Friday, January 15, 2010

UMNO :MT wajib miliki 5 bahagian angkat


12 January, 2010
MT wajib miliki 5 bahagian angkat

1. HULU SELANGOR 10 Jan. – UMNO menunjukkan keikhlasannya untuk menjadi juara rakyat apabila semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu diwajibkan mempunyai lima bahagian angkat dari lima buah negeri yang berlainan bagi memastikan program UMNO Juara Rakyat mencapai objektif seperti yang diharapkan.

2. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, satu daripada lima bahagian angkat bagi setiap seorang MT, merupakan bahagian di negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

3. “Pendekatan ini menunjukkan UMNO benar-benar serius dan agresif untuk menawan semula semua kawasan yang kita kalah.

4. Pada masa yang sama kita juga ingin memastikan rakyat yang selama ini menyokong UMNO juga tidak terpinggir,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.

5. Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

6. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

7. Menurut Ahmad, mekanisme pembahagian bahagian angkat tersebut akan diputuskan kemudian dan ia selaras dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

8. “Kita sudah tidak mempunyai banyak masa. Mulai hari ini, program UMNO Juara Rakyat akan menjadi medium bagi rakyat menilai kerajaan,” ujarnya.

9. Sehubungan itu, katanya, mulai esok program berkenaan akan diteruskan ke semua 191 bahagian UMNO dengan mengekalkan konsep yang telah dipersetujui di peringkat UMNO Pusat.

10. Sementara itu, Ahmad Zahid dalam uncanny menyifatkan program tersebut berjaya apabila mencatatkan lebih 50,000 pengunjung.

11. Katanya, selain sambutan daripada masyarakat, lebih penting program berkenaan terbukti berjaya apabila masalah penghuni Pangsapuri Sri Anggerik yang berlarutan sejak lapan tahun lalu dapat diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM15.6 juta.

12.“Komitmen ini menunjukkan keprihatinan UMNO dalam menyelesaikan soal kebajikan, kemiskinan dan masalah infrastruktur. Apatah lagi selepas ini ia akan diteruskan pada setiap bulan,” katanya.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 10:40 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/mt-wajib-miliki-5-bahagian-angkat.html)


12 January, 2010
Semua ahli MT Umno wajib jaga lima 'kawasan angkat'

1. BUKIT BERUNTUNG: Setiap ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dipertanggungjawabkan menjaga lima bahagian sebagai 'kawasan angkat' di negeri berasingan, termasuk satu kawasan yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu.

2. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata prestasi setiap ahli MT dalam melaksanakan program yang memanfaatkan masyarakat akar umbi akan dipantau demi memastikan kejayaan pendekatan menye-luruh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat.

3. "BN menerima hakikat bahawa rakyat mahukan kita berubah dan kita sedia maklum dengan teguran mereka yang diterjemahkan dalam pilihan raya umum lalu. Kita perlu ambil iktibar daripada isyarat ini.

4. "Setiap anggota MT perlu mengutamakan kawasan 'panas' yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13) tanpa mengabaikan keperluan empat lagi bahagian angkat di bawah penjagaan mereka.

5. "Program Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu hanya sebahagian daripada usaha kita meraih keyakinan rakyat," katanya pada sidang media di tapak ekspo Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, di sini semalam.

6. Jelas Ahmad, program bulanan bagi memantau permasalahan rakyat peringkat akar umbi itu akan diadakan di 191 bahagian di seluruh negara dengan tema yang berlainan.

7. Beliau menyifatkan kejayaan program tiga hari di Bandar Bukit Sentosa, yang dihadiri hampir 100,000 orang itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat memerlukan perhatian sepenuhnya dan membuktikan usaha yang diambil Umno berada di landasan yang sepatutnya.

8. Katanya, program itu akan diteruskan di Pahang dengan tema pendidikan, Kelantan (kebajikan), Kuala Lumpur (agensi kerajaan); Pulau Pinang (pertubuhan bukan kerajaan (NGO dan swasta), Perak (Wanita dan Keluarga) dan tema belia dan sukan di Terengganu.

9. Program di Johor pula memberi keutamaan terhadap ekonomi dan keusahawanan, Kedah (ibadat dan kerohanian), Sabah (1Malaysia: Perpaduan dan Kebudayaan), Selangor (Pertanian) dan aspek kesihatan serta keselamatan menjadi tumpuan di Negeri Sembilan.

10. Tema kerjaya dan kemahiran menjadi pilihan di Melaka manakala program penutup tirai pada akhir tahun ini di Perlis bertemakan sejarah Umno dan BN.

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 10:42 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/01/semua-ahli-mt-umno-wajib-jaga-lima.html)

1 comment:

matrengganu said...

MT ambil BAHAGIAN sebagai anak angkat ? Biar betul ... Mana lah tau dalam sibuk2 angkat sana angkat sini lupa lak nak hadiri persidangan parlimen. Nanti usul atau rang undang2 tak lulus sebab tak der penyokong, korang juga yang melalak.