Wednesday, September 28, 2011

Kuasa Facebook mengatur dunia


oleh imlan adabi

Facebook kuasa baru dunia
Pemimpin terpaksa dekati generasi X, Y, Z

DUNIA hampir pasti berterima kasih kepada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kerana membuka dimensi baru proses komunikasi sejagat.

Jika sebelumnya media cetak, elektronik, laman web, blog dan portal berita lebih terarah kepada komunikasi sehala, Facebook membenarkan hubungan banyak hala pada tempoh cepat tanpa sekatan.
Sesiapa saja boleh berhubung dan menyuarakan pendapat tanpa batasan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan ‘rakan maya’ secara santai. Ahli sukan, artis, sasterawan dan sesiapa saja bebas bersuara.


Ketika membangunkan Facebook, Zuckerberg yang dilahirkan pada 1984 di New York sekadar mengharapkan jaringan itu untuk rakan siswa di Universiti Harvard bagi berinteraksi di samping mengatur temu janji minum petang di kios ayam goreng tidak jauh dari kampusnya. Hubungan maya sesama rakan akhirnya merebak ke pusat pengajian lain -- Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. Akhirnya budaya Facebook merebak ke seluruh dunia dan meruntuhkan kekebalan ideologi di sebalik Tembok Besar China. Keadaan ini juga melonjakkan Beijing sebagai ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan mengatasi pesaing Asia Timur -- Jepun yang menghadapi kemelut ekonomi, politik, krisis budaya dan bencana alam.

Hari ini istilah dunia tanpa sempadan menjadi klise yang menakjubkan. Sesiapa saja boleh bercakap soal bola sepak, cuaca, temu janji, ideologi atau pergeseran politik. Belum pun rejim diktator tumbang di Tunisia, Mesir dan kini Libya, media baru sudah meledak di hati rakyat dengan pelbagai maklumat yang menakjubkan. Sebelum Disember lalu, Mohamed Bouazizi hanya anak jalanan yang tidak dipedulikan. Dia hanya mempunyai kenalan Facebook, bukan penguasa di istana agam.

Bagaimanapun, aksi bunuh diri bagai halilintar menyambar bangsa Arab yang kaya dengan krisis keamanan, kemanusiaan dan hak asasi. Sekali gus meletakkan nama anak muda yang tidak dipedulikan sebelumnya sebagai ikon demokrasi. Rakyat yang selama ini terperangkap antara sistem monarki pro-Barat dan diktator sosialis tentera, bangkit memberontak. Mereka bukan saja memaksa Zine al-Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia, juga meresahkan pemimpin lain di Asia Barat dan Utara Afrika.

Pengguna Facebook dikaitkan dengan generasi X, Y dan Z. Don Tapscott dalam bukunya 'Grown Up Digital' meneliti latar belakang generasi X,Y, Z yang mempunyai latar tersendiri. Generasi X lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z lahir selepas 1998. Mereka mempunyai citra tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

Bagaimanapun, mereka disatukan dengan suatu ledakan iaitu teknologi maklumat. Merekalah yang banyak mem punyai jaringan internet, kenalan Facebook dan twitter. Me reka jugalah yang kerap membawa laptop, ipad dan netbook serta bertukar pandangan dengan pelbagai pihak tanpa batasan. Mereka menguasai maya dan merayakan kebebasan media baru.

Mereka juga terdedah dengan pelbagai ideologi, tayangan filem, khidmat pesanan ringkas dan menghabiskan masa di kafe siber, kopitiam, berani menyanggah pandangan yang dianggap tidak sesuai. Mereka dianggap generasi internet, manakala generasi sebelumnya iaitu Generasi Baby-Boomer dan Pre Baby-Boomer dikaitkan media lama seperti percetakan dan penyiaran.

Bagi mana-mana ahli politik, menyelami hasrat dan keinginan generasi muda bakal melonjakkan saham siasah mereka. Najib menyedari hal ini dengan mendekati generasi muda ketika menghadiri konsert Suara Kami anjuran sebuah syarikat penyiaran. Berkemeja T, santai dan spontan, Perdana Menteri tekun mengikuti persembahan yang tentunya bukan lagu ala retro sesuai dengan zamannya.

Najib juga ketika hadir konti radio bercerita mengenai dirinya yang dikejutkan dari tidur pada setiap subuh oleh penggera iPhone yang dikunci dengan lagu Karma Chameleon nyanyian kumpulan Culture Club yang popular pada 1980-an.

Beliau yang baru mengenali perkataan ‘sempoi’ mengakui masa depan generasi muda terletak kepada kekuatan minda. Kesungguhan mendekati generasi X, Y, Z dan pengikut Facebook tentunya mempunyai tafsiran berbeza mengenai ideologi, tamadun dan hak asasi. Dunia tentunya sunyi jika Zuckerberg tidak mencipta sesuatu yang amat diperlukan ketika manusia semakin menjarakkan perhubungan dan ahli politik semakin bersemangat untuk bersengketa! - Berita Harian, 27 September 2011
Posted by imlan adabi at 5:45 PM

terimakasih (sumber;http://imlanadabi.blogspot.com/2011/09/facebook-kuasa-baru-dunia.html)

Monday, September 26, 2011

Buang al-Quran di bangsal lembu; (harian kosmo)


SEBAHAGIAN daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.

Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.

"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.

"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.

Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.

Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.

Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.

Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.

"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.

"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.

Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.

terimakasih(sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm)

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Cara Betul Lupus al-Quran Buruk, koyak dan Salah cetak

Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan. Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini.

Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Mesin insinerator yang dibina khas untuk membakar

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

Proses memasukkan ayat-ayat yang telah diracik ke dalam insinerator

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak."

“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Air abu ditanam ke dalam telaga khas menggunakan corong

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Sumber : Berita Harian
Boleh juga baca : Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib

terimakasih(sumber;http://permatainn.blogspot.com/2010/10/cara-betul-lupus-al-quran-buruk-koyak.html)

Saturday, September 24, 2011

Kenaikan Harga Sewa Lot Niaga Kompleks PKNS - Cara Halus Khalid Gagap Menghalau Peniaga Melayu Wrote by Cucu Tok Selampit


September 24, 2011

Kompleks PKNS adalah satu nama sinonim dengan peniaga Melayu. Walaupun bangunannya tidak secantik dan semewah pusat-pusat perniagaan lain seperti The Pavillion, Mid Valley, SACC dan KLCC, namun di sinilah ramai peniaga dan usahawan Melayu berniaga. Tidak dapat tidak di sinilah pusat perniagaan orang Melayu yang boleh dibanggakan seperti mana Pekan Rabu di Alor Setar.

Keputusan Kerajaan Pakatan Haram di bawah pentadiran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menaikkan kadar sewa pejabat dan lot kedai di situ bermula Januari 2012 ternyata menekan peniaga-peniaga Melayu di situ. Peniaga-peniaga di kompleks berkenaan telahpun menerima surat kenaikan sewaan berkenaan 12 September lepas. Tidak dapat tidak pengunjung pasti akan mengalami tempias yang sama apabila terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat kenaikan kadar sewa.

Inilah natijah yang bakal dihadapi akibat daripada kerakusan Kerajaan Pakatan Haram Selangor membuat urusniaga "penjualan" tiga aset milik PKNS iaitu Kompleks PKNS, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya kepada sebuah syarikat pelaburan, Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT).

Usaha Kerajaan Pakatan Haram Selangor "menjual" kompleks kepada syarikat pelaburan untuk proses pengubahsuaian kompleks berkenaan menjadi moden, mungkin atas sebab untuk pulangan yang lumayan sebelum mereka disingkirkan oleh Rakyat Selangor dalam PRU13. Namun, penulis melihat ini sebagai satu usaha halus dan agenda tersembunyi Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk meminta peniaga-peniaga Melayu untuk keluar secara sukarela sekiranya tidak mampu dan enggan menerima kenaikan kadar sewa yang baru.

Penulis merayu kepada Masyarakat Melayu di Selangor, insaflah. Inikah yang anda mahukan untuk anak cucu kita pada masa hadapan? Dihalau dan merempat di bumi sendiri. Menjual nama dan harga diri atas tiket politik? Berubahlah atau anda akan diubah!!!

terimakasih(sumber;http://khairulryezal.blogspot.com/2011/09/kenaikan-harga-sewa-lot-niaga-kompleks.html)

Tuesday, September 20, 2011

Undilah - Bahasa Melayu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Pelik orang hina Negaraku dapat perhatian



(harian metro)KUALA LUMPUR: “Saya pelik kenapa orang sebegitu mendapat perhatian sedangkan dia pernah menghina lagu negara kita,” kata Presiden Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor berhubung penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee.

Khir berkata, sebelum ini, Namewee mendapat perhatian sehingga boleh berjumpa dengan menteri berhubung masalah kesukarannya mendapatkan dana filem.


Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan industri seni tanah air pun sukar untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan, dia senang saja sedangkan apa yang dilakukannya sebelum ini bukan mudah dilupakan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, filem atau Namewee sendiri tidak perlu dilayan kerana ia boleh menggalakkan orang lain berfikiran perlu melakukan kontroversi yang boleh melukai hati rakyat terlebih dulu bagi mendapatkan perhatian.


Jangan sampai jadi perkara sebegitu. Bagi saya, dia memang suka membuat kontroversi demi kepentingan sendiri.


“Dia bukan orang industri seni tanah air sebaliknya bergerak sebagai individu yang pernah terkenal kerana menghina lagu kebangsaan, kini ada pula pihak yang memberi sokongan terhadapnya,”
katanya.

Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak sebelum ini membantah penayangan filem itu kerana pengarahnya, Namewee pernah menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia.


Susulan bantahan itu, akhbar melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Hishammuddin dilaporkan berkata, bantahan boleh dibuat kepada pihaknya memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dalam penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.


Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak berkata, filem Nasi Lemak 2.0 melalui proses biasa dan tidak diberi sebarang keistimewaan berbanding filem lain.


“Filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan melalui amalan biasa sesebuah filem sebelum ditayangkan di pawagam.


“Filem dengan kontroversi yang pernah dicetuskan dulu ialah dua perkara berbeza. Menjadi hak dia untuk membuat filem dan ia akan melalui proses biasa sebelum ditayangkan,” katanya.

terimakasih(sumber;http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelikoranghinaNegarakudapatperhatian/Article/index_html)

Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat ;538,000 warga emas sunyi


Oleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
2011/09/19

1.0 KUALA LUMPUR: Kira-kira 23 peratus atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘Empty Nest’ iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak-anak.

2,0 Perak mencatatkan jumlah kes sedemikian yang paling tinggi membabitkan 68,437 orang, diikuti Johor 68,087 dan Sarawak 62,804.


3.0 Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi-Gandhi, berkata peningkatan kes sindrom ‘Empty Nest’ perlu diberi perhatian kerana ia juga dikenal pasti punca kepada masalah mental dan tekanan yang kebiasaannya melanda warga emas wanita.

4.0 “Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.

5.0 “Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.

6.0 Dr Anjli berkata, penemuan itu adalah berdasarkan hasil Kajian Penduduk Keluarga Malaysia (KPKM) kali ke-4 oleh LPPKN serta dipadankan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Kajian itu membabitkan 18,875 rumah dengan menemubual 11,401 penghuni, termasuk 1,081 warga emas.

7.0 Bagi membendung sindrom ini, katanya, LPPKN menganjurkan pelbagai program nilai kekeluargaan di bawah Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan DKN yang diluluskan kerajaan Disember tahun lalu.

8.0 “Ia termasuk dengan menambah Pusat Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi dan Sokongan (AIRIS) sebagai tempat kaunseling, terapi dan sokongan psikososial kepada keluarga dan komuniti setempat di Bertam, Pulau Pinang, tahun ini,” katanya.

9.0 Pusat AIRIS pertama dibina di Selayang, Selangor dan Seremban 2, Negeri Sembilan bagi keluarga dan warga emas menghabiskan masa mereka dengan menyertai pelbagai program komuniti yang disediakan di situ.

10.0 “Melalui program itu, kita mengajar warga emas cara hidup yang aktif, amalkan pemikiran positif, memenuhi masa mereka dengan aktiviti kemasyarakatan, bercampur dengan jiran tetangga dan banyakkan beribadah.

11.0 “Kita juga memberi kaunseling kepada mereka bahawa kitaran hidup seperti ini di mana ibu bapa warga emas ditinggalkan sendiri kerana anak mempunyai kehidupan masing-masing adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan dan harus bersedia untuk menghadapinya,“ katanya.


12.0 Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.

13.0 “Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

14.0 Kajian itu juga mendapati kira-kira 55 peratus daripada warga emas terbabit menyatakan rasa tidak kisah jika ditempatkan ke Pusat Jagaan Orang Tua untuk mengisi masa lapang mereka.

(sumber;terimakasih(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/538_000wargaemassunyi/Article/index_html)

Sunday, September 18, 2011

Elak program 'syok sendiri'...

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersama pimpinan tertinggi komponen BN melafazkan ikrar deklarasi pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, mereka perlu memastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi,
" katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan pemimpin-pemimpin parti komponen.

Perdana Menteri mengingatkan pemimpin parti bahawa beliau mengetahui status kebenaran sesuatu laporan yang disediakan dan memberi amaran agar mereka tidak membuat laporan yang menipu diri sendiri atau pemimpin atasan.

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur," katanya.

Najib berkata, laporan terhadap program-program yang dilaksanakan itu bukan dibuat sekadar ingin menyedapkan hati sahaja seperti yang berlaku pada 2008.

"Kita rasa kita cukup kuat tetapi kalau laporan kita betul, kita tidak akan kalah di Selangor kerana jika ada laporan tepat kita boleh buat tindakan pemulihan. (Sebaliknya) Kita tidak buat (laporan tepat) kerana rasa tidak mungkin kalah, itu rangka pemikiran kita bahawa tiada siapa fikir kita akan kalah di Selangor," katanya.

Dalam pada itu di hadapan lebih 3,000 peserta konvensyen, beliau menyeru agar semangat permuafakatan antara kaum yang selama ini dilaksanakan dalam BN terus disemarakkan dengan semua pemimpin menghayati bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan semua kaum.

Justeru, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan BN agar membuka minda terhadap realiti politik semasa yang menuntut mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum dan kelompok masing-masing.

"Dalam konteks negeri Selangor tidak mungkin kalau kita ada pertimbangan kepada mentaliti silo iaitu menjaga (kepentingan) satu-satu kaum sahaja. Realiti politiknya adalah tidak mungkin kita boleh berjaya dan membentuk kerajaan kalau BN berdiri atas sokongan satu kaum sahaja," katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin BN yang tulen akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang susah tanpa mengira kaum dan warna kulit dengan terus 'menerpa' ke hadapan membantu sekiranya golongan itu layak diberi pertolongan.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm)
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````SUNDAY, SEPTEMBER 18, 2011
AIK? Tak sangka ahli UMNO pun TIPU DS Najib ke? HE!HE!HE!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semalam semasa berUCAP dalam KONVENSYEN BN Selangor, PM DS Najib mengINGATkan pemimpin parti bahawa dia mengeTAHUi status kebenaran sesuatu LAPORAN yang disediakan dan memberi AMARAN agar mereka tidak membuat LAPORAN yang menipu diri sendiri atau pemimpin ATASAN..->KLIK<-

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi,"

Kita FAHAM kenapa DS Najib mengatakan sedemikian.. Ini kerana DS Najib sendiri telah pernah mengalami pengalaman sedemikian dalam PRU-10 tahun 1999 dulu di mana DS Najib meMENANGi kerusi Parlimen Pekan dengan MAJORITI 200 lebih undi sahaja.. Antara punca keMENANGan tipis DS Najib pada masa tuh di kawasan Parlimen yang diWARISi turun-temurun daripada arwah Tun Abdul Razak kerana penyampaian MAKLUMAT yang tidak TEPAT oleh pemimpin BAWAHan UMNO yang SYOK sendiri.. Kita PERCAYA pengalaman ini sentiasa akan mengHANTUi DS Najib sampai bila-bila sebagai pemimpin..

Namun demikian, memang LUMRAH untuk mengatakan pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan suka sangat buat program SYOK sendiri seperti yang disebut.. Tujuan mereka buat program sedemikian bukanlah untuk PARTI sebaliknya untuk berKEMPEN terhadap diri-sendiri.. Selagi UMNO dilihat sebagai platform untuk mencari keMEWAHan, selagi itulah DS Najib akan menyaksikan program SYOK sendiri ini.. Bukan sahaja program Juara RAKYAT, apa kata DS Najib tengok program Jelajah One Malaysia (JOM) idea Pemuda UMNO tuh pulak? Program JOM tuh terang-terang menyaksikan 'BOSS' Pemuda UMNO menyertainya semata-mata kerana dia KEBULURkan PUBLISITI walaupun hanya mengetuk paku sebatang DUA! HE!HE!HE!

Selanjutnya DS Najib mengatakan,

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur",

Alahai DS Najib.. Kita nak TANYAlah, Presiden UMNO manakah yang tidak pernah diTIPU oleh ahli-ahli UMNO sendiri? Sehebat-hebat Tun Mahathir pun pernah diTIPU oleh beberapa pemimpin bawahannya? Kalau Tun Abdullah lagilah, memang segenap penjuru 3D pun asyik kena TIPU aje.. Jadik, secara LOGIKnya dapatkah DS Najib memastikan pemimpin bawahannya TIDAK menipu dirinya sebagai Presiden PARTI? Kenapa mereka SANGGUP menipu DS Najib? Ini kerana mereka mahu KREDIBILITI DS Najib sebagai Presiden PARTI menjadi LEMAH dan mudah mengikut keMAHUan mereka.. Apatah lagi jika selama ini mereka memperALATkan UMNO sebagai PLATFORM untuk mencari keMEWAHan.. Kalau tak TIPU, mana boleh HIDUP beb! HE!HE!HE!

Untuk meMUDAHkan cerita, DS Najib tengok sendirilah di kalangan Menteri KABINETnya sendiri.. Menteri manakah yang benar-benar JUJUR dan meMAKLUMkan kehendak sebenar RAKYAT kepadanya? Ada ke? Entah-entah SEPUPU sendiri yang dok jadik Menteri KDN pun 2X5 bab KELENTONG orang? Ye la.. RAKYAT mintak lain, dia bagitau benda lain? Tak ke menipu NAMAnya tuh? Lepas tu TENGOK pulak pemimpin dalam Majlis Tertinggi UMNO.. Berapa RAMAI muka yang JUJUR dan benar-benar menyampaikan OBJEKTIF perjuangan PARTI kepada RAKYAT? Atau lebih RAMAI muka yang cari FULUS mengGUNAkan nama PARTI? Atau pun RAMAI muka yang me'LANUN'kan parti dan kerajaan untuk keMEWAHan diri? HE!HE!HE!

Dan NAMA pun ahli POLITIK, kalau tak menipu tuh memang le tak cukup SYARAT.. Baik UMNO/BN atau pun PAS, PKR dan DAP, semuanya memang ada SPESIS macam nih.. Daripada DS Najib mengHARAPkan mereka tak menipu dia, lebih BAIK DS Najib cari JALAN untuk menyingkirkan mereka yang TELAH menipunya.. Jadik RAKYAT nampak la keJUJURan dan keIKHLASan DS Najib tuh sebagai PM dan Presiden UMNO.. Ini yang dok terang-terang menipu pun diSIMPAN jadik PEKASAM dalam PARTI, buat apa? Jadik kita HARAPlah DS Najib memBERSIHkan UMNO/BN dari SPESIS macam nih.. Sekurang-kurangnya RAKYAT nampakla UMNO/BN lebih BERSIH daripada PAS, PKR dan DAP yang mana kePIMPINan ATASan hinggalah BAWAH semuanya KOTOR lagi menJIJIKkan.. HE!HE!HE!

Wallahualam..
POSTED BY TUKANG DOK PEGHATI AT 2:14 PM
LABELS: LAWAK NUSANTARA

terimakasih(sumber;http://sensecredaccountability.blogspot.com/2011/09/aik-tak-sangka-ahli-umno-pun-tipu-ds.html)

peribahasa melayu: 'JANGAN SANGKA KAPAL BESI TIDAK MASUK LIMBUNGAN'


bermaksud: 'yang kuat pun ada masanya rosak'

'JANGAN SANGKA KAPAL BESI TIDAK MASUK LIMBUNGAN'

Friday, September 16, 2011

Peribahasa "Seperti Kera Mendapat Bunga"


"Seperti Kera Mendapat Bunga" satu perumamaan Melayu yang amat halus dan teliti bila diungkapkan. Pada dasarnya maksud perumpamaan ini ialah lebih kurang: sesuatu yang indah, baik dan berguna bila jatuh ke tangan orang yang tidak tahu menilai dan mengguankannya akan menjadi sia-sia malah akan merosakkannya.

Kerana Kera tidak tahu bahawa bunga itu harum baunya, maka menikmati keharuman tidak bererti apa-apa. kenapa bunga perlu diberi kepada kera yang tidak pandai menilai...Jangan salahkan kera. Salahkan bunga kenapa mendekati kera yang tidak tahu menikmati keharuman. Ditempat yang ada kera, Bunga-bunga yang indah dan menarik akan musnah oleh kera yg tidak menghargainya.

Biar bunga dekati kumbang, kerana bunga boleh menjadi madu.

Dalam kehidupan kita seharian, banyak perkara yang baik, indah dan berguna yang kita temui. Tetapi bila kita tidak tahu menghargai dan menilainya dengan baik maka ianya menjadi sia-sia dan tidak memebawa erti. dan manfaat. Malah terkadang ianya disalagunakan atau dirosakkan atau dipergunakan untuk merosakkan pihak lain.

Tuesday, September 13, 2011

Apa Istimewanya Namewee?


Tuesday, September 13, 2011

Menurut laporan akhbar China Press, Namewee kononnya mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri pada hari Sabtu (hari cuti) untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Motifnya untuk meminta bantuan agensi kerajaan untuk filemnya. Namun kesahihan laporan China Press boleh dipertikaikan dan motif Namewee pun nampaknya bermotifkan keuntungan peribadi.

Namewee masih lagi belum memohon maaf kerana menghina kesucian ibadah puasa dan memaki hamun guru besar pada tahun lepas (baca sini). Bukan itu sahaja, pages menghina orang Melayu masih lagi belum ditutup oleh Namewee di Facebook (baca sini). Pada 17 Mac 2010, Namewee pernah memohon dana kerajaan untuk buat filem (baca sini). Perlu diingat, Namewee masih lagi memohon maaf secara terbuka atas apa yang telah beliau lakukan.

Mengapa perlu diberi muka dan layanan istimewa kepada orang yang menghina azan Subuh, menghina orang Islam berpuasa, beraksi dengan isyarat lucah dan memaki hamun orang Melayu? Namewee hanya mahukan duit, duit dan duit. Kalau beginilah caranya layanan yang diberikan, apakah produser filem lain tidak menghadapi masalah untuk buat filem? Apakah layanan sebegini diberikan pada pejuang pejuang lain yang selama ini pertahankan negara? Adilkah seorang seperti Namewee diberi keistimewaan begitu? Ianya amat menyakitkan hati kalau dilayan seperti itu. Harap Perdana Menteri faham luahan ini.

Posted by Azrinizam Ibrahim at 2:45 PM 0 comments

terimakasih(sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/2011/09/apa-istimewanya-namewee.html)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Namewee akan jumpa PM minggu ini-malaysiakini
Sep 12, 11 1:01pm

Selepas setahun menunggu, akhirnya, penyanyi lagu rap dan juga pembikin filem Wee Meng Chee - atau lebih dikenali sebagai Namewee - akan bertemu Perdana Menteri minggu ini bagi meluahkan halangan yang dihadapi dalam menghasilkan filem pertamanya 'Nasi Lemak 2.0'.


Menurut laporan akhbar China Press hari ini, Namewee mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu bagi mengesahkan pertemuan berkenaan, bagaimanapun tarikhnya masih belum ditetapkan.

Namewee dipetik berkata beliau akan bercakap mengenai cabaran, masalah dan pengalaman yang diharunginya bagi memohon geran kerajaan bagi menghasilkan filem.

"Saya mahu beritahu beliau bahawa saya telah melalui banyak kesilapan yang tidak sepatutnya... saya harap beliau akan menyokong filem ini dan juga filem terbitan tempatan yang lain," katanya.

Teruja dengan pertemuan yang bakal diadakan itu, Namewee berkata dia berharap perdana menteri akan menyediakan lebih banyak peluang dan bantuan bagi pembuat filem tempatan supaya dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada khalayak lebih luas.

Akhbar harian Cina, Sin Chew pula melaporkan, Namewee akan berkongsi pandangan beliau mengenai 1Malaysia dengan Najib.

"Kami akan jelaskan mesej 1Malaysia yang cuba disampaikan dalam filem ini dan berharap kerajaan dapat melihat konsep 1Malaysia secara serius dengan memberi layanan yang adil kepada setiap rakyat Malaysia dan menyokong pembuat filem daripada pelbagai bangsa yang berbeza."

Namewee sejak bertahun lalu telah memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Filem Negara dan Dana Kumpulan Wang Industri Kreatif.

Meskipun, Menteri di Perdana Menteri Jabatan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz telah bersetuju membantu permohonannya, namun ia akhirnya ditolak oleh Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim.

Alasan beliau adalah bahawa Namewee terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai Malaysia.

Dia kemudiannya mengeluarkan dua klip video pendek bertajuk 'Saya mahu bertemu PM', yang dimuat naik ke Youtube dan ditonton oleh ratusan ribu penonton. Dalam video berkenaan, Namewee menceritakan prosesnya mendapatkan bantuan kerajaan.

Ini kemudiannya disusuli dengan sepucuk surat kepada Najib, meminta satu pertemuan diadakan.

[Baca berita penuh]

terimakasih(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/175529)

Sunday, September 11, 2011

Fahamilah, ghairah lelaki tak pernah padam

(gambar hiasan)
oleh kucing jantan-si belang

Lelaki berumur apabila tingkah lakunya suka mengatal akan dikata tua-tua keladi, simpulan bahasa yang maksudnya orang tua berperangai buruk macam orang muda.

Ayat contoh yang selalu digunakan untuk menjelaskan maksud pepatah lama ini ialah 'Dia tua-tua keladi walaupun sudah tua tetapi masih suka mengganggu perempuan'.

Sebab itu, apabila seseorang itu dikaitkan dengan keladi, yang getahnya akan menyebabkan gatal di kulit merujuk kepada tingkah laku lelaki berumur yang masih suka mengurat perempuan.

Sama juga dengan simpulan bahasa tua-tua terung masam yang maksudnya orang berumur tetapi berperangai muda. Contohnya, walaupun sudah beruban tetapi masih suka ke kelab dangdut, tua-tua terung masamlah tu.

Begitulah kreatifnya orang dahulu menyamakan tingkah laku lelaki dengan sifat-sifat tanaman yang ada di sekeliling mereka. Hanya ada satu tua yang dianggap positif iaitu tua-tua kelapa yang maksudnya semakin tua semakin baik perangainya.

Tetapi sebenarnya dari aspek ghairah seorang lelaki, ia memang tak pernah padam - dari remaja sehingga usia tua. Samalah macam adat keladi yang terus gatal, ghairah seorang lelaki juga tak pernah padam berapa pun umurnya.

Inilah yang perlu difahami oleh wanita terutama kepada mereka yang suka menyalahguna pepatah lama tua-tua keladi mahupun tua-tua terung masam ini.

Kenapa ghairah lelaki tak pernah padam? Dalam satu kajian terbaru mendapati, perempuan akan mengalami penurunan tahap hormon estrogen selari dengan pertambahan usia. Sebaliknya, kadar hormon testosteron lelaki tidak mengalami penurunan walaupun usia semakin menua.

pembentukan otot

(Testosteron ialah hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara. Estrogen pula adalah sekelompok senyawa steroid yang berfungsi terutama sebagai hormon seks wanita. Walaupun terdapat dalam tubuh lelaki tetapi kandungannya jauh lebih tinggi dalam tubuh wanita usia subur).

Walaupun tahap testosteron tidak mengalami penurunan ketika lelaki bertambah umurnya tetapi ada syaratnya. Lelaki itu mesti berada dalam keadaan sihat walafiat tanpa memgambil sebarang ubat-ubatan.

Maksudnya, kesihatan adalah syarat utama untuk lelaki mengekalkan keghairahannya. Jika kesihatan terganggu, misalnya gejala sakit jantung, hormon seks lelaki ini juga akan menurun.

Begitu juga dengan obesiti boleh menyebabkan penurunan kadar testosteron lelaki. Dalam kata lain, ghairah seks lelaki tak akan menurun kerana usia tetapi ia berlaku akibat gejala penyakit.

Jadi kepada lelaki, yang mahu kekal ghairah perlulah bijak menjaga kesihatannya. Dan, kepada wanita pula seharusnya memahami keperluan dan kehendak lelaki berumur yang sihat ini.

Umur sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk menikmati aktiviti seks yang nyaman dan memuaskan. Semakin bertambah usia, kehidupan seks seseorang sepatutnya bertambah baik dan menyenangkan.

Cubalah ambil sudut positif pepatah tua-tua keladi dan tua-tua terung masam ini. Yakinilah, lelaki yang sentiasa berfikiran muda akan sentiasa berusaha menjaga kesihatannya. Siapakah yang untung jika lelaki sentiasa dalam keadaan sihat walaupun umurnya semakin lanjut?

Malangnya ini yang sering diabaikan oleh kebanyakan wanita. Mereka masih terperangkap dengan mitos semakin berusia semakin mengurangi aktiviti seks. Akhirnya lelaki juga yang disalahkan dan dipandang negatif sebagai tua-tua keladi dan tua-tua terung masam kerana realitinya ghairah lelaki tak pernah menurun.

Jangan rugikan masa tua anda. Mengabaikan seks sama maksudnya mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti malas bersenam, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan menjalin hubungan terlarang. Jadi, fahamilah wahai kaum wanita.

Terimakasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm)

10 teori konspirasi


MEGAH... menara baru Freedom Tower dalam proses pembinaan di bekas tapak WTC.
sebelum selepas

HARI INI, dunia memperingati ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001. Ia membabitkan empat serangan serentak terhadap sasaran di New York dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Anggota al-Qaeda didakwa merampas empat pesawat dan menggunakan dua daripadanya untuk merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Kedua-dua menara itu musnah sama sekali dalam masa dua jam.


IMBAS KEMBALI... suasana ketika dan selepas serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York.

Pesawat ketiga digunakan untuk merempuh Pentagon di Arlington, Virginia. Apabila penumpang cuba menguasai pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, ia terhempas di kawasan lapang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, menghalangnya daripada sampai ke sasaran di Washington,DC. Hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan itu.

Al-Qaeda serta-merta menjadi suspek. Ketuanya, Osama Laden, yang mulanya menafikan terbabit, kemudian mendakwa bertanggungjawab. Alasan serangan itu ialah tentangan mereka kepada sokongan AS terhadap Israel, kehadiran tentera AS di Arab Saudi dan sekatan terhadap Iraq. Mei lalu, komando tentera AS mendakwa menembak mati Osama di Pakistan selepas bertahun-tahun memburu dan cuba membunuhnya. Mayatnya dicampakkan ke laut.

Namun selepas 10 tahun, masih ramai percaya kejadian itu adalah konspirasi membabitkan ejen Israel dan kerajaan AS.

Dalam kajian pendapat di 17 negara mengenai kejadian itu, sejumlah responden percaya AS menjadi dalang utama di sebalik serangan itu.

Tujuh peratus responden menyalahkan Israel, manakala angka sama turut percaya individu lain selain daripada Osama dan al-Qaeda menjadi dalang di sebalik serangan itu.

Berikut ialah 10 teori konspirasi yang dirumuskan mereka.


1. MEREKA TAHU LEBIH DULU

Sejurus selepas serangan itu, Presiden George W Bush berkata: “Tidak ada siapa dalam kerajaan AS dan kerajaan sebelum ini pernah terfikir untuk merempuh pesawat pada bangunan.”

Hanya beberapa minggu sebelum itu, ketika Bush dan pemimpin dunia lain berbincang pada persidangan tahunan G8 di Genoa, Itali, perancang keselamatan melakukan persediaan untuk menghadapi serangan seumpama itu.

Peluru berpandu anti-pesawat ditempatkan berhampiran Genoa kerana Itali menerima ancaman bahawa pesawat akan digunakan sebagai senjata bagi membunuh pemimpin G8.

Markas Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (Norad) menjalani latihan bagi menghadapi seumpama itu.


2. LETUPAN YANG TERKAWAL

Ahli teori konspirasi, termasuk ahli fizik dan jurutera perisian, percaya bangunan berkembar WTC runtuh akibat letupan yang terkawal, bukan angkara dirempuh pesawat. Pendapat itu diluahkan berikutan fakta bahawa dua menara itu runtuh secara teratur hingga ke dasarnya, berbanding hanya bahagian atas menara yang musnah.

Kumpulan ahli teori itu percaya sejumlah besar bahan letupan disembunyikan dalam kedua-dua menara itu dan cerucuk keluli yang menyokong bangunan itu dipotong terlebih dulu, membolehkan bangunan berkenaan runtuh pada tapaknya. Dan berikutan langkah keselamatan ketat di tapak bangunan itu selepas ia runtuh, bahan bukti kemudian dapat dialihkan dan dihantar untuk dikitar semula.


3. ORANG DALAM BURSA SAHAM MERANCANGNYA

Sebelum insiden serangan 11 September, berlaku beberapa siri perdagangan saham yang luar biasa di kalangan syarikat yang menerima kesan negatif dan positif akibat serangan itu. United Airlines dan American Airlines, yang kedua-duanya hilang pesawat dalam serangan, dijual begitu banyak sebelum serangan. Tiada syarikat penerbangan AS lain dilihat mengalami kegiatan saham seperti dua syarikat berkenaan.

Saham syarikat pertahanan yang mendapat faedah berikutan tindak balas agresif ketenteraan turut memperoleh banyak belian pada minggu sebelum serangan. Morgan Stanley yang beribu pejabat di WTC adalah syarikat yang banyak membuat jualan saham. Begitu juga dengan syarikat insurans.

Malah, Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS melancarkan siasatan terhadap kegiatan Wall Street sebelum serangan berlaku.


4. MENAHAN KEMARAAN PESAWAT


Norad mempunyai sistem maklumat canggih mengenai rampasan pesawat itu tetapi mengarahkan juruterbang mereka supaya tidak bertindak atau sengaja melengahkan tindakan supaya tidak dapat menghalang pesawat yang dirampas itu daripada tiba ke sasaran mereka.

Sudah pasti Norad yang bertanggungjawab ke atas pertahanan udara mampu mengesan pesawat penumpang yang besar dan berat.

Bukankah mereka mempunyai sistem radar paling canggih? Jadi, mengapa mereka tidak bertindak sewajarnya dan menghalang tragedi itu daripada berlaku? Dan mengapa dua jet diarah keluar dari ruang angkasa tentera di ruang udara Long Island ketika Bandar Raya New York diserang?


5. ‘PESAWAT’ PENTAGON

Ahli teori konspirasi berkata, Pentagon tidak diserang pesawat penerbangan American Airlines 77. Bangunan pertahanan paling selamat di dunia itu mempunyai sejumlah besar kamera yang mengawasi keadaan sekitarnya. Namun, tiada satu pun daripada kamera berkenaan dapat menangkap imej pesawat itu. Malah, ia mungkin peluru berpandu yang dilepaskan penyangak kerajaan AS.

Dan lubang akibat serangan pesawat itu hanya seluas 20 meter, sedangkan panjang sayap Boeing 757 adalah 40 meter dari hujung ke hujung. Lubang yang berlaku di Pentagon juga terlalu kemas dan bangunan itu hanya rosak sedikit, seolah-olah ia bukan kesan serangan pesawat yang dipandu laju. Ia adalah hasil tembakan peluru berpandu.


6. KOTAK HITAM

Semua pesawat yang digunakan dalam serangan itu membawa dua kotak hitam. Laporan rasmi insiden serangan 11 September berkata, tiada satu pun daripada empat kotak hitam dua pesawat yang merempuh menara berkembar WTC dapat diselamatkan kerana musnah terbakar. Namun, dua lelaki yang bekerja di kawasan kejadian berkata, mereka membantu ejen persekutuan menyelamatkan tiga daripada empat kotak hitam itu.

Kotak hitam dalam pesawat yang menyerang Pentagon dikatakan musnah teruk dan maklumat mustahil diperoleh. Hanya kotak hitam pesawat penerbangan United 93, di mana penumpang dan kru kabin dikatakan melawan perampas pesawat hingga menyebabkan ia terhempas di ladang jagung di kawasan luar bandar Pennsylvania, ditemui.

Namun, ia mengambil masa tujuh bulan sebelum keluarga dapat mendengar pita rakaman dan lima tahun enam bulan sebelum ia dikemukakan dalam perbicaraan orang yang digelar perampas ke-20.


7. MENYALAHKAN CIA DAN MOSSAD

Seorang bekas Presiden Itali merangsang lagi teori konspirasi apabila berkata, semua anggota parti pembangkang Itali tahu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ejen perisikan Israel, Mossad adalah dalang serangan itu dan menjadikan militan Islam sebagai kambing hitam.

Ia membolehkan AS memberi sokongan penuh dan berterusan kepada Israel. Sementara itu, bekas ketua agensi Perisikan Pakistan (ISI) mendakwa, pihaknya mempunyai maklumat mengenai serangan itu dan tahu CIA bekerjasama dalam Israel untuk melancarkan serangan.

Dan serangan itu adalah peluang paling sempurna untuk Zionis menguasai hal-ehwal dunia sebagai membalas dendam.


8. BUKAN ANGKARA PESAWAT

Pesawat Boeing yang digunakan dalam serangan itu sebahagian besarnya diperbuat daripada aluminium dan secara fizikalnya, mustahil ia boleh menyebabkan kemusnahan sebagaimana berlaku di WTC dan Pentagon. Menurut video ahli teori terbabit yang tersebar di Internet, serangan itu dilakukan menggunakan peluru berpandu dengan kesan hologram.

Teori mereka disokong analisis secara berperingkat serangan ke atas menara berkembar WTC. Paparan video itu menunjukkan objek berbentuk cerut dan bukan pesawat. Tambahan pula, bahang disebabkan oleh minyak pesawat tidak mungkin cukup panas untuk mencairkan cerucuk keluli yang menyokong bangunan menara berkembar itu.


9. ISU TENAGA MINYAK YANG BERAKHIR DENGAN BAIK


Harga minyak berikutan peristiwa serangan 11 September menunjukkan penurunan disebabkan pengeluaran secara berlebihan dan penemuan telaga minyak baru. Namun, isu serangan dramatik di AS dan menyalahkan militan Islam atas apa yang berlaku memberi kesan jangka panjang terhadap harga minyak.

Dengan pergolakan yang berlaku di Asia Barat, tindakan ketenteraan AS akan melindungi hasrat strategik mereka untuk menguasai minyak di negara berkenaan. Lagi pun, siapa selain AS mampu merancang serangan seumpama itu.


10. TERSELAMAT DARIPADA TRAGEDI

Ahli teori hairan dengan kisah seorang anggota bomba yang terselamat selepas jatuh dari tingkat 82 runtuhan menara utara dengan memegang sisa runtuhan ketika ia jatuh di besi pasak bangunan itu. Satu lagi kisah menceritakan seorang kakitangan syarikat kewangan yang gemarkan sukan luncur, meluncur di atas sisa runtuhan dengan selamat apabila bangunan itu runtuh.

(sumber;http://www.hmetro.com.my/articles/2011091101285220110911012852/Article/artikelMA)

perjalanan saya (mohd ali rustam) 09.09.2011





alhamdulillah suasana ceria di awal pagi, berjumpa dan beramah ~mesra dengan rakyat yang datang ke seri bendahara (rumah rakyat 1Malaysia) sebelum bertolak ke majlis rasmi, rakyat didahulukan... tk salam 1Malaysia dar
By: Mohd Ali Rustam

terima kasih(sumber;https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150289114935636.348235.137315260635)

Saturday, September 10, 2011

Ini caranya nak jumpa MB Perak tanpa appointment



JUMAAT, 09 SEPTEMBER 2011 05:32 ADMINISTRATOR agendadaily

Kerana beban tugas dan segala macam urusan harian kita harus menerima hakikat bukanlah sesuatu yang mudah semudah membuat apoinment bagi menemui Menteri Besar apatah lagi Perdana Menteri.

Tanyalah sesiapa saja yang arif, jawapannya tidak jauh dari perkataan payah.

Menteri Besar boleh ditemui jika ia hadir didalam majlis tertentu seperti majlis berbuka puasa, majlis hari raya serta majlis turun padang (atau walkabout) yang menjadi salah satu aktiviti kegemarannya.

Namun menemui Menteri Besar sekadar untuk bersalaman dan bertanyakan khabar ataupun sekadar mahu bergambar denganya tentu jauh dari matlamat orang ramai yang memerlukan khidmatnya.

Cerita seorang kawan boleh dijadikan iktibar. Dia tinggal di Kuala Lumpur dan sudah mengenali Menteri Besar Perak hampir 20 tahun iaitu sejak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir belum bergelar YB lagi. Berbagai usaha dibuat untuk membolehkan appoinment diatur namun dipendekkan cerita, semuanya mengeciwakan.

Kepada kawan ini, seorang kawannya yang tinggal di Ipoh mencadangkan dia datang ke bandaraya ini pada hari Selasa pertama setiap bulan.

Mengikut kata kawan berkenaan, program Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar yang diadakan membolehkan sesiapa saja menemui Menteri Besar mengenai apa saja.

Namun pesan kawan itu lagi “kau boleh bertemu MB tapi sama ada hajat tercapai itu soal lain.”

Dipendekkan cerita, kawan tadi berpeluang menemui Dr.Zambry dan telahpun memanjangkan permohonan untuk tindakan Menteri Besar. Permohonannya kini berada di atas meja pegawai yang bertanggungjawab. Kawan itu pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan yang tidak mungkin dilupakan buat selama-lamanya.

Bagi mereka yang menemui Menteri Besar pada hari itu, mereka tidak dihalang oleh proses birokrasi cuma yang diperlukan disini ialah terlebih dahulu mengambil nombor serta mengisi borang yang disediakan.



Program Hari Bertemu Pelanggan diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Kerajaan Negeri yang juga menempatkan pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bergantung kepada keadaan, kadangkala seseorang itu boleh menemui MB mengikut nombor giliran yang dibekalkan disebelah pagi, ada ketika disebelah petang. Pendek kata kebanyakan dari pelanggan yang datang dari segenap ceruk berpeluang membawa masalah untuk pengetahuan langsung Dr.Zambry.

Bagi wartawan yang assignmentnya menemui pelanggan yang berpeluang menemui Menteri Besar, banyak cerita dapat dikorek. Lucu dan menyakit hati serta banyak perkara berhubung ketidakpuasan hati mereka disampaikan untuk tindakan Menteri Besar.

Program Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar Perak bukan program menjelang pilihanraya umum ke13 malah ia telah lama dan menjadi salah satu “event” yang sangat dekat dengan hatinya.

Kadangkala program itu dibanjiri begitu ramai pelanggan manakala ada juga ketika nya pelanggan dilihat agak kurang. Bagi program Selasa lalu, lebih 100 hadir dengan pelbagai aduan.

Sudah menjadi lumrah buat Menteri Besar melayan semua pelanggan tanpa mengira bangsa atau status hidup kerana beliau percaya mereka yang datang mempunyai hajat besar yang memerlukan tindakannya.

Seperkara yang ketara Dr.Zambry menyambut pelanggan dengan tidak dibayangi “tension” sebaliknya diwajahnya berputik sekuntum senyuman sesuai dengan jolokan yang diberi wartawan, “the smilling MB.”

Sebaik bertanyakan khabar, Menteri Besar mula memasang telinga mendengar masalah mereka dan bagi masalah yang memerlukan perhatian pegawai tertentu, masalah itu diserahkan kepada pegawai berkenaan memantau dan bertindak.

Berikutan dengan “cuti panjang” kerana bulan Ramadhan, program ini kembali menemukan Menteri Besar dengan pelanggan malah bagi Dr.Zambry mendapati dihujani dengan masalah harian penduduk seperti pemilikkan tanah, bantuan kebajikan, dana pendidikan, memohon surat sokongan dan penukaran status kediaman.

“Boleh dikatakan bilangan yang hadir hari ini tinggi berkemungkinan besar kerana kita tidak mengadakan program ini selama tiga minggu berikutan jadual di bulan Ramadhan yang padat. Oleh itu, walaupun tidak sampai seminggu menyamput Syawal, mereka tetap mahu datang dengan satu harapan iaitu masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

“Saya dan jentera pentadbiran akan berusaha untuk menjadi perantara dan cuba menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan sebaik mungkin. Apa yang pasti sesetengah masalah dapat diselesaikan dengan sepantas kilat dan sesetengahnya akan mengambil masa yang agak lama,” katanya.

Turut hadir di program tersebut mewakili jabatan masing-masing ialah Pengarah JKR Negeri, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan), Datuk Haji Md. Damiri Md. Sairi, Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Haji Zainal Omar dan lain-lain lagi.

Sementara itu wartawan portal berita Perak News menemui beberapa orang pelanggan bagi mendapatkan reaksi. Berikut adalah beberapa reaksi dari pelanggan yang berjaya diwawancara.

Pasangan suami isteri, Tun Yoke Wah, 57 dan Lee Weai Foong, 57 memberitahu tujuan mereka datang adalah untuk memohon pertukaran status kediamannya yang terletak di Pasir Pinji kepada status perniagaan.

“Kami ingin menjalankan perniagaan besi logam untuk kegunaan rumah. Permohonan telah dibuat dua kali iaitu pada tahun 1994 dan 2009 tetapi kedua-duanya juga telah ditolak atas alasan yang tersendiri. Jiran tetangga tidak ada masalah untuk kami menjalankan perniagaan tersebut. Jadi, hari ini kami ingin memohon agar Menteri Besar dapat membantu kami mendapatkan kelulusan tersebut. Beliau berjanji untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya.

Asmah Mohd Moklas, Seri Manjung, 48 berkata beliau berasa begitu sebak ketika menceritakan permasalah yang dialaminya kepada Dr. Zambry.

“Saya tidak tidur semalaman kerana ingin berjumpa Dr. Zambry hari ini. Rasa nak menangis tetapi saya tahan sebak dada ini. Tak sangka beliau terus meminta Setiausaha Politiknya menghubungi pihak RHB Bank untuk mempercepatkan proses pengeluaran cek pinjaman saya yang telah diluluskan uintuk membeli rumah.

Hati saya berasa lega kerana dapat mengeluarkan beban yang saya tanggung ini. Saya hampir buntu dan berfikir-fikir untuk meminjam daripada Ah Long. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum saya dihalau keluar daripada rumah sewa saya pada 15 September ini,” terangnya.

Berlainan pula dengan masalah yang dialami oleh Meor Bahanudin Sulaiman Sah Osman, Ipoh, 65, yang pertama kali hadir ke Program Bertemu Pelanggan dan ternyata usahanya tidak sia-sia.

“MB berjanji akan melihat dan mendapatkan maklumat tanah ibu saya yang berada di Pulau Cheri 2, Mukim Temelong ini daripada pihak Felcra. Ini kerana tanah tersebut telah dimajukan oleh pihak Felcra dan saya pula ingin menuntut balik pampasan yang telah disimpan di Amanah Raya oleh Felcra’katanya.-9/9/2011- OLEH YUSOF HARUN

terima kasih(sumber;http://www.agendadaily.com/Dalam-Negeri/ini-caranya-nak-jumpa-mb-perak-tanpa-appointment.html)

Friday, September 9, 2011

Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai


Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

"Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

-- BERNAMA

terimakasih(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=612282)

Monday, September 5, 2011

peribahasa melayu: "IBARAT PERAHU KARAM SEBELAH'


peribahasa melayu:

"IBARAT PERAHU KARAM SEBELAH'
bermaksud 'dalam keadaan bahaya'



Friday, September 2, 2011

pantun kiasan


Rumpun kantan di pinggir tebat,
Tumbuh di sawah sulur keladi.
Betik jantan berbunga lebat,
Bila berbuah tidak menjadi

Anak itek di tepi sawah,
Air penuh dik hujan lebat,
Betik jantan tidak berbuah,
Bunga boleh dibuat ubat.

terima kasih (sumber;Datin Asima Abdul Latiff)