Wednesday, September 30, 2009

Isa Samad vs Anwar Ibrahim.

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah benar TS Isa Samad dirujuk sebagai liabiliti BN di pilihanraya kecil Bagan Pinang nanti?

Sejarah politik silam Isa Samad tidak bersih sepenuhnya. Beliau pernah menghadapi tindakan disiplin UMNO. Tetapi beliau telah menjalani hukumannya tanpa menimbulkan masaalah besar kepada parti dan negara.

Malah, isu yang membawa Isa Samad ke muka pengadilan dikatakan tidak adil dan berbau menjatuhkan beliau. Tetapi, ini bukan isunya sekarang.

Persoalannya, apakah seseorang pemimpin politik yang telah menerima dan menjalani hukuman di atas perbuatan yang silam, tidak lagi layak bergelar pemimpin?

Persoalan ini bermain-main di kepala penulis apabila mendapat tahu TS Isa Samad adalah calon BN di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Perbandingan mudah :-

DS Anwar Ibrahim telah dipenjara kerana salahguna kuasa, rasuah dan beliau disahkan melakukan aktiviti luar tabii oleh undang-undang negara. Beliau merengkuk di penjara bersama banduan-banduan yang lain.

Tetapi kini, beliau adalah ketua parti Pakatan Rakyat dan masih berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia walau pun parti-parti lain di dalam PR seperti parti PAS mempunyai calon lain untuk dijadikan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim sangat popular di hometown beliau iaitu Permatang Pauh, layak bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan kini beliau adalah ahli Parlimen di sana.

TS Isa Samad pula sangat popular di Bagan Pinang. Beliau bukan sahaja popular di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi juga penduduk di sana termasuk kaum-kaum bukan Melayu.

Beliau bukan sahaja popular tetapi perkhidmatan beliau cemerlang di Bagan Pinang. Penulis dapat tahu Isa Samad mempunyai kriteria-kriteria tersebut.

Penulis tidak percaya kepada popularisme tetapi penulis akan menyokong pemimpin yang berjaya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin. Penulis menyokong pemimpin yang mesra rakyat dan sentiasa mengambil berat rakyat tanpa memilih kasih.

So, apa lagi yang kita mahu?

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/09/nizar-kvv2-isa-samad-vs-anwar-ibrahim.html)

No comments: