Thursday, April 30, 2009

kerja - kerja bodoh dalam pas (2)





Salam Kamunting,

1)

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.

AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.

Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!

Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana

(sumber;http://nikabduh.wordpress.com/)

kerja - kerja bodoh dalam pas




Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

(sumber;http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas)

JGN BIARKAN PAYUDARA ANDA BERULAT!!! SILA AMBIL PERHATIAN!!!!!








~~bismillahirrahmanirrahim~~





Jadikan kebiasaan mulai sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya. Ini sangat penting agar salah satu bagian terpenting Anda tetap terlindungi. Dan, jagalah kebersihan bra.

Setelah Susan McKinley (antroplogis) pulang ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Tidak ada yang tahu itu apa. Ia duga ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah kembali, ia menemui dokter karena sudah ada rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang dideritanya. Dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus.
Setelah waktu berselang, rasa sakitnya tidak hilang. Payudaranya makin panas dan mulai berdarah.

Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, tapi rasa sakitnya bertambah. Ia pun mulai mencari dokter-dokter terbaik. Salah satunya Dr Lynch. Tapi, sang dokter juga tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan mencari temannya yang ahli dalam bidang dermatologi.

Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama dua minggu dan akhirnya bertemu dermatologis itu. Perubahan akan terkuak dalam pertemuan ini.

Susan terkejut. Setelah ia membuka perbannya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori-pori dan dalam luka payudaranya. Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam pori-pori dan muncul di lubang sebelahnya.

Yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit, dan kanal susu payudaranya.

Berdasarkan informasi itu, disarankan kepada para wanira agar mencuci bra yang baru dibeli sebelum digunakan. Bra yang sudah digunakan juga harus sering-sering dicuci dan dijaga kebersihannya.

Jangan biarkan diri Anda jadi sarang penyakit tanpa Anda sadari. Jangan terlalu yakin terhadap tampak luar yang terlihat bersih tanpa Anda tahu betul bahwa itu benar-benar steril.

NI LAH PADAHNYA.Eee..geli sungguh!

~~alhamdulillahirabbilalamin~~
ampuni dosa kami dan berkati kami ya ALLAH
Posted by syariniey at Wednesday, April 29, 2009

(sumber;http://life-syariniey.blogspot.com/2009/04/jgn-biarkan-payudara-anda-berulat-sila.html)

Mat Sabu KAYA!!



Dalam berita bertajuk "Lim minta maaf salah info elaun Mat Sabu," Malaysiakini melaporkan:

Ketua menteri hari ini memohon maaf kepada DUN Pulau Pinang kerana memberi jawapan salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB).

Lim Guan Eng memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), lapor Bernama.

Menurutnya, Mohamad hanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di perbadanan itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.

Sebelum ini dalam berita bertajuk "ADUN bidas Mat Sabu dapat banyak elaun," Utusan Malaysia 23/4/09 melaporkan:

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membidas pelantikan serta pemberian elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Mohamad Sabu yang dilantik baru-baru ini.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, selain mendapat elaun RM1,500, beliau juga menikmati elaun luar kawasan melibatkan jumlah yang sama sedangkan Mohamad yang juga Naib Presiden Pas difahamkan berasal dari negeri ini.

Malah, beliau mendakwa, elaun tetap Mohamad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas juga lebih daripada yang diterima Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah Tidak Bebas PBAPP.

''Saya pun hairanlah, mengapa beliau ini istimewa sikit sampai dibayar elaun luar kawasan, entahlah kita pun tak tahu mungkin dia duduk di tempat lain," katanya sambil disambut gelak ketawa ADUN BN pada sidang DUN di sini hari ini.

Maka marahlah Jasmin apabila dia berkata:

"Kerana jawapan yang tidak betul diberikan, saya telah membuat komen dan bercakap bohong kepada rakyat mengenai perkara ini.

"Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami".

Tetapi, saya rasa Mat Sabu bodo. Tak naik-naik darjah daripada berdemonstrasi dan kena tangkap. Akibat dari berita itu, khabarnya dia dah dok sebut-sebut banyak kali nak berhenti sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP. Ceritanya, dia bukan saja dijerkah supaya berhenti oleh kawan-kawannya malah Kak Normah isterinya dok hingaq tak habis suruh dia berhenti. "Takat banyak tu punya duit, Kak Normah pun boleh bagi kat Abang Mat," cerita seorang kawan dari Puchong kepada saya (Mat Sabu dok di Shah Alam. Selalu la kawan di Puchong tu pi rumah Mat Sabu).

Saya dok pikiaq dalam hati, awat yang bodo lughuih bendui sangat! Bukannya pi menyamun PBAPP. Pi mesyuarat bagi opinion, orang bagi duit. Bukannya jenayah!

Tapi saya dah lama kata bodo bila saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Mat Sabu pernah ditawarkan sebagai CEO sebuah syarikat dengan gaji lebih kurang RM15,000 sebulan.

Tetapi, menurut kawan itu, dia tolak. "Kalu aku terima, tak amanah aku ni. Aku bukan reti pun buat kerja tu," kawan tu petik Mat Sabu kata.

Dalam hati saya kata: "Elle lehhh... Lurus sangat pulaaak. Takut tak amanah konon. Orang nak bagi gaji macam tu punya sedap, tak nak. Bodo!"

Sekian saya melaporkan apa yang saya baca, dengar dan kata dalam hati saya.
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 4/27/2009 05:20:00 PM

(sumber;http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/mat-sabu-kaya.html)

RAHSIA DISEBALIK TUNTUTAN 3 JUTA OLEH BEKAS ISTERI ADUN PAS








Monday, April 27, 2009

Tengahari tadi saya dan blogger Gerakan Anti PKR dan beberapa blogger lain termasuk Parpukari, Garamanis, Pisau dan Gomo makan tengahari bersama beberapa orang pimpinan PAS peringkat tertinggi di sebuah restoran tertutup di Subang Jaya. Sepatutnya hanya seorang sahaja pemimpin PAS yang kami temui hari ini. Tanpa dirancang ianya menjadi kepada tiga orang.

Pertemuan ini saya sudah aturkan daripada minggu lepas lagi.Ianya terpaksa ditunda kerana pimpinan PAS tersebut sibuk dengan urusan pemilihan PAS pada bulan Jun ini. Pada hari sabtu lepas beliau menghubungi saya dan bersetuju untuk berjumpa hari ini dan beliau minta ianya diadakan di tempat tertutup.

Pemimpin PAS ini adalah salah seorang yang akan bertanding merebut jawatan dalam pemilihan yang akan datang. Mulanya pertemuan hanya dirancang untuk makan tengahari sahaja lebih kurang satu atau dua jam. Tetapi ianya berlarutan sehingga lima jam.

Sedang kami berbual-bual tiba-tiba telefon beliau berbunyi. Rupanya panggilan daripada seorang lagi pemimpin PAS kepada beliau. Memandangkan pemimpin berkenaan ada di sekitar kawasan tersebut,maka beliau pun menjemput pemimpin berkenaan datang bersama dengan seorang lagi pemimpin PAS peringkat kawasan ke tempat pertemuan kami. Oleh yang demikian kami dapat berjumpa dengan tiga pemimpin PAS hari ini. Dua daripadanya adalah pimpinan tertinggi.

Sungguh banyak cerita 'seluar dalam' dan 'baju dalam' yang dapat kami korek daripada pemimpin-pemimpin tersebut. Nampaknya segala cerita yang dikatakan oleh kami selama ini adalah benar. Memang betul PAS telah terbahagi kepada dua puak. Satu 'pas asli' dan satu 'pas pkr.

Puak 'pas pkr' ini dikenali sebagai geng erdogan manakala puak 'pas asli' dikenali sebagai geng ulamak. Menurut beliau PAS sedang menuju jalan kehancuran sekarang. Beliau bersetuju bila ditanya oleh saya, adakah apa yang PAS kata kepada Umno selama ini sedang dialami oleh PAS sekarang. Dengan pantas beliau menjawab 'ya betul ,ana setuju 100 %'.

Beliau berkata PAS akan rosak kerana dua faktor utama. Pertama kerana Anwar Ibrahim, kedua kerana kuasa yang ada sedikit sebanyak sekarang ini.

Pelbagai perkara yang sempat kami bualkan hari ini. Antaranya kes Nizar di Perak, Bukit Gantang, cerita liwat, cerita sumpah Saiful, perebutan kuasa dalam PAS, adun PAS 'belasah' balak,hubungan PAS dengan PKR dan DAP, cerita blogger pro pakatan yang lebih sudu daripada kuah serta beberapa perkara lain.

Saya hanya berminat untuk ulas dua perkara disini. Pertama adalah kes Nizar. Mengikut kata beliau punca terjadinya kes di Perak adalah kerana Nizar tidak mendengar kata pimpinan PAS yang lebih tinggi dan 'otai-otai' PAS. Sebaliknya beliau lebih suka mendengar cakap dua saudara DAP nya.

Daripada awal lagi mereka sudah menasihati Nizar supaya berjaga-jaga kerana kerajaan yang dibentuk olehnya amat rapuh,hanya dengan kelebihan tiga kerusi sahaja,serta Nizar masih kurang pengalaman lagi. Tetapi Nizar tidak mendengar kata-kata atau nasihat mereka. Bila sudah jatuh barulah beliau datang 'menyembah' Hj.Hadi,Harun Din dan Nik Aziz.

Majoriti ahli Dewan Harian PAS amat tidak selesa dengan situasi di Perak sekarang,kerana katanya ia akan merugikan jemaah mereka dalam jangka masa panjang. Tetapi apa nak dikatakan,sesuatu yang hendak dilakukan oleh Nizar, dia tidak bertanya pendapat pemimpin-pemimpin lama atau lebih kanan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya hari ini adalah kisah perceraian Adun PAS kawasan Melor di Kelantan Wan Ismail Wan Jusoh dengan seorang wanita Kemboja. Saya bertanya kepada beliau apa kes sebenarnya. Pada mulanya beliau agak keberatan untuk bercerita.

Tetapi setelah 'dipujuk' oleh saya maka beliau pun mula membuka ceritanya. Tetapi beliau minta saya jangan panjangkan kepada orang lain kerana ianya melibatkan rumahtangga orang lain,walaupun ianya musuh politik kita.

Saya kena amanah dengan apa yang diceritakan oleh beliau. Maka tidak boleh untuk saya ceritakan disini. Cuma satu sahaja yang boleh saya pesan kepada anda disini. Jangan ingat orang yang parti islam dan kopiah putih atas kepala ini baik dan alim semuanya. Jangan tertipu dengan mereka. Itu sahaja yang saya boleh beritahu.


Satu hal lagi,kenapa tiba-tiba isteri beliau minta tuntutan harta sebanyak RM 3 juta daripada beliau ? Sebagai seorang bekas isteri sudah tentu beliau tahu tentang kedudukan kewangan bekas suaminya.

Contohnya, adalah tidak munasabah sekiranya Pak Mat Tempe sebagai seorang penjual tempe menceraikan isterinya, kemudian isterinya pergi buat tuntutan berjuta-juta ringgit terhadap Pak Mat Tempe. Sudah pasti isterinya tidak akan membuat tuntutan sedemikian kerana dia tahu kedudukan kewangan Pak Mat Tempe ini dan sudah tentu Pak Mat tidak mampu untuk menunaikannya.

Tetapi kenapa bekas isteri adun Melor berani membuat tuntutan sebanyak RM 3 juta kepada bekas suaminya ? Kerana dia tahu bekas suaminya ada wang sebanyak itu dan mampu memberikan kepadanya jumlah tersebut. Banyak tu RM 3 juta wahai sahabat sekalian. Kalau disusun not RM 50 mungkin penuh boot kereta Waja.

Satu hal lagi,kenapa selepas bekas isterinya buat tuntutan 3 juta di mahkamah tiba-tiba Wan Ismail mendapatkan perintah mahkamah supaya menghalang media masa daripada membuat sebarang liputan sepanjang kesnya di sebut dimahkamah ? Kerana takut bocor segala hal sulit mulit keluar daripada bilik perbicaraan.

Beliau amat bimbang sekiranya bekas isteri beliau,memberitahu mahkamah yang beliau mempunyai wang yang banyak serta mampu membayar kepadanya sebanyak RM 3 juta.

Daripada datangnya wang beliau yang banyak itu,sedangkan gaji sebagai wakil rakyat (adun) lebih kurang 4-5 ribu sahaja sebulan ? Darimana lagi kalau bukan dari hasil balak. Terbaru, Wan Ismail mendapat konsesi balak bernilai RM 6 juta. Itu yang terbaru, yang lama kita tak tahu lagi.

Inilah wajah hodoh dan busuk segelintir pemimpin-pemimpin PAS, pakai kopiah atas kepala,naik pentas ceramah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran kemudian hentam Umno,kononnya rasuah,salah guna kuasa,tipu rakyat dan pelbagai lagi. Tetapi hati sendiri lebih busuk daripada bangkai.

Sampai bila lagi rakyat Kelantan hendak tertipu dengan pemimpin-pemimpin sebegini. ?

EDISI TAMBAHAN
(updated by faisal/ 28.4.09 @ 1205hrs)

Saya ada menerima satu komen oleh seorang pembaca yang meminta saya melawat blog beliau untuk mengikuti kisah Adun Melor.

komen yang dihantar. boleh rujuk di ruangan komen tajuk ini di blog saya

Setelah melawat blog beliau saya terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh beliau.
Sahabat sekalian boleh melawat blog beliau untuk bacaaan lanjut.
Posted by ruang bicara faisal at 7:03 PM 5 comments

(sumber;http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/rahsia-disebalik-tuntutan-3-juta-oleh.html)


Saturday, March 28, 2009

PANAS!!!

Pendedahan rasuah ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh oleh Mat SAbu

Cerita ni berlaku pada pagi Khamis lepas masa aku kat airport Kota Bharu tunggu flite balik KL.Lepas pekena nasi berlauk ikan tongkol dengan ikan kering yang tersohor di kawasan tersebut aku pun berjalan masuk Airport Sultan Ismail Petra. Flite 8.30 pagi,aku check-in dalam pukul 8.00 pagi.

Tengah duduk baca surat khabar aku ternampak Mat Sabu duduk kat depan aku. Aku pun pergi salam ngan dia' "Apa Khabar YB,sihat? macamana perkembangan sekarang?".Dia bagitau petang ni nak ke Medan pasal ada nak sign MoU antara syarikat kerajaan Penang dan company di Medan.

Pada mulanya perbualan kami berkisarkan tentang keadaan kekalutan di Perak.Aku tanya Mat Sabu jika DUN Perak dibubarkan apa akan jadi,katanya DAP semestinya akan meletakkan beberapa calon Melayu yang mewakili DAP termasuklah Timb Pengerusi DAP,Tunku Aziz dan jika ditakdirkan PR menang DAP akan memerintah Perak dan Tunku Aziz lah MB Perak,bukan Nizar.

Kemudian beliau mula buka cerita pasal PAS Kelantan. Beliau macam tak puas hati betul dengan Pas Kelantan,katanya PAS dan Umno dah sama,makan rasuah,salah guna kuasa,ambik komisyen projek.

Mat Sabu mula buka cerita pasal ADUN Melor, YB Wan Ismail wan Jusoh,katanya beliau konsisten dalam memerangi rasuah tak kira mana-mana pihak. Katanya lagi peguam yang mewakili Siti Aishah bekas isteri Wan Ismail, mempunyai asas untuk membuat tuntutan nafkah sebanyak RM 3 juta berdasarkan harta yang dimiliki oleh Wan Ismail.

Wah..kayanya YB Pas sampai berjuta-juta duit dia.Aku pun tanya lagi macam mana YB tau ADUN Melor tu banyak duit?.."Wan Ismail tu dapat duit 6 juta pasal projek Ladang Sungai Terah kat Gua Musang..kena pulak lepas ni kalau Siti Aishah bekas isteri YB Melor tu balik agama asal dia...kacau!kacau!,pasal tu lah bekas bini dia tuntut sampai 3 juta" kata Mat Sabu dalam nada tegas.

Kata Mat Sabu lagi,Pas Kelantan kuat sebab adanya tok guru,yang lain semua tak boleh pakai.."Tok Guru pun sampai penggal ni je,lepas ni pilihanraya akan datang PAS akan jatuh kalau keadaan macam ni".

Selama ni Pas lantang perjuang Islam,rupa-rupanya ada ahli-ahlinya yang dua kali lima jugak.

Inilah akibatnya penularan anasir-anasir liberal di dalam PAS yang didalangi tak lain tak bukan Sheikh Anwar Al-juburi( gelaran Mat Sabu untuk Anwar.Puak Erdogan liberal di dalam Pas ini akan menghancurkan Pas sedikit masa lagi..

Oleh sebab itu ayuhlah Tuan Guru Hadi Awang berganding bahu bersama UMNO bersatu demi kepentingan umat Islam Malaysia dan sejagat.

Posted by Slazir at 1:39 AM

(sumber;http://sangshams.blogspot.com/2009/03/panas-pendedahan-rasuah-adun-melor-wan.html)

Wednesday, April 29, 2009

Melayu Didahulukan Perlaksanaan Diutamakan.







Dari sehari kesehari DS Najib menjadi Perdana Menteri satu persatu hak-hak istimewa Melayu terhakis satu persatu. Ke mana arah Najib ingin membawa orang-orang Melayu sangat kabur walaupun 100 hari pentadbirannya semakin hampir. Melayu yang merupakan 60% daripada keseluruhan penduduk Malaysia semakin hari semakin gelisah dengan beberapa perkembangan terbaru.

Di luar kerajaan, Melayu amat risau dengan slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar Ibrahim sementara di dalam kerajaan, Melayu lebih-lebih risau dengan slogan 'One Malaysia' ciptaan Najib. Bagi saya kalau ditanya mana satu lebih bahaya kepada Melayu maka saya akan menyatakan slogan 'One Malaysia' sangat merbahaya buat masa ini. Kenapa?

Slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' masih hanya satu slogan tanpa kuasa untuk merealisasikannya. Sedangkan 'One Malaysia' bukan sekadar slogan tetapi mempunyai kuasa untuk mengambil sedikit demi sedikit kepentingan Melayu semata-mata untuk berlaku adil kepada semua. Najib semakin liberal, semakin berani untuk berubah dan semakin mengelirukan.

Apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dibubarkan dan kuota saham Bumiputera dihapuskan secara sistematik adakah ini yang dimaksudkan berani berubah. Adakah dengan menghapuskan kementerian tempat berpayung peniaga-peniaga kecil Bumiputera merupakan satu agenda 'one Malaysia'?. Adakah penghapusan kementerian ini atas desakan orang-orang Cina kepada Najib sehingga Najib berasa gentar akan kehilangan sokongan daripada orang-orang Cina?.Mungkin juga ini satu syarat yang diberikan oleh orang Cina yang berbaur ugutan untuk mereka kembali menyokong BN?

Adakah Najib ingin mengembalikan 59% kekalahan MCA dan 67% kekalahan MIC dalam Pilahanraya umum lalu dengan 'membayar' kepada mereka iaitu menerima tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah dan menghiris perasaan orang-orang Melayu yang 71% menyokong UMNO dalam pilihanraya yang lepas. MCA bukan sahaja meraih keuntungan pada setiap kali Pilihanraya kecil dengan menerima peruntukan jutaan ringgit tetapi berjaya juga menambah kerusi menteri dalam kabinet baru .

Kemungkinan satu kesilapan dengan menutup MECD. Untuk menghidupkannya balik adalah mustahil kerana ianya akan menurunkan kredebaliti Najib. Tidak menjadi kesalahan untuk beliau mencipta sesuatu yang baru dimana fungsinya adalah sama dengan MECD yang dibubarkan. Buat lah sesuatu untuk menurunkan kemarahan orang-orang Melayu. Dengan kata lain, Najib perlu ganti MECD dengan yang baru supaya peniaga-peniaga kecil bumiputera akan terbela semula. Sehingga kini Najib tidak dapat memberi jawapan jelas mengapa MECD dibubarkan.

Mohd Najib boleh memperluas meritokrasi, mengamalkan liberalisasi dan globalisasi. 60% Melayu bolehkah bersaing jika Najib tidak bersedia untuk membantu dan memberi peluang kepada mereka yang rata-rata daripada golongan pertengahan dan miskin. Bolehkah Najib mencapai Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan kalau 60 peratus rakyat Malaysia tercicir dan berasa kurang yakin dengan nasib mereka sekarang dan pada masa depan?


Buat masa ini Najib kelihatan tidak adil untuk orang Melayu. Setakat ini apakah satu dasar yang memberi keuntungan kepada orang Melayu yang diutarakan oleh Najib? Sepatutnya DEB yang dicipta oleh ayahandanya 40 tahun dahulu perlu dihidupkan balik atau diberi nafas baru. Allahyarham Tun Abdul Razak perkasakan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan ini dengan melancarkan DEB pada tahun 1970. Tun Razak tidak melayan tuntutan orang Cina yang menyebabkan Perikatan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya 1969.

Najib bukan tidak sedar dengan pencapaian orang Melayu ketika ini terutama dalam kegawatan ekonomi yang datang setiap 10 tahun. Suka atau tidak Najib perlu menjaga 71% orang Melayu yang menyokong BN dengan setia. Jangan takut hendak menolong Melayu kerana memang Melayu berhak unuk mendapt keistimewaan ini yang telah termaktub dalam perlembagaan. Melayu telah dijajah lebih 400 tahun tetapi kita baru merdeka 52 tahun. Najib perlu bantu Melayu kerana Najib PM Melayu. Kenapa hendak buang tongkat dan subsidi Melayu kerana itu memang hak Melayu.

Buatlah satu dasar yang membantu Melayu dalam waktu terdekat ini. Seandainya dalam tindakan beliau itu orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan Orang Asli yang berupa rakyat majoriti terus miskin dan terpinggir, matlamat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan mustahil tercapai.

Muhyiddin kejutkan Najib!.

Ingatkan dia banyak benda sudah hilang. Usaha bapanya Tun Razak salama 40 tahun dahulu habis dalam masa sekelip sahaja.Bank Bumiputra sudah tiada,Pernas entah ke mana, UDA pun hidup segan mati tak mahu. MARA di takok yang dulu.Perbadanan-perbadanan Kerajaan Negeri (SEDC ) juga sudah macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada.

Kontraktor-kontraktor Melayu tidak berkembang. 20 tahun dulu kelas F sekarang masih lagi kelas F. Masih ditakuk lama. Orang Melayu baik dari Pegawai Kerajaan, guru, Pengulu masih pi mai pi mai tang tu jugak .Tahun 1975 orang Baling memberontak kerana harga getah jatuh.Makan satu kali sehari .Salepas 40 tahun mereka masih lagi menoreh getah.

Najib jangan terlalu mengikut kehendak Cina. Sebelum beliau menjadi PM, Melayu mengharapkan sesuatu daripada Najib dan mereka menaruh harapan tinggi berdasarkan rekod pencapaiannya semasa MB Pahang dan menteri di beberapa kementerian. Ramai berpendapat Najib akan mengikut kalau tidak bertambah baik daripada ayahandanya.
Orang Melayu mahu Najib berlaku adil kepadanya, Satu Malaysia, Melayu Didahulukan dan Perlaksanaan Diutamakan.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Posted by amirhamzah64 at 10:27 AM

(sumber;http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/04/melayu-didahulukan-perlaksanaan.html)

komen zmsegamat;

1. teringat peribahasa melayu "pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat, tapi malangnya timba tiada bertali"

INGIN BERGURINDAM

Ingin Bergurindam

Malam ini ingin pula saya bergurindam. Gurindam ialah puisi Melayu tradisi yang berisi nasihat dan panduan hidup. Gurindam terdiri dari dua baris. Baris pertama adalah sebab dan baris kedua ialah akibat. Gurindam berbeza daripada pantun dua kerat.Ia tidak mengandungi pembayang misalnya pantun dua kerat di bawah ini:
Lain hulu lain parang
lain dahulu lain sekarang.

Gurindam terdiri dari dua baris serangkap Tetapi janganlah menganggap semua puisi dua baris serangkap yang berima a a itu gurindam. Lihat pada isinya. Adakah isi merangkumi syarat dan jawab atau sebab dan akibat. Gurindam menyatakan bahawa sesuatu yang berlaku akan mengakibatkan sesuatu kejadian yang lain. Misalnya gurindam Raja Ali Haji yang berbunyi:

Apabila banyak berkata-kata (sebab)
di situlah jalan masuk dusta (akibat)

Apabila anak tidak dilatih
sudah besar bapanya letih

Lihat situasi yang dibentangkan dalam rangkap-rangkap di atas. Apabila seseorang itu banyak berkata-kata, ditakuti dia akan banyak berdusta. Dia banyak berdusta adalah akibat atau sebab daripada banyaknya dia berkata-kata. Begitu juga dengan sebab anak tidak dilatih terjadilah akibatnya iaitu bapanya akan keletihan melayan kerenahnya kelak.

Dewasa ini terdapat penulis-penulis kontemporari yang menghasilkan gurindam. Di antaranya ialah Khadijah Hashim, Hamdan Yahaya, Azimin Daud, Nazim Ahmad Subari dan beberapa orang lagi.Gurindam zaman ini tentulah memperkatakan hal-hal semasa.

Contoh:
Apabila aedes sudah bersarang (sebab)
Alamat denggi akan menyerang (akibat)


MEMELIHARA ALAM SEKITAR


Sampah dicampak merata-rata
Alamat kotor negara kita

Apabila sampah seperti bukit
disitulah tempat sarang penyakit

Apabila kotoran tidak dibuang
Lalat dan nyamok datang bertandang

Apabila aedes sudah bersarang
Di situ denggi akan menyerang

Apabila sungai tidak jernih
Air diminum tidaklah bersih

Apabila pokok habis ditebang
Tanah yang longgar senang berlubang

Apabila pokok tumbang dan jatuh
Itu mengundang tanah runtuh

Apabila tercemar alam sekitar
Udara disedut tidaklah segar

Jika tiada udara yang nyaman
Hidup manusia tak akan aman

Apabila negeri tidak dijaga
Akan malang nasibnya warga

Apabila alam tidak sempurna
Tunggulah saat datang bencana

Posted by zurinah hassan at 8:06 AM

(sumber;http://zurinahhassan.blogspot.com/2009/04/ingin-bergurindam.html)

Tuesday, April 28, 2009

Apabila Timbalan Menteri Main Serkap Jarang ?


27 April 2009


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin menegur tindakan Timbalan Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan yang cuba mahu mendapatkan publisiti murahan kononnya telah 'menangkap' dua doktor di Hospital Kuala Lumpur yang dituduh tidak menjalankan tugas mereka.

Beliau berada di Hospital tersebut pada pukul 10.30 pagi 26hb April 2009 kerana menziarahi seorang pelajar universiti yang terlibat di dalam kemalangan.

Saravanan mendakwa bahawa tiada doktor yang merawat pesakit-pesakit di bilik kecemasan dan doktor-doktor yang bertugas sedang berada di dalam sebuah bilik.

“I was shocked to find one doctor reading a newspaper and the other doing his own stuff.

“This should not be the way doctors work. The patient should come first. Furthermore, it is the emergency unit, which is supposed to be fast in dispensing treatment,” an irked Saravanan told Bernama.

He said he reprimanded the doctors and demanded to see a superior who, he said, appeared after 30 minutes.

“After that, those waiting were promptly treated. This should not be the way government hospitals work, " he said. - The STAR

Akan tetapi, maklumbalas awal seperti di dalam The STAR melaporkan bahawa kedua-dua doktor itu baru saja habis shift kerja mereka. Dan Pengarah HKL mengatakan :-

She said HKL’s investigation showed that there were only eight patients and 20 relatives waiting for treatment and that none of the patients were in pain as stated by Saravanan.

HKL doctors, she said, were hard-working but added that they were human, too. Reading a newspaper in the doctor’s room should not be interpreted as a sign of irresponsibility, she told Bernama. - The STAR

Jika berdasarkan kepada keterangan pengarah HKL dan laporan The STAR, Saravanan telah tersilap memberi maklumat kepada para media. Masaalahnya ialah para pembaca akan memandang serong profesion doktor dan doktor-doktor yang bertugas di HKL.

Padahal, Saravanan yang sebenarnya bersalah dan tidak profesional untuk memastikan bahawa isu yang beliau laporkan itu sahih serta berbincang dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan di dalam media.

Mungkin beliau mahu bertindak sebagai hero ketika itu. Tapi hero pun akan meminta maaf jika tersilap!

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/04/apabila-timbalan-menteri-main-serkap.html)

komen zmsegamat;

1. sebenarnya perkara ini biasa berlaku dan anak saya sendiri pernah jadi mangsa ketidakperhatinan mereka ini,

2. mereka sibuk berbual2 dan bercerita.

3. Kerana telah 'lali' sebab dah lama berkhidmat dan perasaan belas kasihan mereka dah luntur, mereka tidak menghiraukan keadaan pesakit yang sedang diberi rawatan di wad kecemasan. yang mungkin sedang mengalami kesakitan sewaktu proses rawatan.

4. Keadaan ini terjadi mungkin mereka beranggap mereka 'kebal' kerana peraturan di dalam wad kecemasan adalah kawasan larangan dan family tidak benarkan bersama pesakit semasa di rawat, kecuali bagi mereka yang 'berkuku tajam' maka bolehlah mereka meneman pesakit yang sedang dalam proses rawatan.

5. tapi bukan semua, ada ramai yang berdidikasi, dan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah. Malangnya bagai peribahasa melayu 'seekor kerbau membawa lumpur ke hospital, habis mercik merata-rata'.

Monday, April 27, 2009

Timbalan Menteri "tangkap" doktor HKL baca akhbar 20 pesakit menanti


Ahad April 26, 2009


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan hari ini "menangkap" dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan.

"Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi.

"Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan," kata Saravanan, yang jelas kelihatan kesal, kepada Bernama.

Saravanan berkata beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, yang muncul 30 minit kemudian.

"Selepas itu, pesakit yang menunggu pun segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan sepatutnya cara perkhidmatan di hospital kerajaan dilaksanakan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu daripada lawatan mengejutnya ke pusat bandar semalam, berkata beliau mahu barisan hadapan institusi kerajaan di ibu negara supaya meningkatkan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Saravanan berkata, sungguhpun beliau "menangkap" doktor terbabit secara tidak sengaja, mulai sekarang beliau akan kerap melakukan lawatan mengejut ke jabatan di bawah kementeriannya bagi memastikan kakitangan di barisan hadapan melaksanakan tugas mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Ini adalah pembuka mata. Kami, sebagai pemimpin, tidak boleh hanya menabur janji sahaja dan tidak memeriksa sama ada kerja dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan di barisan hadapan. Kami mesti turun ke bawah (ke akar umbi) bagi memastikan penyelesaian segera ditemui untuk masalah rakyat.

"Apatah lagi dalam keadaan ini apabila orang sedang sakit dan menanggung penderitaan akibat kesakitan itu. Jika mereka tidak sakit, mereka tidak akan datang ke unit kecemasan. Ini adalah pengajaran untuk semua hospital. Tolong bekerja untuk rakyat jika anda menganggotai perkhidmatan awam," katanya.

Sementara itu, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, hospital itu akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden terbabit, dan jika terdapat elemen tidak bertanggungjawab, HKL akan terlebih dahulu mengambil tindakan sewajarnya.

"Mengenai insiden itu, siasatan kami menunjukkan terdapat hanya lapan pesakit, 20 sanak saudara dan tidak ada yang menanggung kesakitan kerana kami mengamalkan khidmat jagaan kesakitan holistik dan kesakitan pula sebagai tanda vital kelima.

"Doktor kami yang sentiasa bekerja keras juga manusia biasa, membaca akhbar semasa tiada kes untuknya tidak boleh ditafsirkan sebagai mengabaikan tanggungjawab.

"Kami tidak membiarkan doktor yang malas atau tidak bertanggungjawab tetapi doktor yang memahami, mengambil berat dan bekerja keras juga menjadi tanggungjawab kami," katanya menerusi mesej teks kepada Bernama.

Dr. Zaininah berkata, Jabatan Kecemasan HKL adalah sebuah jabatan yang sangat sibuk yang menguruskan 550 kes sehari dan enam pegawai perubatan bertugas bagi setiap syif lapan jam (tiga syif sehari) dengan seorang pakar, seorang pakar runding dan seorang pakar runding kanan mengelola setiap hari.

"Cabaran daripada jumlah pesakit semakin bertambah, meningkat sehingga 30 peratus ekoran krisis ekonomi semasa. "Meskipun dalam keadaan ini, kami memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kaedah sistematik menerusi sistem agihan untuk mengagih dan menguruskan pesakit berdasarkan keutamaan," katanya.

Dr. Zaininah berkata, HKL akan terus menilai, mengelola dan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi namun sokongan serta pemahaman daripada orang ramai amat penting bagi mengekalkan mutu perkhidmatan secara berterusan. BERNAMA

(sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/26/mstar_berita/20090426194947&sec=mstar_berita)

Komen zmsegamat;

1. Tahniah buat Yb Datuk M. Saravanan.

2. Takziah buat lembaga pelawat hospital HKL kerana tak buat kerja, seeloknya ahli lembaga pelawat HKL menjadi jambatan antara hospital dengan pesakit, dan antara pesakit dengan hospital.

3. Bila perkara ini berlaku rakyat akan menyalahkan kerajaan/pemerintah, imej kerajaan akan menurun, sebab mereka ini pegawai/kakitangan kerajaan.

4. Tidak adil kita hanya menyalahkan doktor sahaja, kerana zmsegamat juga pernah mengalami peristiwa begini, kadang-kadang pegawai-pegawai selain dari doktor pun sibuk membuat urusan peribadi dan asyik berbual-bual sahaja.

5. Seeloknya banyakkan peti aduan pengguna.dan pamirkan no hp rasmi pegawai atas dan lembaga pelawat hospital (untuk sms sahaja) dan sesiapa yang ada masalah boleh terus sms untuk membuat aduan.

Sunday, April 26, 2009

Mexico dilanda wabak selesema babi












ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS

MEXICO CITY 25 April – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.

Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).

‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.

Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.

Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.

‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.

Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.

‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm)

PERKASA kesal polisi pemansuhan ekuiti tempatan


Sabtu, 2009 April 25


1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

(sumber;http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2009/04/perkasa-kesal-polisi-pemansuhan-ekuiti.html)

Desakan MCA melampau - Syed Ali


ARKIB : 25/04/2009

KUALA LUMPUR 24 April - UMNO Bahagian Cheras kecewa dengan sikap MCA yang terus mendesak kerajaan supaya meliberalisasikan kesemua subsektor perkhidmatan di negara ini.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan MCA itu umpama 'diberikan betis hendakkan paha' dan langsung tidak menunjukkan keikhlasan dalam menyokong usaha kerajaan menjana pembangunan ekonomi negara.

"Tuntutan itu tidak mencerminkan semangat, keikhlasan dan toleransi sesama anggota Barisan Nasional (BN) untuk menyaksikan usahawan bumiputera bersaing dengan lebih hebat di pasaran terbuka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan di negara ini dengan memansuhkan syarat pegangan ekuiti tempatan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Najib, langkah itu bertujuan menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi.

Semalam, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng berkata, terdapat sembilan lagi sektor yang masih mengguna pakai syarat peruntukan ekuiti yang perlu dihapuskan selaras dengan semangat Satu Malaysia.

Sektor tersebut ialah hartanah, pertahanan dan penyediaan keselamatan negara, pembekalan utiliti, agensi pelaburan kerajaan, lapangan terbang, penerbitan serta percetakan dan penerbitan semula.

Syed Ali berharap Perdana Menteri tidak akan melayan kerenah dan desakan melampau MCA berhubung langkah liberalisasi tersebut.

"Desakan Foon Meng supaya kerajaan hapuskan syarat ekuiti di semua sektor tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka.

"MCA perlu menghormati UMNO sebagai teras kerajaan dan pandangan mereka wajar dikemukakan menerusi saluran parti dan kerajaan," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm)

Saturday, April 25, 2009

Karpal terjatuh ketika hadiri kes mahkamah




KARPAL Singh dibantu oleh sukarelawan Pas, Unit Amal menaiki tangga di Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam kerana tidak mempunyai kemudahan seperti lif atau tangga bergerak untuk golongan orang kurang upaya (OKU).






AHLI Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh (tengah) terjatuh daripada kerusi rodanya ketika diangat pembantunya menaiki tangga menuju ke kamar Mahkamah Tinggi di tingkat satu bangunan itu untuk menghadiri sebutan kes permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan di Mahkamah hari ini. Karpal, yang mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd pada prosiding itu, akan memohon supaya kes itu didengar di kamar tingkat bawah Mahkamah Tinggi itu. --fotoBERNAMA



ARKIB : 25/04/2009
Karpal jatuh kerusi roda




KUANTAN 24 April - Satu insiden yang tidak diduga berlaku di Mahkamah Tinggi di sini apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terjatuh daripada kerusi rodanya di tingkat satu bangunan mahkamah itu hari ini.

Kejadian berlaku ketika beberapa pembantunya mengangkat kerusi roda peguam terkemuka itu melalui anak tangga untuk ke Mahkamah Tinggi yang terletak di tingkat satu bangunan itu.

Sejurus sampai di tingkat satu, Karpal dipercayai terjatuh di kaki lima mahkamah berkenaan selepas kerusi roda yang dinaikinya hilang keseimbangan tanpa sempat dikawal oleh para pembantunya.

Keadaan tersebut menimbulkan sedikit suasana panik di kalangan pembantunya sambil meminta supaya doktor dipanggil kerana Karpal didengar mengerang kesakitan.
Karpal bagaimanapun dilihat kembali normal selang beberapa saat dan meminta para pembantunya membawa beliau masuk ke dalam bilik Mahkamah Tinggi untuk menghadiri sebutan kes.

Sebelum kejadian, Karpal yang juga Pengerusi DAP dilihat tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini kira-kira pukul 10.05 pagi dengan diiringi para pembantunya serta petugas Unit Amal parti pembangkang.

Karpal hadir ke mahkamah berkenaan bagi menghadiri sebutan kes permohonan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan keputusan penghakiman yang mengarahkannya membayar RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang).

Karpal ketika ditemui kemudiannya berkata, insiden tersebut kali pertama berlaku ke atasnya sejak beliau menggunakan kerusi roda pada 2005 dan kejadian tersebut agak menyakitkan.

Menurutnya, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden tersebut dan menganggapnya sebagai satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan.

''Ini risiko yang perlu ditempuhi dan kejadian ini pengalaman pertama saya sejak menggunakan kerusi roda selepas mengalami kemalangan jalan raya," katanya.
Dalam pada itu, Karpal turut mempersoalkan Mahkamah Tinggi berkenaan kerana tidak mempunyai kemudahan seperti lif atau tangga bergerak untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Tegasnya, kemudahan untuk OKU pada hari ini menjadi satu keperluan dan mahkamah berkenaan sepatutnya mempunyai kemudahan khusus untuk golongan tersebut.

''Sudah sampai masanya, kita mempunyai sistem yang baik bagi kemudahan OKU, nasib baik tidak berlaku apa-apa ke atas saya, kalau tidak, akan ada pilihan raya kecil lagi,'' katanya berseloroh.

Beliau seterusnya memohon supaya pada masa akan datang, kes berkenaan dijalankan di bilik Mahkamah Tinggi yang terletak di aras bawah.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Khamis ini bagi mendengar permohonan penangguhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd. Halim Aman yang memerintahkan Adnan melunaskan bayaran itu dalam tempoh 14 hari berakhir 4 Mei ini.
Ia dibuat selepas membenarkan permohonan mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) yang difailkan syarikat pembalakan tersebut.

Karpal bersama Rajoo D. Moothy yang mewakili syarikat tersebut memohon Hakim Datuk V.T Singham memberikan mereka masa bagi membalas afidavit yang difailkan oleh pihak Menteri Besar diwakili peguam, Datuk Shafie Abdullah dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias, Rabu lalu.

Kelmarin, kerajaan negeri memfailkan permohonan bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang memerintahkan Menteri Besar membayar RM63 juta kepada syarikat berkenaan.

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm)

Friday, April 24, 2009

ANDA HANYA DIBENARKAN MEMBAWA SIKAT RAMBUT





Tahukah anda memiliki senjata tajam merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa perlu membawa atau menyimpan "senjata tajam" di dalam kereta atau beg sandang? Bukankah negara kita aman, damai dan sentiasa selamat walaupun pada pukul 2.30 pagi di laluan motor sepanjang Lebuh Raya Persekutuan? Buktikan jika kenyataan ini tidak benar sama sekali atau tidak berasas langsung.

Kenapa tidak memadai hanya menyimpan wisel atau "pepper spary" di dalam poket atau beg tangan? Bukankah hampir setiap orang memiliki telefon bimbit dan pertolongan hanya sejauh satu panggilan telefon sahaja.

Senario 1

Apa yang anda perlu lakukan jika anda ditahan oleh penjenayah bersenjatakan parang atau sabit di laluan motosikal di Lebuhraya KESAS pada suatu malam dalam perjalanan pulang dari bekerja lebih masa dan anda tiada memiliki sebarang "senjata" kecuali tulang empat kerat dan sikat di poket belakang.

Senario 2

Kereta kancil baru dibeli yang anda pandu tiba-tiba disondol dari belakang oleh sebuah kerata proton saga. Anda memberhentikan kereta di tepi jalan untuk melihat kerosakan yang berlaku pada kereta anda. Tiba-tiba keluar dua orang lelaki yang mengacukan botol kaca yang telah dipecahkan bontotnya seraya meminta dompet dan telefon bimbit anda.

Apa yang wajar anda lakukan dalam situasi di atas? Ini subjek kemahiran hidup atau lebih tepat lagi "ikhtiar hidup"-"survival"

Kakitangan Kerajaan Ditahan Bawa Pisau Bayonet

Seorang kakitangan kerajaan ditahan kerana disyaki menunggang motosikal curi jenis RXZ serta membawa sebilah pisau benet dalam beg sandangnya dalam operasi bersepadu khas di Jalan Bangsar di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di jalan berkenaan pada pukul 2.30 pagi.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam kenyataan Khamis berkata polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana memiliki kabel elektrik dan senjata tajam dalam empat pemeriksaan berasingan semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini kerana memiliki empat kabel elektrik dalam beg sandangnya tanpa dapat memberikan penjelasan.

Dalam kejadian kedua di kawasan sama, polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sebilah pisau berukuran 23cm

Dalam operasi sama di Jalan Usahawan Setapak di sini, dua lelaki yang menaiki sebuah kereta ditahan kerana memiliki sebilah pisau Rambo berukuran 26cm manakala empat lelaki ditahan di Cheras kerana membawa sebilah keris, pisau dan sebatang besi tajam dalam kereta yang mereka naiki.

Sementara itu, sebanyak 137 kes samun dan ragut dilaporkan berlaku di sekitar Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul dan kawasan Petaling Jaya semalam.


BERNAMA

(sumber;http://drhalimahali.blogspot.com/2009/04/anda-hanya-dibenarkan-membawa-sikat.html)

Wednesday, April 22, 2009

RAHSIA GODAAN ANWAR






Sunday, April 19, 2009


KERAJAAN 16 SEPTEMBER YANG GAGAL

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.

Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..”

Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

“I need more Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.

Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.

Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sadar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi.

Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.

Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah di Selangor.

Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.

“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar dimahkamah civil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.

Berbalik kepada perbualan telepon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.

Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima talipon lagi daripada Dr. Rahim Ghous.

Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”. kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

“Kalau saya sign, saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO di nobatkan”, tegas beliau lagi.

“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.

Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.

Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.

Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut.- fuhas.



Tak Tumbuh Tak Melata

Letak Galah Dalam Padi

Tak Sungguh Kehendak Kita

Kehendak Allah Yang Jadi
Posted by fuhas at 11:02 PM 23 comments

(sumber;http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/04/rahsia-godaan-anwar_19.html)