Saturday, January 16, 2010

YB Zulkifli Noordin :GEREJA ALLAH?


GEREJA ALLAH?
14 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 4:58 PM

(Gereja "ALLAH")

Salam 2 all.

1. Sebagaimana yang telah saya nukilkan semalam didalam tulisan bertajuk "Makin Kurang Ajar", saya menyatakan akan ada segelintir puak-puak Kristian akan mengambil kesempatan dari kemelut yang berlaku. Saya menjangkakan mereka akan mula buat pelbagai tuntutan. Tak sampai 24 jam, muncul tuntutan baru.

2. Dalam isu Herald, mereka menuntut menerbitkan risalah menggunakan nama ALLAH hanya untuk penggunaan segelintir Kristian di Sabah/Sarawak, konon atas alasan mereka berbahasa Melayu. Dua hari lepas, satu lagi permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut supaya mereka dibenarkan membawa masuk bahan bacaan dan penerbitan dari luar yang jelas menggunakan nama 'ALLAH' sebagai nama Tuhan yang punya anak.

3. Hari ini, didalam satu wawancara yang disiarkan di thenutgraph.com, sebuah media siber tempatan, Chrisane Chin (Moderator Hal Ehwal Belia Majlis Gereja Malaysia) dan (Sivin Kit (pastor Gereja Lutheran Bangsar) membuat kenyataan bahawa penggunaan nama ALLAH bagi Kristian sepatutnya dibenarkan diseluruh Malaysia dan tidak hanya terhad ke Sabah/Sarawak sahaja. Rasional mereka? Kerana ada Kristian Sabah/ Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung yang tidak faham bahasa selain Melayu!! Malah lebih kurang ajar, mereka dengan sombong menyatakan Kristian Malaysia tidak akan berganjak daripada menuntut menggunakan nama 'ALLAH' sebagai gantinama 'God' dalam bentuk triniti-Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci.

4. Mungkin selepas ini mereka akan menuntut Gereja Melayu dengan nama ALLAH dibenarkan! Alasan; sebab ramai Melayu Indon beragama Kristian yang tinggal dan bekerja di Malaysia. Dan inilah yang telah berlaku di Indonesia, saperti gambar diatas. Bersepah Gereja ALLAH muncul di Indonesia sekarang ini. Dan semuanya kerana dasar pancasila yang menyamaratakan semua agama. Memandangkan semua agama sama, maka dibenarkan Kristian di Indonesia menggunakan perkataan-perkataan yang sama dengan Islam.

5. Setelah berpuluh tahun 'amalan syirik ini dibenarkan, akhirnya generasi Indonesia menjadi bangsa yang cacamerba dan rojak. Apa tidaknya, gadis Melayu berjumpa dengan pemuda Kristian tidak nampak lagi perbezaan diantara mereka. Nama sama, yang Muslim pun "Hartono", yang Kristian pun "Hartono". Yang Muslim pun tuhannya "ALLAH", yang Kristian tuahnnya pun "ALLAH". Yang Muslim "solat" di masjid, yang Kristian "solat" di gereja ALLAH. Yang Muslimnya mengejar "syurga", yang Kristian pun mencari "syurga"! Bagi si gadis Melayu Muslim ni, apa beza Hartono Muslim dan Hartono Kristian..sama saja dong!! Jadi kita tidak hairan ada pasangan suami isteri, dimana si isteri Islam, si suami Kristian. Mula nikah di masjid, lusa nikah pula di gereja..kita serupa dong!!

6. Apakah kita umat Islam di Malaysia yang sudah begitu sebati dengan Islam redho dengan perkara ini? Kesebatian umat Islam Melayu dengan agama begitu intim, hinggakan British semasa menggubal Perlembagaan terpaksa mengakui hakikat ini, dan menyediakan satu peruntukkan khas di dalam Artikel 160 Perlembagaan bahawa syarat menjadi Melayu itu mestilah dia seorang Islam.

7. Ini tidak ada bagi Melayu Indon, Melayu Filipina, Melayu Siam, Melayu Afrika; malah tidak adfa bangsa didunia ini yang keujudan bangsanya dikaitkan dengan agama, kecuali bangsa Melayu.

8. Sedarlah saudara ku umat Islam bangsa Melayu, kerana Islamlah bangsa Melayu menjadi hebat dan bertamaddun. Kata Saidina 'Umar radhiallah hu 'anh, "kita dahulunya kaum yang hina (Melayu dahulu asalnya Hindu!). ALLAH swt telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah ALLAH muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh ALLAH!".
('Umar ibnul Khattab semasa pembukaan Masjidil Aqsa riwayat yang sanadnya dinilai sahih oleh Al Hakim dan disokong oleh Az Zahabi dalam kitab "Al-Mustadbrak" 1/237, Beirut Darul Ma'rifah).

9. Apakah selepas ini akan mula muncul gereja-gereja dan salib-salib yang menulis nama 'ALLAH'?! Saya jangka kalau nak muncul pun mungkin bermula di Shah Alam, sebab nampak gaya ada segelintir orang Melayu di Shah Alam yang cukup kuat semangat bertolak ansurnya. Hindu minta bina kuil di kawasan perumahan Islam pun ok; jadi kalau Kristian minta nama Gereja 'ALLAH' pun mungkin juga ok kot!! Na'uzubillah min zaalik.

Wallahua'lam, wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
28 Muharram 1431
14 Januari 2010

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/gereja-allah.html)

No comments: