Wednesday, October 7, 2009

EKSKLUSIF: Krisis Dalaman Pas Terbongkar




Tuesday, October 6, 2009
EKSKLUSIF: Krisis Dalaman Pas Terbongkar
Masih ingat dengan Mohd Khairul Azam? Alah...Presiden GGMM yang pernah mengemparkan Malaysia dengan membuat permohonan masuk syurga...ops...masuk Pas tu. La ni dia bukan Presiden GGMM lagi dah. Tak tau la kenapa dia lotak jawatan. Mungkin sobab dio nak luangkan lebih banyak maso beramal ibadat supaya dapat jadi ahli syurga kot. Lagipun Pas kan dah reject permohonan dia untuk jadi ahli parti depa. Jadi kena la dia cari jalan lain untuk menuju ke syurga.

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Setiausaha Agong Pas, Mustapa Ali pernah menolak permohonan Mohd Khairul Azam untuk menjadi ahli syurga...isk...silap lagi...menjadi ahli Pas. Kalau tak ingat, klik la sini dan sinun. Namun pada 3 Oktober 2009 (malam Sabtu lepas), Khairul Azam telah berjumpa sendiri dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang ketika itu baru selesai berkempen di Ladang Siliau, Bagan Pinang; untuk mengadu dengan Presiden Pas itu mengenai permohonannya yang telah direject oleh Mustapa Ali sebelum ini.


Semasa pertemuan itu...jeng...jeng...jeng...(ikut macam filem seram P.Ramlee), Hadi Awang dilaporkan bersetuju menerima permohonan Mohd Khairul Azam untuk menjadi ahli Pas. Apo? Setuju? Biar botul? Ni yang den tak pueh hati ni. Sah-sah la si Azam ni nanti confirm masuk syurga. Habih den ni camno? Den pun nak gak masuk syurga Pas tu.

Tapi kan..den ado sikit musykil la. Sebolum ni Mustapa Ali reject borang si Azam ni untuk jadi ahli Pas. Tapi bila Azam berjumpa sendiri dengan Hadi Awang, permohonan dia diterima pulak oleh Presiden Pas tu.

Ish...ish...poning den. Setiausaha Agong reject permohonan, tapi Presiden pulak boleh terimo. Apo crito ni? Hadi dengan Mustapa ni dah tak sehaluan ko? Ke ado krisis yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum antara Presiden dengan Setiausaha Agong Pas? Mosti ado yang cubo disorokkan oleh puak-puak Pas. Kena bongkar copek krisis dalaman Pas nih. Presiden dan Setiausaha Agong Pas ibarat retak menanti belah...blah la dari Bagan Pinang. Jom blah.....

(sumber;http://paneh.blogspot.com/2009/10/eksklusif-krisis-dalaman-pas-terbongkar.html)

No comments: