing. UMNO runtuh tak apa, perut majoriti pembesar UMNO mesti kenyang, kembung dan boncet melondeh-londeh.

Setiausaha Agung UMNO baru-baru ni kata, UMNO akan dibersihkan dari mereka yang jadi pembangkang dalam parti. Buatlah! Buatlah segera. Ura-ura Presiden UMNO nak senaraikan mereka yang didakwa sebagai pembelot dalam PRU12 pun masih tinggal ura-ura.Tapi, kalau Setiausaha Agung UMNO serius, buatlah segera tindakan tu. Biar sampaikan UMNO bersih tak ada ahli.

Kepada saya tindakan tu tindakan bodoh, tindakan bahlul. Orang UMNO jadi pembangkang dalam parti pasal dia orang kecewa dengan Presiden dan pembesar-pembesarnya yang tak prihatin terhadap masa depan parti.

Selagi Presiden UMNO hari ni masih terus berkuasa, UMNO akan terus berumbang-ambing!Begitu pun, lantaklah.. Apa nak jadi, jadilah. Kalau warga UMNO akar umbi dah cakap pun tak dihiraukan, pergi jahanamlah UMNO.

Tapi, orang macam saya yang amat tersiksa. Ayah, ibu, datuk dan nenek saya semua orang UMNO. Kalau UMNO kini dah tak boleh perjuangkan kita, ke mana orang macam saya nak pergi? Jadi orang politik tanpa parti? – http://politica-net.blogspot.com/
Posted by politica at 12:01 AM 3 comments

thoughtsintangents; Sin Chew Patut Digantung Lesen? Apa Yang Dilaporkan Sebenarnya Tentang Kata-Kata Ahmad Ismail?

Thursday, September 11, 2008
Petikan dari: http://thoughtsintangents.blogspot.com/
Sin Chew Patut Digantung Lesen? Apa Yang Dilaporkan Sebenarnya Tentang Kata-Kata Ahmad Ismail?
Akhbar Sin Chew Jit Poh merupakan pencetus kontroversi kata-kata 'pendatang' oleh Datuk Ahmad Ismail. Terlihat Sin Chew sahaja melaporkan kata-kata yang dikatakan menghina pada ucapan beliau, padahal ada wartawan dari sekurang-kurangnya 2 lagi akhbar lain hadir ke majlis tersebut.

Sebagai seorang pemerhati, saya hairan yang akhbar Sin Chew tidak pernah mempertahankan dirinya dengan mengulang-cetak 3 perenggan ucapan Datuk Ahmad yang dibilang berunsur perkauman tersebut. Yang diulang-ulang cuma perkataan 'pendatang' dan anggapan kata-kata tersebut disebut dalam konteks perkauman yang menghina kedudukan masyarakat Cina Malaysia.

Sin Chew juga berulang kali menyatakan Datuk Ahmad hanya mula membantah dan menafikan apa yang ditulis setelah lebih seminggu edisi akhbar tersebut diterbitkan. Tak terfikirkan Sin Chew, masyarakat Cina mahupun rakyat Malaysia, yang Datuk Ahmad mungkin tidak pun tahu apa yang dicetak kerana beliau tidak dapat membaca laporan akhbar berbahasa Cina tersebut? Tak tahu pula saya kalau beliau tahu membaca bahasa Cina, tetapi setahu saya tidak.

Mungkin juga Datuk Ahmad telah difahamkan apa yang dicetak beberapa hari sebelum kenyataan akhbarnya yang pertama, tetapi memilih untuk berdiam diri. Ini dengan harapan api perkauman yang dicanang terus oleh pemimpin Cina dan juga akhbar seperti Sin Chew reda. Lojik juga andaian ini, kerana sebagai seorang pemimpin UMNO yang sedia berbudi memenangkan ADUN dan wakil rakyat Cina di semua kerusi di Bukit Bendera, beliau mestilah berkawan Cina.

Ternyata beliau terpaksa memberi kenyataan hanya selepas penjelasan kekesalan UMNO oleh Datuk Seri Najib ditolak oleh pemimpin Cina. Pada masa itulah beliau bangun menjelaskan yang intipati ucapannya telah disalah-tafsirkan. Datuk Ahmad jelas menuding jari kearah wartawan Sin Chew pelapor perkara yang tidak dilaporkan oleh wartawan akhbar lain.

Akhbar Sin Chew kemudian menafikan kenyataan Datuk Ahmad yang ucapannya disalah-tafsirkan. Tetapi yang menghairankan saya, Sin Chew tidak membuktikan penafian mereka dengan mengalih-bahasakan apa yang mereka cetak ke Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris untuk dikongsi dengan majoriti masyarakat Malaysia yang tidak memahami tulisan bahasa Cina. Malah Sin Chew mengolah kata-kata dan tindakan DS Najib untuk dijadikan sebagai bukti!

Kononnya, kerana DS Najib juga hadir di majlis di mana Datuk Ahmad Ismail memberi ucapan dan mendengar ungkapan tersebut, pasti DS Najib memohon maaf kerana beliau sendiri berpendapat yang Datuk Ahmad bercakap melampaui batas. Padahal, DS Najib tak meminta maaf pun atas apa yang dikatakan Datuk Ahmad Ismail, cuma sekiranya apa yang dikatakan menyingung perasaan! Malah, ada kemungkinan DS Najib sendiri setuju dengan apa yang diutarakan!

Namun yang membingungkan saya adalah, kenapakan Sin Chew begitu berputar belit dalam hujahnya apabila menyerang Datuk Ahmad Ismail? Kenapa tidak diwar-warkan sahaja bahagian ucapan yang menimbulkan kontroversi ini, kali ini dalam bahasa Melayu dan Inggeris, supaya rakyat Malaysia semua dapat menilai sendiri sama ada betul apa dikatakan keterlaluan, atau sebenarnya isu ini sengaja dipermainkan dengan niat yang jahat, atau mungkin betul Cina sensitif?

Tetapi akhbar Sin Chew harus waspada, sekiranya apa yang dicetak sebagai kata-kata Datuk Ahmad Ismail sebenarnya sama ada tidak keterlaluan mahupun senang disalah-tafsirkan atau lebih teruk, salah sama sekali menurut saksi yang hadir di majlis itu, mungkin sekali yang digantung bukan Datuk Ahmad Ismail, tetapi akhbar Sin Chew sendiri!

Datuk Ahmad akan 'survive' pergantungan 3 tahun dengan mudah, malah mungkin kembali ke UMNO sebagai hero pembela sejarah kedudukan Melayu, penduduk asal Malaysia. Tetapi mampukah akhbar Sin Chew 'survive' pergantungan lesen selama itu?

Lihat sendirilah dakyah tidak seimbang Sin Chew dalam pernilaian ini. Yang ini mahu pulak di alih-bahasakan, malah ditulis langsung, dalam bahasa Inggeris!
Posted by A M Ubaidah S at 1:09 AM 2 comments Links to this post
Labels: Ahmad Ismail, Sin Chew

Monday, September 1, 2008

Permatang Pauh oh Permatang Pauh




















































Dr Novandri Hasan Basri


Pihak tertinggi UMNO akan mengadakan 'postmortem' untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh.

Ironinya, postmortem baru sahaja dibuat kira-kira 5 bulan yang lalu untuk mengkaji prestasi BN di PRU-12.

Perkataan 'postmortem' memang terasa 'besar' dan perlu disegerakan tetapi postmortem ala UMNO terasa lembap dan tidak bermakna kerana tiada tindakan susulan yang serius.

Jika ada pun, ianya tidak menjurus kepada menyelesaikan permasaalahan yang paling besar iaitu kewibawaan dan imej pemimpin tertinggi di dalam UMNO itu sendiri.

Seperti kata orang bijak pandai, UMNO dan BN masih berada di dalam denial stage dan masih enggan menerima isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kita mulakan 'postmortem' kita dengan statistik pengundi di Permatang Pauh.Secara ringkas, daripada 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, 26,942 daripadanya adalah ahli-ahli BN.Ini bermakna BN sepatutnya telah mendapat 46% undi awal dan 'confirmed' di Permatang Pauh.






Di bawah adalah pecahan pengundi-pengundi BN :

-1. UMNO - 19,442 pengundi

2. Gerakan - 2,900 pengundi
3. MCA - 2,400 pengundi

4. MIC - 1,700 pengundi

5. PPP - 500 pengundi.

Seperti yang diketahui, Calon BN, Arif Shah hanya menerima undi sebanyak 15,524.Ini bermakna, Arif Shah telah kehilangan 11,418 undi (26,942 undi - 15,524 undi) yang sepatutnya berpihak kepada beliau.

Apakah mereka tidak keluar mengundi atau pun mengundi parti lawan, PKR?Daripada 58,459 jumlah total pengundi di Permatang Pauh, sejumlah 47,258 undi (termasuk 447 undi rosak) yang telah diterima.

Ini bermakna 80.83 % telah keluar mengundi, satu peratusan yang tinggi sedangkan hari itu merupakan hari bekerja untuk pihak swasta (cuti umum untuk agensi kerajaan).Ini juga bermakna, sejumlah 11,201 (19%) pengundi tidak keluar mengundi.

Dan menurut senarai terbaru (berdasarkan kepada senarai PRU-12), PKR hanya mempunyai 12,000 ahli/pengundi berdaftar di Permatang Pauh.Dan jika ditambah dengan 8,000 jumlah ahli PAS yang boleh mengundi di sana, totalnya ialah 20,000 orang.





Hipotetikalnya,

BN sepatutya sangat selesa jika dibandingkan dengan parti PKR dengan perbezaan yang besar iaitu 6,000 undi (26,000 BN vs 20,000 PKR).

Tetapi ianya tidak berlaku di Permatang Pauh. (statistik daripada The SUN)Malah tektik politik 'persepsi' yang dicanang-canangkan oleh jentera pilihanraya PKR, seolah-olah Permatang Pauh milik Anwar Ibrahim, telah berjaya dengan cemerlangnya.

Canggih!Ianya sungguh efektif sehinggakan ramai di antara kita yang tertawan dan percaya kepada modus operandi jentera pilihanraya Permatang Pauh.

Malah beberapa menteri kanan kerajaan turut tertipu dan tanpa segan silu serta tidak hormatnya kepada ahli-ahli BN dan jentera pilihanraya BN di Permatang Pauh, telah berkata bahawa mereka sudah tahu PKR akan menang walau pun sebelum pilihanraya lagi!

Apakah ini yang dinamakan semangat kekitaan dan ingin berjuang? Apakah menteri-menteri ini telah turun ke Permatang Pauh dan membantu atau pun mereka itu hanya pandai bersuara tetapi sebenarnya tiada kualiti untuk berjuang bersama-sama ahli-ahli BN di Permatang Pauh?

Penulis berasa amat malu apabila membaca komen-komen menteri-menteri kanan tersebut di dalam akhbar-akhbar hari ini. Sungguh memalukan!






Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai jawapan yang lebih logik. Diantaranya:-

1. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

2. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

3. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.3. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
4. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.