Wednesday, June 30, 2010

Syarat ketat anugerah Datuk Johor

Syarat ketat anugerah Datuk Johor

Oleh DATUK ABDUL RAHIM RAMLI


SULTAN ABU BAKAR IBNI DAING IBRAHIM

MAHARAJA Abu Bakar membawa balik beberapa inovasi dari pengalaman baginda melawat England dan Eropah untuk menjadikan Johor sebagai negeri moden dan bertamadun. Baginda merupakan Raja Melayu yang pertama membuat lawatan ke England dalam tahun 1866 dan seterusnya sebanyak enam kali melawat England dan Eropah.

Baginda berhasrat Johor kekal sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat dan mendahului negeri-negeri lain. Dengan termetrinya Perjanjian Setia yang ditandatangani baginda dengan kerajaan Ratu Victoria pada 11 Disember 1885 bukan sahaja Inggeris mengiktiraf Johor sebagai negeri merdeka bahkan lebih daripada itu mengiktiraf Abu Bakar dan waris-waris gantinya sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor dan Segala Jajahan Takluknya. Pengiktirafan ini menambah lagi kedaulatan Abu Bakar dan menyingkir anggapan baginda hanya seorang bangsawan tetapi tidak berdarah raja.

Persetiaan ini merupakan satu kemenangan moral bagi Abu Bakar terhadap Inggeris yang sentiasa merancang untuk meletakkan Johor di bawah pentadbiran dan takluknya sebagaimana yang telah dilakukan ke atas negeri-negeri lain.

Sultan Abu Bakar berjaya bertahan dan mematahkan perancangan Inggeris yang bertubi-tubi selama 30 tahun.

Selepas Abu Bakar memindahkan pusat pentadbiran dari Telok Belanga ke Iskandar Puteri (sekarang Johor Bahru) dalam tahun 1858, baginda menubuhkan sistem pentadbiran moden yang menjadi asas pengurusan sekarang.

Baginda menubuhkan sebuah Jemaah Menteri mengandungi 12 orang pengikut-pengikut baginda yang taat setia, dan sebuah Dewan Negeri dengan tambahan 12 orang lagi termasuk dua orang wakil masyarakat Cina untuk bersama-sama mengurus dan mentadbir Johor.

Di samping itu baginda menubuhkan beberapa jabatan kerajaan seperti polis, kastam, mahkamah, perbendaharaan, kesihatan, agama, pelajaran, jabatan ukur dan kemajuan tanah dan lain-lain.

Sistem pengurusan ini berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga Gabenor Inggeris melaporkan kepada Colonial Office tidak ada keperluan dan tidak munasabah Inggeris campur tangan dalam pentadbiran Johor.

Pada asalnya Ahli Jemaah Menteri memegang jawatan-jawatan yang mempunyai ascribed title atau gelaran seperti Dato' Menteri bagi Menteri Besar, Dato' Bentara Dalam bagi Menteri Hal Ehwal Dalam dan Pelajaran, Dato' Bentara Luar bagi Menteri Pembangunan dan Tanah, Dato' Sri Amar DiRaja bagi Menteri Hal Ehwal Luar dan Setiausaha Kerajaan, Dato' Setia bagi Pesuruhjaya Polis, Dato' Penggawa Barat bagi Pentadbir Wilayah Barat, dan Dato' Penggawa Timor bagi Pentadbir Wilayah Timor.

Gelaran Dato' adalah dipadankan daripada gelaran hulubalang Empayar Johor dalam kurun ke-15 lagi. Abu Bakar meneruskan gelaran ini melalui peraturan perundangan dan fisikal.

Tidak seperti Raja-raja lain, Sultan Abu Bakar tidak menunggu Inggeris menakluk negerinya dan menghadiahkan darjah dan bintang sebagai balasan. Malah baginda membawa "peperangan" dengan Inggeris ke gelanggang mereka sendiri iaitu England. Dengan itu terzahirlah Perjanjian Setia yang memberi perlindungan daripada ancaman Inggeris.

Baginda berhasrat menghargai pengikut dan pegawai baginda yang taat setia bersama-sama membangunkan Johor dari hutan belantara ke sebuah negeri yang maju dan bertamadun.

Baginda mencipta Darjah Kerabat Johor Yang Amat DiHormati (DK) dan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (SPMJ dan DPMJ). Darjah-darjah kebesaran ini dizahirkan serentak pada 31 Julai 1886 dan merupakan Darjah pertama di antara Negeri-negeri Tanah Melayu.

Di antara penerima-penerima DK ialah adik-beradik Abu Bakar. Antara penerima utama gelaran Dato' adalah Menteri Besar Dato' Jaafar bin Mohammad, Dato' Bentara Dalam Mohammad Ibrahim Abdullah Munshi, Dato' Bentara Luar Mohammad Salleh Bin Perang, dan Pesuruhjaya Polis Dato' Setia Abdullah Tahir .

Penerima SPMJ pertama bergelar Dato' bagi ketua masyarakat Cina ialah Tan Hiok Nee seorang ahli Dewan Negeri dan ketua persatuan Ngee Heng Kongsi.

Kriteria pemilihan Dato' yang digunakan oleh Abu Bakar iaitu taat setia, perkhidmatan cemerlang, kepimpinan dan keikhlasan terus diamal dan dipraktikan oleh Sultan-Sultan Johor selepas baginda. Abu Bakar memaktubkannya ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 bagi mempertinggikan martabat Darjah itu, dan memberi kuasa mutlak kepada Raja terhadap pengurniaannya.

Almarhum Sultan Ibrahim dalam tahun 1925 mencipta Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah memperkuatkan kuasa Raja dalam hal-hal Darjah. Pada masa sekarang jika terdapat kesangsian nama calon dirujuk kepada pihak berkuasa seperti polis, mahkamah dan agensi pencegah rasuah untuk siasatan dan pengesahan.

Mulai 1886 juga seorang Dato' diberi gelaran "Yang Berhormat" membawa makna ia hendaklah mempunyai dan mengamalkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, perwatakan berhemah tinggi, jujur dan ikhlas, menghormatkan orang lain, bermoral, bertingkah laku yang sopan santun, dan kepimpinan yang boleh dijadikan teladan.

Mulai tahun 1990, calon beragama Islam dikehendaki menyempurnakan Solat Sunat dan melafaz Sumpah Syarie bertaubat dan mohon ampun dan perlindungan Allah SWT dan sentiasa taat kepada perintah-Nya, serta taat kepada Raja dan kerajaan.

Imam Darjah membacakan doa sebelum dan selepas kurniaan mohon kepada Allah semoga dikurnia perlindungan dan petunjuk-Nya kepada Dato' itu. Perkataan "Kepada Allah Berserah" diukir ke atas Bintang Darjah. Semuanya ini menunjukkan seorang Dato' itu tidak terlepas daripada tanggungjawab yang berat dan sentiasa memohon taufik dan hidayat Allah Maha Kuasa.

Bagi Dato' yang bukan beragama Islam harapan dan aspirasi rakyat serta tanggungjawab terhadap mereka adalah sama beratnya walaupun mereka tidak mengangkat sumpah.

Dato' Johor yang terdiri daripada orang Melayu secara otomatis menjadi ahli bagi Jemaah Pangkuan Negeri yang berkuasa dalam hal memilih, mengesah dan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor sebagai Sultan selepas kemangkatan Almarhum. Di sini juga keikhlasan dan taat setia serta pendirian mereka diuji.

Ada orang mengatakan gelaran Dato' Johor adalah berat, dan mungkin ada orang yang tidak dapat memikulnya dengan sempurna. Setelah diperkenankan, istana akan mengeluarkan surat bertanya jika calon itu bersetuju menerimanya.

Jika seseorang calon berasa belum sampai masanya dan tidak sanggup memikul bebanan tanggungjawab yang berat, dia boleh menolaknya. Ini tidak dianggap sebagai biadab atau menderhaka asalkan tujuannya murni.

Syarat-syarat kurniaan amat ketat bagi memartabatkan kemuliaan Darjah itu. Dari tahun 1886 hingga sekarang 712 orang telah diberi kurniaan Dato'. Pada hari ini terdapat 110 Dato' Johor yang masih hidup. Justeru sindiran sinis jika dibaling batu tentunya sebiji akan jatuh ke atas seorang Dato' Johor tidaklah boleh diterima.

Dalam zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim, baginda mengurniakan gelaran "Datin" kepada isteri seorang Dato'. Pada masa sekarang isteri Dato' tidak bergelar Datin tetapi digelar "Datin Dato'….(nama suami).

Gelaran ini hanya kepada isteri pertama jika Dato' itu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Gelaran itu boleh digunakan jika Dato' itu meninggal dunia dan selagi balu tidak bernikah lagi. Isteri yang diceraikan oleh Dato' tidak boleh menggunakan gelaran itu. Ini merupakan satu keunikan di Johor.

PENUliS Setiausaha Jemaah Majlis DiRaja

merangkap Menteri Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Istana Besar, Johor Bahru

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm)

UMNO mesti berani

UMNO mesti berani

Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK

UMNO satu-satunya parti politik nasionalis Melayu kini sedang hebat dilanda pelbagai 'ujian'. Antara ujian yang dihadapi adalah seperti berikut:

* Krisis kepimpinan dalam parti yang menyaksikan 'pergeseran' di peringkat kepimpinan UMNO di beberapa buah negeri;

* Integriti dan kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional seringkali 'dipersoalkan' oleh parti-parti komponennya;

* Cabaran yang bertali arus dari parti-parti pembangkang - Pakatan Rakyat;

* Kepercayaan dan sokongan rakyat yang semakin terhakis sejak peletakan jawatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; dan

* Wujudnya sikap 'tidak ambil peduli' dalam kalangan segelintir pemimpin dan penyokong UMNO terhadap keadaan parti tersebut serta lupa matlamat sebenar perjuangan dalam UMNO.

Sama ada ingin percaya ataupun tidak, inilah realiti sebenar yang sedang dihadapi oleh UMNO sebagai sebuah parti politik nasionalis Melayu dalam mengharungi arena politik tempatan yang sesungguhnya semakin mencabar dan 'ganas'.

Walaupun senario sebegini, jatuh dan bangunnya parti politik pemerintah boleh disifatkan sebagai satu lumrah atau kebiasaan dalam dunia politik tempatan di mana-mana negara di serata pelosok dunia. Dalam hal ini, pemimpin dan penyokong parti politik tersebut tidak seharusnya mengambil pendekatan 'berdiam diri' atau 'tunggu dan lihat' terhadap apa yang sedang dan bakal berlaku, serta menyerah 'bulat-bulat' kepada takdir untuk menentukan masa depan parti mereka sendiri.

Jika sesebuah parti politik ingin mengekalkan kuasa kerajaan yang mereka pimpin, meningkatkan sokongan rakyat, serta untuk terus kekal relevan sepanjang masa, usaha 'keras' perlu dilakukan untuk 'memulihkan' kredibilitinya pada 'mata rakyat'.

Dalam konteks UMNO, rasanya telah banyak saranan-saranan diutarakan sama ada di peringkat atasan atau bawahan supaya UMNO berubah ke arah yang lebih baik terutamanya ketika parti tersebut berada dalam keadaan 'tidak stabil'.

Sungguhpun begitu, apa yang agak menyedihkan ialah semua saranan tersebut hanya tinggal pada nama sahaja. Tidak ada tindakan proaktif dibuat. Semuanya, baik pemimpin mahupun penyokong masih mengambil sikap 'tunggu dan lihat' siapa yang akan berubah dahulu.

Lebih buruk lagi, ada yang masih ingin menyalahkan antara satu sama lain, menuding jari kepada orang lain dan rakan seperti tanpa menyedari bahawa mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Hasil daripada sikap yang tidak berfaedah itu, tiada sebarang perubahan yang konstruktif berlaku kepada UMNO, manakala imej parti tersebut masih tidak dapat dipulihkan seperti sediakala.

Apa yang jelas di sini adalah 'kegagalan' UMNO memberi respons terhadap semua tuntutan untuk berubah selaras dengan perkembangan politik semasa telah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti persepsi dan budaya berpolitik yang sudah 'outdated'.

Pemimpin dan penyokong UMNO harus faham bahawa peranan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Melayu kini sudah pun mencapai tahap tepu dan telah berada di kemuncaknya. Kitaran pertama peranan UMNO sebagai parti politik yang mendokong perjuangan orang Melayu kini sudah pun lengkap dan sekarang sebenarnya sedang mengalami proses kitaran kedua yang cabarannya sangat hebat dan 'ganas'.

Bagi menghadapi proses kitaran kedua itu, UMNO memerlukan pembentukan persepsi dan budaya berpolitik yang berlainan dengan apa yang pernah ia amalkan sejak merdeka dahulu. Inilah proses transformasi politik yang sangat diperlukan UMNO untuk terus kekal relevan dalam konteks politik tempatan.

Begitupun, untuk melengkapkan proses transformasi politik itu, ia memerlukan sifat berani terutamanya dalam kalangan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat kerana merekalah yang bertanggungjawab mencorak dan menentukan hala tuju parti tersebut. Sebaliknya, penyokong parti pula tidak mempunyai apa-apa 'kuasa' dalam soal ini.

Para pemimpinlah yang menentukan jatuh bangunnya UMNO sebagai sebuah parti politik nasionalis Melayu.

Justeru, perubahan ke arah proses transformasi politik dalam UMNO mesti diterajui oleh para pemimpinnya di pelbagai peringkat terutama pemimpin atasan yang 'beribu pejabat' di PWTC. Sebagai pemimpin tertinggi parti, mereka mesti berani membuat keputusan-keputusan 'strategik', bukan sahaja untuk masa depan UMNO tetapi juga orang Melayu dan Malaysia amnya.

Tanpa sifat berani, tiada apa yang boleh dilakukan oleh UMNO untuk memulihkan imej dan kredibilitinya pada 'mata rakyat'. Masih belum terlewat bagi UMNO untuk berbuat demikian. Sebaliknya, jika UMNO 'takut' untuk berubah, mungkin satu hari nanti, ia hanya 'berada' di muzium dan arkib menjadi tontonan pelawat sebagai 'bahan' sejarah yang membuktikan bahawa negara ini pernah pada satu ketika dahulu diperintah oleh sebuah parti politik nasionalis Melayu yang dikenali sebagai UMNO.

PENULIS ialah Pensyarah Sains Politik di Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm)

Monday, June 28, 2010

"Khalid Ibrahim Hanyalah Serangga Perosak" - Azmin Ali


Monday, June 28, 2010
"Khalid Ibrahim Hanyalah Serangga Perosak" - Azmin Ali
Sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim di Selangor.

Apa juga yang 'jatuh' ketangan PR dibawah kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor akan rosak. Sekadar contoh:

1) Perlombongan pasir di Selangor. Hasil yang diperoleh Kerajaan Selangor hanya sedikit sedangkan Kawasan perlombongan semakin luas. Aktiviti yang tidak dikawal menyebabkan tanah kerajaan untuk pembangunan semakin mengecil. Lombong buatan manusia bertambah.

2) Dasar pemberian air percuma kepada rakyat yang tidak menyeluruh. Kerajaan Selangor sebenarnya tidak tidak memberi air percuma kerana mereka membayar sekitar RM11 Juta sebulan kepada Syabas melalui GLC Kerajaan Selangor. Kumpulan Darul Ehsan. Setiap tahun Kerajaan Selangor membayar lebih dari RM100 Juta untuk air. Wang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lebih bernafaat kepada rakyat Selangor.

3) Pemberian lesen rumah urut yang telah melebihi 4000. Hari ini kemana-mana pun di Selangor ada terdapat rumah urut.

4) PKNS. Perletakan jawatan Azmin bukan didorong oleh rasa tanggungjawab ke atas apa yang sedang dilakukan oleh Khalid Ibrahim tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati Azmin kerana Azmin tidak dapat menggunakan PKNS untuk kepentingan diri sendiri. Jika Azmin Ali menjadi MB Selangor dia juga akan melakukan apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim atau mungkin lebih teruk dari itu.

Apa yang berlaku di Selangor sekarang adalah kerana Selangor di tadbir oleh Pakatan Pembohong. Mereka akan terus berbohong dan terus akan memusnahkan Selangor.

TAPI AMAT LUCU. DALAM KEGAGALAN MENTADBIR SELANGOR, KHALID IBRAHIM ADA HATI UNTUK 'MEMAJU DAN MEMBANGUNKAN KAMPUNG BARU'.

(sumber;http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/06/khalid-ibrahim-hanyalah-serangga.html)

Wednesday, June 23, 2010

MB Selangor YAB Khalid L**** G**** Pilih Wanita Masih SOLO Gantikan Nik Nazmi Yang Dipecat Kerana TAK Hensem….



Wednesday, June 23, 2010
Khalid L***** G**** Pilih Wanita Masih SOLO Gantikan Nik Nazmi Yang Dipecat Kerana TAK Hensem….

Sedang kita memperkatakan bahawa sedang berlaku leadership crisis dalam Pakatan Pembangkang, MB Selangor membuat rombakannya mendahului rombakan PKR yang bakal diumumkan oleh Setiausaha Agung, Yb Saifuddin Nasution hujung minggu ini nanti.

Khalid Lem** Gaga* menambah koleksi wanita dalam senarai pasukannya setelah bermanja mesra dengan Eli Bogel Wong, Terasa COCK, Roziah 375k dan Dr Halimah. Empat wanita dalam Exco kerajaan negeri tidak mencukupi buat Khalid Lemb* Gaga* ini, maka ditambah seorang lagi wanita yang masih SOLO berusia 45 tahun anak jati Sijangkang negeri Selangor….

Faekah Husin adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Dr Wan Azizah. Faekah adalah seorang peguam yang memiliki syarikat guamannya sendiri di bandar Klang atas nama Faekah & Chong.

Wanita bertubuh kecil dan genit yang berjaya dalam kariernya ini masih belum berumahtangga dan menjadi orang paling dipercayai oleh Wan Azizah sejak tahun 1998.

Atas dasar apa Khalid Lemb* Gaga* sanggup berkongsi Setpol dengan Wan Azizah..?

Sedangkan masih ramai lagi pimpinan yang ada dalam Perhubungan PKR Selangor, bahkan Ketua AMK Selangor dilihat semenjak dari dulu lagi mengadu “tak ada peluang” untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor…! Setiap kali Blogmaster bertemu dengan Ketua AMK Selangor beliau akan terus bersungut masih belum dalam apa apa lantikan dalam mana mana GLC kerajaan Khalid Lemb* Gaga*.

Apakah pemecatan Nik Nazmi ini setelah Khalid Lemb* Gaga* berang apabila kertas dokumen kecurian pasir “hilang” dari pejabat MB..?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Azmin Ali adalah orang yang membawa masuk Nik Nazmi untuk bekerja di pejabat Anwar sebelum Selangor dirampas oleh kerajaan Pakatan Pembangkang… Oleh itu apabila Nik Nazmi diberikan jawatan sebagai Setpol kepada MB maka anak muda ini sebenarnya adalah mata dan telinga kepada Azmin Ali. Mungkin itulah sebabnya Khalid Lemb* Gaga* sudah tak tahan lagi maka terpaksa “get rid off this guy”, lalu Nik Nazmi pun dipecat secara terhormat….

Maksud dipecat secara terhormat kerana Nik Nazmi akan mengambil alih jawatan Pengarah Corporate Affairs di Ibupejabat pusat PKR, menggantikan Johnson Chong.

Semenjak pembongkaran Datuk Seri Zaharin menceritakan bahawa Si Bangsat Anwar “gatal mulut” memberitahu bahawa beliau sendiri pernah menonton video lucah aksi ice cream Eli Wong, hubungan Khalid – Anwar diberitakan semakin renggang!

Inilah kali kedua Faekah Husin dilibatkan dengan PKR Selangor. Kali pertama dahulu pada 27 Februari 2007 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha kedua membantu Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor PKR ketika itu Mohd Nazmi Rosli yang sekarang ini sudah bersama dengan UMNO.

Posted by Medan Info Kita at 11:49 AM 0 comments

(sumber;http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/06/khalid-lembu-gagap-pilih-wanita-masih.html)

Penyata Parlimen DR 21.06.2010 ms 117

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]:Dua tiga minggu baru-baru ini apabila kita balik kawasan, terutama saya balik kawasan, berapa saman telah dikemukakan dan diserahkan kepada saya iaitu saman lalu lintas atau saman trafik yang dikeluarkan oleh pihak polis trafik di mana ada arahan juga daripada Ketua Setiausaha bahawa jika saman atau kompaun ini dikeluarkan,

pihak IGP (Ketua Polis Negara) dan Ketua Pengarah JPJ tidak ada lagi kuasa untuk mengurangkan kompaun atau saman tersebut. Jikalau RM300, hendaklah dikekalkan RM300.

Saya percaya bahawa pihak Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah JPJ mempunyai hak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apabila arahan ini telah dikeluarkan – kalaulah penduduk luar bandar, peneroka, dan petani mempunyai saman lima atau enam, kalaulah kena RM300 x 5 = RM1,500 tidak boleh dikurangkan dan jikalau mahu dikurangkan terpaksa pergi ke Bukit Aman, ini boleh menyusahkan orang ramai yang saya sebutkan tadi dasar...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Sebentar.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh mencelah?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Dasar cukup baik tetapi dari
segi pelaksanaan tidak menolong, membantu kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dalam untuk memajukan negara kita di dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh. Satu sahaja, sebentar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Mahu beri jalan Yang
Berhormat?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Satu sahaja sebentar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Masa tambahan tidak ada.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Sedikit sahaja. Ini fasal tadi sebut saman ekor
ini. Adakah Yang Berhormat Kuala Krau bersetuju bahawa JPJ mempunyai kuasa lebih tinggi daripada mahkamah kerana mahkamah tidak boleh membuat keputusan ke atas saman ekor ini tetapi JPJ boleh sekat orang dengan tidak memberi mereka memperoleh lesen dan road tax? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini juga satu perkara yang
hendaklah diteliti oleh pihak Menteri yang berkenaan yang boleh menyusahkan orang ramai.

Ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas



(gamber hiasan)

Ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas

KENYATAAN Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai amalan politik sate di kalangan pendokong parti itu patut mendapat perhatian serius semua pihak termasuk pemimpin dan mereka yang dipimpin dalam parti berkenaan.

Sebenarnya amalan memburuk- burukkan pemimpin dalam parti UMNO sememangnya sudah berlaku beberapa tahun lalu tetapi tidak ramai yang ingin mengambil tahu. Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat negara ini sering menjadi mangsa fitnah dan berjaya ditumbangkan dalam pemilihan pemimpin parti bila tiba masanya.

Sesetengah ahli UMNO menganggap amalan dan budaya itu sudah sebati dan diterima pakai kebanyakan ahli parti.

Ketika perpecahan orang Melayu dalam arena politik yang semakin meruncing di negara ini, saya menganggap kenyataan Ahmad Zahid harus diambil perhatian sebelum nasi menjadi bubur.

Orang Melayu perlu bersatu, rasional dan tidak sentiasa melayani emosi negatif agar pencapaian pemimpin UMNO dalam Pilihan Raya Ke-13 nanti disegani masyarakat Malaysia.

Saya bersetuju agar ahli UMNO berhenti mengamalkan budaya ‘politik sate’ yang berleluasa dalam parti itu kerana ia boleh menyemai perasaan benci di kalangan mereka sehingga menimbulkan perpecahan.

Sebarang perselisihan pendapat seharusnya diselesaikan segera supaya tidak berlarutan sehingga ke satu peringkat yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Kita tidak boleh amalkan politik sate kerana unsur sate yang mungkin ada dalam parti UMNO pada masa kini boleh merosakkan kehidupan orang Melayu.

Memang benar dalam proses membuat sate ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas kerana dia akan bakar daging untuk orang lain makan.

Oleh itu ahli yang menjadi seperti tukang kipas dan tukang cucuk dalam UMNO adalah petualang parti yang mesti diketepikan sepanjang masa.

Nasihat Ahmad Zahid agar ahli UMNO tidak menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap pemimpin secara terbuka kerana ia boleh dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan parti memang ada kebenarannya.

Saya ingin mencadangkan supaya UMNO mengaktifkan Biro Pengaduan Awamnya di setiap bahagian agar semua perasaan tidak puas hati diluahkan di situ.

Semua aduan hendaklah dilayan secara profesional dan ada pegawai berpengalaman mengendalikannya.

Banyak masalah dan isu boleh ditangani dengan lebih berkesan sekiranya biro ini diuruskan dengan baik dan teratur.

Pemimpin bertanggungjawab di peringkat bahagian hendaklah mengkaji dan meneliti aduan ahli UMNO sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

Semua tindakan pula hendaklah dimaklumkan semula kepada pengadu dalam tempoh yang singkat iaitu tiga hingga lima hari pada tarikh aduan diterima.


Meru Height, Ipoh">

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)

MELAYU KEMANA 2

MELAYU KEMANA 2

By
Dr. Mahathir Mohamad
on June 18, 2010 11:00 AM | Permalink | Comments (298) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).




1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.

7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.

(sumber;http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana-2.html#more)

Tuesday, June 22, 2010

Perang lawan pembangkang. Mampukah UMNO?


Perang lawan pembangkang. Mampukah UMNO?
Share
Today 22.06.2010 at 1:43pm

1.0 Saya sebenarnya amat teruja apabila mendengar Naib Presiden UMNO, DS Hishamuddin mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap pembangkang. Seharusnya ini yang patut dilakukan oleh UMNO bagi mengekalkan kekuatan parti tanpa memberi ruang kepada pihak pembangkang menyebarkan dakyah sempit mereka.

2.0 Pada zaman Tun Lah, pintu untuk pembangkang menghentam kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dibuka seluas-luasnya di atas nama kebebasan bersuara. Hasilnya, Barisan Nasional tumbang 5 negeri pada PRU12.

3.0 Peralihan kepimpinan negara dan juga teraju parti kepada DS Najib juga masih terumbang ambing dek kerana terlalu tebal daki dan kotoran tinggalan zaman gelap Tun Lah yang terpaksa disental keluar. Begitu juga dengan saki baki anasir-anasir dedalu yang diangkat kedalam pimpinan parti pada masa itu yang masih belum dapat dihapuskan hingga kini.

4.0 UMNO kini terpaksa bergelut akibat salah percaturan politik kepimpinan sendiri dan inilah sebenarnya punca kepada semua permasalahan yang timbul berkaitan isu kelemahan UMNO. Selagi semua permasalahan ini tak diselesaikan, selagi itulah UMNO akan hilang "magik" yang pernah ada pada parti keramat ini sewaktu legasi Tun Mahathir dan juga pimpinan-pimpinan negarawan terdahulu.

5.0 Sebelum DS Hishamuddin mengisytiharkan perang, perlu diteliti dan diperhalusi dulu perang jenis apakah yang sedang wujud sekarang. Jangan membuta tuli masuk ke medan perang tanpa pengetahuan menyeluruh tentang situasi sebenar yang ada. Ini hanya akan menyebabkan kita tumbang sebelum sempat melawan.

6.0 Zaman ini adalah zaman teknologi. Jika 10 tahun dulu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional boleh berbangga dengan penguasaan media cetak dan juga media elektronik yang ada, kini siapa boleh nafikan penguasaan pembangkang didalam medium siber?

7.0 Baru-baru ini DS Rais Yatim telah menyatakan bahawa terdapat 2 juta blogger dalam negara bagi membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan media. Tetapi harus diteliti juga, dari 2 juta bloggers yang ada, berapa banyakkah yang menggunakan medium blognya sebagai medan berpolitik? Tahukah DS Rais bahawa hampir 99.9% bloggers dari jumlah 2 juta tersebut hanya menghasilkan blog peribadi bertujuan suka-suka dan bukan untuk berpolitik?

8.0 Jangan terkejut jika saya menyatakan bahawa terdapat hanya 0.1% sahaja bloggers yang menghasilkan blog untuk berpolitik dan jumlah ini makin berkurangan jika hendak dikira mereka yang aktif dan juga meng"update blog setiap hari. Jika hendak dibuat perbandingan, bloggers politik pro pembangkang adalah melebihi bloggers pro kerajaan yang ada. Jumlah perbandingannya kini hampir mencecah tiga kali ganda.

9.0 Begitu juga dengan pejuang maya dalam forum-forum menyokong kerajaan. Sepatutnya UMNO dan kerajaan perlukan lebih ramai cybertroopers untuk berhujah di forum-forum dan juga memastikan penghasilan artikel-artikel berita yang up to date bagi menangani serta membenam dakyah pembangkang. Jumlah yang ada sekarang adalah amat jauh dari mencukupi.

10.0 Saya pernah menghadiri satu bengkel kerja yang menganalisis senario jentera kerajaan dan juga UMNO di dalam ruang maya. Apa yang saya dapat lihat, sejak dari tahun 1998 lagi UMNO sudah ketinggalan dari segi gerakan psikologi alam siber. Dari analisis yang dibuat, kini hanya terdapat lebih kurang 4 Portal maya dan berita aktif yang menyokong kerajaan termasuklah myKMU ini. Ini jauh berbeza dengan berbelas portal-portal pro pembangkang termasuklah Malaysia Today milik Raja Petra. Adakah ini difikirkan mencukupi bagi UMNO dan kerajaan untuk berperang dengan pembangkang?

11.0 Begitu juga kehadiran ramai kumpulan bloggers pembangkang yang aktif melaporkan segala hal-hal kerajaan dan UMNO yang boleh mereka putarbelitkan. Saban hari mereka memainkan sentimen bencikan kerajaan dan UMNO. Secara teori, ini tak mampu ditangkis sepenuhnya oleh bloggers pro kerajaan yang jumlahnya yang ada tak sampai pun satu pertiga dari kumpulan mereka ini. Namun realitinya adalah sebaliknya tetapi adakah kumpulan bloggers pro kerajaan ini mampu bertahan tanpa sokongan dari parti dan kerajaan sendiri?

12.0 Saya akui, banyak pihak dari UMNO cuba untuk mewujudkan kumpulan jentera maya masing-masing yang terdiri dari Bloggers dan juga Facebookers. Namun usaha mereka hanya umpama hangat-hangat taik ayam sahaja dan sering terbabas dari matlamat sebenar. Ini kerana, untuk berperang didalam ruang maya ini, komitmen dan juga minat amat penting. Jika hanya ada komitmen tetapi tiada minat, selalunya kerja tak akan jalan dan begitulah juga sebaliknya.

13.0 Saya sendiri adalah seorang bloggers politik dan saya akui bukan senang untuk menjadi seorang bloggers politik yang aktif bagi meng"update artikel untuk dimuatkan ke dalam blog setiap hari. Jika tiada komitmen dan minat, mustahil ia dapat dilakukan dengan sempurna.

14.0 Seorang sahabat yang saya anggap sebagai abang pernah berkata kepada saya bahawa blog dan juga medium siber sebenarnya langsung tak menyumbangkan apa-apa kepada sokongan rakyat terhadap parti. Saya hanya tersenyum dan mengangguk lemah sebab tak mahu menyanggah pendapatnya ketika itu kerana rasa hormat saya padanya. Tetapi adakah pendapatnya betul?

15.0 Cuba kita kaji semula, mengapa pada awal zaman reformasi 98 hingga ke hari ini, pembangkang lebih banyak menggunakan ruang maya bagi menyampaikan kempen mereka selain dari cara konvensional berceramah seperti yang diamalkan oleh PAS?

16.0 Dan jangan nafikan keberkesanan usaha mereka ini didalam menarik sokongan generasi muda terutamanya pelajar-pelajar institut pengajian awam dan swasta negara. Sebagai perbandingan, cuba lihat Portal Malaysiakini yang lebih popular dan dipercayai dari semua media pro kerajaan sedia ada. Apakah portal Malaysiakini itu cenderung kepada UMNO dan kerajaan?

17.0 Generasi anak-anak muda di zaman awal reformasi 98 inilah yang kini menjadi pendokong kuat pembangkang. Dan sejak dari zaman itu, generasi muda yang di anggap sebagai pengundi pelapis negara sering terpesong memilih pembangkang hanya kerana termakan hasutan serta dakyah yang mereka timbulkan di ruang maya.

18.0 Generasi muda lebih dekat dengan teknologi dan mereka terdedah kepada segala bentuk kecanggihan letusan maklumat kerana ini merupakan zaman mereka. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan zaman muda kebanyakan pemimpin kerajaan yang hanya ada media cetak, TV dan juga Radio sahaja. Malah, masih wujud sehingga hari ini pemimpin-pemimpin parti yang tak tahu bagaimana hendak menghidupkan komputer pun.

19.0 Saya pernah berhadapan dengan Ketua Penerangan Bahagian yang tak tahu langsung bagaimana untuk mendaftarkan akaun email nya didalam internet sewaktu saya terlibat didalam bengkel jentera siber anjuran UMNO Pusat. Ini membuktikan bahawa ada ahli UMNO yang masih mengambil mudah tentang trend teknologi perang terkini dan lebih malang lagi, ramai diantara pemimpin-pemimpin UMNO masih menafikan keberkesanan senjata baru ini.

20.0 Saya tak nafikan keupayaan cara kempen seperti ceramah, turun menemui rakyat dan juga memberi "hadiah" sewaktu pilihanraya dapat menarik undi buat parti dan kerajaan. Tetapi mampukah pemimpin UMNO dan kerajaan memastikan seluruh rakyat khususnya generasi muda hadir mendengar ceramah mereka? Mahukah kumpulan ini keluar menemui pemimpin sewaktu kunjungan ke kawasan-kawasan mereka dan juga bolehkah parti dan kerajaan menjamin undi dari kumpulan generasi baru ini memihak kepada mereka setelah "hadiah" dihulurkan?

21.0 Jika pembangkang berperang menggunakan teknologi siber dan memenuhi ruang maya, apa salahnya jika UMNO dan kerajaan mengambil pendekatan yang sama mengasimilasi semua pejuang maya pro kerajaan yang sedia ada baik dari kumpulan portal-portal berita seperti myKMU ini dan juga para bloggers serta para Facebookers yang selama ini hanya umpama hantu tak bertuan bergentayangan diruang maya.

22.0 Pada masa yang sama, gunalah tanpa was-was keupayaan serta kemahiran para pejuang-pejuang maya pro kerajaan ini untuk menghasilkan lebih ramai lagi jentera di dalam usaha memerangi pembangkang. Tak salah jika menggunakan semua alternatif yang ada jika itu merupakan tuntutan keperluan masa kini.

23.0 Jika mahu berperang, gunalah semua senjata dan peluru yang ada bagi menjamin kemenangan. Jangan pula di pihak lawan telah bertukar menggunakan kereta kebal dan bersenjatakan M16, tetapi di pihak UMNO dan kerajaan masih berkeras mahu menggunakan kereta lembu serta senapang berlaras satu peninggalan tok nenek moyang dahulu.

24.0 Jika cara ortodoks begini yang dipertaruhkan, jangankan bermimpi untuk menang perang...., belum sempat lagi hendak mengisi peluru, sudah pasti dah tumbang.

Contributed by che_wan on Tuesday, June 22 @ 07:45:33 MYT
sumber www.mykmu.net

(sumber;http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/ir-gullit/perang-lawan-pembangkang-mampukah-umno/10150210788265361)

Dr. Mahathir Mohamad: MELAYU KEMANA

MELAYU KEMANA

By
Dr. Mahathir Mohamad
on June 17, 2010 8:08 AM | Permalink | Comments (119) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share

1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?

(sumber;http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana.html#more)

Iktibar Dari Berjalan

22 Jun 2010
Iktibar Dari Berjalan




Kenapa bila kita berjalan memandang ke depan sesekali ke kiri dan kanan dan jarang-jarang kita memandang ke belakang? Dalam hal ini kereta dicipta dengan berdasarkan konsep yang sama. Ia punya cermin untuk memandang keliling, ia punya cermin di kiri kanan dan ia punya cermin pandang belakang. Apa iktibarnya?

Bila kita berjalan kita akan memandang ke depan ini kerana mata letaknya di depan. Ini bermakna kita hendaklah selalu menjalani kehidupan dengan memandang ke hadapan. Hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebik baik dari hari ini sepertimana saranan Rasullullah SAW. Orang yang mengatakan hari ini lebih teruk dari semalam dan besok akan lebih buruk dari hari ini adalah orang yang pastinya akan menemui kegagalan. Orang yang berfikiran negatif dan tidak meletakkan harapan dalam kehidupan.

Memandang ke hadapan ini penting kerana kita perlu tengok mana arah tuju kita samaada ada halangan atau rintangan dalam kehidupan. Dalam hal ini kalau kita nampak lubang, bonggol, paku dan sebagainya maka kita pastinya akan cuba mengelaknya. Begitulah juga dengan kehidupan. Banyak kali dalam kehidupan kita akan bertemu rintangan dan dugaan dalam apa juga yang kita lakukan baik dalam pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan. Dalam hal ini kita tak boleh mengalah tetapi mencari jalan mengatasinya. Mereka yang mengalah pastinya akan menjadi orang yang gagal dan terhenti usahanya disebabkan rintangan yang mendatang itu.

Dalam pada itu adakalanya kita hendak ke satu tempat tetapi dilencongkan ke tempat yang lain. Ini juga merupakan satu rintangan dalam menuju ke destinasi. Dalam hal ini kita hendaklah selalu fokus pada matlamat yang hendak di capai dan pastikan kita dapat mengawal keadaan walaupun kita dalam keadaan yang melencong itu. Analoginya kita hendak ke KLCC dari Petaling Jaya, sebenarnya ada banyak lencongan yang boleh terjadi tetapi kita kena pastikan yang kita sentiasa fokus untuk ke KLCC. Kita betulkan kembali kompas dan GPS agar kita tak terus tersesat dan langsung tak sampai ke KLCC.

Kita yang nak menuju ke akhirat tapi terbelenggu dengan perihal dunia hingga kita menuju ke arah kesesatan maka ini pasti merugikan. Sebenarnya ada banyak lencongan maksiat dalam kehidupan ini. Kita kena berhati-hati dan mengelakkannya selagi daya dan kalau kita tergelincir maka hendaklah kita cepat-cepat insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Dalam kehidupan juga janganlah kita selalu memandang ke belakang. Sesekali bila berjalan kita memandang ke tepi, kiri dan kanan dan sesekali ke belakang. Ini adalah sebagai iktibar dan motivasi memandang orang yang memotong dan menjadikan kejayaan mereka sebagai garis panduan, memandang mereka yang dipotong sebagai iktibar. Kerana yang pastinya dalam kehidupan ada orang lain yang lebih susah dari diri kita sendiri.

Janganlah pula asyik memandang ke belakang mengenangkan kisah yang telah lalu, mengenangkan orang yang tersayang yang telah pergi, mengenangkan kegemilangan masa lalu yang telah lama meninggalkan kita mahupun menangisi masa lalu. Sesekali memandang ke belakang maknanya sesekali kita perlu mengambil iktibar dari sejarah agar kita tidak melakukan perkara yang serupa di masa yang akan datang.

Pun begitu dalam kita yang sentiasa memandang ke hadapan dalam kehidupan kita tetap akan mengalami kemalangan dan dugaan. Dalam kereta kita punya tali pinggang keledar keselamatan, kita punya beg udara yang mungkin boleh menyelamatkan kita dari bencana namun dalam kehidupan seharian kita tak punya semua itu. Pada saya talipinggang keselamatan dan beg udara itu ialah persediaan diri kita sendiri baik dari segi, rohani, jasmani, emosi, ilmu pengetahuan, kewangan dan sebagainya bagi menghadapi semua ini. Persediaan yang baik adalah umpama kusyen yang menampan bila kita terjatuh dan diduga.

Oleh itu dalam kehidupan pandanglah ke hadapan dan lakukanlah persediaan serta lakukanlah yang terbaik.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

(sumber;http://faizalyusup.blogspot.com/2010/06/iktibar-dari-berjalan.html)

Gempar! Penang: Rancangan Jahat DAP Untuk Singkirkan TYT dan Tubuhkan Polis Negeri


Gempar! Penang: Rancangan Jahat DAP Untuk Singkirkan TYT dan Tubuhkan Polis Negeri
Filed Under ( Republic sosialis Penang ) by pisau.net


Seperti biasa,setiap Jumaat ketika penjawat awam pergi menunaikan solat, mesyuarat DAP diadakan di pejabat Ketua Menteri.

Perkara ini sudah berlarutan sejak DAP memerintah kerajaan negeri, mesyuarat ini khas untuk DAP ,rakan rakan pakatan tidak dibenarkan hadir ataupun mendengar intipati mesyuarat mingguan ini.

Menurut sumber Pisau, mesyuarat mingguan DAP di KOMTAR telah merancang terlalu banyak agenda untuk menguasai terus negeri ini.

Hasil mesyuarat mingguan ini telah banyak mempengaruhi segala tindakan Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Salah satunya mereka telah berjaya menghapuskan pemilik tanah TOL melayu dihampir seluruh negeri dengan menganugerahkan geran tanah kepada cina,perkara ini berlaku terutamanya di Balik Pulau.Perkara ini benar benar telah berlaku dan banyak rungutan dari pegawai pegawai pejabat tanah dan daerah yang mereka tidak mampu berbuat apa apa kerana terpaksa menurut perintah chauvanist ultra kiasu DAP.

Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau. Ini adalah salah satu plan jangka panjang menjadikan Pulau Pinang negeri berkembar bersama Singapura. Tidak hairanlah mengapa Guan Eng setiap 2 minggu akan terbang kesana untuk mengadap Lim Kwan Yew dan Lee Hsien Loong.

Terlalu banyak yang dirancang,DAP tidak akan sesekali melepaskan gengaman negeri yang mereka idamkan sejak merdeka lagi.


Tahukah anda pada minggu lepas semasa berlangsungnya mesyuarat sulit itu ,khabar angin menyatakan sudah ada perancangan dan cadangan oleh chauvanist dan ultrakiasu DAP untuk menyingkirkan Gabenor ,TYT Rahman Abas dan digantikan dengan jawatan Datuk Bandar.

Jawatan Datuk Bandar akan dipilih melalui satu pilihanraya , ini adalah salah satu contoh yang kita semua tahu bagaimana mereka untuk meletakkan kepimpinan cina yang mutlak didalam struktur kerajaan negeri dengan menyingkirkan TYT iaitu seorang melayu.

Dalam plan tindakan mereka,dengan menghapuskan jawatan Gabenor,ia adalah bertujuan untuk menghapuskan kuasa dan ikatan kepada kerajaan pusat.Mereka menyedari jawatan TYT adalah lantikan daripada DYMM atas cadangan oleh kerajaan Pusat.

Sejauh mana mereka mampu mengantikan TYT ,Pisau tidak pasti,tetapi itulah perancangan mereka.

Mereka mahu dilihat menjadi kuasa penentu dalam semua aspek didalam kerajaan negeri.Menurut sumber Pisau lagi,mereka turut merancang untuk menguasai negeri dengan menubuhkan kontijen anggota polis sendiri tanpa perlu mengharapkan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan telah dibuat,oleh pihak kerajaan negeri kepada KDN,Pisau menyeru agar pihak KDN mengambil perhatian yang amat serius tentang perancangan jahat mereka.

Yang pasti selepas tersiarnya berita ini,mereka akan menafikan sekeras kerasnya dakwaan ini malah mereka akan berani menuduh menyatakan ia adalah fitnah semata mata untuk memburukkan DAP.Kemudian pihak PAS dan PKR akan sama sama mempertahankan DAP kerana terlalu sayangkan tuan mereka.

Melayu melayu haprak didalam Pakatan,jika ini yang anda mahukan,anda bakal berjaya mengrepublikkan negeri Pulau Pinang.

Penyokong PAS dan PKR yang terlalu sayangkan Guan Eng sudah pasti akan bersorak gembira jika perancangan ini berjaya.Justeru Pisau menyeru kepada rakyat negeri Pulau Pinang agar bangkit dan jangan mudah tertipu dengan taktik halus peracangan jahat DAP Pulau Pinang.



Pisau kata " melayu tak payah bersatu lah,bagi terus penang kat cina ,selesai masaalah "

(sumber;http://www.pisau.net/2010/06/gempar-penang-rancangan-jahat-dap-untuk.html)

SELAK: Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

ARKIB : 21/06/2010
Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

HASSAN MOHD NOOR

HARI ini 21 Jun 2010. Apakah istimewanya tarikh 21 Jun ini? Bagi sesetengah ahli UMNO atau orang Melayu mungkin akan ingat tetapi kebanyakannya sudah tentu lupa. Maklumlah selepas sembilan tahun, ramai yang mudah lupa. Sebenarnya hari ini genap sembilan tahun, Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO menyampaikan ucapan menarik yang ditujukan khusus kepada orang Melayu. Ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2001 itu bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Malahan Selak minggu ini juga meminjam ungkapan terakhir dalam ucapan dasar Dr. Mahathir itu sebagai tajuk tulisan minggu ini.

Pada hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO itu, semasa ucapan penangguhan atau penggulungan, Dr. Mahathir pada akhir ucapannya juga membaca sajak bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Jika ada yang terlupa atau buat-buat lupa eloklah diteliti semula sajak tersebut. Dalam ucapan dasarnya pada 21 Jun 2001, Dr. Mahathir antara lain menyentuh isu-isu berkaitan pencapaian Melayu masih rendah, Melayu di zaman penjajah, kelemahan Melayu, Melayu sudah lupa perjuangan dan ubah sikap untuk selamat! Dan minggu lalu, Dr. Mahathir juga menulis mengenai Melayu melalui blognya, kali ini bertajuk ‘Melayu Ke Mana’. Perkataan Melayu mudah lupa tetap ada di situ. Banyak reaksi diberi terhadap tulisan beliau. Isu yang dibangkitkan dalam ‘Melayu Ke Mana’ adalah mengenai Melayu majoriti yang sudah menjadi minoriti kerana perpecahan.

Melayu berpecah kepada pelbagai puak dan parti politik. Seperti yang diperingatkan oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya sembilan tahun lalu, Melayu memang mudah lupa padahal ‘orang dulu-dulu’ sudah mencipta pelbagai peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan untuk sentiasa mengingatkan orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Boleh dikatakan semua ungkapan yang dicipta oleh orang Melayu pada masa dulu sudah berlaku ketika ini. Malangnya semua ingatan itu sekadar catatan dalam buku-buku berkaitan untuk tatapan pelajar-pelajar. Begitu juga dengan pelbagai kiasan dan kisah untuk renungan seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Tidak lupa juga tentang Kitol dan Raja Mendaliar. Semuanya ini juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah lupa semua cerita dan kiasan tersebut.

Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi ‘minoriti’. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum. Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan ‘tongkat’ untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi ‘tarian’ orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas. Ada pula Melayu yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati. Padahal mereka yang berjaya hari ini juga kebanyakannya disebabkan oleh ‘tongkat’ DEB. Tanpa ‘tongkat’ itu mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya apabila sudah berjaya, mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan. Bak kata orang marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah.

Jika dulu bermusuh, kini bersahabat. Begitu jugalah yang berlaku sebaliknya. Jika dulu tidak boleh rapat sekarang sudah boleh berpeluk di atas pentas politik. Baguslah begitu... mengeratkan silaturahim. Tetapi akhirnya mereka gagal untuk mengenali musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. Mereka lebih selesa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maka ramailah juga di kalangan orang Melayu yang menjadi seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Lebih malang, Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Habis madu sepah dibuang. Ketika ini juga untuk berjaya, Melayu sanggup pijak kepala kawan dan tikam belakang.

Sedar atau tidak, orang Melayu ketika ini diasak dari pelbagai sudut disebabkan perpecahan dan kelemahan mereka sendiri disebabkan kepentingan politik masing-masing. Ketika orang lain bersatu untuk kepentingan kumpulan mereka, ada pula Melayu yang sanggup membuka pekung di dada dan meludah ke langit.

Amat mendukacitakan sudah tidak ada perasaan cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga. Cubalah cubit paha sendiri dahulu, baru mencubit paha orang lain. Kita mengharapkan orang Melayu tidaklah menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Ketika orang lain dalam politik bersikap diam-diam ubi berisi menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi orang Melayu pula seronok bertelagah sesama sendiri. Ada pula yang bersikap bertelur sebiji riuh sekampung. Melayu tanpa kuasa ekonomi nampaknya masih selesa sekalipun akan hilang kuasa politik.

Sebenarnya banyak lagi ingatan yang sudah ditinggalkan oleh orang Melayu pada masa lalu untuk diambil ingatan. Tetapi Melayu tetap leka dan lupa.

Apakah orang Melayu masih berpegang kepada Melayu takkan hilang di dunia seperti diungkapkan oleh Hang Tuah? Memang Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi Melayu mampu hilang dunia. Maka ketika itu, nyanyilah puas-puas lagu Warisan yang antara liriknya menyebut bumi dipijak milik orang. Dan jika Melayu sudah hilang dunia maka sekali lagi Selak meminjam tajuk tulisan Dr. Mahathir iaitu ‘Melayu Ke Mana’.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm)

'Serang' pembangkang lebih agresif - TPM

ARKIB utusan: 21/06/2010
'Serang' pembangkang lebih agresif - TPM

MUAR 20 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pendekatan 'menyerang' yang lebih agresif digunakan para pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi menggempur pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan pakatan pembangkang terhadap parti itu serta kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, taktik bertahan yang dipraktikkan selama ini mengakibatkan semakin banyak fitnah terhadap BN tersebar luas melalui pelbagai medium terutama dalam Internet dan blog sehingga berjaya memperdayakan masyarakat.

Beliau berkata, ancaman yang dibawa pakatan pembangkang perlu dipatahkan dan BN perlu bangkit daripada tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu pemimpin BN beri tumpuan kepada soal yang lebih utama, (iaitu) soal beri penjelasan kepada rakyat, penipuan dan pembohongan yang berlaku dan fitnah disebar oleh pembangkang.

"Kita kena ambil pendekatan offensive (menyerang), jangan lihat kita defensif bila ada isu dan masalah. Kita hanya jelaskan sahaja tanpa kita ambil langkah offensive, seperti orang kata pegang lembu pada kepala dan lawan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Dewan Sri Pekembar dekat sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengingatkan semua pemimpin BN supaya tidak bertelagah sesama sendiri secara terbuka sebaliknya mesti fokus untuk menghadapi cabaran musuh politik sebenar iaitu parti pembangkang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pertelagahan sesama sendiri merupakan perbuatan yang mendedahkan kelemahan sedangkan pembangkang pula bijak menyembunyikan pelbagai kelemahan mereka.

Muhyiddin berkata, seruan Perdana Menteri itu perlu diberi perhatian serius supaya parti komponen BN tidak bergelumang dalam masalah sehingga menjejaskan peluang pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya pun pernah berkata kita harus tumpukan usaha mengukuhkan parti dan sebab itu langkah-langkah perlu dibuat untuk memperbetulkan kelemahan dalam parti.

"Kalau ada perpecahan dan pertembungan sehingga timbul puak bertentangan antara satu sama lain, itu akan menjejaskan kewibawaan dan keberkesanan BN," katanya.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penularan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini merupakan gimik politik, Muhyiddin berkata, amaran tersebut dikeluarkan pihak polis berdasarkan fakta dan bukannya isu politik.

Beliau berkata, sikap tidak serius yang diambil oleh Anwar itu amat berbahaya kerana JI dan Al-Qaeda mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali kerana ia terbuka kepada pelancong serta pelajar asing.

"Sekiranya ketua pembangkang menidakkan perkara itu walaupun telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa keselamatan, dia seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran kumpulan tersebut," katanya.

Muhyiddin berkata, isu keselamatan merupakan perkara yang serius dan rakyat harus mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa keselamatan negara yang bertindak atas bukti-bukti jelas.

"Kalau dengan sebab itu (pendedahan mengenai JI) rakyat melihat kerajaan tegas dan tahu apa yang berlaku, pembangkang rasa itu memperlihatkan kelemahan mereka, sebab itu mereka menidakkan perkara itu agar rakyat tidak percaya," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

Monday, June 21, 2010

Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas


Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas

Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

"Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik.

"Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2010 di sini hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli UMNO untuk memperbetulkan segala persepsi salah yang dibuat oleh pembangkang dan tidak tunduk dengan sebarang ancaman.

Tegas Perdana Menteri, perlu ada barisan yang ampuh untuk mempertahankan perjuangan UMNO dan mengembalikan kejayaan parti itu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.

"Bukan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak baik, tetapi mainan persepsi pembangkang menyebabkan rakyat menjauhkan diri.

"Berbanding suasana politik pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, bila kita bagi peruntukan sahaja, rakyat sudah boleh menerimanya. Tetapi sekarang lain, mereka masih ada rasa tidak puas hati. Jadi ini yang perlu kita perbetulkan" katanya.

Tambah beliau, prestasi merosot UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu pula bukan kerana rakyat tidak berpihak pada parti itu tetapi kerana mereka menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat, tidak menunaikan janji serta bongkak.

Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat katanya, UMNO tidak boleh ketinggalan dengan metodologi lama sebaliknya perlu menggunakan metodologi terkini supaya dilihat sebagai parti yang dinamik dan berkesan.

"UMNO adalah parti yang terlalu lama, jadi saya nampak pembaharuan adalah sangat perlu.

"Kita perlu cari jalan untuk menjadikan 'barang' yang lama itu lebih baik untuk dipandang dan kembali disukai," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

Thursday, June 17, 2010

Kedudukan Melayu berterusan dipersoal

Kedudukan Melayu berterusan dipersoal
Oleh Rejal Arbee

2010/06/17
Kelantangan orang Cina mahu hak sama rata jejas perpaduan

1.0 DALAM tempoh sebulan dua ini akhbar berbahasa Cina, iaitu Sin Chew Jit Poh, China Press dan Nanyang Siang Pau senada mempersoalkan kedudukan Melayu yang dikatakan mendapat segala keistimewaan hingga menjejas kedudukan bukan Melayu khususnya Cina.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja makalah atau surat yang berterusan menimbulkan isu bagaimana Cina, terutama dianak tirikan walaupun kerajaan berterusan melaungkan slogan 1Malaysia.

2.0 Jadi pada mereka ini, apakah 1Malaysia itu bermakna Melayu harus ketepikan kedudukan mereka, walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Sesiapa saja yang cuba mempertahankan kedudukan yang dijamin Perlembagaan itu adalah pelampau?

3.0 Maka itulah, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebut matlamat memperjuangkan Melayu dapat menguasai 30 peratus daripada ekonomi negara pun, akhbar Cina ini mempersoalkannya.

4.0 Dipersoalkan juga kenapa mahu berterusan dengan dasar diskriminasi begini? Tetapi apakah matlamat supaya orang Melayu menguasai 30 peratus ekonomi negara ini pun mahu dipertikaikan? Yang salahnya kerajaan terlalu konservatif menetapkan hanya 30 peratus, walaupun jumlah Melayu dalam negara ini sudah mencecah 60 peratus.

5.0 Akhbar itu juga mempersoalkan hasrat kerajaan hendak menambahkan hartanah kepunyaan Bumiputera, meningkatkan teknologi usahawan Bumiputera, mengembangkan jumlah usahawan Bumiputera serta mengambil profesional Bumiputera secara keseluruhan kononnya sebagai tidak senada dengan semangat Model Baru Ekonomi.

6.0 Kononnya ini bercanggah dengan hasrat awal hendak mengutamakan keberkesanan kemajuan ekonomi tanpa menghiraukan bangsa. Inilah sikap mereka yang tidak senang dengan usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum.

7.0 Dilihat pendapatan isi rumah Melayu dengan pendapatan isi rumah kaum India pun, orang Melayu masih ketinggalan, jangan kata hendak dibandingkan dengan pendapatan isi rumah orang Cina. Anehnya kebanyakan tulisan yang dimuatkan itu disebut sebagai tidak semestinya mencerminkan pandangan akhbar terbabit. Sungguh mudah untuk berselindung.

8.0 Maka tidak menghairankan kenapa timbul suara dalam akhbar Melayu apa lagi yang orang Cina mahu? Ini juga sudah pun dijawab beberapa orang Cina tertentu dan juga akhbar Cina. Mereka mahu kuota di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dihapuskan, biasiswa diberi mengikut kelayakan dan merit, tempat lebih banyak dalam perkhidmatan kerajaan, kenapa syarikat Cina saja dikehendaki juga dipegang 30 peratus Melayu, kontrak kerajaan jangan diberikan kepada Melayu saja.

9.0 Dengan itu Melayu sendiri sudah berasa amat gelisah dan tidak sedap hati dan berfikir apakah selama ini Cina dipinggirkan? Sebenarnya semua sepatutnya melihat persoalan ini secara rasional dan tidak harus digembar-gemburkan seolah-olah orang Melayu begitu ekstrem sekali hingga menyekat kedudukan masyarakat Cina.

10.0 Apa sebenarnya kedudukan mereka sekarang? Apa sebab Melayu masih mempertikaikan apa yang disuarakan orang Cina ini dan kenapa kini ada di kalangan Melayu memberi reaksi dengan menubuhkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

11.0 Tetapi dalam pada itu, penubuhan PERKASA juga tidak disenangi orang Cina kononnya mereka ini memperjuangkan keadaan yang mana bukan Melayu akan berterusan dipinggirkan hingga ada yang mengandaikannya sebagai satu perjuangan Quixotic, yang sia-sia seperti Mat Jenin, dengan mengambil cerita klasik Sepanyol, Don Quixote yang banyak berangan-angan tidak munasabah.

12.0 Sebenarnya, Melayu sendiri tidak pula mempertikaikan penubuhan pelbagai pertubuhan Cina, iaitu pelbagai Dong yang begitu lantang memperjuangkan kedudukan sekolah Cina dan lain-lainnya. Dalam pada itu, pertubuhan itu memberi gambaran orang Cina sepatutnya memasuki sekolah Cina saja.

13.0 Mereka ini seolah-olah tidak mahu wujudnya pergaulan antara kaum di sekolah. Sememangnya sekarang ini sudah tidak wujud lagi pergaulan sihat antara anak Melayu dan anak Cina khususnya apabila dilihat kedudukan jumlah murid di sekolah kebangsaan mengikut kaum. Jika ini berterusan apa akan jadi kepada negara ini?

14.0 Terakhir timbul pula soal kerajaan mahu semua peruncit yang menjual tiga barangan kawalan, gula, tepung dan minyak masak, dilesenkan yang dianggap sebagai sengaja mahu menyusahkan peruncit yang kebanyakannya terdiri daripada Cina. Mereka ini mempertikaikan keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

15.0 Ini disambut persatuan peruncit yang mengarahkan semua ahlinya memboikot jualan gula, tepung dan minyak masak. Ini pun sudah dijadikan suatu hal perkauman.

16.0 Dalam pada itu, wujud pula ancaman daripada mereka ini bahawa Cina tidak lagi akan mengundi BN pada pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan berterusan hendak mensyaratkan mereka mempunyai lesen jualan barangan itu.

17.0 Mereka berkata, ini akan hanya menyusahkan peruncit dan pegawai penguat kuasa kementerian berkaitan akan mengganggu mereka serta memberikan satu lagi jalan untuk rasuah. Sebenarnya ini tidak akan berlaku sekiranya peruncit benar-benar patuh dengan soal tidak menyorok barang atau melakukan yang bertentangan peraturan.

18.0 Apa pun sasaran mereka ialah mempersoalkan kehendak Melayu juga diberi peluang untuk menguasai 30 peratus daripada ekonomi negara ini, tidak tepat. Apa yang sepatutnya mereka persoal dan perjuangkan ialah menghapuskan sistem patronage dan kroni di mana syarikat yang tidak layak diberi kontrak atau di mana yang mendapat kontrak mengagihkannya (beri kontrak (sub) projek itu kepada kontraktor lain) dengan mengambil komisyen saja.

19.0 Ini tentunya akan menyebabkan kerja yang dilaksanakan tidak menepati mutu dikehendaki. Misalnya apabila sesuatu kontrak bernilai RM100 juta diberikan kepada kontraktor yang tidak layak menerimanya, dia akan subkontrakkan kerja itu kepada kontraktor lain dengan harga yang lebih murah, iaitu harga setelah ditolak komisyennya mungkin sehingga 20 peratus.

20.0 Maka projek yang sepatutnya bernilai RM100 juta kini dilaksanakan sebagai sebuah projek bernilai RM80 juta saja. Jadi bagaimana hendak menjamin projek yang berkualiti? Maka itulah timbul pelbagai kejadian di mana projek apabila siap ada saja masalahnya.

21.0 Sistem patronage inilah yang sepatutnya dihapuskan dan yang orang Cina juga patut perjuangkan. Sistem ini sepatutnya sudah dihapuskan dan kontrak sedemikian dilaksanakan secara terbuka dan telus. Demikian juga pemberian kontrak sepatutnya diberikan kepada yang layak dan yang boleh melaksanakan sesuatu projek itu dengan baik dan dengan mutu seperti mana diharapkan.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KedudukanMelayuberterusandipersoal/Article)

Buku Bertemu Ruas, Ahmad Maslan Sanggah Anwar


Buku Bertemu Ruas, Ahmad Maslan Sanggah Anwar
Jun 16th, 2010 | By administrator | Category: Dari Parlimen, Eksklusif

Oleh: KAMAL ZAILANI.

KUALA LUMPUR 16 Jun. – Cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanupulasi fakta dan angka di Dewan Rakyat akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila pertanyaan tambahannya, mudah disanggah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

“Hari ini detik bersejarah. Saya gembira dapat berdepan dengan Anwar. Kita sudah tidak tahan dengan penyelewengan fakta-fakta oleh pembangkang. Takkanlah Felda, satu agensi terbesar untuk bantu Melayu, nak tipu Melayu…buat apa,,’’ katanya kepada umno-online di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sesi soal jawab itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO memang cukup bersedia. Beliau lengkap dengan angka dan fakta untuk “berperang’’ dengan Anwar. Ahli parlimen Pontian itu dengan mudah menyanggah pembohongan dan cubaan menggelirukan fakta oleh Anwar.

Kerana persediaan yang lengkap itu, sesi yang dijangka hangat itu tidak “berapa menjadi’’ apabila Anwar hanya bertanya satu soalan tambahan…mungkin takut dimalukan!

Ahmad berkata , Ketua Pembangkang berterusan melemparkan pembohongan , antaranya Felda menipu peneroka mengenai duit Tabung Tanam Semula.

“Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula.

“Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya.

Menjawab tentang geran tanah, Ahmad menjelaskan, 65 peratus sudah dapat geran tanah. Apabila syaratnya cukup, maka sampailah geran tanah itu ke tangan peneroka.

Menyangkal tuduhan peneroka ditipu kerana pulangan tidak setimpal, Ahmad berkata, ia satu fitnah kerana Felda adalah satu-satunya agensi yang ada pendapatan minima RM1,000 sebulan. Kalau tak cukup, Felda bagi subsidi kepada peneroka .

“Anwar memanipulasi isu Felda Sungai Buaya. Memang asal ia penempatan Felda tetapi kemudian mereka keluar daripada Felda kerana ada yang hendak kaya cepat. Pun begitu, baru-baru ini kerajaan prihatin membantu, sungguhpun mereka bukan peneroka Felda,’’ katanya.

Ahmad turut menyanggah tuduhan pembangkang bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menjahanamkan Felda.

Menurut beliau, memang benar kedudukan tunai Felda pada 2004 ialah RM4.08 bilion. Tahun 2009 pula RM1.35 bilion, merosot RM2.73 bilion.

“Tapi yang pentingnya kita tidak songlap duit. Kita tak tipu peneroka. RM2.41 bilion digunakan untuk pelbagai pembangunan sosio ekonomi, latihan kemahiran, innsentif, produktiviti, insurans, prasarana dan macam-macam program untuk peneroka.

“RM2 bilion untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah tanpa riba untuk membesarkan 19,546 rumah peneroka., RM662 juta beli Menara Felda, depan KLCC, di kawasan segi tga emas KL yang pada 2008 nilai tanahnya RM 935 sekaki persegi sekarang RM1,400 ke RM 1,500 sekaki persegi,’’ ujar beliau,

Katanya, dana khas bantuan basmi kemiskinan di Sabah pula adalah sebanyak RM 253 juta.

Beliau berkata , semua peruntukan itu di gunakan untuk manfaat peneroka.

“Benar, tunai merosot RM 2.73 bilion tetapi yang penting pada ketika yang sama, harta sema Felda pada 2004 ialah RM9.17 bilion. Meningkat harta semasa dan bukan semasa Felda pada 2009 kepada RM15.37 bilion. Peningkatan RM6.2 bilion. Merosot tunai tetapi meningkat harta,’’ katanya membuatkan pembangkang tidak bersuara!

Mengenai tuduhan Felda menipu peneroka dalam kes yang dibawa ke mahkamah, di Kemahang Tiga. Ini jawapan Ahmad:

“ Kita belum kalah lagi, Felda bukan tipu peneroka tapi peguam bela Felda tak datang. Sebab itu kita kalah. Kes itu kini dalam rayuan semakan kehakiman. Kes ini belum selesai. Kita tak tipu peneroka. Masakan satu agensi terbesar untuk bantu Melayu nak tipu Melayu…buat apa,’’ katanya.

(sumber;http://umno-online.com/?p=11113)

Singapura Banjir








Singapura Tenggelam

SINGAPURA: Banjir kilat ekoran hujan lebat selama dua jam di tengah-tengah bandar raya negara ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut apabila kawasan letak kereta bawah tanah dan banyak kedai dinaiki air hari ini bermula pukul 9 pagi tadi.

The Straits Time Online melaporkan, kawasan yang paling teruk dinaiki air ialah Orchard Road dan persimpangan Scotts Road, bermula dari Paterson Road – kawasan lokasi Ion Orchard dan Menara Wheelock – sehingga kawasan Ngee Ann ditenggelami banjir setinggi hampir dua meter.

Bahagian bawah tanah Menara Liat dipenuhi air sehingga menjejaskan dan memusnahkan barangan di premis-premis seperti Starbucks dan Hermes.

Banyak kenderaan termasuk kereta terperangkap di tengah-tengah kawasan banjir selain pemilik kereta masing-masing terkandas dalam kenderaan mereka. Begitu juga penumpang-penumpang bas yang gagal ke mana-mana berikutan jalan raya yang tidak dapat dilalui.

Terdapat juga pokok-pokok tumbang di Buyong Road lokasi keluar dari Central Expressway Tunnel (CET) sehingga Ayer Rajah Expressway menyebabkan laluan tersekat. Sehubungan itu CET ditutup bagi mengelakkan kenderaan memasuki Orchard Road.

Selain itu kawasan yang turut terjejas termasuk Coronation Road West, Fourth Avenue, Kings Road, Kheam Hock Road dan Veerasamy Road menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 100 milimeter hujan turuun dalam tempoh dua jam itu.

“Jumlah hujan yang turun melebihi 60 peratus hujan yang turun secara purata dalam bulan ini,” kata agensi itu.

Agensi Air Kebangsaan (PUB), polis trafik dan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ditempatkan di kawasan-kawasan terbabit bagi membantu orang ramai yang terkandas dalam bah yang melanda.

Selain itu kerugian bencana alam itu sedang disiasat.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dengan melayari laman web www.nea.gov.sg atau hubungi talian hotline 6542 7788, selain melayari maklumat di Weather@SG – weather.nea.gov.sg.

Juga talian 24 jam PUB di 1800-284 6600 magi melaporkan sebarang kerosakan longkang atau keadaan banjir.Mstar

Dikirim dalam News & Politics

(sumber;http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/06/16/30798/#comments)

Monday, June 14, 2010

Isyarat kepada yang tidak hormati bahasa Melayu


Isyarat kepada yang tidak hormati bahasa Melayu

RAKYAT bukan Melayu negara ini termasuk juga pelbagai syarikat dalam negara berterusan saja memperlekehkan bahasa Melayu.

Terakhir ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat gigi yang terkenal dalam negara ini, ia itu Colgate. Syarikat ini sejak beberapa hari kebelakangan ini gah dengan produk terbarunya untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif.

Pada kotaknya tertera 'rujuk risalah dalam pek untuk maklumat terperinci'. Walau pun kenyataan ini kecil daripada keterangan dalam bahasa Inggeris ia masih boleh dapat diterima. Tetapi dari penggunaan bahasa Melayu ini berbanding dengan penggunaan bahasa Inggeris sudah cukup jelas menunjukkan sikap syarikat ini terhadap bahasa Melayu.

Tetapi apabila membuka pek ubat gigi itu dan melihat risalah yang disediakan di dalamnya mengukuhkan lagi kesangsian terhadap pandangan syarikat ini terhadap bahasa Melayu. Risalah yang disediakannya itu hanyalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Satu patah perkataan Melayu pun tidak ada dalam risalah itu dan menunjukkan betapa ia cuba mengabui orang Melayu.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada tindak tanduk syarikat ini? Apakah ia tidak menunjukkan bagaimana ia tidak sedikit pun menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Bukankah ia adalah bahasa negara ini yang sepatutnya sudah digunakan oleh seluruh rakyat negara ini.

Kalau pun ramai daripada rakyat bukan Melayu negara ini tidak menghiraukan penggunaannya, sebagaimana sepatutnya, hampir 70 peratus daripada rakyat negara ini sememangnya mendaulatkannya. Apakah isyarat yang hendak diberikan syarikat ini terhadap penggunaan bahasa Melayu?

Kalau beginilah sikapnya, apakah kita rakyat negara ini khasnya orang Melayu masih terus mahu menyokong produk syarikat ini? Umum mengetahui syarikat-syarikat seperti ini amat mementingkan keuntungan dan satu cara bagi kita menunjukan bantahan ialah dengan tidak membeli produknya.

Orang Melayu kini sudah mempunyai kuasa membeli dan semestinya menggunakan kuasa yang ada pada kita dengan berhemah, ia itu dengan memboikot saja produk mana-mana syarikat yang tidak menghormati kedudukan bahasa negara ini.

Sebelum ini pun, beberapa syarikat perumahan telah juga mengedarkan risalah mengenai rumah yang mereka sedang bina hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Yang menghairankan risalah-risalah itu diedarkan kepada penduduk sekitar Shah Alam di mana hampir 90 peratus daripada penduduknya adalah orang Melayu.

Sebelum itu, akhir tahun lalu salah satu syarikat pengeluaran syampu rambut pernah menyediakan iklan syampunya itu di eskalator pasar raya Tesco juga di Shah Alam hanya dalam bahasa Mandarin. Selepas ditegur iklannya itu sudah ditukar dengan tidak menggunakan apa-apa pun tulisan kecuali namanya sahaja yang ditulis dalam rumi.

Tidak berapa lama kemudian sebuah syarikat cermin mata yang juga di Shah Alam telah mengedarkan risalahnya hanya dalam bahasa Mandarin saja.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada sikap angkuh syarikat-syarikat ini? Apakah kini sudah ada semacam suatu usaha dari masa kesemasa untuk menguji orang Melayu terhadap penggunaan bahasa Melayu? Apakah syarikat-syarikat ini tidak tahu yang mereka beroperasi di Malaysia di mana bahasanya ialah bahasa Melayu. Bolehkah kita bayangkan mereka ini tidak menggunakan bahasa Thai di negeri Thai atau bahasa Jepun di Jepun.

Kalau demikian halnya kenapakah di Malaysia mereka begitu mudah perlekehkan bahasa negara ini?

Maka itulah masanya sudah tiba bagi kita rakyat negara ini khususnya orang Melayu menunjukkan perasaan tidak senang kita terhadap anasir-anasir begini dengan memboikot terus produk mereka. Tindakan begini saja yang mereka ini faham.

REJAL ARBEE

Shah Alam

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)

Friday, June 11, 2010

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA




1.Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk di Malaysia. Melayu adalah bangsa majoriti.


1.1 Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan keduadua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.

1.2 Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.

1.3 Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

2.Penjajahan di Tanah Melayu

a) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

b) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor

berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

c) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.

Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.

Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar.

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British. mengikut ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan

d) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam.

Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina.

Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi. Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini. Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.

e) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.

Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis.

Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun 1957 , British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahanya.

Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysian Malaysia”telah mula digunakan namun ia tidak begitu diterima pakai. Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.

4.Kesimpulan. Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

5.Bibliografi.

A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 2001.

Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985.

Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _ HYPERLINK "http://kassimahmad.blogspot.com/" __http://kassimahmad.blogspot.com/_

Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.

McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.

Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.

Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992.

Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996.

Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311356" _Abdul Monir Yaacob_ (Peny.) _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311304" _Kuala Lumpur: IKIM. 2000_.

Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford, California: Hoover Intitution Press. 1973. _

HYPERLINK "http://ilmu.ssl.sabah.gov.my/elmu/BriefDisplayRetriever.jsp?92395" _Saunders, Graham._ Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur: Longman, 1978.

Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. Syed Ahmad b. Syed Mohamad. _

HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid

224&mode=thread&order=0&thold=0" _Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk_. Oct 03, 2006 - 01:59 AM. _ HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules" __http://www.permaya.org/yaman/modules_

Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969.

Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

----
Sumber: nurreyes - www.scribd.com

(sumber;http://www.facebook.com/zm.azami#!/notes/hibatullah-yusof-al-haj/penjajahan-dan-kewujudan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/130315816987423)