Friday, October 9, 2009

Dr Novandri Tawar Diri Rawat 'Mangsa Tetak' Bagan Pinang.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis terkejut dengan 2 foto yang disiarkan di dalam web pro-PAS Buletin-Online dan keterangan yang diberi oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Di dalam keterangan beliau, Idris mendakwa :-

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi."

Sila perhatikan kedua-dua foto dengan teliti di bawah yang dijadikan 'bukti' tentang 'keganasan' parti Barisan Nasional dan penulis akan menerangkan dari sudut perubatan.




Pada mulanya penulis terkejut dengan 'tahap kecederaan' yang di alami oleh 'mangsa' keganasan parti UMNO.

Tetapi, simpati penulis bertukar dan penulis tergelak pula!

Selama pengalaman penulis sebagai seorang doktor selama 16 tahun, inilah yang pertama sekali penulis pernah lihat betapa 'tahap kecederaan mangsa' tersebut tidak logik dan tidak sama dengan kerosakan tisu-tisu badan seseorang itu!

Foto yang pertama sungguh mencurigakan kerana :-

1. 2 kesan hirisan di baju tidak memberikan sebarang kesan luka kepada badan si 'mangsa'.

2. Penulis tidak percaya dengan tompok-tompok darah di kedua-dua kesan koyak tersebut kerana tompok-tompok darah itu tidak memenuhi kedua-dua kesan koyak itu.

3. Logikkah tompok darah tanpa luka di badan si mangsa?

Sebagai seorang doktor, penulis membuat kesimpulan bahawa 2 kesan koyak dan 2 tompok darah di belakang si 'mangsa' itu tidak bersangkut paut atau mempunyai unsur-unsur pembohongan.

Jika merujuk kepada foto kedua, kita akan lihat 2 set luka dan pengaliran darah ke bawah muka kerana graviti.

1. Set luka yang pertama ialah kening kiri si 'mangsa' dan satu lagi ialah di frontal head beliau.

2. Yang menghairankan penulis ialah si 'mangsa' ini turut mempunyai 2 set darah yang berlainan warna darah!

3. Darah yang mengalir daripada kening kiri beliau berwarna merah gelap.

4. Manakala darah yang mengalir daripada frontal head beliau berwarna merah terang.

5. Tidak ada di dalam dunia ini seorang manusia mempunyai 2 set warna darah yang berlainan kecuali jika darah tersebut dari salur arteri atau pun salur vein!

6. Tetapi jika merujuk kepada foto tersebut, luka di frontal head tersebut tidak mungkin hanya melukakan salur arteri sahaja.

7. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pancaran cahaya dek flash kamera yang menyebabkan warna darah tersebut berlainan tetapi jika kita perhatikan dengan teliti, perbezaan warna darah bukan kerana cahaya flash kamera tetapi bergantung kepada set-set luka tersebut iaitu sama ada dari kening atau frontal head.

Penulis menyimpulkan bahawa foto no. 2 juga amat mencurigakan dan mungkin mempunyai unsur-unsur pembohongan.

Mungkin si 'mangsa' itu telah mendapatkan rawatan tetapi seperti kes seperti 'mangsa tetak' akan melibatkan kes polis, maka si 'mangsa' sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Kita tentu ingat kes liwat Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi tetapi dirujuk ke Hospital kerajaan kerana kes tersebut akan melibatkan kes polis.

Tetapi yang menambah kecurigaan penulis ialah si 'mangsa' tersebut tidak membuat laporan polis tetapi mensensasikan luka-luka beliau kepada media pro-PAS.

Penulis mensyorkan kepada si 'mangsa' supaya berani menampilkan diri agar 'luka-luka' beliau diteliti dan diberikan rawatan.

Apa pun, di sini penulis menawarkan diri untuk merawat luka-luka si 'mangsa' ! Lagi pun penulis sedang berada di Bagan Pinang sekarang sehingga 11 hb ini.

Dan jika si 'mangsa' berbohong dan cuba mencederakan diri sendiri agar tampak real, jangan takut kerana kita akan tahu usia luka tersebut!

Labels: Hospital Pusrawi, Parti Pas, PK Bagan Pinang

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-dr-novandri-tawar-diri-rawat.html)

2 comments:

pak tam said...

ni orang sudah kena bayar....

1. pelik kena tetak baju jer koyak , kulit x kena, biasanya bila menetak , kuasa fiziknya amat kuat , sudah tentu akan melukakan kulit dgn luka yg dalam, dan pulak koyakan baju tu lebih kurang sama saja ukuran nya...

tapi kalu tgk mcam hirisan gunting jer...

sama2 kita doa pelakon ni kalu dia bohong mudahan dia kena tetak betul betul, biar dia dok rasa kena tetak.....

melayujantan said...

Bila citer "TETAK" ni bunyinya amat mengerikan tetapi apa yg dilihat didalam photo tidak langsung menggambarkan ianya ditetak tapi lebih kapada "HIRISAN" .....Klu mamat ini diTETAK kesan KECEDERAAN mesti begitu KETARA seperti tangan terkulai ,isi perut terburai ,kepala sompek tapi gambar ayoyo...inilah dia PARTI PAS mensensasikan AYAT seperti perkataan kerajaan "ZALIM". Kalau nak diterjemahkan kerajaan ZALIM itu sendiri sudah tentu PAS sudah lama diKUBURKAN dan KETUA2 PAS ini dah lama dihukum mati, tetapi mereka ini bebas MEMAKI , MENGELENTONG , MERASUAH tanpa diambil apa2 tindakan.....ZALIM??????????