Sunday, January 31, 2010

Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan


Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam. [ Berita di muka 3 ] – mingguan/Sazali Che Din

PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor.

Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini.

Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran.

Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud.

Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.

“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa.

“Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.

“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

4 comments:

luahfikiran said...

Orang politik hanya pandai berjanji. Kata nak perjuang kebajikan rakyat. Tetapi tengok sekarang ini apa yang berlaku. Yang sudah bertambah susah. KECEWA !

Anonymous said...

Aku tahu gerai neh, dulu jual buah-buahan tepi mainroad berhadapan mobil dekat poli seberang perai..masa umno dulu ok ja dia meniaga, tak sangka skrg dh kena roboh..nasib badan la sapa suh undi pakatan..

Anonymous said...

kadang2 susah jgk..melayu plak suka dgr janji2 manis..tu kalau ceramah jer penuh ngan puak2 yang suka dgr janji2 kosong..melayu kan suka nk kaya tanpa berusha...

Anonymous said...

setahu aku,abg n kakak tu org kuat pkr..masa pi gerai dia siap berkempen lagi..dulu la..apa dah jadi...kalau jumpa abg ni sah aku gelak besar..