Saturday, January 2, 2010

HANSARD PARLIMEN, Bil 12 Khamis 05 Mac 2009. Halaman 91 hingga Halaman 101 berkenaan "MENGHINA ALLAH"




HANSARD PARLIMEN, Bil 12 Khamis 05 Mac 2009. Halaman 91 hingga Halaman 101 berkenaan "MENGHINA ALLAH"

DR. 5.3.2009 91

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat
sudah panjang lebar tentang halal haram. Saya hendak masuk isu yang besar sekarang, kalau bolehlah, tak sabar-sabar saya sebab hari pun sudah 4.30. Sejak mutakhir ini Yang Berhormat Menteri, mutakhir ini orang menghina Melayu, tidak pernah berlakulah sebelum ini.

■1630

Orang tergamak menghina Melayu peri watan tanah air tercinta ini. Tidak pernah berlaku dulu. Orang sudah menghina polis penguat kuasa, hebat sekarang. Orang sudah menghina mahkamah, orang sudah menghina Islam, orang sudah menghina institusi Raja dan hari ini pelampau-pelampau ini telah pun menghina Allah S.W.T...

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Pengerusi tetap, mana boleh berucap
banyak-banyak.

Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang Tuan
Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Perkataan “Allah” sudah mula dipersendakan oleh setengah-setengah pihak.

Satu perbuatan yang kurang ajar. Satu perbuatan yang kalau tidak dibendung akan mengakibatkan satu malapetaka di negara ini yang selama ini tidak pernah berlaku.

Jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain, tidakkah generasi akan datang itu akan menganggap bahawa agama itu sebenarnya sama, sedangkan tidak.

Agama yang diredai oleh Allah dan tercatat dalam Perlembagaan kita ialah Islam.

Saya rasa usaha yang sedang dijalankan sekarang ini amatlah bahaya kepada generasi
Islam pada masa akan datang. Saya ingin juga penjelasan dalam menentukan fatwa, kebenaran menggunakan nama Allah.

Apakah kita hendak gunakan Mahkamah Sivil ataupun Mahkamah Syariah? Saya juga ingin mengambil apa yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah JAKIM dua

DR. 5.3.2009 92

tiga hari yang lalu. Apakah dalam agama-agama lain daripada Islam yang ada pada hari ini pernah menggunakan nama Allah.

Dalam Zabur, Taurat, Injil hari ini yang ditulis semula oleh penganut-penganut mereka, mereka tidak pernah gunakan nama Allah.

Jadi apakah menggunakan nama Allah ini boleh dikatakan sebagai mencabar Perkara 11
dalam Perlembagaan negara kita. Saya harap dapat penjelasan Yang Berhormat Menteri yang saya harap sangat-sangat supaya memelihara kesucian nama Allah, supaya tidak dicemarkan oleh mana-mana pihak yang cuba hendak mempersendakan nama Allah di bumi bertuah Malaysia tercinta.

Tuan Ahmad bin Maslan [Pontian]: Soalan yang sama jika saya boleh menambah.
Tuan Yang di-Pertua, adakah JAKIM berbincang dengan KDN tentang perkara ini. Mengapakah berlaku baru-baru ini suatu semacam tidak sefahaman dan kita ingin penjelasan tentang perkara ini. Jika perkara ini dibenarkan oleh pihak yang berkaitan itu menggunakan nama Allah dalam publication mereka dan juga dalam kegiatan mereka, adakah mereka tidak sedar tentang sensitiviti yang cukup-cukup merbahaya jika perkara ini diteruskan. Mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, berapa masa lagi yang
saya boleh gulung?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Oleh kerana
ini perkara soalan yang penting, saya bagi peluang Yang Berhormat menjawab.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Sila Yang Berhormat Kuala Selangor

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga rasa terpanggil untuk memberi beberapa penekunan saya tentang isu ini. Yang Berhormat Menteri, sementara saya faham di sebalik perhitungan yang dibuat, saya juga mahu merakamkan dalam Dewan yang mulia ini. Kalau ditanya apakah dan siapakah yang boleh kita ambil ukuran dan penentuan dalam penggunaan nama Allah, saya kira kita perlu merujuk kepada Allah dan kalam Allah.

Saya merakamkan dalam Dewan yang mulia ini, dalam ayat Allah yang jelas sifatnya ‘qad’i’, putus dan dalilnya pun ‘qad’i’, putus. Sifatnya...

[Berucap dalam bahasa Arab] Sebutannya jelas, mafhumnya pun jelas. Di mana dalam ayat, Allah SWT dalam surah Al-Haj, ayat 40 dengan izin saya bacakan... [Membaca sepotong ayat Al-
Quran]

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Maknanya
Yang Berhormat?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, dengan mafhumnya lebih
kurang maksudnya, kalau tidak Allah S.W.T. mengizinkan menolak perbuatan kezaliman,
keterlanjuran satu kaum manusia, ditolak dan disemak imbang atau di check and balance oleh satu golongan yang lain, maka musnah tempat-tempat ibadat, orang-orang Yahudi, Nasrani dan ada mengatakan Majusi dan juga masjid-masjid yang di mana dalamnya, kata Allah... [Berucap

DR. 5.3.2009 93

dalam bahasa Arab] Dan di dalamnya itu disebutkan dan disucikan... [Berucap dalam bahasa Arab] Dan dipersuci dan ditakdiskan nama Allah yang sebanyaknya... [Berucap dalam bahasa Arab] Seterusnya dalam ayat itu, wallahualam.

Tuan Yang di-Pertua, jelas dalam ayat ini kalau Allah S.W.T. sendiri menyebutkan
bahawa dia yakni Allah yang mengiktiraf dalam semua tempat ibadat Allah S.W.T. ini, nama Allah, the name of Allah is glorified.

Siapa kita yang boleh menafikan penggunaan nama Allah ditempat-tempat ibadat agama-agama langit ini.

Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, meskipun saya memahami latar belakang isu ini yang lebih bersifat perhitungan politik, tetapi saya ingin jelaskan dalam Dewan yang mulia ini buat sekian kalinya, jangan sampai perbuatan kita itu menimbulkan pelbagai suasana yang kurang sihat di antara persefahaman antara agama.

Apa yang paling malang Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menunjukkan sikap seperti
satu psikik dan psikologi umat yang dalam keadaan diserang ataupun dengan izin, a siege mentality.

Sebentar tadi kita bercakap tentang isu yoga. Saya juga memahami perkara itu dan saya tidak mahu ulas lebih daripada apa yang telah dibahaskan. Akan tetapi dalam persoalan nama Allah ini, perlu diperjelaskan kepada semua. Guna untuk kita jalinkan persefahaman yang sebenarnya. Perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya sifatkan sebagai satu politik baru di negara yang menyingsing satu landskap baru.

Permuafakatan antara agama, budaya dan juga kaum yang lebih menekankan hari ini persoalannya Allah S.W.T. angkat yakni… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Mengenali dan memahami lantas hormat menghormati di antara satu agama dan yang lain… [Tepuk]

Lalu dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan sekali lagi, kalau kita tolak tepi persoalan perhitungan politik yang keterlaluan, pastikan dirakamkan dulu perkara yang benar daripada kalam Allah S.W.T itu sendiri.

Ada pun dari sudut-sudut yang lain, kalau kita takut perkara-perkara persoalan daayah dan segalanya itu, saya mahukan perkara itu dibincangdengan lebih cermat, lebih teliti tanpa kita menggugat atau menjejaskan persefahaman antara
agama yang perlu ditekankan. Ini kerana semua kita mahukan kebaikan dalam hal itu. Saya rasabegitu sahaja dahulu Tuan Yang di-Pertua, Sekian, terima kasih.

Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri

■1640

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Hendak bagi
Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat? Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Surah Al-Imran ayat 64... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Qul...”, Allah perintah Rasulullah untuk berkata atau pun bersabda... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Wahai ahli-ahli Kitab, orang-orang Nasrani, orang-orang Yahudi, datanglah kamu kepada kalimah yang sama di antara kita dan di antara kamu.... [Membaca sepotong ayat AlDR.

5.3.2009 94

Quran] Mengabdikan diri, ibadah hanya kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikkan sesuatu dengannya.

Lalu kita dapati bahawa di dalam ayat-ayat Al-Quran banyak ayat-ayat seperti mana
disebutkan yang saya baca, Yang Berhormat Kuala Selangor baca yang menunjukkan bahawa
kalimah Allah ini digunakan oleh orang-orang bukan Islam.

Ayat yang mana apabila ditanya kepada mereka, siapa yang menjadikan bumi ini, yang menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab, “Allah.”

Lalu ianya bukan merupakan satu kalimah khusus untuk orang Islam, ianya merupakan
kalimah bahasa Arab daripada perkataan Ilah dan ditambahnya Al. Al-ilah, dipendekkan menjadi Allah. Ianya bukan nama peribadi seperti mana saya Khalid atau pun nama Yang Berhormat itu Zul. Ini kerana tidak perlu pada nama peribadi kerana hanya satu. Kita perlu nama peribadi kalau ramai.

Nombor dua, kalau kita anggap ianya sebagai nama peribadi kepada Tuhan maka ianya
perkataan Arab. Orang akan mengatakan, ini Tuhan orang Arab kerana namanya Arab. Lalu, kita hendak faham mesej Islam yang sebenar iaitu memanggil semua manusia, tunduk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah dan sepatutnya kita merasa bangga kalau orang yang bukan Islam yang lain khususnya orang-orang Nasrani dengan orang-orang Yahudi sanggup menggunakan perkataan Allah.

Umat Islam di dunia Barat Yang Berhormat Menteri, mereka berusaha untuk
mendapatkan masyarakat Kristian, mengiktiraf bahawa Tuhan yang mereka sembah, umat Islam sembah ini adalah Tuhan yang sama, yang mengutus Nabi Ibrahim dan Nabi Isa a.s. Akan tetapi, kita di sini oleh kerana siege mentality yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, kita hendak mengkhususkan ini Tuhan orang-orang Islam, ini Tuhan orang Melayu sahaja.

Ini merupakan satu penyakit yang perlu diperbetulkan.

Saya khuatir kalau kita membuat satu sikap yang sebegini, kita melanggar apa yang
terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri sehingga orang akan kata bahawa, apa yang disebut di dalam Al-Quran itu tidak betul. Ini kerana, sebenarnya dalam Al-Quran, perkataan Allah itu memang digunakan oleh orang-orang Nasrani dan orang-orang Yahudi.

Perbahasan di kalangan mereka telah diabadikan di dalam Al-Quran. Terima kasih.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Menteri. Saya sedikit sahaja.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya bagi Yang Berhormat Sungai Petani
dahulu bolehkah?

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Okey.

Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga
kadang-kadang tidak tahu untuk menjawab soalan ini apabila didatangi oleh awan-kawan bukan Islam. Sebagai contoh, saya menjadi tetamu dalam perayaan Thaipusam baru-baru ini. Ada ramai orang yang datang, profesional, doktor, yang estet, yang kaya dan miskin.

DR. 5.3.2009 95

Dalam perbincangan di dalam kuil itu, saya bertanya kepada mereka apakah yang
sebenarnya kamu sembah. Ramai yang mengatakan kita mempunyai cara-cara tetapi yang pasti kami percaya kepada Tuhan Allah. Jadi, apabila sebut tentang ini, saya pun tidak tahu hendak sebut macam mana kerana dia merasakan dia duduk Malaysia, perkataan Tuhan Allah itu ialah Oneness tiba-tiba kita hendak kata, ini jangan sebut.

Saya rasa mereka telah sampai satu tahap mengiktiraf bahawa apabila Oneness itu maksud di sini ialah Tuhan.

Jadi, kita sepatutnya memupuk dan saya tidak nampak di manakah Oneness itu kita
hendak sekat. Begitu juga dengan perbincangan-perbincangan dengan kawan sebab saban
minggu saya akan masuk ke kuil, ke gereja untuk mengetahui.

Minggu depan ialah ke Temple Guru Nanak yang Sikhism. Ini kerana sebagai pemimpin, saya dapat merasai bahawa mereka seolah-olah mengiktiraf bahawa Oneness itu ialah Allah.

Jadi, saya rasa perkataan bukan menghina tetapi untuk mengiktiraf bahawa Oneness itu
ialah Allah.

Jadi, macam mana kita hendak sebut kepada kawan-kawan yang bukan Islam jangan
sebut benda ini. Ini adalah untuk orang Melayu, orang Islam sahaja.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya sangat perlukan penjelasan di sini. Terima kasih.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Sebelum kawan-kawan lain, Yang Berhormat
Bintulu, Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Sedikit sahaja.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Nanti dahulu, nanti sekejap. Nanti sekejap,
sabar sedikit sahaja lagi kawan-kawan.

Saya hendak tanyalah dengan Yang Berhormat Kuala Selangor,

Yang Berhormat Shah Alam serta Yang Berhormat Sungai Petani.

Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Kuala Selangor,

adakah pendapat Ahli Yang Berhormat berdua itu merupakan pendirian Parti PAS? Saya hendak tanya, adakah itu pendirian Parti PAS?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ianya merupakan pendirian yang
telah keluar dalam Dewan Ulama’ PAS Pusat dan ianya merupakan satu sikap yang jelas.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Okey, cukup. Cukup dahulu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Maknanya pendirian PAS lah.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang Berhormat Sungai Petani, adakah itu
juga pendirian PKR?

Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Maknanya itu pendirian PKR juga
lah.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Bukan pendirian rasmi PKR ya? Okey, okey.

Sekarang Yang Berhormat Bintulu boleh tanya.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Yang Berhormat Menteri.

DR. 5.3.2009 96

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit tadi Yang Berhormat Menteri. Maaf,
maaf Yang Berhormat Bintulu.

Beberapa Ahli: Yang Berhormat Bintulu

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Bintulu, Bintulu.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang disebutkan tadi itu adalah pandangan
Ketua Dewan Ulama’ PAS. Datuk Daud ya. Boleh?

Beberapa Ahli: Okey lah, okey lah.

Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Boleh kah? Tuan Yang di-Pertua, boleh kah saya
mencadangkan agar isu, perkara ini, mengenai isu Allah. Kalau boleh saya mahu mencadangkan kepada jabatan ini kalau boleh, mengadakan satu mesyuarat panggil agama Islam, agama bukanIslam duduk berbincang bersama-sama, instead of create a lot of misunderstanding in the public and then create a lot of emosi dalam society kita. Duduk berbincang bersama-sama, settle ones for all dengan izin. Sekian, terima kasih.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Saya mohon jika ...

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pontian, Yang Berhormat Tenggara duduk dahulu.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Boleh mohon?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang
Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Jika dibenarkan, saya mohon penjelasan daripada
rakan kita juga. Mungkin kalau Yang Berhormat Baling bersetuju untuk bercakap dan
memberikan pandangan, ini sekadar pandangan saya. Permohonan sebab tadi Yang Berhormat Baling ada memberikan cadangan yang baik dari segi Yoga.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Tenggara.

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Saya bersetuju dengan
pandangan Yang Berhormat daripada Pontian. Kita perlukan pandangan daripada Yang
Berhormat daripada Baling tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Baling tidak berdiri Yang Berhormat. Jadi, kita tidak boleh paksa Yang Berhormat Baling berdiri dan buat ucapan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua

DR. 5.3.2009 97

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, kerana ini floor saya,
dan menghormati Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Pontian, saya berikan
keizinan kepada Yang Berhormat Baling untuk buat penjelasan.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Tuan Yang di-Pertua ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sebelum
Yang Berhormat Baling berucap, duduk dahulu Yang Berhormat Baling. Sebenarnya, apabila Tuan Yang di-Pertua berucap, tidak kisah floor siapa, bila Tuan Yang di-Pertua berucap, semua orang lain tidak ada floor lagi. Tuan Yang di-Pertua yang punya floor. Jadi, oleh kerana permohonan daripada Yang Berhormat Menteri untuk Yang Berhormat Baling berucap dan Yang Berhormat Baling sedia berucap, saya boleh beri kebenaran. Sila Yang Berhormat Baling.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri.

Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di
mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.

■1650

Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Allah hu ahad.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Allah hus ahad, Allah hu samad.
Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain,uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain.

Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.

Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak

DR. 5.3.2009 98

diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya.

Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana?

Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualam lah.

Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa. Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita.

Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini
berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh.

Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik.

Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.

Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana.

Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya,

andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu, “Sahabat,
kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”.

Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk]

Allah yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Dengar tu Yang Berhormat Shah
Alam.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Allah hu akbar.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Sebab itu saya lebih suka dalam
konteks ini, kita ya lah, saya menasihatkan ini termasuk diri saya sendiri.

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Bertaubatlah Yang Berhormat Shah
Alam.

DR. 5.3.2009 99

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Dalam masalah Islam, dalam
masalah menyentuh akidah, dalam masalah menyentuh agama, saya rasa kita tak payah sibuksibuk sangatlah dengan parti tapi kita lihat ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang
Berhormat. Saya rasa itu sudah mencukupi Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat yang lain-lain tolong duduk Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Shah Alam, duduk.

Selepas Yang Berhormat Baling ini, saya serah kepada Yang Berhormat Menteri melainkan
Menteri kata beri ruang kepada orang lain, saya tak bagi lagi dah Yang Berhormat.

Dah mencukupi Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Baling... [Dewan riuh]

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Kita dalam suasana masyarakat
yang bagi saya kita masih lagi berbangga dengan keharmonian yang ada. Sama ada kita
berbagai kaum, berbagai agama nak dibandingkan dengan sesetengah negara lain, kita masih akui bahawa kita mempunyai satu keharmonian yang sungguh mahal. Oleh itu, saya rasa keharmonian yang mahal ini perlu dipelihara dan dijaga oleh semua pihak dan dengan sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri supaya tegaskan Allah mana atau solat mana sebagainya yang dimaksudkan itu... [Tepuk]

Itu yang penting dan itu sajalah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dengar itu Yang Berhormat Shah
Alam!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya serah
dengan Yang Berhormat Menteri. Kalau saya, saya ...

Seorang Ahli: Kelirukan orang!

Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol]: Yang Berhormat Shah Alam mengelirukan orang. Dah
lah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati
ruling yang ditetapkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Selepas Yang Berhormat Baling, serah kepada saya.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ringkas saja.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sikit saja Menteri.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sudah cukuplah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak payah lagi. Tak payah. Menteri
jawab teruslah!

DR. 5.3.2009 100

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tadi sudah bagi laluan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Kuala Selangor, sudahlah. Sudah Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Menteri, sikit saja.
Tak sampai dua minit.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, pegangan saya Tuan
Yang di-Pertua ialah soal ...

Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol]: Ustaz ......

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Menteri, jawab terus!

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: [Membaca sepotong ayat al-Quran]

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, betul. Kita setuju itu semua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduk.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Kamu dengan agama kamu, aku dengan
agama aku.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Menteri, sikit saja.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Ertinya, kita menghormati agama lain, agama
lain menghormati agama kita. Itu pegangan kita.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam,
duduk. Politik saja itu, bidaah saja!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Dalam soal ini, dalam konteks Malaysia,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Shah Alam, cukuplah. Yang Berhormat Kuala Selangor, cukuplah.

Saya tak boleh ulang kan, saya tak boleh ulang Yang Berhormat walaupun satu minit Yang Berhormat. Saya minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya minta Yang Berhormat duduklah. Yang Berhormat Shah Alam, duduk.

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk. Saya minta Menteri teruskan.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir apa yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Baling, itulah pendirian Kerajaan Malaysia!...

[Tepuk]

Pegangan JAKIM, itulah juga pegangan JAKIM. Pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan, itulah juga pendapat Yang Berhormat Baling tadi! Pendapat sebahagian besar orang Malaysia itulah,

kecuali Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan...

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Hek eleh, bila cakap seorang
bolehlah! Berilah peluang dua minit!

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Menyampuk]

DR. 5.3.2009 101

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Islam ialah agama bagi Persekutuan,
Perkara 3(2), Sultan atau Raja ialah ketua agama di negeri-negeri.
Perkara 38, kuasa Majlis Raja-Raja mengenai hal ehwal Islam adalah di seluruh Malaysia...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Dalam hal ini, isu kalimah Allah adalah di luar bidang kuasa kita, di luar bidang kuasa mahkamah kerana ianya adalah non justifiable dan kes tidak sepatutnya diputuskan oleh kita dan oleh mahkamah.

Permohonan kerajaan dan tujuh majlis agama Islam umpamanya dan MAKMA iaitu Persatuan Saudara Baru Islam untuk rujuk kes ke Mahkamah Persekutuan kerana isu ini adalah isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan melibatkan kuasa Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam, maka kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memutuskan.

Walaupun kes perbicaraan permohonan ini akan disuarakan, akan disebut pada 7 Julai 2009, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dibuat di bawah Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan.

�� 1700

Pada masa ini 10 negeri telah menggazetkan apa yang telah dikatakan oleh Yang
Berhormat Baling kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Oleh hal demikian larangan penggunaan perkataan Allah telah diperuntukkan dalam enakmen yang termaktub dan penguatkuasaan yang telah dibuat di negeri-negeri yang telah saya sebutkan tadi.

Oleh yang demikian, dalam hal ini elok kalau dapat kita tidak menggunakan Dewan yang
mulia ini sebagai wadah dan pentas untuk kita berbahas mengenainya dan hormatilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling sebagai pendirian rasmi kerajaan walaupun kami berbeza parti tetapi itulah pendirian yang kita mahukan...

[Dewan riuh]

No comments: