Thursday, October 22, 2009

PAS: Kata Dulang Paku Serpih



Monday, October 19, 2009
Kata Dulang Paku Serpih


Terkini:

Saya mendapat tahu daripada Facebook YB Zulkifli Nordin, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran DS Haji Hadi Awang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri ke 62. Semoga DS dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat hidayah dari Allah SWT.

Posting Asal:

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini mahukan kepastian berhubung fungsi slogan-slogan yang pernah diperkenal perdana menteri terdahulu iaitu gagasan Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.

Sumber: Haprakdaily.

Orang tu-tua berkata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar dan juga pelanduk mudah melupakan jerat, sebaliknya jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Lupakah Tuan Presiden PAS apabila beliau mempertikaikan dasar-dasar lama kerajaan dengan memperkenalkan dasar-dasar baru adalah ibarat seperti menepuk air di dulang, muka sendiri yang terpercik.

Saya ingin bertanya kembali kepada DS Haji Hadi, apabila parti PAS memperkenalkan "PAS For All" adakah beliau sudah melupakan dasar perjuangan PAS selama ini iaitu mendaulahkan Kerajaan Islam di Malaysia?

Apabila beliau menerima cadangan supaya penyokong-penyokong bukan Islam diletakkan sebagai sayap parti, bukankah beliau sudah melupakan fatwanya yang terkenal iaitu menkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang-orang kafir?

Apabila beliau dan TG Nik Aziz menerima herdikan Karpal Singh yang mengatakan langkah mayat DAP sekiranya hendak mendirikan Kerajaan Islam, adakah bermaksud hukum hudud yang dilaungkan oleh PAS selama ini hanya tinggal memori semalam?

Apabila beliau dan ahli-ahli PAS menerima DAP yang disifatkan TG Nik Aziz sebagai syaitan sebagai teman tidurnya, adakah beliau mengamalkan apa yang pernah dituduh kepada parti UMNO - politik suku agama suku sehinggakan ramai keluarga porak peranda, masjid mempunyai dua imam dan sebagainya. Sudah lupakah beliau?

Tepuk dada, tanya iman.

(sumber;http://khairulryezal.blogspot.com/2009/10/paku-dulang-paku-serpih.html)

2 comments:

Anonymous said...

cantik nampak iklan tuu hehehe
dlm email di group yg saya join sering memperkotak katikan lambang UMNO... dan perkataan umno sendiri... kali ni cantik sgt laa kena kat depa pula..buat 1 balas 1... baru adil.. jarang saya terjumpa email memperkotak katikan depa oleh kita... kali ni berbalas nampak...tapi tak best sbb melayu sama melayu cuba layukan diri sendiri. kalu sesama layu cuba kembangkan yg dah layu utk berkembang di malysia ni kan bagusss.... begitu la yg dinamakan layu sebelum berkembang... tah bila nak bersatu dlm negara yg aman.. org lain pandang dan tersenyum ambil tepuk tangan jer.. tak sedar2 .. kalu sedarpun payah nak bangun dan bangkit sebb layu tahap kritikal kot....jy meluah rasa kesal...dan sedih...huhuuu

Hawaii five -O said...

masa tranganu bwah Hadi, aku tunggu gak bila nak lancarkan undang2 hudud, last tranganu jatuh pada Bn balik ,

pelik kenapa Hadi x lancarkan perang jihad pada kerajaan Pusat yg kononnya menghalang hukum hudud....

sbb apa dia takut kesenangan dunia dia hilang .....