Wednesday, September 30, 2009

PETANDA AWAL PAS AKAN DIMALUKAN DI BAGAN PINANG








Beginilah keadaan Majlis Pengumuman calon PAS yang tidak mendapat sambutan daripada penduduk Bagan Pinang. Kerana tidak mendapat sokongan orang melayu, mereka mengadakan majlis tersebut di Bilik Gerakan DAP yang terang-terang menentang negara Islam.

Posted by ROSHATIKA at 1:02:00 PM

Ir Gullit: Tan Sri Isa Samad Untuk Bagan Pinang!


Tan Sri Isa Samad Untuk Bagan Pinang!
Share
Today at 11:40am

Beliau di dapati bersalah. Beliau akur. Beliau digantung keahlian 3 tahun. Beliau akur. Beliau dicemuh, dihina dan diumpat, pun beliau akur. Beliau "berehat" dan menerima hukuman dunia dan masyarakat dengan sikap zuhud dan insaf. Beliau tidak pun cuba untuk menonjolkan diri sepanjang tempoh "rehat"nya. Namun begitu, beliau tetap aktif sebagai insan yang berpegang kuat pada semangat dan jiwa UMNO yang tebal di dalam dirinya.

Beliau tidak cepat "melatah" atau "merajuk" melompat ke arah parti lain, jauh sekali menubuhkan parti lain ataupun "memijak" bendera UMNO. Beliau tetap kukuh berjiwa UMNO, demi Islam, bangsa dan tanahair.

Siapa yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun, Allah juga punya sifat Maha Pengampun kesilapan dan kesalahan hambaNya. Di dalam Islam juga punya perkataan "taubat", tanda penyesalan dan berazam tidak mengulanginya kesilapan yang lampau.

Tan Sri Isa Samad. Insan inilah yang dimaksudkan. Teguh sungguh jiwanya kepada perjuangan "alif, ba, ta" UMNO. Dikala dia di dalam tempoh "cuti"nya, dirinya tetap sebok berjuang dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Di atas keikhlasan dan jasa juangnya kepada masyarakatlah, maka beliau disukai dan dipuji oleh masyarakat sekitarnya. Penduduk tempatan di Teluk Kemang pastinya terkilan jika "wakil rakyat tidak rasmi"nya ini tidak terpilih untuk menjadi calon "wakil rakyat rasmi" di Bagan Pinang. Sehubungan itulah maka mereka sebulat suara mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagi calon pilihan mereka. Itulah kehendak rakyat setempat di Teluk Kemang, khususnya Bagan Pinang. Dikhabarkan bahawa, beliau bukan sahaja menjadi pilihan ahli-ahli UMNO di Bahagian Teluk Kemang, malah Tan Sri Isa juga menjadi pilihan rakyat "atas pagar", bahkan pengundi pembangkang juga secara diam-diam "meminati" Tan Sri Isa. Itulah pilihan rakyat setempat.

Tidak dinafikan bahawa ada juga pandangan dan suara dari luar Bagan Pinang yang tidak "favor" kepada pencalonan Tan Sri Isa Samad. Malah ada juga pemimpin UMNO, bekas pemimpin UMNO dan blogger-blogger pro-UMNO yang tidak bersetuju dengan pencalonan Tan Sri Isa. Saya berterima kasih banyak kepada pandangan mereka mengenai isu ini. Memang benarlah pandangan mereka itu. Namun mereka tidak boleh menghukum seseorang itu hanya keran melihat sesuatu kesalahan yang pernah dilakukan oleh individu tersebut. Individu itu telah menerima hukuman setimpal dan beliau juga sudah insaf. Tiadakah tempat untuk seseorang seperti itu untuk menjadi pemimpin? Bukankah Saiyidina Umar Al-Khattab juga asalnya kafir dan pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup ke perut bumi sehingga mati. Jika benar tiada tempat untuk insan yang pernah berdosa besar seperti itu untuk berperanan sebagai pemimpin, mengapa beliau diangkat sebagai salah seorang Khulafa' Ar-Rashidin yang dijamin syurga. Apakah Tan Sri Isa tidak boleh diterima sebagai pemimpin walaupun beliau sudah bertaubat dan insaf?

Saya menerima khabar bahawa sebelum disahkan pencalonan calon untuk Bagan Pinang oleh UMNO, Tan Sri Isa Samad begitu aktif turun ke lapangan akar umbi di seluruh Bagan Pinang. Beliau meminta dan merayu supaya semua ahli UMNO dan rakyat setempat tanpa mengira parti agar memilih calon pilihan UMNO/BN sebagai wakil rakyat mereka. Beliau ketika itu langsung tidak menyentuh mengenai pencalonan dirinya.

Beliau sendiri secara peribadinya tidak sedikit pun melobi untuk menjadi calon. Malah menggesa agar semua penyokong BN agar menerima calon pilihan Presiden UMNO dan MT kerana pastinya pucuk pimpinan akan memilih calon yang "mengutamakan rakyat" dan "mementingkan prestasi KPI perkhidmatannya kepada rakyat". Beliau begitu ikhlas dan tulus berjuang demi Parti "sebenar" yang menjadi "Pembela Rakyat" ini.

Saya faham. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan dan tulisan saya kali ini. Saya hormati pandangan yang bertentangan, namun saya yakin dengan pilihan saya kali ini. Saya yakin dengan pandangan saya sebagai insan yang tidak terlepas dari salah dan silap.

Saya yakin dengan pilihan saya kerana saya tahu bahawa manusia juga mampu berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Dan saya yakin dengan pilihan saya kerana pilihan ini adalah pilihan rakyat pengundi-pengundi di Bagan Pinang dan bukan pengundi dari "luar kawasan" yang hanya "suka komen itu tak betul, ini tak betul".

Apa-apa pun, fikir-fikirkanlah...

dukeofmontecristo myKMU

(sumber;http://www.facebook.com/photo.php?pid=775060&op=1&view=all&subj=287993270360&aid=-1&auser=0&oid=287993270360&id=1166358894#/note.php?note_id=287993270360&ref=nf)

Isa jangan toleh belakang





Isa Samad dijulang penyokong-penyokongnya selepas dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.

Oleh RAMLI ABDUL KARIM
ramli.karim@utusan.com.my


DI hadapan lebih 10,000 penyokongnya di Port Dickson semalam, nama Tan Sri Mohd. Isa Samad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN sempena majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri.

Pengumuman rasmi kira-kira pukul 5 petang itu disambut tepukan dan sorakan melaung-laungkan nama Mohd. Isa oleh para hadirin.

Tidak lama kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum itu berada di majlis lain, pula tiba untuk memberi sokongan kepada Mohd. Isa.

Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta begitu ramai pemimpin tertinggi UMNO di samping pucuk pimpinan parti-parti komponen ke majlis tersebut mempunyai signifikan buat BN.

Ia petunjuk bahawa BN kali ini bersatu hati menyokong pemilihan Mohd. Isa dan memberi sokongan kepada jentera parti untuk mengharungi cabaran pada pilihan raya kecil itu nanti.

Sebelum ini, UMNO Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan Mohd. Isa sebagai calon tunggal untuk bertanding mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Tidak cukup dengan itu, kesemua 12 cawangan UMNO, 13 cawangan MIC, empat cawangan MCA dan satu cawangan Gerakan menyatakan sokongan supaya beliau dipilih menjadi calon BN.

Dari segi calon kali ini, seperti ditegaskan Muhyiddin, pemilihan Mohd. Isa itu sangat wajar dan memenuhi konsep 'mendahulukan rakyat' iaitu amalan parti dan kerajaan pada masa ini.

Percaturan meletakkan Mohd. Isa bukan semata-mata dicalonkan sebulat suara oleh UMNO Bahagian Teluk Kemang malah turut mendengar sendiri pandangan pengundi dan akar umbi.

Itulah kelebihan UMNO kali ini iaitu tidak membuat keputusan sendirian di peringkat pucuk pimpinan, sebaliknya turun padang untuk mengetahui tahap sebenar sokongan terhadap seseorang calon.

Kepada Mohd. Isa, beliau tidak perlu lagi menoleh ke belakang sebaliknya terus melaksanakan agenda mencapai kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Sejarah hitam politiknya sehingga dihukum gantung keahlian selama tiga tahun tidak seharusnya membayangi beliau kerana terbukti ahli-ahli UMNO dan pucuk pimpinan telah lama 'memaafkan' beliau.

Jika berlaku seperti yang diramal bahawa pembangkang akan memainkan isu kes politik wang beliau itu, Mohd. Isa dan jentera BN tidak seharusnya mengikut rentak atau strategi perang psikologi dan serangan peribadi oleh mereka.

Dalam mendepani kempen agresif pembangkang khususnya Pas, BN tidak harus terperangkap atau terlalu mengikut rentak mereka sehingga akhirnya terpaksa menjadi defensif.

Taktik Pas dan pembangkang sejak dulu lagi ialah menaburkan fitnah, menyebarkan cerita palsu dan menyerang peribadi atau memburuk-burukkan calon. Mereka bukan bertanding atas semangat demokrasi antara parti dengan parti.

Sehubungan itu, jentera BN di Bagan Pinang sepatutnya mengelak daripada membuang terlalu banyak masa untuk menjawab tohmahan demi tohmahan daripada pembangkang.

"Saya bukan penjenayah, saya tak pernah dituduh melakukan jenayah. Pertuduhan ke atas saya dulu ialah melanggar kod etika sewaktu pemilihan.

"Itulah perkataan yang digunakan (kod etika pemilihan) dan saya sudah pun menjalani hukuman, jadi isu itu sudah tidak berbangkit lagi," kata Mohd. Isa di Port Dickson semalam.

Mohd. Isa sentiasa menjadi tumpuan kerana gaya kepimpinan sederhana dan kebolehannya menarik perhatian audiens ketika berucap.

Beliau mampu mencuit hati majoriti hadirin termasuk sewaktu berucap di pentas-pentas BN atau UMNO ketika membantu parti dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Kini adalah masanya untuk Mohd. Isa menawan hati pengundi di tempat beliau sendiri.

Misi BN kali ini sudah pastilah bukan lagi sekadar bertanding untuk mempertahankan kerusi malah mahu meraih majoriti undi yang lebih besar.

Menang besar di Bagan Pinang penting kepada BN dan UMNO bagi 'menutup mulut' parti-parti pembangkang kononnya BN sudah tidak relevan dan makin terhakis pengaruh di kalangan rakyat.

Kebongkakan pembangkang bersandarkan kejayaan mereka dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sebelum ini termasuk merampas Parlimen Kuala Terengganu daripada BN.

BN menang di DUN Batang Air dan tidak bertanding di DUN Penanti.

Bukannya menafikan fakta kekalahan 0-6 BN itu tetapi dalam konteks di Bagan Pinang, BN tidak seharusnya dibayangi pelbagai kesilapan dan kelemahan lampau.

Tiada guna terus menerus menonjolkan faktor kesilapan memilih calon sebagai punca kekalahan lalu, sebaliknya berlapang dada menerima hakikat kawasan terbabit kubu pembangkang.

Di Bagan Pinang, BN tiada sebab untuk terus dibelenggu atau dibayangi enam kekalahan lalu.

Sebaliknya kini masa untuk membulatkan tekad, merapatkan barisan dan memberi komitmen jitu dalam menarik sokongan pengundi.

Pada masa sama, walaupun faktor populariti dan kekuatan pengaruh Mohd. Isa di kalangan pengundi merupakan kelebihan buat BN namun itu tidak boleh melekakan jentera parti.

Jentera BN khususnya di peringkat negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pengerusi BN negeri harus melaksanakan pendekatan 'mesra pengundi'.

Ini sesuai dengan imej Mohd. Isa yang mesra dan akrab dengan setiap penduduk di Bagan Pinang sejak 30 tahun lalu. Jentera BN juga perlu mengamalkan sikap yang sama.

Akhir sekali, kepada rakyat , para pengundi dan ahli-ahli akar umbi serta pimpinan UMNO, MIC, MCA di Bagan Pinang, permintaan anda mahukan Mohd. Isa sudah pun dipenuhi.

Jadi, tanggungjawab anda ialah membuktikan sokongan kepada BN dalam pilihan raya kecil nanti.

Penulis ialah Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia

Tahniah TS Isa, Pakatan Haram Akan Ditalqinkan Di Bagan Pinang


1. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada TS Isa kerana terpilih sebagai calon PRK Batang Pinang. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada DS Najib, TS Muhyiddin dan barisan kepimpinan yang mendengar denyut nadi akar umbi, yang mendengar kehendak rakyat di Bagan Pinang dan tidak mengulangi kesilapan memilih calon seperti mana yang berlaku di PRK Kuala Terangganu dan PRK Permatang Pasir.

2. Pakatan Haram tidak mempunyai isu besar yang hendak dimainkan di Bagan Pinang. DUN Batang Pinang amat mengagumi personaliti, kebolehan dan pentadbiran TS Isa yang bukan setakat pernah menjadi Yang Berhormat, malah pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. "Personality Character Assasin" pastinya satu-satunya modal yang bakal dimainkan oleh pembangkang di dalam PRK ini memandangkan TS Isa pernah dikenakan tindakan tatatertib akibat politik wang. Bukankah TS Isa telah dihukum dengan digantung keahlian selama 3 tahun? Bukankah beliau telah menerima dengan hati terbuka segala hukumannya dan masih setia kepada parti? Tidak cukupkah semua itu? Kenapa hendak mempertikaikan pencalonan beliau?

3. Pakatan Haram sebenarnya takutkan TS Isa menjadi calon di PRK Bagan Pinang. Beberapa provokasi dimulakan sebelum penamaan calon. Mereka tahu sekiranya TS Isa diletakkan di Bagan Pinang, Datuk Nik Aziz Nik Mat pun akan gigit jari sekiranya bertanding sebagai calon Pas. Lihatlah gambar di bawah betapa desperadonya tindakan penyokong-penyokong Pakatan Haram.





3. Unit Penerangan UMNO dan Barisan Nasional seharusnya tidak terikut-ikut dengan modal pembangkang ini. Mereka tidak layak bercakap soal moral, maruah dan intergriti. Lihatlah saja Ketua Pembangkang, mantan banduan salah guna kuasa dan seorang peliwat diangkat menjadi ahli parlimen. Ini belum lagi dilihat kepada ramai lagi YB-YB di dalam Pakatan Haram yang mempunyai masalah moral seperti Eli "Bogel Tunjuk Anu" Wong, TS Khalid "lembu" Ibrahim, Ronnie "The Gangster" Liu dan ramai lagi yang mempunyai masalah moral dan intergriti.

4. Memang menjadi kebiasaan sewaktu PRK, Pakatan Haram akan membuat drama seolah-olah mereka bergaduh dan tidak bersefahaman. Ini juga terjadi sewaktu PRK Bagan Pinang. Speaker SELCAT, Teng Chang Kim diarahkan oleh sutradara terkenal DS Anwar "The Drama King" Ibrahim untuk bertegang leher dan bergaduh di media-media massa bersama Datuk Hassan Ali. Sudah-sudahlah drama seperti ini. Amat meloyakan sekali lakonan mereka. Seperti mana Datuk Hassan Ali bergaduh dan berpelukan dengan Ronnie Liu ketika PRK yang lalu, ini jugalah yang akan terjadi antara Teng Chang Kim dan Datuk Dr Hassan Ali. Mungkin mereka akan berbaik sambil bercium mulut!

5. Bulan tidak akan selalunya mengambang, mentari akan menyinar di Bagan Pinang. Barisan penyokong-penyokong Barisan Nasional seharusnya bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar kepada TS Isa. Mari kita kuburkan keegoan dan keangguhan Pakatan Haram. Mari kita memastikan kubur yang dihuni oleh Pakatan Haram di Bagan Pinang tidak bernesan.

Pakatan Haram pasti akan ditalqinkan. Insyaallah. Al Fatihah.


Posted by Cucu Tok Selampit at Tuesday, September 29, 2009

(sumber;http://khairulryezal.blogspot.com/2009/09/tahniah-ts-isa-pakatan-hrama-akan.html)

Isa Samad vs Anwar Ibrahim.

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah benar TS Isa Samad dirujuk sebagai liabiliti BN di pilihanraya kecil Bagan Pinang nanti?

Sejarah politik silam Isa Samad tidak bersih sepenuhnya. Beliau pernah menghadapi tindakan disiplin UMNO. Tetapi beliau telah menjalani hukumannya tanpa menimbulkan masaalah besar kepada parti dan negara.

Malah, isu yang membawa Isa Samad ke muka pengadilan dikatakan tidak adil dan berbau menjatuhkan beliau. Tetapi, ini bukan isunya sekarang.

Persoalannya, apakah seseorang pemimpin politik yang telah menerima dan menjalani hukuman di atas perbuatan yang silam, tidak lagi layak bergelar pemimpin?

Persoalan ini bermain-main di kepala penulis apabila mendapat tahu TS Isa Samad adalah calon BN di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Perbandingan mudah :-

DS Anwar Ibrahim telah dipenjara kerana salahguna kuasa, rasuah dan beliau disahkan melakukan aktiviti luar tabii oleh undang-undang negara. Beliau merengkuk di penjara bersama banduan-banduan yang lain.

Tetapi kini, beliau adalah ketua parti Pakatan Rakyat dan masih berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia walau pun parti-parti lain di dalam PR seperti parti PAS mempunyai calon lain untuk dijadikan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim sangat popular di hometown beliau iaitu Permatang Pauh, layak bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan kini beliau adalah ahli Parlimen di sana.

TS Isa Samad pula sangat popular di Bagan Pinang. Beliau bukan sahaja popular di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi juga penduduk di sana termasuk kaum-kaum bukan Melayu.

Beliau bukan sahaja popular tetapi perkhidmatan beliau cemerlang di Bagan Pinang. Penulis dapat tahu Isa Samad mempunyai kriteria-kriteria tersebut.

Penulis tidak percaya kepada popularisme tetapi penulis akan menyokong pemimpin yang berjaya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin. Penulis menyokong pemimpin yang mesra rakyat dan sentiasa mengambil berat rakyat tanpa memilih kasih.

So, apa lagi yang kita mahu?

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/09/nizar-kvv2-isa-samad-vs-anwar-ibrahim.html)

Bagan Pinang BOLEH menang ke?

Kita amati beberapa peristiwa PENTING 5 tahun sebelum PRU-12 dan 7 kali Pilihanraya Kecil selepas 8 MAC 2008. Apakah pelajaran paling UTAMA dan SENSITIF kepada rakyat, khasnya lokaliti kawasan yang diadakan pilihanraya...?

Sebentar tadi, Tok Isa "Otai" kita kembali di persada POLITIK RAKYAT. Apakah kesan dan akibat kepada pencalonan Ayahanda Pak Sedaro ini? Sojak Pak Sedaro konal dio maso marin sampai di TERAJANG daripada kelayakan bertanding sebagainya hingga potang tadi, langkah dan tertib SILATnya masih sama dan berirama...

Namun, apakah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang dikudai oleh Azman Hassan itu akan berdiam nestapa...apakah Azman Hasan akan poning kepalo?

Apakah komitmen daripada 6 Bahagian dalam Negeri Sembilan akan memastikan Bagan Pinang tidak GUGUR seperti rakan yang lain...? MP Telok Kemang ialah PKR. Dun Bagan Pinang ialah salah satu daripada 3 Dun dalam Telok Kemang....Apakah Adinda Najib akan pandu arah jentera UMNO Telok Kemang? Jangan harapkan Faizal sangat...

Apakah Zakaria Nordin dsns akan TURUT memulun canang untuk memastikan KEMENANGAN Ayahanda? Apakah kuda-kuda tua, kaki ampu Tok Isa akan kembali menebeng dan menyolit colah ketiak Tok Isa?

Apakah Rakyat masih tidur lena? Banyak subjek yang perlu dijawab oleh Wakil Rakyat bukan sahaja untuk Bagan Pinang, tetapi untuk BN Negeri Sembilan...? 23 tahun Menteri Besar...apakah relevan come-back strategy atau sebagai PENGUKUH KEKUATAN MB semasa...!

Wakil Rakyat berjiwa rakyat macam To' Isa, nampak BAIK. Wakil Rakyat, jiwa rakyat macam To' Mad, nampak BAIK. Tapi oleh kerana HANTU, SYAITAN dan IBLIS beranak pinak di keliling mereka BERDUA dan kumpulan kerja mereka, maka MEREKA dilihat BURUK, DAHSYAT dan MENJELEKKAN.

Apakah senjata peperangan UMNO/BN di Bagan Pinang? Masih pakai wayang "Aduka-aduka, hilangkah kau akan kepercayaan mu kepada ku"? Atau sudah advance? Guna MMS beri ucap salam kepada semua pengundi berdaftar di Bagan Pinang dan Teluk Kemang...? Guna sistem kawalan sepusat dan pintar untuk memberi dan membalas HUJAH PKR-PAS-DAP di Bagan Pinang?

Apakah Kader-Kader Pemidato Melayu sedang dioperasikan untuk Bagan Pinang? Apakah Penggerak Perang Saraf dan Pukulan Rakyat telah ditekan SUIS kerja mereka? Apakah pintu BILIK KEBAL sedang diorientasikan oleh To' Isa?

Siapa pun calon PKR-PAS-DAP...bukan SOAL dan lawan. UMNO/BN sebenarnya sedang diCABAR oleh Rakyat yang MUAK, MUAL dan MENYAMPAH. UMNO/BN sebenarnya sedang diRODOK dari dalam UMNO sendiri oleh sifat dendam 20 tahun yang tidak selesai dan PADAM oleh sebahagian 60% ahli UMNO dan rakyat setempat.

Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat merupakan Manifestasi yang WAJIB diangkat tinggi dan mulia oleh Bagan Pinang. Pusat Ketumbukan Utama TDM ialah di Sunggala dan Markas Taktikal TDM begitu bersejarah hingga lahirnya Pejuang Lt. Adnan Saidi.

Bagan Pinang mesti diolah cara dan diolah perang oleh Agen Peperangan Tempur Tanpa Senjata dan Gerila yang baik dan tajam fikirannya. Jika anak didik To' Isa baca tulisan ini, fikir dan dalami, perhalusi taktik dan teknik yang pernah dipertonton menerusi Sejarah Islam sejak Perang Badar dan Uhud lagi, kejatuhan empayar Othmaniah dan kehancuran Andalusia.

Jika Badan Pinang TUMPAS, maka UMNO dan BN mesti panggil KADER-KADER MELAYU untuk bersidang 5 hari 5 malam, untuk buat satu Mauduk Perang Saraf secara MENYELURUH atau HANRUH.

Jika Bagan Pinang TUMPAS, alamat PRU-13 akan KEKAL seperti hari ini. Jika Bagan Pinang TEWAS, alamat Keling akan makin BIADAB. Kita tak boleh di PARIA kan lagi, dek kerana keBODOHan beberapa TALIBARUT bangsa dan rakyat RAJA.

Jika Bagan Pinang TERKUCIL, maka Pak Sedaro berdoa agar ALLAH swt SELAMATkan dan PELIHARAlah Tanahair Malaysia ini daripada Bala dan Wabak yang terus menjadi VIRUS PEMBUNUH Rakyat Raja dan kaum-kaum lain.

(sumber;http://paneh.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-boleh-menang-ke.html)

PAS Tipu Cina Dan India




PAS Tipu Cina Dan India

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata. Seruan ini memang baik dan berguna untuk sebuah parti yang menggunakan 'perkataan Islam' di dalam partinya. Kalau asas perjuangan sudah tidak betul bagaimana perjuangan menegakkan agama Islam hendak berjaya.

Sebelum itu adakah PAS akan bertanding secara bersendirian atau atas nama gabungan Pakatan Rakyat? Kalau PAS bertanding secara bersendirian, mungkin berjuang menegakkan agama Islam adalah sesuai. Tetapi PAS tidak lagi menggunakan perjuangan menegakkan hukum hudud dan menegakkan sebauh NEGARA Islam. Mengapa Nik Aziz tidak menyebut berjuang menegakkan sebuah NEGARA Islam? Ini bermakna PAS akan bertanding atas nama Pakatan Rakyat.

Pertandingan di Bagan Pinang akan mempertemukan UMNO daripada BN dan juga PAS daripada Pakatan rakyat. Disebabkan DAP ada di dalam Pakatan Rakyat, PAS perlu berhati-hati apabila menggunakan istilah 'Islam' seperti membangun bersama Islam dan penubuhan negara Islam. DAP tidak boleh dengar perkataan 'Negara Islam'. DAP sangat sensitif dengan Islam kerana bagi DAP Islam adalah musuh kepada bukan Islam. Kalau tidak bagaimana Karpal Singh boleh mengeluarkan ayat ' langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam di Malaysia'

Anwar sedar Islam menjadi penghalang kepada pakatan politik antara PAS dan DAP. Dalam masa yang sama Anwar sangat memerlukan kedua-dua parti ini di dalam Pakatan. Apa Anwar buat? Gugurkan semua perkataan Islam dalam mana-mana slogan PAS di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada pengundi bukan Islam bahawa PAS tidak lagi sebuah parti Islam. Sebab itu, ramai undi-undi Cina dan India telah memangkah PAS jika parti itu berhadapan dengan UMNO. Selama ini mereka takut untuk mengundi PAS kerana dasar parti itu memperjuangkan sebuah negara Islam.

Benarkah PAS sudah membuang matlamat utama perjuangan parti itu? Jika sudah tiada perjuangan Islam apa beza PAS dan UMNO? Sebenarnya, Anwar Ibrahim telah menipu pengundi Cina dan India bahawa PAS telah mengubah dasar partinya. Hakikatnya PAS tidak pernah pun berubah, di hadapan penyokong Islam mereka akan berkata PAS akan meneruskan dasar-dasar Islam dan hudud akan dilaksanakan jika PAS mempunyai kerusi majoriti di Parlimen.

Orang Cina dan India tidak perlu undi PAS lagi kerana bukan kerana Islamnya, Islam itu benar dan suci. Tolak PAS kerana ianya parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS dan DAP macam anjing dengan kucing. PAS dan DAP sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS dengan UMNO yang seagama pun tidak boleh pun hendak berbincang apatah lagi DAP yang berlainan agama, bangsa, bahasa, budaya dan dari lain benua?

Kalau orang Cina dan India marah kepada UMNO lebih baik pada hari mengundi pergi Genting Highland ramai-ramai lagi bagus. Tidak payah mengundi. Undi PAS bermakna Cina dan India sokong parti yang menipu orang mereka. Sesiapa memang tidak suka ditipu tetapi hari ini terang-terang Cina dan India sudah ditipu.

Kalau orang Cina dan India menyokong PAS kerana boleh menambah kerusi Pakatan Rakyat di dalam DUN Negeri Sembilan juga tidak membawa apa-apa makna. Kalau Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan, Menteri Besarnya tetap orang Melayu walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ianya sudah berlaku di Perak. Kedudukan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kedah dan Kelantan adalah mantap, tetapi kedudukan di Selangor dan Perak sangat rapuh. Negeri Sembilan lebih mirip kepada Selangor dan Perak. Apabila negeri kucar kacir, kehidupan tidak tenteram dan boleh menganggu bisness orang Cina sendiri.

Orang Cina dan India sudah hidup selesa sekian lama di Negeri Sembilan. Mengapa mahu bertukar kepada parti yang hanya pandai buat bising dan cakap tidak serupa bikin. mampukah pemimpin PAS menyelesaikan masalah orang Cina dan India di Bagan Pinang? Selama ini siapakah yang menyelesaikan masalah mereka? Kalau sudah dapat tempat yang baik jangan gadaikan kebaikan itu sekelip mata. jadilah orang yang sentiasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

(sumber;http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/09/pas-tipu-cina-dan-india.html)

PRK BAGAN PINANG : TAN SRI ISA SAMAD CALUNNYA!



PRK BAGAN PINANG : TAN SRI ISA SAMAD CALUNNYA!

Penghuni Gua ucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada Calun BN bagi PRK Bagan Pinang iaitu Tan Sri Isa Samad. Selamat bertanding dengan berhemah dan semuga boleh membawa kebaikan kepada DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Negara.

2. Tak ada isu sebenarnya tentang calun ini. Isa sudah jalani hukumannya. Apa masalahnya. DSAI pun pernah dipenjara ( dilepaskan pun bukan tak salah tetapi kekurangannbukti untuk sabitan I dalam kes liwat. Tu pun masih ada satu lagi kes liwat. Apa kurangnya yang lain. Mat Sabu, Tian Chua, Manoharan, Gobala, Eli dan lain-lain. Baik sangatkah mereka ini.

3. Apa kurangnya YB Ronnie . Bandingkan Isa dengan Ronnie Liu tu dan juga dengan Mat Sabu atau dengan Eli Wong, baiklah lagi Tan Sri Isa.

4. Isa tidak ada masalah untuk menang di DUN Bagan Pinang. Cuma persepsi jangka panjangnya kepada BN pada PRU13 mungkin memerlukan BN/UMNO bekerja lebih keras bagi menghilangkan persepsi kurang baik mengenainya dan BN/UMNO.

2. Semuga PRK ini berlangsung dalam keadaan aman dan damai.
Posted by Arif Omar at 19:51
Labels: POLITIK / BN / PRK BAGAN PINANG

(sumber;http://arifomar.blogspot.com/2009/09/prk-bagan-pinang-tan-sri-isa-samad.html)

CIUM TANGAN


CIUM TANGAN NIK AZIZ
Tuesday, September 29, 2009


1. Budaya mencium tangan di kalangan ahli politik bermula pada era Tun Dr. Mahathir. Anwar Ibrahim pun pernah mencium tangan Tun- simbol anak dengan ayah. Tapi kini...Anwar hanya cium benda yang belakang aje...kenapa? Tanya dialah...

2. Budaya ini sudah menjadi 'kegilaan' di kalangan ahli PAS, tetapi mereka tidak pernah mencium tangan Nizar Jamaluddin atau Mat Sabu. Kenapa? Mungkin tangan mereka 'bau' busuk dengan penderhakaan dan banyak dosa. Sebab itulah tangan Nik Aziz sahaja dicium.

3. Cium tangan bererti kita hormat kepada pemimpin atas sumbangan dan jasa. Sumbangan Nik Aziz amat besar jadi wajarlah ahli PAS mencium tangan. Nik Aziz kata Allah mencarut, orang PAS sahaja masuk syurga....

Kelantan majupun sebab Nik Aziz bukan kerana sikap rakyat Kelantan itu sendiri. Allah pun tidak boleh mengubah nasib kaumnya, tetapi Nik Aziz boleh mengubah seluruh rakyat Kelantan...kira Nik Aziz memang terlalu hebat.

4. Tak ada orang yang hendak mencium tangan Anwar Ibrahim walaupun dilantik sebagai Presiden PKR dan Haji Hadi sebagai Presiden PAS. Kenapa? Tangan diaorang busuk ke?

5. Haji Hadi pernah berpeluk dengan Lim Kit Siang, tetapi tidak pula melakukan aksi bercium tangan. Kalau cium tangan Lim Kit Siang, bau babi lah jawabnya. Tapi Haji Hadi, tangan Samy Vellu pun dia cium asalkan dapat sokongan India.

6. Sami Hindhu di Batu Caves pernah mencium tapak kaki Ayah Pin untuk mendapat berkat. Hebat lagi ayah Pin, kaki pun orang cium. Agaknya ada orang nak cium kaki Nik Aziz ke?

7. Pengikut Al-Arqam pernah mencium kaki dan tangan pemimpinnya, iaitu Abunya untuk mendapat keberkatan. Ada orang kata, sebelah kaki Abunya pernah melangkah ke langit bertemu Allah dan Baginda Rasulullah.


abe MIE- tak hebat lagi Nik Aziz sebab belum ada penyokong PAS mencium kaki untuk mendapat berkat dan 'dipermudahkan' ke syurga.

(sumber;http://pkrpasdap.blogspot.com/2009/09/cium-tangan-nik-aziz.html)

TAHNIAH TS ISA ATAS PEMILIHAN SEBAGAI CALON...



Calon dah diumumkan...tahniah kepada TS Isa yang telah dipilih oleh majoriti sebagai calon untuk PRK Bagan Pinang kali ini.

Rata-rata blogger pembangkang mempertikaikan "kebersihan" TS Isa atas kesilapan lampau beliau. Langkah tersebut merupakan satu tindakan awal pembangkang dalam melaksanakan strategi "character assasination" seperti mana yang berlaku di PRK2 yang lepas.

DES : Mana la nak cari calon yang betul-betul suci tanpa noda...kot ade pun, jenis yang pandai makan, pandai simpan..

Sekurang-kurangya beliau sudah menjalani hukuman beliau...DSAI pun pernah merengkok jugak dalam penjara, tapi boleh jugak bertanding sebab popular punya pasal ditempat sendiri...

Nik Aziz yang makin bertambah meningkat tahap "kesucian" nya pun ada juga yang tak betul...sekali-sekala tergeliat jugak lidah tu!

(sumber;http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/09/tahniah-ts-isa-atas-pemilihan-sebagai.html)

Isa pilihan PM - Tun Shhhhhh........




(Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.)

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

Persoalannya :

1) Apakah Tun benar benar memerangi rasuah dan apakah UMNO benar benar bersih di zaman Tun, Bukan kah rasuah ini bermula dari zaman Tun dan bukan kah rasuah ini telah diamalkan 22 tahun yang lalu . Mengapa sekarang baru kita namakan sebagai rasuah ? Pernah kah UMNO sendiri memberikan guide line atau mendefinasikan apakah yang di panggil rasuah.

a) Belanja makan , setakat rm 12 seorang , apakah rasuah, Tambang bas setakat RM50 bagi pengikut , penginapan rm 12o dan wang saku rm300 untuk pengikut . apakah ini dinamakan rasuah. RM2500 sebulan untuk jentera . apakah ini juga dinamakan rasuah, Jika ini dinamakan sebagai rasuah, semua orang UMNO mengamalkan kaedah ini. Jangan tipulah jika mereka yang bertanding tidak keluar satu sen seperti Mukhriz. Ha ha .Memang Mukhriz tidak keluar kan satu sen pun, tapi tanya Tun Faizal atau Anaz .

b) Apakah Tun tidak keluar satu sen pun ketika menetang Tengku Razaleigh dahulu ?

c) Jika Isa yang telah digantung dan akur dan telah menjalankan hukuman dan masih setia dengan UMNO , kenapa Isa tidak boleh beranding ? Jika isa tidak boleh bertanding kenapa Isan tidak digantung seumur hidup dan pecat sahaja beliau dari UMNO. Ini undang undang manusia dan bukan undang undang tuhan . Jika penduduk di Bagan Pinang boleh menerima Isa , kenapa Isa tidak dibenarkan bertanding.

Sama juga seperti Khairy Jamaluddin . Apabila lembaga tatatertin membenarkan beliau bertanding , kenapa ada mulut mulut yang masih mahu memburukkan nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini dengan lontaran perkataan rasuah setiap kali menyebut nama Khairy. Khairy bersalah bukannya atas dasar dia yang memberi rasuah atas dasar orang yang bertugas dan tidak ketentuan orang berkenaan sahih atau tidak bertugas dengan Khairy secara sahntungNO Tun perlu akur dan hentikan memberikan keyataan yang akan merugikan parti .

Tun tak perlu fikir apa yang seluruh Malaysia fikir terhadao UMNO, Tun perlu fikir apa seluruh Malaysia sedang memikirkan mengenai Tun.

Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.

More story


(sumber;http://mytepakbersulam.blogspot.com/2009/09/isa-pilihan-pm-tun-shhhhhh.html)

Monday, September 28, 2009

N31 - Peluang Isa Samad menang di N31 cukup besar !


Isnin, 2009 September 28

N31 - Peluang Isa Samad menang di N31 cukup besar !

oleh : albanjari

Kurang 24 jam dari sekarang, Umno-BN akan mengumumkan calon muktamad mereka untuk mewakili BN di N31. Biarpun BN Teluk Kemang terbelah menjadi 3 puak kini, perkara itu tidak menjadi 'barah' yg berbahaya kepada undi Umno-BN di sana. BN pasti akan terus 'gemilang'.

Tidak akan berlaku undi 'protes' di Bagan Pinang. Jangan samakan N31 dengan siri-siri PRK sebelum ini. Ini tempatnya Isa Samad. Jangan ada sesiapa yg menyangkal perkara ini. Siapa yang tidak tahu ? kerusi N.31 sebelum ini milik siapa ? Sudah tentu bukan dari Pakatan Rakyat. Malah tiada siapa dapat menyangkal betapa berpengaruhnya Isa Samad di sana.

Jika 3 minggu lalu, terlalu kuat spekulasi, untuk menolak beliau untuk dicalonkan, tapi siapa mereka ? Yang suka-suka menolak beliau di Bagan Pinang ? Sedangkan dari akar umbi Umno sendiri begitu memerlukan calon seperti Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno, di situ. Jangan pula ada tonggong-tonggong yg cuba menculas beliau dari tidak bertanding ! Dan jangan ada pula suara-suara yang 'jahat' cuba mengaitkan beliau dengan rasuah. Isu yg sengaja ditimbulkan oleh musuh-musuh politik Isa bagi menjatuhkan beliau. Beliau dianiaya dengan isu itu sebenarnya.

N.31-Bagan Pinang terletak dalam bahagian Teluk Kemang, di mana Isa sendiri menjadi ketuanya. Jadi tidak sukar dijangka bahawa beliau akan mendapat sokongan padu di situ.

Malah dari risikan blogger PR sendiri, jelas menunjukkan bahawa seluruh Negeri Sembilan cukup positif menyatakan sokongan kepada Isa, malah sokongan yg diberikan cukup padu. 5 daripada 8 bahagian UMNO di negeri itu mengalu-alukan Isa bertanding di Bagan Pinang - sekiranya dinamakan oleh pucuk pimpinan parti. Sudah terang lagi bersuluh !

Satu perkara lagi, usah dilayan suara-suara sumbang diluar sana, biarkan chedet terus berkokok kosong, siapa beliau untuk mencula undi Isa di Bagan Pinang ?

Beliau hanyalah seorg ahli Umno yang kerjanya keluar masuk parti, itu saja ! Tak suka keluar.., Suka..masuk balik.

Berbeza dengan pendirian Isa. Dan Isa itu lebih baik dari sudut istiqamahnya kepada Umno. Dan kerana itulah Isa Samad masih diperlukan di Bagan Pinang sokongan ahli Umno begitu bulat dan padu.

Walaupun ada cakap-cakap mungkin juga Isa akan memberikan laluan kepada anaknya untuk dicalonkan di situ, namun apa pun tanggapan suara-suara luar, Bagan Pinang tetap akan menjadi satu lagi titik untuk Isa membuat comeback, dan faktor ini sukar ditolak. Dengan momentum yang ada, setakat ini keadaan sesungguhnya memang memihak pada Isa.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh Umno-BN, kemenangan sudah hampir pasti ! Dan realiti itu dapat diterjemahkan hanya dengan meletakkan ISA SAMAD sebagai calon BN di N.31.

(*) wak - Tak tahulah, kalau BN mahu kalah lagi untuk yg kesembilan kali. Jika itu yg diharapkan, JANGAN CALONKAN ISA !! Calonkan saja chedet..!!

Posted by RAKYAT MARHAEN at 9/28/2009 02:41:00 PM

(sumber;http://wargamarhaen.blogspot.com/2009/09/n31-peluang-isa-samad-menang-di-n31.html)

Mencari Wakil Rakyat atau Wakil Parti?



Monday, September 28, 2009
Mencari Wakil Rakyat atau Wakil Parti?

1. Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.

2. YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

4. Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.

5. Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.

6. YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.

7. Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984.
8. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.

8. Tujuan saya membentangkan beberapa fakta ini bukanlah untuk menceritakan keaiban sesiapa, mahu pun menyatakan tidak salah kita membuat salah asalkan rakyat terus menerima kita. Bukan pula saya mengatakan mereka yang telah didapati bersalah juga boleh secara bebas dan sewenang-wenangnya dipilih menjadi calon Barisan Nasional.

9. Cuma fakta-fakta ini menimbulkan persoalan dan polemik apakah ahli politik yang pernah berbuat salah dan telah menjalani hukuman tidak wajar diberi peluang kedua jika rakyat di kawasannya masih mahukan khidmat beliau?

10. Dalam konteks inilah kita perlu menilai isu pemilihan calon DUN Bagan Pinang minggu hadapan.

11. Apakah jika Tan Sri Isa dipilih maka ia akan memburukkan imej parti di peringkat nasional? Kepada sebahagian mereka yang memilih untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional, mereka akan menggunakan alasan ini untuk terus memburukkan parti. Kumpulan ini akan memburukkan sesiapa sahaja yang menggunakan lambang Barisan Nasional.

12. Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.

13. Ini seharusnya memberi perspektif yang berlainan daripada kes-kes di atas tadi. Saya tidak mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana Lembaga bertujuan menjaga etika pemilihan parti bukannya membuat keputusan atas kesalahan jenayah. Justeru sistem dan kaedah perbicaraan Lembaga Disiplin UMNO lebih longgar dan berbeza dengan Mahkamah dari segi beban pembuktian dan kekuatan bukti.

14. Dari segi moral pun kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa jauh lebih kecil dari contoh-contoh ahli politik yang saya nyatakan di atas. Justeru adakah wajar Tan Sri Isa terus dihukum walapun selepas beliau telah menjalani hukuman?

15. Apakah sudah hilang konsep peluang kedua dan memaafkan perkara lalu dalam kehidupan kita? Apakah sekali salah maka selama-lamanya menanggung kesalahan tersebut sehingga tiada peluang menebusnya?

16. Apa yang penting ialah majoriti pengundi di Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa, Jika kajian dan soal selidik parti menunjukkan ini kehendak rakyat di sana maka Barisan Nasional harus membuat keputusan yang sewajarnya.

17. Bukankah Datuk Seri Najib sendiri telah menyatakan bahawa zaman kerajaan atau parti tahu segalanya sudah berakhir dan rakyat perlu didahulukan? Justeru jika keputusan UMNO Bahagian dan kehendak pengundi Bagan Pinang tidak diterjemahkan dalam pemilihan calon nanti apa ertinya segala slogan dan janji?

18. Pemimpin Barisan Nasional perlu sedar bahawa masalah terbesar parti dan kerajaan hari ini bukan masalah imej tetapi masalah polisi dan perjalanan kerajaan. Parti pemerintah akan sentiasa ada masalah imej kerana kita akan sentiasa diserang dan berada dalam keadaan situasi mempertahankan diri.

19. Tiada manusia dan parti yang tidak membuat kesilapan. Namun yang menjatuhkan kebanyakan parti pemerintah ialah apabila rakyat bosan dengan polisi dan perjalanan kerajaan yang tidak membantu kehidupan mereka.

20. Imej parti dan kerajaan lebih buruk pada 1998 berbanding 2008 namun mengapa kita kalah teruk pada 2008 berbanding 1999? Ia berlaku apabila rakyat diletakkan dalam keadaan tiada rugi sedikit pun jika mereka mengambil risiko menukar kerajaan. Apabila rakyat dibebani oleh isu perut, tembolok dan kelangsungan (survival) kehidupan maka ketika itu berlakulah seperti apa yang berlaku pada 2008.

21. Maka Barisan Nasional harus bertanya mahu memperbaiki imej atau mahu memenuhi kehendak rakyat?

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Monday, September 28, 2009

(sumber;http://www.drkhir.com/2009/09/wakil-rakyat-atau-wakil-parti.html)

Khairy Tidak Berapa Minat Dengan Bagan Pinang?



Monday, September 28, 2009
Analisa Peristiwa
Khairy Tidak Berapa Minat Dengan Bagan Pinang?

SEMASA menghadiri rumah terbuka Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam saya berkesempatan berjumpa dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Kebetulan Khairy singgah dan duduk di meja yang saya duduk.

Ada bersama di meja itu ialah Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din, Timbalan Dewan Pemuda Pas, Azman Shafawi, sahabat saya lawyer Md Radzi Mustafa, lawyer Swardi dan juga lawyer Razali Ismail yang juga tuan punya Syarikat Air Selangor, Syabas.

Sebagai seorang politik Khairy memang pandai bergaya dan mencuri kesempatan. Sebelum duduk dia bersalaman dengan segenap orang. Ramai yang memberi tumpuan kepadanya dan Khairy nampaknya menguasai keadaan sehingga menenggelamkan Azman Shafawi yang jelas tawaduk. Beberapa orang pegawai yang mengiringinya mengahkan lagi dirinya sebagai seorang ketua.







Kerana ghairah bersalam, Khairy sampai tidak ternampak Razali Ismail. Namun sebagai orang politik, diralatnya kesikapan itu serta merta dengan menyalahkan dirinya sambil mengakui mata sudah berpinar, tak nampak Razali. Untuk ini juga Khairy terpaksa bersalaman dan berpelukan dengan Razali sebagai opoligis atas kecacatan kecil itu kemudian terus duduk di meja yang saya duduk itu.

Kesempatan ini sangat baik. Khairy membuka dirinya untuk ditanya dan diasak apa jua persoalan semasa dan hal ehwal dirinya dalam Umno. Para wartawan yang terliur untuk mendengar perbualan berada di ruang berdekatan penuh beretika. Bagi mereka kehadiran Khairy itu sesuatu mengejutkan dan diharap ada bahan menarik darinya.

Di celah-celah beliau bercakap dengan Azman yang duduk di kanannya dan Haron Din di kirinya, saya menyelakan beberapa soalan berupa pandangan peribadi. Semuanya dijawab dengan penuh diplomasi oleh Khairy. Paling menarik suasana semalam begitu mersa sekali dan Khairy berjaya menunjukkan kerendahan dan kesopannya sebagai orang Melayu bila berbicara dengan orang lebih tua terutamanya ulama Haron Din.

Satu perkataan terpancu dari mulutnya, katanya; saya kena belajar banyak dari Ustaz (Haron). Walaupun kata-kata itu sebagai basa basi namun itulah hemah dan kerendahan yang wajar ada pada diri orang politik. Di mana dan siapa saja bila berdepan dengan orang tua, apa lagi ulama harus bersopan. Mengkritik orang tua di khayalak adalah satu kebiadapan. Selepas itu mereka kedengaran bertanya fasal soal keluarga masing-masing begitu akrab sekali, sehingga rakan saya bertanya saya apakah mereka ada hubungan kekeluargaan?

Di meja itu juga timbul soal rancangan perdebatan (forum) antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan Tantawi. Katanya bukan beliau tidak bersedia untuk menerima jemputan Nasrudin tetapi mahukan format yang jelas dan tidak menimbulkan masalah. Kalau boleh katanya biarlah dalam suasana jauh dari media massa kerana bimbang ianya akan dieksploitasi yang mana akhirnya menimbulkan masalah.

Katanya tidak ada guna kita berdebat kalau natijahnya buruk, sebab apa yang diharapkan ialah kebaikan bersama. Dalam perdebatan itu katanya bukan mencari siapa yang menang dan kalah, tetapi kebenaran dan kemenangan untuk semua. Makanya kalau diadakan format yang baik, rancangan itu boleh diadakan.

Azman Shafawi yang saya kira hadir mewakili ketuanya bersetuju dengan cadangan Khairy itu dan akan memaklumkan kepada ketuanya. Haron Din juga bersetuju, katanya yang penting pemuda harus berbincang dan membawa satu pendekatan baru. Tidak sepatutnya pemuda meneruskan stail politik lama yang berkonfrantasi antara satu sama lain yang merugikan bangsa dan negara. Sebenarnya untuk membawa pembaharuan dan kebaikan bersama ianya perlu dicetuskan oleh generasi muda.

Rancangan perdebatan ini seharusnya bukan sahaja terbatas kepada perbincangan antara Pemuda Umno dan Pas sahaja tetapi kalau boleh bukakan sama dengan Pemuda PKR. Mungkin satu topik khas yang general boleh dikemukakan untuk ketiga pemuda itu duduk atas satu pentas mewacanakan pembangunan nusa dan bangsa.

Perbualan sambil makan itu diselang seli dengan berbagai topik ringan lain termasuklah soal pilihan raya kecil Bagan Pinang. Saya mengusik Khairy mengenai pilihan raya itu, dengan bertanya mengenai sikap dan komitmennya. Ternyata sejak menjadi Ketua Pemuda, beliau seakan diperkecilkan dan mahu ditenggelam langsung dalam arus perdana Umno.

Apakah peranan Pemuda di Bagan Pinang, apakah Pemdua tidak mahu calon dari kalangan pemuda? Tanya saya. Dengan mencebek bibirnya (stail Khairy) dan mata keli yang berkelip layu serta dengan suara tenang dan insaf beliau menejalsan, Pemuda tidak ke depan, biarlah orang lain. Kesian...

Kenapa, tanya saya lagi. Bagi pemuda katanya sudah cukup. Di Manik Urai calon dari pemuda.... sudah cukup. Jadi biarlah calon lain pula. Jawaban itu menunjukan Khairy semacam tidak ghairah dengan pilihan raya itu. Apakah sikap itu kerana beliau diasingkan dari Umno kini ataupun merasai pilihan raya itu bermasalah kepada UBN. Jadi untuk tidak dibebankan dengan kekalahan bakal menjelma itu beliau mengambil sikap tawaduk begitu?

“Tetapi sungguh pun begitu Pemuda akan menyokong sesiapa saja. Namun hendak ke depan biarlah orang lain, kita patuh saja,” jelasnya.

Penjelasan itu memberi konotasi menunjukkan Khairy tidak ceria dengan situasinya kini. Penyisihan beliau dari berperanan sewajarnya mengikut kapasitit selalu ketua pemuda benar-benar memakan hatinya. “You kena tonjolkan diri dalam pemuda, kalau tidak you akan terus tenggelam. Usaha menggelamkan you menjadi-jadi,” usik saya lagi ala-ala memberi nasihat.

Dia sekali lagi mecebek mulut dan mata berkelip-kelip dan mendengar dengan prihatin sambil mengangguk-angguk. "Saya nampak 1 Malaysia, pemuda tidak pun berperanan? Kenapa tidak suka kepada 1 Malaysia ke...?", usik saya lagi. "Tidak...!, tunakgnya. "Pemuda ada rancangannya sendiri dan selepas raya ini kita akan buat program 1 Malaysia,"balasnya cepat.

“Saya rasa kalau Umno nampak tak nak bagi peluang dan layan you, baik you masuk belah sini pulak...Pakatan Rakyat”, saya sengaja melontarkan persoalan itu yang kurang tergamak dilontar oleh orang lain.

“Boleh ke...?” tanya beliau.

“Kita sedia membuka pintu kepada sesiapa saja, boleh...” Azman Shafawi menyabutnya dan dibalas pula oleh Haron Din dengan berkata, "eh cantik benar tu..." Semua yang berada di meja itu ketawa dengan acahan dan sambutan Khairy itu. Apakah pelawaan tidak langsung itu tersemat di dalam kepala Khairy! Hari ini mungkin beliau merasakan ajakan itu hanya gurauan dan isengan saja. Tetapi kalau beliau terus dihindik dan dinafikan haknya oleh Najib Razak dan terus diperhinakan oleh Mahathir tidak mustahil Khairy akan melihat ajakan itu sesuatu yang serius dan tepat! [wm.kl.8:00 am 29/09/09]
Posted by mso.im at 8:31:00 AM
Labels: CATATAN

Khairy, Kit Siang Meriahkan Rumah Terbuka Nasharudin


Sunday, September 27, 2009
Bila Mata Bertemu Mata
Khairy, Kit Siang Meriahkan Rumah Terbuka Nasharudin

APAPUN cemuhan ke atas Nasharudin Mat Isa beliau adalah timbalan prresiden Pas yang menang jawatan itu secara sah dan halal menerusi muktamar. Biarlah beliau diejek sebagai tidak cukup saiz, pendek, berlagak, ada stail barat, makan di hotel, namun beliau adalah timbalan presiden Pas. Kalau takdir Abdul Hadi Awang menghadapi masalah dalam sehari dua ini, Nasharudin akan memangku jawatan Presiden Pas. Orang lain tidak berhak untuk memangkunya. Sejarah Pas akan mencatat namanya sebagai pemangku!


Taraf dan kedudukan Nasharudin sama dengan Muhyiddin Mohd Yassin, timbalan presiden Umno. Pendeknya antara beliau dengan Muhyiddin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Walaupun ada orang-orang tertentu dilihat sasa, bijak dalam bidang ekonomi, pandai memanipulasi isu dan keadaan dan sebagainya tetapi hakikat tidak dapat ditolak bahawa jawatan itu Nasharudin yang pegang. Nasharudin yang empunya.


Dalam demokrasi perlantikan pemegang jawatan bukan berdasarkan kepada tubuh sasa, panjang lebar, atau warna kulit, kaya dan miskin tetapi bergantung kepada pilihan ahli. Walaupun seseorang itu disokong oleh orang yang dihormati tetapi kalau ahli tidak peduli tidak ada guna satu sen pun. Dia akan tetap juga kalah.


Maka kerana saya mengikhtiraf Nasharrudin sebagai timbalan Presiden Pas menyebabkan saya rasa perlu untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitrinya. Saya hadir sebenarnya kerana ingin mahu tenguk bagaimanakah suasana rumah terbuka pemimpin Pas yang menjadi kontroversi yang dicipta untuk melenyakkannya sebelum sampai tempoh itu.

Sewaktu saya bertolak dengan seorang penguam yang semakin mencipta nama dan dihormati masyarakat, Md Radzi Mustafa ada dua perkara yang terbata dalam kepala saya kenapa saya ke rumah Nasharuddin selain daripada memenuhi undangannya. Pertama saya mahu lihat sendiri keadaan rumah beliau yang digambarkan sebagai mewah, mirip-mirip rumah Samy Vellu itu. Kononnya rumahnya ada guard khas dan terletak atas bukit. Kedua, ialah saya mahu tenguk sesiapakah pemimpin Pas (ahli jawatankuasa kerja) yang menyempatkan diri untuk hadir meraikan rumah pemimpin nombor dua Pas itu.

Inilah peluang untuk melihat dari dekat rumah timbalan presiden Pas yang digambarkan mewah itu. Lebih mewah daripada rumah bekas Naib-Naib Presiden Pas? Betulkan ada guard yang mengawal 24 jam rumah berkenaan? Saya mahu pastikan sendiri dan mahu menulis mengenai rumahnya.

Biasalah rumah pemimpin atau orang politik boleh dijadikan modal. Tidak kira murah atau mahal boleh dijadikan bahan menarik. Bahkan pemimpin buat porch kereta pun boleh dijadikan isu. Boleh kait pemimpin berkenaan telah bersekongkol dengan rasuah. Kononnya kontraktor membuat porch itu sebagai kontra dengan projek. Begitulah rangupnya tuduhan terhadap orang politik.

Sesampai saya ke Bukit Mahkota ketika memasuki Seksyen 1, mata saya melilau mencari bukit yang dimaksudkan. Pandang ke hulu pandang ke hilir tidak ada bukit. Rumah Nasharudidn bukan berada atas bukit melainkan atas tanah rata sama dengan rumah-rumah lain yang sama besar dan sama lebarnya. Ternyata gambaran mengenai rumahnya sebelum ini salah dan berniat ingin memburukkan Nasharudin saja. Wajarlah kalau beliau menyaman pembuat fitnah itu.

Adapun guard memang ada. Tetapi guard itu bukan untuk mengawal rumah Nasharudin seorang, tetapi mengawal taman berkenaan. Guard itu kawal jalan masuk ke taman berkenaan. Sudah menjadi kebiasaan di Kuala Lumpur ini mana-mana taman perumahan ada guard yang mengawal. Mereka dibayar oleh penghuni taman-taman berkenaan.

Saya menggeleng-geleng kepala sendiri bila melihat suasan rumah Nasharudin itu. Betapalah orang yang menulis dan memberi gambaran terhadap rumahnya berniat jahat dan khianat. Ternyata orang itu tidak tahu membezakan mana gurad peribadi dan mana gurad untuk keseluruhan taman.

Rumah Nasharuddin yang digambarkan mewah dan harga berjuta-juta ringgit itu pun tidaklah sehebat mana. Mungkin orang yang memberi gambar itu teruja dengan design rumah itu saja yang bentuknya bukan macam rumah kampung. Bentuknya ala-ala Barat. Bila tenguk ala Barat terus tuduh rumah itu berharga jutaan ringgit. Apa lagi kalau orang kampung yang baru masuk bandar akan terkejut melihatnya. Tetapi bagi mereka yang biasa sudah tidak hairan, rumah itu biasa saja.

Saya tidak tahu berapa nilainya. Tetapi rumah Nasharudin realitfnya lebih kurang saja dengan rumah wakil-wakil rakyat Pas yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan rumah Exco di Kelantan lagi hebat. Seperauh peruntukan sama nilainya dengan rumah Nasharudin. Sebenarnya masalah rumah ini tidak perlu dipertikikan kerana ia adalah keperluan yang mengikut kemampuan seseorang. Apa salah kalau Nasharudin buat rumah sebesar bukit kalau beliau mampu?

Misi kedua saya ialah untuk mengintai siapakah pemimpin Pas yang hadir mengunjungi timbalan presiden mereka itu. Ketika saya sampai orang ramai sudah mengerumini makanan dan pelbagai juadah yang disediakan. Kehadirannya boleh tahan juga. Walaupun 'dipulau' namun tetap meriah. Jenguk situ jenguk sini sambil bertanya, jelas tidak ada seorang pun pemimpin bawahan yang datang kecuali Ustaz Bakar Chik, Ustaz Abdul Ghani Shamusdin yang berada di meja orang biasa dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din berada di meja VVIP.

Ke mana mereka semua? Saya faham kalau tidak ada pemimpin Pas di rumah terbuka Nasharudin itu bahkan saya telah meramalkannya. Mungkin mereka juga kebetulan mengadakan rumah terbuka ataupun berada di luar kawasan. Ataupun terhalang oleh kesesakan lalu lintas. Almaklumlah sewaktu saya ke Bukit Mahkota hujan turun dengan lebat semacam dibomohoi agar menganggui rumah terbuka itu.


Antara orang kenamaan lain yang hadir ialah Adun Bangi, Dr Shafei Abu Bakar, Syed Mohamamd, pegawai ibu pejabat Pas, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shafawi dan pemimpin Pas peringkat Kawasan di Selangor dan beberapa kenalan Nasharuddin ahli perniagaan dan pelajar luar negara. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan tidak dapat hadir dan mewakilkan kepada Azman Shafawi.
Jika dibandingkan rumah terbuka Timbalan Presiden Pas dengan rumah terbuka timbalan presiden Umno, sama sekali tidak terlawan. Kalau Muhyiddin buat rumah terbuka mungkin semua menteri Kabinet dan pemimpin tertinggi Umno akan hadir sebagai merai dan menghormati pemimpin mereka. Mereka melupai sengketa dan bermaaf-maafan di hari raya.


Adalah malang bagi Nasharuddin kerana beliau tidak menerima layanan seperti Muhyiddin walaupun dia juga berjawatan sama taraf dengan Muhyiddin Yassin. Pun begitu suasan tetap meriah. Para tetamu yang hadir tidak mengetahui apa yang berlaku. Nasharudin dan isterinya tetap tidak kecucupan tangan untuk melayani para tetamunya. Yang hadir semua golongan masyarakat yang sekaligus menunjukkan beliau mempunyai kenali ramai dan masih dihormati ahli-ahli Pas.

Enam ekor kambing jamnpari panggang semuanya disapu dan yang tinggal hanya besi pemanggang saja.

Saya tidak mahu tanya perasaan Nashardin dengan suasan itu. Apakah dia sedih atau tidak. Atau memang dia tidak mengundang pemimpin-pemimpin Pas lain kecuali dua tiga orang yang terpilih sahaja. Tetapi di sebalik kedukaan itu ada kemeriah lain dan sejarah buatnya. Beberapa orang tetamu istimewanya hadir seolah mahu mengubati kemuraman kerana tidak dikunjungi teman sepejuangan dalam parti sendiri.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan rombongannya dan Pengerusi Syarikat Air Selangor (Syabas) Razali Irbahim serta Pengerusi DAP, Lim Kiat Siang, Ketua pemuda DAP dan Exco Selangoer, Teresa Kok hadir dan menjadi tetamu istimewa. Kehadiran Khairy terutamanya menjadi sejarah kerana inilah pertama kali Ketua Pemuda Umno menghadiri rumah terbuka pemimpin Pas.

Kesimpulannya ternyata pemimpin DAP dan Ketua Pemuda Umno lebih menghormati dan memahami makna aidifitri berbanding dengan sesetengah pemimpin Pas yang lain. Hendaknya kehadiran Khairy ini tidak akan dijadikan modal murahan oleh sesetengah pihak untuk terus memburuk dan prejudis timbalan presiden Pas itu. [wm.kl. 8:00 pm 27/09/09]
Posted by mso.im at 7:31:00 PM
Labels: CATATAN

(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/bila-mata-bertemu-mata.html)

PAS vs DAP Demi Bagan Pinang

Skrip cerita politik Malaysia masih seperti begitu. Dengan pilihanraya kecil yang berlaku sepanjang tahun, dengan dakwaan lompat parti dan dakwaan perpecahan dalaman.

Pembangkang turut mempunyai skrip yang sama. Setiap kali akan berlangsungnya pilihanraya kecil, maka pasti timbul isu pergaduhan dalaman pakatan mereka. Yang pasti semestinya melibatkan parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil seterusnya. Lalu hampir semua lawan mengharapkan perpecahan sememangnya bakal terjadi.

Maka media massa, blog-blog malah sebahagian pemimpin Umno terikut-ikut menjayakan watak skrip ulangan ini. Malangnya pada kempen pilihanraya kecil, pemimpin-pemimpin yang bergaduh berceramah bersebelahan sambil menafikan pergaduhan mereka. Kononnya hanya perselisihan pendapat dan menuduh BN sebagai tukang propaganda.

Rakyat pun mula percaya kerana sebelumnya mereka membaca suratkhabar dan menonton TV cerita perpecahan pembangkang, tiba-tiba di depan mata empunya badan menafikan sambil bersalaman erat menandakan kemesraan mereka.

Lalu BN menjadi mangsa tohmahan sedangkan itu semua sememangnya sudah di atur. Malangnya plan menjatuhkan imej BN tidak dapat dibaca malah pemimpin kita sendiri tertipu.

Oleh itu, sempena pilihanraya Bagan Pinang, lupakan sebentar kes Hasan Ali, Tony Pua dan Selangor. Usah beri kenyataan berlebihan. Usah beri publisiti meluas. Sememangnya itu yang mereka cari dan rancang.

Tumpukan pada jentera BN, pemilihan calon dan penyatuan dalaman. Biarlah PAS dan DAP melakonkan watak mereka di hadapan penonton sendiri!

Posted by Anak Muda Johor at 9/26/2009 12:31:00 PM 0 comments

(sumber;http://umnojohor.blogspot.com/2009/09/pas-vs-dap-demi-bagan-pinang.html)

Bagan Pinang:Pembangkang Hina Keluarga Tentera


Bagan Pinang:Pembangkang Hina Keluarga Tentera

Oleh Teh Tarik Satu!

Seperti sudah mengetahui keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Bagan Pinang, parti-parti pembangkang nampaknya sedang mempersiapkan diri menyediakan hujah-hujah yang boleh melegakan hati para penyokong mereka mengenai faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan PAS di kawasan tersebut.

Dari kenyataan akhbar yang disiarkan hampir saban hari, ternyata ada kebimbangan yang cukup ketara diriak wajah para pemimpin pembangkang, tidak kira PAS, DAP mahupun PKR.

Bagi DAP, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng awal-awal lagi telah menyatakan bahawa PAS tiada harapan untuk menang. Tetapi mana mungkin PAS mahu mengalah begitu sahaja di kerusi tersebut.

Realitinya dan juga percaturan di atas kertas, PAS memang akan tewas dan ini tentunya mengganggu momentum sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Yalah, pembangkang tidak pernah tewas dalam pilihan raya kecil sejak tahun lalu kecuali di Batang Ai. Malah mereka berjaya merampas pula kerusi milik BN di Kuala Terengganu.

Bukan sesuatu yang ganjil juga, apabila dalam setiap ceramah pembangkang, harapan dinyatakan secara terbuka bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13, Pakatan Rakyat akan berkuasa dan BN akan dihalau keluar dari Putrajaya. Begitulah hebatnya impian mereka.

Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja, pilihan raya kecil ini meresahkan mereka. Bagan Pinang bukan kerusi pembangkang sebaliknya milik BN. Kalau PAS kalah, logiknya ia tidaka akan membawa apa-apa perubahan pun.Tentu agak pelik jugakan sikap mereka sekarang?

Sedangkan sebelum ini pembangkang begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk menanti sebarang pilihan raya kecil kerana yakin rakyat akan tetap bersama mereka.

Lebih penting mereka dapat melanyak BN sekonyong-konyongnya manakala imej pemimpin BN dapat dicalar dan dicacatkan dengan sadisnya agar rakyat hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap parti pemerintah.

Adakah rakyat sudah tidak bersama pembangkang lagi selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih tampuk pemerintahan negara dari Pak Lah?

Kawan tak tahu jawapan yang pasti kerana tidak mempunyai statistik atau data dari kajian ilmiah yang dilakukan. Mungkin perkara ini ada benarnya. Ada kemungkinan juga ia tidak tepat.

Apa yang kawan boleh lihat, cuma sokongan terhadap Najib memang semakin ketara. Bagaimanapun, sokongan rakyat kepada BN masih belum ketara peningkatannya.

sekiranya sokongan hanya meningkat untuk Najib seorang, sebenarnya ia kurang baik untuk BN. Yang ideal, pastinya peningkatan sokongan terhadap parti kerana ia boleh menjamin kelangsungan pemerintahan BN.

Menjelang pilihan raya kecil di Bagan Pinang ini pula, kawan lihat pembangkang cenderung mahu menyalahkan anggota tentera dan keluarga mereka jika PAS kalah nanti.

Macam-macam isu dan hujah yang telah dibangkitkan pembangkang termasuklah larangan tentera mengundi secara biasa adalah salah disisi Perlembagaan Negara. Benarkah begitu?

Sedangkan tentera dan ahli keluarga mereka sudah mengundi secara begitu sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Dulu tak pernah pula jadi isu? Adakah ini strategi baru pembangkang untuk menunjukkan mereka begitu prihatin terhadap kebajikan warga tentera?

Kawan percaya, pembangkang jadi marah kepada tentera dan keluarga mereka kerana di Bagan Lalang tentera tidak menyukai pembangkang bukan disebabkan kerajaan mengugut mereka.

Kawan tak nampak, tentera boleh diugut dalam soal mengundi. Dulu mungkin, sekarang tidak.

Misalnya, kawan tengok untuk kerusi Parlimen Pekan yang ditandingi Najib sendiri, majoriti anggota tentera udara dan keluarga mereka tak sokong pun Najib. Yang paling banyak mengundi Perdana Menteri ialah mereka dari cabang Tentera Darat.

Di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih pula kawan dengar jumlah undi untuk kerajaan dan pembangkang hampir seimbang. Di Pangkalan TLDM di Kuantan pula, khabarnya undi untuk pembangkang melebihi undi kepada BN.

Di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, sokongan tentera tidak pula dapat membantu BN mengalahkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Jadi, sebenarnya undi pos oleh tentera ini tidak wajar dipolitikkan secara keterlaluan. Tentera kita tidak bodoh. Mereka dan keluarga mereka tahu menggunakan hak mereka.

Jika wakil rakyat BN gagal menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan baik, pasti undi mereka banyak akan menuju ke pembangkang. Jika wakil rakyat BN cemerlang dalam menjalankan tugas termasuk menjaga kebajikan tentera dan keluarga mereka di kawasan yang ditandingi, pastinya sokongan untuk mereka akan bertahan atau semakin meningkat.

Apa yang kawan dapat rasakan ialah tentera tidak mahu memberi undi kepada PAS bukan kerana mereka diugut tetapi mereka tidak pernah merasa jasa pemimpin PAS di situ berbanding dengan jasa orang UMNO seperti Tan Sri Isa Samad.

Oleh sebab itu, PAS perlu sedar sebab mereka ditolak dan bukannya terus bersandiwara dengan memperlekehkan tahap kematangan berfikir warga tentera kita. Jika kerap dipertikaikan, bukankah nanti, mereka dan keluarga mereka akan merasa terhina?

Jangan lupa, daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang, 4,604 adalah pemilih pos yang hampir semuanya dari kem tentera.



Last Updated (Monday, 28 September 2009 07:02)


(sumber;http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=10286:bagan-pinangpembangkang-hina-keluarga-tentera&catid=51:berita-utama&Itemid=15)

PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?



PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?

Semalam kawan berkesempatan turun ke Bagan Pinang bersama teman-teman bloggers. Mengikuti program sambutan hari raya UMNO Cawangan Bagan Pinang. Kehadiran lebih 1000 orang di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang jelas menampakkan muafakat dan silaturahim yang terjalin cukup akrab dan mesra.

Tetamu kehormat malam tadi ialah Tan Sri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang serta 'calon pujaan' yang di mahukan oleh rata-rata orang ramai yang penulis temui di dalam majlis tersebut.

Lebih 2 minggu ni banyak sangat komen-komen yang sebenarnya mendedahkan keburukkan dan kelemahan parti. Apabila penduduk Bangan Pinang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Isa sebagai calon maka timbul pula penolakan secara terang dan terbuka yang dipelopori oleh bekas PM yang mahukan calon lain diketengahkan. Apapun dilihat UMNO lebih gemar bersengketa sesama sendiri berbanding parti lawan yang diberitakan masih lagi 'kalut' untuk mencari calon yang mampu menggugat UMNO dan BN pada 11 November depan.

Pemimpin UMNO perlu fokus! PRK Bagan Pinang ini merupakan titik tolak kepada jatuh bangunnya UMNO dan BN dalam persada politik tanahair. Jangan dijadikan perkara titik bengik menjadi duri yang sentiasa mencucuk semangat dan perpaduan parti.

Benar bahawa faktor calon merupakan kayu ukur dalam setiap Pilihan raya seperti mana yang berlaku didalam PRk Permatang Pasir bulan lalu, namun isu yang lebih luas menjadikan UMNO dan BN ditolak dalam setiap PRK yang lepas juga perlu diberikan perhatian.

UMNO dan BN perlu 'cerdik dan pantas' menjawab dan memainkan isu...bukannya memberikan pembangkang modal untuk terus melacur isu yang UMNO dan BN sendiri cipta.
Apakah dengan mengenepikan Isa akan menambah peluang dan ruang untuk mempertahankan kerusi DUN Bangan Pinang? Kalau benar silakan...kerana diberitakan Mohamad Hassan sendiri mempertaruhkan jawatan nya sebagai MB jika BN kalah dalam PRK ini.

Tapi kalau benar bahawa Isa merupakan calon yang mampu untuk mempastikan UMNO dan BN mempertahankan kerusi tersebut, maka kepimpinan UMNO perlu berlaku adil dan berlapang dada menerimanya...Yang penting ialah Kemenangan UMNO dan BN!

Apapun dan siapapun calon UMNO dan BN nanti...yang jelas Pembangkang PAS, DAP dan PKR tetap akan menaburkan dakyah dan fitnah untuk menarik sokongan pengundi agar mengundi mereka. Itu kerja mereka dan UMNO dan BN tidak perlu terperangkap dengan slogan calon bersih yang dicanagkan oleh mereka sedangkan hakikatnya pemimpin pembangkang lah yang jelas ramai dan terbukti bahawa ada antara mereka yang pernah didakwa, dipenjara dan bergelar penjenayah. Apa nak heran!!!

Dalam pengamatan penulis semalam apabila berbual dengan pemandu-pemandu teksi yang begitu bersemangat mahukan Tan Sri Isa ditambah pula dengan laporan dari pegawai Kemas dan Penerangan jelas bahawa Isa antara calon yang bukan mudah untuk ditumbangkan oleh pembangkang. Kelebihannya ialah beliau bukan sahaja dikenali malah beliau mengenali pengundi-pengundi di Bagan Pinang...

Kepada kepimpinan UMNO dan BN, ada desakan dari pengundi-pengundi Marhaien yang mahukan agar Isa dicalonkan kerana bagi mereka ini ialah kehendak penyokong akar umbi parti dan majoriti rakyat dan pengundi...itu pun kalau benar-benar rakyat di dahulukan....!!!


Dicatat oleh PUTRA MERDEKA di 15:16

(sumber;http://politikputramerdeka.blogspot.com/2009/09/prk-bagan-pinangrakyat-di-dahulukan.html)

10 ISU di N31



10 ISU di N31.




Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya ke rahmatullah calon penyandangnya dari Umno/BN. Majoriti calon Umno/BN pada PRU12 yang lalu ialah 2,333.

Apakah MOOD politik kemenangan beberapa PRK masih lagi kekal dipihak Pas dan Pakatan HARAM pembangkang atau sebaliknya?

Walaupun Pas dan Pakatan HARAM pembangkang mendapat kemenangan berturut2 mengalahkan Umno/BN di beberapa PRK yang baru berlangsung, kali ini mereka mungkin akan pulang hampa di N31 kerana tiada isu serta kepincangan kepimpinan Umno/BN di sini.

Mungkin Pas dan Pakatan HARAM pembangkang akan sekali lagi menggunakan pendekatan BANGSAT mereka iaitu menyerang peribadi calon lawan hinggakan isu rumahtangga pun mereka akan korek habis2an seperti di PRK N11 yang lalu.

Jika diambil kira isu nasional yang melanda Pakatan HARAM pembangkang, Pas dan calonnya akan tungging buyung di Dun N31. Ini kerana Pakatan HARAM pembangkang sedang mereput di peringkat dalaman dan juga krisis GILA KUASA yang semakin merebak didalam Pas sendiri terutamanya di Selangor.

Tentunya Pas dan Pakatan HARAM pembangkang seboleh2nya mahu lari dari membawakan isu2 nasional di PRK N31 kerana mereka tahu pastinya mereka akan menyerlahkan KEMALUAN mereka sendiri.

Antara FAKTA2 yang akan menyebabkan Pas dan Pakatan HARAM pembangkang tersembam di Bagan Pinang ialah:-


1) PENGHINAAN TERHADAP ISLAM OLEH PEMIMPIN2 DAPig.

PengHALALan Nik Aziz tehadap perbuatan menghina Islam oleh para pemimpin DAPig tentunya akan menguburkan Pas di N31 malah tak mustahil juga di PRU13 kerana Pas dianggap tidak lagi mampu memperjuangkan Islam.


2) PENOLAKAN PAS TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN UMNO.

Pas dilihat GILAKAN KUASA dan kedudukan apabila sanggup berkerjasama dengan KAFIR daripada menjalinkan persefahaman dengan sesama muslim.


3) KEMELUT POLITIK TAK BERTAMADUN PR DI PERAK

Isu menghina Raja dan usaha menghuru harakan keamanan di Perak oleh Nizar PENDERHAKA akan memberi kesan yang besar dikalangan orang melayu. Ditambah pula Nizar jelas berada dibawah telunjuk KAFIR DAPig didalam setiap isu yang berlaku di Perak.


4) PENGHINAAN PAS DAN PR KEPADA ANGGOTA BADAN BERUNIFORM.

Selama ini Pas dan Pakatan HARAM pembangkang sering melabelkan anggota beruniform di Malaysia seperti Polis, FRU, Rela dan juga Askar sebagai TALIBARUT kerajaan. Malah ada juga di gelar ANJING kerajaan kerana melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka. Kini di Bagan Pinang, Pas dan Pakatan HARAM pembangkang secara TAK TAHU MALU kembali menagih undi dari anggota beruniform ini.


5) KES LIWAT ANWAR

Ramai telah menyedari usaha Anwar melengah2kan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah. Pelbagai cara dilakukan oleh Anwar untuk mengelakkan kesnya dibicarakan dan Pas tetap menyokong penuh Anwar yang penuh dengan SALAHLAKU MORAL ini.


6) KRISIS PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DI SELANGOR

Pakatan HARAM pembangkang berdepan dengan tuduhan penyelewengan wang rakyat oleh adun DAP di Selangor. Dan juga penglibatan KONGSI GELAP didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Pakatan HARAM pembangkang TIDAK LAYAK diberikan kuasa mentadbir kerana jika dibiarkan..., negara pun akan mereka jual.


7) ISU KUIL DI SELANGOR

Adun Pas dan PKR bersekongkol menggalakkan pembinaan kuil di penempatan orang Islam di Selangor. Tindakan mereka tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Islam ini menyebabkan penolakan TOTAL kepada mereka dari orang2 melayu/Islam di Selangor.


8) KELEMAHAN MENANGANI ISU ARAK

Hasan Ali yang pada mulanya amat bertegas mengenai larangan penjualan ARAK terpaksa "menyerahkan kepala" untuk dipijak oleh KAFIR DAP setelah campurtangan Anwar. Ini menyerlahkan bahawa Pas Selangor hanya menjadi pencacai kepada Pakatan HARAM pembangkang.


9) KETIDAK MAMPUAN PAS MENJANA PEMBANGUNAN

Ini terbukti di Manek Urai apabila Pas hampir tewas kerana penolakan oleh rakyat setempat yang diabaikan serta dibiarkan MUNDUR dari segi pembangunan. Pemimpin2 Pas terpaksa menggunakan isu SYURGA dan menjanjikan PAHALA bagi menarik undi kepada mereka.


10) PAS MENJADI TALIBARUT KEPADA KAFIR DAP

Imej Pas sebagai parti Islam telah terhapus terutamanya setelah menggantikan slogan mereka dari MEMBANGUN BERSAMA ISLAM kepada PAS FOR ALL. Pas dilihat menjadi BARUA kepada KAFIR DAP apabila bersekongkol mengHALALkan ayat QURAN dipermainkan oleh KAFIR di Perak. Pas juga dilihat menjadi pembela kepada SALAHLAKU MORAL pemimpin2 DAPig apabila Nik Aziz dan muslimat Pas "mengampunkan" MODEL BOGEL DAPig.

Nyata sekali Pas hanya dijadikan alat untuk memanipulasi Islam kepada DAPig.


Inilah antara isu2 bahawa Pas dan Pakatan HARAM pembangkang akan tersembam di N31 Bagan Pinang. Selama ini mereka hanya GAH berkokok di kandang sendiri yang rata2nya dipenuhi pengundi2 TOTOK mereka. Isu2 sebeginilah yang mereka harus TELAN di N31 Bagan Pinang.

(sumber;http://pusakaayahnda.blogspot.com/2009/09/nizar-kkkv2-10-isu-yg-akan-membuatkan.html)

DUN Bagan Pinang - Luah mati mak, Telan mati bapa



DUN Bagan Pinang - Luah mati mak, Telan mati bapa
Pencalonan wakil dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semakin dekat dan sudah semestinya pucuk pimpinan parti parti bertanding semakin serabut siapa yang paling layak dipilih. Kemungkinan besar bagi pihak Pakatan Rakyat kekalutan ini taklah serumit Barisan Nasional.

Apa Pakatan Rakyat tidak minat untuk menang atau sudah mempunyai "advantage" dengan kemelut Barisan Nasional memilih calun yang saperti "luah mati mak,telan mati bapa."

Apakah agaknya yang sedang bermain main dikepala kepimpinan Barisan Nasional yang terpaksa menarik keluar rambut dalam tepung tetapi dalam masa yang sama mempastikan tepung tak berselerak?

Kenapa masih ada yang sayang pada Tan Sri Isa Samad, kenapa masih ada yang yakin serta menyokongnya. Adakah kebaikannya melebihi kecacatannya atau sudahkah ketandusan pemimpin yang berwibawa di- bahagian Teluk Kemang. Kenapa begitu rupa penghormatan masih diberi kepada Ketua Bahagian tersebut?

Adakah dakwaan politik wang yang dikenakan keatas pemimpin tersebut itu begitu kukuh? Jika benar kenapa masih diberi kepercayaan oleh UMNO bahagian tersebut? Adakah ahli ahli Telok Kemang tiada nilai pertimbangan dan menyokong membuta tuli atau beliau hanya menjadi "victim of circumstances" oleh kepimpinan tertinggi UMNO ketika itu dalam keghairahan membersihkan UMNO dari politik wang dan cuba menunjukan tidak memilih bulu?

Inilah salah satu kelemahan UMNO yang hanya bersikap reaktif pada sentimen yang mendesak dan dalam masa kelam kabut ini dan untuk menunjukan ketegasan, tindakan yang diambil tidak menyeluruh dan mencetuskan bibit perpecahan dan berpuak puak. Bilakah UMNO akan benar benar berubah dan sentiasa pro-aktif keatas isu isu yang boleh mencemarkan integriti UMNO dan tidak payah tunggu sehingga sesuatu isu itu menjadi besar dan memalukan.

Beranilah untuk berubah demi agama,bangsa dan seterusnya negara.

Posted by warongkopi56 at 12:21 PM

(sumber;http://warongkopi56.blogspot.com/2009/09/dun-bagan-pinang-luah-mati-mak-telan.html)