Saturday, September 5, 2009

Media Indonesia Menzahirkan Watak Agen Yahudi




Penulis terpanggil untuk menulis tentang INDONESIA apabila hubungan dua hala dihangatkan lagi oleh segelintir 'hooligan' yang memang kegemaran mereka ialah, menubuhkan 'kelab' anti-Malaysia.

Malangnya, Menteri Pelancongan Indonesia dengan nada kebudak-budakan dan terpengaruh dalam penganut fahaman anti-Malaysia dengan selamba membuat ulasan berbunyi : " Malaysia itu tiada kebudayaan. Sebab itulah mereka mencuri kebudayaan kita !"

Ungkapan tersebut adalah hasil kes kesilapan saluran Discovery yang membuat iklan pelancongan Malaysia di pengkalan mereka sebelah sini, iaitu Singapura. Akibatnya sentimen menuduh Malaysia sebagai 'pencuri' kembali semarak di Pulau Jawa.

Anehnya, perkara ini hanya berlaku di Pulau Jawa. Pulau yang menyaksikan lebih 130 juta manusia berhimpit-himpit di tanah seluas Semenanjung Malaysia. Untuk rekod, Semenanjung Malaysia mempunyai 20 juta orang penduduk.

Di Sumatra, Kalimantan dan Sulawesi, ianya tidak sensasi langsung. Apa yang berlaku di Pulau Jawa banyak dipengarusi oleh kemiskinan, kepunyaan banyak waktu yang terluang oleh para penganggur dan mereka-mereka yang tidak pernah sampai ke Malaysia.

Gerakan ini menggelar Malaysia dengan nama-nama MALINGSIT, MALINGSIA, MALAYSIAL dan pelbagai lagi gelaran jelik semata-mata kerana isu yang sepatutnya menjadi sesuatu yang patut dipertahankan bersama.

Kebanyakan yang menjadi isu adalah warisan etnik Jawa dalam kaum Melayu Malaysia yang kini menjadi LARANGAN di mata penduduk Pulau Jawa yang kebanyakan mereka tidak tahu langsung untuk berbicara tentang sejarah politik Nusantara.

Mereka seolah-olah mahu membunuh identiti Jawa yang dimiliki oleh saudara-mara mereka yang telah beratus tahun menetap di Selangor dan Johor. Kebudayaan Mnangkabau tidak menjadi isu kerana akrabnya kekeluargaan orang Minang Negeri Sembilan dengan akar mereka di Tanah Minangkabau ( Sumatra Barat ).

Mungkin ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin ras Jawa di Malaysia kerana gagal mempertahankan keakraban atau mewujudkan satu bentuk kerjasama dengan puak-puak Jawa totok di Pulau Jawa.

Di Internet, rata-rata yang memperdebatkan isu ini adalah mereka yang tidak tahu langsung pada tahun berapakah Perjanjian London telah memisahkan Nusantara kepada dua. Dangkalnya pemikiran mereka sebenarnya membuang masa kita untuk menghadap. Tetapi apabila ada ahli politik DPR yang mengambil kesempatan ini untuk meraih sokongan, tindakan tersebut perlu dikecam.

Yang bakar bendera dijalanan pula adalah kebanyakannya dari golongan keciciran yang tidak ada fahaman lebih berfaedah untuk dianuti. Apatah lagi ilmu geografi, demografi serantau, antropologi dan kebudayaan serantau. Mereka hanya badut sarkas yang diapi olehmedia untuk mempertahankan kebudayaan Hindu purba.

Ini adalah kerana apa? Media Indonesia. Benarlah perancangan Yahudi untuk menjadikan media sebagai agen pengadu domba mengikut acuan-acuan pemikiran negara tersebut dan apa yang diusahakan oleh media Indonesia sangat merbahaya.

DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY

(sumber;http://ipohmalay.blogspot.com/2009/09/media-indonesia-menzahirkan-watak-agen.html)

No comments: