Saturday, January 16, 2010

mesin taip buruk :Hanya kerana sepotong ayat... di facebook

*

Hanya kerana sepotong ayat...
16 January 2010

“Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?..... harga boleh runding...” Itulah komen Mohamad Tasyrif Tajudin dalam Facebook rakannya menyebabkan dia diseretkan ke mahkamah disyaki ada kaitan dengan kejadian membakar gereja.

Sepintas aku merasakan komen pelajar Aswara itu hanyalah berupa gurauan walaupun akhirnya gurauan itu mengundang padah kepadanya. Satu sisi aku nampak Tasyrif mengundang maut tatkala pihak berkuasa sedang mencari mereka yang bertanggungjawab cuba membakar gereja.

Tetapi pada masa yang sama aku merasakan adalah tidak wajar mengheret budak itu ke mahkamah hanya kerana sepotong ayat di atas yang aku rasa kalau pihak berkuasa atau MCMC memantau laman-laman web, laman sosial, begitu banyak komen-komen berunsur subversif, berbaur perkauman bahkan sentimen bencikan Melayu terutama di kalangan bukan Melayu.

Lihatlah ruangan-ruangan forum di Yahoo! misalnya, ramai di kalangan penggunanya menggunakan ruangan tersebut untuk memburuk-burukkan bangsa dan agama lain tetapi merek dibiarkan dengan bebas berleluasa mempergunakan kemudahan internet untuk tujuan tidak elok kepada bangsa & agama lain.

Lalu apakah Tasyrif ini melakukan satu kesalahan yang besar sehingga dia diseret ke mahkamah? Aku percaya dia berada di tempat dan masa yang salah sehinggakan dia mudah dikesan oleh pihak berkuasa, dan boleh menjadi orang kena tuduh -- suatu tindakan yang mungkin meredakan kemarahan umat Kristian yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan usaha membakar gereja tersebut.

Persoalan seterusnya, apakah komen budak ini disertakan dengan perbuatan? Kalau ya, nahaslah dia tetapi kalau hanya sekadar ungkapan, dia mungkin boleh terlepas. Apapun aku tidak mahu mendahului mahkamah. Takut pula nanti dikatakan subjudis.

Pada 2:22 AM

(sumber;http://mesintaipburuk.blogspot.com/2010/01/hanya-kerana-sepotong-ayat.html)

No comments: