Thursday, October 27, 2011

Perlantikan Zulkifli Nordin mantapkan Perkasa


Perlantikan Zulkifli Nordin mantapkan Perkasa
RABU, 26 OKTOBER 2011 22:01

PERKASA mendapat suntikan baru dalam kepimpinannya menerusi perlantikan Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu sebagai Naib Presiden.

Gandingan Zulkifli dan Presiden sekarang, Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa vokal dalam sidang Dewan Rakyat dikatakan akan menjadikan pertubuhan berkenaan lebih mantap.

Perlantikan Zulkifli untuk mengisi jawatan berkenaan dibuat menerusi usul tergempar oleh seorang ahli Dewan Tertinggi Perkasa Zahid Md Arip pada Perhimpunan Agung Perkasa di Kuala Lumpur Rabu.

Usul itu telah diluluskan sebulat suara.

Zulkifli yang kebelakangan ini kelihatan menyertai beberapa acara Perkasa turut hadir pada perhimpunan itu.

Perlantikan Zulkifli adalah bagi mengisi kekosongan salah satu daripada lima jawatan Naib Presiden ekoran perletakan jawatan Datuk Mokthar Samad tidak lama dulu kerana terikat dengan komitmen tugas lain.-26/10/2011

(sumber;http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/lantikan-zulkifli-nordin-mantapkan-perkasa.html)

Tuesday, October 25, 2011

Laporan audit dedah LPKP ambil masa lebih 700 hari selesai kes, aduan



KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

Menurut laporan itu, tempoh tersebut bermula dari tarikh tangkapan sehingga tindakan amaran, pembayaran kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen yang boleh diselesaikan dalam masa sehari.

Perkara tersebut dikesan menerusi semakan terhadap 486 kes tangkapan dari tahun 2008 hingga Mei 2010, menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, semakan juga mendapati LPKP mengambil masa antara 41 hingga 756 hari untuk menyelesaikan 123 daripada 257 aduan, yang mana bertentangan dengan piagam organisasi iaitu 30 hari bagi urusan pengendalian aduan.

Jabatan Audit Negara turut mendapati ada kelemahan lain dalam LPKP seperti tidak mengambil tindakan pendakwaan, prosedur kerja penguatkuasaan tidak dipatuhi dan pengurusan fail serta dokumen yang tidak teratur.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengesyorkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang ditubuhkan 31 Januari lepas bagi menggantikan LPKP di Semenanjung Malaysia, memperbaiki kelemahan LPKP tersebut bagi memastikan penguatkuasaan dan pengurusan yang cekap dan teratur. — BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Adab menggunakan Facebook dan rangkaian sosial


ARKIB UTUSAN : 13/10/2011

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

1.0 PENINGKATAN penggunaan Facebook atau 'buku muka' di kalangan rakyat Malaysia begitu mendadak.

2.0 Ia begitu ketara di kalangan remaja dan orang muda yang menganggap laman sosial itu suatu wacana baharu bagi meningkatkan jaringan komunikasi dan interaksi bersama rakan-rakan mereka merentasi sempadan antarabangsa.

3.0 Ketiadaan akaun laman Facebook dianggap ketinggalan dalam arus perdana teknologi maklumat serta dianggap ketinggalan zaman.

4.0 Kajian mendapati golongan remaja di negara ini menggunakan masa selama 19 jam seminggu bagi melayari Internet.

5.0 Setiap hari akaun Facebook dikemas kini dan kegiatan mereka dimasukkan seperti makan lempeng di kedai mamak atau bertugas menjadi juruacara di hotel terkemuka dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang tolong jemputkan emaknya di lapangan terbang.

6.0 Melalui maklumat tersebut segala pergerakan dapat didedahkan kepada orang ramai.

7.0 Sejak akhir-akhir ini terdapat individu yang cuba menodai laman tersebut apabila memuat naik status yang tidak sepatutnya dipaparkan kepada masyarakat umum serta rakan-rakan Facebook yang ramai.

Sebagai suatu contoh terdapat dalam kalangan suami isteri yang menggunakan laman tersebut untuk menyatakan kesetiaan kasih sayang hingga pengguna lain meluat membaca statusnya.

8.0 Keadaan akan menjadi lebih kritikal lagi apabila mereka turut menyatakan status masing-masing semasa mengalami krisis rumah tangga. Kisah pergaduhan caci-maki dimuatkan dalam Facebook masing-masing dan menjadi tatapan umum pula.

Justeru apabila keaiban sesama sendiri turut didedahkan dalam laman tersebut.

9.0 Penggiat Facebook, Norhasimah Mohd Noor dalam laman sosialnya turut menasihatkan pengguna Facebook terutama kaum wanita muslim mendapat izin suami sebelum menarima rakan-rakan lelaki. Ia bagi mengelak kecelaruan hubungan rumah tangga.

10.0 Pada pandangan saya bahawa teknologi maklumat dan Internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia jika ia dikendalikan dengan betul.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm)

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi


ARKIB UTUSAN: 13/10/2011

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)
," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm)

Sunday, October 23, 2011

Amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan oleh DATO' SALLEH MAJID


1.0 HAIRAN juga tiada reaksi terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed tentang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi. Tiada menteri, timbalan menteri, individu atau NGO yang bersetuju atau menyangkal kenyataan bekas perdana menteri tersebut.

2.0 Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020, tahun yang kita patut mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

3.0 Apakah ini maknanya bila kita mencapai taraf negara pendapatan tinggi, orang Melayu sudah terpinggir dan angka tersebut tercapai melalui bukan Melayu?

4.0 Apakah Dr. Mahathir menggunakan psikologi untuk melontarkan sesuatu yang boleh menyedarkan orang Melayu tentang perlunya melakukan sesuatu sebelum terlambat?

5.0 Apakah yang boleh menyedarkan orang Melayu hari ini? Bersatu antara UMNO, Pas dan PKR tidak mungkin.

6.0 Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.

7.0 Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvas supaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.

8.0 Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyen Bersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.

9.0 Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.

10.0 Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.

11.0 Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.

12.0 Kehilangan kuasa orang Melayu dalam negara ini bermakna negara ini akan terjual.

13.0 Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.

14.0 Golongan orang Melayu yang diberikan perhatian ialah golongan tertentu sahaja, mereka yang sudah ada entiti mereka dan hanya perlu diperbaiki berlipat ganda lagi. Yang lain tidak akan merasai usaha lipat ganda entiti ini.

15.0 Seperkara yang perlu pihak memerintah sedar ialah terdapat 3.9 juta pemilih yang belum mendaftar untuk mengundi.

16.0 Kalau kita andaikan 60 peratus daripada jumlah ini terdiri daripada belia dan remaja dan mereka ini lebih terikut dengan dunia siber, gosip dan fitnah yang tersebar merata dalam dunia blog, mereka tidak menerima perhatian media arus perdana.

17.0 Mesej yang ingin disampaikan kepada mereka tidak sampai dan mereka bakal membuat keputusan yang mungkin akan merugikan pihak yang sedang memerintah.

18.0 Hakikatnya orang Melayu sudah lemah dalam bidang ekonomi dan yang sedikit kuasa ekonomi yang ada ini kalau hilang juga dan kuasa memerintah pula hilang, orang Melayu akan jadi ibarat Red Indian di Amerika Syarikat tinggal di penempatan tertentu sahaja.

19.0 Kita sedar juga ada usaha gigih sedang dilakukan oleh parti pembangkang untuk menarik orang Melayu dalam usaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap parti mereka. Mereka berpendirian inilah 1Malaysia yang sebenarnya.

20.0 Tidak ada keharmonian dalam mana-mana masyarakat yang majoritinya sesuatu bangsa jika kedudukannya lemah dalam ekonomi dan politik.

21.0 Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.

22.0 Walau apa pun amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan begitu saja. Pihak yang sayangkan negara ini dan tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain - walaupun mereka mungkin rakyat negara ini juga - perlu mengorak langkah mengatur strategi, jangan heboh-heboh, bangunkan langkah yang konkrit dan suntikan semangat kepada orang Melayu keseluruhannya.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

terimakasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

Berikan ikan aku makan sehari... oleh DATO' SALLEH MAJID


1.0 BELANJAWAN 2012 kali ini memberikan habuan kepada pelbagai golongan. Tiada siapa yang boleh merungut mengatakan mereka tertinggal dalam menerima habuan.

2.0 Daripada murid sekolah kepada pemandu teksi semuanya menerima bantuan dan habuan.

3.0 Pegawai kerajaan menerima bonus dan yang berpendapatan bawah RM3,000 seisi rumah dapat bayaran sekali gus RM500.

4.0 Persoalan yang banyak dibangkitkan oleh ahli ekonomi tempatan dan asing ialah apakah kita mampu mencapai sasaran pertumbuhan 5.5 - 6 peratus (%) dan mengurangkan defisit daripada 5.4% kepada 4.7%.

5.0 Pandangan mungkin berbeza antara satu sama lain. Secara amnya kita semua tahu yang ekonomi dunia tengah tenat.

6.0 Presiden Bank Dunia sendiri mengatakan kita telah menempuh zon berbahaya ekonomi dunia. Rakan dagangan kita negara Eropah dan Amerika Syarikat masih lagi bergelut dengan masalah ekonomi masing-masing, cahaya di hujung terowong belum nampak lagi.

7.0 Jadi bagi kita yang bergantung kepada eksport terpaksa menerima yang eksport kita akan berkurangan dan terpaksa bergantung kepada permintaan domestik untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kita bertahan.

8.0 Walau bagaimana pun hutang isi rumah kita telah mencapai 74% dan hutang negara adalah 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

9.0 Pertumbuhan disebut-sebut oleh MIER ialah 4.7% dan RHB Research ramal sampai lebih rendah lagi iaitu 3.7%.

10.0 CIMB Investment juga meramalkan 3.8%, Maybank Investment 3.5-4% dan Bank of America Global Research setakat 4.2%.

Jadi siapa punya ramalan hendak kita gunakan?

11.0 Apa yang jelas ialah kita akan melalui suatu suasana yang tidak menentu yang walaupun kita berharap kepada sektor swasta untuk menyumbang ke arah program transformasi ekonomi, komitmen sektor swasta mungkin berkurangan kerana tidak berani meminjam berlebihan.

12.0 Ada juga pihak yang mengatakan belanjawan ini adalah belanjawan sebelum pilihan raya. Rasanya kalau Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan pada tahun ini, ia boleh mendatangkan mudarat, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

12.0 Kalau harga minyak tidak menentu pendapatan Petronas akan terjejas dan sumbangan kepada kerajaan akan terjejas juga.

13.0 Berita baik yang menggembirakan tentulah peneroka Felda yang bakal mendapat durian runtuh selepas Felda Global Ventures dan Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia pertengahan tahun hadapan.

Kita berharap pihak lain akan menerima layanan peluang sama adil.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm)

Video Ucapan Tan Sri Harussani @Himpun2011 Semalam



Mufti Perak beri peringatan



SEBAHAGIAN daripada ribuan peserta menghadiri perhimpunan mempertahan dan menyelamatkan akidah umat dan agama Islam di Stadium Shah Alam, semalam. – Mingguan/Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 22 Okt. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.

Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.

Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.

“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

by Panglima Perang Cyber at 4:39 pm
Labels: harussani himpun

(sumber:http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/10/video-ucapan-tan-sri-harussani.html)

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat


ARKIB utusan : 22/10/2011

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

1.0 KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

2.0 Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

3.0 Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

4.0 "Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

5.0 Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

6.0 Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

7.0 Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

8.0 "Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

9.0 "Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

10.0 Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

11.0 Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

12.0 "Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

13.0 "Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK ( 03-26163999 ) selepas waktu pejabat," katanya.

terimakasih(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)

Friday, October 21, 2011

Selamatkan Aqidah Umat Islam: Dr. RIDHUAN TEE




1.0 Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah. Percubaan untuk menghimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

2.0 Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.

3.0 Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. Saya difahamkan bahawa sekretariat HIMPUN telah berjumpa dengan beberapa orang mufti untuk memohon restu. Para mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

4.0 Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan padu ke atas niat murni ini, jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan negara tercinta, yang berasaskan sistem kenegeraan Melayu. Jangan biarlah negara ini menjadi Singapura yang kedua. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia mesti dipertahankan sehingga titisan darah yang terakhir. Jika tidak, kita akan menyesal dan dikutuk oleh generasi akan datang kerana gagal mempertahankan kalimah yang mulia ini.

5.0 Tujuan HIMPUN amat murni untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

6.0 Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

7.0 Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan. Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

8.0 Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.

9.0 Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang. Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan. Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

10.0 Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

11.0 Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan plan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda, adalah gereja terbesar di Asia. Itupun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukuplah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai sebagai Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?

12.0 Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu. Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

13.0 Dengan mengambil contoh bagaimana warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, para akademia dan pelbagai organisasi, telah bersatu suara dan tindakan, atas nama mempertahankan maruah dalam isu novel Interlok yang dianggap menghina kaum mereka. Hasil kesatuan ini, tuntutan mereka berjaya membuahkan hasil dan semangat bersatu padu inilah yang wajar dijadikan iktibar. Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi ‘hak eksklusif’ kepada umat Islam.

14.0 Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

15.0 Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan mem¬bina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

16.0 Menurut Pahrol Juoi, parti yang kuat tidak menjamin bangsa yang kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah yang melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita kerana Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku.

17.0 Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kao¬mintang yang begitu berjasa, ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan di mana-mana jua. Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

18.0 Di sinilah terletaknya ke¬matangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerja¬sama dengan mana-mana pihak, sama ada pihak NGO, parti politik (kerajaan atau pembangkang), organisasi kor¬porat dan sebagainya tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Yang penting matlamat tercapai, survival bangsa terjamin. Apabila mereka menjadi kuat, amat sukar untuk tergugat dan digugat. Akibatnya, kita terpaksa tunduk disebabkan oleh kekuatan mereka.

19.0 Titah Raja Nazrin agar Majlis Agama Islam di bawah payung naungan Raja-Raja Melayu berada di barisan hadapan bagi memenuhi peranan kritikal ini perlu dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Begitu juga titah Sultan Selangor yang mahukan peneraju dan kakitangan penguatkuasaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya jangan terus bersikap “mengalah” atau apologetik ketika berhadapan dengan sebarang percubaan untuk melunturkan akidah orang Islam.

20.0 Bukan Islam sengaja mahu mencabar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 dipayungi oleh Fasal (1) dan (4) Perkara 11 perlembagaan persekutuan tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada umat Islam. Sesungguhnya, tiada kompromi dalam soal akidah.

21.0 Pun begitu langkah preventif pada masa sama mesti diambil. Umat Islam tidak boleh terlalu dilekakan dengan hiburan. Akidah mereka mesti diperkemaskan dan diperhebatkan. Baru-baru ini saya menghadiri taklimat sebuah pertubuhan HIV/AIDS. Nampaknya, kita terlalu tunduk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sehingga soal istilah pun kita masih mengalah. Misalnya, istilah pelacur tidak boleh digunakan tetapi digantikan dengan pekerja seks. Seks selamat menggantikan istilah seks bebas atau seks luar nikah. Apa erti semuanya ini? Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.

22.0 Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi. Selamatkan akidah umat Islam!

Utusan Malaysia 17 Oktober 2011
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Posted By RIDHUAN TEE At 9:04 AM

terimakasih(sumber;http://ridhuantee.blogspot.com/2011/10/selamatkan-akidah-umat-islam.html)

Thursday, October 20, 2011

Mufti Perak, Tan Sri Harussani antara penceramah Himpunan Sejuta Umat



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga ulama berpengaruh yang mencadangkan undang-undang anti-murtad digubal adalah antara penceramah utama pada Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pengerusi bersama acara itu, Yusri Mohamad berkata, selain Harussani, beliau dan pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid, yang juga pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia, akan menyampaikan ucapan.

“Harussani adalah seorang daripada penceramah yang dijadual menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu. Kami berharap dapat menarik lebih 100,000 orang dari seluruh negara untuk datang ke stadium Shah Alam,” kata Yusri.

“Selain wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sarjana agama Indonesia Yusuf Mansur juga akan menyampaikan ceramah. Bagaimanapun, senator Ezam Mohd Nor dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin bukan antara penceramah yang disenaraikan walaupun kami telah menjemput semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil bahagian,” katanya kepada Malaysiakini.

Harussani adalah orang yang mencadangkan pembentukan undang-undang anti-murtad untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab menyebabkan umat Islam yang meninggalkan agama mereka. Katanya, penggubalan undang-undang itu adalah penting kerana gejala murtad ibarat virus yang menyerang umat Islam ketika ini.

Idea mufti Perak itu disokong oleh pelbagai pihak termasuk mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Himpunan Sejuta Umat itu selama empat jam itu dijadualkan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan “menyelamatkan akidah umat”.

Lebih daripada 29 NGO telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu. Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, dan Persatuan Ulama Malaysia.

Yusri berkata perhimpunan tersebut untuk mendapatkan sokongan semua umat Islam terhadap mereka yang cuba memurtadkan mereka.

“Itu sebabnya kita juga menjemput Pemuda PAS, Pemuda Umno dan Wanita Umno untuk menyertai bersama. Kita juga mengalu-alukan umat Islam daripada semua lapisan hidup untuk hadir, “katanya.



Sumber : MalaysiaKini

(sumber;http://himpun.org/harussani-antara-penceramah-himpunan-sejuta-umat)

HIMPUNAN SEJUTA UMAT

oleh: zul4kulim.blogspot.com

Salam 2 all.

1.0 Al-Faatihah!!! Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas pengesahan kematian perjuangan Islam PAS (kononnya) setelah mesyuarat PAS pusat malam semalam membuat keputusan tidak akan menyertai dan tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat anjuran bersama pelbagai NGO Islam dan umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan gejala murtad dan serangan terhadap aqidah dan institusi umat Islam di Malaysia; sebaliknya PAS lebih rela, redho dan syok bersekongkol dengan kaafir la'natullah dalam himpunan haram 09 Julai dan menjadikan kafir la'natullah sebagai rakan-kongkol dan kalipah himpunan haram itu.

2.0 Alasan yang diberi kaum Anwarinas cukup mudah. Mereka putarbelitkan konon penganjur yang tidak mahu parti politik terlibat. Sedangkan penganjur langsung tidak menghalang mana-mana parti politik untuk hadir. Malahan kalau dilihat senarai awal, Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Pusat disenaraikan sebagai turut menyokong Himpunan Sejuta Umat ini. Kalau ya pun tak mahu hadir sebagai parti, kerana apa PAS tidak buat kenyataan menyeru ahlinya hadir sebagai individu. Malahan arahan dikeluarkan kepada Dewan Pemuda PAS yang pada awalnya bersetuju hadir supaya mematuhi keputusan PAS pusat untuk tidak hadir! Bukankah ini sandiwara politik sahaja!

3.0 Kalau begitu, atas alasan apa PAS boleh buat keputusan bukan sahaja menyokong, malah berkempen siap dengan patwa menghalalkan himpunan haram 09 Julai. Sedangkan ianya himpunan haram yang dianjurkan jugak oleh NGO yang kebanyakannya kafir?

4.0 Begitu juga atas alasan apa PAS menolak menyertai himpunan yang diketuai oleh orang Islam, NGO Islam dan umat Islam? Sedangkan PAS rela, redho dan begitu ghairah menyertai himpunan haram yang diketuai oleh kafir harbi la'natullah yang disokong oleh NGO kafir harbi la'natullah saperti Bar Council?

5.0 Dan ada segelintir kaum Anwarinas menaburkan fitnah kononnya himpunan umat Islam ini didalangi oleh golongan tertentu untuk kepentingan politik. Siap ada yang fitnah dan tohmah konon teman sebenarnya dalang himpunan ini, walhal teman bukannya penganjur, walaupun teman menyokong penuh himpunan ini dan insyallah akan hadir bersama umat Islam nanti.

6.0 Kalau kaum Anwarinas boleh mempertikai niat ikhlas umat Islam mahu mempertahankan Islam serta institusinya, mengapa mereka langsung tidak mempertikaikan niat sebenar kaum kafir la'natullah yang mahu mengadakan himpunan haram 09 Julai. Langsung sepatah haram pun PAS tak pertikai, malah beriya-iya bersekongkol dengan mereka. Sedangkan terdapat bukti dan keterangan bahawa himpunan haram itu mempunyai agenda jahat mahu menjatuhkan kerajaan secara haram!

7.0 Dan dengan penuh bangga penganut fahaman pluralisma Anwar Ibrahim berkokok menyokong kebaculan dan kedayusan PAS untuk bersama umat Islam dalam Himpunan Sejuta Umat ini. Mana mungkin seorang penganut fahaman pluralisma mahu menyokong kesatuan umat Islam, sedangkan dia mempercayai semua agama sama!

8.0 Sebab itu, teman ucapkan takziah kepada kematian perjuangan PAS. PAS berjaya diperkudakan kaum Anwarinas sehingga menjadi hamPAS! Jangan kata nak laksana hudud, nak bersama umat Islam bersatu sebagai satu ukhwah perpaduan saperti yang diperintahkan ALLAH pun mereka tidak mampu sekarang. Pada teman, ahli-ahli akar umbi PAS harus sedar bahawa PAS sebenarnya sudah mati.

9.0 PAS sekarang tidak lebih daripada sebuah parti mayat hidup yang dengan penuh kesedaran dan redho meninggalkan perjuangan Islam dan bersekongkol dengan kafir harbi hanya untuk mencapai matlamat menduduki kerusi kekuasaan politik. PAS menjadi tidak lebih sebagai sebuah himpunan para politikus kalkatus yang terpedaya dengan kepalsuan cahaya mahkota Putrajaya sehingga akhirnya cahaya palsu itulah yang akan, dan sebenarnya telah pun membunuh dan mematikan PAS.

10.0 Sedarlah wahai saudara yang masih terpedaya dengan kepimpinan yang sudah sesat lagi menyesatkan ini. Kembalilah kepangkal jalan. Baliklah kepada Islam.

11.0 Kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat-marilah kita hidup dan mati sebagai Satu Umat yang bertuhankan hanya ALLAH Yang Satu!

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 ZulQaedah 1432
19 Oktober 2011

***************************************

Layari laman web www.himpun.org

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

SENARAI PENGANJUR BERSAMA

Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
Pimpinan Majlis Ugama Islam
Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN (website)
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN (website)
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
Gabungan Persatuan Silat
Gerakan-gerakan belia
Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
wakil-wakil rakyat beragama Islam
.. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

SENARAI PENYOKONG HIMPUN

Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website) (diarah tarik diri oleh PAS Pusat)
Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)
1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)
Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)
Islam Itu Indah | (website) (facebook)
BeautifulNara | (website) (facebook)
Nasyeed.com | (website) (facebook)

Kepada mana-mana badan NGO, persatuan, kumpulan-kumpulan di alam maya dan sebagainya merasakan survival Islam penting di negara kita ini, serta berminat untuk bekerjasama / membantu dari sudut kewangan atau logistik / menghebahkan kepada ahli yang dinaungi sila hubungi azrilhanafi7[at]gmail.com

*Parti Islam SeMalaysia PAS dalam kenyataan pada 19 Okt 2011 membuat keputusan tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat ini.

Oleh Zulkifli Noordin pada 3:09 PM
Label: Anwarinas, Himpunan Sejuta Umat, PAS

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2011/10/himpunan-sejuta-umat.html)

Monday, October 17, 2011

selamat hari lahir YB DATO HJ HUSAM MUSA


HUSAM MUSA JUGA POTONG KEK BIRTHDAY

Aku ingatkan orang PAS sambut harilahir buat majlis doa selamat, lepas tu duduk bersila makan masakan resepi Kelantan ramai-ramai. Rupanya serupa juga, depapun potong kek, "Secret Recipe" lagi. Mahal woo kek tu. Patut bila dah sokong BERSIH, jangan le potong kek, potong le pulut kuning, baru le KUNING!!!

14 Okt 2011 - Husam Musa 52 tahun.

(sumber;http://dtenggara.blogspot.com/2011/10/husam-musa-juga-potong-kek-birthday.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TenggaraIsSoutheast+%28TENGGARA+is+SOUTHEAST%29)
`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Biar Betul ! Husam Musa Sambut Harijadi Dengan Kek Secret Recipe.

Oleh: HHalem.


Bukan lah menjadi satu kehairanan jika menyambut Harijadi seseorang itu, samada secara berkek atau secara berdoa atau kedua-duanya sekali serentak.

Tapi bagi pemimpin tertinggi Pas Kelantan seperti Husam Musa yang senantiasa berada di limelight, di spotlight atau macam-macam lagi light, maka sebagai seorang public figure, ia amat menarik.

Happy Belated Birthday kepada Husam Musa !!

Pok Nick pernah juga bising-bising dan menyebut bahawa Rasulallah saw tidak pernah menyambut hari lahir.

Soo, macam mana Husam? Adakah kenyataan Pok Nick hanya menyebut fakta benar sejarah sepintas lalu atau mengutuk orang yang menyambut birthday berkek.

Apa lagi yang menarik nya? Cake Secret Recipe tu yang menarik perhatian.

Dulu heboh kek dari Secret Recipe ni mengandungi ramuan DNA Babi.

Semakan terkini dilaman halal.gov.my, di dapati tarikh luput pensijilan halal di merata-rata kedai francise Secret Recipe telah lama luput.


Terpulang lah kepada pembaca dan pengemar kedai Kek Secret Recipe untuk membuat penilaian kerana maklumat berada dihujung jari.

Ini kerana kita tidak mahu seperti pemimpin PAS yang selalu menyebut “saya tak tau pa-pa” dan pemimpin Pas selalu hipokrit.

Sebarang link kepada kepastian haram-halalnya ramuan-kek di alu-alukan.

Akhir kata, cerita bergambar Husam berkek diambil dari weblog TIS>

terima kasih(sumaber;http://hhalem.blogspot.com/2011/10/biar-betul-husam-musa-sambut-harijadi.html)

Monday, October 10, 2011

myMetro: 10 jenayah komersial utama

1. Penipuan pelaburan


Jumlah kerugian: RM61 juta(j)
Jumlah kes: 247
Modus operandi: Memujuk mangsa buat pelaburan dalam pelbagai perniagaan sama ada pertanian, jualan langsung atau bisnes Internet dengan janjikan pulangan lumayan.


2. Penipuan Afrika

Jumlah kerugian: RM24j
Jumlah kes: 774
Modus operandi: Mengaburi mangsa dengan menjadikan kenalan di laman sosial sebelum hantar bungkusan, perniagaan black money dan vaksin ternakan


3. Penipuan Macau
Jumlah kerugian: RM13j
Jumlah kes: 629
Modus operandi: Menyamar pegawai polis dan bank maklumat peribadi disalahguna bagi penipuan atau konon keluarga mangsa diculik sebelum diminta masuk wang ke akaun.


4. Toto
Jumlah kerugian: RM13j
Jumlah kes: 215
Modus operandi: Mengaku jual tiket nombor ramalan yang memenangi cabutan bertuah di akhbar.


5. Penipuan bomoh


Jumlah kerugian: RM5j
Jumlah kes: 174
Modus operandi: Mengaku pakar ubat mangsa dengan guna barang kemas atau wang atau batu azimat.


6. Internet/E-Dagang

Jumlah kerugian: RM3j
Jumlah kes: 1,300
Modus operandi: Membuat pengiklanan tipu dalam laman web dengan minta mangsa buat bayaran pendahuluan.


7. Jual beli barang murah
Jumlah kerugian: RM1.2j
Jumlah kes: 178
Modus operandi: Mengaku ejen menjual barang rampasan kastam atau tender dengan cara berjumpa mangsa atau iklan di laman web.


8. Kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) menang hadiah

Jumlah kerugian: RM0.95j
Jumlah kes: 354
Modus operandi: Mengirim SMS daripada syarikat gergasi seperti Shell, Celcom dan Petronas, memberitahu mangsa pemenang bertuah.


9. Gores dan Menang
menang

Jumlah kerugian: RM0.8j
Jumlah kes: 89
Modus operandi: Menipu konon mangsa menang hadiah lumayan sebelum meminta bayar wang tunai jika ingin menuntut hadiah.


10. Cek pintas
Jumlah kerugian: RM0.05j
Jumlah kes: lapan
Modus operandi: Mencuri cek dikirimkan pelanggan melalui pos sebelum menukar nama penerima dan nilai sebenar cek menggunakan bahan kimia kepada nama sindiket.

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Bomoh kelengtong
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kegiatan bomoh ‘kelentong’ turut tersenarai ‘carta’ 10 jenayah komersial paling banyak berlaku di negara ini, selain sindiket penipuan lelaki Nigeria, penyelewengan pelaburan dan cabutan bertuah Macau.

Dari Januari hingga Ogos lalu, 174 kes penipuan bomoh dilaporkan kepada polis dengan jumlah kerugian mencapai RM5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, berdasarkan jumlah kerugian mangsa, kegiatan bomoh ‘kelentong’ berada pada kedudukan kelima dalam senarai 10 jenis jenayah komersial di negara ini sepanjang tempoh sama.

“Jumlah kerugian paling banyak kes penyelewengan pelaburan membabitkan RM61 juta daripada 247 kes dan di tangga kedua penipuan lelaki Nigeria dengan 774 kes manakala jumlah kerugian mangsa RM24 juta.


“Secara keseluruhan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah kes dilaporkan membabitkan 10 jenis jenayah komersial ini 3,935 dan jumlah kerugian mangsa iaitu RM122 juta,” katanya kepada Harian Metro.


Mengenai jenayah bomoh ‘kelentong’ Syed Ismail berkata, pihaknya mengklasifikasikan penipuan itu kepada tiga jenis iaitu bomoh Cina, perubatan dan nombor ramalan.

Menurutnya, taktik penipuan bomoh Cina ialah memberitahu mangsa mendapat sial dan perlu menyerahkan barang kemas serta wang untuk upacara sembahyang bagi membuang sial.

“Bomoh perubatan pula menipu mangsa dengan meyakinkan mangsa mengenai kuasa yang ada pada sesuatu azimat seperti batu, tangkal dan sebagainya.

“Dengan kaedah tersendiri termasuk mencelupkan azimat itu ke dalam air hingga air bertukar warna, mangsa akan terpedaya dan membeli azimat itu dengan harga ratusan ribu ringgit,” katanya.

Menurutnya, bomoh nombor ramalan pula beroperasi dengan menghantar surat kepada mangsa dan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sebagai kos upacara sembahyang untuk memenangi perjudian nombor ekor.

“Sikap ambil mudah rakyat kita antara punca mereka menjadi mangsa selain kerakusan mengejar kemewahan tanpa mengambil kira risiko kerugian yang bakal dihadapi,” katanya.

Beliau berkata, biarpun taraf pendidikan masyarakat negara ini membanggakan, ia nyata bukan benteng kukuh untuk mereka menangkis ‘permainan’ penjenayah alaf baru yang lebih bijak memanipulasikan teknologi.

“Kalau dulu jenayah dilakukan secara terang-terangan dan dapat disabitkan kesalahan dengan bukti kukuh dan tepat, kini penjenayah hanya perlu duduk di rumah dan lebih menakutkan mereka mampu menjadi ‘pembunuh senyap’ yang mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, perkembangan teknologi maklumat dan siber membuka ruang kepada ‘penjenayah’ untuk tampil berani menggunakan pelbagai medium bagi merancang jenayah.


terimakasih(sumber;http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bomohkelentong/Article/ientongndex_html)

PM Kena Susur Akar Jumpa Pengundi Akar Umbi oleh A Kadir Jasin


THURSDAY, OCTOBER 06, 2011

1.0 SETELAH dua “posting” bercakap mengenai bersunat (masuk jawi) dan tandas dua era, izinkan saya menyentuh sedikit mengenai prospek Barisan Nasional, Umno dan Perdana Menteri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

2.0 Ada ramalan mengatakan PRU akan diadakan seawal April-Mei tahun depan atau pada penghujung tahun. Tetapi, semua sekata bahawa ia akan berupa PRU paling mencabar bagi BN akibat persekitaran politik dan ekonomi yang tidak merangsang.

3.0 Ramai yang menyokong atau bersimpati dengan BN berpendapat Mohd Najib Abdul Razak seolah-olah berseorangan dan keseorangan menghadapi ujian itu.

4.0 Jadi, kata mereka, beliau perlu segara turun ke padang, lembah dan luruh untuk berjumpa rakyat jelata, khasnya orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah.

5.0 Bukan turun macam dewata dari kayangan dengan segala adat istiadat dan dikepung para hulubalang sampai rakyat terpelanting dan terasing.

6.0 Bukan juga turun macam halilintar membelah bumi tapi hujan tidak turun dan bumi rekah dibakar kemarau seribu tahun akibat janji-janji yang mereka tidak fahami.

7.0 Turun menyusur akar berjumpa rakyat jelata bukan untuk mendengar cerita lama para panglima dan tuan-tuang perang parti yang berkata, segala-galanya OK tetapi Umno dekat-dekat KO pada PRU lalu.

8.0 Dan bukan juga perarakan jalanan berbas, berkereta atau bersampan ala-Obama yang lebih berupa sarkas media arus perdana daripada menemui rakyat jelata. Boleh naik bas, tetapi tengok jugalah bas jenis mana dan siapa yang Perdana Menteri bawa bersama.

Buktikan Yang Rakyat Diutamakan

9.0 Kalau betul rakyat didahulukan, dahulukanlah rakyat bila Perdana Menteri pergi berjalan-jalan. Bukan rombongan Umno Perhubungan, Umno Bahagian atau pegawai Kerajaan.

10.0 Dengarlah keluh-kesah rakyat bawahan – pesawah, nelayan, peniaga kecil dan Umno cawangan. Bukan cerita-cerita bermadu dan lagu merdu pegawai tinggi Kerajaan. Bukan cerita-cerita perebutan jawatan dan lobi hendak jadi calon negeri dan Parlimen.

11.0 Itu budi bicara dan hak Presiden Umno dan Pengerusi BN. Tapi kalau tidak berani buat keputusan dan hendak main selamat, janganlah cakap mengenai “winnable candidates”. “Winnable” macam mana kalau parti sendiri tolak seperti yang sedang berlaku kepada Koh Tsu Koon?

12.0 Tapi khabarnya hendak bertanding juga, kalau di Johor pun tidak mengapa. Memanglah Johor tidak mengapa sebab itulah pun negeri yang masih selamat. Yang sudah tidak laku itu, berhenti sajalah. Politik bukan kerjaya sepanjang hayat!

13.0 Kalau Mohd Najib hendak menang, hendak mendapat mandat sendiri, beliau kenalah pisahkan era beliau daripada era (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

14.0 Mandat sekarang bukan mandat beliau. Ia adalah mandat Abdullah. Cuma kerana tidak menang besar, Umno hilang sabar dan mereka tekan Abdullah supaya lekas-lekas beredar. Natijahnya, Mohd Najib wajib peroleh mandat yang lebih besar.

15.0 Seandainya beliau tidak berani atau terlalu bersimpati sehingga tidak sanggup menggugurkan beban era Abdullah sebelum PRU akan datang, pengundi tidak akan yakin yang beliau serius membuat transformasi. (Transformasi bukan istilah saya. Ia adalah antara kata kunci Pentadbiran Mohd Najib). Beliau mesti mengotakan janji merombak Kabinet sebelum adakan PRU.

Sokongan Melayu Faktor Penentu

16.0 Kalau orang Melayu tidak sokong, Umno akan lemah. Umno yang lemah tidak akan dapat meyakinkan orang bukan Melayu yang majoritinya akan terus mengundi Pakatan Rakyat kerana DAP.

17.0 Tanggapan bahawa Mohd Najib terlalu memihak kepada bukan Melayu dan elit liberal bandar tidak membantu meyakinkan penyokong terbanyak Umno di luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin dalam bandar.

18.0 Itu belum dikira lagi beban-beban sampingan yang sepatunya tidak ada yang datangnya daripada golongan dalaman – inner circle – daripada dalam rumah tangga kepada dalam Kabinet, dalam PMO, dalam sektor swasta sehingga penasihat-penasihat dalam dan luar negara.

19.0 Ramai daripada mereka, dengan izin, adalah lembu-lembu suci (terjemahan literal the sacred cows) yang tidak boleh disentuh langsung. “Wahyu” mereka amat ditakuti.

20.0 Susun sepuluh jari memohon maaf, sama benar, dusta atau persepsi semata-mata, cerita-cerita sebegini tidak membantu menyerlahkan imej Mohd Najib sebagai Perdana Menteri yang menguasai situasi.

21.0 Nada bahasa sebegini memanglah pedih dan hanya orang bebal, orang tidak cerdik atau orang tidak berkepentingan sahaja boleh mengucapkannya. Namun risikonya tetap ada.

22.0 Jadi, terpulanglah kepada yang empunya diri untuk menilai tulisan seperti ini sebagai kerja orang dengki, orang tak sedarkan diri dan orang iri hati atau sebagai peringatan yang mungkin, di sana sini, terselit sedikit kebenaran. Wallahualam.

Posted by A KADIR JASIN at 11:03 PM

terimakasih(sumber;http://kadirjasin.blogspot.com/2011/10/pm-kena-susur-akar-jumpa-pengundi-akar.html)

Friday, October 7, 2011

PEMBUKAAN SEMULA PENDAFTARAN LESEN KONTRAKTOR KERJA KELAS F ATAU G1 (BUMIPUTERA)


KENYATAAN MEDIA
Y.BHG. DATO’ SHAZIMAN ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA
PEMBUKAAN SEMULA PENDAFTARAN LESEN KONTRAKTOR
KERJA KELAS F ATAU G1 (BUMIPUTERA)


Latarbelakang

1. Kelas F merupakan kelas yang terendah di dalam pendaftaran Pusat
Khidmat Kontraktor (PKK) dan ianya sebagai satu platform permulaan
untuk kontraktor baru menceburi dan menimba pengalaman di dalam
industri pembinaan.

2. Pada 30 Mac 2005, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya
semua permohonan baru lesen kontraktor kerja Kelas F dibekukan kerana
jumlah kontraktor Kelas F pada masa itu terlalu ramai iaitu 35,000
kontraktor. Di samping tindakan pembekuan, beberapa syarat baru juga
diperkenalkan dan langkah penguatkuasaan dilaksana dengan lebih ketat,
menyebabkan bilangan kontraktor kerja Kelas F berdaftar pada Julai 2011
telah menurun kepada 28,982, iaitu pengurangan sebanyak hampir 20
peratus.

3. Menyedari akan harapan generasi muda yang berkelayakan teknikal
untuk menceburi industri pembinaan, Kementerian Kerja Raya telah
mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri untuk mengkaji semula
pembekuan pengeluaran Lesen Kontraktor Kerja Kelas F.

4. Hari ini, Kementerian Kerja Raya ingin memaklumkan bahawa
Jemaah Menteri semalam telah meluluskan cadangan Kementerian
Kerja Raya untuk MEMBUKA SEMULA SECARA TERKAWAL
pembekuan pendaftaran kontraktor Kelas F yang selepas ini dikenali
sebagai Kontraktor Gred G1(Bumiputera) di bawah Sistem Satu
Pendaftaran Kontraktor (1RoC) yang dikendalikan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
.

5. Kontraktor baru yang layak mendaftar di bawah gred G1
(Bumiputera) adalah terdiri daripada kontraktor yang menepati syaratsyarat berikut
;

i) Umur tidak melebihi 40 tahun. Pengecualian umur sehingga 50
tahun hanya diberikan kepada individu yang mempunyai
pengalaman kerja yang ditetapkan dalam bidang pembinaan;

ii) Mempunyai sekurang-kurangnya sijil kemahiran daripada institusi
latihan pembinaan atau kelayakan-kelayakan lain daripada
institusi pengajian yang diiktiraf atau pengalaman kerja dalam
bidang berkaitan selama 5 tahun;

iii) mempunyai modal berbayar sebanyak RM10,000 dan ke atas;
dan

iv) keutamaan kepada yang telah berdaftar dengan CIDB dalam gred
G1.

6. Adalah dijangkakan seramai 4,151 kontraktor gred G1 yang berdaftar
dengan CIDB layak dipertimbangkan untuk diberikan lesen gred G1
(Bumiputera) apabila pendaftaran dibuka semula.

7. Di samping itu, Jemaah Menteri turut meluluskan Program
Pengukuhan Kontraktor Bumiputera yang bertujuan mewujudkan kontraktor
Kelas F yang berdaya saing dan mampu meningkatkan keupayaan mereka
ke kelas yang lebih tinggi.

8. Kementerian Kerja Raya mendapati keengganan Kontraktor kelas F
untuk naik ke kelas yang lebih tinggi terutama kelas E adalah disebabkan
oleh faktor antaranya;


a. kadar keuntungan bagi projek yang ditawarkan kepada
kontraktor kelas F relatifnya tinggi (hampir 15% hingga 20%)
berbanding kelas-kelas lain;

b. Bilangan projek bagi kelas E adalah agak terhad; dan

c. sikap segelintir kontraktor kelas F yang menjadikan lesen ini
sebagai pendapatan sampingan.

9. Oleh itu bagi menggalakkan kontraktor Kelas F untuk naik kelas yang
lebih tinggi secara sukarela, Kementerian antaranya mencadangkan
pendekatan seperti berikut:


(i) Kemasukan pendaftaran kontraktor Kelas E dan D atau G2
dan G3 (Bumiputera) dihadkan dari kalangan kontraktor
Kelas F.


Walau bagaimanapun, kontraktor gred G2 dan G3 di bawah
pendaftaran CIDB masih boleh dibenarkan untuk memasuki
secara terus sebagai kontraktor bumiputera Kelas D dan E di
bawah PKK dengan syarat mereka memenuhi keperluankeperluan yang ditetapkan.

(ii) Pemansuhan kerja-kerja undi secara berperingkat

Untuk peringkat awal dicadangkan kontraktor gred G1
(Bumiputera) samada yang baru atau sedia ada akan diberikan
kerja undi bagi tempoh 3 tahun pertama sahaja. Selepas itu,
mereka tidak lagi diberi peluang menyertai kerja-kerja undi. Syarat
ini bertujuan untuk memastikan kontraktor tidak hanya bergantung
kepada projek-projek Kerajaan tetapi hendaklah juga berusaha
mendapatkan projek-projek swasta atau bekerjasama dengan
kontraktor kelas yang lebih tinggi yang ditawarkan kerja awam
atau pun swasta.

(iii) Tapisan Kelas F

Program tapisan ini perlu dilaksanakan untuk menentukan
ketulenan dan kesahihan kontraktor kelas F. Melalui program
saringan ini, dijangkakan hanya kontraktor-kontraktor yang
didapati kompeten sahaja yang akan diperbaharui lesen
pendaftaran mereka. Pendaftaran kontraktor kelas F akan
disaring secara teliti semasa pembaharuan dilakukan dengan
mensyaratkan pemilik hendaklah hadir sendiri semasa

permohonan pembaharuan tersebut. Melalui tapisan sedemikian,
hanya kontraktor yang benar-benar layak sahaja akan
diperbaharui manakala kontraktor yang tidak hadir atau tidak
memenuhi syarat-syarat pendaftaran PKK atau diklasifikasikan
sebagai dorman akan dicadang untuk ditamatkan dan tidak
diperbaharui lesennya. Walau bagaimanapun, kontraktor yang
ingin menukar pemilikan lesen kepada individu lain khususnya
kepada ahli keluarga terdekat seperti anak atau isteri perlu
menamakan individu tersebut sebagai rakan kongsi atau ahli
pengurusan syarikat terlebih dahulu dan bergiat aktif dalam
syarikat sekurang-kurangnya satu 1 tahun sebelum pemindahan
milik syarikat dapat dilaksanakan. Pemilik baru akan ditemuduga
bagi tujuan pendaftaran dan bidang kerja yang dimiliki.

sumber: (http://www.kkr.gov.my/files/KELAS%20F%20MUKTAMAD.pdf)
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Sistem_Satu_Pendaftaran_Kontraktor.html
http://www.kkr.gov.my/files/KELAS%20F%20MUKTAMAD.pdf
www.kkr.gov.my

Tuesday, October 4, 2011

BN Sudah Mula Kenal Pasti Calon Untuk Pilihanraya Umum



PARIS, 27 Sept – Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

“BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa…tidak boleh secara semberono,” katanya kepada wartawanMalaysiadi sini hari ini.

Muhyiddin yang diiringi isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman kini berada di ibu negara Perancis ini untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco), yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.

Beliau menarik perhatian bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat pada masa ini adalah amat mencabar dan memerlukan kebijaksanaan berikutan pengundi sekarang sudah matang dan membuat penilaian berdasarkan kewibawaan seseorang.

Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.
Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat
, katanya.

Muhyiddin berkata “calon yang boleh menang” yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bukan bermaksud semata-mata yang boleh menang tetapi turut memenuhi semua aspek yang dikatakan itu.

“Ini bermakna walaupun seseorang wakil rakyat itu pernah menang tanpa bertanding, tidak semestinya dicalonkan semula. Semuanya bergantung kepada tuntutan semasa,” katanya.

(sumber;http://umno-online.com/?p=46152)

Sunday, October 2, 2011

ORANG-ORANG KAYA DAN POLITIK – ROBERT KUOK DAN ANANDA KRISHNAN.

oleh rontogDAILY


1.0 Robert Kuok Hock Nien, orang paling kaya di Malaysia dan yang ke 33 terkaya di dunia. Majalah Forbes pada Mei 2011 menganggar nilai kekayaannya pada US12.5 bilion.

Apakah hubungan kekayaan dan politik di Malaysia?
2.0 Sejarah awal, keluarga Kuok memang rapat dengan golongan aristocrat dan bangsawan Melayu di negeri Johor. Bapa Robert Kuok, kerap bermain mah jong dengan Dato Onn Jaafar, presiden pertama parti UMNO.

2.0 Robert Kuok dilahirkan di Johor Baharu pada 6 Oktober 1923. Dia membesar dan bersekolah bersama-sama dengan anak Onn Jaafar, Tun Hussien Onn yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

3.0 Semasa di Raffles College atau Raffles Institution, Robert Kuok mengenali Tun Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Di Raffles College, Kuok juga rapat dengan bakal Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew. Tidak syak lagi, Robert Kuok tidak menjadi seorang jutawan semata-mata kerana nasib atau kebetulan. Sebaliknya kerana hubungannya dengan orang yang berkuasa.

4.0 Kuok lahir dan membesar bersama-sama mereka. Dia kenal orang yang berkuasa dan lebih mengetahui latar belakang mereka dan lebih memahami politik Malaysia dan Singapura.

5.0 Sebagai seorang yang bijak, Robert Kuok tidak pernah menjadi alat orang politik.

6.0 Sebaliknya dia adalah master kepada orang politik. Walaupun seketika terdapat konflik antara Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew, Robert Kuok tidak pernah memihak sehingga menjejaskan kepentingan pelaburannya di Singapura dan kedudukan perniagaan monopoli komoditinya di Malaysia.

7.0 Kuok mengawal 80% perniagaan gula di Malaysia disamping lain-lain komoditi termasuk kelapa sawit.


8.0 Sejarah Ananda Krisnan lebih menarik. Ananda adalah kawan rapat dan rakan perniagaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 60an dan 70an. Dia dikatakan orang yang menjadi penasihat kepada Ku Li sehingga tertubuhnya Petronas dan pemilikan kerajaan keatas perniagaan bijih timah.

9.0 Bila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, Krishnan terus mendapat tempat istimewa dengan dilantik sebagai pengarah Bank Negara pada 1982 dan pengarah Petronas pada 1984.

10.0 Walaupun berlaku krisis politik antara Dr Mahahtir dan Ku Li, Krishnan tetap rapat dengan kedua-dua mereka. Krishnan tetap mempastikan kebajikan keluarga dan anak-anak mereka dijaga dengan baik, jika bercuti keluar negara. Dia menyediakan hotel, penginapan dan menanggung semua perbelanjaan.

11.0 Ahli perniagaan dan jutawan lain yang rapat dengan Ku Li seperti Khoo Kay Peng yang terlalu menyebelahi Ku Li menerima padah setelah Ku Li tewas dalam pemilihan presiden UMNO 1987.

12.0 Seperti Robert Kuok, Krishnan tidak ada kepentingan politik sebaliknya menjadikan orang politik mempunyai kepentingan dengan mereka. Mereka menggunakan kuasa yang ada pada orang politik untuk menjadikan kehidupan orang politik lebih selesa. Dalam masa yang sama mereka mencipta kekayaan.

(terima kasih sumber;http://www.rontogdaily.com/wp/?p=2549)

Saturday, October 1, 2011

Melayu abad ke-21 oleh Saranan Salleh



1.0 DALAM perasmian Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang Melayu abad ke-21 bagaimana bentuk rupanya.

2.0 Orang Melayu abad ke-21 sekarang ini tidak lagi mengharap kepada pemberian kerajaan tetapi mampu bersaing dengan bangsa lain. Orang Melayu abad ke-21 tidak lagi perlu diberikan kuota seperti dulu. Orang Melayu abad ini boleh buat apa saja tanpa meminta-minta.

3.0 Inilah yang kita hendak. Malulah kita sekian lama kita orang Melayu dikatakan asyik menagih itu dan ini daripada kerajaan sehinggakan orang asing berani mengatakan penghalang kepada program transformasi ekonomi Najib ialah golongan ekstrem Melayu yang sentiasa membantutkan usaha kerajaan.

4.0 Memanglah kita tidak mahu jadi peminta di tanah air kita sendiri. Apa yang peliknya kalau kita lihat boleh katakan semua agensi kerajaan seperti SMC Corp, MARDI, FAMA dan beribu lain diketuai oleh orang Melayu. Begitu juga institusi kewangan seperti bank-bank kita kebanyakannya (bukan semua) diketuai oleh orang Melayu.

5.0 Begitu juga pegawai kanan kerajaan dan kebanyakan penjawat awam terdiri daripada orang Melayu.


6.0 Tetapi orang Melayu tetap ketinggalan kecuali mereka yang ada tali kabel besar dan berani. Tali kabel ini kita faham, its who you know rather than what you know. Berani ini maksudnya bila hendak melakukan rasuah. Orang bukan Melayu dia tak ada pasal nak suap sesiapa pun, dah jadi kebiasaan pada mereka.

7.0 Orang kita masih ada yang segan-silu, jadi bila lambat sangat beri jawapan projek pergi dekat orang lain. Budaya orang Melayu berjawatan enggan menolong orang Melayu semakin menular kerana semua orang nak kaya cepat.

8.0 Seorang kawan saya yang berpengalaman dan mempunyai rekod pencapaian yang baik sudah naik mabuk cuba mendapatkan pinjaman untuk syarikat penghasilan farmaseutikalnya. Untuk menjual di luar negeri misalnya dia dikehendaki menjual dalam negeri dulu. Untuk menjual dalam negeri dia kena dapat lesen dulu. Sampai sekarang sudah tiga tahun tak dapat lesen macam-macam halangan.

9.0 Begitu juga dengan kewangan. Sudah banyak institusi kewangan yang didekati. Ada yang berjanji macam-macam tapi sudahnya tak dapat apa juga. Ini orang yang ada kelayakan, pernah jadi penasihat kepada negara asing dalam bidang biomedikal tapi semua itu bak tak tengok. Inilah orang yang patut diberi sokongan bukan dia bawa lari duit pinjaman tetapi mentaliti orang yang bagi pinjaman masih lagi mentaliti zaman kuno.

10.0 Ramai yang menyalahkan Dasar Ekonomi Baru sebagai satu-satunya dasar yang menyebabkan macam-macam kesan termasuklah pelabur asing kononnya tak mahu melabur di negara ini.

11.0 Sekali lagi saya katakan tak ada apa salahnya dengan tujuan hendak menghapuskan kemiskinan tak kira bangsa, tak ada salahnya dengan membasmi keberkaitan sesuatu bangsa dengan sesuatu pekerjaan atau profesion. Apa yang dilihat oleh rakyat Melayu biasa ialah hanya orang tertentu saja yang dapat macam-macam kemewahan dan projek.

12.0 Dulu setiap syarikat diperlukan memberi 30 peratus kepada orang Melayu. Orang Melayu yang mana dapat saham tersebut terbitan demi terbitan. Rakyat Melayu biasa ini cubalah nasib dengan menghantar permohonan berganda moga-moga daripada 10 penghantaran satu dua terkena.

13.0 Mereka yang dapat berjuta-juta ambil pinjaman bank sementara tunggu hari penyenaraian dan jual di hari penyenaraian kerana nak bayar balik hutang. Sesetengah orang yang ada tali kabel baik punya dapat peruntukan berganda-ganda sampai ada yang mengeluh mengatakan tak tahu nak buat macam mana asyik dapat saham.


14.0 Begitu juga AP hanya dua tiga orang yang sama dapat berpuluh-puluh malahan beratus. Ada yang tak bayar duti import, kenakan kepada pengguna selepas pengguna membeli baru dibayar. Dah kalau dapat beribu AP tentulah boleh beli helikopter main golf hantar anak pergi sekolah.

15.0 Kalau cakap pasal projek pula, segolongan manusia yang rapat dengan orang tertentu akan dapat layanan istimewa. Ini semua orang Melayu tahu. Orang Melayu sedar jurang antara atasan dan bawahan semakin melebar.

16.0 Yang duduk sihat dengan projek bernilai berjuta, hantar anak belajar keluar negeri, melancong dan berehat di luar negeri adalah mereka yang ada hubungan dan berani. Cuba tanya kepada yang diamanahkan dengan berjuta saham kononnya, untuk UMNO mana perginya?

17.0 Kepada mereka yang sudah terpahat kedudukan mereka dan tiap-tiap bulan dah tentu ‘masyuk’, kita ucapkan selamat maju jaya. Mereka mampu menarik perhatian pihak berwajib untuk tidak melayan kerenah sesetengah golongan yang sentiasa membangkitkan soal ketidaksamaan di kalangan bangsa.

18.0 Mereka ini ingin menonjolkan diri mereka selaku mereka yang dianggap layak dan mampu berdayasaing dengan bangsa lain. Mereka yang bising-bising ini dianggap hama yang menganggu ayam sahaja.

19.0 Sekali lagi saya bangkitkan. Sejak RMK-1 hingga 9 kerajaan sudah belanjakan kalau purata kita ambil RM200 bilion satu RMK bermakna kita sudah belanjakan RM1.8 trilion. Kalau masukkan RMK 10 pula cukup RM2 trilion.

20.0 Soalnya siapa yang dapat? Bahagian orang Melayu sikit sangat. Tengok kondo dan rumah mewah yang naik macam cendawan di merata tempat siapa yang mampu beli. Tanah yang kerajaan punya dengan usahasama buat rumah mewah siapa yang mampu beli. Rumah dua tingkat mencecah sampai RM750 ribu. Orang Melayu mampu duduk?

21.0 Orang Melayu lihatlah keliling kita dan kita tahu siapa yang menguasai segala-galanya. Dalam bidang rantaian bekalan yang membabitkan pembelian, pengilangan, penggedungan, pemborongan, peruncitan, pengangkutan, penguasaan inventori, penguasaan maklumat segala bahan dan perkhidmatan dikuasai oleh bangsa lain.

22.0 Orang Melayu kena mengadap mereka untuk mendapatkan yang diperlukan daripada barang makanan kepada bahan binaan. Baru kerajaan hendak perkenalkan kedai rakyat, presiden Dewan Perniagaan China sudah bising peruncit Cina tutup kedai. Dia tak nampak yang Giant, Tesco, Carrefour dan pasa raya besar yang mampu memotong harga peruncit biasa.

23.0 Satu-satu rancangan yang telah memberi manfaat besar kepada orang Melayu ialah apabila Felda ditubuhkan. Beratus ribu keluarga miskin terdiri daripada petani dan nelayan diberikan peluang berubah kehidupan dan kesannya ke hari ini.

24.0 Kalau hari ini kita hendakkan orang Melayu mengubah cara hidup mereka, orang Melayu yang mempunyai kedudukan dan jawatan baik di sektor awam atau sektor swasta juga perlu berubah sikap.

25.0 Jangan mereka duduk di kerusi-kerusi empuk membuat keputusan yang mengecewakan kepada usahawan Melayu yang terkial-kial mendapatkan bantuan. Orang yang patut dibantu patut disiasat dulu latarbelakang dan keupayaan dan tengok sendiri operasi yang berjalan.

26.0 Jangan ditolak buta-buta tanpa sebarang siasatan. Bagi pada orang tak boleh buat salah orang yang beri bukan yang menerima. Kalau tak pernah bela udang jangan bagi projek ternak udang. Kalau tak pernah bela lembu jangan bagi projek bela lembu.

terima kasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)