Tuesday, January 19, 2010

BUKAN SAHAJA DIKENCING, TAPI KUBUR PEMIMPIN MELAYU DIROBOHKAN!!




Monday, January 18, 2010
BUKAN SAHAJA DIKENCING, TAPI KUBUR PEMIMPIN MELAYU DIROBOHKAN!!


Petikan ucapan spontan tanpa teks YDP Perkasa Negeri Sabah di Majlis pelancaran PERKASA negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor. Turut hadir Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali dan MP Batu Pahat merangkap Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Fuad Zarkasi.

Semalam, Sabtu, 16hb, saya bertolak dari Kota Kinabalu menaiki pesawat Air Asia. Di kalangan penumpang saya tak nampak orang India. Yang ada orang Cina, Melayu, Kadazan, Bajau dan lain-lain bangsa pribumi Sabah. Saya begitu terkejut bila pengumuman ketua pramugari dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa India. Inilah pertama kali bahasa India digunakan. Pelik juga, pesawat transit dari Sandakan bukan dari Chennai atau Bombay.

berkata-kata dalam hati saya mungkin Air Asia tahu ada lebih 30,000 pemegang pas lawatan dari India yang dah tamat tempuh tapi bersembunyi di negara kita. Mungkin ada yang menjadi penumpang? Rasanya tak mungkin kerana jika ada dalam pesawat sudah tentu di kesan pihak imigresen. Jika orang India warga Malaysia pasti mereka faham bahasa Melayu atau Inggeris. Kenapa ya? Apa alasan Air Asia menggunakan bahasa India atau bahasa Tamil?

Air Asia memang dimiliki seorang peniaga kaum India. Namun tidak bermakna ketika PM melaungkan slogan 1Malaysia, bahasa kebangsaan tidak dihormati dan diutamakan. Peristiwa ini satu bukti jelas hak bangsa Melayu dan pribumi di bumi Malaysia semakin hari semakin tidak dihormati kaum-kaum lain. Kaum imigran yang datang ke negara kita kini begitu angkuh dan kurang ajar! Semuanya berpunca daripada kelemahan orang Melayu dan kepimpinan Melayu hari ini.

Jika orang Melayu/pribumi di negara ini kehilangan kuasa politik, ia berpunca daripada orang Melayu itu sendiri yang menyerahkan kuasa itu kepada kaum bukan Melayu. Bangsa Melayu dengan sifat lemah lembut, baik hati, "dagang lalu di tanakkan nasi" akhirnya menangisi bumi Melayu yang akan diperintah dan dikuasai kaum lain di masa akan datang.

Saya teringat kata-kata Dato Onn Jaafar, "Saya tidak mahu kubur saya dikencing orang Melayu di masa depan, jika saya tidak memperjuangkan hak orang Melayu". Hari ini ingin saya katakan dan tegaskan bukan sahaja kubur pemimpin Melayu di kencing, malah akan di roboh untuk membina kondo oleh bangsa lain di masa akan datang, jika perangai orang Melayu dan kepimpinannya terus menyerahkan hak bangsa Melayu kepada kaum-kaum bukan Melayu.

Pekebun Getah yang miskin. Nelayan pantai yang hanya ada kail dan jala buruk memang tidak mampu membeli saham atau mengambil alih syarikat di BSKL. Namun bila mereka mendengar syarat 30% saham bumiputra untuk menyenaraikan syarikat di BSKL dimansuhkan, sayu rasa hati mereka. Mereka sedih kerana hilangnya hak Melayu dan bumiputra. Wal hal mereka tidak hilang apa-apa pun kerana masih menoreh getah dan menjala ikan kecil. Kenapa mereka rasa kehilangan?

Pemimpin Melayu terdahulu, Tun Razak, Dato Senu, Tun Sardon Jubir, Syed Nasir, Jaafar Albar, Harun Idris, Tun Mahathir dll lebih berani dan mempunyai jati diri membela nasib Melayu. Dengan Fasal 153, mereka memperuntukkan peraturan supaya hak Melayu dapat dipertahankan. Jika pun tidak tercapai janganlah hendaknya pemimpin Melayu hari ini serah HAK MELAYU DAN PRIBUMI ITU KEPADA KAUM LAIN!!

Saya anak Bajau dari Sabah. Dulu ketika moyang kami tinggal di negeri Johor, suku kami dipanggil orang Laut atau orang Selat. Ada yang kata masih ada orang Laut di Pontian. Kami pernah bersultankan DYMM Sultan Johor Lama yang menguasai Johor, Riau dan Lingga. Kami adalah golongan pelaut yang berani dan disayangi Sultan pada masa itu. Jika saya takut saya tidak berdiri di depan kalian semua.

Seluruh bumi ini adalah bumi Melayu. Gugusan pulau-pulau Melayu. Jika bangsa Bajau yang menguasai lautan ketika itu bertemu dengan daratan, mereka akan berlabuh dan jika mereka bertemu dengan orang yang menyerupai orang Melayu sebagai penduduknya. Maka itu adalah bumi Melayu. Hari ini bukan sahaja pulau Melayu hilang seperti Pulau Singapura dan Pulau Pinang. Tanah disebelah pagar rumah kita pun akan hilang termasuk tanah yang kita dirikan rumah pusaka akan menjadi milik orang lain.

Bersambung....
Posted by musli oli at 1:35 AM
Labels: perkasa

(sumber;http://muslioli.blogspot.com/2010/01/bukan-sahaja-dikencing-tapi-kubur.html)

Tuesday, January 19, 2010
ADUHAI MELAYU.....DI BUMI MELAYU, ORANG MELAYU MOHON PERLINDUNGAN?




Kampung Baru di zaman pemerintahan British. Pada ketika di jajah, Melayu mohon perlindungan British. Tetapi dibawah kerajaan Melayu hari ini, bangsa Melayu masih merayu untuk dilindungi hak mereka?

(Sambungan ucapan YDP PERKASA Sabah pada Majlis Pelancaran PERKASA negeri Johor, Ahad 17 Januari 2010)


Saya tidak faham di bumi Melayu. Tanah milik orang Melayu. Asal namanya Tanah Melayu. Bersultankan Sultan Melayu. Perdana Menteri Melayu. Ketua Setiusaha Negara Melayu. Ketua Polis Melayu. General Melayu. Ketua Hakim Melayu. Tetapi orang Melayu minta perlindungan undang-undang untuk melindungi dan menuntut hak mereka.

Sepatutnya kaum pendatang. Kaum imigran yang bukan Melayu yang seharusnya memohon dan merayu dilindungi kebajikan mereka dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.

Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Agama Islam agama rasmi, Bahasa Melayu bahasa rasmi, Ketua Negara adalah Yang Di Pertuan Agung dan pribumi iaitu orang Melayu dan bumiputra mempunyai hak dan keistimewaan di negara ini.

Yang memerintah negara ini adalah orang Melayu. Bangsa Melayu masih bangsa yang majority. Tetapi bila kaum minoriti mempersenda dan memperlekehkan agama Islam, orang Melayu minta dilindungi undang-undang yang termaktub. Sebab itu saya terasa pelik kerana Ketua Hakim Negara juga Melayu yang memilih hakim memutuskan kepentingan agama Islam.

Apakah Malaysia diperintah Malayan Union? Apakah British masih menjajah kita? Apakah kerajaan hari ini yang melaungkan slogan 1Malaysia tidak membela hak Melayu dan bumiputera sehingga orang Melayu terpaksa merujuk kepada perlembagaan?

Aduhai bangsa Melayu. Dagang lalu di tanakkan nasi.



Read more...
Posted by musli oli at 8:24 AM , Links to this post , 0 comments

(sumber;http://muslioli.blogspot.com/2010/01/aduhai-melayudi-bumi-melayu-orang.html)

No comments: