3.0 Agenda akan berulang. Berulang dan berulang. Jika ada pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza. Lebih panas, mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata bunga-bunga pemilihan sudah berputik.

4.0 Namun semalam saya menerima satu WhatsApp yang membuatkan saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?
Begini bunyinya. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Datang dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah saya siarkan namanya.

5.0 Katanya. UMNO telah memerintah Malaysia selama 57 tahun dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.

6.0 Beliau bertanya:
Selama 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya Malaysia dan Islam berada di bawah ancaman?

7.0 Beliau berkata faktanya ialah:

7.1 - Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Me­layu.
7.2 - PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.
7.3- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.
7.4- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.
7.5- Majoriti Menteri Persekutuan ada­lah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.
7.6- Daripada 222 Ahli Parlimen, le­bih daripada 50 peratus adalah Melayu.
7.7- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
7.8- DEB dirangka untuk orang Melayu.
7.9- Sebanyak 80 peratus kuota universiti diperuntukkan kepada Melayu.
7.10- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.
7.11- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.
7.12- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.

8.0 Beliau berkata, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku. 

9.0 Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta untuk terus hidup di bumi bertuah ini.

10.0 Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?