Sunday, May 31, 2009

Bagaimana UMNO nak menempuh arus….


Sikap terlalu yakin, persediaan yang tidak rapi, lebih tertumpu kepada persaingan sesama sendiri dalam parti serta kebijaksanaan pembangkang menimbulkan isu-isu yang membawa persepsi negatif di kalangan rakyat adalah antara sebab mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-12.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata, kegagalan UMNO dan BN memberi tumpuan pada media interaktif juga, serta berinteraksi dengan golongan muda turut memainkan peranan penting dalam kegagalan PRU ke-12 itu.

Syed Hamid berkata demikian pada forum berjudul “UMNO Menempuh Arus” di ibu pejabat UMNO,PWTC, Jumaat, yang turut disertai Datuk Dr Ramlah Adam dan Datuk Ahmad Talib. Forum dipengerusikan Exco Pemuda Umno Datuk Pirdaus Ismail.

Menurut Syed Hamid, UMNO perlu membuat perubahan radikal dan setiap ahli parti perlu mempunyai keyakinan terhadap kemampuan pemimpin.

“Kini rakyat sedar mereka mempunyai alternatif dan kita mestilah berusaha menjadi lebih baik daripada alternatif itu. UMNO perlu ada strategi politik supaya orang Melayu terus setia dengan parti. Selain itu kita mesti mempunyai kumpulan pemikir untuk membantu mencari strategi untuk menang.”

Mantan Menteri Dalam Negeri itu, berkata berkata pembangkang juga bijak memusingkan isu ekonomi, bahasa dan sosial menjadi isu politik sehingga dapat menarik perhatian pengundi. Tetapi UMNO tidak mempunyai pakar untuk menangkis segala tohmahan itu.

Beliau berkata, pendedahan negatif yang keterlaluan di dalam media boleh membuatkan orang meluat terhadap pemimpin sehinggakan rakyat tidak melihat UMNO sebagai pembela bangsa.

Tokoh media, Datuk Ahmad Talib, menyangkal pendapat Syed Hamid yang mendakwa media memainkan peranan menentukan kalah menang sesebuah parti. Katanya, dalam pilihanraya sebelum PRU ke-12, UMNO menang kerana mempunyai calon yang hebat dan keberkesanan parti itu mempengaruhi pengundi dan bukan kerana media. Katanya, ahli UMNO dan BN, harus mendekati media baru seperti blog dan portal berita.

“Ada menteri yang mempunyai blog, tetapi blog mereka lebih banyak memuatkan ucapan berbau propaganda atau petikan akhbar. Lantas orang tidak berminat membacanya. Blog yang popular ialah blog yang mengupas isu kontemporari,” katanya.

Pakar sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam pula berkata, UMNO perlu membuang sikap angkuh kerana jika parti itu tidak berhati-hati, sejarah kejatuhan Melaka boleh berlaku kepada UMNO.

Beliau berkata, kebelakangan ini UMNO gagal mengawal parti komponennya sehingga mereka tidak menunjukkan kesetiaan dan berani melawan dengan mempertikaikan kontrak sosial, hak Melayu, kedaulatan Raja Melayu dan cuba membawa kembali nostalgia komunisme.

Dr Ramlah mencadangkan UMNO membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang.

Beliau turut menyarankan UMNO membenarkan golongan cerdik pandai dan cendekiawan diberi jawatan dalam parti bagi menarik minat lebih ramai golongan profesional menyertai UMNO. – 30/05/09

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8e828ac2-7f000010-96478e00-a3bdb08a)

Kenyataan Akhbar YB Zulkifli Noordin




KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN
KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kepada kenyataan beberapa individu termasuk Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang yang menyarankan agar ketua gerombolan teroris komunis Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.

Saya membantah cadangan tersebut kerana isunya bukan soal seorang tua yang mahu balik menghabiskan usia tua di Malaysia. Tetapi isunya adalah kerana Chin Peng membawa bersamanya sejarah hitam negara ini.

Kalau mengikut ukuran hari ini, Chin Peng adalah kepala teroris yang ditangannya bergelumang dengan darah rakyat Malaysia dari pelbagai kaum.

Yang menjadi mangsa teroris komunis pimpinan beliau bukan sekadar orang Melayu tetapi orang Cina, India dan lain-lain kaum. Ramai yang telah terkorban, ramai keluarga yang menderita.
Anak-anak menjadi yatim, isteri menjadi janda, ibubapa kehilangan anak, rumah dan perniagaan habis musnah, rakyat khususnya di kampung hidup ketakutan.

Saya masih ingat apabila pulang ke kampung di Baling di tahun 70an kami sentiasa sahaja ketakutan dan kerisauan. Cerita dan kisah teroris komunis datang ke rumah orang kampung merampas beras dan lain-lain. Siapa melawan pasti akan disiksa, atau dibunuh, dan rumahnya dibakar.

Saya juga masih teringat di tahun 70an bila teroris komunis mengganas termasuk mengebom tempat awam. Saya lihat sendiri bagaimana rakan-rakan bapa saya di pengkalan FRU5 Ipoh ditembak teroris komunis semasa bertugas di Simpang Pulai dipertengahan tahun 70an. Saya lihat bagaimana sengsara dan menderitanya keluarga mereka. Saya lihat tangisan anak-anak mereka meratapi ayah-ayah mereka iaitu rakan-rakan saya sendiri.

Bagaimana mungkin sejarah hitam keganasan teroris Chin Peng boleh dilupakan. Bagi saya mereka yang menyokong untuk mengembalikan beliau ke tanah air ini adalah golongan buta sejarah..ataupun buta hati perut.

Membenarkan beliau pulang dan tinggal dengan aman dalam negara ini adalah suatu penghinaan kepada ribuan rakyat pelbagai kaum yang telah menjadi mangsa beliau dan teroris komunis yang beliau pimpin. Janganlah kita sia-siakan nyawa dan perjuangan ramai anggota keselamatan yang terkorban dek kerana kerakusan dan keganasan Chin Peng. Membenarkan beliau kembali ke Malaysia samalah saperti kita kencing diatas kuburan para pejuang dan anggota keselamatan yang berkorban untuk keamanan negara.

Beliau adalah kepala teroris. Beliau tidak layak menjejak kaki ke bumi Malaysia ini walaupun sesaat, apatah lagi diberi tempat walau se inci. Beliau tidak pernah melahirkan rasa insaf dan sedar atas keganasan yang telah beliau lakukan. Kini beliau dan balaci-balacinya menagih simpati untuk menghabiskan usia tua kononnya di Malaysia.

Saya mendesak Kerajaan supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

Dan saya akan memberi sokongan penuh dengan pendirian tegas tersebut insyallah.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
Jumaat
04 Jamadil Akhir 1430
29 Mei 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2009/05/kenyataan-akhbar-tidak-kepada-chin-peng.html)

zmsegamat; Tahniah YB Zulkifli dan kita kena berhati-hati kerana ada di kalangan kita "musuh dalam selimut"

Saturday, May 30, 2009

Lori kontena untuk kemudahan UMNO





Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima sumbangan dua buah lori kontena berlogo UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi kegunaan logistik parti itu dari Kumpulan Bintang di perkarangan Menara Dato Onn sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie memberitahu Agendadaily sebuah lori kontena 40 kaki dan 20 kaki itu merupakan kenderaan pengangkutan bagi kegunaan logistik parti terutama bagi menghadapi pilihan raya disamping tujuan lain.

“Ianya dijangka akan digunakan untuk pertama kalinya di pilihan raya kecil Manik Urai Julai depan. Lori tersebut disediakan dengan pemandu dan segala penyelenggaraannya akan ditanggung oleh pihak syarikat,boleh digunakan pada bila-bila masa,” tambahnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Taiping berkata, “kenderaan itu akan membantu parti melaksanakan projek-projek kemasyarakatan dan lebih efisyen dalam gerak kerjanya.”

Turut sama di majlis penyerahan ringkas itu Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja Datuk Rauf Yusoff, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anggota Majlis Tertinggi UMNO.-29/5/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8dd98cc8-7f000010-96478e00-b7646c00)

zmsegamat; Terima kasih Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang, semoga 190 orang lagi Ketua-Ketua UMNO Bahagian UMNO di seluruh Negara akan mencontohi beliau, Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

Tuesday, May 26, 2009

Masih ingatkah kembali tentang 916 - Anwar jangan buat-buat lupa...





Tuesday, May 26, 2009

MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.

Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?

Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?

916 jangan kita lupakan kerana inilah lambang penipuan terbesar Anwar Ibrahim secara terang-terang dan ini juga telah memalukan ramai penyokong PR yang begitu taksub kepada kepimpinan Anwar Ibrahim . Yang jelas 916 adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu Saiful yang diliwat oleh Anwar selain dari siri-siri telenovela perlindungan di kedutaan Turkey. Jika dahulu Anwar begitu gah berkempen dan memberikan target 916 menjelang 16 Sept , hari ini kita ingatkan penyokong pembangkang mengenai tempuh yang sedemikian agar mereka mengingat kembali betapa mereka ditipu oleh pemimpin unggul mereka Anwar Ibrahim.

Inilah Anwar Ibrahim yang merupakan penipu unggul dan apakah Anwar akan dimaafkan begitu saja dengan penipuan beliau yang kahirnya disahkan apabila berlalunya 16 Sept. Tian Chua dan Elizebeth Wong , Saifuddin dan Fauziah yang berlakon ke Taiwan kerana menemui pemimpin BN akhirnya tersekat beberapa hari di sana kerana taufan yang melanda negara itu dan kesemua pemimpin BN telah keluar dari Taiwan. Seronok Tian Chua berbulan madu dengan Elizebeth di Taiwan beberapa hari, Elizebeth sememangnya kita ketahui akan tabiat beliau. maklumlah anak dara tua yang hanya title anak dara.

Jika Anwar begitu Gah dahulu dan begitu bangga hingga kembang kuncup hidung nya memberi ceramah dan bercerita dengan angkuh dan sombongnya bahawa adalah bakal Perdana Menteri. Berbulan lamanya beliau berangan -angan , Hari ini kita akan mengingatkan beliau , berbulan lama juga mengenai penipuan beliau agar beliau dapat merasakan perasaan malu terhadap pembohongan yang telah beliau lakukan.

Jom kita ingatkan penyokong mereka mengenai 916 Diharap dapat kerja sama rakan-rakan bloggers untuk menaikan logo ini di blog tuan puan.

Posted by Orang Batu at 2:40 PM

(sumber;http://raksasabn.blogspot.com/2009/05/masih-ingatkah-kembali-tentang-916.html)

Monday, May 25, 2009

Duda balik umrah 10 hari nikah janda


Haron dan Imah diarak menaiki motosikal dari masjid ke Balai raya di Kampung Sawah, Sunggala pada majlis kahwin mereka di Port Dickson, semalam.

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


Bekas tentera temu jodoh ketika kunjungi gerai makan

PORT DICKSON: Doa seorang warga emas berusia 78 tahun di depan Jabal Rahmah, Makkah, supaya dipermudahkan jodohnya, termakbul apabila selamat dinikahkan, di sini semalam, hanya selepas 10 hari menunaikan umrah.

Majlis pernikahan Haron Abdullah dengan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), Imah Abd Hamid, 49, berlangsung penuh meriah di Masjid Kampung Sawah Sunggala dengan bekas tentera itu menyerahkan wang hantaran RM3,000.

Selepas majlis akad nikah, Haron yang juga bekas ketua kampung berkenaan serta kini Penasihat Kelab Motosikal Jaguh Port Dickson, membawa isteri barunya menunggang Jaguh diiringi beberapa ahli kelab ke balai raya kampung itu untuk majlis jamuan.

Haron yang kematian isteri pertamanya 25 Januari lalu, berkata ketika menunaikan umrah awal bulan ini, beliau berdoa agar bertemu pengganti isterinya sebelum terpikat kepada Imah yang ditemui di sebuah gerai makan di kampung berkenaan.

“Ketika terpandang Imah, hati berdetik mungkin inilah jodoh saya. Hasil risikan mendapati dia kematian suami sejak dua tahun lalu. Imah juga mengenali saya, tetapi saya tidak pernah nampak dia sebelum ini," katanya.

Bekas tentera itu yang bukan saja masih sihat, malah aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di kampung itu dengan memegang jawatan Pengerusi Rukun Tetangga dan Tabika Kemas berkata, selepas berhubungan melalui telefon bimbit, beliau menyuarakan hasrat untuk hidup bersama Imah.

Haron yang mempunyai sembilan anak, 30 cucu dan dua cicit serta Imah yang dikurniakan empat anak hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini, dinikahkan oleh imam masjid, Kamaruddin Ibrahim.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090524060943/Article/)

Sunday, May 24, 2009

PAS KOMPROMI MAKSIAT KERANA UNDI











SYARIAH BUKAN LAGI KEUTAMAAN

Sejak bermuafakat dengan DAP melalui pengantaraan PKR, isu-isu seperti maksiat, arak, zina dan dadah bukan lagi menjadi isu-isu besar Parti Islam ini. Isu-isu tersebut sudah jatuh kategori kelas dua atau tiga.

Isu-isu utama kini adalah mendapatkan sokongan kaum lain sebanyak mungkin berdasarkan prinsip "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

Persamaan utamanya atau “common grounds” mereka adalah menumbangkan kerajaan BN dengan apacara sekalipun walaupun dengan harga agama dan bangsa. Apakah pengorbanan yang paling tinggi yang pernah dibuat kalau tidak mensyirikkan kalimah “Allah” untuk tuhan-tuhan dan kepercayaan yang lain.

Semua tuhan, batukah, kayukah, besikah, boleh pakai perkataan Allah !!. Masha Allah.

Semua kaum amat gembira dengan liberalisasi akidah politik PAS ini dan Insya Allah mereka akan mencapai matlamatnya. Undi akan bertambah. Semasa di Kuala SiPetang, dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, saya melihat gambar-gambar pemimpin PAS diletakkan di tokong-tokong Cina. Ini satu kejayaan besar buat Islam. Tokong masih macam tu juga cuma ada gambar Tuan Guru Nik Aziz. Sayang saya tak bawa Kamera, tidak memang saya rakamkan. Harganya? Tokong boleh pakai Tuan Allah !.

Tetapi “common grounds” hanya dapat bertahan selagi kuasa belum dapat ditangan. Itu sebabnya Pakatan Rakyat tidak berani menyenaraikan senarai kabinet bayangan mereka. Akhirnya perbedaan akan terjelma juga. Waktu itu yang akan berlaku adalah kehilangan keseimbangan kuasa. Dalam konteks Malaysia berbilang kaum, kacau.

Dalam masa PAS-PKR-DAP berusaha berterusan untuk berpolitik menjatuhkan BN, mereka jangan lupa bahawa mereka sudahpun menjadi kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Kelantan. Perak tengoklah keputusan mahkamah. Kerja dan janji semasa pilihanraya perlu dilaksanakan. Mereka juga dinilai rakyat.

Ramai yang bertanya apa perubahan yang telah rakyat perolehi dalam kawasan-kawasan yang dikuasai PAS-PKR-DAP?. UMNO memanglah hancur semua. Tidak ada satupun benda baik yang pernah mereka lakukan. Semuanya perkauman, kezaliman dan rasuah. Jadi benda baik yang PAS-PKR-DAP buat pada rakyat kawasan masing-masing apa dia??

Bagi PAS yang dulunya mahukan hukum syariah mana dia?. Penjualan arak masih juga dijual secara terbuka. Mana dia iklan papan tanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan.?

Bukankah kuasa PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan di bawah penguasaan kerajaan negeri? Mengapakah cadangan Mohd Termizi Ismail seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta aktivis PAS tidak jadi dibentangkan dalam mesyuarat MPK pada 26 November yang lalu?

Jawapnya ialah politik, nothing to do with Islam.

Betul ke semua kaunter penjualan arak di bawah PAS dengan kerjasama Pakatan Rakyat telah dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.

Sudah ke dibuat pemisahan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam.

Jangan diharapkan kilang-kilang arak di Selangor supaya ditutup kerana mereka akan memberikan alasan mereka tiada kuasa. Bagaimana penjualan di 7 Eleven, kedai runcit, pasar mini, kedai makan secara terbuka dan kiosk stesyen-stesyen minyak?

Parti politik manakah yang menguasai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang baru-baru ini terkenal sebagai premis judi internet atau syurga bagi kaki judi di Pandan Perdana dan Pandan Indah. Mana dia wakil-wakil rakyat PAS-PKR-DAP ? Mungkin juga mereka sibuk dalam kemelut politik di Perak jadi terlepas pandang akan perkara-perkara kecil seperti ini.

Mungkin juga kerana ada usul fiqh yang baru dijumpai dari Taha Jabir al alwani atau Yusuf Qadhawi..Dalam muktamar PAS pun perkara-perkara seperti ini tidak lagi kedengaran. Kejayaan Anwar mengenalkan PAS kepada dunia !!..

Pernah kita dengar PAS-PKR-DAP melalui kerajaan yang dikuasainya berbicara masalah Mat Rempit, ragut dan mengujudkan kerjasama rakyat dikawasannya membentras masalah yang membimbangkan ini?

Yang saya pernah dengar ialah bagaimana ingin mengenepikan penyokong-penyokong dan simpatisan UMNO dalam pemilihan jawatankuasa masjid, JKKK dan tender-tender perlupusan sampah untuk diberikan kepada penyokong-penyokong parti mereka pula.

Kata seorang Exco Selangor, “dulu giliran kamu, sekarang giliran kami pula setelah sekian lama menunggu..” Jika demikianlah kenyataannya, apa beda dan istimewanya mereka berbanding dengan UMNO. Pepatah Inggeris pernah berkata, “You can change the saddle, but it is still the same donkey!”. Baju atau warna bertukar, perangai lagu tu jugak..

Sekurang-kurangnya korupnya UMNO dan BN setelah lebih 50 tahun berkuasa, tetapi dalam Pakatan Rakyat korup, skandal, bogel, bersekedudukan, anak haram, liwat, serta memulakan politik lompat hanya dalam tempoh satu tahun mereka berkuasa??. Wow, that is really a good start !!.


Posted by fuhas at 3:08 AM

(sumber;http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/05/pas-kompromi-maksiat-kerana-undi_21.html)

komen zmsegamat;

Itu lah asam garam dunia politik, matlamat menghalalkan cara,

Saturday, May 23, 2009

Hindari Hindraf







Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

Apabila Parti Komunis Malaya (PKM) diharamkan ahli-ahlinya diketahui sebagai penentang kerajaan amat dimusuhi rakyat. Rata-rata rakyat membenci para komunis kerana mereka bukan sahaja musuh pasukan keselamatan tetapi juga musuh rakyat amnya kerana menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Kegiatan para komunis bukan sahaja menjejaskan usaha-usaha membangun dan memajukan negara selepas merdeka, tetapi juga merencatkan semangat setia kawan dan perpaduan di kalangan rakyat majmuk di negara ini..

Bagitu juga, apabila pergerakan Al-Arqam pimpinan Ashaari Muhamad diharamkan, para pengikutnya tidak lagi mendapat tempat dan sokongan daripada orang awam mulai pudar. Para pemimpinnya juga ‘dibersihkan dan dicuci dengan berus dawai.’

Walaupun ada usaha-usaha untuk ‘menghidupkan’ kembali pergerakan berteraskan Islam tetapi menyimpang daripada ajaran sejatinya, ketegasan dan kesungguhan pihak berkuasa telah membendung usaha itu.

PKM pula kini hanya tinggal sebasgai bahan sejarah yang dibaca oleh para pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah.

Bagaimanapun, agak berbeza daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) setaraf dengan PKM dan Al-Arqam yang diharamkan, mendapat tempat di dada media dan orang ramai pula bebas menggerakkan pertubuhan haram itu.

Hindraf boleh lakukan apa sahaja termasuk memberi kata dua kepada kerajaan atau mengadakan sebarang kegiatan haram.

Kenapa pelbagai usaha digerakkan untuk memupuskan PKM dan melumpuhkan Al-Arqam sedangkan Hindraf masih berleluasa? Itulah persoalan umum yang menjadi tajuk di kalangan orang awam yang ternanti-nanti akan jawapannya.

Pihak kerajaan termasuk polis telah memberikan pelbagai amaran kepada Hindraf termasuk menyumbat para pemimpinnya ke dalam sel tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Bagaimanapun amaran-amaran pihak polis itu bagaikan dilihat sebagai sidang akhbar biasa untuk mengumumkan sesuatu sahaja.

Mereka tetap mengadakan perhimpunan jalanan dan apabila direstui dan diapit oleh para pemimpin parti pembangkang, mereka semakin berani termasuk telah menggunakan Bangunan Parlimen sebagai medan perjuangan haram mereka.

Perhimpunan dan perarakan jalanan seperti yang diadakan pada 25 November 2007 adalah bukti ‘kejayaan’ mereka. Hindraf yang disertai dan direstui pihak parti pembangkang berjaya menghuru-harakan ibu negqra Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan berhampiran di sekitar Selangor.

Kesesakan lalulintas berlaku di seluruh Lembahh Klang, keganasan berlaku di ibu kota dan kegiatan pelbagai pihak tergendala, tetapi Hindraf pasti ketawa riang kerana berjaya menghuru-harakan keadaan khususnya mengakibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menambah anggota dan waktu bekerja untuk menangani masalah tersebut.

Kini, selepas para pemimpin Hindraf dilepaskan dari tahanan ISA, pergerakan haram itu bagaikan mendapat ilham dan lampu hijau untuk kembali berhimpun secara gelap di jalanan hanya semata-mata menyatakan sokongan kepada Penasihat Undang-undangnya B. Uthayakumar yang enggan menemui Lembaga Penasihat ISA , kelmarin.

Pergerakan itu memberi kata dua kepada pihak polis atau kerajaan iaitu tarik balik arahan itu atau hadapi perhimpunan haram yng akan mereka lakukan.

Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri telah berkali-kali bertukar selepas mereka berkali-kali pula memberi pelbagai amaran kepada Hindraf tetapi tidak pernah dihormati dan digeruni.

Begitu juga dengan nasihat dan amaran keras polis yang diambil mudah sahaja - tanpa sedikitpun merasa bersalah kerana menyulitkan kehidupan rakyat khususnya di Lembah Klang di samping memberi imej buruk kepada negara luar yang memungkinkan memudaratkan pula ekonomi negara.

Bagi Hindraf, apa yang penting hanyalah perasaan para pemimpin mereka. Apabila para pemimpin yang terdiri daripada para peguam ditahan di bawah ISA, kerajaan didakwa telah menahan mereka secara tidak sah. Bagaimanapun, sejak sekian lama tahanan yang terdiri daripada bukan pengamal undang-undang ‘disekolahkan’ di Kem Kamunting, tidak pula diendahkan.

Pemimpin Al-Arqam tidak pernah memberi kata dua kepada Ketua Polis Negara, jauh sekali menjadi punca huru-hara jalanan, tetapi Hindraf boleh lakukannya.

Sudah sampai masanya bagi pihak kerajaan dan polis mengkaji semula kedudukan pergerakan haram ini di samping terus bertindak terhadap Hindraf tanpa menunggu huru-hara berulang gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab pergerakan haram yang didalangi para politik pembangkang itu.

Amaran, hatta kata dua sekalipun sudah tidak sesuai lagi bagi mengendalikan Hindraf.

Jika kerajaan boleh mengeluarkan begitu banyak belanja serta menggembleng tenaga dan usaha untuk mengatasi masalah mat rempit atau samseng jalanan, kenapa tidak tindakan yang sama diperkukuh untuk menghindari Hindraf yang pastinya suatu hari nanti boleh menjadi pencetus perbalahan seperti peristiwa 13 Mei 1969 jika langkah berani tidak dimulakan sekarang!

Menghindari Hindraf bermakna membina perpaduan dan keharmonian rakyat.-22/5/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_65664072-7f000010-96478e00-69f782ef)

"Bumi status for all Malaysians born after 1957"



A Hindraf idea. A leader of the Hindu Rights Action Force (Hindraf) says he will propose to Najib Razak that the government accords "Bumiputra status to all Malaysians born here after August 31, 1957 to dismantle racial barrier".

M. Manoharan thinks such a move might give the PM's One Malaysia slogan of unity a chance of bearing some fruit, as it would be the first step towards recognising all citizens as equal Malaysians.

I think it's an idea all Malaysians would want to discuss. Pasquale thinks it's a gem of an idea.

"The way I see it this country should have always been about the Malays and the Bumiputras, and those who were born after independence should not have to fight for what is rightly theirs..".

I'll say cheers to that!

Read on here and say what you feel.



Thursday, May 21, 2009

Yes to Bumi status for all Malaysians born after Independence!
Manoharan



BINGO!
Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader M. Manoharan has come out with a gem of an idea and I have to totally agree with him. He proposed all Malaysians born after August 31, 1957 be accorded a Bumiputra status. He also said this will give more meaning to Prime Minister Najib Razak's One Malaysia concept a chance of bearing some fruit!

After all this country has always been about the Malays and Bumiputras!

Manoharan said in an interview with a news portal said that:"I want to meet the prime minister to propose that we accord Bumiputra status to all Malaysians born here after August 31, 1957 to dismantle racial barrier."

He also said that such a move might give the PM's One Malaysia slogan of unity a chance of bearing some fruit, as it would be the first step towards recognising all citizens as equal Malaysians.

Manoharan also stressed that recognising the sensitivities surrounding Bumiputra status, he explained that it was not meant to impinge on the constitutional rights and privileges of Malays

“The constitution enshrines the rights of Malays, not Bumiputras, so they can still continue to enjoy their special status. I am not trying to take it away from them,” he said.The way I see it this country should have always been about the Malays and the Bumiputras, and those who were born after independence should not have to fight for what is rightly theirs.

In Malay we called it "Tanah Tumpah Darah Ku", or in a land where mothers gave birth to their sons and daughters on this blessed land that is now called Malaysia! Every child that was born on or after that year must be made to feel this is their home, otherwise the pain that their mothers have to endure to bring them to this world now called Malaysia will be in vain, and that every child will be full of anger when the suffereing of their mothers that is not recognised!

I do not want to talk about my childhood upbringing in what I perceived as in a true multi-racial setting, it gets boring after a while when someone always brought up the subject of how Ali, Ah Chong and Mutthu grew up happily together. The question is what have we done lately?!

The truth of the matter is that along the way we somehow got lost in the woods! Yes, we got lost somewhere along the way but the difference now is that we have a new Prime Minister that can help us find our way back again and the least we can is to give him a chance to show that he can find a way out!

I do hope Manoharan can get to see his Prime Minister and to explain and to articulate with what he thought to be a damn good idea! I think it is.Having said all that and about my only dream before I end my fantastic journey is to be able to swear at Ah Chong and Mutthu in the same language that they will swear at me.

When that happens then I know that we have bonded as one people when we can do that in a common language.But before that we have to learn that one "language" and we also have to do a lot of soul searching and healing and to open our heart for more positive suggestions, and Manoharan if you are truly sincere, your suggestion gets my full support and I hope the PM can also see your wisdom! Yes the healing must start now!

Cheers!
Posted by Pasquale at 8:27 AM

(sumber;http://barkingmagpie.blogspot.com/2009/05/yes-to-bumi-status-for-all-malaysian.html)

komen zmsegamat;


Keputusan PRU 2008

N48 KOTA ALAM SHAH

Jumlah Pengundi: 24,168

Peratusan Kaum: Melayu:17.1% Cina:58.1% India:23.3% Lain-lain:1.6%

1. M. Manoharan (DAP) (12,699)
2. Ching Su Chen (BN) (5,515)

Majoriti: 7,184
Jumlah undi: 18,425
Peratus mengundi: 76.24%
Undi rosak: 211
Penyandang: Ching Su Chen (BN)
(Majoriti: 2,743 undi)

Tahniah kepada pengundi-pegundi Melayu dan Bumiputera yang telah mengundi
YB M. Maoharann semasa pilihanraya umum yang lalu.

Wednesday, May 20, 2009

DAP tawar MB kepada saya...PKR main politik kotor





Oleh: HANAFIAH MAN

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut

SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini).

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Siri Satu: 11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh, Nizar ikut aje




Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.



Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – 19/5/2009



Printable Version | Email to a Friend

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Fikirkan kedudukan Melayu sewaktu gubal dasar negara


ARKIB : 19/05/2009

TULISAN Awang Selamat bertemakan "Jagalah Hati Melayu" dalam Mingguan Malaysia kelmarin sepatutnya direnung bukan sahaja oleh pemimpin UMNO tetapi seluruh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Bagi Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM), tulisan itu merupakan satu anjuran yang berani dan ditunggu-tunggu oleh orang Melayu. Harapan kami terlalu menggunung agar pemimpin UMNO tidak melupakan saraf tunjang politik BN dan Malaysia iaitu kaum Melayu.

KPPM bersetuju bahawa kebimbangan Awang Selamat itu amat berasas. Pernah diberitakan pada suatu ketika, Allahyarham Tun Razak membuat penegasan bahawa "tidak semua yang baik untuk Melayu itu baik untuk negara, dan tidak semua yang baik untuk negara itu baik untuk Melayu".

Dalam memahami pengertian yang cuba dibawakan oleh Tun Razak tersebut ke dalam situasi politik negara hari ini, KPPM senada dengan Awang Selamat. Orang Melayu perlu dirundingi secara tersurat dan tersirat dalam apa-apa penentuan dasar dan hala tuju yang ingin dibawakan oleh kepimpinan baru UMNO.

Sudah pastilah kenyataan Awang Selamat itu perlu difahami sebagai tidak bertentangan dengan semangat perubahan semasa yang ingin dibawakan oleh saf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti mana Awang Selamat yang berhujah mengenai berkurangnya sokongan bukan Melayu pada pilihan raya kecil, rekod penyelidikan KPPM juga menunjukkan hal yang sama. Keadaan ini bukan dicirikan oleh perkauman tetapi disebabkan manfaat ekonomi.

Untuk menjelaskan keadaan ini, eloklah sekiranya diberikan contoh peranan UMNO dan Pas di negeri Kelantan berbanding peranan parti-parti bukan Melayu sama ada dalam pakatan pembangkang mahu pun BN dalam tata permainan politik semasa.

Di Kelantan, ada pandangan mengatakan UMNO lebih selesa berada dalam keadaan tewas berbanding menang. Alasannya disebabkan "saluran ekonomi" kepada penggerak di peringkat bahagian dan cawangan akan lebih terfokus berbanding sekiranya UMNO menang di peringkat negeri.

Bagi Pas Kelantan pula, mereka tetap selesa dalam keadaan menang apabila bantuan dari kerajaan Pusat dalam bentuk kewangan tetap diteruskan dalam usaha memujuk rakyat negeri itu.

Itulah resipi kekalahan UMNO dan kemampuan Pas bertahan hampir 20 tahun di Kelantan. Jika dibandingkan, peranan berkenaan tiada bezanya dengan parti-parti dominasi Cina atau India pada masa ini.

Dalam apa pun keadaan, mereka mengandaikan mereka akan dilayan dengan istimewa oleh kerajaan BN atas dasar keperluan ekonomi mereka akan sentiasa dipenuhi. Siri pilihan raya kecil telah membuktikan fakta ini. Tanpa membezakan kedudukan parti bukan Melayu sama ada dalam pakatan pembangkang mahupun BN.

Pada pandangan KPPM, sudah sampai masanya UMNO memilih jalan tengah, iaitu kembali ke perjuangan asal.

Hentikan pujukan. Sesekali cuba kaedah 'tumbukan' pula. Atau tukar strategi, lebih pujukan kepada Melayu sebagai saraf tunjang dan sesekali beri 'tumbukan' kepada parti politik bukan Melayu. Lihat implikasinya dan bandingkan dengan keadaan UMNO semasa yang seolah-olah menghadapi dilema terlalu besar dalam menentukan arah tujunya.

Akhirnya elok sekali lagi direnung tulisan Awang Selamat, "UMNO perlu bijak menyulam peranannya sebagai pemimpin BN untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu. Jasa UMNO terlalu besar kepada orang Melayu, begitu juga kepada kaum lain walaupun hakikat ini cuba dinafikan.

UMNOlah yang mempertahankan bukan Melayu sejak awal kemerdekaan daripada aliran politik ekstremisme. Ketika Pas menjauhi parti dan kaum bukan Melayu serta menganggap mereka kafir selama beberapa dekad lamanya, UMNO menghulur tangan permuafakatan. Menerusi dasar dan naungan UMNO, kaum minoriti bukan sahaja terjamin hak malah mampu menguasai ekonomi negara. Sesungguhnya UMNO tidak pernah mengkhianati bukan Melayu. Apa yang mula berlaku adalah sebaliknya. Jadi, jagalah hati Melayu terlebih dahulu."

UMAR ZAIN

AJK Kelab Penyelidikan Politik Malaysia

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm)

komen zmsegamat;
Peribahasa melayu telah ingatkan kita jangan jadi umpama "Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui"

Tuesday, May 19, 2009

TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga


MUHYIDDIN dan Ahmad minum petang bersama pemimpin setempat di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang dan Hentian Bas Kuala Terengganu, semalam. (berita harian 17.05.20090





ARKIB UTUSAN : 17/05/2009
TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Kerajaan Terengganu menyediakan lebih banyak ruang perniagaan di sekitar bandar raya ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga berniaga di tempat yang lebih selesa.

Beliau yang berusaha menyelami sendiri hati rakyat dengan melawat peniaga di Bazar Warisan, Pasar Besar Kedai Payang dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dalam lawatan kerja pertamanya ke Terengganu hari ini berkata, ini penting bagi memastikan mereka dapat berniaga di tempat yang sesuai dan selesa.

Muhyiddin yang berjalan kaki sepanjang lawatan berkenaan turut mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung ketiga-tiga premis yang dilawatinya itu.

"Saya perhatikan sendiri banyak ruang perniagaan di bandar raya ini sudah dipenuhi dan diharap lebih banyak ruang disediakan untuk golongan terbabit menjalankan perniagaan.

"Walaupun ada segelintir peniaga yang merungut tetapi ramai yang berpuas hati dan dengan perkembangan yang berlaku sememangnya kuasa beli di sini sudah semakin tinggi," katanya kepada pemberita selepas lawatan berkenaan.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Muhyiddin turut melahirkan perasaan kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat di negeri ini yang ternyata rajin serta berminat menjalankan perniagaan.

Katanya, dengan keupayaan yang ditunjukkan jelas membuktikan mereka boleh maju dalam bidang yang diceburi.

Beliau seterusnya meminta wakil rakyat supaya kerap turun padang untuk mengetahui sendiri masalah yang dihadapi golongan itu dan berusaha menyelesaikannya.

komen zmsegamat;

YAB Menteri Besar Terengganu bole buat lawatan sambil belajar ke Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka. Belajar sikit-sikit dengan YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam, camana boleh bina tempat berniaga seperti Dataran Pahlawan yang selesa, cantek, bersih dan ada nilai-nilai sejarah..

Monday, May 18, 2009

Amaran Hindraf: Batalkan arahan atau 'perang'



Athi Veeranggan | May 18, 09 6:32pm

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy memberi kata dua kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tarik balik arahan terhadap abangnya yang juga pemimpin Hindraf, P Uthayakumar untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau bersiap sedia untuk berdepan sekali lagi dengan protes jalanan di seluruh negara.

Waythamoorthy yang tinggal di London berkata arahan ke atas Uthayakumar selepas beliau dibebaskan tanpa syarat dari Kem Tahanan Kamunting, adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya segera menarik balik arahan tersebut, dan jika tidak, pergerakan itu akan mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan Najib.

Menurutnya, tindakan lembaga penasihat ISA itu melampaui Perlembagaan Persekutuan dan "satu ugutan untuk menahan semula Uthayakumar".

Waythamoorthy kini sedang menziarahi tempat-tempat suci di India sebagai memenui niatnya ekoran pembebasan abangnya daripada tahanan di bawah ISA.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/104577)

komen zmsegamat; Tahniah kepada kerajaan; Inilah yang di katakan "Buat BAIK berpada-pada, buat JAHAT jangan sekali" dan kita hendaklah ingat bahawa "Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, dan di letakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga". Pertubuhan haram pun boleh ugut kerajaan, ni kan pulak yang tak haram....

Exco gambar separuh bogel muncul bertudung di ceramah PAS







Baguslah PAS boleh pejam sebelah mata tentang al-kisah Elizabeth Wong bersekedudukan dengan lelaki Islam yang dipercayai ambil gambar separuh bogelnya di dalam rumahnya.

Ini namanya politik.Ramai juga yang hadir semasa Exco Kerajaan negeri Selangor itu bagi ceramah di Kok Lanas Sabtu malam.

Mungkin ada yang nak lihat sendiri dari dekat wajahnya setelah gambar separuh bogelnya dan yang terbaru nampak kemaluannya tersiar di internet.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu muncul berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.

Penampilan sama perlu dibuat pemimpin wanita PKR itu ketika berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi membuat penjelasan ekoran penyiaran gambar tersebut yang dikaitkan dengan teman lelakinya Helmi Malek yang masih menghilanglan diri.

Pada ceramahnya di Taman Puspa iru, Elizabeth sekali lagi memuji Nik Aziz yang dikatakan memberi nasihat ketika beliau berdepan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya seperti dilaporkan laman web PAS..

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.- 17/5/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4eb09cdf-7f000010-96478e00-9ac64a7c)

Jagalah hati Melayu




ARKIB : 17/05/2009

UMNO, parti utama dalam komponen Barisan Nasional (BN) menyambut ulang tahun ke-63 pada 11 Mei lalu. Sambutan kali ini walaupun diadakan serba sederhana, mempunyai keistimewaan tersendiri. Parti itu baru sahaja menyaksikan peralihan kepimpinan di bawah Presiden, Mohd. Najib Tun Razak dan penampilan barisan baru ahli Majlis Tertinggi (MT).

Pada saf tersebut, terpikul cabaran besar dan getir pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang mengubah dengan ketara landskap politik tanah air. Malah pada tarikh ulang tahun UMNO itu, parti tersebut dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Perak, yang tidak memihak kepada BN.

Berita mengenai keputusan kes itu mencuri perhatian rakyat dan turut menjadi bualan hangat ahli-ahli serta para penyokong UMNO. Keresahan berikutan kes berkenaan reda apabila para pemimpin UMNO berhimpun sempena sambutan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara pada malam itu. Turut hadir Dr. Mahathir Mohamad, mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Najib telah memberikan reaksi yang cukup tenang. Katanya, UMNO pernah lalui ujian lebih getir ketika parti itu diharamkan dan akhirnya mampu bangkit. Bahkan beliau menampakkan keyakinan untuk menangani kemelut di Perak. Tiada pun riak kegusaran di wajahnya. Sebenarnya keyakinanlah yang amat diperlukan oleh UMNO bagi mengembalikan kekuatannya. Untuk menguruskan sebuah parti yang besar, telah lama berkuasa dan berjaya seperti UMNO, bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi parti itu berdepan dengan asakan paling kuat dari pelbagai penjuru, kesan keputusan pilihan raya umum lalu (PRU-12) yang membawa tamparan besar kepada BN dan UMNO.

Pakatan pembangkang sudah membayangkan peluang lebih cerah untuk menumbangkan BN pada pilihan raya akan datang. Dengan kata lain, UMNO di ambang kematian dan kerajaan BN yang ada sekarang merupakan yang terakhir. Benarkah? Berdasarkan banyak petunjuk terbaru Awang yakin apa yang diramalkan oleh pembangkang tidak akan berlaku.

Pembaharuan yang digerakkan oleh Najib mula menampakkan kesan positif. Perkembangan terkini politik tanah air juga tidak banyak memihak kepada pembangkang.

Pada masa yang sama, UMNO masih menjadi sandaran utama orang Melayu yang boleh dibuktikan menerusi undi yang terus meningkat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas PRU-12 (sedangkan majoriti pengundi Cina misalnya, masih menyokong pembangkang).

Jangan lupa pada pilihan raya umum itu juga UMNO memperoleh 79 kerusi - parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak. Prestasi BN merudum tetapi tidak bagi UMNO. Parti pesaing bagi UMNO iaitu Pas hanya mempunyai 22 kerusi dan PKR 31 kerusi.

Ia juga memberi mesej yang jelas bahawa UMNO perlu meneruskan agenda menjaga kepentingan Melayu. Janganlah kerana ghairah mahu menarik sokongan bukan Melayu, UMNO mengabaikan pula asas kekuatannya.

Ketika DAP, MCA, MIC misalnya makin lantang memperjuangkan kepentingan kaum mereka tanpa sedikitpun rasa kekok, tiada sebab untuk UMNO teragak-agak dan terlalu mahu menjaga hati kaum lain.

UMNO perlu bijak menyulam peranannya sebagai pemimpin BN untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu. Jasa UMNO terlalu besar kepada orang Melayu, begitu juga kepada kaum lain walaupun hakikat ini cuba dinafikan.

UMNOlah yang mempertahankan bukan Melayu sejak awal kemerdekaan daripada aliran politik ekstremisme. Ketika Pas menjauhi parti dan kaum bukan Melayu serta menganggap mereka kafir selama beberapa dekad lamanya, UMNO menghulur tangan permuafakatan.

Menerusi dasar dan naungan UMNO, kaum minoriti bukan sahaja terjamin hak malah mampu menguasai ekonomi negara.

Sesungguhnya UMNO tidak pernah mengkhianati bukan Melayu. Apa yang mula berlaku adalah sebaliknya. Jadi, jagalah hati Melayu terlebih dahulu.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

(sumber; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm)

Komen zmsegamat;

Harapan semoga nasib Melayu kekal terbela, dan tidak terjadi seperti peribahasa Melayu "Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa"

Sunday, May 17, 2009

Menilai Uthayakumar





Awang tidak terkejut dengan reaksi pemimpin pertubuhan haram Hindraf, P. Uthayakumar selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini.

Menurut Uthayakumar, beliau tidak akan berterima kasih kepada kerajaan kerana bertindak membebaskannya (lebih awal daripada tempoh sepatutnya iaitu dua tahun). Beliau mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan penahanannya itu dibuat tidak mengikut undang-undang.

Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak mengharapkan penghargaan dan ucapan terima kasih daripada tahanan ISA yang dibebaskan, ramai juga tidak terfikir orang seperti Uthayakumar akan berbuat demikian.

Beliau juga sengaja membiarkan rambut dan janggutnya panjang sebagai protes terhadap ISA. Awang hanya senyum. Biarlah apa sahaja reaksi dan protes yang mahu ditunjukkan, rakyat boleh menilai dengan baik.

Tetapi Awang juga ada reaksi tersendiri. Pertama, Awang sedikitpun tidak teruja dengan pembebasannya. Kedua, Awang percaya ramai yang tidak akan lupa mudarat yang telah Hindraf lakukan. Beberapa siri perhimpunan haram yang mereka anjurkan ternyata ganas termasuk memukul anggota polis yang menjalankan tugas. Peniaga terpaksa menutup kedai, pemandu teksi ketakutan dan aktiviti pelancongan di ibu negara terjejas teruk.

Lebih daripada itu, kempen dan fitnah yang dilemparkan termasuk di luar negara, adalah keterlaluan. Siapa yang menuduh kerajaan melakukan penghapusan etnik dan bermacam lagi yang tidak boleh diterima dek akal? Siapa sebenarnya yang mengamalkan semangat perkauman melampau kalau bukan Hindraf, nyaris mencetuskan tindak balas orang Melayu (yang dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum), seandainya kerajaan tidak bertindak cepat menahan mereka di bawah ISA.

Malah ada fakta yang dijaja ke serata dunia oleh Hindraf kononnya kaum India paling miskin di negara ini juga didapati tidak benar. Berdasarkan kajian UNDP, yang paling miskin dan bilangan miskin teramai, adalah daripada kalangan orang Melayu.

Sepatutnya orang Melayu yang banyak beralah dan kompromi kepada kaum lain, lebih berhak untuk merusuh. Bayangkan sampai hari ini setelah lebih 50 tahun merdeka, Melayu adalah kaum majoriti tetapi ada kaum minoriti yang menguasai kekayaan negara. Orang Melayu jugalah yang paling ramai ditahan ISA sejak dulu lagi tetapi tidakpun dijadikan isu perkauman.

Maka dalam isu Hindraf ini, selagi para pemimpinnya tidak meminta maaf terhadap apa yang telah dilakukan, jangan harap Awang dan ramai lagi rakyat Malaysia akan mengubah pendirian dan persepsi terhadap pertubuhan haram itu. Haram tetap haram.
Anehnya MIC, parti komponen BN menawarkan diri untuk bekerjasama dengan Hindraf, yang boleh mengundang pelbagai tafsiran.

Apa pun, semoga Hindraf mendapat pengajaran bernilai daripada tindakan pihak berkuasa. Janganlah lagi mengambil mudah dan menyalahgunakan demokrasi untuk kepentingan sendiri.

Bumi Malaysia ini bertuah untuk semua kaum termasuk golongan minoriti.

Tetapi jika merasakan sebaliknya, sesiapa sahaja bebas untuk berhijrah ke negara lain yang difikirkan lebih baik. Tepuk dada, tanya selera.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT (17052009)

(sumber; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)

komen zmsegamat;

1. zmsegamat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat nak berhijrah ke negara lain yang lebih baik keadaannya pada pandangan mereka.. buat apa susah-susah duduk di negara yang menyusahkan mereka.., buat apa kita membela anai-anai kerana peribahasa melayu mengatakan bahawa 'kuat berdiri pohon kerana akarnya, dan kuat akar kerana tanah'. manakala rosak tanah kerana anai-anai...

Bila lagi Kayveas....?




Sekali lagi, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas bermain politik ugutan. Terbaru beliau mengancam untuk membawa parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti jika tuntutan parti itu tidak ditunaikan.

Awang sudah bosan dengan sikap dan kerenah beliau. Sebelum ini, beliau pernah mengugut keluar BN jika kerajaan tidak meminda ISA. Begitu juga kata duanya kepada kerajaan jika tuntutan PPP berkaitan kerusi Parlimen dan jawatan Kabinet, tidak ditunaikan.

Awang sebenarnya menghitung hari untuk melihat PPP keluar daripada BN. Anehnya sampai hari ini parti itu dan Kayveas sendiri masih kekal. Sesungguhnya tindakan beliau sudah keterlaluan dan tidak boleh dibiarkan lagi. Pada Awang, Kayveas bukan setakat menjadi duri dalam daging malah boleh dianggap ‘wabak yang berbahaya’.
Pendekatan mengugut dan mengenakan tekanan terhadap kerajaan BN ternyata mengkhianati konsep muafakat dalam parti besar itu.

Jika Kayveas mengambil strategi sedemikian dengan andaian BN yang dipimpin oleh UMNO semakin lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-12, itu percaturan yang silap.

Awang pernah menulis dalam ruangan ini menasihatkan Kayveas supaya mencermin diri. Prestasi PPP di bawah Kayveas selama ini pun tidak begitu menyerlah. Menurut pandangan ramai pemerhati, beliau lebih hebat dari segi mempromosi parti dan dirinya sahaja.

Mungkin benar kata bekas Penasihat PPP, S.I Rajah, Kayveas sepatutnya meletakkan jawatan kerana prestasi hambar sepanjang 15 tahun mengetuai parti tersebut. Beliau juga tewas teruk di kerusi Parlimen Taiping pada pilihan raya umum lalu dan wajar mengambil tanggungjawab dengan berundur.

Sebelum ini, Kayveas yang cuma memimpin parti kerdil, mendapat banyak faedah dalam BN. Biarpun kecil, parti itu tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator, T. Murugiah dipecat selepas ada ura-ura beliau akan bertanding mencabar Kayveas bagi jawatan Presiden.

Awang tidak berminat tentang politik dalaman parti itu. Yang pasti Kayveas tidak berlaku adil kepada BN. Awang mahu merayu beliau tetapi bukan merayu untuk kekal sebaliknya keluar segera. Tanpa Kayveas, BN tidak akan kerugian apa-apa.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT (17052009)

(sumber; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)

komen zmsegamat;

1. YAB Dato Seri Najib perlu tegas, nampaknya sekarang dah jadi umpama peribahasa melayu 'mendukung biawak hidup' habis belakang kita di cakarnya..