Saturday, January 16, 2010

Yb Zulkifli Noordin : ALLAH KRISTIAN:SATU PENGALAMAN NGERI

ALLAH KRISTIAN:SATU PENGALAMAN NGERI
16 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 1:24 AM

Salam 2 all.

Saya menerima satu kisah dari seorang Melayu yang pernah hidup di Indonesia. Dan pengalaman beliau benar-benar suatu iktibar dan pengajaran yang sangat berguna untuk kita di Malaysia. Walaupun peristiwa yang diceritakan itu berlaku di Indonesia, saya tidak hairan bahawa suatu hari nanti ia akan berlaku di Malaysia, tambahan melihat ada haprak dikalangan Melayu yang begitu beriya-iya nak menyokong puak-puak Kristian ini.!!

Saya lihat apa yang beliau ceritakan benar-benar menepati konsep 'uruf al balad yang menjadi dalil saya menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Malaysia ini. Iaitu kita mesti melihat isu ini dalam konteks masyarakat setempat..iaitu masyarakat Malaysia sendiri.

Satu perkara yang jelas, bagi puak Kristian ini, nama ALLAH hanyalah satu terminologi; tapi bagi kita umat Islam ianya satu aqidah! Terminologi boleh ditukar ganti, tapi aqidah tetap sebati.

Puak Kristian berkeras mahu mengguna nama ALLAH sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti-Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci. Itu adalah perbuatan syirik dan kufur kepada ALLAH. Dan bagi Melayu. Yang menyokong, ini bermakna kamu setuju dan redho dengan perbuatan mensyirik dan menyengutukan ALLAH. Dan "Arridho bil kufr..kufr: redho dengan kekafiran itu kafir namanya".

Amaran dan peringatan saya kepada Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong para Kristian ini, kamu mungkin sudah melakukan suatu perbuatan syirik dan kufur atas keredhoan kamu. Dan kata Dato' Dr. Harun Din, itu kafir namanya!! Na'uzubillah min zalik.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
29 Muharram 1431
16 Januari 2010

###########################

(Catatan suatu Pengalaman)

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di
Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia..They have my respect,dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.(orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya.

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid..Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik,.awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah..gereja Kristian rupenye.

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku..Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..risau gak kalu jadi camni kat M’sia

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yang dinamakan "rumah Allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi Malaysia mengamalkan demokrasi-sekular!

(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/allah-kristiansatu-pengalaman-ngeri.html)

No comments: