Tuesday, September 8, 2009

Selepas melayu... lembu pula!




Sebelum ini perkataan "melayu" dianggap suatu yang haram disebut sebab kalau sebut melayu sahaja ia akan menjurus kepada perkauman. Media yang memperjuangkan nasib Melayu dianggap rasis. UMNO yang merupakan parti Melayu dianggap rasis. Pokoknya segala perkara berkaitan melayu akan dianggap rasis oleh pihak lain. Payah...

Mereka kalau boleh mahu memadamkan perkataan melayu dan diganti dengan Malaysia. Bahasa Melayu mahu diganti dengan bahasa Malaysia, bangsa Melayu mahu diganti bangsa Malaysia, Keretapi Tanah Melayu diganti KTM Berhad. Pokoknya kalau ada perkataan Melayu di mana-mana pihak di sebelah sana akan sakit mata, sakit telinga dan tidak kurang yang sakit hati.

Tidak boleh. "Melayu" tidak boleh digunakan sebab ia bersifat perkauman. Nanti apa kata orang lain? Bukankah Malaysia ini ada banyak pelbagai kaum?

Satu lagi perkataan yang haram disebut ialah "lembu". Sebabnya kalau sebut "lembu" ia adalah satu penghinaan terhadap agama lain. Agaknya selepas ini elok binatang tersebut disebut sapi sahaja supaya tak nampak lembunya.

Dan selepas ini lembu yang menghalang jalan tak boleh dihalau kerana ia boleh menimbulkan kemarahan kerana menghina. Siapa yang langgar lembu lagilah. Selepas ini daging lembu pun tidak boleh dijual sebab menghina.

Kalau ada sesiapa yang melanggar arahan dengan menyebut "lembu" satu demonstarsi besar-besaran akan diadakan bermula dari depan MASJID JAMEK Kuala Lumpur sebagai tanda bantahan menggunakan perkataan "lembu".

Hek.. eh! Apa pasal berarak pakai lilin dari Masjid Jamek time-time orang sibuk berbuka puasa pulak? Kenapa tak berarak dari Batu Cave jeh? Entah.... agaknya mereka makan kacang cap Mengelembu kot?

(sumber;http://mesintaipburuk.blogspot.com/2009/09/selepas-melayu-lembu-pula.html)

1 comment:

YANG GAMBI said...

Begitulah bila ada orang Melayu yang telah menjual maruah bangsa dan agama untuk mendapat kuasa, Malaysia bakal akan menjadi Singapura di mana tidak ada lagi sejarah Melayu, yang ada mereka semua berasal dari Hong kong, Taiwan dan tanah besar Cina....