Friday, October 16, 2009

Ishak lepas geram 18 tahun tidak berucap di Perhimpunan Agung UMNO



15/10/2009

Ishak lepas geram 18 tahun tidak berucap di Perhimpunan Agung UMNO

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Selepas 18 tahun tidak dapat berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO, wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail hari ini melepaskan ‘geramnya’ ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada perhimpunan kali ini.

Ishak yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Seremban berjaya membuatkan para perwakilan yang berada di dalam dewan tidak kering gusi dengan pelbagai celotehnya yang ‘makan dalam’ itu.

Hampir 40 minit berucap, Ishak tidak putus-putus mencuit hati para perwakilan dengan menceritakan pengalaman beliau di dalam UMNO.

Ucapan beliau sentiasa diselitkan dengan jenaka yang membuatkan para perwakilan dan orang ramai termasuk petugas media di luar dewan tidak kering gusi mendengarnya.

Semuanya bagaimanapun mempunyai mesej tersendiri yang ditujukan kepada semua ahli UMNO terutama para pemimpin tertinggi parti itu.

Sebagai contoh, Ishak yang menyentuh soal kepimpinan parti berkata, pemimpin tertinggi UMNO perlu saling bantu-membantu ahli-ahli yang berada di bawah.

“Masalah kepimpinan kita bila ada yang menjadi menteri, timbalan menteri dan menteri besar, kadang-kadang tuan-tuan bertindak menekan kita yang di bawah ini. Teruk sangat.

“Tuan-tuan yang di atas pastikan tolong orang di bawah. Tolong sesama sendiri baru boleh jadi hebat. Kita kena berpadu bersama-sama dan saling hormat-menghormati,” katanya.

- Utusan
(SUMBER;http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2009b&y=2009&dt=1015&pub=UMNO2009B&sec=Berita&pg=bu_34.htm)

1 comment:

ikan emas said...

Hidup Tuk Sahak !!!
Hidup Tuk Sahak!!!
Hidup Tuk Sahak!!!!!!!!

kita respek abis!!!