Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang: Bila senjata makan tuan...


Bagan Pinang: Bila senjata makan tuan...

Oleh: ROSLAN BIAN DAN LUKMAN ABDULLAH

Pengarah Pilihanraya yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddun Ayob nyata tidak berfikir panjang apabila beliau cuba menyerang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan membangkitkan isu 'kelemahan' calon BN itu ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Isu projek terbengkalai di kawasan DUN Linggi, tempat beliau menjadi wakil rakyat pada ketika itu telah dibawa masuk gelanggang pilihanraya DUN Bagan Pinang sebagai senjata untuk menumbangkan ‘local hero’ itu.

Tindakan PAS yang sebelum ini kononnya enggan menyerang peribadi calon yang bertanding hanya jadi senjata makan tuan.

Senang sahaja Mohd Isa mempertahankan dirinya.

Secara sinis beliau meminta Salahuddin menasihatkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membangunkan Kelantan terlebih dahulu sebelum mahu ‘mengajarnya’.



“Negeri Sembilan jauh lebih baik dan maju dari Kelantan. Tak usah PAS nak ajar kita urus negeri,” katanya di majlis Aidilfitri di Taman Port Dickson Utama, malam Ahad.

Kira-kira 2,000 penduduk sekitar menghadiri program itu yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan serta pemimpin UMNO dan komponen BN.

Mohd Isa menggambarkan pemimpin PAS sebagai jin yang dapat ke Bagan Pinang membawa perangai buruk, penyebar fitnah dan sebagainya yang perlu disemah (dicuci).

“Pemimpin PAS ini cakap lain tapi perbuatan mereka lain. Mereka datang sini buat macam-macam hal. Lepas pilihanraya kecil ini mereka hilang,” ujarnya.

Kemarahan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu membuak-buak kerana ketika dalam, perjalanan beliau ke khemah majlis itu terganggu oleh penjaja-penjaja luar yang berniaga berhampiran bilik gerakan PAS yang hanya 50 meter dari pentas anjuran BN itu.



Mereka berniaga di situ tanpa kebenaran majlis perbandaran.

“Dia ingat ini mak bapak dia punya negeri !,” kata Mohd Isa terhadap penjaja terbabit yang menyebabkan lalu lintas di kawasan itu terganggu.

Menurut bekas Menteri Besar itu PAS sentiasa bercakap tentang undang-undang dan sebagainya semasa nak menghentam kerajaan tetapi mereka sendiri mengajar ahli-ahlinya buat ikut suka hati.

Memang patut beliau naik angin bila Salahuddin cuba menjadikan isu projek-projek tidak siap ketika beliau jadi Menteri Besar modal kempen pilihanraya Bagan Pinang.



Selama 22 tahun, banyak perubahan serta pembangunan dilaksana beliau berbanding PAS yang berpeluang memerintah Terengganu dan Kelantan tetapi gagal membangunkan negeri-negeri terebut.

“Masa mereka perintah Terengganu dan Kelantan, masjid pun PAS tak dapat buat, kalau ada berapa buah sahaja dan ada yang tidak siap-siap,” tegasnya.

Mohd Isa yang sebelum ini berkata tidak mahu menyerang peribadi calon tetapi menegaskan beliau akan serang balik jika diperlakukan demikian oleh pihak pembangkang.

Katanya, Nik Aziz nampak sahaja hebat hingga ramai pengikut taksub padanya tetapi Kelantan mundur tanpa pembangunan sejak PAS mentadbir negeri itu.

Menurut beliau, Bagan Pinang akan jadi tempat terdedahnya sikap-sikap buruk PAS termasuk tindakan pemimpinnnya suka menabur fitnah manakala pengikut-pengikutnya pula berperangai kasar dengan menyerang pemimpin UMNO pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya mengigatkan rakyat mengenai sejarah 13 Mei 1969 yang tercetus akibat ketegangan kaum yang menjadi sejarah hitam kepada negara.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kerajaan akan sentiasa mempertahankan perpaduan kaum dengan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba cetuskan ketegangan, kemarahan dan perpecahan menggunakan isu perkauman.

Mengenai pencalonan Mohd Isa, beliau menjelaskan tokoh itu adalah calon terbaik BN yang dikehendakki oleh pengundi-pengundi Bagan Pinang.

“Kalau saya bertanding di sini, belum pasti menang macam Isa sebab Isa yang dimahukan pengundi,” katanya.

Dalam pada itu, PAS malu besar apabila ceramah mereka di bilik gerakan parti itu yang tidak jauh dari pentas program BN tiada sambutan.

Lebih malang, ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkempen, hanya kira-kira 50 orang mendengar ceramahnya dan selepas bercakap selama 10 minit, Hadi ‘angkat kaki’-4/10/2009.

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

1 comment:

Anonymous said...

huhuuuu baru2 dlm tv ada berita menunjukkan pojek mcm chalet tuuu..tak ingat dah detailnya.. di gunong keriang berhampiran kampung laman ku,,berdekatan sekolah ku, terbiar ajer... kenapa kerajaan semasa tak pantau dan hidupkan kembalii..aku teringin balik kedah kampung dan nak tido di kemudahan tersebut.. merasa juga percutian di kampung sendirii duduk hotel tak best sbb dlm bandara.. nak rasa suasana kg la pulaa.. kalaulah aku kaya .. aku ingin beli pojek yg jadi gajah putih... nak buat tempat pelancungan mcm negeri melaka negeri mentua kuuu... syg sungguh takut dimakan anai2 jer rumah2 trsbt... apap yg ku saksikan dlm tv amat cantik deco rumah tuuu.. ya allah berila daku kekayaan sbb aku nak beli pojek tuu.. nakkkkk!!!...curahan hati jy... JAKA SEPANJOASKED nama smaran disekola duluuu