Sunday, January 17, 2010

Juara Rakyat :Ahli MT jadi bapa angkat Juara Rakyat

Ahli MT jadi bapa angkat Juara Rakyat

1. KUALA LUMPUR: Semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi bapa angkat Program Juara Rakyat bermula bulan ini.

2. Tiga Naib Presiden termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal turut menjadi bapa angkat program itu.

3. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata melalui keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MT Umno 4 Disember tahun lalu, Najib dan Muhyiddin masing-masing menjadi bapa angkat kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan serta pada masa sama memantau semua bahagian seluruh negara.

4. Sementara itu katanya, Ahmad Zahid menjadi bapa angkat kepada 53 bahagian di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan, Hishammuddin kepada 51 bahagian di Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Labuan dan Shafie kepada 53 bahagian di Kedah, Perak dan Pahang.

5. “Selain itu, ahli MT lain diberikan lima kawasan dan semua bapa angkat akan turun padang ke bahagian setiap bulan. “Program ini dilaksana dengan pembabitan bersepadu pemimpin Umno bahagian termasuk Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional di bahagian terbabit,” katanya di sini, semalam.

6. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata semua 191 bahagian Umno diwajibkan mengadakan program itu selama dua hari satu malam setiap bulan mengikut tema ditetapkan.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:44 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/ahli-mt-jadi-bapa-angkat-juara-rakyat.html)

No comments: