Sunday, October 18, 2009

BLOGGERS tertua meninggal dunia



WAJAH bloggers tertua dunia, Amelia Lopez yang meninggal dunia pada usia 97 tahun.

ari ini merupakan hari jadi saya dan cucu saya yang terkenal dengan sifat kedekut menghadiahkan saya satu laman blog," demikian baris pertama ayat yang tertulis dalam blog orang tertua di dunia yang mempunyai laman blog sebelum ini, Amelia Lopez.

Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada usai 97 tahun minggu lepas.

Kematian beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka yang sering melayari blognya kerana terlalu banyak kisah dan pengalaman menarik yang dikongsi bersama mereka.

Lopez yang memiliki blog sejak dua tahun lepas sebelum ini merupakan seorang yang langsung tidak tahu menggunakan laman web namun bertukar kepada seorang yang terkenal di dunia siber kerana usianya.

"Apabila saya melihat cucu saya menggunakan Internet ia telah menarik perhatian saya.

"Saya bertanya kepada diri saya, apa bendanya ini? Dan kemudian saya memahami bahawa saya boleh mengetahui tentang apa saja melalui Internet. Sejak itu saya berazam untuk memilikinya," katanya dalam blog.

Dengan jumlah mereka yang telah melayari blognya mencecah 60,000 orang, blog tersebut dipenuhi dengan cerita tentang pengalaman hidupnya serta mereka yang berkomunikasi melalui laman sembang.

Laman blognya sebelum ini boleh dilayari pada alamat http://amis95.blogspot.com.

Laman ini telah menarik perhatian pembaca dari seluruh dunia serta memberi peluang untuk Lopez berhubung dengan generasi muda, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini.

Kebanyakan kisahnya berkait dengan sejarah hidupnya yang panjang, yang bermula dengan baik sebelum bertukar menjadi sengsara akibat perang saudara yang berlaku di Sepanyol serta pemerintahan diktator yang panjang oleh Jeneral Francisco Franco.

"Tiada sesiapa yang mempedulikan tentang wanita tua dan tiada sesiapa yang sayang pada kami lagi.

"Namun saya amat terkejut kerana melalui Internet, remaja yang berumur 18, atau 14 tahun boleh berkongsi dengan saya tentang kehidupan mereka, apa yang mereka fikirkan serta meminta pandangan saya," katanya.

Jumlah pengguna Internet berusia 65 tahun kini semakin menurun dan hanya 2.7 peratus mereka berusia lebih 74 tahun pernah melayari Internet di Sepanyol. Bagaimanapun teknologi merupakan medium terbaik menghubungkan antara golongan tua dan muda.

"Saya merupakan seorang yang banyak cakap dan kini saya berasa sangat teruja kerana ramai yang menulis kepada saya," tulisnya di dalam blog.

Malah beliau sekali-sekala beliau akan menyatakan betapa cantiknya dirinya satu ketika dulu dan seolah-olah tidak menyedarinya. Namun kini rambutnya telah pun bertukar putih dan terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat.

"Lihatlah diri saya satu ketika dulu, dan kini lihatlah keadaan sebenar diri saya dan apa yang telah terjadi pada saya sekarang. Mata saya tidak lagi secantik dulu, bentuk badan saya malah semuanya.

"Umur telah menyebabkan saya menjadi begini, namun internet telah memberi nyawa baru kepada saya," kata Lopez

Atas kesungguhannya itu, Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriguez Zapatero pernah menulis satu ucapan tahniah kepada Lopez atas usaha mengenai laman blognya dan turut menggesa agar warga emas lain turut mencontohi beliau.- Reuters

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_bb.htm)

No comments: