Wednesday, October 7, 2009

PAS: Wujudnya Kerana Mahu 'Ganyang' UMNO



PAS: Wujudnya Kerana Mahu 'Ganyang' UMNO

Realiti yang terbukti, sejak penubuhan PAS yang pada asalnya diterajui oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan, bekas ahli UMNO, bukanlah ikhlas mahu memperjuangkan Islam.

Arwah Tuan Haji, marah kerana kalah dalam pemilihan UMNO dan memilih untuk keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS.

PAS juga menuduh UMNO Kafir kononnya UMNO menghalalkan arak, kasino dan ekor.

Kebenaran dan kelulusan membawa benda-benda keji tersebut ke dalam negara Malaysia oleh kerajaan BN adalah bersyarat berikutan negara ini berbilang bangsa dan agama.

Antara syarat yang dikenakan oleh kerajaan BN adalah, benda-benda tersebut haram dibuka dikawasan majoriti Islam di Malaysia, contohnya Kota Bharu, Kelantan, dan Shah Alam, Selangor.

Selain itu, benda-benda itu juga salah dijual kepada orang-orang Islam.

Keputusan itu jelas mesra kaum dan tidak akan menjejaskan sesiapa malah adil kepada semua.

PAS sengaja mencipta propaganda itu malah mereka pernah menyatakan bahawa haram bekerjasama dengan orang kafir namun kini mereka telah mengistiharkan orang kafir sebagai sahabat karib mereka.

Kafir yang mereka peluk kini adalah kafir laknat yang terang dan jelas menentang Islam. PAS demi politiknya sanggup membiarkan kafir laknat itu mengeji dan menghina ayat-ayat suci Al-Quran.

Inilah realiti yang pasti dan perlu diakui oleh semua pihak.

Undang-undang dan perlembagaan Malaysia walaupun bercorak konvensional namun mesra Islam dan berpaksi juga kepada ajaran Islam yang maha suci.

Janganlah terpedaya dengan ajaran PAS yang rata-rata kita dapat melihat lebih kepada mencari kesalahan UMNO.

Mereka sendiri sedikitpun tidak merancang untuk membangunkan umat Islam.

Biarlah sehingga pelembagaan mereka sendiri dihina oleh DAP pun, mereka akan benarkan asalkan yang mempersendakan bukan UMNO.

Itulah realiti PAS sebenarnya.

Walahhualam.

Penulis,

(sumber;http://empayar-malaya.blogspot.com/2009/10/pas-wujudnya-kerana-mahu-ganyang-umno.html)

No comments: